Ahad, 31 Januari 2016

Harga Runcit Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Turun Mulai Esok

Harga Runcit Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Turun Mulai Esok





KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen mulai tengah malam ini.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia Khairul Annuar Abdul Aziz.

"Diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Harga runcit petrol sebelum ini ialah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk RON97 manakala diesel pula pada RM1.60.

-- BERNAMA
281 Pelawat Menghasilkan 3,000 Pageview

281 Pelawat Menghasilkan 3,000 Pageview

Data menunjukkan pengujung lama atau pengujung yang sering datang ke blog ini 2471 kali datang.Pengujung baru 5969 kali datang bagi tempoh 30 hari.

Jumlah keseluruhan pelawat dalan tempoh itu 8440 kali datang.

8440 ÷30=281
281 pelawat yang mengunjungi blog ini setiap hari pada januari menghasilkan pageview

700-1000
1000-1700
1700-3000

Usaha untuk meningkatkan pengujung baru disamping mengekalkan pengujungl
 Lama berhasil.

Paling memberangsangkan apabila nasa yang dianbil oleh pengujung berada di blog ini telah meningkat.

Pada Ogos 2015 purata pengujung mengambil masa berada di blog ini 2 hingga 4 minit.

Setelah ubah suai meta tag dilakukan rata- rata pengujung mengambil masa selama 4 minit dan 8 minit.Ada kalanya hingga 11 minit.

Jika pengujung blog ini 20.000 sebulan mungkin pageview yang dihasilkan setiap hari 10.000 hingga 15.000 .

Jumlah keseluruhan pageview pada Januari 55.015  yang dihasilkan oleh pengujung  sebanyak 8440.






ADUN BN  Bertemu Pemangku Sultan Esok

ADUN BN Bertemu Pemangku Sultan Esok



ALOR SETAR - Satu pertemuan antara Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dengan Anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan diadakan di sini esok, dipercayai berkaitan kemelut politik membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir sebagai Menteri Besar.

Beberapa ADUN mengesahkan telah dimaklum mengenai pertemuan itu yang dijangka berlangsung di Wisma Darul Aman, 2 petang esok.

Seorang ADUN yang enggan namanya dinyatakan berkata, beliau menerima makluman tersebut menerusi Whatsapp tetapi enggan mengulas lanjut.

"Surat tiada, tetapi saya mendapat mesej untuk hadir ke pertemuan itu esok," katanya di sini hari ini.

Seorang lagi ADUN berkata, beliau mendapat mesej mengenai perkara itu dan dihubungi oleh seorang pegawai dari Wisma Darul Aman.

Sementara itu, seorang ADUN terlibat mengesahkan akan hadir pertemuan itu, dan difahamkan mereka akan dipanggil mengadap seorang demi seorang.
Sumpah Najib Tidak Terlibat Bunuh Altantuya

Sumpah Najib Tidak Terlibat Bunuh Altantuya

Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dia melafazkan sumpah itu menerusi rakaman video terbaharu yang menjadi viral di Facebook dan Twitter selepas disiarkan oleh laman Facebook ‘Barisan Merdeka’ hari ini.

“Saya lafazkan di sini, wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat dan tidak ada kaitan dalam kes,” katanya.

Sirul Azhar memberitahu, dia mengerti tentang kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan individu tertentu.
Walau bagaimanapun, Sirul Azhar menegaskan, dia tidak pernah diajar dan diasuh untuk memfitnah orang lain.
“Adalah dosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu,” jelasnya.



Rakaman video berdurasi 54 saat itu merupakan pengakuan ketiga Sirul Azhar berhubung isu kes pembunuhan Altantuya yang disebarkan melalui media sosial.

Pada 21 Januari lalu, Sirul Azhar melalui rakaman video pertama menyuarakan kekesalan dengan tindakan pihak tertentu termasuk segelintir agensi media yang cuba mengambil kesempatan dengan memperalatkannya untuk menjatuhkan dan memfitnah individu lain.

Sementara itu, melalui rakaman video kedua yang tersebar menerusi media sosial pada 24 Januari lalu, dia turut mengesahkan dakwaan pihak tertentu kononnya Altantuya mengandung ketika dibunuh adalah tidak benar.

Sirul Azhar dan bekas pegawai UTK, Azilah Hadri dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Per­sekutuan pada 13 Januari 2015 kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu, tetapi Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia.

Sabtu, 30 Januari 2016

Arab Saudi Pernah Menderma Kepada 90 Negara sebanyak RM488 Bilion

Arab Saudi Pernah Menderma Kepada 90 Negara sebanyak RM488 Bilion



Keluarga Raja Saudi pernah menderma kepada 90 negara lain tidak termasuk Malaysia dengan jumlah derma sebanyak RM488 bilion mengikut nilaian mata wang kini.

Cuma derma kepada Malaysia sahaja yang menjadi hangat disebabkan kegilaan rakyat kepada persepsi buruk.

Negara yang pernah terima derma.(sebahagian)
2014-Agensi berita rasmi Arab Saudi pernah melaporkan, pemerintah tertinggi Arab Saudi, Raja Abdullah Bin Abdul Aziz telah mendermakan sejumlah 53.3 juta dolar Amerika kepada penduduk Palestin di Gaza sebagai bantuan awal kepada mangsa-mangsa terbaru serangan Zionis Yahudi.

"Rakyat dan pemerintah Arab Saudi juga telah menyumbang USD$530 juta untuk korban gempa dan gelombang tsunami di Aceh dan Sumatra Utara yang berlaku pada 2004.

2014-Raja Abdullah dari Arab Saudi memberikan bantuan USD$35 juta atau untuk membantu mengatasi Ebola di kawasan Afrika barat.
2012-Raja Abdullah derma USD$50 juta kepada Muslim Rohingya

2014-Raja Arab Saudi, Raja Abdullah memberikan bantuan USD$ 1,25 milion kepada tentara Lubnan yang berjuang melawan kelompok pemberontak di persempadanan Suriah untuk tujuan keamanan.-AsiaOne pernah melaporkan pada Rabu, 6 Ogos 2014.

Fikir fikirlah...

Nak sumber darimana aku dapat sila cari sendiri kerana kau orang kan bijak daripada pemberi derma...

Ingat Senangkah Nak Jumpa Keluarga Raja Saudi

Ingat Senangkah Nak Jumpa Keluarga Raja Saudi


BUMIYANG-Dalam dunia Islam sejak zaman Empayar Ottomaniah lagi konsep payung (membantu) jajahan bukan sahaja terhadap tanah jajahan malah mereka juga menjaga keselamatan negara2 Islam yg diluar kekuasaannya juga.

Malah jika dibaca buku2 sejarah peranan Empayar ramai tentera Empayar Ottomaniah yang berkampung di Aceh dan membantu kerajaan2 di Nusantara memerangi tentera penjajah.

Jetru kisah dana dari Raja Arab Saudi bukan lah sesuatu yang memeranjatkan jika ianya memang benar2 berlaku. Jika diimbas kembali semasa Tun M dan DS Anwar memegang jawatan menteri kewangan pun mereka sering dikaitkan dengan dana dari negara2 Arab. Malah selepas DS Anwar dipecat pun orang ramai masih mengaitkan beliau kononnya banyak wang hasil dari dana dan sokongan dari negara2 Arab.

Suatu yg tentera cyber pembangkang cuba rahasiakan daripada rakyaat Malaysia adalah, "ingat senangkan untuk sesiapa saja pergi nak mengadap Raja Saudi tanpa undangan?"

Pastinya segala urusan adalah melalui orang tengah samada peguam dan penasihat mereka. Jadi siapa yang TPM jumpa sekitar hari kemangkatan Raja Abdullah bukan lah sesuatu yang penting apabila penderma adalah melibatkan seorang raja sebuah negara besar seperti Raja Saudi. Tambahan pula walaupun masa itu Raja Abdullah mungkin masih hidup pasti keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Selain itu kalau pun baginda masih hidup, perlu ke beliau sendiri yang berjumpa dengan DS Zahid Hamidi???

Malah sebagaana DAP yang pernah dikaitkan mendapat dana daripada kerajaan Israel berjumlah RM 1.4 billion pastinya jika cerita itu benar ianya bukan diberikan sendiri oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sendiri. Pastinya ianya dilakukan melalui NGO2 yg berpengkalan di Amerika Syarikat.

