Oktober 2015 - SUARA BIRU

Sabtu, 31 Oktober 2015

Lima Diburu Kes Dadah

Lima Diburu Kes Dadah

SRI AMAN: Polis Sri Aman meminta kerjasama daripada orang ramai bagi mengesan lima individu yang dikehendaki bagi tujuan siasatan kes narkotik di sini. Tiga penama pertama ialah Ezekial Baring Phua, 24, dari Kampung Abok Bakar, Pantu, Jimmy Carter, 28, dari Kampung Long Sebulu, Lawas dan Wilson Intai Michael, 23, dari Jalan RTM Sri Aman.

Manakala dua lagi ialah Awang Hipni Awang Raili, 39, dari Kampung Hilir, Sri Aman dan Hward Ferguson Lee Nyaring, 22, dari Jalan Serindit 5 Taman Scientix, Pasir Gudang, Johor (penama dipercayai sedang berada di Sarawak pada masa sekarang). "Pihak kami meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat mengenai kedudukan terakhir kesemua lima orang penama ini bagi membantu siasatan kes narkotik oleh IPD Sri Aman.

"Justeru jika orang ramai mengetahui kedudukan terkini keduadua penama terbabit sila hubungi balai polis yang berdekatan dengan penempatan masing-masing," kata kenyataan media pihak polis semalam. Mereka juga boleh menghubungi ASP Abdul Aziz Abdullah ditalian 083-323166 atau 0128051082, Inspektor Bill Azman Sunjar (083-322044 atau 0139006799) atau Inspektor Mohd Azlan Abdullah Abdul Hei 083-322044 atau 0122608314 jika mengesan penama terbabit.

Jumaat, 30 Oktober 2015

Letupan Bom Diseluruh Dearah Yala Thailand

Letupan Bom Diseluruh Dearah Yala Thailand



YALA - Rabu, 29 Oct 15, Sekitar pukul  7:30 Malam waktu  tempatan  berita melaporkan, Bahawa berlaku serangan bom di seluruh daerah wilayah antaranya, Antaranya !

1. Kawasan Jambatan Pesak (Thasap) 1 tempat 1 letupan (Bom).

2. Kawasan Pohon Jerai 1 tempat 6 letupan.

3. Kawasan Mueng/Candi Budha 1 tempat 1 letupan (Bom).

4. Kawasan Lammai 1 tempat 1 letupan (Bom).

5. Kawasan Jaha 2 tempat 2 letupan.

6. Kawasan Kabu/ Raman 3 tempat 3 letupan.

7. Kawasan BBai-k 1 tempat 1 letupan (Bom).

8. Kawasan Tanrto 1 tempat 1 letupan (Bom).

 Serangan  kali ini ada berbagai macam seperti -Serang Bom , membakar  Pos kawalan keselamatan,membakar tayar kereta –Pengeboman tiang letrik/pencawang letrik dan sebagainya,serangan itu menyebabkan berlakunya ketiadaan letrik diseluruh wilayah Yala.
Setakat ini mangsa korban tidak diketahui.
Tony Pua "TKO" Sebelum Kena Tumbuk

Tony Pua "TKO" Sebelum Kena Tumbuk


Tony Pua tidak perlu takut jika ada kejantanan untuk berdebat dengan Presiden dan CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy ,yang membuat cabaran bukannya Arul Kanda sebaliknya Tony sendiri.
Tony Pua telah mencabar Arul Kanda dan Arul Kanda menerima cabaran itu malah tidak sabar untuk menjawab setiap soalan yang diaju.
Bagaimana pun, Arul meletakkan syarat yang Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu perlu meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan.
Ia bertujuan untuk mengekalkan integriti siasatan PAC terhadap 1MDB, dan mengelak sebarang konflik kepentingan, jadi Tony Pua mesti terlebih dahulu meletak jawatan.

Seperti yang dijangka oleh umum,Tony Pua tidak akan meletak jawatan dalam PAC sekali gus debat itu tidak akan menjadi kenyataan.
Jika benar Tony Pua seorang pemberani seperti apa yang dipuji oleh kelompok pembangkang,beliau harus mengikuti niat murni Arul Kanda dengan meletakkan jawatan dalam PAC.

Isu 1MDB sedang diperhatikan rakyat,jika benar Tony Pua ada bukti penyelewengan berlaku dalam 1MDB beliau boleh buktikan secara langsung.
Kalau benar Tony Pua berani,sepatutnya beliau terima syarat itu bagi membolehkan debat one to one tanpa jawatan sebagai ahli jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dengan CEO 1MDB yang sedia memberi jawapan kepada semua soalan yang dikemukakan.
Belum pun apa-apa,Tony Pua sudah mendakwa Arul Kanda takut berdepan dengannya sebagai ahli PAC.Sedangkan Arul Kanda sudah jelaskan kenapa Tony harus latak jawatan dalam PAC terlebih dahulu.
Tony kelihatan cuba mengelak dengan alasan politik bodohnya,sedangkan Arul Kanda bukan seorang politikus sebaliknya seorang ahli perniagaan,jadi tidak sepatutnya Tony cuba berpolitik dengan Arul Kanda.
Arul Kanda pernah berkata,Saya bukan ahli politik, saya seorang ahli perniagaan.
Jika benar Tony Pua ada bukti sila terima syarat yang dari Arul Kanda,sedangkan Arul Kanda tidak gentar terima cabaran beliau untuk berdebat.
Setakat ini Tony Pua tidak sanggup menerima syarat itu kerana sedar selama ini dia hanya bijak temberang.
Tampar Imam Masjid Didenda RM12,000

Tampar Imam Masjid Didenda RM12,000


KUALA LUMPUR: Lelaki warga India yang menampar imam Masjid Negara semasa solat Jumaat bulan lepas, hari ini didenda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shabir Ahmad Khan, 31, selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu mencederakan imam, mengganggu solat Jumaat dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh Pas Lawatan Sosial.

Mahkamah juga memerintahkan Shabir, yang bekerja sebagai pemandu peribadi, menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu. Dia membayar denda berkenaan.

Pada 30 Sept lepas, Shabir yang didakwa atas tiga pertuduhan itu, pada mulanya mengaku bersalah namun pengakuannya tidak diterima selepas dia kelihatan keliru dengan pengakuannya.

Mahkamah kemudian memerintahkan dia dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental.

Mengikut pertuduhan pertama, Shabir, yang berasal dari Kashmir didakwa dengan sengaja mencederakan imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua dia didakwa dengan sengaja menyebabkan gangguan ketika solat Jumaat mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Masjid Negara, Jalan Perdana, di sini pada 1.30 tengah hari, 18 Sept lalu.

Shabir juga didakwa tinggal di Malaysia walaupun Pas Lawatan Sosialnya telah tamat tempoh pada 17 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara minimum lima tahun atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh menolak badan mangsa yang sedang mengetuai bacaan solat Jumaat pada rakaat pertama dan kemudiannya menampar pipi kiri mangsa dengan kuat hingga menyebabkan solat Jumaat terganggu sebelum diteruskan semula selepas tertuduh ditarik keluar oleh pengawal keselamatan.

