Monday, 31 August 2015

Pelbagai VERSI Jumlah Kehadiran Bersih Amat Mengelirukan

Pelbagai VERSI Jumlah Kehadiran Bersih Amat Mengelirukan



ini gambar kedua ditemui pada blog pro pembangkang


Gambar super full edit yang dipublis dalam  sebuah blog pro dan portal pembangkang



Terdapat macam-macam versi jumlah kehadiran peserta bersih 4,0 bagi mengelirukan orang ramai yang tidak hadir.

Khalid Samad-30 peratus daripada 200,000 peserta Bersih 4.0 adalah orang Melayu.

Sebuah portal melaporkan.-Hari pertama 29-8-2014-jumlah kehadiran perhimpunan bersih 4,0 100,000
Portal yang sama juga melaporkan pada hari akhir 30-8-2015 (malam)himpunan bersih 4.0 80,000

Hishamudin Rais ketika berucap dihimpunan itu pada hari kedua  iaitu dijalan Tun Perak jumlah kehadiran peserta Bersih 4.0  ialah 500,000 orang.

200,000 
+
80,000
+
100,000
+
500,000
= jawap sendiri.






Saturday, 29 August 2015

Tangkap Penyebar We Will Blast Malaysia

Tangkap Penyebar We Will Blast Malaysia

Pihak polis tidak memandang ringan dan akan menyiasat video bertajuk 'We Will Blast Malaysia!!' yang dimuat naik di laman sosial yang boleh menggugat keamanan negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis melihat perkara terbabit sebagai ancaman serius dan akan sentiasa berwaspada dengan sebarang perkara yang boleh menggugat keselamatan serta ketenteraman negara.
"Kita sedang melihat perkara ini. Tidak perlu saya katakan kita sudah mengenal pasti atau tidak (pihak yang menyebarkannya). Sudah pasti kita melihat ini sebagai ancaman serius. Kita jangan ambil ringan sebarang ugutan sebegini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai video berdurasi 1 minit 28 saat itu yang dimuat naik oleh 'Anonymous Malaysia' melalui YouTube semalam dengan memaparkan kejadian letupan bom di Bangkok, Thailand baru baru ini.
Video itu turut memaparkan tulisan dalam bahasa Inggeris 'Wait Our Blast At Bersih 4.0' (Nantikan Letupan Kami Di Bersih 4.0) pada akhir video berkenaan.
Mengenai perhimpunan Bersih 4.0, Khalid mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan kenyataan termasuk oleh sebilangan peguam bahawa perhimpunan haram terbabit tidak menyalahi undang-undang.
Beliau menegaskan perhimpunan terbabit adalah menyalahi undang-undang.
Malah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Bersih 4.0 bukan sebuah pertubuhan berdaftar.
"Saya hairan ramai pula yang beri nasihat kepada bakal peserta perhimpunan itu. Ada antara mereka di kalangan peguam yang menasihatkan bahawa perhimpunan terbabit tidak menyalahi undang-undang dan mengikut perlembagaan negara.
"Saya rasa mereka ini pun tidak berapa arif tentang undang-undang. Jadi saya tawarkan mereka untuk ke Maktab Polis untuk memberikan mereka kelas undang-undang supaya mereka boleh faham apa yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman, yang mana boleh dan tidak boleh," tegas Khalid.
-Bernama

Friday, 28 August 2015

Belasah Jaga Hospital Kerana Tidak Benar Kanak-kanak Masuk

Belasah Jaga Hospital Kerana Tidak Benar Kanak-kanak Masuk

KOTA BHARU - Hanya kerana tidak membenar-kan seorang kanak-kanak berusia dua tahun masuk ke dalam wad, seorang penga-wal keselamatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini teruk dibelasah oleh sekumpulan empat lelaki yang berlagak ala samseng di hospital ber-kenaan kelmarin.
Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu turut menjadi viral di laman sosial mulai hari yang sama.

Melalui rakaman video berdurasi 1 minit 25 saat itu, empat lelaki itu dili-hat memukul, menendang, mengheret serta melibas-kan selipar ke atas pengawal keselamatan terbabit tanpa belas kasihan.