Tak gitu ke?

Dalam media sosial ramai yg perasan bagus dan bijak walhal....habuk pun tarak.....
Bukan Ketua Menteri Menentukan Tarikh PRN Sarawak

Bukan Ketua Menteri Menentukan Tarikh PRN Sarawak



SIBU, 30 Jan (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menjelaskan beliau tidak menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan mereka baru-baru ini.

"Saya juga tidak memberitahu mereka apa yang harus dilakukan apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan nanti.

"SPR tahu apa yang perlu dilakukan kerana pilihan raya adalah prerogatif mereka. Saya harap ini dapat menjelaskan segalanya.

"Tidak perlu untuk saya memberitahu mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-44 Rela di Sibu Town Square 2 di sini hari ini.

Adenan berkata demikian sebagai mengulas kritikan dan sindiran daripada parti pembangkang bahawa beliau sudah campur tangan menentukan tarikh itu.

Ketika merasmikan seminar pilihan raya bagi DUN Satok di Kuching malam tadi, Adenan berkata beliau ada menemui pegawai SPR dan mencadangkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan pada 18 April manakala hari mengundi pada 30 April.

Mengenai pembubaran DUN, Adenan berkata beliau akan menemui Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud terlebih dahulu sebelum mengumumkan pembubarannya.

Sementara itu, Adenan berkata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mempunyai ego yang sangat tinggi.

Adenan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Chong hari ini bahawa beliau memilih April sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri kerana ia bertindih dengan tarikh perbicaraan Chong berhubung pembabitannya dalam Bersih 4.

Chong yang juga Anggota Parlimen Kuching didakwa bersama Anggota Parlimen Stampin Julian Tan (juga dari DAP) mengikut Seksyen A(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan jalanan pada 28 Ogos tahun lepas bagi menyertai Bersih 4 di sini.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda maksimum RM10,000, sekali gus membatalkan kelayakannya bertanding dalam sebarang pilihan raya selama lima tahun.

"Chong jelas mempunyai pandangan yang tinggi kepada diri sendiri. Beliau berasakan kehadiran dirinya penting untuk menentukan tarikh (pilihan raya) itu. Apa yang saya lakukan tidak ada kena mengena dengan perbicaraannya," kata Adenan.

Menurutnya, selama ini orang ramai turut membuat spekulasi pilihan raya itu akan diadakan bulan depan.

-- BERNAMA
MB Kedah Tetap Diganti Dalam Masa Terdekat

MB Kedah Tetap Diganti Dalam Masa Terdekat


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tetap akan diganti dalam masa terdekat.

Ini berikutan perkembangan terbaharu apabila Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah telah memperkenankan nama-nama calon bagi menggantikan Mukhriz yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Istana Darul Aman Kedah, Bukit Persekutuan, di sini, hari ini.

Dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini, Najib turut menafikan laporan media yang mengatakan nama-nama itu telah ditolak dan menjelaskan segala perkembangan mengenai krisis politik di Kedah akan diberitahu kemudian.

‘‘Nanti saya akan maklumkan. Akan dimaklumkan kemudian itu tidak betul (laporan cadangan nama ditolak,’’ katanya.

Krisis politik di Kedah tercetus apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah bersama kepemimpinan UMNO negeri menyuarakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah.

Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar semakin jelas akan berakhir apabila hari ini beliau tidak diundang menghadiri mesyuarat MT sekali gus memberi isyarat ADUN Ayer Hitam itu akan digantikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Bashah terus disebut-sebut sebagai calon utama menggantikan Mukhriz.

Turut disenaraikan ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail dan ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid.

‘‘Keputusan sudah ada. Kita hanya menanti pengumuman sahaja. Insya-Allah dalam masa terdekat siapa yang menggantikan Mukhriz akan diumumkan. Apa yang pasti kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar tetap diganti,’’ kata satu sumber kepada Utusan Malaysia.

Sumber itu juga menegaskan, ketika ini apa yang diharapkan oleh semua pihak ialah kemelut politik Kedah diselesaikan segera bagi mengelakkan ia berpanjangan.

‘‘Jika semakin lama isu itu dibiarkan berlarutan, ia akan menimbulkan pelbagai fitnah dan spekulasi lain sehinggakan pihak istana pun akan diseret sama oleh pihak-pihak tertentu,’’ kata sumber itu.

-
Akibat Derhaka Suami Badan Busuk Sebelum Mati

Akibat Derhaka Suami Badan Busuk Sebelum Mati



Esah (bukan nama sebenar) adalah seorang guru agama yang disegani di kampung yang agak terpencil di daerah selatan semenanjung. Beliau alim dalam hal-hal agama. Setiap kali jika ada kelas yang dianjurkan di kampung, Esahlah yang diundang untuk mengajar kaum-kaum hawa tentang hukum-hakam yang patut diketahui oleh kaum hawa. Beliau tidak pernah meninggalkan solat dan itu diperakui oleh semua orang. Segala tunjuk ajar dan kata-kata nasihat darinya tidak dipandang remeh oleh orang kampung.

Ramai para wanita di kampung itu bercita-cita ingin menjadi sepertinya, wanita muslimin sejati dan isteri yang solehah. Beruntung sungguh si Leman (bukan nama sebenar) beristerikan Esah. Dalam pada itu, diwaktu yang sama, ramai yang tidak tahu bahawa Esah bukanlah seorang wanita dan isteri yang solehah sepertimana orang-orang kampung ketahui.

Sebenarnya Esah telah melakukan sesuatu yang jauh menyimpang dari apa yang beliau pelajari dan ajarkan. Sebenarnya dalam diam-diam beliau telah mengamalkan ilmu kebatinan untuk menundukkan suaminya. Leman yang kini jadi pak turut, menurut sahaja kemahuan Esah dan tidak berani membantah. Esah juga suka mengata, mengumpat keji serta berbohong dan ini telah diperakui sendiri oleh suaminya Leman yang telah menanggung sengsara akibat perbuatan isteri kesayangannya itu. Esah telah banyak menyusahkan orang lain dengan fitnahnya sehinggakan suasana yang baik menjadi sebaliknya.

Kahar, teman baik Leman adalah tempat untuk Leman meluahkan segala-galanya. Hanya Kahar yang tahu siapa Esah yang sebenarnya. Sesungguhnya Kahar amat bersimpati kepada nasib sahabatnya Leman tetapi apa yang boleh beliau lakukan. Hanya berdoa pada Tuhan agar Esah berubah. Tidak cukup dengan apa yang dilakukan kepada Leman, Esah juga telah berlaku curang kepada Leman dengan melakukan perbuatan terkutuk bersama lelaki lain.

Apabila beliau keluar, suaminya yang sakit telah diabaikan dan menyuruh ibunya memasak untuk Leman sedangkan beliau keluar rumah berpoya-poya. Suami mana yang tidak cemburu dan sakit hati bila melihat isterinya berkelakuan sebegitu. Esah sebenarnya sering bertemu dengan seorang lelaki berbangsa Inggeris dan melakukan perbuatan sumbang.

Sudah puas Leman bersabar di atas perbuatan isterinya itu, hingga pada suatu masa, Leman memberanikan diri menegur Esah. Apalagi, Esah terus melenting dan dijerkahnya Leman sehingga Leman tidak berani lagi bersuara. Leman sering kali tewas berdebat kerana Esah amat cekap menipu dan handal berhujah tentang ilmu agama. Akhirnya si suami tidak lagi berani menegur Esah kerana selalu kalah apabila bertikam lidah. Leman mengambil sikap berdiam diri dan berserah kepada Tuhan.

Perbuatan curang Esah berlarutan selama bertahun-tahun. Pada suatu hari, akibat derita yang tidak tertanggung oleh Leman, beliau ditakdirkan meninggal dunia. Sedikitpun Esah tidak merasa bersalah di atas kematian suaminya malah kelakuannya semakin menjadi-jadi. Orang kampung yang begitu memandang tinggi kepadanya, kini sudah berubah sejak kematian Leman. Orang kampung kini sedar siapa Esah sebenarnya. Namun, Esah tidak peduli semua itu. Beliau semakin berseronok-seronok dan berbangga dengan gaya hidupnya yang sesat itu. Esah merasakan hidupnya seperti di Syurga, khayal dengan nikmat dan kemewahan dunia.