Terdahulu, peguam Sharen Rosli yang mewakili Shabir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum memandangkan anak guamnya telah disahkan mengalami masalah mental yang dikenali sebagai penyakit dwikutub iaitu penyakit mental psikotik yang memerlukannya mengambil ubat untuk meneruskan kehidupan.

Beliau berkata sekiranya hukuman penjara dikenakan ia hanya akan menambah kemurungan anak guamnya.

"Berdasarkan laporan dari Hospital Bahagia, tertuduh disaran mendapatkan rawatan susulan daripada seorang pakar psikologi di negara asalnya di Kashmir," katanya sambil menambah anak guamnya itu telah insaf dan menyesal dengan apa yang dilakukan dan mahu menjalani rawatan pemulihan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam. - Bernama
Vape Tidak Diharamkan

Vape Tidak Diharamkan



KUALA LUMPUR 30 Okt. - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape selepas pelbagai pihak mendesak supaya kajian menyeluruh dibuat sebelum langkah sedemikian mahu diambil.

Keputusan Kabinet itu dimaklumkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang merupakan salah seorang menteri yang menentang cadangan pengharaman vape menerusi Facebook miliknya.

“Berita baik untuk penghisap dan peniaga vape. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Khamis, 29 Oktober 2015

Transkrip Penuh Bual Bicara Bernama TV Bersama Presiden Dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB,Arul Kanda Kandasamy

Transkrip Penuh Bual Bicara Bernama TV Bersama Presiden Dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB,Arul Kanda Kandasamy



Soalan: Apa itu lMDB?

Arul Kanda: lMalaysia Development Bhd (lMDB) ialah sebuah syarikat 100 peratus milik kerajaan. Ia ditubuhkan sebagai se­buah syarikat pembangunan strategik dengan wawasannya untuk menjadi pemangkin dan merangsang pelaburan langsung asing, di samping membuat sesuatu yang berbeza untuk kerajaan.

Kita perlu faham model perniagaan dan struktur modal lMDB. Apabila ia ditubuhkan, kerajaan memutuskan bahawa syarikat ini perlu membiayai dirinya sendiri melalui hutang pinjaman bank dan pasaran modal.

Alasan yang ada di sebaliknya ialah untuk mewujudkan disiplin bahawa apabila anda berhutang, anda perlu membayar faedah dan pokoknya serta tidak mengusik dana ke­rajaan bagi tujuan lain seperti sekolah, hos­pital dan sebagainya.

Hutang itu akan digunakan untuk memperoleh aset dan hartanah berkualiti tinggi serta tenaga. lMDB adalah pengeluar tenaga terbesar di Ma­laysia dan memiliki 13 loji tenaga di lima negara di seluruh dunia, yang menjana tenaga beijumlah 5,500 MW. Ia juga me­miliki plot tanah paling luas yang terletak secara strategik di ibu negara.

S:Cabaran?

J: Terdapat ketidakpadanan dari segi aliran tunai yang dijana aset jangka panjang ini berbanding keperluan jangka pendek bagi melunaskan faedah dan sebahagian lagi un­tuk melunaskan pinjaman pokok apabila tiba waktunya.

Ia adalah ketidakpadanan yang membabitkan aliran tunai. Dan, untuk menangani masalah ini, kerajaan mengambil langkah jelas untuk melaksanakan pelan rasionalisasi bagi mengatasi ketidakpada­nan aliran tunai ini dengan menjual ekuiti dalam beberapa aset lMDB bagi mengumpul dana dan mengurangkan hutang.

S: Bagaimana hendak membayar hu­tang?

J: Jika anda lihat kepada projek seperti TRX, Bandar Malaysia, penyatuan tiga pengeluar tenaga bebas (IPP) berasingan di bawah Edra Energy, ia semuanya adalah projek strategik yang dirancang dan dilaksanakan oleh lMDB. Jadi, masalah yang kami hadapi hari ini ialah masalah sama seperti dihadapi mana-mana perniagaan, iaitu ketidakpada­nan aliran tunai yang berpunca daripada faktor dalaman dan luaran. Bagaimanapun, apa yang penting ialah kami telah mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan ini.

Alhamdulillah, hari ini, ekuiti yang ingin kami jual menarik minat ramai dan kami akan mencapai lebih banyak kejayaan dari segi ini.

S: Apa yang akan terjadi pada tahun-tahun akan datang?

J: Dalam sektor tenaga, semua loji tenaga kami berjalan lancar. Kami membeli loji tenaga sedia ada dan aliran tunai daripada Edra Energy, iaitu melalui pendapatan dan hasil yang dijana oleh loji ini berjumlah hampir RM5 bilion setahun. Saya dengan sukacita ingin memberitahu anda bahawa pada tahun ini sahaja, 1MDB menjual tanah di TRX bernilai kira-kira RM1.3 bilion.

Jadi, kami adalah pemaju utama, kami membelanjakan hampir RM3 bilion untuk membina infrastruktur. Sekarang, kami membahagikan plot tanah ini dan berjaya menjualnya. Kami telah menjual sebahagian besar plot tanah ini kepada Mulia Group dari Indonesia, Affin Bank, Lembaga Tabung Haji dan mengadakan usaha sama dengan kumpulan hartanah dan infrastruktur, Land Lea­se.

S: Apa yang tidak kena di peringkat dalaman, adakah wang orang ramai akan berada dalam keadaan bahaya?

J: Mengenai ekuiti langsung daripada kerajaan, jumlahnya ialah RMl juta. Memang benar, pada awal tahun ini, sebagai se­bahagian daripada pelan rasionalisasi, lMDB meminjam RM950 juta daripada kerajaan. Dalam pada itu, kerajaan menyediakan pilihan jaminan tertentu bagi hutang kami.

Perlu difahami bahawa, jika anda melihat jaminan itu, ia adalah RM5.8 bilion, kemudian surat sokongan dan beberapa hutang lain yang berjumlah kira-kira RM18 bilion. Dalam konteks Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebanyak RM1.1 trilion, jumlah itu tidak sampai dua peratus. Dalam konteks hutang kerajaan yang pada keseluruhannya berjumlah kira-kira RM630 bilion, ia adalah kira-kira tiga peratus.

Jadi, walaupun jumlahnya besar, ia masih dapat ditangani dan melalui pelan rasionalisasi, kini kami dalam proses menjual ekuiti dalam syarikat tenaga kami, Edra Energy. Kami sedang mencari rakan pembangunan untuk membeli ekuiti dalam Bandar Malaysia dan kami mempunyai ‘hu­tang untuk swap aset’ dengan IPIC. Jumlah keseluruhan ketiga-tiga transaksi ini boleh mencapai RM42 bilion hutang yang dapat dikurangkan atau dilangsaikan oleh 1MDB apabila tiba masanya.

S: Saya ragu anda boleh mendapatkan wang. Bolehkah anda mendapat harga yang baik bagi penjualan ekuiti IPP memandangkan kontrak mereka akan berakhir tidak lama lagi?

