December 2015 - SUARA BIRU

Thursday, 31 December 2015

Harga Barang Keperluan Tak Turun Harga Minyak Turun Lagi

Harga Barang Keperluan Tak Turun Harga Minyak Turun Lagi




SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON95, turun 10 sen seliter bagi Januari 2016 berkuat kuasa tengah malam ini.
Petrol RON 95 dijual dengan harga baru pada RM1.85 seliter, manakala RON97 pula turun 20 sen menjadi RM2.25
Harga diesel pula turun 30 sen kepada RM1.60 daripada RM1.90.
Pengurangan itu berikutan harga minyak mentah di pasaran dunia yang terus menjunam.
Betulkah 100 Wanita Negara Ini Dirogol Setiap Hari?

Betulkah 100 Wanita Negara Ini Dirogol Setiap Hari?



30 DISEMBER — Pada bulan November yang lalu, media melaporkan kes seorang lelaki berumur 35 tahun merogol adik ipar perempuan yang berumur 11 tahun dan memaksa isterinya yang berumur 14 tahun untuk merakamkan peristiwa tersebut. Lelaki itu kemudian cuba untuk menjual video rakaman tersebut.

Pada Isnin lepas, 28 Disember 2015, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng telah membongkarkan satu lagi jenayah rogol melibatkan guru tuisyen yang merogol pelajarnya sejak pelajar tersebut berumur 14 tahun.

Statistik menunjukkan bahawa setiap 15 minit di Malaysia, seorang wanita menjadi mangsa rogol, setiap hari, 100 orang wanita dirogol dan separuh daripada mangsa tersebut ialah anak gadis di bawah umur 16 tahun!

Dalam kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bimbang tentang Islamic State (IS) dan terrorisme, jelas bagi wanita di Malaysia, bahaya yang lebih besar dan lebih dekat adalah menjadi mangsa jenayah seksual.

Sudah sembilan tahun, mana Rang Undang-Undang Pendaftaran Penjenayah Seksual?
Sudah banyak kali saya bangkitkan di dalam Parlimen menggesa kerajaan melaksanakan 

Akta Pendaftaran Penjenayah Seksual. Kali terakhir ialah pada 30 November 2015 semasa perbahasan saya di Parlimen tentang Bajet 2016. Mekanisme perundangan ini termasuk sistem saringan dan seliaan ke atas pekerja yang berurusan secara langsung dalam keadaan berisiko dengan golongan yang berisiko seperti kanak-kanak.

Cadangan untuk Akta ini bukan perkara baru. Ia pertama kalinya dicadang pada 2007 oleh PDRM selepas peristiwa malang adik Nurin Jazlin Jazimin yang mayatnya dijumpai dalam sebuah bag selepas dirogol dan dibunuh. Cadangan ini telah disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. 

Pada 2010, Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat dan PDRM telah merangka mekanisme untuk Akta tersebut termasuk kaedah-kaedah pemantauan.
Pada 2011, dilaporkan bahawa kementerian yang sama telah mengadakan perjumpaan kedua dengan PDRM, selepas setahun, untuk mengemaskini dan membuat perincian Akta tersebut.

Daripada 2007 sehingga kini sudah hampir 2016, sudah sembilan tahun, kajian demi kajian, perbincangan demi perbincangan,

mesyuarat demi mesyuarat sudahpun dibuat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pun sudah ditukar lima kali, Ketua Polis Negara sudah tukar tiga orang, namun Rang Undang-Undang Pendaftaran Penjenayah Seksual masih tidak nampak lagi.

Dalam menjawab perbahasan saya di atas, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Azizah Mohd Dun menyatakan bahawa beliau juga telah melawat ke NYPD (Jabatan Polis New York) untuk mengkaji perkara ini.

Namun paling mengecewakan ialah Timbalan Menteri yang sama memaklumkan kepada Parlimen bahawa, "setakat ini, kita [kerajaan] belum lagi ada hasrat untuk mengemukakan [Rang Undang-Undang Pendaftaran Penjenayah Seksual]."

Kerajaan lebih pentingkan undang-undang zalim seperti Akta MKN 2015. Setelah sembilan tahun membuat persiapan dan berkali-kali kita dikejutkan dengan jenayah seksual ke atas wanita, kerajaan nampaknya mengambil sikap tidak peduli atas hal ini. Kerajaan lebih mementingkan undang-undang zalim yang memberi kuasa besar kepada parti pemerintah seperti Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 yang dipecutkan untuk "kelulusan tengah malam" di Parlimen pada sidang 3 Disember yang lalu. Sebelum ini, perundangan tersebut belum pernah lagi dibincangkan.

Saya sekali lagi menggesa agar Perdana Menteri selaku bekas pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar melaksanakan segera Akta Pendaftaran Penjenayah Seksual serta menjalankan pembaharuan terhadap sistem perundangan bagi memastikan jenayah seksual boleh diatasi dengan lebih berkesan. Pemberdayaan wanita tidak membawa apa-apa makna jika wanita hidup dalam ketakutan menjadi mangsa jenayah seksual.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/pendapat/article/untuk-wanita-bahaya-jenayah-seksual-lebih-kritikal-berbanding-is-steven-sim#sthash.gMYB4hJO.dpuf
Bapa Senator Engku Naemah Meninggal Dunia

Bapa Senator Engku Naemah Meninggal Dunia


BESUT - Bapa kepada Senator Engku Naemah Engku Taib meninggal dunia kira-kira jam 4.43 pagi ini di kediamannya di Kampung Gong Kepas di sini.

Engku Taib Engku Ngah, 82, merupakan anak kedua daripada 11 adik beradik yang juga adik kepada Allahyarham bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Engku Naemah memberitahu Bernama bapanya meninggal akibat komplikasi penyakit kanser prostat yang baharu dikesan.

Menurut beliau, arwah bapanya meninggal isteri Rokiah Omar, 80, dan enam orang anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.

Engku Naemah yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Besut dan Timbalan Pengerusi Penerangan Wanita Umno Terengganu berkata, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raja di sini selepas solat Asar.