Pegawai Perhubungan HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, kejadian tersebut berpunca daripada perasaan tidak puas hati sekumpulan pelawat terbabit terhadap pengawal keselamatan yang menghalang seorang wanita daripada membawa seorang kanak-kanak berusia kira-kira dua tahun ke dalam wad separa kritikal unit rawatan rapi (ICU) 

"Untuk makluman, wad tersebut sensitif kepada kanak-kanak kerana me-nempatkan kumpulan pe-sakit berkaitan pernafasan. Kumpulan berkenaan sepa-tutnya mengetahui bahawa setiap hospital mempunyai peraturan yang melarang kanak-kanak di bawah 12 tahun masuk ke dalam wad," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa memberitahu, pihaknya telah menahan tiga suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan semalam.
Khalwat:Waran Tangkap Dikenakan Terhadap Ustaz Sharhan Shafie

Khalwat:Waran Tangkap Dikenakan Terhadap Ustaz Sharhan Shafie

KUALA LUMPUR -Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pengamal perubatan Islam terkenal,  Ustaz Sharhan Shafie, 39, selepas gagal menghadirkan diri untuk didakwa berhubung tuduhan berkhalwat bersama dua beradik wanita pada 24 Ogos 2013.

Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zain membuat keputusan itu selepas Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Zainor Rashid Hassin memaklumkan tentang ketidakhadiran tertuduh di mahkamah.
"Mahkamah bersetuju mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh selepas mendengar permohonan pihak pen-dakwa," kata Mohd. Amran.

Turut dikenakan waran tangkap adalah salah seorang wanita yang dituduh berkhalwat itu, Umi Masjuri Hassan, 40, dan penjamin kedua-dua beradik tersebut, Mohd. Zainordin Abu Yamin.

Namun, adik  Masjuri iaitu.Masbelinda Hassan, 21, mengaku bersalah tetapi mahkamah tidak menerima pengakuannya selepas hakim mengumumkan untuk menarik diri daripada mendengar kes khalwat itu.
Ini berikutan Mohd. Amran turut mendengar kes pengesahan status perkahwinan antara Sharhan dan Umi Masjuri yang disebut buat kali pertama kelmarin.

Bagaimanapun, Mohd. Amran membenarkan permohonan pihak pen-dakwa untuk mengena-kan ikat jamin sebanyak RM3,000 terhadap Mas-belinda sementara me-nunggu kes khalwat itu disebut semula pada 26 November depan.

Kosmo! difahamkan, Sharhan yang pernah melanjutkan pengajian di Kolej Ugama Sultan Zai nal Abidin, Kuala Tereng-ganu dalam jurusan Bahasa Arab di peringkat diploma mempunyai tiga orang isteri.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan untuk Masbelinda, dia didakwa berada bersama seorang lelaki beragama Islam iaitu Sharhan yang bukan suami atau mahramnya dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak di sebuah apartmen beralamat No. 6-9-8, Menara Sri C-ngal, Jalan 27/56, Taman Keramat Wangsa, Kuala Lumpur pada pukul 2.55 pagi, 24 Ogos 2013.

Masbelinda didakvWa di bawah Seksyen Akta Kesalahan Jenay^ Syariah (Wilayah-Wilajvah Persekutuan) 1997 yamg memperuntukkan huiku man maksimum denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Sharhan yang pernah menjadi ketua juri program realiti televisyen, d'ie terbitan TV3 selain menulis buku tentang pengobatan Islam dan Umi Massjuri didakwa di bawah Syksyen 27(a) dan Seksyen 27(b) akta yang sama.
Kilang Naza Buang 42% Pekerja

Kilang Naza Buang 42% Pekerja

KILANG Naza Automotive Manufacturing di Gurun mempunyai 601 pekerja yang memasang kereta-kereta di bawah jenama Peugeot dan Kia.
KUALA LUMPUR - Seramai 255 kaki-tangan Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd. (NAM) diberhentikan
kerja semalam selepas syarikat pengeluar kereta berjenama Peugeot dan Kia di Malaysia itu berdepan dengan situasi kejatuhan jualan kenderaan bermula sejak awal tahun ini.

Rata-rata pekerja yang diberhentikan itu melibatkan jawatan daripada pengurus sehinggalah operator di bahagian pengeluaran, logistik, cat, pemasangan dan teknikal di kilang NAM yang terletak di Kawasan Perindustrian Gurun, Kedah.
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Prinsipal Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd. (NCorp), Nor Azlina Ishak berkata, keputusan untuk memberhentikan 255 daripada 601 kakitangan atau kira-kira 42 peratus pekerja NAM itu bukan suatu yang dirancang sebaliknya dibuat dalam keadaan terpaksa.