J: Sekiranya anda bertanya perkara itu kepada saya akhir bulan ini, pada masa itu, kami akan dapat menyatakan kepada anda mengenai hasil yang kami peroleh daripada proses kami menjual Edra Energy. Tetapi, ketika ini, kami boleh memberitahu anda bahawa ada ll pihak yang berminat dan menyuarakan hasrat mereka untuk membeli ekuiti dalam Edra Energy.

Ketika ini, kami tumpukan kepada empat pihak dan daripada empat pihak ini, tiga pembida telah mengemukakan cadangan akhir dan ikatan mereka.Tenaga Nasional Bhd adalah satu daripada mereka dan dua lagi adalah entiti dari luar negara.

S: Rangka masa, tempoh untuk menyelesaikan hutang itu?

J: Sebahagian besar aset kami sebenarnya adalah aset jangka panjang, lebih 80 peratus daripada hutang kami adalah berbentuk jangka panjang. Jadi, bahagian hutang jang­ka pendek boleh diurus melalui hasil da­ripada penjualan Edra Energy, sebagai contoh. Juga, apabila kami mendapat rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia.

Ideanya ialah pembelian ekuiti dalam Bandar Malaysia akan menjana tunai untuk mengurangkan dan mengurus hutang kami. Jadi, kami sangat yakin bahawa menjelang akhir 2015, kami akan menandatangani tiga perjanjian; penjualan Edra; penjualan eku­iti kepada rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia dan ‘hutang bagi swap aset’ dengan IPIC. Sudah tentu, seperti biasa, wang tunai akan datang dengan peredaran masa. Mengenai perjanjian yang terikat dengan undang-undang pula, itulah sasaran yang ingin kami capai menjelang akhir tahun ini.

Peraturan yang terdapat di Malaysia ialah pembida dari luar negara boleh memiliki hingga 49 peratus daripada loji tenaga tempatan. Kami juga memiliki aset di luar negara dan perbincangan dengan pembida itu masih diteruskan.

S: Boleh terangkan lebih lanjut lagi kepada kami mengenai Tun Razak Exchange (TRX)?

J: TRX adalah projek pembangunan menarik. Fasa pertama TRX akan siap menjelang 2018, kami mempunyai syarikat hartanah kelas dunia untuk membangunkan TRX. TRX mempunyai aliran MRT paling meluas, stesen terbesar MRT terdapat di KL. 


S: Wujud persepsi bahawa anda dibawa masuk untuk mengatasi kecelaruan yang ada dan melindungi seseorang. Adakah persepsi ini benar? Bagaimana kecelaruan itu boleh terjadi?

J: Sebenarnya, tiada apa yang disembunyikan dalam hal berkaitan 1MDB. Malah, jika ada cubaan untuk berbuat demikian pun, ia mustahil dapat dilakukan. Ada lima agensi siasatan yang sedang memerhati 1MDB iaitu daripada Bank Negara Malay­sia (BNM), Peguam Negara (AG), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malay­sia (PDRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Semua agensi ini diberi keijasama penuh un­tuk menjalankan siasatan secara bebas mengenai apa yang berlaku dalam 1MDB. Siasatan ini sedang diteruskan dan kami bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa tempatan. Mengenai syarikat berkenaan (IPP), kita kena melihat beberapa langkah ke belakang. 

Untuk membeli bagi pi­hak kerajaan, yang sebelum ini dimiliki individu tertentu, ia membawa kepada pentadbiran sebelum ini, iaitu IPP asal. Kerajaan menimbang untuk menyatukan syarikat ini, menjadikannya sebagai platform dengan harapan untuk merasionalisasikan tarif tenaga pada masa akan datang. Mengenai hartanah pula, ke­rajaan bertindak sebagai perancang utama dan menjual plot tanah dalam bidang strategik ini supaya hasil daripada penjualannya akan kembah kepada kerajaan melalui 1MDB, iaitu sebuah syarikat milik 100 peratus kerajaan. Cabaran yang dihadapi sya­rikat ini selama ini ialah kelewatan dalam melaksanakan IPO perniagaan tenaga. Kami dibiayai melalui hutang dan hutang ini digunakan untuk membeli perniagaan te­naga serta plot tanah. IPO sepatutnya bermula pada 2013, kemudian, cubaan kedua pada November 2014. Melaksanakan IPO adalah sesuatu yang sangat sukar. Ia menjadi titik tolak bagi keperluan melunaskan faedah dan pinjaman pokok dalam jangka masa pendek yang terhalang kerana ketiadaan aliran tunai oleh syarikat.

S: Apa yang ada dalam fikiran anda jika diberi peluang menyelesaikan masalah 1MDB?

J: Realiti yang ada pada hari ini ialah kami berada di persimpangan jalan dalam keadaan di mana ada keperluan untuk membayar hutang dan keperluan untuk melabur dalam perniagaan - hartanah dan tenaga – yang semuanya memerlukan modal tambahan. Berdasarkan senario yang kami hadapi sekarang, selepas berbincang dengan pemegang saham, MoF (Kementerian Kewangan), kami yakin dengan kejayaan pelan rasionalisasi ini.

Opsyen terbaik ialah menjual aset atau membawa masuk pelabur baharu ke Ban­dar Malaysia untuk mengurangkan hutang ke paras lestari. Kami patut diberi peluang untuk melaksanakan pelan ini supaya syarikat ini tidak perlu kembali kepada kerajaan bagi mendapatkan sokongan tambahan.

S: Adakah kemungkinan syarikat ini dapat dipulihkan semula sepenuhnya?

J Melalui rasionalisasi, kami mempunyai tiga pilihan - mendapatkan lebih banyak ekuiti, menjual aset dan membayar hutang serta membawa masuk ekuiti daripada pihak ketiga.

S: Ketelusan?

J Dua kenyataan hampir setiap hari. Tahap ketelusan yang tinggi berkaitan dengan MoF. Akaun kewangan 1MDB boleh didapatkan secara terbuka. Nota kepada akaun itu amat lengkap. Sedikit sahaja syarikat di Ma­laysia mempunyai tahap pendedahan sedemikian dalam nota akaun. Kami telah menghasilkan banyak butir lengkap, kenyataan akhbar, temu bual. Ini merupakan usaha berterusan untuk berkongsi maklumat kepada umum termasuk penerbitan risalah oleh JASA yang menyediakan soal jawab lengkap mengenai lMDB. Kami harap dengan usaha berterusan ini, lebih banyak dapat dikongsikan.

S: Kebocoran dokumen?

J: Apa yang penting ialah konteks. Amat mudah mengambil sedutan dari do­kumen dan kemudian menghasilkan berita daripadanya. Sebab itu, Kabinet pada Mac meminta Ketua Audit Negara mengendalikan kajian menyeluruh mengenai ini. Menyiapkan laporan akhir menjelang hujung tahun ini. Adalah lebih baik pihak berkuasa mengambil kajian ini dan memperkongsikannya dengan orang ramai apa juga hasil kajian. Ingatlah bahawa PAC bersifat bi-partisan, jadi tidak ada yang diselindungi, dan keputusan yang wajar perlu dibuat.

S: Dana di Singapura?

