Rabu, 30 September 2015

Himpunan 40 NGO Jumaat Ini

Himpunan 40 NGO Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Ribuan anggota daripada lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan akan berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat di sini Jumaat ini bagi membantah pencerobohan rejim Israel terhadap masjid suci Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Perhimpunan aman itu, yang dinamakan 'Hari Kemarahan', akan diadakan selepas solat Jumaat, menurut jurucakap Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds, Mohamad Raimi Ab Rahim.

Mohamad Raimi, yang juga Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, berkata pada perhimpunan itu, pihaknya juga akan menyerahkan memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel.

"Kita telah memaklumkan kepada pihak kedutaan mengenai perhimpunan aman itu dan telah membuat permohonan kepada Polis Kuala Lumpur untuk kebenaran menganjurkan perhimpunan itu. Setakat ini semuanya positif," katanya dalam sidang media mengenai perhimpunan itu, di pejabatnya di sini, hari ini.

Sejak 24 Ogos lalu, Israel melakukan keganasan dan pencerobohan terhadap Masjid Al-Aqsa termasuk menembak di dalam rumah ibadat itu serta cuba memisahkan ruang 'ibadat dan masa' antara orang Islam dan Yahudi.

Mohamad Raimi berkata melalui Kempen Selamatkan Al-Quds, pihaknya juga akan menyalurkan bantuan kewangan hasil derma orang ramai kepada usaha pembelaan Masjid Al-Aqsa melalui 'Tabung Baitulmaqdis'.

Pada sidang media sama, Timbalan Pengerusi Viva Palestina Malaysia Siti Jamilah Sheikh Abdullah berkata perhimpunan itu bukan saja boleh dihadiri oleh umat Islam malah penganut agama lain, terutamanya penganut Kristian.

"Orang Kristian juga terancam dengan tindakan rejim Israel yang kini melaksanakan program Judaism di seluruh dunia. Jadi mereka juga boleh sertai perhimpunan ini," katanya.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia Abdul Ghani Samsudin berkata rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kaum perlu bersama menentang tindakan Israel kini, yang menindas hak asasi manusia atas tiket menentang keganasan.

Sidang media itu dihadiri wakil daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Penyayang Uswah, MyCare, Aqsa Syarif, HALUAN, Yayasan Al Quds Malaysia dan Pertubuhan Kebudayaan Palestin.

Turut hadir, Exco Pemuda UMNO Armand Azha dan Setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS Mohd Faiz Mohd Nawi.

-- BERNAMA


Pengakuan Rahim Thamby Chik Patut Di Puji

Pengakuan Rahim Thamby Chik Patut Di Puji


Secara peribadi penulis tidak bersetuju apa yang telah diperbuat oleh Tan Sri Rahim Thamby, namun penulis memuji sikap bekas Ketua Menteri Melaka itu,kerana sedar apa yang dilakukannya itu salah dan segera memohon maaf.

Tan Sri Rahim Thamby Chik  di laman facebooknya menulis mengenai DYTM Raja Muda Selangor menukar agama kepada Katholikisme tanpa usul periksa sumber yang diperolehinya .

Tan Sri Rahim Thamby mengaku bahawa sumber yang diperolehinya itu  adalah daripada sumber yang tak dapat ditentukan kesahihannya, begitu juga dengan dakwaan Sultan Selangor akan bertemu Pope di Vatican City.

Setelah sedar apa yang dilakukan itu tidak benar, Tan Sri Rahim Thamby memohon  maaf secara terbuka."Saya dengan ikhlas memohon maaf diatas ketidakselesaan dan kesulitan yang munkin dirasai oleh DYMM Sultan Selangor, DYTM Raja Muda Selangor dan Istana Selangor.

Permohonan maaf itu amat sesuai dengan sebuah hadith,’
“Barangsiapa yang mempunya kezaliman kepada saudaranya mengenai hartanya atau kehormatannya, maka diminta dihalalkanlah kepadanya dari dosanya itu sebelum datang hari di mana nanti tidak ada dinar dan dirham (hari kiamat), di mana akan diambil dari pahala amal kebaikannya untuk membayarnya. Kalau sudah tak ada lagi amal kebaikannya, maka akan diambil dari dosa orang yang teraniaya itu, lalu dipikulkan kepada orang yang menganiaya itu” (HR. Bukhari).