Langit tidak selalu cerah, begitu juga dengan kehidupan Esah. Kegemilangan hidup Esah kian pudar, diwaktu Esah menjangkau usia 55 tahun, kesihatannya agak lemah sehingga beliau jatuh sakit. Lepas satu doktor ke satu doktor ditemui, namun tiada perubahan pada dirinya. Hendak meminta tolong orang kampung, malu pula. Lagipun semua orang kampung telah memulaukannya. Dosa-dosa yang dilakukan diwaktu mudanya tidak langsung terfikir oelh Esah. Beliau merasakan segala-galanya berlaku kerana faktor usianya yang kian meningkat. Tiada langsung keinsafan dalam dirinya.

Apalagi menziarahi kubur arwah suaminya Leman, langsung tidak pernah. Esah merasakan hidup ini adalah miliknya. Berkemungkinan Tuhan telah menutup pintu hatinya. Esah menderita sakit hampir sebulan lamanya. Akibat penderitaan yang ditanggung seorang diri di rumah usangnya itu, jiran-jiran dan saudara mara akhirnya bersimpati dan tidak putus-putus datang menziarahi berliau untuk menolong apa yang patut.

Setelah sekian lama kampung tidak dihebohkan tentang cerita-cerita sensasi Esah, kini kembali gawat. “Seminggu sebelum Esah meninggal dunia, keadaan diri Esah amat menderita dan keadaannya amat mengerikan”, cerita Kahar, 60 yang merupakan saksi pada peristiwa itu. Kahar sempat menziarahi Esah untuk beberapa waktu sebelum Esah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Seminggu sebelum Esah meninggal dunia, tubuh badan Esah sudahpun berbau busuk seperti bangkai yang sudah lama. Jika tidak mengenangkan sahabat lama tidak sanggup rasanya hendak saya menjenguknya. Jangan kata atas rumah, daripada bawah rumah sudah boleh menghidu bau busuk pahit itu”, kata Kahar.

“Saya sudah berpengalaman dalam menguruskan jenazah. Manusia itulah yang paling busuk dan busuknya amat pahit”, sambungnya lagi. Kebayakkan orang yang datang melawat Esah tidak sanggup mendekatinya keran tidak tahan dengan bau busuk itu. Semua pelawat terpaksa menutup hidung dengan sapu tangan dan selendang. Sampai ada juga yang muntah-muntah selepas terhidu bau itu.

“Saya perhatikan, punca bau busuk itu sebenarnya datang dari lendir yang keluar dari kemaluan Esah. Cecair itu keluar sedikit-sedikit tetapi tidak putus-putus”, cerita Kahar. Lendir yang keluar dari kemaluan Esah makin lama makin banyak sehinggakan melekat pada lantai, kain-kain dan sekitar badan Esah menyebabkan baunya hinggap merata-rata.

“Yang menghairankan waktu itu Esah masih bernyawa lagi, tapi baunya macam mayat yang diperam seminggu”, sambung Kahar dalam nada terharu. Orang yang hadir tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut lendir itu terkena pada badan mereka seterusnya bau akan melekat. Maka tiada sesiapapun yang berani mendekati Esah, hanya sekadar membaca surah Yassin dalam jarak jauh.

Dalam hari ke hari Esah tidak berubah, semakin lama semakin ramai orang kampung menziarahinya untuk melihat sendiri keadaan Esah yang begitu menyedihkan itu. Genap seminggu, keadaan Esah semakin teruk dan keadaannya amat mengerikan. Sewaktu nazak, kelakuannya sungguh luar biasa. Lidahnya terjelir-jelir seperti anjing kehausan dan melakukan perkara yang mengaibkan. “Apa yang saya dapat perhatikan, lidah Esah terjelir dengan amat panjang. Dengan lidahnya yang panjang itu, beliau menjilat-jilat ke lantai dan mengiau dengan mengerang seperti bunti kucing bergaduh”, cerita Kahar mengingati peristiwa yang tidak dapat dilupakannya sehingga kini. Penderitaan yang ditanggung Esah berpanjangan sebelum beliau menemui ajal.

“Esah meninggal dengan matanya celik dan lidahnya terjulur panjang, amat menyedihkan pada sesiapa yang melihat”, sambung Kahar lagi. Orang ramai berusaha untuk memasukkan semula lidah Esah yang terjulur keluar itu, namun hampa, mujurlah ada seorang hamba Allah yang pandai memasukkan kembali lidah Esah yang terjelir itu. “Alhamdullilah, dengan izin Allah lidah Esah berjaya diamsukkan semula. Jika tidak tentu malu keluarga Esah”, kata Kahar.

Disebabkan keaiban mayat Esah dan bau yang begitu busuk, tidak ada seorangpun orang kampung yang mahu menguruskan jenazah Esah. Jadi, daripada mengkafan hinggalah mengkebumikan mayat Esah, terpaksa dilakukan oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Begitu kisahnya seorang yang derhaka pada suami, suka bercakap dusta, pengetahuan agama yang tinggi telah diselewengkan mengikut kata nafsu yakni menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri dan mengecewakan orang lain dengan kelebihan ilmu agama yang dimilikinya.

Tuhan Maha Kaya. Sewaktu di dunia lagi Tuhan sudah tunjuk pada kita. Peristiwa yang berlaku pada Esah ini boleh dijadikan iktibar dan teladan bagi kita yang masih hidup ini. Semoga kehinaan yang menimpa beliau menjadi peringkatan pada kita umat Islam.

- http://www.harmoni-my.org/
Kapal Pengasas Microsoft Rosakkan Terumbu Karang

Kapal Pengasas Microsoft Rosakkan Terumbu Karang


LONDON, 30 Jan — Kapal agam lagi mewah milik pengasas bersama syarikat gergasi perisian Microsoft meredah kawasan sensitif perairan kepulauan Cayman, memusnahkan sebahagian besar ekosistem perlindungan terumbu karang di situ.

Kapal MV Tatoosh sepanjang 300 kaki milik hartawan dan pendukung pemuliharaan alam sekitar Paul Allen merosakkan 14,000 kaki persegi terumbu karang di West Bay, lapor portal The Guardian kelmarin.

Kira-kira 80 peratus terumbu karang yang terletak di kawasan perlindungan itu dimusnahkan oleh rantai kapal. Difahamkan Allen tidak ada di atas kapal ketika kejadian.

Menurut kenyataan firma pelaburannya Vulcan, insiden itu berlaku pada 14 Januari lalu.

“Apabila anak kapal dimaklumkan oleh seorang penyelam yang rantai sauhnya terkena kawasan terumbu, mereka dengan segera mengubah kedudukan bagi memastikan kawasan itu dilindungi,” kenyataan itu dipetik.

Anak kapal MV Tatoosh turut membantu dalam siasatan akibat kerosakan tersebut, kata Vulcan lagi.

Insiden itu memalukan Allen kerana yayasannya selama ini menyokong pemuliharaan hidupan laut dan mengawal penangkapan ikan berlebihan.


Dengan kerosakan itu, beliau boleh didenda sehingga US$600,000 (RM2.4 juta) walaupun jumlah itu agak kecil berbanding kekayaannya yang dianggarkan US$17.4 bilion (RM72 bilion).

Dalam beberapa tahun ini, Pulau Cayman berdepan masalah dengan kapal-kapal besar.

Syarikat Carnival Cruise menyumbang sejumlah derma setelah sebuah kapalnya merosakkan sebahagian pelabuhan George Town pada 2014.

Tahun lepas, sebahagian besar terumbu karang di pulau ini dirosakkan kapal Zenith, milik syarikat pelayaran Pullmantur, tetapi tiada denda dikenakan dan tiada derma dihulurkan.

Jurucakap jabatan alam sekitar Pulau Cayman berkata pihaknya “belajar daripada pengalaman tersebut supaya dapat membuat langkah pencegahan yang lebih berkesan semasa menerima kunjungan kapal pelawat.”