J: Jika anda lihat semula nota akaun kami, adalah jelas dari September 2012, 1MDB telah pada mulanya membuat pelaburan dalam ekuiti dan pinjaman PetroSaudi. Setelah masa berlalu, dana itu telah diubah kepada unit, jadi sejak September 2012, ia adalah unit dana. Pada 2014,1MDB menebus unit dana itu dalam dua cara, satu dalam bentuk tunai menerusi jualan oleh pengurus dana dan kedua menerusi jualan unit da­na.

S: Takrif unit dana?

J: Jika anda mempunyai pelaburan unit amanah, apa yang anda ada ialah unit. Unit-unit itu mewakili pemilikan pelbagai aset terlindung. Jadi kita mempunyai dana yang diwakili menerusi unit-unit ini yang menjelaskan pelaburan yang terlindung. Daripada pihak kami, AS$2.33 bilion ini pada 31 Mac 2014, lMDB telah menebus kira-kira AS$l.4 bilion daripada wang tunai itu, wang tunai itu digunakan untuk pelbagai tujuan dan kami mempunyai baki AS$940 juta.

Dana itu didaftar di Caymen tetapi kami mempunyai bank custodian (simpanan) BSI di Singapura. Custodian merupakan ‘inter­face’ antara pemilik dengan pengurus dana, jadi tidak bererti dana ada di situ, tetapi yang wujud ialah interface kami dengan bank sebagai penyimpan.

Setelah menebus AS$1.4 bilion dalam bentuk tunai, kami sekarang mempunyai AS$940 juta unit dana. Sebagai sebahagian dari pelan rasionalisasi, kami akan lakukan ‘tukaran hutang untuk aset’ dengan IPIC.

S:Mana RM42 bilion? Apakah ia masuk ke poket seseorang?

J; Tidak. Wang itu telah diberikan penjelasan sepenuhnya dalam pelbagai kenyataan kewangan yang lMDB telah keluarkan pada Jun tahun ini. Jadi setiap sen syarikat itu telah dijelaskan dan boleh disemak.

S:Ke mana ia pergi? Mana dana itu?

J: Dari perspektif saya, saya boleh uruskan fakta dan angka, hingga (jika) ada pihak lain atau pihak ketiga membuat dakwaan ini, maka mereka perlu mengemukakan kete- rangan dan bukti kepada pihak berkuasa.

S: Mengenai pemalsuan kenyataan bank kepada PAC?

J: Saya tidak menyedari tentang hujah sebenarnya. Seperti saya katakan terdahulu, kenyataan kewangan lMDB adalah dokumen awam. Bagi kami, kami telah kemukakan hanya satu set kenyataan kewangan kepada (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) SSM.

S: Jadi RM42 bilion menjelang Januari, bolehkah anda mempunyai angka yang berbeza? Berapa yang anda perlu bayar setiap bulan bagi hutang anda?

J: Dari segi pelan rasionalisasi, objektif yang telah saya katakan sebelum ini adalah untuk mengurangkan dengan ketara hutang sya­rikat. Jika anda melihat urus niaga IPIC yang akan mengurangkan hutang kami sebanyak RM16 bilion dan daripada penjualan Edra, kami menyasar untuk mengurangkan hu­tang antara RM16 hingga RM18 bilion, supaya RM32 bilion pengurangan hutang kami. Berhubung dengan Bandar Malaysia, kami berbincang angka tertentu sebelum ini bahawa nilai syarikat mungkin kira-kira RM10 hingga RM11 bilion.

Jadi, bergantung kepada berapa banyak yang kami jual, kami akan mengurangkan dengan jumlah itu. Oleh itu, bagaimana anda melihat pelan rasionalisasi, ia dengan ketara akan mengurangkan hutang syari­kat. Kami berharap untuk melaksanakan semua peijanjian menjelang akhir tahun ini dan kemudian diharapkan wang akan ma­suk tidak lama selepas itu.

Dari segi beban faedah, dalam tahun kewangan yang lalu, kami telah membelanjakan RM2.4 bilion untuk membayar fa­edah. Saya rasa ini menunjukkan sejauh mana liabiliti kewangan ke atas syarikat itu, itulah sebabnya kami perlu mempunyai penyelesaian asas untuk menyelesaikan masalah.

S:Mengenai bayaran yang gagal dilunaskan. Anda gagal membayar hutang sebanyak dua kali?

J: Tidak, itu tidak benar. lMDB tidak pernah memungkiri mana-mana hutangnya.

………………………………………………………

1MDB bukan faktor kejatuhan ringgit

………………………………………………………

S:Maafkan saya, saya rasa anda gagal membayar? Itulah sebabnya terdapat banyak kontroversi mengenai kemampuan anda membayar balik hutang. Ini beberapa bulan lalu?

J: Sila tunjukkan kepada saya di mana kami telah gagal membayar. 1MDB sentiasa melunaskan hutang. Sudah tentu kami sen­tiasa mengadakan perbincangan dengan pemberi pinjaman dan pemegang hutang kami mengenai menguruskan profil pembayaran tetapi kami telah membuat pengumuman kepada orang ramai tahun ini jumlah pembayaran balik hutang utama, sebagai contoh pada Februari kami mem­bayar balik RM2 bilion kepada sebuah konsortium bank.

S: Swiss Bank?

J: Lima bank. Kami membayar RM600 juta pinjaman kepada sebuah bank. Pada Jun, kami membayar AS$975 juta, jadi itu kira- kira RM3.6 bilion kepada bank konsortium asing. Jadi ini adalah bukti pembayaran balik hutang oleh 1MDB dan sudah tentu seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami sentiasa membayar semua bayaran faedah yang akan dikenakan.

S: Apakah pembayaran berikutnya, bagi kupon atau bon?

J: Pembayaran akan datang adalah pada November, kami mempunyai bayaran ku­pon untuk sukuk RM5 bilion yang lMDB diterbitkan pada tahun 2009. Jadi, kira-kira RM l45juta.

S: Dan pelaburnya?

J: Terutama pelabur tempatan kerana ia merupakan sukuk ringgit.

S: Terdapat kritikan yang tersebar luas bahawa pelaburan syarikat milik kerjaan melabur dalam lMDB. Kita bercakap mengenai Tabung Haji, KWAP, KWSP dan malah TNB yang dianggap sebagai entiti kerajaan. Mereka menyatakan itu semua langkah menyelamat berbanding ke pasaran dan mendapatkan pembelian luar? Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

J: Pertama sekali apabila anda melihat Tabung Haji, mereka membeli sebidang tanah, jadi tanah itu kini milik mereka dalam satu pembangunan yang sangat dinamik yang dikenali sebagai TRX dan kami amat yakin bahawa mereka akan dapat membangunkan dan menjual tanah itu sebagaimana yang mereka difikirkan sesuai.

Dari segi KWAP, KWSP dan sebagainya, mereka telah membeli bon dan semua pinjaman daripada syarikat-syarikat tenaga yang diterbitkan oleh syarikat-syarikat tenaga. Jadi, bon ini dicagarkan ke atas aset jana kuasa dan mempunyai aliran tunai daripada PPA (perjanjian pembelian te­naga) yang diperuntukkan kepada mereka sebagai bayaran balik.