Maaf atau tidak terpulang kepada DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor,kerana dialah yang berhak memberi maaf.

Penulis yakin DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor akan memaafkan Tan Sri Rahim Thamby yang telah mengaku secara jujur kesalahannya itu.

Penulis sama sekali tidak berhak memberi sebarang gambaran tidak baik kepada mana-mana individu yang mengaku kesalahannya dan seterusnya memohon maaf  kepada orang yang dia buat salah.

Penulis juga tidak berhak memberi gambaran tidak baik kepada sesiapa yang tidak memaafkan orang yang melakukan kesalahan terhadapnya,kerana itu adalah haknya.


Allah lebih mengetahui daripada hambanya.
Kedutaan Arab Saudi  Di Indonesia Nafi Pancung 28 Orang

Kedutaan Arab Saudi Di Indonesia Nafi Pancung 28 Orang


Pemerintah Arab Saudi menegaskan bahwa tidak benar ada 28 orang yang dijatuhi hukuman pancung berkaitan dengan insiden rempuhan semasa melontar jamrah di Mina Kamis 24/9/2015.
Khabar tersebut tidak benar," kata Duta Besar Arab Saudi di Indonesia, Mustafa bin Ibrahim al-Mubarak
 Mustafa juga menyeru kepada seluruh pihak untuk tidak berspekulasi lebih lanjut mengenai penyebab tragedi tersebut, dan menunggu hasil siasatan dilakukan oleh oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Khabar Angin Minyak Naik 10 Sen Malam Ini?

Khabar Angin Minyak Naik 10 Sen Malam Ini?


Khabar angin kuat menyatakan minyak naik 10 sen bermula malam ini berikutan ada peningkatan harga minyak dunia.

Harga jualan di Malaysia pada September 2015 RON95 RM1.95 sen,RON97 RM2.35 sen,Diesel RM1.80 sen seliter.
Untuk pengesahan,sama-sama tunggu berita pukul 8 malam ini,sama ada harga minyak kekal pada harga biasa atau meningkat.
Ada juga khabar dari sumber  netizen menyatakan petrol dan diesel turun 10 sen.
Allah sahaja yang tahu kebenarannya tentang khabar ini,sama-sama tunggu adakah khabar ini ada kebenarannya atau sebaliknya.
Khir Toyo Ada Peluang Ketepi Hukuman Penjara

Khir Toyo Ada Peluang Ketepi Hukuman Penjara

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mempunyai peluang untuk mengetepikan hukuman 12 bulan penjara atas kesalahan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007, kata peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Menjawab soalan media sama ada pihaknya akan menfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan hukuman penjara itu, Muhammad Shafee berkata pihaknya perlu meneliti penghakiman Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang tindakan.
Ketika ditanya media lagi sama ada pihaknya akan menfailkan petisyen pengampunan terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan itu, peguam itu berkata ia merupakan satu daripada peluang yang ada.
"Petisyen pengampunan merupakan satu pilihan yang ada, tapi ia bukan pilihan terakhir. Kami juga akan mempertimbangkan pilihan lain," katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir, di sini, Selasa.
Ditanya mengenai keputusan hari ini, beliau berkata ia mengejutkan barisan peguam yang mewakili Dr Mohamad Khir termasuk isterinya, Zahrah Kechik, 50, kerana pihaknya yakin mahkamah akan memihak kepadanya.
Muhammad Shafee juga berkata pihaknya kecewa apabila mahkamah menolak rayuan anak guamnya bagi menjalani program khidmat masyarakat untuk menggantikan hukuman penjara.
Beliau berkata, anak guamnya juga mengarahkannya untuk memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap akhbar 'The Sun' berhubung dua artikel yang diterbitkan akhbar itu selepas mahkamah menangguhkan keputusan untuk menjatuhkan hukuman hari ini.
Dalam pada itu, isteri Dr Mohamad Khir, Zahrah, yang kelihatan tenang ketika ditemui di luar lokap mahkamah berkata beliau menerima keputusan mahkamah dengan hati yang tabah meskipun ia amat menyedihkan seluruh anggota keluarganya.
"Memanglah saya sedih. Apa-apa pun saya anggap ini ujian Allah. Saya reda.
Dia (Dr Mohamad Khir) juga reda dan tabah menerima keputusan ini. Terima kasih," kata ibu kepada enam anak itu sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.
Mahkamah Persekutuan hari ini menyabitkan Dr Mohamad Khir terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni, lapan tahun lepas.
Sementara itu, peguam Datuk Naran Singh menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini adil kerana hukuman penjara adalah sesuai bagi kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Beliau juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa program khidmat masyarakat seperti yang dipohon Dr Mohamad Khir hanya sesuai kepada pesalah muda.
"Ia adalah keputusan yang baik. Keputusan itu juga adil. Program khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman penjara hanya sesuai kepada pesalah muda," katanya ketika dihubungi Bernama. -- Bernama 
Bajet 2016 Membantu Ekonomi Rakyat