Orang Tak Jemput Nak Datang Mesyuarat Dasar Muka Tebal

Orang Tak Jemput Nak Datang Mesyuarat Dasar Muka Tebal


Kebodohan apa yang cuba ditunjukkan oleh bekas ahli Umno,Anina Saadudin sehingga mengeluarkan kata-kata Umno 'biadap' bagi mengambarkan betapa Umno parti yang tidak molek dimata rakyat.

Orang tak jemput nak datang buat apa?buat malu atau Mukhriz sengaja datang untuk menimbulkan pertikaian dikalangan jahiliyah Umno yang setia dengan dia.

Orang tak jemput tapi dengan mukal tebal datang nak mesyuarat,lepas itu kuncu-kuncu bebal kata pula layanan Umno kepada Mukhriz bersifat biadap.

Kalau orang lain pastinya tidak akan datang,tapi Mukhriz sengaja datang  untuk cipta masalah atau mencari simpati.

Kan kerja bodoh tu...
Hanya Satu Nama Calon MB Baru Kedah

Hanya Satu Nama Calon MB Baru Kedah



PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak telah membayangkan bahawa krisis politik dalam isu Menteri Besar Kedah hampir menemui jalan penyelesaian selepas beliau mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Perdana Menteri berkata beliau telah mengemukakan cadangan Umno, dan pengumuman rasmi berhubung isu Menteri Besar akan dibuat dalam masa terdekat.

Selebihnya, Najib yang juga Presiden Umno ketika bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang Jumaat, tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenai perkara itu.

Tetapi sumber dalaman parti berkata, beliau memberi jaminan dalam mesyuarat tertutup bahawa 'semuanya akan selesai'.

Sumber dalaman itu berkata beliau telah memberitahu ahli-ahli MT bahawa hanya tinggal beberapa perkara untuk dilakukan dan penyelesaian akan dicapai 'tidak lama lagi'.


Difahamkan bahawa pertemuan Najib dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah awal hari Jumaat berjalan lancar dan hanya satu nama telah dibentangkan.

Nama yang dicadangkan itu dipercayai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga senator dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Difahamkan, jemaah itu juga telah meminta surat rasmi mengenai status Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Umno.

Turut difahamkan, Mukhriz telah dipanggil untuk mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada pukul 4 petang Jumaat tetapi pembantunya berkata beliau berada di kediamannya di Bukit Tunku.

Penyelesaian akhir terhadap krisis ini kelihatan rumit apabila Mukhriz masih berdegil dan enggan berundur.

Beliau telah menimbulkan kekecohan di Pusat Dagangan Dunia Putra apabila hadir dan cuba untuk masuk ke mesyuarat MT.

Beliau tiba kira-kira jam 3 petang dan menuju ke bilik mesyuarat di mana beliau pada mulanya mengambil tempat duduk tetapi akhirnya meninggalkan mesyuarat.

"Mereka kata sesiapa yang hadir tetapi tidak dijemput perlu keluar, tetapi ia ditujukan kepada saya," katanya kepada pemberita.

Mukhriz bukanlah seorang ahli Majlis Tertinggi yang dipilih atau dilantik dan beliau hanya boleh hadir jika terdapat jemputan rasmi.

Ketika ditemui selepas solat Jumaat di Masjid Negara, beliau berkata tidak menerima apa-apa maklumat bahawa penggantinya akan mengangkat sumpah minggu depan.

"Saya tak boleh komen. Sumber anda ragu-ragu," katanya.

Orang-orangnya masih menggerakkan penyokong di Kedah untuk mengadakan demonstrasi menuntut supaya beliau kekal. Terdapat bantahan daripada kira-kira 20 orang penyokongnya pada Jumaat di hadapan pusat khidmat Adun Bakar Bata, di Alor Setar.


Mereka datang dengan sepanduk panjang mengisytiharkan sokongan untuk Mukhriz dan menyatakan bantahan terhadap Ahmad Bashah tetapi bantahan itu hanya bertahan selama kira-kira 15 minit.

Sumber di Kedah berkata, Najib telah menawarkan Mukhriz langkah perdamaian dalam bentuk jawatan lain apabila mereka bertemu di Langkawi hujung minggu lalu.

Perdana Menteri telah menjelaskan kepada Mukhriz bahawa sukar untuk beliau meneruskan tugas sebagai Menteri Besar jika parti itu tidak menyokong beliau. Tetapi Mukhriz dikatakan telah menolaknya.
Reunion Runtuhnya Rumahtangga Salih Yaakob

Reunion Runtuhnya Rumahtangga Salih Yaakob


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Pertemuan semula rakan-rakan sekolah atau reunion dan kewujudan media sosial seperti Facebook kini menjadi virus utama dalam memporak-perandakan kehidupan pasangan berumahtangga.

Kenyataan tersebut diakui oleh pelawak Salih Yaakob, 55, yang menjadikan itu sebagai punca utama kenapa dia bercerai dengan isteri keduanya, Nor Raha Hamad, 47, pada September tahun lalu.

“Zaman Facebook, zaman khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, orang suka sangat anjurkan sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah. Mula-mula seronok sebab dapat imbau semula kenangan zaman sekolah, lelaki dan perempuan. Akhirnya, boleh jadi suka semula dengan kawan lama kita.

“Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah. Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia,” jelas Salih kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak menafikan wujudnya orang ketiga dalam perceraian itu, menurut Salih, bekas isterinya itu telah berkahwin dengan lelaki tersebut sebaik sahaja tempoh edah berakhir pada penghujung 2015.

“Dia mula berubah sikap selepas bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa reunion dan ketika itu dia memberitahu yang dia sudah tawar hati dan mohon untuk dilepaskan. Oleh kerana hormat akan permintaan dia, maka saya menceraikan dia secara baik. Saya reda melepaskan dia kerana itu yang dia pilih. Pada usia 47 tahun, dia minta cerai dan saya perlu tunaikan kerana tidak mahu berdosa,” katanya.

Dalam pada itu, bapa kepada 13 orang anak ini berkata, dia sangat yakin akan ada hikmah di sebalik segala yang terjadi dalam kehidupannya dan isteri-isteri yang lain.

Menyifatkan kehidupannya dengan tiga isteri lain ketika ini berlangsung dalam suasana ‘tenang-tenang’ sahaja, Salih seakan tidak selesa ketika ditanya, adakah dia akan berkahwin seorang lagi bagi melengkapkan kuota perkahwinan empat seperti sebelum ini.

“Saya percaya, tentu ada sebab mengapa Allah mengaturkan perkara ini. Sebagai hamba Allah, kita perlu percaya dan menerimanya dengan yakin. Tak perlulah kita menghukum mana-mana pihak di sebalik perkara ini.

“Mengenai berkahwin lagi, benda ini tidak boleh diatur-atur atau dirancang. Saya tidak ada jawapan untuk soalan itu kerana saya tidak boleh meramalkan apa yang bakal terjadi pada masa depan, kita terima sahaja bahagian masing-masing yang sudah ditentukan oleh Allah,” katanya.

Tiga isteri yang masih setia dengan Salih ketika ini ialah Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali (30).

Hasil perkahwinan Salih dan Nor Raha, dikurniakan lima anak berumur antara 13 hingga 22 tahun, selain dua yang masih bersekolah.

- Utusan

Jumaat, 29 Januari 2016

30 April PRN Sarawak

30 April PRN Sarawak






KUCHING 29 Jan. - Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan kemungkinan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak akan diadakan pada 30 April ini.


Beliau berkata, tarikh penamaan calon pula diadakan pada 18 April.


“Selepas pengumuman tarikh ini, saya harap tiada lagi spekulasi bila PRN-11 akan diadakan.

“Saya mahukan pada pilihan raya kali ini, kita akan memperoleh majoriti besar dengan kesemua 40 kerusi diwakili oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memperoleh semua kemenangan,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Seminar PRN Ke-11 Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE

-
Annuar Musa Ketua Penerangan Baru Umno

Annuar Musa Ketua Penerangan Baru Umno


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Jumaat melantik Ketua Umno Bahagian Ketereh , Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Penerangan Umno yang baru bagi menggantikan  Datuk Ahmad Maslan yang diberikan mandat sebagai Pengerusi Biro IT.