Jadi pada pandangan saya, keupayaan untuk membayar hutang berkenaan yang agak teijamin dan kukuh. Sekarang dari segi perkara ketiga yang anda kemukakan, pertama sekali Tenaga Nasional hanya 30 peratus milik Khazanah yang adalah entiti kerajaan dan adalah sebuah syarikat senarai awam.

TNB, secara sendiri, antara pembida dalam penjualan Edra, tetapi seperti yang kita cakap mengenainya se­belum ini, kami sebenarnya mempunyai empat pembida yang disenarai pendek.

Tiga telah mengemukakan bidaan akhir dan muktamad. Sekarang kami akan melalui proses menilai dan lembaga pengarah lMDB dan pemegang saham lMDB akan melihat nilai yang dijana dan terma pembayaran serta semua terma dan syarat- syarat lain sebelum membuat keputusan. Jadi, belum muktamad bahawa ia akan ke satu pihak atau yang lain.

S: Baiklah, kembali kepada Tabung Haji yang membeli tanah, sebidang tanah di TRX. Mereka berkata, jumlah yang mereka bayar tidak bersamaan dengan harga tanah yang sepatutnya, mereka telah membayar lebih sedikit daripada apa yang sepatutnya. Pendek kata, ini juga langkah menyelamat?

J: Itu memang salah. Jika dilihat pada harga tanah yang setanding untuk jenis lokasi, Tabung Haji sebenarnya telah mem­bayar harga yang lebih rendah, saya rasa anda boleh bertanya kepada mana-mana jurunilai hartanah atau pakar pasaran yang akan mengesahkannya. Sekali lagi, saya minta anda melihat transaksi yang kami umumkan kepada awam yang me- nunjukkan secara keseluruhannya Tabung Haji mendapat urus niaga yang baik.

S:Masalah kewangan yang dihadapi oleh lMDB seolah-olah memberikan tekanan tambahan kepada ringgit, yang sudah mengalami tekanan oleh kadar faedah AS dan semua itu, ia menjejaskan keyakinan pelabur dan pasaran bersetuju dengannya. Apa pandangan anda mengenai ini. Anda bersetuju dengan andaian ini?

J: Jika anda melihat satu bulan lalu dan menilai turun naik ringgit, turun naik nilai ringgit dan bandingkan dengan berita me­ngenai lMDB, anda akan melihat tidak ada hubung kait. Betul? Saya rasa ringgit dipengaruhi oleh harga minyak, contohnya dengan kebimbangan terhadap pasaran baru muncul seperti mata wang, real, Brazil, kroner Norway atau dolar New Zealand. Semua mata wang ini berkait, sama ada kepada harga komoditi atau dalam pasaran baru muncul.

Terdapat juga penurunan nilai di China, yang sekali lagi menimbulkan beberapa isu. Bukanlah hendak mengatakan lMDB tidak memberi kesan langsung, saya bersetuju dengan anda bahawa terdapat be­berapa kesan yang tidak menentu di sekeliling tetapi saya juga ingin menyatakan bahawa memandangkan pelbagai ketidaktentuan politik di negara ini juga telah mempengaruhi nilai mata wang.

Jadi, ter­dapat pelbagai faktor pada bila-bila masa yang menentukan perdagangan mata wang termasuk pandangan peniaga membeli dan menjual inventori dan sebagainya. Jadi, untuk mengatakan bahawa kerana satu syarikat, saya rasa ia agak keterlaluan.

S: Apa yang boleh anda beritahu ke­pada pelabur untuk mengurangkan kebimbangan ke atas ringgit?

J: Dua perkara, yang pertama, kami tidak pernah gagal membayar hutang kami, kami telah membayar pinjaman pokok dan faedahnya apabila tiba masanya. Dan kedua, kami mempunyai rancangan, iaitu pelan rasionalisasi untuk secara progresif melupuskan aset atau untuk membawa masuk ekuiti baharu bagi mengurangkan hutang lMDB. Jadi dari perspektif pelabur, perlu lega yang kami menyedari cabaran, kami terbuka mengenainya dan kami di sini untuk membetulkan keadaan.

S: Beberapa minggu lalu, Majlis Raja- Raja mengeluarkan kenyataan meminta kepimpinan menyelesaikan krisis lMDB secepat mungkin. Ini belum pernah terjadi, jadi apa yang anda ingin katakan sebagai CEO dan Presiden Kumpulan lMDB?

J: Dari perspektif 1MDB dan kerajaan Ma­laysia, kami memandang serius dan menghormati pendapat dan pandangan yang dinyatakan oleh semua pihak, rakyat, ke­rajaan, pembangkang, dan juga Raja-Raja di negara ini. Kerajaan telah menunjukkan pendekatan tegas dan komited kepada lMDB melalui pelan rasionalisasi, dan saya berharap perbincangan hal ini akan menjelaskan lagi matlamat kami. Iaitu untuk melupuskan aset atau menjual ekuiti dalam usaha untuk mengurangkan hutang negara. Usaha ini berterusan dan kami berharap untuk mempunyai resolusi menjelang akhir tahun ini seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri pada Jun 2015.

S: Ada pepatah menyebut ‘kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang’. Ada dakwaan daripada Tun Dr Mahathir (Mohamad), pembangkang, media asing dan tempatan. Adakah mereka semua salah?

J: Jadi, sekali lagi Mikhail, apa yang saya rasa kami perlu lakukan ialah dalam fakta dan dalam angka. Setiap kali dakwaan tertentu dibuat, syarikat telah mengeluarkan, kenyataan, anda dialu-alukan untuk melihat laman web kami untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai fakta. Pendapat tentunya adalah isu lain. Kini Tun Mahathir sendiri baru-baru ini telah dipetik dalam video sebagai berkata bahawa beliau tidak mempunyai bukti yang cukup untuk membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri. Jadi, pada pan­dangan saya, kami perlu berasaskan ke­pada fakta, kita tidak boleh bergantung pada dakwaan khabar angin dan kenya­taan tidak berasas lain tanpa bukti.

S: Saya perlu bertanya anda mengenai perkara ini. Jutawan, Jho Low… ada­kah beliau mempunyai apa-apa kaitan dengan lMDB, dan pernahkah anda bertemu beliau selepas mengambil alih jawatan sebagai CEO lMDB?

J: Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Jho Low merupakan penasihat ke­pada TIA (Lembaga Pelaburan Terengganu) sebelum saham yang dipindahkan kepada kerajaan Malaysia dan perubahan nama kepada lMDB.

Beliau sebenarnya telah meletak jawatan pada pertengahan Mei 2009, sebelum saham dalam TIA dibeli oleh ke­rajaan dan nama ditukar kepada lMDB.

Dari perspektif lMDB, Jho Low tidak pernah dibayar oleh syarikat itu, beliau tidak pernah diambil bekerja oleh syarikat, dan operasi syarikat yang dikendalikan oleh pihak pengurusan dan lembaga pengarah lMDB.

Dengan pengawasan da­ripada pemegang saham yang merupakan Kementerian Kewangan. Tidak, itu tidak benar. lMDB tidak pernah memungkiri mana-mana hutangnya.