Engku Taib pernah berkhidmat sebagai Guru Besar di beberapa buah sekolah dan Penyelia Kanan Sekolah Rendah di Pejabat Pendidikan Daerah Besut. - Bernama
Fatwa IS Cara Layan Hamba Seks ‘Dengan Baik’

Fatwa IS Cara Layan Hamba Seks ‘Dengan Baik’



WASHINGTON, 30 Dis ― Kumpulan pengganas Negara Islam (IS) mengeluarkan garis panduan cara mengadakan hubungan seks dengan hamba wanita, antaranya melarang ia dilakukan sewaktu haid, mengandung atau meliwat mereka.
Garis panduan yang diterbitkan Januari tahun ini mengandungi 15 perkara yang disepakati oleh jawatankuasa penyelidikan dan fatwa IS.
“Fatwa” tersebut dikatakan dikeluarkan selepas ada ahli IS yang musykil akan hukum syarak layanan sesetengah ahli lain terhadap hamba-hamba wanita mereka.
Dokumen berkenaan dilaporkan diperoleh menerusi serbuan yang dijalankan pasukan operasi khas Amerika Syarikat (AS) di Syria pada Mei lalu.
“Fatwa” tersebut kemudiannya telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris oleh kerajaan AS, dan disiarkan agensi berita Reuters lewat semalam.
Agensi berita itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sendiri kesahihan maklumat tersebut.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi mendakwa IS menculik dan merogol ribuan wanita dan gadis, semuda 12 tahun, yang dijual atau dihadiahkan sebagai hamba seks.
Berikut 15 “fatwa” yang diumumkan oleh para ulama IS, seperti dokumen yang dilampirkan dalam laporan agensi berita tersebut:
1. Dibenarkan seseorang yang menyimpan hamba wanita untuk bersetubuh dengannya selepas wanita itu habis haid dan bersih daripada hadas.
2. Jika wanita itu tidak haid tetapi mengandung, tidak dibenarkan bersetubuh dengannya sehingga wanita itu beranak.
3. Tidak dibenarkan untuk menggugurkan kandungan jika wanita itu hamil.
4. Jika seseorang pemilik hamba wanita membebaskannya, cuma dia boleh bersetubuh dengannya dan tidak boleh membenarkan orang lain bersetubuh dengannya.
5. Jika seseorang memiliki hamba wanita yang mempunyai seorang anak perempuan yang sesuai untuk disetubuhi, lalu dia menyetubuhi anak itu, dia langsung tidak dibenarkan menyetubuhi si ibu. Jika dia telah menyetubuhi si ibu, dia tidak dibenarkan menyetubuhi si anak pula.
6. Seseorang yang memiliki hamba adik-beradik tidak dibenarkan bersetubuh dengan kedua-duanya, dan cuma boleh bersetubuh dengan seorang sahaja. Dia cuma boleh memiliki wanita satu lagi jika membebaskan hamba pertama dengan menjualnya, memberikannya, atau melepaskannya.
7. Jika hamba wanita dimiliki seorang bapa, anak si bapa tidak boleh bersetubuh dengan wanita itu. Begitu juga sebaliknya. Tambahan, seseorang juga tidak boleh bersetubuh dengan hamba wanita yang dimiliki isterinya.
8. Jika seorang bapa pernah bersetubuh dengan hamba wanita dan kemudian memberi atau menjualnya kepada anaknya, si bapa tidak lagi dibenarkan bersetubuh dengan hamba itu.
9. Jika seorang hamba wanita hamil hasil persetubuhan pemiliknya, dia tidak boleh menjualnya dan hamba itu cuma bebas selepas kematiannya.
10. Jika seseorang pemilik membebaskan hamba wanitanya, dia tidak dibenarkan bersetubuh lagi dengannya kerana hamba itu sudah bebas dan bukan lagi miliknya.
11. Jika dua atau lebih individu memiliki seorang hamba wanita, tiada siapa dibenarkan bersetubuh dengannya kerana hamba itu milik bersama.
12. Tidak dibenarkan bersetubuh dengan hamba wanita ketika sedang haid.
13. Tidak dibenarkan melakukan seks anal atau meliwat hamba wanita.
14. Seorang pemilik hamba wanita perlulah menunjukkan rasa belas kasihan, berbuat baik kepadanya, tidak mengaibkannya dan jangan memberi tugasan yang dia tidak boleh lakukan.
15. Seorang pemilik hamba wanita tidak boleh menjualnya kepada individu yang diketahui akan melayannya dengan buruk atau melakukan perkara yang ditegah Allah.
Abdel Fattah Alawari, profesor di Fakulti Teologi, Universiti Al-Azhar berkata IS sengaja menyeleweng tafsiran dalil-dalil agama tentang perhambaan, yang didakwanya bertujuan menghentikan penghambaan dan bukan menggalakkannya.
“Islam mengajar membebaskan hamba, bukan penghambaan. Penghambaan diamalkan sebelum kedatangan Islam.
“Tamadun Yahudi, Kristian, Yunani, Roman dan Parsi semuanya mengamalkan perkara itu dan menjadikan wanita musuh sebagai hamba seks.
“Jadi Islam melihat ini perbuatan yang hina dan berusaha perlahan-lahan untuk menghapuskannya,” katanya seperti dilaporkan agensi berita berkenaan.
Dalam laporan Utusan Malaysia Disember tahun lepas, seorang gadis dari Kelantan bernama Umairah dikatakan menyertai IS semata-mata untuk menjadi hamba seks kepada kumpulan itu.
Dikatakan mempelajari cara melayan lelaki, termasuk melakukan hubungan seks dengan lima lelaki pada satu masa, gadis itu mempercayai bahawa beliau melakukan satu “jihad” dengan tindakannya.
Menurut Kertas Putih di Parlimen tahun lepas, terdapat 39 rakyat Malaysia berada di Syria dalam pelbagai kumpulan militan seperti IS dan Ajnad al-Sham.

Betulkah Tok Jangut Tidak Mati?

Betulkah Tok Jangut Tidak Mati?