Beliau menjelaskan, sentimen ketidaktentuan ekonomi yang berlaku ketika ini membawa kepada penyusu-tan ringgit di samping pengenalan Cu-kai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lepas adalah faktor pe-nyebabkan permintaan terhadap pasa-ran domestik serta eksport produk seperti kereta turun mendadak.

"Sentimen ini sudah mula wujud sejak bulan Mac tahun ini lagi. Kami terkejut kerana prestasi jualan pada ketika itu menunjukkan penurunan mendadak antara 30 hingga 40 peratus.

"Situasi ini bukan sahaja berlaku pada Naza, malah juga syarikat-syari-kat kenderaan lain," katanya ketika di-hubungi Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Nor Azlina memberitahu, sejak awal tahun lagi syarikat itu sudah mewujudkan pelan tindakan untuk mengurangkan kos operasi harian.

"Bagaimanapun, sebagai bekas majikan kami prihatin dan kerana itu kami menawarkan pampasan setimpal kepada setiap staf.

"Selain itu, kami juga bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja untuk membantu mereka mendapatkan pekerjaan baharu. Keputusannya, dua syarikat perindustrian yang berpangkalan di Pulau Pinang berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, ketidaktentuan ekonomi dunia menjadikan rakyat khususnya pengguna lebih berhatihati untuk membeli kenderaan yang bernilai tinggi.

"Buat masa sekarang, jualan kenderaan hanya berada di tahap memuas kan dan seluruh pengedar giat menjalankan pelbagai promosi untuk menarik pelanggan mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Mohamad Noori-zuddin Nooh berkata, Kumpulan Naza merupakan pengedar kenderaan premium dan kurangnya modelmodel baharu keluaran mereka di pasaran menjadi antara penyebab jualan syarikat tersebut mengalami kemerosotan.


"Dalam pada itu, selepas pelaksanaan GST, pengguna memilih mengambil langkah berhati-hati untuk membeli kenderaan yang tinggi nilainya di pasaran. Bagaimanapun, permintaan kenderaan jenis Honda, Toyota dan Perodua dikatakan masih stabil," katanya.

KOSMO JUMAAT 28 8 2015
Kulit Harimau Jadian

Kulit Harimau Jadian

Berkebolehan unik mengecat kulit lembu atau kerbau hingga menyerupai 100 peratus kulit harimau sebenar. Itu antara taktik penipuan dipraktikkan sindiket yang dikesan menjual kulit harimau tiruan kepada golongan ahli perniagaan pada harga RM10.000 sekeping.

Suspek dikatakan turut menipu ramai mangsa apa bila turut menjual gigi unta atau plastik sintetik yang di asah menyerupai taring atau kuku harimau.

Penipuan terancang itu dikesan membolehkan suspek hidup mewah dan menginap di hotel yang turut dijadikan 'kilang' menghasilkan kulit,kuku atau gigi harimau palsu.

Sumber berkata kegiatan sindiket itu bagaimanapun berjaya di tumpaskan hasil risikan dan penyamaran dilakukan se pasuka  nanggota ibu pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sejak hampir sebulan lalu. Menurutnya, ahli sindiket sebelum itu dikesan berkeliaran sekitar ibu kota dengan menawarkan kulit harimau palsu itu kepada orang ramai.
"Susulan aduan diterima, pihak PERHILITAN memasang perangkap sebelum berjaya menahan salah seorang suspek di kawasan Pudu Sentral, sekitar jam 3 petang semalam.

"Suspek kemudian membawa pegawai PERHILITAN ke sebuah hotel berhampiran yang dijadikan markas operasi sindiket itu," katanya.

Menurutnya, pihak PERHILITAN kemudian berjaya menahan seorang lagi lelaki dan seorang wanita warga India yang terbabit dalam penipuan licik itu.

"Pihak PERHILITAN ke mudian merampas lima kulit harimau palsu yang sudah dicat. Siasatan mendapati kulit itu diwarnakan suspek wanita yang diberkas itu.

"Malah, pihak PERHILITAN turut merampas beratus o jek didakwa kuku dan taring harimau itu. Semua barangan itu kemudian disita dan di bawa ke ibu pejabat PERHILITAN di Cheras untuk tindakan lanjut," katanya
Difahamkan ramai mangsa mudah ditipu berikutan mereka percaya kulit hari mau mempunyai kuasa mistik dan boleh dijadikan azimat.