S: Anda berurusan dengan semua sya­rikat, anak syarikat dan syarikat prinsipal di luar negara. Adakah mana-mana syarikat berkenaan milik Jho Low?

J: Setakat yang kami tahu, tidak. Jadi interaksi kami adalah dengan syarikat guaman kami dan sama ada mereka mem­punyai kepentingan perniagaan, itu suatu di luar pengetahuan kami.

S:Secara strategiknya, di mana anda lihat lMDB, mungkin dalam tiga tahun akan datang?

J: Idea asal 1MDB, iaitu menjadi pemangkin dan untuk bertindak sebagai syarikat pembangunan strategik, pada pandangan saya ia telah dicapai melalui pelbagai contoh yang kita telah bincangkan iaitu yang merupakan penyatuan industri kuasa, pembangunan Bandar Malaysia, dan juga TRX.

Sekarang, mengenai masa depan dan memandangkan cabaran yang dihadapi sya­rikat, kami terpaksa mengambil keputusan untuk menyusun semula dan mengubah beberapa aspek model perniagaan.

Jadi, apa yang kami tumpukan pada masa ini ialah untuk mencapai objektif pelan rasionalisasi. Saya rasa dari segi apa yang berlaku seterusnya kepada syarikat, sesuatu yang saya sentiasa bincang secara berterusan dengan pemegang saham. Apabila kami dapat melalui fasa ini, saya pasti akan ada pengumuman lanjut mengenai apa yang berlaku seterusnya.

S:Apabila anda mengemukakan akaun, alasan anda ialah anda dalam penyiasatan dan mereka mengambil dokumen dan sebagainya. Tidakkah anda mempunyai salinan untuk melengkapkan akaun?

J: Bagi melengkapkan akaun, anda memerlukan dokumen asal untuk dilihat juruaudit. Dokumen-dokumen asal kami, sebahagian besarnya telah diambil PDRM pada 8 Julai 2015. Oleh itu, sewajarnya kami perlu mendapatkan lanjutan dan lanjutan undang-undang daripada SSM (Suruhanjaya Syarikat) untuk mengemukakan akaun kami pada 31 Mac 2016.

S:Jadi anda menunggu dokumen terbabit dikembalikan kepada 1MDB un­tuk melengkapkan akaun, sementara itu, anda tidak boleh melakukannya?

J: Betul tu. Dari segi dokumen asal bagi juruaudit mengkaji dan mengaudit, dan mengesahkan ketepatan.

S: Bagaimana jika penyiasatan berlarutan selama setahun, melangkaui 31 Mac, bagaimana?

J: Saya rasa kita perlu menangani satu persatu, dan sudah tentu bagi anak syarikat tenaga dan anak syarikat hartanah kami, akaun hampir dimuktamadkan, hampir siap. Isunya ialah peringkat syarikat pegangan di mana dokumen kami telah diambil.

Kita akan menyelesaikan satu persatu. Tunggulah jika dan apabila pihak berkuasa akan kembalikan dokumen-dokumen untuk akaun syarikat pe­gangan dan kami boleh mengambil tindakan sewajarnya.

S: Saya perlu bertanya anda soalan ini. Kontroversi ini mengenai wang dan sumbangan ke akaun Perdana Menteri. Adakah dalam apa-apa cara, 1MDB terbabit dalam dakwaan itu?

J: Sama sekali tidak, dan sebenarnya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay­sia) telah secara terbuka menyatakan bahawa dana itu bukan dari 1MDB ke akaun Perdana Menteri. SPRM juga telah secara terbuka menyatakan bahawa ia tidak menyiasat lMDB.

S: Kita hampir mengakhiri program, saya serahkan kepada anda, Arul. Apa yang ingin anda katakan kepada kami, kepada rakyat Malaysia mengenai lMDB?

J: Apa yang saya ingin merumuskan ba­hawa, idea di sebalik lMDB adalah suatu yang baik dan ia telah mencapai banyak matlamat strategiknya. Malangnya, terdapat beberapa cabaran, yang menyebabkan keperluan untuk menukar rancangan itu yang kini sedang dilaksanakan melalui pelan rasionalisasi.

Oleh itu, kami wajar diberi peluang un­tuk melaksanakan rancangan untuk memastikan kami membayar hutang kami, untuk mengurangkan tahap hutang, di samping bekeija dengan pihak berkuasa di negara ini untuk memberikan mereka maklumat sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Jadi saya menggesa orang ramai agar memberi kami ruang untuk memaksimumkan nilai aset supaya kami tidak perlu kembali kepada kerajaan untuk melaksanakan rancangan kami.

S: Apabila mereka sudah menandatangani perjanjian dan semuanya, boleh anda beritahu kami bila semua hutang akan dilunaskan?

J: Itulah harapan saya, untuk memberikan maklumat terkini sebaik sahaja kami memutuskan sebanyak mana daripada setiap aset untuk dijual dan jumlah hasil. Pastinya, kami akan mengeluarkan maklumat terkini, mungkin akhir tahun atau awal tahun depan, mengenai hala tuju kami.
1MDB Beri Perhatian Serius Pandangan Raja-Raja Melayu

1MDB Beri Perhatian Serius Pandangan Raja-Raja Melayu

1Malaysia Development Berhad (lMDB) berkata syarikat itu memberi perhatian serius kepada pandangan semua pihak, terutama Raja-Raja Melayu, berhubung kontroversi yang menyelubungi syarikat milik negara itu.
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan lMDB, Arul Kanda Kandasamy, berkata syarikat itu juga menghormati pandangan rakyat, kerajaan dan pembangkang dalam isu yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.
"lMDB kini memberi tumpuan kepada pelan rasionalisasi, yang diumumkan pada Jun lalu, untuk mengurangkan hutang syarikat beijumlah RM42 bilion," katanya dalam program khas 'BERNAMA TV Bersama Arul Kanda' menerusi Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com
pada 10 malam tadi.
Program itu dihoskan bersama penerbit BERNAMA TV, Suriati Sanusi dan Timbalan Ketua Pengarang BERNAMA (Perkhidmatan Berita ekonomi) Mikhail Raj Abdullah.
Pada 6 Oktober lalu, Raja-Raja Melayu dalam satu kenyataan mahu supaya siasatan berkaitan lMDB diselesaikan secepat mungkin dan 'tindakan tegas yang sewajarnya' diambil terhadap pihak yang terbabit.
Mengulas lanjut pelan rasiona­lisasi itu, Arul Kanda berkata ia terdiri daripada tiga bahagian utama.
Bahagian pertama membabit- kan penjualan ekuiti dalam sya­rikat tenaga Edra Global Energy Bhd untuk mengurangkan hu­tang lMDB antara RM16 bilion dan RMl8 bilion.
Kurangkan hutang Bahagian kedua adalah pertukaran hutang dengan ekuiti dengan dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), yang akan mengurangkan hutang lMDB kira-kira RM16 bilion.
Bahagian ketiga adalah penjua­lan ekuiti lMDB dalam Bandar Malaysia bernilai kira-kira RMll bilion, kata Arul Kanda.
Mengenai dakwaan sesetengah pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Moha­mad, berkaitan ketidakaturan kewangan, Arul Kanda berkata: "Kita perlu menegaskan pendirian berdasarkan fakta. Kita tidak boleh bergantung kepada dengar cakap, dakwaan dan kenyataan tanpa disokong keterangan serta bukti."
Arul Kanda turut menolak dak­waan bahawa hartawan, Jho Low mempunyai kaitan dengan lMDB dan berkata ahli perniagaan itu tidak pernah dibayar atau diam­bil bekerja oleh syarikat berkenaan.
"Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Jho Low adalah penasihat kepada TIA (Lembaga Pelaburan Terengganu), sebelum saham dipindahkan kepada Ke­rajaan Malaysia dan namanya ditukar kepada lMDB. Dia sebenarnya meletak jawatan pada pertengahan Mei 2009 sebelum saham TIA dibeli kerajaan," ka­tanya.
Bayar balik hutang Ditanya sama ada kontroversi mengenai wang yang dimasuk- kan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai kaitan dengan lMDB, Arul Kanda berkata:
"Sudah tentu tidak. Hakikatnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyatakan seca- ra terbuka bahawa wang itu tidak dikeluarkan daripada lMDB dan dimasukkan ke dalam akaun Per­dana Menteri".
lMDB juga katanya, tidak per­nah gagal membayar bahk pinjamannya dan komited sepenuhnya untuk melunaskan hutangnya sebanyak RM42 bilion.
Beliau berkata, pada Februari 2015, lMDB membayar balik pinjaman RM2 bilion kepada satu konsortium bank tempatan dan berikutan itu ia telah menjelas- kan kira-kira RM800 juta bayaran balik pinjaman pokok berkaitan hutang dengan bank tempatan lain.
Pada Jun, 1MDB membayar balik RM3.6 bilion atau AS$975 juta pinjaman bersindiket kepada satu konsortium bank asing diketuai Deutsche Bank.