Selain itu, Ahmad turut dilantik sebagai ahli MT bagi mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini pernah ditawarkan kepada Ustaz Kazim Elias.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi Biro Daftar Pemilih dan Keanggotaan parti manakala Datuk Johari Abdul Ghani (Ahli Parlimen Titiwangsa) sebagai Pengerusi Biro Ekonomi.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Ahli Parlimen Kepala Batas) pula menjadi Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara Umno.

Ahli Parlimen Muar, Datuk Mohd Razali Ibrahim diberi tanggungjawab menerajui Biro Institusi Pengajian Tinggi Swasta manakala Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Ahli Parlimen Lenggong) pula menjadi Pengerusi Biro Kebajikan.

Berikut merupakan pelantikan baru dalam parti tersebut:

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih:

Penyandang - Datuk Seri Shafie Apdal

Pengganti - Datuk Seri Azeez Rahim



Pengerusi Biro Kebajikan:

Penyandang - Datuk Seri Azeez Rahim

Pengganti - Datuk Samsul Anuar Nasarah



Pengerusi Biro IPTS ( biro baru):

Datuk Razali Ibrahim


Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara:

Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican


Pengerusi Biro Ekonomi Umno:

Datuk Johari Ghani
Mukhriz Tidak Dibenarkan Mesyuarat MT Hari Ini

Mukhriz Tidak Dibenarkan Mesyuarat MT Hari Ini

KUALA LUMPUR 29 Jan. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meninggalkan Menara Dato Onn selepas tidak dibenarkan menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebentar tadi.

Ketika ditemui di lobi bangunan itu, beliau memaklumkan arahan tersebut dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Sesiapa yang tidak dijemput diminta beredar, tetapi semua itu ditujukan kepada saya seorang.
“Ada arahan daripada Setiausaha Agung,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Mukhriz Tidak Tahu MB Baharu Kedah

Mukhriz Tidak Tahu MB Baharu Kedah



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak menerima apa-apa berita bahawa seorang menteri besar baharu di Kedah akan mengangkat sumpah minggu depan.

Apabila ditanya oleh pemberita di luar Masjid Negara jika beliau mempunyai sebarang komen mengenai khabar angin bahawa penggantinya akan mengangkat sumpah pada Isnin ini, Menteri Besar Kedah itu berkata, beliau 'tidak menerima maklumat seperti itu'.

"Saya tak boleh komen. Sumber anda adalah ragu-ragu," katanya.

Difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk menukar menteri besar di Kedah ketika mengadap baginda pada Rabu.

Bagaimanapun, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipercayai ragu-ragu dengan calon menteri besar baharu yang dicadangkan Perdana Menteri.

Setelah persetujuan diberikan, majlis angkat sumpah menteri besar baharu dikatakan mungkin berlaku pada Isnin ini.
Buaya Sepanjang 15 Kaki Sesat

Buaya Sepanjang 15 Kaki Sesat



SRI AMAN: Seekor buaya sepanjang 15 kaki dipercayai sesat dan terperangkap ditemukan di sebuah parit di Kampung Tawang Hulu,Tanjung Bijat, dekat sini semalam. Seorang penduduk berkata, dia terkejut menemukan buaya tersebut yang sesat lalu terperangkap dalam sebuah parit berdekatan kampung itu kira-kira pukul 5 petang. "Pada mulanya takut juga melihat buaya itu, tetapi kami memberanikan diri untuk mendekatinya.

"Kami percaya bahawa buaya tersebut yang telah muncul dan menggemparkan penduduk malam kelmarin yang merangkak di atas jalan raya berdekatan rumah panjang Mancha,Tawang Hulu. “Sejurus selepas itu, kami menghubungi pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Sri Aman dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk menangkap buaya tersebut," katanya. Dalam pada itu, Pegawai Bomba, James Salang Nicholas berkata, buaya berukuran kira-kira 15 kaki panjang itu ditangkap pada jam 7 malam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.22 petang dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dikerah ke tempat kejadian. "Kami mendapat bantuan pegawai dari agensi lain termasuk empat dari Jabatan Hutan Sarawak (SFC), tiga dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan dua anggota polis. "Buaya itu diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak dan akan dihantar ke Santuari Hidupan Liar Semenggoh untuk pemuliharaan," katanya.

Kehadiran buaya itu disedari penduduk kampung kira-kira jam 9.30 malam kelmarin apabila reptilia itu merangkak di atas jalan raya.

Kejadian itu mencetuskan suasana gempar apabila ramai penduduk keluar untuk melihat reptilia ganas itu.Buaya itu kemudiannya melarikan diri ke kawasan semak sebelum menghala ke arah sungai Batang Lupar.

Bagaimanapun, petang semalam penduduk ternampak buaya itu dalam parit dan menghubungi pihak berkuasa untuk menangkapnya.
utusansarawakonline.com


Serpihan Logam Ditemui Di Besut,Mungkinkah Milik MH370

Serpihan Logam Ditemui Di Besut,Mungkinkah Milik MH370


Penduduk Kampung Beting Lintang, dekat sini gempar dengan penemuan satu objek didakwa serpihan bangkai pesawat di pantai Beting Lintang dekat Kampung Raja di sini petang kelmarin.

Difahamkan serpihan bangkai pesawat itu dijumpai seorang tukang rumah ketika sedang berjalan di situ bersama anaknya.

Penemuan serpihan itu sekali gus menimbulkan spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu.

Lelaki yang menemui serpihan itu, Zakaria Muhammad, 26, ketika ditemui berkata, ketika menemui serpihan logam besar itu tidak terlintas dalam fikirannya ia adalah bangkai pesawat MH370 yang hilang dua tahun lepas.

”Bagaimanapun, setelah merapati objek sebesar kira-kira dua meter panjang di samping melihat akan bentuk dan warnanya, baharulah terlintas ia mungkin ada kaitan dengan pesawat (MH370) yang hilang sebelum ini.
“Apabila saya menariknya keluar dari air, saya bertambah yakin dan dapati objek itu merupakan kepingan logam tahan karat aluminium,” katanya kepada Bernama.

Zakaria berkata terdapat beberapa individu dipercayai terlibat dalam bidang penerbangan telah datang melihat serpihan itu semalam dan mereka mendakwa serpihan berkenaan dipercayai sebahagian daripada enjin pesawat.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah diketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penemuan objek yang didakwa serpihan pesawat berkenaan.

Menurut Khaled, pihaknya telah menghantar anggotanya ke lokasi itu untuk memeriksa dan mengawal objek berkenaan dan ia akan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini secepat mungkin.

“Kami belum dapat sahkan apakah serpihan logam itu yang sebenarnya tetapi dakwaan mengatakan ia menyerupai bahagian enjin pesawat,” kata Khaled lagi. — Bernama
-Malay Mail

Khamis, 28 Januari 2016

GST Stabilkan Ekonomi Negara

GST Stabilkan Ekonomi Negara


Keadaan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan amat stabil dan antara faktor penyumbang ialah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pihak kastam berjaya mengutip hasil lebih RM51 bilion sejak pelaksanaan GST, berbanding kutipan RM37.2 bilion pada 2014 tanpa GST.

Beliau menyifatkan pertambahan kutipan itu sebagai cukup luar biasa dan lebih tinggi daripada jangkaan asal yang membolehkan kerajaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia pada masa ini.

Berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia ke-34 di sini hari ini, Najib berkata kerajaan masih mampu menyediakan pelbagai kemudahan termasuk biasiswa dan bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sebalik kejatuhan harga minyak mentah dunia kini.

"GST bukanlah untuk menyusahkan rakyat, GST (adalah) penyelamat rakyat.

Dengan keadaan harga minyak jatuh kepada sekitar US$30 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam, tidak ada seorangpun yang kita berhentikan termasuk pegawai lantikan kontrak," katanya.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.

Najib menarik perhatian bahawa sekiranya ekonomi negara tidak stabil, ia boleh menimbulkan rusuhan dan pergaduhan yang membawa kemudaratan kepada negara.

Menurutnya, pelaksanaan GST di Malaysia boleh dianggap kejayaan yang boleh dibanggakan walaupun dicemuh pelbagai pihak.

"Dalam pelaksanaan GST, kita tidak terlepas daripada pelbagai kritikan dan pelbagai pandangan yang tidak menyenangkan hati terutama dalam kalangan pembayar cukai.