Malah ia didakwa boleh menimbulkan rasa gerun orang ramai kepada pemiliknya.

Harian Metro Jumaat 28 Ogos 2015
Tahyul Awet Muda

Tahyul Awet Muda

Kepercayaan kulit wajah boleh men jadi awet muda 30 tahun menyebabkan masih ramai wanita tempatan dan lelaki metroseksual mem bahayakan nyawa dengan mengambil suntikan vi tamin C.

Suntikan itu yang diha ramkan di negara ini dikesan masih dilakukan secara 'sembunyi' oleh beberapa pusat kecantikan dengan ta waran harga perkhidmatan mencecah RM500.

Malah fakta perubatan mendapati suntikan vitamin C turut menyebabkan wa nita mengalami menopaus atau putus haid pada usia muda sekitar awal 30 an.

Kebiasaannya cecair itu terus disuntik ke muka atau saluran darah wanita yang yakin kedut di wajah akan lenyap dan menjadi muda remaja.

Sementara itu jurucakap Kementerian Kesihatan Ma laysia (KKM) berkata, ak tiviti suntikan haram vi tamin C berjaya dibongkar selepas sepasukan pegawai Unit Kawalan Amalan Per ubatan Swasta (UKEP) KKM melakukan pemeriksaan mengejut terhadap sebuah pusat kecantikan di Jalan Klang Lama di sini.

Dalam operasi jam 11 pagi semalam, UKEP dibantu Ba hagian Penguatkuasa Far masi (BPF) KKM Wilayah Persekutuan melakukan pe meriksaan berdasarkan maklumat risikan diperoleh.

Sumber berkata, pusat ke cantikan itu dikelolakan doktor bertauliah yang menawar kan pelbagai rawatan pada kulit wajah selain melakukan pembedahan silikon

"Bagaimanapun pemerik saan rapi menemui berpu luh botol kecil berisi cecair vitamin C tidak berdaftar dengan KKM. Siasatan kc-mudian mendapati premis itu turut menjalankan kegiatan suntikan haram vitamin C kepada pelanggan.

"Tindakan itu adalah satu kesalahan berikutan peng gunaan vitamin C untuk suntikan pada tubuh tidak dibenar dilakukan di negara ini," katanya.

Menurutnya, pegawai KKM percaya premis itu menawarkan khidmat sun-tikan vitamin C pada harga RM200 hingga RM350 bagi setiap suntikan.

"Ada kemungkinan perkhidmatan suntikan vitamin C itu hanya ditawarkan me-nerusi laman sosial seperti Facebook dan blog bagi mc ngelak dikesan pihak ber-kuasa.

"Susulan itu BPF meram pas lebih 50 botol cecair vi tamin C dari premis ber kenaan. Kes itu disiasat me ngikut Peraturan 7(1) (A) Peraturan-peraturan Kawa lan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntuk kan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM25.000 atau kedua duanya jika sabit kesalahan bagi individu, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda tidak lebih RM50.000," katanya.

Menurutnya, pengambilan suntikan tidak berdaftar dengan KKM ini boleh me-nimbulkan pelbagai masalah kesihatan kepada pengguna seperti cirit birit, gastrik, batu karang dan kegagalan fungsi buah pinggang jika diambil untuk jangka masa panjang.

"Malah suntikan itu boleh membawa maut sekiranya ia terkena otot atau tisu lemak. Ini antara sebab suntikan vi tamin C diharamkan di Amerika Syarikat, Australia dan Eropah.


"Dalam beberapa kes, kulit mangsa menjadi putih pucat seperti mayat hingga menyebabkan kulit itu sen-sitif terhadap cahaya ma-tahari," katanya.

Harian Metro Jumaat 28 Ogos M.S 15
Kepala Berasap Terkena  Panah Petir

Kepala Berasap Terkena Panah Petir

Esok aku bagi hang petai yang elok elok." Demikian kata terakhir Allahyarham Nasri Osman ke pada rakannya sebelum me-ninggal dunia dipercayai terkena panahan petir ketika menunggang motosikal sen-dirian di Ladang Sungai Di ngin, Mahang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Nasri, 45, yang juga anggota Jabatan Sukarela wan Malaysia (RELA) dari Kampung Ulu Mahang, di sini, dalam perjalanan pulang selepas membatalkan hasrat menjala ikan di sungai ber-hampiran berikutan keadaan cuaca semakin gelap.