KUALA LUMPUR, 31 Dis — Kecelaruan fakta berhubung nasib yang menimpa Tok Janggut bukan satu perkara yang baru, kata Pakar sejarah Prof Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali.
Beliau mengambil contoh pejuang Melayu lain seperti Datuk Maharajalela dan Datuk Sagor di Perak yang mengikut rekod mereka mati digantung namun maklumat daripada keluarga mereka menceritakan yang sebaliknya.
“Orang yang membuat dakwaan itu biasanya mengaku daripada keturunan tokoh itu tetapi tiada catatan sistematik. Itu yang menyukarkan pengkaji sejarah.
“Sumber lisan turun temurun boleh diterima, tak salah tetapi kita mesti teliti orang yang menyampaikan keterangan itu dan bandingkan dengan sumber-sumber lain,” katanya.
Beliau memberi contoh, menurut rekod Tok Janggut mati di Kampung Pupoh, Jeram, Pasir Puteh dan mayatnya diusung di Kota Bharu sebelum dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat. Itulah kebenarannya hingga kini.
“Tetapi kesahihan rekod itu akan diuji jika ada kajian baru dibuat. Jadi, kajian yang dibuat oleh Abdullah Al-Qari berkenaan kubur Tok Janggut di Machang boleh dipertimbangkan dan boleh mempengaruhi sumber asal itu,” katanya.
Dalam pada itu, Abdullah Zakaria berkata antara penulisan terawal mengenai sejarah Tok Janggut adalah daripada Yahya Abdullah, Peperangan Tok Janggut Atau Balasan Derhaka (1955), Ibrahim Nik Mahmud, The Tok Janggut Rebellion of 1915 (1974) dan Prof Datuk Nik Anuar Nik Mahmud, Sejarah Jeram Dan Kebangkitan Tok Janggut (1972).
Nik Anuar meneruskan penyelidikan dan menerbitkan buku Tok Janggut, Pejuang Atau Penderhaka (1999) dan kali terakhir ditulis oleh Dr Cheah Boon Kheng, To' Janggut: Legends, Histories and Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan (2006), katanya.
Majoriti pengkaji kata Tok Janggut gugur
Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Bakar pula berkata pengkaji sejarah masih dengan keputusan majoriti bahawa Tok Janggut terbunuh dalam peperangan di Pasir Puteh.
“Dokumen British jelas menyatakan beliau mati ditembak dan mayatnya digantung. Gambar yang dipaparkan itu dengan cerita tahun 50an oleh penulis-penulis Tok Janggut adalah sama.
"Begitu juga dengan cucu Tok Janggut di Pasir Puteh yang mengakui Tok Janggut mati. Namun, saya ada dengar kata beliau tidak mati tapi tiada apa-apa bukti,” katanya.
Abdul Latiff berkata pengkaji sejarah bersepakat mengangkat Tok Janggut sebagai seorang pejuang agama dan bangsa dan bukan penderhaka kepada sultan.
“Tok Janggut tidak menentang sultan tapi menentang tindakan British yang campur tangan dalam urusan pentadbiran sultan menyebabkan kemungkinan sultan tertipu dan terhutang budi kepada British.
“Padahal, beliau masih taat kepada sultan dan membela nasib orang Melayu,” katanya.


Pengkaji sejarah tidak harus diikat sumber penjajah
Sementara itu, Jawatankuasa Induk Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan Noyeens M. Noor berpendapat seseorang pengkaji sejarah tidak seharusnya terikat dengan buku dan catatan bertulis penjajah British walaupun diakui tulisan mereka lengkap daripada sudut kronologi.
Tambah Noyeens, pengkajian sejarah Tok Janggut wajib diteruskan dan tidak harus dihentikan dengan hanya bergantung kepada sumber sedia ada kerana masih banyak persoalan yang masih tidak terjawab sehingga kini.
“Semua orang tahu kubur Tok Janggut di Pasir Pekan, Tumpat itu adalah kubur palsu hatta pengetahuan ini diketahui oleh sebahagian pengkaji. Namun perkara itu hanya cakap mulut, tiada satu kenyataan khas dan lebih dipercayai dibuat.
“Malah di kalangan waris Tok Janggut sendiri berbelah bahagi. Ada kata mati dan sebaliknya. Itu menunjukkan mereka tak bersependapat.
“Tidak cukup buat seminar dan pameran sahaja. Pihak berkaitan harus keluar modal dan buat kajian, ketengahkan sumber-sumber tempatan dan cari titik persamaan.
“Sedangkan kajian sejarah Melayu yang sudah beribu-ribu tahun lamanya boleh dikaji, inikan pula sejarah Tok Janggut yang hanya berusia 100 tahun,” tegasnya.
Sejarah ditulis mereka yang menang
Dalam pada itu, penganalisis politik dan sejarah, Dr Nik Azman Nik Mustafa apabila ditanya kesahihan Tok Janggut masih hidup selepas serangan British di Pasir Puteh menegaskan, itu boleh berlaku kerana tidak mungkin British dengan mudah boleh membunuh tokoh seperti Tok Janggut.
“Tok Janggut berkemungkinan disembunyikan oleh pengikutnya bagi menjaga maruah beliau sebagai seorang pemimpin supaya tidak dipandang hina kerana ditangkap dan diseksa.
“Boleh jadi juga Tok Janggut selepas itu berperwatakan tidak seperti sebelumnya dan menggunakan nama lain serta hidup sebagai orang biasa.
“Ini sama juga dengan kisah pejuang Pahang, Mat Kilau di mana pada peringkat awal British melaporkan beliau terbunuh tetapi sebenarnya masih hidup dengan menggunakan banyak nama dan hidup seperti orang biasa,” katanya.
Nik Azman juga bersendapat bahawa Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan jabatan berkaitan perlu menjalankan kajian secara serius ke atas sumber-sumber baharu yang diketengahkan ini.
“Jika tidak percaya dakwaan kubur Tok Janggut itu di Machang dan bukannya di Pasir Pekan, gali semula dan buat kajian saintifik seperti ujian DNA.”
Bersedia kaji dan teliti sumber baharu
Sementara itu, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Dr Nik Mohd Azlan Ab Hadi berkata pihaknya bersedia melakukan kajian terperinci dan tidak menolak bukti baharu yang dikemukakan itu.
“Dakwaan itu tentunya tidak keluar semudah itu, mesti ada sebabnya. Nak menolak bukti yang sedia ada tidak boleh juga kerana akan menimbulkan polemik.
“Bagaimanapun, proses kajian terhadap sumber baharu akan dilakukan secara teliti supaya tidak berlaku kecelaruan dan percanggahan daripada segi penerimaan maklumat,” katanya.
Buat masa ini, jelas Nik Mohd Azlan, pihaknya perlu menggunakan bukti yang sedia ada sekarang iaitu kubur Tok Janggut terletak di Pasir Pekan dan beliau terbunuh di Pasir Puteh.
Jelasnya, bukti itu berdasarkan rekod daripada Arkib Negaran serta kajian yang dilakukan pengkaji sejarah termasuk tokoh negarawan Allahyarham Datuk Prof Nik Anuar Nik Mahmud dan mereka yang ada pertalian dengan Tok Janggut.
Ditanya sama ada pihaknya bersedia melakukan ujian DNA bagi menentukan kesahihan kubur Tok Janggut, beliau tidak menolak kemungkinan itu walaupun prosesnya dianggap sukar dan menelan belanja yang besar.
“Bagi peringkat permulaan, kita akan memanggil mereka yang membawa sumber baharu ini dan perkembangan selepas itu akan diberitahu kelak.
“Cadangan ujian DNA termasuklah menggali kubur ini satu proses yang rumit termasuk perlu meminta keizinan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan terlebih dahulu,” katanya.
Dipentaskan dalam teater
Pada tahun 2014 penceritaan sejarah Tok Janggut tidak terbunuh telah diangkat ke pementasan teater dan berjaya dinobatkan sebagai johan Festival Teater Peringkat Negeri Kelantan.
Teater yang bertajuk “Iyakah Tok Janggut” dipersembahkan oleh ahli Persatuan Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK).
Pengarah teater, Muhammad Zaidin Hussin berkata beliau tertarik dengan penceritaan Tok Janggut tidak mati kerana menyakini bahawa cerita itu lebih kepada kebenaran daripada versi British.
Beliau berkata, teater itu berkisarkan persoalan yang merungkai kembali apakah benar yang didakwa pejuang yang gugur semasa perang di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh itu adalah Tok Janggut atau sebaliknya.
“Saya mengajak penonton supaya berfikir dan merenung kembali mengenai fakta sejarah yang ditulis oleh penjajah sehingga Tok Janggut dilabel sebagai penderhaka.
“Lazimnya teater yang berunsurkan sejarah tiada daya tarikan sehingga menyebabkan penonton berasa bosan kerana mereka sudah tahu pengakhiran ceritanya.
“Namun berbeza dengan teater ini yang menerima sambutan yang luar biasa sehingga penonton yang hadir tidak berganjak dari tempat duduk mereka,” katanya. — Bernama
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/pengkaji-mahu-sejarah-tok-janggut-diselak-semula#sthash.KJ6ysHnV.dpuf
Britain Rampas HOVERBOARD