"Namun, dalam konteks apa yang dilalui oleh negara lain, pelaksanaan GST di Malaysia boleh dianggap sebagai satu kejayaan yang boleh kita banggakan," katanya.

Perdana Menteri menzahirkan penghargaan dan menganggap pihak kastam sebagai wira negara kerana menjayakan pelaksanaan sistem kutipan GST ke arah menegakkan kestabilan ekonomi negara.

"Saya berharap momentum yang kita usahakan ini dapat diteruskan, perkasakan jentera organisasi kita, teruskan usaha mengukuhkan keupayaan dari segi kemampuan sebagai warga kastam mahupun dari segi penggunaan sistem dan teknologi yang lebih canggih," katanya.

Dalam pada itu, Najib meminta pihak kastam mengenal pasti ancaman baharu terhadap keselamatan negara.

Beliau berkata selain membantu ekonomi negara, kastam perlu turut memastikan ancaman keselamatan, pemerdagangan manusia dan aktiviti penyeludupan tidak menjejaskan negara ini.

"Tugas dan tanggungjawab kastam telah berubah, kita sudahpun melalui zaman menentang komunis, melalui zaman tembok Berlin runtuh.

"Kita sekarang meniti era di mana segala-galanya mencabar, lebih rumit dan jauh lebih mencabar daripada era yang lain," katanya.

Rabu, 27 Januari 2016

Kenapa Nombor I C Yang Terdapat 01 Dihujung ,Lesen L Kena Bayar RM42 ?

Kenapa Nombor I C Yang Terdapat 01 Dihujung ,Lesen L Kena Bayar RM42 ?




Selamat petang...warga fb...dan..rakan...disini..
saya ingin berkongsi cerita saya...pada petang tadi...pada jam kira...4.30 petang...saya pergi pejabat pos...untuk memperbaharui 'L"..motosikal...saya..apabila saya b'tanya...berapa perlu saya bayar untuk tempoh 6 bulan...kaunter tersebut..bagitau saya...kena bayar sbnyak...Rm..42.10...saya agak terkejut sedikit...sebab...'L" motosikal yg terdahulu...saya cuma bayar Rm 4 ringgit...untuk tempoh 6 bulan...dan bila saya tanya kenapa...? penjaga kaunter memberitahu saya...dalam sistem komputer...atas no...I.C..saya...memang saya kena bayar..Rm 42.10...sebab saya bukan warganegara...saya pun bagitau...saya warganegara MALAYSIA...dia minta saya tunjukan I.C...dan apabila saya tunjukan..I.C...dia bagitau saya lagi......"JPJ sudah tukar sistem pada awal tahun ini"...dan bila lihat I.C saya pada bahagian belakang...dia cakap..."nombor yg terdapat pada hujung"...I.C....01..memang kena caj...harga lain......saya harap kepada rakan fb yg tahu...tolong bagi info...apa makna nombor yg terdapat pada hujung I.C......01..

Rujuk Sumber

http://1ndb.blogspot.my/2016/01/sila-semak-kad-pengenalan-anda-nombor.html





VIDEO-SPRM Dapati Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan PM

VIDEO-SPRM Dapati Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan PM



jabatan Peguam Negara berpuas hati bahawa tiada kesalahan jenayah dilaku- kan oleh Perdana Menteri, Da- tuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang di- kemukakan Suruhanjaya Pen- cegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata sehubungan itu beliau sudah mengarahkan ketiga-tiga ker­tas siasatan berkenaan ditutup.
RM1.6 Juta Disamun 10 Lelaki

RM1.6 Juta Disamun 10 Lelaki



Kumpulan 10 lelaki menyamun wang tunai RM1.6 juta dari seorang kakitangan sebuah kedai barang kemas selepas melanggar motosikal ditunggang oleh pengawal peribadi yang mengiringi kakitangan terbabit ke se­buah bank, di sini semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi di Jalan Klang Lama itu, ka­kitangan terbabit dan pengawal yang ditugaskan oleh syarikat barang kemas berkenaan untuk mengiringi kakitangan itu, menaiki motosikal berasingan ke sebuah bank di Taman Desa untuk menyimpan wang hasil jualan barang kemas pada Jumaat lalu.

Dilanggar tiga kali
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor, berkata ketika dalam peijalanan, moto­sikal ditunggang pengawal pe­ribadi itu dilaporkan dilanggar sebanyak tiga kali hingga mangsa teijatuh.

"Melihat lelaki itu teijatuh, mangsa berpatah balik sebelum dikepung sekumpulan 10 suspek dlpercayai warga tempatan yang turut mengacukan sepucuk pistol dan sebilah pisau Rambo. Suspek kemudian merampas beg galas kakita- ngan itu yang mengandungi wang tunai sebelum melarikan diri," katanya.

Shahrul berkata, polis kemudian menemui kereta Proton Wira, dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu yang ditinggalkan di Jalan Kuchai Lama, di sini, tidak lama selepas kejadian.

"Setakat ini, polis masih men- jalankan siasatan untuk mengesan suspek berdasarkan maklumat yang diberikan mangsa dan saksi," katanya sambil meminta saksi atau mereka yang mempunyai maklumat mengenai jenayah berkenaan agar menghubungi Rakan Cop Polis KL di talian 03-21159999.
Kebimbangan TPPA Diperjelaskan Kepada Rakyat

Kebimbangan TPPA Diperjelaskan Kepada Rakyat


Beberapa isu yang mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dijelaskan pada pembentangan usul mengenai perjanjian itu pada mesyuarat khas Dewan Rakyat, semalam.

Penjelasan dilakukan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Berikut penjelasan Mustapa mengenai isu berkenaan.
Harga ubat

TPPA tidak akan menyebabkan kenaikan harga ubat kerana Malaysia mengekalkan dasar patent sedia ada. Bagaimanapun, ada pelbagai faktoryang menentukan harga ubat seperti kadar pertukaran mata wang, kos penyelidikan dan tempoh masa pengujian klinikal.

Hasil rundingan TPPA mengekalkan dasar paten sedia
ada seperti berikut:

Undang-undang Malaysia memperuntukkan perlindungan paten selama 20 tahun dan ia kekal dalam TPPA, kon- sisten dengan terma di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Tempoh perlindungan pa­ten akan dilanjutkan jika berlaku kelewatan tanpa sebab munasabah. Amalan sedia ada bagi kelulusan pemasaran adalah efisien dan mengambil masa kurang daripada 245 hari. Memandangkan tempoh 245 hari tidak dianggap ke­lewatan tidak munasabah untuk kelulusan pemasaran, ma- ka tempoh itu kekal 20 tahun.

Bagi ubat-ubatan biologik (bukan kimia).Syarika farmaseutikal bo- leh mendaftarkan data ujian ubatan untuk mendapat per­lindungan lima tahun menerusi proses perlindungan data farmaseutikal yang berkuat kuasa sejak tahun 2011.

Kerajaan bersetuju memberi tempoh perlindungan bagi produk ubatan biologik.

Penyelesaian Pertikaian Pelabur Negara (ISDS)

ISDS, atau mekanisme penye­lesaian pertikaian antara pelabur dengan kerajaan bukan perkara baharu.

Setakat ini, negara menandatangani 74 peijanjian pelaburan dua hala dan lapan Peijanjian Perda­gangan Bebas (FTA) mengandungi mekanisme ISDS.

ISDS tidak menyekat hak kerajaan untuk mengawal selia perkara berkaitan kesihatan awam, keselamatan dan alam sekitar. ISDS juga bertujuan melindungi pelabur kita di negara yang mempunyai perjanjian pela- buran dengan Malaysia.

Memandangkan ada kegusaran dan kelemahan dalam mekanisme ISDS sedia ada, beberapa penambahbaikan bagi proses ISDS dirundingkan da­lam TPPA. Penambahbaikan ini termasuk mewajibkan proses rundingan sebelum dibincangkan di tribunal antarabangsa.

Interpretasi peruntukan TPPA ditentukan negara ahli TPPA melalui Suruhanjaya TPPA, dan tribunal wajib mengikut interpretasi ini.