Rakannya, Hussin Hamid, 47, berkata, sebelum keja dian dia, mangsa dan anak lelakinya berusia 13 tahun serta empat saudara lain ber cadang memancing ikan di kolam kawasan ladang itu.

Menurutnya, mereka ba gaimanapun pulang kerana cuaca tidak mengizinkan dan gagal mendapat hasil tangkapan.

Hussin berkata, arwah ba pa kepada empat anak berusia antara lima hingga 13 tahun bagaimanapun mahu menjala ikan di sungai sebaik mereka tiba di satu simpang sebelum berpisah.

"Ketika berpisah arwah berjanji memberi petai yang baik kepada saya serta ikan yang dijala.

"Dalam perjalanan pulang itu, hujan semakin lebat dan tiba tiba saya terdengar bu-nyi dentuman kuat guruh, namun saya meneruskan perjalanan ke rumah kerana bimbang berlaku kejadian buruk," katanya ketika di temui di Bilik Forensik Hospital Kulim, di sini, semalam.

Dia bagai tidak percaya apabila menerima panggilan daripada rakan kira kira jam 7 malam yang memaklum-kan arwah meninggal dunia.

"Saya sedih mengenangkan kata-kata terakhir ar wah mahu memberi petai yang elok kepada saya sebelum kami berpisah," katanya.

Menurutnya, kehilangan itu sukar diterima kerana mereka berkawan sekian lama selain bekerja di kawasan ladang berhampiran.

"Arwah masuk ke hutan mencari petai untuk dijual, manakala selebihnya diberi kepada rakan termasuk sa ya," katanya.

Anak saudara mangsa yang enggan nama disiarkan berkata, dia berasa tidak se dap hati ketika memancing kerana hujan lebat disertai kilat lalu mereka segera me-ngcmas barang untuk pulang.

"Dalam perjalanan pulang, arwah naik motosikal se orang diri dan memang ter dengar den tu man kilat dua kali sebelum anak arwah menjerit memberitahu nam pak petir memanah bapanya.

"Apabila menoleh ke belakang, saya melihat arwah sudah terjatuh ke tanah dengan keadaan kepalanya berasap manakala muka dan separuh badannya bertukar menjadi hi-tam," katanya.

Semen taraitu, Ketua Polis Daerah Ku lim Super intendan Abdullah Arshad berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan pulang terkena panahan petir.

Katanya, jenazah dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat sebelum dituntutoleh ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.

Harian Metro

Wednesday, 26 August 2015

Ramai Nak Jadi Hero Dengan Isu 2.6 Bilion

Ramai Nak Jadi Hero Dengan Isu 2.6 Bilion


Ramai mahu jadi hero dengan isu RM2.6 bilion sejak dua menjak ini,walhal sebelum ini kerja buat pun hanya tunggu peruntukkan dari pemimpin baru bunyi kompang, kalau tidak kerana hati bengkak pada PM Najib sepi terus menyelimuti perjuangan.

Komen bukan main ligat,bukan main hebat,malah seolah-olah lupa untuk mencerminkan diri bahawa diri sendiri juga kelabu asap.

Orang bawah minta peruntukkan dengan PM Najib untuk kempen .PM Najib nak mintak dengan siapa?.

Kenapa tak mintak orang lain jelaskan derma untuk kempen sebagaimanana desakkan kepada PM Najib,sedangkan mereka pun terima dana juga.

Pemimpin lain dalam Umno juga terima dana parti dari pihak kiri dan kanan ,tak usahlah nak nafikan.

Cukupkah dengan DUA RATUS RIBU ringgit untuk Parlimen dan SERATUS RIBU untuk DUN bagi urus segala berkaitan dengan kempen pilihan raya.

Jadi bukan Najib sahaja perlu didesak memberi penjelasan,pemimpin lain dalam Umno juga perlu didesak ,kerana rakyat tak buta hati perut dan belum sakit akal dan tak layak disuruh pergi berubat.
Bersiap sedia Gempur Bersih 4.0

Bersiap sedia Gempur Bersih 4.0






NGO penentang bersih 4.0 diharap tidak memberi alasan kerana 'Polis Larang dan Kempulan Kita Patuh Pada Undang-Undang'' apabila sampai masa bertempur dengan kumpulan BERSIH 4.O nanti.