Britain Rampas HOVERBOARD




LONDON - BRITAIN. Hampir 90 peratus hoverboard yang diimport telah dirampas sejak bulan Oktober lepas dengan alasan gajet berkenaan berisiko tinggi untuk meletup.

Menurut laporan CNN Money, 15,000 hoverboard dirampas di seluruh negara kerana dilengkapi plug yang tidak mematuhi piawaian.

"Soket pada hoverboard (yang diimport) mempunyai risiko tinggi untuk menjadi terlalu panas (overheat), meletup atau disambar api," kata kenyataan dari U.K. National Trading Standards.

Menurut kenyataan tersebut, kebanyakan hoverboard yang dirampas adalah produk yang dibeli diatas talian dan untuk dijual semula. Difahamkan, keadaan soket hoverboard yang tidak mempunyai fius menimbulkan keadaan merbahaya dalam keadaan bateri sudah penuh selepas ditinggalkan untuk dicas.

"Orang ramai jangan terpengaruh dengan trend terbaru ini dan mengabaikan keselamatan," kata kenyataan tersebut lagi.

Selain daripada hoverboard import, produk tempatan keluaran Halfords juga dipanggil semula (recall) November lepas kerana tidak mematuhi piawaian Britain.

Pengilang, Costco Wholesale UK pula menghantar soket baru kepada para pembeli produk hoverboard 'Air Runner' kerana bimbang risiko renjatan elektrik.

2 November lepas, sebuah keluarga kerugian lebih 25,000 pound (RM165,385.50) selepas sebuah hoverboard meletup di kediaman mereka.

Oktober lalu, pihak berkuasa London mengeluarkan larangan penggunaan hoverboard di jalan raya dan kawasan pejalan kaki awam.

Hoverboard cuma boleh digunakan di kawasan perumahan atau penempatan milik peribadi.
Sebuah negeri di Amerika Syarikat, New York juga melarang penggunaan hoverboard.

Wednesday, 30 December 2015

Hentikan Jenayah Warga Afrika

Hentikan Jenayah Warga Afrika



SEKALI lagi masyarakat kita dikejutkan dengan laporan kegiatan jenayah terancang oleh segelintir warga Afrika di negara ini yang secara berterusan menipu rakyat kita serta mengaut keuntungan yang cukup lumayan. Pendedahan eksklusif akhbar Utusan Malaysia yang membabitkan sindiket licik warga Afrika dikenali sebagai Love Scam dan African Hacker cukup merisaukan kita.

Walaupun selama ini kita sudah terbiasa dengan pelbagai pendedahan berkaitan jenayah yang dilakukan oleh warga asing terutamanya dari Afrika namun penulis merasakan ini adalah detik kemuncaknya. Percayalah, andai akhbar ini tidak mengambil inisiatif dan tanggungjawab untuk mendedahkan keseriusan jenayah membabitkan dua sindiket terbesar seperti ini pasti kita akan terus leka dan tidak pe­rasan betapa begitu banyak rakyat kita menjadi mangsa penipuan mereka.

Mengikut laporan, berdasarkan statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, dari Janua­ri hingga November lalu kira-kira RM195 juta berjaya ‘diterbangkan’ dari negara ini hasil penipuan Sindiket Love Scam dan RM53 juta lagi daripada aktiviti Sindiket African Hacker. Ini bermaksud secara keseluruhannya RM248 juta telah dibawa keluar ke Nigeria melalui sindiket penipuan siber yang didalangi oleh warga Nigeria.

Membaca laporan sebegini kita hanya mampu menepuk dahi dan geleng kepala kerana bagi penulis sendiri seolah-olah masih begitu sukar untuk percaya betapa rakyat kita begitu mudah ditipu oleh orang luar. Dan mudahnya mereka menjana pendapatan yang cukup lumayan dalam tempoh masa yang sangat pendek. Ironinya kita percaya jumlah ini sebenarnya mungkin lebih banyak daripada yang dilaporkan kerana dimaklumkan masih ramai mangsa yang tidak tampil untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Hakikatnya baharu sekarang semua pihak mula celik mata dan melihat isu ini sebagai suatu perkara yang serius. Namun jangan lupa jumlah wang yang hilang itu tetap hilang di mana nasi tetap sudah menjadi bubur, tetapi sekurang-kurangnya sekarang kita boleh ambil iktibar dan berusaha untuk hentikannya.

Cukup-cukuplah rakyat kita diperbodohkan, dijadikan kuda tunggangan dan juga kambing hitam. Sampai bila kita mahu masyarakat kita diancam oleh sindiket licik dan terancang seperti ini.

Malah kita khuatir sudah ada yang melabel Malaysia sebagai hab penipuan warga Afrika dan juga wujud persepsi negatif dalam kalangan masyarakat dunia sehingga meng­anggap sindiket ini sebagai sindiket Malaysian Love Scam.

Rentetan daripada pendedahan eksklusif ini timbul terlalu banyak persoalan yang berlegar di minda kita yang perlu dirungkai dengan segera. Antaranya, kenapa rakyat negara ini mudah menjadi mangsa dan kumpulan sasaran sindiket seumpama ini? Adakah berlaku ketirisan dalam aspek penguatkuasaan undang-undang atau masyarakat kita sebenarnya masih leka dan cuai sehingga mudah menjadi mangsa keadaan? Atau apa benar tuduhan bahawa rakyat kita turut bersekongkol dan menjadi dalang di sebalik sindiket ini?