Bajet 2016 Membantu Ekonomi Rakyat


JOHOR BAHRU - Bajet 2016 yang akan dibentangkan 23 Oktober ini menekankan keseimbangan modal ekonomi dan rakyat sekali gus memberi kesan kepada Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).


Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala berkata, Bajet 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan menyaksikan kesinambung-an Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).


"Selain meneruskan program transformasi yang di-rencanakan, Perdana Menteri memikirkan berhubung modal ekonomi dan ekonomi rakyatyang seimbang... kita akan lihat dalam Bajet 2016 nanti.


'Apa yang dimasukkan dalam Bajet 2016 ini juga perlu diteliti kerana ia akan beri kesan kepada RMK11. Ia (ekonomi) akan meningkat, tetapi harus meningkat dengan mampan," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada siri persidangan Invest Iskandar Malaysia 2015 (IIM2015) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, semalam


Dalam perkembangan lain, Idris berkata, situasi penyusutan nilai ringgit harus direbut pelabur dan menyifatkan ia waktu sesuai untuk membuat pelaburan.
Katanya, tempoh kejatuhan ekonomi adalah waktu sesuai untuk melabur kerana ketika itu haiga saham rendah.

Percaya Kepada Masa Depan Malaysia

Percaya Kepada Masa Depan Malaysia



Daripada Mokhtar Hussain

NEW YORK, 29 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin (Selasa di Malaysia) menggesa pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Amerika Syarikat supaya percaya dan yakin dengan masa depan negara.

"Saya mahu anda percaya dengan masa depan Malaysia," katanya kepada kira-kira 200 pelajar dan diaspora rakyat Malaysia yang berhimpun di pejabat Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, yang terletak di tengah bandar Manhattan.


Sebelum itu, perdana menteri menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Para Pemimpin mengenai Pasukan Pengaman di ibu pejabat PBB yang terletak berdekatan.

Najib memberitahu para pelajar bahawa mereka perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran bagi merebut pelbagai peluang yang diwujudkan di tanah air.

Perdana Menteri juga meminta para pelajar supaya tidak terpengaruh dengan apa yang dilaporkan di dalam blog atau portal berita terutama yang berdasarkan khabar angin atau dakwaan tidak berasas.

1


Najib berkata beliau komited untuk memastikan urus tadbir yang baik diteruskan di Malaysia dan kerajaan akan terus mewujudkan lebih banyak peluang kepada rakyat.

"Kita telah mengalami banyak perubahan. Dalam soal menjadi sebuah negara Islam, kita tersenarai sebagai negara yang paling berjaya. Bloomberg telah menyenaraikan Malaysia sebagai pasaran baharu muncul kelima terbaik di dunia.

"Beberapa hari lepas, saya bertemu dengan Fitch (Ratings). Di sebalik keadaan ekonomi pada masa ini, mereka percaya bahawa kita berada di landasan yang betul terutama sekali selepas kita begitu berani melaksanakan GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan rasionalisasi subsidi," katanya.

Najib berkata kerajaan akan berusaha keras untuk memperkukuhkan daya tahan ekonomi Malaysia.

"Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sebagai sebuah negara, kekuatannya adalah untuk sentiasa bersatu. Jika kita bersatu kita akan menjadi lebih kuat berbanding jika kita berpecah belah," katanya sambil menambah kejayaan Malaysia akan menjadi satu perkara yang menggembirakan beliau.

Perdana menteri berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada kritikan.

"Anda boleh tidak bersetuju dengan kerajaan. Anda boleh memprotes terhadap kerajaan namun perlu mematuhi undang-undang," katanya.

Najib juga menceritakan pengalamannya bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama apabila beberapa buah negeri di Malaysia dilanda banjir akhir tahun lepas.