Datuk Jamal Md Yunos sebagai ketua harus pastikan batu dalam kain tidak kedalam kulit apabila sampai masanya,jika tidak anda dan kumpulan akan dimalukan oleh blogger dengan mermacam-macam sindirian pedas nanti.



Mesej Berusia 108 Tahun Ditemui

Mesej Berusia 108 Tahun Ditemui

PULAU AMRUM, Jerman - Seorang pesara di sini menemui satu mesej berusia 108 tahun di dalam sebiji botol kaca yang dibuang ke laut pada abad ke-20 baru-baru ini.
Botol tersebut ditemui Marianne Winkler, bekas pekerja pejabat pos ketika bercuti di PulauAmrum  di Laut Utara berhampiran pesisir pantai di utara Jerman.
la dihanyutkan oleh seorang ahli biologi marin, George Parker Bidder yang melepaskan 1.020 biji botol berkenaan antara tahun 1904 hingga 1906.
Bidder yang bekerja dengan Persatuan Biologikal Marin (MBA) di Plymouth.

Britain menggunakan botol-botol tersebut untuk menguji arus laut dalam. Botol-botol itu direka khas untuk terapung di atas permukaan air laut.
Data melalui mesej yang ditemui menunjukkan Bidder berjaya membuktikan buat pertama kalinya bahawa arus laut dalam mengalir dari timur ke barat di Laut Utara.
"Apabila kami membuka botol tersebut -dan melihat kandungan mesejnya, ia sesuatu yang menyentuh perasaan. la merupakan masa ketika mereka mencipta cara-cara untuk menyiasat apa yang arus dan ikan lakukan," kata Guy Baker daripada MBA.
Berdasarkan Guinnes World Records. mesej dalam botol tertua pernah ditemui berusia 99 tahun 43 hari terapung di lautan yang dilepaskan pada tahun 1914 dan merupakan sebahagian daripada eksperimen penyelidikan serupa. - Agensi
-Kosmo
Tulisan Atas Pasir Selamatkan Orang Sesat

Tulisan Atas Pasir Selamatkan Orang Sesat

Dia Bernasib Baik Polis Jumpa Mesej Atas Pasir
QUEENSLAND, Australia -Seorang lelaki Britain yang hilang di kawasan pedalaman Australia berjaya diselamatkan selepas bertindak menulis mesej meminta bantuan kecemasan yang besar di atas pasir pantai di Taman Negara Jardine baru-baru ini.

Geoff Keys, 63,yang merupakan seorang pelancong kehabisan bekalan makanan selama dua hari selepas tersesat jauh daripada tempat perkhemahan dan gagal menemui jalan keluar..
Sebagai langkah terakhir untuk terus hidup. Keys bertindak menulis 'HELP 2807' yang justify merujuk kepada mesej bantuan, tarikh hari tersebut dan satu anak panah arah tempat dia berada.

"la seakan idea yang bagus untuk membantu diri saya semampu boleh. Jadi, saya mengambil sebatang kayu untuk menulis mesej pada pasir dengan harapan helikopter boleh melihat ke arah mesej itu," kata Keys.

Keys bertuah apabila mesejnya dikesan oleh Polis Queensland yang menjalankan operas! mencari walaupun dia tidak berada dalam zon pencarian sebenar.
Dia kemudiannya diselamatkan dari kawasan itu dan dibawa ke tempat selamat. - Agensi 
Allah Hidayah Stacy Dengan Syahadah

Allah Hidayah Stacy Dengan Syahadah

Ummu Syaikhah Stacy Abdullah
KUALA LUMPUR - Penyanyi popular Stacy Anam, 25, akhirnya sah memeluk agama Islam di pejabat Jabatan Agama Islam Jo-hor (JAIJ), Johor Bahru se-malam.

Berita itu tersebar di media sosial selepas seorang pengguna media sosial Instagram memuat naik sekeping gambar Stacy yang menakai tudung hitam sedang menghadap seorang wanita sambil melafazkan dua kalimah syahadah.

Menurut kapsyen gam-bar itu lagi, kehadiran Stacy yang kini popular dengan lagu Not For Sale ditemani fjeman lelakinya yang merupakan penyanyi kumtpulan Akim and The Majistret,
Akim Ahmjid, 24.