Apa benar warga luar terutama­nya dari Afrika begitu mudah dan bebas untuk menyalahgunakan pas lawatan mahupun pas pengajian untuk masuk ke negara ini bagi memulakan perancangan jenayah mereka? Ini adalah antara persoalan yang masih tidak mampu untuk kita memperoleh jawapan yang jelas dan nyata kerana kita masih meneruskan budaya saling tuding menuding menyalahkan antara satu sama lain. Ringkasnya agensi A menyalahkan agensi B manakala agensi B menyalahkan agensi C dan seterusnya umpama lagu Bangau Oh Bangau.

Pokok pangkalnya ini bukan masa untuk menuding jari dan menyalahkan orang lain kerana apapun telah terjadi kita perlu fokus ke hadapan untuk tangani isu ini dari peringkat akar umbi lagi agar tidak terus berleluasa.

Kita tidak boleh membiarkan sindiket ini terus bermaharajalela di negara kita. Dalam konteks ini pihak berkuasa wajar menerima pandangan pakar dan juga anggota masyarakat yang telah mengemukakan beberapa cadangan seperti mengehadkan jumlah kemasukan warga Afrika terutamanya yang berstatus pelajar, memantau secara serius pergerakan dan akti­viti golongan ini, mewujudkan mekanisme saringan dan tapisan yang lebih proaktif dan berkesan di setiap pintu masuk serta melaksanakan ujian psikometrik terhadap pelajar asing untuk menilai kemampuan dan latar belakang mereka sebelum masuk ke negara kita.

Secara logiknya cadangan-ca­da­ng­an ini dilihat cukup praktikal dan relevan untuk diamalkan setelah mengambil kira apa yang sedang berlaku yang menggambarkan seolah-olah kita begitu sukar untuk mengawal dan membanteras kegiatan mereka.

Di samping kita pantau dan saring secara lebih serius kemasukan warga Afrika ke negara kita, kita juga perlu pastikan tindakan penguatkuasaan dan aspek kesedaran dalam kalangan anggota masyarakat diberi fokus yang sewajarnya.

Misalnya pihak Perkhidmatan Pendidikan Global Malaysia (EMGS) dilaporkan mendedahkan sebanyak 15 peratus daripada 113,000 pelajar antarabangsa di negara ini adalah warga Afrika. Walaupun jumlah 15 peratus boleh digambarkan secara relatifnya masih sedikit namun apa jaminan mereka ini tidak akan ter­babit dengan jenayah seperti ini. Ini ditambah pula dengan sasaran kemasukan sebanyak 200,000 orang pelajar antarabangsa menjelang tahun 2020.

Dalam hal ini kita juga sangat bersetuju dengan cadangan pihak kerajaan agar pelajar dari Afrika perbaharui visa setiap tahun serta kelulusan visa berdasarkan kursus pengajian sebagai langkah pencegahan tambahan. Hakikatnya kita bukanlah terlalu kejam dan zalim sehingga menggambarkan semua warga Afrika terutamanya yang datang untuk melanjutkan pelajaran di negara ini sebagai penjenayah namun tidak salah untuk kita lebih berhati-hati dan berwaspada sebelum situasi menjadi di luar kawalan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, masyarakat juga perlu lebih berhati-hati. Dalam kes sindiket Love Scam misalnya kenapa begitu mudah wanita tempatan menjadi mangsa? Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat sebelum ini tetapi wanita kita terus menjadi mangsa taktik licik sindiket ini. Janganlah terlalu mudah percaya kepada orang luar dan menagih cinta palsu lelaki hidung belang yang hanya mahukan duit.

Cukup menyedihkan kerana segelintir go­longan wanita ini seolah-olah hilang pertimbangan dan mudah terpe­daya begitu saja termasuk golongan profesional dan berpendidikan tinggi. Justeru dalam hal ini usaha untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan anggota masyarakat perlu dilipatgandakan.

Sudah-sudahlah apa yang telah berlaku selama ini. Kita tidak mahu sindiket seperti Love Scam, African Hacker ataupun mungkin ada nama baru lepas ini terus mengancam dan menghantui masyarakat kita. Jenayah terancang warga luar terutamanya dari Afrika ini perlu ditangani dan dihentikan segera sebelum lebih ramai lagi rakyat kita menjadi mangsa mereka.

baseline;">PENULIS ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia.
Anak Terengganu Pertama Masuk Oxford

Anak Terengganu Pertama Masuk Oxford



KUALA TERENGGANU 28 Dis. - Mohd. Firdaus Samsudin @ Mustapha, 27, anak Terengganu pertama yang ditawarkan tempat di salah sebuah universiti paling berprestij di dunia, Universiti Oxford, kini bergelar Doktor selepas menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Biokimia.

Beliau yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu bakal memulakan tugas sebagai Felo Penyelidik Kimia di University of Southampton, United Kingdom pada 1 Februari tahun hadapan.

Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat kebangsaan pada 2005 itu dijangka menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan ubat-ubatan baharu bagi menangani jangkitan bakteria Psuedomonas yang biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang berada di hospital dan mempunyai sistem imunisasi lemah.

“Saya ditawarkan pekerjaan di sana (University of Southampton) dan dalam masa sama akan men­yertai kumpulan penyelidik lain untuk menghasilkan antibiotik khusus yang pertama seumpamanya di dunia bagi menghalang jangkitan kuman di hospital.

“Dengan pengalaman yang diperoleh kelak, insya-Allah akan diaplikasikan untuk berkhidmat di Terengganu pada masa hadapan. Kejayaan saya adalah untuk semua dan saya akan terus menjaga nama baik keluarga, rakyat Terengganu dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penganugerahan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) Ke-17 yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini semalam.

Dalam majlis itu, Mohd. Firdaus turut meraih Anugerah Khas YT selepas berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dari peringkat sarjana selama dua tahun di Universiti Oxford dan seterusnya sehingga ke peringkat PhD di universiti sama.

Bekas pelajar tajaan YT itu menerima ganjaran berjumlah RM5,000, seunit komputer riba dan sijil penghargaan dalam majlis yang turut disaksikan oleh bapanya, Samsudin @ Mustapha Mamat, 65, dan ibunya, Rohani Long Ahmad, 58.
Mohd. Firdaus, anak kedua daripada empat beradik kepada pesara kerajaan dan guru tadika itu bercita-cita menjadi seorang saintis dan berazam untuk memenangi Anugerah Nobel pada masa depan.