"Saya kini mempunyai rekod sebagai satu-satunya Perdana Menteri yang bermain golf dengan Obama. Tetapi, malangnya, waktunya tidak kena. Jadi, saya tidak mendapat sebarang dividen politik.

"Saya lakukannya kerana saya berpendapat ia merupakan satu langkah positif untuk membina hubungan peribadi dengan Presiden Amerika Syarikat dan saya lakukannya untuk Malaysia. Saya tidak lakukannya untuk kepentingan sendiri," katanya.

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wahid Omar dan Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin.

-- BERNAMA

Selasa, 29 September 2015

Catatan Disebalik Tirai Besi-Dr Khir Toyo

Catatan Disebalik Tirai Besi-Dr Khir Toyo




1.Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]
The Sun

16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil
21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu
25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]

26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan
28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.
Wassalam.
Dr Mohamad Khir Toyo
Ahli Parlimen Sengal Kata Najib Relek

Ahli Parlimen Sengal Kata Najib Relek

SHAH ALAM, 29 SEP: Tiada sebarang tanda kejatuhan nilai ringgit berhenti, malah Kerajaan Persekutuan seolah-olah menganggap isu itu sebagai remeh.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata disebalik kegawatan ekonomi semakin parah, Datuk Seri Najib Razak terlalu ‘relaks’ tanpa berusaha memberi keyakinan kepada rakyat.
Datuk Seri Najib mempunyai jadual padat pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, dengan menyertai dalam sekurang-kurangnya tujuh mesyuarat peringka t tertinggi yang akan diadakan di kompleks PBB di Manhattan dan tidak perlu dirujuk kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago terlabih dahulu.
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib  merupakan antara pemimpin yang  berucap pada Sidang Kemuncak PBB untuk Menerima Pakai Agenda Pembangunan pasca-2015 mengenai Pembangunan Mapan ,dan ia juga tidak perlu mendapat kebenaran   Charles Santiago.Adakah Charles anggap ucapan itu tidak boleh diterima pakai bagai rakyat Malaysia dan sebab itulah beliau sanggup berkata  Datuk Seri Najib Razak terlalu ‘relaks’ tanpa berusaha memberi keyakinan kepada rakyat mengenai kejatuhan nilai ringgit dan ekonomi negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga mempengerusikan Mesyuarat ke-5 Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global .
Datuk Seri Najib juga  menyampaikan satu lagi ucapan penting pada Sidang Kemuncak para Pemimpin mengenai Pembanterasan ISIL dan Keganasan Melampau yang turut dipengerusikan Presiden Obama.
Adakah Charles Santiago tahu apakah itu ISIL? ,jika tahu tak mungkin dia berkata,Datuk Seri Najib relek dan tak faham mengapa Perdana Menteri  berada di New York.
 Datuk Seri Najib juga  bersama diaspora Malaysia di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia di sana sebagai sebahagian daripada Program Outreach kerajaan dengan rakyat Malaysia di luar negara yang tinggal, belajar dan bekerja di Amerika Syarikat.
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib  juga dijadual berucap pada Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Sedunia mengenai Kesamarataan Gender dan Pemerkasaan Wanita ,dan rakyat Malaysia tahu hal ini melalui laporan media  sama ada online ,cetak dan tonton,namun Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menunjukkan kelembabkan minda dan ia mungkin disebabkan jerbu melanda Selangor.
Charles Santiago juga mengatakan,rakyat yang ingin menerima rawatan di hospital atau klinik kerajaan juga terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk perkhidmatan.
Nampaknya Charles Santiago mengatakan hal yang tidak benar ,malah warga negara  berjumpa dengan doktor dihospital kerajaan,mereka hanya perlu membayar RM1 manakala bayaran RM5 dikenakan jika berjumpa dengan doktor pakar. Ubat-ubatan pula diberi secara percuma.
Mengenai hospital swasta atau klinik jika bayarannya terbeban mengapa kerajaan Selangor tidak melaksanakan subsidi perubatan sehingga 98 peratus bagi anak kelahiran Selangor.
Mana negara didunia melaksanakan 98 peratus subsidi perubatan kepada rakyatnya selain dari Malaysia. maknanya 98 peratus kos kesihatan bagi setiap pesakit ditanggung oleh kerajaan, cuma satu atau dua peratus sahaja dikenakan bayaran.
Mengenai nilai Ringgit susut ,bolehkah sesiapa jumpa Charles Santiago dan bertanya negara manakah di rantau ASEAN yang tidak mengalami kejatuhan nilai mata wang.
 Ekonomi
Ekonomi negara dalam landasan yang kukuh, berbanding keadaan krisis tahun 1998.
Pertama- Pertumbuhan 6 peratus ekonomi negara, sementara tahun 2015 dijangka 5 peratus, berbanding krisis ekonomi Tahun 1998 di mana pertumbuhan ekonomi negatif 7 peratus.
Kedua- Defisit fiskal negara yang positif 3.2 peratus tahun ini berbanding tahun 2009 negatif 6.7 peratus.