Berita Harian Khamis 29/10/2015 Muka Surat 13

Rabu, 28 Oktober 2015

Kesan Blog Rakan Melalui Email,Boleh Atau Tidak? Jawapan Ada Disini

Kesan Blog Rakan Melalui Email,Boleh Atau Tidak? Jawapan Ada Disini

Blog  rakan yang dikesan dengan gmail



Helooooo para pembaca blog taraf bawah kaki lima ini.

Aku sering kali ditanya soalan.
Bagaimana mahu kesan blogspot rakan dengan akaun google/gmail atau turut di gelar dengan nama email.

Bolehkah kita tahu blogspot rakan-rakan kita?

Aku jawab,kita boleh kesan blogspot kawan kita asalkan ada gmail/email rakan-rakan kita dan ada caranya asalkan kita tahu dimana tempat yang boleh dicari blog rakan kita.

Tapi 100 peratus kawan-kawan  tidak percaya apabila aku kata boleh dan ada bertanya caranya,namun aku tak pernah memberi jawapan.

Paling aku geram ada juga blogger hebat bertanya soalan sama,tapi tetap juga tak tahu sedangkan jadi blogger dah 6 tahun atau lebih.

Kali ini aku akan dedah dimana tempatnya.

Syarat pertama anda mesti ada Gmail rakan-rakan dan  bukan sahaja nama blog malah yang lain juga dapat dikesan.

Malam ini aku tak nak cerita bagaimana nak kesan laman sosial  rakan selain dari blogspot  melalui Gmail/email.

oleh itu sila kumpul gmail dari rakan-rakan anda..kali ini hanya untuk kesan pemilik blogspot sahaja.

Gambar dibawah adalah panduan bagaiman untuk melakukannya


Sila klik tempatnya https://pipl.com/

Malaysia Kekalkan Kedudukan Dalam Laporan Menjalankan Bisnes Bank Dunia

Malaysia Kekalkan Kedudukan Dalam Laporan Menjalankan Bisnes Bank Dunia



KUALA LUMPUR 28 Okt. - Malaysia telah mengekalkan kedudukan ke-18 daripada 189 negara dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2016 Bank Dunia (DB 2016).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kedudukan itu membuktikan bahawa Bank Dunia memperakui kejayaan penambahbaikan dalam proses kawal selia negara ini.

Menurut laporan yang dikeluarkan hari ini, Malaysia kekal di kalangan 20 ekonomi teratas di dunia, walaupun ketika negara lain terpaksa bertahan daripada tekanan ketidaktentuan ekonomi global.

DB 2016 meletakkan Malaysia mendahului Switzerland (26), Perancis (27), Belanda (28), Jepun (ke-34), Emiriyah Arab Bersatu (31), Thailand (49), China (84) dan India (130), manakala di dalam ASEAN, Malaysia menduduki tempat kedua, di belakang Singapura.

“Ini merupakan satu lagi pengesahan mengenai keberkesanan usaha kerajaan dalam memperbaiki ketidakcekapan operasi dan kajian semula prosedur serta peraturan-peraturan di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mustapa berkata, pengiktirafan ini juga membuktikan kejayaan usaha Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah).-BERNAMA

Lubang Ini Sepatutnya MB Selangor Yang Tutup

Lubang Ini Sepatutnya MB Selangor Yang Tutup



Hakikatnya Selangor di bawah pembangkang tidaklah sangat indah seperti yang digambarkan oleh pemimpin mereka.

Bukan sekadar  isu Air yang tidak pernah selesai walaupun dimusim hujan,tapi jalan juga terus berlubang tanpa dibaiki biar pun sudah berbulan ia terjadi.

Rakyat Selangor khasnya ahli parti pembangkang jangan bising-bising kerana kerajaan yang ada di Selangor adalah pilihan anda semua.

Hasil yang ada dalam negeri terkaya di Malaysia ini kemana perginya sehingga jalan yang berlubang pun tidak dapat ditampal,wal hal longkang yang berulat sanggup Menteri Besar Azmin Ali turun.

Jadi,MB turun dalam longkang hanyalah satu opera yang dipentaskan bagi menggambarkan pada rakyat beliaulah paling rajin buat kerja.


PKR Selangor Boleh Turunkan Harga Rumah-Noh

PKR Selangor Boleh Turunkan Harga Rumah-Noh



SHAH ALAM 27 Okt - Kerajaan PKR Selangor dicabar menyelaiaskan semula peranan anak-anak syarikatnya yang terlibat dalam sektor hartanah bagi menstabilkan semua harga ru­mah untuk rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah itu hams dilakukan sekiranya kerajaan neg­eri benar-benar prihatin mahu mengurangkan tanggungan rakyat dalam kumpulan pen- dapatan tersebut untuk memiliki kediaman.

Sambil memberikan NOH OMAR contoh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), beliau berkata, anak syarikat itu sebelum ini menerima sejumlah besar rizab tanah daripada kerajaan negeri selaras matlamat penubuhan asalnya untuk memastikan pengagihan serta pertumbuhan sosioekonomi yang adil.

"Maka, dalam soal penstabilan harga perumahan di Selangor sebagai contoh, PKNS mungkin boleh memainkan peranan yang tidak boleh dilakukan oleh syarikatsyarikat pemaju swasta lain.