Beliau turut berterima kasih dan menghargai segala sumbangan kerajaan negeri termasuk tajaan YT sepanjang pengajiannya di United Kingdom yang melancarkan lagi proses pengajiannya.
“Semua orang boleh berjaya menggapai cita-cita dan apa yang paling penting selaku pelajar tentunya fokus adalah terhadap pelajaran," katanya.

Terdahulu, kejayaan Mohd. Firdaus membuat kajian mengenai penyerapan ubat yang lebih cepat ke dalam sel badan menyebabkan Universiti Oxford menawarkannya tempat untuk mengikuti pengajian peringkat PhD.

Selepas memperoleh ijazah kelas pertama di Imperial College of London dan baru setahun mengikuti pengajian peringkat sarjana di Universiti Oxford, beliau terus ditawarkan pengajian doktor falsafah.

-Utusan Malaysia
Ramadi Ditawan Tentera Iraq Setelah Lama Jatuh Kepada IS

Ramadi Ditawan Tentera Iraq Setelah Lama Jatuh Kepada IS



Ramadi (Iraq): Tentera Iraq semalam memeriksa jalan raya Ramadi untuk memastikan tiada bom selepas menawan semula bandar itu yang jatuh ke tangan Negara Islam (IS), Mei lalu.


Kumpulan kecil anggota IS mungkin masih berada di beberapa bahagian bandar itu, namun tentera berkata tiada pertempuran selepas pejuang kumpulan itu meninggalkan kompleks kerajaan di situ, kelmarin.


Penduduk Iraq meraikan kejayaan itu di beberapa bandar lain, manakala kerajaan mengucapkan tahniah kepada tentera atas kemenangan dianggap terbesar sejak IS menawan sebahagian besar negara itu, tahun lalu.


Pegawai keselamatan di wilayah Anbar, Ibrahim al-Fahdawi berkata: “Pasukan tentera kini mengawal semua jalan. Tiada tentangan daripada Daesh (IS).”
Bekas ibu pejabat kerajaan di Ramadi menjadi pusat pertempuran, namun tentera Iraq tidak terus menyerbu sebaik IS mengundur dari situ kerana keseluruhan kawasan berkenaan diletakkan letupan.


Sehubungan itu, pasukan pemusnah bom dan letupan ditugaskan membersihkan bandar itu daripada ribuan bom ditinggalkan IS.

Brigadier Jeneral Majid al-Fatlawi dari divisyen kelapan tentera berkata: “Daesh meninggalkan lebih 300 bahan letupan di jalan dan bangunan kompleks kerajaan.


“Mereka menggunakan pelbagai barangan termasuk botol oksigen, tong plastik mengandungi letupan C-4 dan klorin.”

Beberapa pegawai tempatan berkata, IS menggunakan orang awam sebagai perisai untuk berlindung ketika lari daripada pertempuran sebaik menyedari bakal dikalahkan di Ramadi.


Kira-kira 400 anggota IS berada di Ramadi seminggu lalu. Namun kini tidak jelas berapa ramai terbunuh atau berjaya melarikan diri ke kawasan di luar bandar itu.


Pihak berkuasa Iraq tidak mengumumkan jumlah kematian dan kecederaan tentera, tetapi anggota kesihatan memberitahu AFP hampir 100 askar kerajaan yang cedera dibawa ke hospital-hospital di Baghdad pada Ahad saja.


“Jumlah kematian sukar dihitung kerana mayat dibawa terus ke hospital tentera utama berhampiran lapangan terbang,” kata sumber hospital. - AFP
Aktivis Kemanusiaaan Ditahan Tanpa Bicara Di Bangladesh

Aktivis Kemanusiaaan Ditahan Tanpa Bicara Di Bangladesh


Kuala Lumpur-Kalau kita tak  dapat berhubung lagi selepas ini, itu bermakna saya sudah dipenjarakan.”

Begitu bunyi pesanan suara daripada aktivis kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Moussa Yaacob yang kini ditahan di Penjara Pusat Cox’s Bazar Bangladesh sejak seminggu lalu seepas ditahan pihak berkuasa kerana memberi sumbangan dan bantuan kepada pelarian Rohingya di sebuah kem.
Pesanan itu sempat dihantar kepada Naib Presiden MAPIM Ahmad Tarmizi Sulaiman selepas ditahan ketika menyerahkan bantuan kemanusiaan yang dikumpul dari seluruh dunia untuk di serahkan kepada pelarian Rohingya di kem penempatan sementara di Kutupalong, Selasa minggu lalu.
Selepas itu, tiada khabar berita diterima daripada Moussa yang juga pengasas Yayasan Barakacity yang berpusat di Paris, Perancis, badan Islam yang aktif mengumpulkan dana untuk di serahkan kepada golongan memerlukan khususnya umat Islam ditindas di se luruh dunia.
Ahmad Tarmizi berkata, beliau dan aktivis MAPIM yang lain menerima penge sahan penahanan itu daripada badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang bersama-sama pemuda mualaf itu menyalurkan bantuan kemanusiaan di sebuah kem menempatkan ribuan pelarian.
“Kami diberitahu dia di tahan tanpa bicara hanya ke­rana memberi sumbangan dan bantuan di kem. Dia sempat menghantar pesanan suara kepada saya hanya beberapa saat sebelum terputus hubungan 22 Disember lalu.
“Penahanan Moussa menyebabkan hampir semua NGO Islam di Eropah muia menggerakkan kempen bagi menuntut pihak berkuasa Bangladesh membebaskan beliau kerana dia hanya membantu masyarakat me­merlukan sejak hampir setahun lalu, malah bersa­ma sama MAPIM ke Arakan awal Ogos lalu untuk misi kemanusiaan di sana,” ka tanya kepada Hariah Metro.
Kisah pemuda mualaf ini pernah disiarkan di muka depan Harian Metro 28 Ogos lalu mengenai kegigihannya bersama seorang lagi aktivis kemanusiaan wanita yang sudah menyumbang RM2 juta untuk masyarakat Islam di Kem Arakan, Sittwe. malah sudah lima kali masuk ke kawasan pelarian itu sejak beberapa tahun lalu untuk memberi bantuan.
Dia yang bersama misi ke manusiaan Majlis Perundi ngan Pertubuhan Islam Ma­laysia (MAPIM) ketika itu be gitu gigih mengagihkan bantuan ke beberapa kem dan kampung sekitar Arakan menerusi kutipan daripada masyarakat antarabangsa, khususnya Perancis.
Menurut Ahmad Tarmizi,MAPIM dihubungi rakan NGO antarabangsa meminta bantuan membebaskan Moussa, sekali gus membuka jalan kepada kesinambungan bantuan berterusan kepada etnik Rohingya yang hidup serba daif di Kutupalong.
“Kami dimaklumkan ra kan di Perancis juga giat memviralkan penahanan Moussa di Facebook, malah rakan pengasas di Yayasan Barakacity giat mencari jalan menggesa dia dibebaskan.
“MAPIM akan menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur minggu ini berhu bung perkara sama kerana kami rasakan penahanan Moussa di bawah Artikel 45 Kanun Keseksaan tidak wa jar kerana dia tidak mela kukan apa-apa kesalahan je nay ah,” katanya yang turut meminta rakyat Malaysia mendoakan aktivis berusia 28 tahun itu selamat.
Moussa dijadualkan ber ada di sekolah Rohingya di Alor Setar, Kedah minggu ini untuk melihat perkembangan pusat pendidikan khusus untuk etnik itu yang di tubuhkan beberapa tahun lalu, namun ia ditangguhkan berikutan penahanannya.
Sementara itu, pemerha tian Harian Metro di laman web dan Facebook Yayasan Barakacity mendapati, terdapat banyak status menyokong Moussa dibebaskan segera dengan beberapa pihak yang pernah dibantu sebelum ini, tampil memberikan kata kata simpati.
Antaranya beberapa kanak-kanak mendoakan dia kembali ke Perancis kerana khidmatnya masih diperlu kan untuk membantu ma­syarakat Muslim di sana.
“Bebaskan Moussa segera,” kata mereka.
Tidur Bersila Ketika Hujan Mana PAS Kelantan