Ketiga- Kejayaan Transformasi negara yang berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 49.3 peratus tahun 1970 kepada Cuma 0.6 peratus pada Tahun 2014. Selain itu, keluaran dalam negara kasar (KDNK) naik 47.7 peratus dari Tahun 2009-2014, manakala 1.8 juta peluang kerja diwujudkan sejak pelancaran program transformasi ekonomi pada Tahun 2010.

Keempat,- Malaysia masih diiktirf pada kaca mata dunia kerana berupaya menguruskan ekonomi di sebalik berdepan banyak cabaran. Ini dibuktikan oleh penarafan and laporan agensi kewangan antarabangsa seperti Fitch, Moody, Standard &Poor selain gambaran sebenar keadaan ekonomi and pengurusan ekonomi semasa.

Kelima, ialah Malaysia berada dalam kedudukan 12 daripada 60 negara dalam senarai world competitiveness Yearbook 2014.
Ayuh Bangkit Pertahan Mufti Pahang

Ayuh Bangkit Pertahan Mufti Pahang

Dewan Ulama Pas Perak (DUPP) bangkit mempertahankan Mufti Pahang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berhubung khutbah Aidiladha  yang dituduh oleh DAP sebagai menghina parti itu.

Ketua DUPP Perak Sidek Mohd Noor memberi peringatan kepada DAP supaya jangan cuba mecampuri urusan Islam apatah lagi menggangu badan yang mejaga pentadbiran Islam seperti Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Pada Khamis lalu Jabatan Mufti Pahang memberi peringatan kepada umat Islam di negera ini agar bersatu, bukannya mengutamakan politik sehingga sanggup menyertai DAP yang bertentangan dengan Islam.

Berhubung Khutbah Aidiladha DAP Pahang telah meminta pihak yang bertanggungjawab membuat teks khutbah itu memohon maaf secara terbuka atau menarik balik teks tersebut.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, pihaknya akan menyerahkan kepada peguam untuk menyemak dan meneruskan tindakan undang-undang.
"Jika pihak terlibat membuat teks khutbah tidak memohon maaf, kita akan teruskan dengan tindakan undang-undang.

Dalam teks khutbah solat sunat Aidiladha yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pahang itu mengingatkan umat Islam supaya terus bersatu padu walaupun berlainan ideologi politik bagi mengelak perpecahan di kalangan orang Melayu yang semakin ketara.

Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi per-paduan dan persaudaraan Islam seperti parti UMNO, Pas, PKR dan ditambah parti baharu yang dinam-akan Gerakan Harapan Barn (GHB) malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terang menentang Islam.

Teks khutbah yang turut dibaca oleh Dr. Abdul Rahman di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah l itu mengingatkan umat islam supaya bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka.

Menurut Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah, tiada bukti yang kukuh menunjukkan bahawa parti DAP terang-terang menentang Islam di negara ini.

"Ini bukan nasihat seperti yang dinyatakan oleh Mufti Pahang tetapi ini adalah tuduhan yang tidak berasas terhadap DAP.

"Kami tidak menentang mana-mana rukun Islam dan kami percaya dengan lima rukun Islam ini. Tetapi saya yakin perkara ini sengaja diperbesarkan supaya dapat menutup isu-isu yang besar melanda negara kini," katanya.

Dalam sebuah PORTAL ada mengariskan beberapa hal yang dianggap sebagai  bukti DAP penentang Islam http://www.ibnuhasyim.com/2015/09/dap-tentang-islam-ini-bukti.html

Bukti 1, dlm Perlembagaan DAP itu, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Dalam Perlembagaan Malaysia tidak ada disebut sekular. Ini bercanggah dgn Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama bagi negara.