Turut hadir pada majlis itu ialah bapa Akim, Ahmad Sulaiman dan ibunya, Aminah Bahari serta ibu Stacy,Agnes Kallos.

Juara Akademi Fantasia musim keenam itu yang merupakan anak kelima daripada enam beradik sebelum ini adalah penganut agama Kristian.

Stacy yang telah tiga tahun menjalin hubungan cinta ,dengan Akim yang berasal dari Johor juga dikatakan memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islamnya.


Berita Stacy memeluk agama Islam turut disahkan oleh seorang pegawai JAIJ ketika dihubungi Kosmo! .

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Penampang, Sabah yang raempunyai seorang anak angkat, Bella Valentina, kemudian menegaskan urusan pertukaran agama atau perkahwinan tidak mudah dilakukan tanpa mengambil kira hati dan perasaan keluarganya.

Stacy mempunyai tiga buah album studio iaitu Aku Stacy, Stacy C dan #1 yang dipasarkan pada ta
hun lalu.
Selain terkenal dengan lagu rancak Gagap dan Pakai Buang, Stacy cukup popular dengan lagu Pelangi Senja.

Kosmo

Tuesday, 25 August 2015

Nama Blog Paling Panjang Di Malaysia 36 Huruf

Nama Blog Paling Panjang Di Malaysia 36 Huruf




Kali borak-borak pasal blog,aku tahu ramai dah boring asyik dok baca artikel politik,kali ini aku hidangkan berita aneh tapi benar pula.

Aku rasa blog Lirik Lagu adalah blog yang mempunya alamat blog yang paling panjang di Malaysia.



              "akutamawstopblogginlagijgnpakseakuok"

Aku mula jadi penulis blog sejak penghujung 2007 iaitu kira-kira dah 8 tahun dan inilah kali pertama aku jumpa alamat blog paling panjang di Malaysia.Manakala blog pula hanya diisi dengan beberapa artikel berasaskan lirik lagu..

Blog http://akutamawstopblogginlagijgnpakseakuok.blogspot.com/ ini dibina pada 2013.


Tak pernah aku jumpa alamat blog panjang dengan 36 huruf tidak termasuk . blogspot.com



Nama dan Alt Tag Gambar Perlu Untuk Blog

Nama dan Alt Tag Gambar Perlu Untuk Blog

Google Bot @ Google Spider-


Sebagai blogger pastinya kemahuan berada dipuncak carian google pastinya menjadi cita-cita setiap individu.

Penulis seringkali ditanya,bagaimana agar nama blog berada dipuncak carian google atau berada dipage pertama carian google .
Hari ini penulis mahu jelaskan sedikit sebahagian cara-cara agar nama blog tidak mudah jatuh dalam carian google walaupun jarang-jarang update.

Buat permulaan,penulis menyentuh mengenai gambar yang dimasukkan dalam artikel yang disiarkan pada umum.

Biarpun ianya dianggap satu pekara kecil,sebenarnya mempunyai pengaruh besar kepada SEO seterusnya memberi kebaikan lumayan kepada sesebuah blog terutamanya blog baru.

Semua blogger tahu apabila nama blog berada di puncak carian google,blog itu akan mempunyai pengaruh trafik lumayan daripada Google memandangkan Google adalah enjin carian terbesar.

Antara kesilapan blogger mengenai gambar yang dimasukkan dalam artikel dan seterusnya disiarkan kepada umum.

1 – Tidak Memberi Nama Pada Gambar

Peratusan besar blogger  anggap memadai jika memasukan gambar PANAS atau gambar menarik kedalam artikel sudah cukup untuk tarik minat pembaca.

Benar gambar PANAS atau menarik boleh menarik minat pembaca berada lama di blog,namun,adakah google bot mengindek gambar itu sebagaimana google bot mengindek tulisan-tulisan lain sebagai "key word",jawapannya gambar tidak di indek oleh google bot.

Goole bot hanya indek tulisan sahaja,google bot tidak peduli sama ada gambar itu PANAS atau menarik,apa yang google perhatikan adalah nama pada gambar.