"PKNS boleh menyediakan pe­rumahan untuk rakyat berpenda­patan sederhana yang tidak ber- peluang mendapat rumah mampu milik kerajaan negeri tanpa berasaskan kepada harga pasaran se- masa yang terlalu tinggi.

"Kerajaan negeri tidak perlu menangani isu dan harga peru­mahan melibatkan kepentingan rakyat seolah-olah seperti syarikat swasta," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Noh, usaha untuk menurunkan harga rumah boleh dilaksanakan oleh kera­jaan negeri menerusi kaedah timbal balik dengan menurunkan premium tanah atau lain-lain caj kepada anak-anak syarikatnya yang membangunkan projek perumahan untuk rakyat negeri ini termasuk syarikat- syarikat swasta lain.

Dalam perkembangan berkaitan, Noh turut mempersoalkan keputusan kerajaan negeri mengenakan premium tanah ke­pada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang difahamkan berhasrat mahu membangunkan projek pe­rumahan untuk golongan miskin di atas tanah miliknya di negeri ini.

Jika benar, tegas beliau, kerajaan negeri harus memberikan pengec- ualian atau pengurangan premium tanah kepada badan pengurusan agama Islam tersebut untuk melaksanakan projek seumpama itu.

"Namun, saya difahamkan, MAIS turut dikenakan premium tanah pada kadar yang sama seperti syarikat-syarikat pemaju swasta lain.

"Ekoran itu, saya difahamkan MAIS tidak dapat membangunkan projek perumahan tersebut kerana kosnya tinggi," ujarnya.

Bertelagahlah Pejuang Umno,Biar Salah Musuh Nampak Benar

Bertelagahlah Pejuang Umno,Biar Salah Musuh Nampak Benar

BN diserang oleh pembangkang dengan begitu hebat,namun isu hangat yang berlaku dipihak mereka hanya sekadar bualan beberapa hari oleh para pejuang Umno/BN.

Bayangkanlah percambahan rumah urut begitu hebat dinegeri yang diperintah pembangkang,tahun ke tahun sentiasa meningkat.

Anggaran terkini sebanyak 4900 rumah urut telah muncul,setiap rumah urut pula dianggarkan mampu mengutip hasil serendah  RM1000 setiap hari.

4900 buah rumah urut  x  RM100 satu hari  x 30 hari  x 12 bulan = ?

Peluang yang ada untuk dijadikan isu panas oleh pro BN tidak diambil kerana lebih suka bertelagah sama sendiri dari melihat kelemahan musuh politik parti yang disokong.

Selamat bertelagah para pejuang Umno sehingga setiap kesalahan yang ada pada pembangkang dinilai betul oleh rakyat.
RM42B : 1MDB Sentiasa Bayar Hutang Tepat Masa

RM42B : 1MDB Sentiasa Bayar Hutang Tepat Masa

KUALA LUMPUR - Syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tidak pernah gagal membayar balik pinjamannya dan komited sepenuhnya untuk melunaskan hutangnya sebanyak RM42 bilion.
    
Langkah itu akan memberi lebih ruang untuk syarikat melaksanakan pelan rasionalisasinya dengan berkesan, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy.
    
"Kami secara konsisten menjelaskan bayaran faedah dan pinjaman pokok tepat pada masanya.
    
"Pada 2015, kami telah membayar balik pinjaman pokok dan juga faedah," katanya kepada pemberita selepas rakaman untuk program khas bertajuk  'Bernama TV dengan Arul Kanda' yang akan disiarkan esok pada jam 10 malam di Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com.
    
"Sudah tentu kami mempunyai faedah untuk dibayar apabila tiba masanya," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Dana selamatkan 1MDB perlu dibentang ke Parlimen]
    
Akaun 1MDB yang telah diaudit dan boleh diperolehi orang ramai mulai 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014 menunjukkan jumlah hutangnya berjumlah RM42 bilion.
    
Arul Kanda berkata, pada Februari 2015, 1MDB telah membayar balik pinjaman RM2 bilion kepada satu konsortium bank tempatan dan berikutan itu ia telah menjelaskan kira-kira RM800 juta bayaran balik pinjaman pokok berkaitan hutang dengan bank tempatan lain.
    
Pada Jun, 1MDB membayar balik RM3.6 bilion atau AS$975 juta pinjaman bersindiket kepada satu konsortium bank asing diketuai Deutsche Bank.
    
"Pada tahun ini kami secara konsisten memenuhi pembayaran balik pinjaman pokok dan menjelaskan faedah ke atas hutang 1MDB," katanya.
    
Ketika ini, kata Arul Kanda, 1MDB memberi tumpuan kepada pelan rasionalisasi yang diumumkan pada Jun.
    
Pelan itu mengandungi tiga bahagian penting - pertama membabitkan jualan ekuiti dalam syarikat tenaga, Edra Global Energy Bhd, dengan harapan dapat mengurangkan hutang 1MDB di antara RM16 dan RM18 bilion melalui penjualan aset tenaga Edra.
    
Keduanya, ialah pertukaran ekuiti hutang dengan dana kekayaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
    
Langkah itu akan menyaksikan IPIC mengambil alih hutang tertentu selepas 1MDB memindahkan wang tunai dolar US dan unit dana milik 1MDB kepada IPIC.

Langkah itu akan mengurangkan hutang 1MDB kira-kira RM16 bilion.
    
Akhir sekali, jualan ekuiti 1MDB dalam Bandar Malaysia bernilai kira-kira RM11 bilion.
    
Arul Kanda berkata, jumlah jualan semua aset terbabit akan menyebabkan pengurangan besar dalam jumlah hutang 1MDB.
    
Bagi Bandar Malaysia, yang menarik minat tinggi pelabur syarikat China, Timur Tengah dan tempatan, beliau berharap 1MDB akan menerima bidaan terikat terakhir untuk rakan kongsi pembangunan dalam tempoh dua minggu.
    
Menurutnya, rakan kongsi terbabit mungkin terdiri daripada pelabur tempatan dan antarabangsa secara bersendirian atau melalui pembentukan konsortium.
    
Dua minggu lalu, 1MDB mengumumkan yang empat pembida telah disenarai pendek sebagai rakan kongsi pembangunan untuk semua 197 hektar Bandar Malaysia.    
    
"Kami kekal yakin dalam tempoh beberapa minggu lagi kami akan menerima bidaan terikat terakhir dalam usaha kami memutuskan siapa yang akan menjadi rakan kongsi pembangunan Bandar Malaysia," katanya.
    
Mengenai Tun Razak Exchange (TRX), Arul Kanda berkata, 1MDB telah menjual beberapa lot tanah di TRX bernilai RM1.3 bilion kepada pelabur tempatan dan antarabangsa.
    
Menurut beliau, apa yang paling penting adalah untuk memastikan 1MDB memenuhi obligasi hutangnya dan komitmen infrastruktur untuk TRX dan Bandar Malaysia.
    
"Ini adalah elemen penting bagi memastikan pelan rasionalisasi boleh berjaya.
    
"Kami sedang memenuhi pembayaran balik faedah dan pinjaman pokok dan kemudiannya kami akan mempuyai ruang untuk mencapai objektif ini," katanya. - Bernama

Google+ Followers

arrow_upward