Bukti 2, prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah degan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati sultan/YDPA sebagai ketua agama. Bebas beragama dan bebas tanpa .kawalan agama adalah dua perkara yang bercanggah,

Bukti 3, siri-siri  penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk laksana EJKS II, sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dlm titah Baginda d DUN Kelantan Mac 2015… dalam hal ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup DAP di mana ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dgn EJKS II

Bukti 4, DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang degan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dgn hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah degan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyelar tindakan DAP yang sekali lagi cuba mencampuri hal ehwal agama Islam terutama berkaitan khutbah yang dikhaskan kepada penganut Islam.

-Hot Kelate

Perogol Ditambah Hukuman Setelah Dirayu

Perogol Ditambah Hukuman Setelah Dirayu



KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam, menolak rayuan seorang lelaki agar hukuman 11 tahun penjara dan lima sebatan yang dijatuhkan ke atasnya dipertimbangkan semula dan diringankan.

Hukuman itu dijatuhkan ke atas Azaha Rasdi, 50-an, pada tahun lalu kerana dua kesalahan merogol anak gadis arwah rakannya.

Bukan sahaja gagal dalam rayuannya, sebaliknya tempoh 11 tahun penjara yang dikenakan sebelum ini turut ditambah menjadi 22 tahun.

Pada 23 Oktober 2014, Azaha didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan merogol mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, dia didapati bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Ajil, Hulu Terengganu pada Disember 2004.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan tiga sebatan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Azaha didapati bersalah merogol mangsa pada Ogos 2007, di dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan semak berdekatan Bukit Diman, Ajil.

Wan Fadhilah Nor menjatuhkan hukuman 11 tahun penjara dan dua sebatan, namun dia mengarahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Azaha memohon rayuan di Mahkamah Tinggi namun hakim menolak rayuan itu dengan mengekalkan tempoh hukuman penjara, namun mengarahkan ia berjalan berasingan.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi turut menolak rayuan bekas kakitangan Jabatan Kesihatan agar diringankan hukuman selepas didapati bersalah membunuh rakannya tanpa niat semasa memburu.

Amran Janaina Abdul Majid, 52, merayu hukuman penjara 15 bulan yang dijatuhkan pada April 2014 diringankan, namun mahkamah memerintahkan tempoh penjara dipanjangkan sehingga lima tahun.

Antara alasan diberikan Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz sebelum membuat keputusan itu adalah jenayah yang dilakukan olehnya menyebabkan kehilangan satu nyawa.

Terkejut dengan keputusan itu, Amran Janaina pengsan sejurus dibawa keluar dari kamar mahkamah, namun keadaannya mula stabil beberapa minit kemudian.

Sebelum ini, dia yang juga anggota Rela didapati bersalah menyebabkan kematian Yaseer Janudin apabila tertembak mangsa menggunakan senapang patah milik Rela.

Mangsa, anggota polis berpangkat Lans Koperal maut di tempat kejadian selepas peluru mengenai rusuk kirinya.

Hasil siasatan mendapati tertuduh dikatakan terlihat satu ‘cahaya putih’ yang dipercayainya mata rusa lalu menembaknya, sebelum memanggil dua lagi rakannya untuk menyembelih ‘rusa’ yang berjaya ditembak.

Bagaimanapun, dia terkejut mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum membuat laporan polis.

Isnin, 28 September 2015

 Berita Palsu Hukum Pancung 28 Petugas Haji Ditemui

Berita Palsu Hukum Pancung 28 Petugas Haji Ditemui

Heboh para blogger dan facebooker tanah air berkongsi berita hukuman pancung terhadap 28 petugas yang diberi tanggunjawab berkaitan tugasan mengawal selia hal ehwal Jemaah haji atau sewaktu denganya  pada musim haji 2015 tanpa menyelidiki benar dan palsunya.

Sama ada mahu naikan hit blog dengan pageview yang banyak atau mahu berbut rank tinggi di mata pencarian google dengan statistic Alexa,penulis tidak pasti,namun tidak mustahil sama sekali cita-cita pemilik blog yang berbayar mahupun tidak ranking blog menjadi perbincangan tiada penamat.

Saya mahu berkongsi sesuatu yang logik mengenai berita yang sedang hangat dicarian google dengan pembaca agar terbuka tabir antara percaya dan tidak tentang berita itu.