2-Alt Tag

Alt Tag penerangan yang ada dibawah gambar -contoh- gambar diatas

Contoh :Link gambar diatas
Alt tag-Contoh nama dan Alt Tag gambar di atas








Alt Tag-Perlu diisi untuk menjelaskan tentang gambar itu..contongnya sekeping gambar  kenderaan kemalangan..pembaca tidak akan tahu jika tidak diterangkan dimana berlakunya kemalangan.


Semuga berguna kepada semua...

Penulis rasa pembaca atau blogger baru mudah faham dengan penerangan ringkas ini

Sunday, 23 August 2015

Ganjaran Tangkap Suspek Bom Meningkat RM1.4 Juta

Ganjaran Tangkap Suspek Bom Meningkat RM1.4 Juta

BANGKOK - Anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shi-nawatra menawarkan ganjaran 7 juta Baht (RM819,821) kepada individu dan anggota polis jika berjaya menangkap suspek yang bertanggungjawab melakukan serangan bom di bandar ini pada Isnin lalu.

Serangan di sebuah kuil di kawasan pusat beli-belah utama Bangkok itu menyebabkan 20 orang terbunuh, kebanyakannya dari be berapa negara sekitar Asia dan menggegar-kan industri pelancongan yang menjadi nadi penting negara ini.

Dengan tiadanya tangkapan dan sedikit petunjuk kepada identiti suspek utama berkemeja-T kuning yang dilihat meletak-kan sebuah beg galas di kuil tersebut, polis sebelum ini menawarkan ganjaran bernilai 3 juta Baht (RM351,352) untuk sebarang mak-lumat yang membawa kepada penangkapan suspek.

Tawaran tersebut telah digandakan oleh Panthongtae Shinawatra, anak sulung bekas pemimpin politik utama Thailand itu yang kini tinggal dalam buangan.

"Ayah saya telah memberi izin untuk menawarkan 7 juta Baht, 2 juta Baht (RM234,235) untuk pemberi maklumat dan 5 juta Baht (RM585,586) untuk pegawai yang menyiasat dan membuat tangkapan.

"Kita perlu melakukan tangkapan suspek secepat mungkin bagi menin gkatkan semula keyakinan dan sema-ngat penduduk Thailand serta pelancong asing agar semua orang sedar negara ini bukan tempat sesiapa bebas berbuat sesuka hati," jelasnya dalam satu paparan Facebook malam kelmarin.-AFP


Pada awal minggu ini, seorang pemimpin utama gerakan Baju Me-rah yang setia kepada Thaksin turut menawarkan ganjaran 2 juta Baht, menjadikan jumlah ganjaran terkumpul sebanyak 12 juta Baht (RM1.4 juta). - AFP
SRC Internasional:Tiga Individu Termasuk Jho Low Diminta Tampil Bantu Siasatan

SRC Internasional:Tiga Individu Termasuk Jho Low Diminta Tampil Bantu Siasatan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta tiga orang individu agar tampil menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasa-tan berkaitan SRC International Sdn Bhd.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, ketiga-tiga mereka adalah Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil; Pengarah SRC International Sdn. Bhd., Datuk Suboh Md. Yassin dan ahli perniagaan, Low Taek Jho juga dikenali se-
bagai 'Jho Low".
Dalam satu kenyataan di sini semalam, SPRM mem-berikan alamat terakhir mereka:
1. Nik Faisal (No kad pen-genalan: 710304-10-6303 dan pasport bernombor A3178024). Alamat terakhir: No. 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor.
2. Datuk Suboh (No kad pengenalan: 510111-10-5521 dan pasport bernombor D021678 dan R016029). Ala-mat terakhir: 3-15-2, No. 3, The Residence, Jalan Wan Kadir 5, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
3. Low Taek Jho (No kad pengenalan: 811104-07-5701). Alamat terakhir: 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Azam berkata, mereka dikehendaki hadir di Bahagian Operasi Khas SPRM di Aras 7, Menara Prisma, Presint 3, Putrajaya.
Tiga individu itu juga dikehendaki menghubungi Pegawai Penyiasat Kes iaitu Penolong Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 010-3187757 atau 03-88900752 atau Penolong Pesuruhjaya Norkhafizin Isa di talian 019-6000 345 atau 03-8890 0754," katanya.

Bulan lalu, media melaporkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) meminta Jho Low tampil secara sukarela untuk memberi keterangan kepada PAC berkaitan isu IMalaysia Development Berhad (1MDB). - Bernama

Google+ Followers