Di samping itu, tuntutan tidak munasabah tidak dibenarkan. Tempoh masa pelabur membawa kes terhadap kerajaan terhad kepada tiga tahun enam bulan.

Kebanjiran pekerja asing
Obligasi di bawah Bab Buruh bertujuan mempertingkatkan standard perburuhan sedia ada ketahap lebih tinggi, seperti memberi kebebasan menubuhkan kesatuan pekerja, rundingan seeara bersama,penghapusan buruh paksa, buruh di bawah umur dan diskriminasi di tempat keira, penetapan gaji minimum, waktu bekerja serta aspek keselamatan dan kesihatan pekeijaan.

TPPA tidak akan mengubah dasar kemasukan pekerja asing. Pekeija asing mahupun pekerja mahir masih tertakluk syarat domestik jika mereka ingin bekerja di Malaysia.

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)
Ramai bimbang PKS tidak dapat bersaing di bawah TPPA. Hakikatnya di bawah FTA sedia ada, pasaran negara terbuka, di mana duti import ke atas lebih daripada 90 peratus produk yang masuk ke Ma­laysia sudah dimansuhkan. PKS diutamakan dalam TPPA, di mana satu Bab Khusus di- wujudkan yang mana usaha bersama semua ahli TPPA akan diadakan untuk membina upaya PKS.

Ketika ini, 18 peratus PKS di Malaysia terbabit dalam pa­saran eksport. TPPA akan membuka peluang lebih besar serta faedah kepada PKS seperti berikut:

Meningkat eksport melalui akses pasaran baharu yang luas dalam kalangan ahli TPPA terutama pasaran ahli baharu, iaitu Mexico, Kanada, Peru dan Amerika Syarikat.

Mengurangkan kos operasi memandangkan kos import bahan mentah lebih rendah akibat pengurangan duti import.

Dari aspek perolehan kerajaan:

Keutamaan syarikat Bumiputera dan PKS dikekalkan.
Pembekal PKS berpeluang memasuki pasaran perolehan kerajaan luar negeri.
Penjajahan semula

Adalah tidak benar TPPA akan mengakibatkan penjajahan se­mula di Malaysia. Pelaburan Malaysia di luar negara kira- kira RM600 bilion, melebihi pe­laburan asing di negara kita sebanyak RM500 bilion (suku ketiga 2015). Kehadiran syari­kat dan profesional Malaysia di luar negara tidak bermakna kita menjajah negara itu. Pe­laburan asing penting untuk Malaysia, terutama pelaburan berintensifkan modal serta berteknologi tinggi dan dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi.

Hak cipta dan buku rujukan pelajar universiti
Ada kebimbangan pelajar uni­versiti bahawa tempoh hak cip­ta akan dipanjangkan di bawah TPPA daripada 50 tahun kepada 70 tahun dan akan mengaki­batkan peningkatan dalam kos kepada pelajar universiti. Namun, ada beberapa pengecualian bagi tujuan pengajaran, penyelidikan, akses maklumat oleh individu yang ada kesukaran penglihatan, atau lain-lain tujuan seumpama.

-Berita Harian
Pembantu Taska Agama Dipenjara Sokong Pengganas

Pembantu Taska Agama Dipenjara Sokong Pengganas



Seorang pembantu taska agama dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Paduka Azman Abdullah memerintahkan tertuduh Amir Azlan Zainudin, 50, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 13 Oktober 2014.

Azman berkata selain mengambil kira faktor umur, pengakuan dan keinsafan tertuduh, mahkamah turut mempertimbangkan faktor kepentingan awam yang mengutuk aktiviti keganasan.

"Ini (keganasan) adalah satu fenomena yang meletakkan negara (Malaysia) dan seluruh dunia dalam keadaan berjaga-jaga, rakyat juga menjadi resah.

"Tertuduh mempunyai tanggungjawab terhadap anak dan sepatutnya menumpukan kepada tanggungjawab untuk membesarkan anak dan tidak sepatutnya ke luar negara," katanya.

Hakim menasihatkan Amir Azlan supaya menganggap tangkapan terhadapnya sebagai hikmah dan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Amir Azlan didakwa cuba memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS dengan cara membeli tiket penerbangan pesawat Emirates dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki, untuk memasuki Syria melalui Istanbul bagi manfaat kumpulan pengganas itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Hakim Sdn Bhd, Jalan Zikron E7/E, Seksyen 7, Shah Alam pada 10.50 malam, 13 Oktober 2014, mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Mengikut fakta kes, bapa kepada empat orang anak itu telah mengenali individu bernama Along atau Azim yang telah memperkenalkan kumpulan pengganas IS kepada tertuduh dan ahli keluarganya serta video IS mengenai khutbah yang disampaikan oleh Abu Bakar Al-Bagdadi itu telah ditonton oleh tertuduh dan keluarganya di rumah tertuduh.

Pada Ogos 2014, tertuduh bersama ahli keluarga yang lain mula mencari video-video lain mengenai IS di laman sesawang YouTube dan telah ditonton bersama-sama isteri tertuduh.

Pasangan itu berbincang untuk meninggalkan Malaysia dan ingin menetap di sebuah negara Islam yang mengamalkan sistem kekhalifahan iaitu sistem yang berlandaskan syariat Islam.

Pada 26 September 2014, tertuduh telah membeli tiket penerbangan secara dalam talian untuk perjalanan pada 15 Oktober 2014 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Dubai dan 16 Okt 2014 pukul 11.20 pagi dari Dubai ke Istanbul serta tiket perjalanan pulang pada 31 Oktober 2014.

Amir Azlan kemudiannya ditangkap bersama-sama beberapa individu semasa mengadakan perjumpaan di Restoran Hakim Sdn Bhd.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal Abu Hassan memohon mahkamah agar memberikan hukuman yang setimpal agar ia dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat.

Peguam K F Wong yang mewakili Amir Azlan berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia telah insaf dengan perbuatannya itu kerana telah memberi kesan terhadap keluarga.

"Tertuduh telah berada dalam tahanan sejak setahun yang lepas, tertuduh juga telah menjalani sesi kaunseling sepanjang dia ditahan dan berasa insaf dengan perbuatannya, sepanjang penahanannya anak sulung kepada tertuduh telah mengambil alih tanggungjawab keluarga," katanya.

Selasa, 26 Januari 2016

Kedudukan MB Kedah Ditentukan Tiga Hari Lagi

Kedudukan MB Kedah Ditentukan Tiga Hari Lagi



SUNGAI PETANI: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mungkin akan diberikan jawatan baharu sekiranya beliau digugurkan sebagai Menteri Besar, kata exco Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Tajul Urus yang merupakan Ahli Undangan Negeri (Adun) Tanjung Dawai dan Ketua Umno Bahagian Merbok berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan membiarkan Mukhriz terus tersisih.


Menurut Tajul Urus, keputusan untuk menggantikan Mukhriz itu bukan bermakna sebagai satu hukuman tetapi memberinya peluang lebih baik.

"Menteri Besar baharu telah dikenal pasti.

"Beliau merupakan ahli politik berpengalaman dan pemimpin yang dihormati," katanya kepada pemberita di Semeling dekat sini, Isnin.

Tajul Urus berkata, beliau percaya akan ada perubahan dalam Menteri Besar, dalam tempoh tiga hari akan datang.

Walaupun nama beliau telah disebut-sebut sebagai kemungkinan menjadi Menteri Besar, Tajul Urus berkata, beliau tidak mahu memegang jawatan itu.

"Sama ada calon berpendidikan tinggi atau tidak, ia bukan menjadi masalah memandangkan dia (bakal MB) akan dibantu oleh anggota exco negeri yang mahir dalam bidang masing-masing," katanya.


Najib Pulang Balik Wang Derma Kepada Penderma Arab Saudi

Najib Pulang Balik Wang Derma Kepada Penderma Arab Saudi



PUTRAJAYA 26 Jan. - Dana AS$620 juta (RM2.03 bilion) daripada RM2.6 bilion telah dipulangkan kembali oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, keterangan saksi yang dirakam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dana itu merupakan sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Arab Saudi kepada Najib dan diberikan tanpa apa-apa balasan.