Pertamanya,Kejadian rempuhan para jemaah haji ketika lontar jamrah di Mina  terjadi pada hari Khamis 24 September 2015,dan pada Jumaat 25 September 2015 ketika rakyat Muslim Malaysia  masih merayakan Aidiladha,tersebar berita bahawa pihak berkuasa Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman pancung terhadap 28 petugas haji,padahal siasatan terhadap berlakunya rempuhan ketika melontar jamrah sedang berjalan.

Keduanya,Adalah sangat mustahil pemerintah Arab Saudi terus mengambil keputusan menjatuhkan hukum  kepada 28 orang sebagaimana yang sedang hangat diperkatakan kini tanpa proses siasatan.Mengertilah umat Islam,bahwa untuk melaksanakan sesuatu hukum ia tidak semudah menulis A,B dan C.

Ketiganya,Dalam Islam dilarang sama sekali menjatuhkan sebarang Hukuman terhadap pesalah tanpa siasatan dan proses pengadilan.

Sebagaimana yang diketahuai umum,bahawa qishash atau pancung dan apa-apa bentuk hukuman pasti ada proses pengandilan yang bukanya dapat diselesaiakan dalam tempoh 24 jam.

Pokok kepada penyebaran berita ini juga perlu dilihat dari mana benihnya.

Sumber berita tentang dijatuhkan hukuman pancung terhadap 28 petugas yang dianggap bertanggung jawab atas terjadinya rempuhan semasa melontar Jamrah di Mina bersumber dari berita Iran Fars News Agency dan berita Lebanon Ad-Diyar yang ada pertalian dengan Hizbullah yang didukung Iran.Manakala lain-lain akhbar mahupun berita dalam talian internasional belum ada yang mengesahkan terhadap apa yang didakwa dua media itu.

Sekiranya dakwaan dua media itu betul,pastinya media lain yang terkenal sama ada di talian mahupun cetak dan tonton juga turut  melaporkan terutamanya penyebar berita utama Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi sendiri membantah adanya pihak medakwa hukuman pancung kepada 28 petugasnya yang ada hubung kait dengan kejadian rempuhan ketika melontar jamrah di Mina pada 24 September 2015 seperti yang dilaporkan oleh berita atas talian KHBARNA.


Sila rujuk di KHBARNA

Satu ketika Fars News Agency telah membuat berita fitnah tentang seorang gadis Suriah telah direjam sampai mati kononya sebab gadis itu mempunyai akaun Facebook.

Apabila ditelusuri melalui carian google ternyata gambar yang disiarkan itu adalah dari sebuah video yang boleh ditonton di Youtube,title video The Stoning of Soraya M

Untuk melihat gambar-gambar kononya gadis Suriah di rejam sila rujuk di carian google 



Gambar ini(atas) disiarkan oleh sebuah laman berita atas talian http://newsbite.it/  manakala untuk keseluruhan berita yang disiarkan berkaitan gadis Suriah di rejam sampai mati boleh di telusuri di carian Google

Gambar Skrinshoot dari Youtube-



Video ini dimasukan pada blog ini bertujuan dapat ditonton bagi membukti penipuan tentang berita gadis Suriah direjam dengan batu hingga mati,sila tumpukan bermula pada durasi 1:25:43 dan seterusnya.

CNN iReport juga turut menyambung berita tidak benar itu namun akhirnya artikel berkaitan dibuang kerana mendapat kritikan hebat.

Turut menyambung fitnah itu juga  satu laman berita atas talian Israel Hayom dan beberapa yang lain.
Satu dunia terkejut  apabila Al-Alam News Network melaporkan bahawa Mufti Besar Arab Saudi Syeikh Abdulaziz al-Sheikh telah mengeluarkan satu fatwa suami boleh makan isterinya jika keadaan sangat lapar,walhal ia tidak benar sama sekali dan website  Mufti Arab Saudi tidak ada mengandungi fatwa itu,dan hal ini berlaku pada April 2015.


Sumbernya boleh dilihat di  CNN

Walaupun banyak lagi bukti-bukti cerita tidak benar  yang diputarkan oleh beberapa media atas talian yang tidak menyenangi Arab Saudi boleh di paparkan,namun cukuplah rasanya untuk sama-sama difikir.

Oleh itu tidak perlulah kejar ranking blog dengan berita-berita sansi yang tidak tentu kesahihanya..

Google+ Followers