Tidur Bersila Ketika Hujan Mana PAS Kelantan



Pemimpin PAS Kelantan hanya pandai tuding jari kepada persekutuan dalam segala permasalahan yang timbul berkaitan dengan rakyat seolah-olah mereka tiada kerja lain.
Terkini seorang rakyat Kelantan menjadikan serai yang dijual RM3.00 seberkas sebagai sumber rezekinya bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama Hafiz Daniell Abdullah, 7, di Kampung Candan, Chetok.Pasir Mas,Kelantan.
Sejak kematian suami lima tahun lalu Rohana Deraman, 50, tinggal disebuah rumah usang untuk berteduh dari hujan dan panas,rumahnya itu mengalami kerusakan dan sudah sepatutnya kerajaan Kelantan mengambil tahu masalah yang dialaminya.
Rohana yang tidak boleh berbuat apa-apa dengan keadaan rumahnya yang mengalami bumbung bocor kerana tidak mampu untuk membaikinya.
Lebih memilukan lagi apabila bantuan dari JKM yang diterimanya sebanyak RM100 sebulan sebelum ini terunggak selama beberapa bulan.
Kediaman Rohana yang bocor bumbungnya membuatkan beliau dan anaknya tidur besila setiap kali hujan berlaku.
Manakala kerajaan Kelantan yang hebat berkokok dan gagah menuding jari kepada persekutuan pula tetap tidak berubah sehingga rumah yang didiami Rohana tidak mampu diganti.
-Hot Kelate

Tuesday, 29 December 2015

Menteri Kawen Muda

Menteri Kawen Muda



KUALA LUMPUR, 28 Dis — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Joseph Entulu Belaun menamatkan zaman dudanya dengan mengahwini wanita 33 tahun lebih muda Sabtu lepas.
Majlis perkahwinan Entulu, 61, dengan pegawai bank, Jacklyne Anthony, 28, diadakan dalam satu majlis tertutup di Hotel Kingwood Resort di Mukah, dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk keluarga terdekat dan kenalan rapat.
Ahli Parlimen Selangau daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu merupakan duda anak empat manakala Jackeline, ibu tunggal dua anak, lapor akhbar Harian Metro.
Mengikut laporan Borneo Post pula, majlis perkahwinan mereka diraikan meriah oleh persembahan artis dan penari Iban popular.
“Majlis resepsi ini turut dihadiri beberapa pemimpin politik negeri. Majlis perkahwinan mereka diadakan sederhana bersesuaian dengan sikap Joseph Entulu sendiri yang sentiasa merendah diri,” kata seorang ahli keluarga dipetik berkata.
Rakaman gambar perkahwinan Entulu dan Jackeline tersebar luas di Internet dan ramai yang memuji kecantikan wanita yang berasal daripada etnik Orang Ulu itu, lapor Harian Metro lagi.
Entulu sebelum ini merupakan timbalan menteri di JPM, kemudian timbalan menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum dilantik menjadi menteri penuh JPM.
Semasa Pilihan Raya Umum ke-13 2008, Joseph Entulu menang kerusi Selangau mengalahkan calon PKR dengan majoriti 70 peratus.

Monday, 28 December 2015

Selepas Riba Rogol Pula

Selepas Riba Rogol Pula

Gambar ini tiada kena mengena dengan cerita ini-
KUALA LUMPUR, 27 Disember:Seorang remaja perempuan hari ini mendakwa dia menjadi mangsa serangan seksual oleh bekas guru tuisyennya di Kota Kemuning, Shah Alam ketika berusia 14 tahun kira-kira tiga tahun lalu.

Mangsa yang kini berusia 17 tahun hanya membuat laporan polis pada 18 Disember lalu itu mendakwa guru tersebut membuat serangan berkenaan pada Februari 2012 selepas kelas tuisyen tamat.

Menurutnya, guru berkenaan memanggilnya masuk ke dalam kelas kosong secara sendirian untuk bertanyakan mengenai pelajarannya.

“Guru berkenaan cuba menenangkan saya dan meminta saya duduk di atas ribanya dan apabila saya enggan dia menarik saya dan mencium saya.

“Sebulan kemudian guru berkenaan sekali lagi melakukan tindakan yang sama dan kemudiannya merogol saya selepas enggan melepaskan diri saya.

“Saya memberitahu rakan-rakan saya berhubung insiden berkenaan namun mereka tidak percaya dan mengatakan mustahil seorang guru sanggup melakukan perbuatan seperti itu,” katanya yang enggan dikenali kepada pemberita di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di sini hari ini.

Guru berkenaan juga dikatakan melakukan beberapa serangan seksual antara Mac hingga Mei tahun yang sama dan ia berlaku sebanyak lima kali.

Tambah mangsa, dia tidak berani memberitahu dan mendedahkan perkara tersebut kepada keluarganya kerana takut kepada guru tersebut.

Katanya, dia hanya memberitahu ayahnya pada Oktober lalu dan membuat laporan polis pada Disember kerana mahu memberikan fokus dalam peperiksaan SPM.

Dalam pada itu, Lim yang merupakan peguam mangsa menjelaskan pihaknya merasakan terdapat mangsa lain yang menerima nasib yang sama dan menggesa mereka tampil ke hadapan bagi membantu siasatan pihak polis.

Ujarnya, terdapat beberapa kakitangan pusat tuisyen berkenaan termasuk guru yang mahu membantu siasatan pihak polis.

“Kami berjaya mendapatkan nombor telefon mangsa yang menerima nasib yang sama dan telah menyerahkannya kepada pihak berkuasa,” tegasnya

http://www.infolaju.com/2015/12/cikgu-tuisyen-riba-pelajar-dan-rogo.html

Sunday, 27 December 2015

Cara Elak Dari Tekanan Kos Sara Hidup Rakyat Malaysia

Cara Elak Dari Tekanan Kos Sara Hidup Rakyat Malaysia


Hari-hari dok dengar pekara sama,pendek kata atau panjang kata 24 jam pekara berkaitan tekanan kos sara hidup menjadi bualan seluruh makhluk bergelar manusia,tidak kiralah di bandar atau didesa.

Kedai makan penuh setiap masa malah belum ada kedai yang tutup akibat tekanan kos sara hidup setakat ini.

Kata setengah daripada pembahas,tekanan akibat dari kos sara hidup paling terasa adalah warga bandar kerana rata-rata bergaji hanya RM4.000 kebawah.

Penulis rakam video ini di Shah Alam kawasan yang dinobatkan sebagai penepatan kos sara hidup tinggi.




Navigasi Meningkatkan Pageview Blog

Navigasi Meningkatkan Pageview Blog


Contoh Navigasi yang dibina berdasarkan Label/Kategori 

Oleh kerana penulisan saya  mengenai bagaimana untuk mengecilkan Baunce Rate sebelum ini mendapat sambutan baik daripada pembaca(98% dari Malaysia),kali ini saya berkongsi pula bagaimana untuk meningkatkan pageview blog/portal.

Sebelum itu saya ingin menyatakan dengan jujur,bahawa saya bukanlah pakar dalam bidang ini iaitu bidang SEO  yang berkait rapat dengan blog/portal.

Saya hanya berkongsi  dengan anda semua  untuk apa yang saya pernah lakukan bagi meningkatkan pageview blog dan terbukti ianya berjaya tanpa mengharap kepada tempat lain seperti FB dan sebagainya bagi memasarkan entri dari blog ini.

Bagi meningkatkan pageview dengan mudah kebanyakkan para blogger  bergantung ditempat lain dan cara itu dinilai sebagai satu cara yang kurang bijak biarpun ianya berkesan.namun artikel yang tersenarai dalam  google pula tidak banyak.

Blogspot sebenarnya telah lama memberikan kemudahan kepada penggunanya membuat navigasi yang lengkap melalui plugin yang disediakan cecara percuma.

Mungkin ada yang bertanya,apa itu navigasi?

Navigasi adalah petunjuk kedudukan sebuah entri yang ditulis anda seperti peta atau kompas yang diperlukan oleh seorang pengembara untuk memudahkan menuju kesesuatu tempat.

Oleh itu  dunia web, navigasi menjadi penting malah pemilik blog yang mahir mewajibkan adanya navigasi diblog/portalnya bagi membantu pengujung mencari entri yang ada pada blog/portalnya.

Sebab itu ia penting agar  pengujung yang sedang berada di dalam halaman  tidak tersesat  dan mudah menemukan halaman-halaman lain dalam blog/portal  yang dimiliki anda dan secara automatiknya pengujung akan berada lama di blog/portal anda.

Begitulah penerangan ringkas oleh saya tentang navigasi,semuga ianya memberi faedah kepada semua.

Kebanyakan atau lebih 98% pengguna medium blogspot membuat navigasi di bawah title header,ini boleh dilihat secara jelas apabila anda blog walking keblog/portal lain.

Pemilik blog/portal  rata-rata mengakui dengan cara membuat navigasi  ianya telah meningkat pageview dan keberkesanan membuat navigasi boleh dilihat masa kesemasa jika anda melakukan.

Pentingnya navigasi  disebuah blog/portal kerana ia dibina berdasarkan label/kategori  yang berkait rapat dengan entri yang ditulis.

Contohnya lebel/kategori  Jenayah,Kemalangan dan sebagainya apabila pengunjung klik lebel/kategori yang anda bina ia akan terbuka semua cerita berkaitan Jenayah atau Kemalangan yang ditulis sebelum ini dan ianya akan menjadi rujukan utama para pengujung pada masa akan datang.

Selain daripada membuat navigasi ada cara lain yang boleh dilakukan,namun ia kurang digemari oleh blogger Malaysia tapi popular di Indonesia.

Cara yang saya maksudkan ini kita bincang lain kali selepas perbincangan bagaimana untuk membina navigasi dibwah header.

Semuga perkongsian ini memberi kemudahan kepada pengguna blog..
Curi Lembu Guna Vios

Curi Lembu Guna Vios




Kuala terengganu -Sebuah kereta jenis Toyota Vios yang ditemui tersadai selepas terbabas di Kilometer 324.6 Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) arah ke Kuan tan berham- piran Dungun dekat sini kelma- rin didapati membawa dua ekor lembu di bahagian tem- pat duduk belakang kereta itu.
Ketua Polis Daerah Dungun,

Superintendan Ah­mad Zailani Y a a c o b berkata,
p i h a k nya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kereta berkenaan pada pukul 11 pagi sebelum menghantar anggota polis ke lokasi kejadian.

"Anggota polis yang tiba di lokasi kemudian melakukan pemeriksaan dan menemui dua ekor lembu yang disyaki dicuri berada di dalam kereta itu.

"Kami percaya lembu tersebut mungkin dicuri dari kawasan Ajil atau daerah lain kerana setakat ini polis masih belum menerima sebarang laporan kehilangan lembu di sekitar Dungun," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu ketika kereta itu ditemui, pemandunya didapati tiada di lokasi kejadian dan pemeriksaan lanjut mendapati nombor plat yang digunakan adalah palsu.

Semakan ke atas nombor casis Toyota Vios itu mendapati ia didaftarkan di negara jiran dan tiada sebarang laporan mengenai kehilangan kenderaan berdasarkan nombor plat palsu yang digunakan pada kereta terbabit.

"Kami masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu termasuk beberapa cap jari yang ditemui dalam kereta tersebut," jelasnya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun atau mana-mana balai po­lis berhampiran.

"Bagi mana-mana individu yang kehilangan lembu, saya minta kerjasama mereka untuk tampil membuat laporan polis (untuk membantu siasatan)," tambahnya.

Google+ Followers

arrow_upward