“Saya berpuas hati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Peguam Negara hari ini. - UTUSAN ONLINE
TPPA Beri Kesan Baik Kepada Ekonomi Negara

TPPA Beri Kesan Baik Kepada Ekonomi Negara



KUALA LUMPUR 26 Jan. - Kerajaan yakin Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan memberi kesan positif jangka panjang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kajian terperinci menunjukkan Malaysia dapat meraih kebaikan dengan menyertai TPPA dan pasti ketinggalan sekiranya tidak menyertai pakatan perdagangan terbesar itu.

"Ramai mungkin tak nampak faedahnya hari ini tapi saya bimbang ekonomi negara-negara jiran lain yang menyertai TPPA akan menjadi lebih mantap sekiranya kita memilih untuk tidak menyertai TPPA," katanya ketika membentangkan usul mengenai TPPA di persidangan khas Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menghadiri sidang khas dua hari itu bermula hari ini. - BERNAMA

Mukhriz Pernah Tolak Tawaran Najib

Mukhriz Pernah Tolak Tawaran Najib



Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendedahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pernah menolak tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, sekiranya Mukhriz menerima tawaran Najib menyertai Kabinet, beliau mungkin terhindar daripada kontroversi politik yang melanda sekarang ini.

Menceritakan dengan lebih lanjut, Rahim berkata, beliau bersama Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Salleh pernah menjadi 'pendamai' antara Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Salah satu inisiatif adalah menawarkan Datuk Seri Mukhriz satu jawatan Kabinet pada rombakan yang lalu.

"Apabila Tun Mahathir tanya kenapa perlu ubah kedudukan anaknya dari jawatan Menteri Besar Kedah, saya menjelaskan bahawa Najib yakin bahawa kedudukan Mukhriz terancam kerana ramai pemimpin Umno Kedah yang menolak beliau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata, Tun Mahathir meminta beliau berumpa Mukhriz untuk menyampaikan tawaran Najib itu dan beliau mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh anaknya.

"Malangnya Mukhriz menolak tawaran Najib. Saya kesal hingga sekarang sebab penolakan ini punca kegagalan inisiatif yang dibuat oleh saya dan Fatmi untuk mendamaikan Najib dan Tun Mahathir," katanya.

Beliau yakin sekirahya, tawaran itu diterima, Mukhriz bukan sahaja terhindar daripada kontroversi politik yang melanda Kedah sekarang, malah hubungan baik Najib dan Tun Mahathir mungkin menjadi realiti historik kepada perpaduan Melayu dan Umno.

"Semoga Allah izinkan peluang kedua menjelma," katanya.

-Sinar Harian

Ahad, 24 Januari 2016

Rumah Terbakar UMNO Bina Baru

Rumah Terbakar UMNO Bina Baru


Balik Pulau: Biro Kebajikan UMNO bakal membina dua rumah baru untuk tiga keluarga mangsa kebakaran di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar di sini, awal pagi kelmarin selepas mendapat kelulusan bomba dan polis dalam tempoh terdekat.

Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bantuan itu diberikan kerajaan sebagai tanda prihatin terhadap tragedi menyayat hati yang mengakibatkan dua beranak, Nazri Zainal Abidin, 29, dan bayi perempuannya, Damia Auliah Salsabila, tiga bulan, terkorban.

Beliau berkata, bantuan itu diberikan kepada keluarga berkenaan yang kehilangan tempat tinggal selain sumbangan RM10,000 dihulurkan semalam.

“Saya berbincang dengan Ahli Parlimen Balik Pulau untuk membina semula dua rumah yang musnah dalam kebakaran itu membabitkan kos RM44,000 setiap satu.

“Pembinaan itu dibuat di tapak asal selepas mendapat kelulusan bomba dan polis selain mengarahkan UMNO Bahagian Balik Pulau melantik kontraktor dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa, petang semalam. Hadir sama Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang juga Timbalan Menteri Kesihatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Nordin Ahmad.

Menurutnya, pihaknya hadir mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyampaikan bantuan kebajikan kepada tiga keluarga mangsa kebakaran berkenaan.

“Bantuan ini diberikan kepada Nordin untuk tindakan lanjut dan Alhamdulillah masalah keluarga mangsa kebakaran diselesaikan hari ini.

“Semua keluarga mangsa ditempatkan di Dewan Serba guna Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gertak Sanggul manakala isteri arwah Rosshina Abd Latif, 24, dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.

Sementara itu, nenek mangsa, Che Gayah Mat Rawi, 76, terharu apabila kerajaan menghulurkan sumbangan wang tunai dan bakal membina rumah baru untuk mereka.
- My Metro
Disyaki Serpihan MH370 Ditemui

Disyaki Serpihan MH370 Ditemui



BANGKOK: Serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di bahagian pantai selatan Thailand, menurut seorang pegawai tempatan pada Sabtu, menyebabkan timbul spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, yang hilang hampir dua tahun lalu.

Serpihan besar kepingan logam melengkung terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, di mana penduduk kampung telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pastinya, kata ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan kepada Reuters.

"Penduduk kampung menemui bangkai itu yang berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang," katanya.

Penemuan ini telah meningkatkan spekulasi di kalangan media Thai bahawa serpihan itu berkemungkinan milik MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan rasmi bahawa bangkai itu milik pesawat hilang itu.

Patthikongpan menambah bahawa 'nelayan berkata ia mungkin telah berada di bawah laut untuk tempoh tidak lebih dari satu tahun, jika dilihat daripada teritip di atasnya'.

Penyiasat percaya seseorang mungkin telah sengaja mematikan transponder MH370 sebelum mengalihkannya ke arah lain, beribu-ribu batu dari lokasi asal.

Kebanyakan penumpang terdiri daripada warganegara China. Beijing menyatakan bahawa mereka mengikuti perkembangan itu dengan teliti.

Bangkai pesawat turut ditemui terdampar di sebuah pulau Reunion, sebuah pulau di Perancis pada Julai 2015 tetapi tiada lagi kesan telah dijumpai.
Rumah Rosak Dibedil

Rumah Rosak Dibedil




BUTTERWORTH: Sebuah rumah dua tingkat rosak teruk selepas mercun buatan sendiri bersaiz sebiji buah kelapa meletup di bahagian hadapan rumah.


Letupan itu merosakkan bumbung dan dua pintu kayu unit itu yang terletak di Taman Sembilang di sini.

Satu pintu di bahagian ruang tamu dan satu lagi pintu di bilik tidur di tingkat bawah telah pecah.

Kesan letupan turut memecahkan tingkap kaca rumah itu dan unit bersebelahan.

Salah satu unit di kawasan itu juga telah disimbah dengan cat kuning dalam kejadian pukul 3 pagi itu.

Pemilik rumah, Mohd Hilal Mohd Hadin, 30, berkata dia berterima kasih kepada jirannya yang membantunya memadamkan api.

Dia mendakwa sebelum kejadian, dua penunggang motosikal telah berhenti di hadapan rumahnya dan beredar selepas beberapa minit.

"Saya rasa sesuatu yang tidak kena dan bergegas ke tingkat atas untuk mengejutkan isteri saya. Tidak sempat untuk naik ke atas, saya terdengar bunyi dua letupan kuat, " katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata kejadian itu berpunca daripada isu berkaitan wang.

"Kami sedang mencari kedua-dua suspek lelaki," katanya.

Rusli berkata polis mengerahkan satu pasukan penyiasat ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.20 pagi.
 Lelaki Berpakaian Wanita Ditahan

Lelaki Berpakaian Wanita Ditahan



KOTA KINABALU: Seorang lelaki berpakaian wanita yang menjolok mata dalam persembahan ’buskers’ di sebuah pusat beli-belah di sini Sabtu lepas menyerah diri di Balai Polis Karamunsing di sini semalam.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata suspek berusia 24 tahun itu ditemani bapanya menyerah diri kira-kira pukul 4.30 petang tadi. "Suspek kemudiannya ditahan dan dirakam percakapannya mengenai kejadian tersebut sebelum dilepaskan dengan jaminan polis," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini pihak polis mengesan suspek yang dipercayai memakai pakaian menjolok mata dalam sebuah persembahan buskers dengan melakukan aksi melampau dengan payu daranya terdedah.
Mengulas lanjut, Chandra berkata siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan buskers tersebut. "Suspek menyanyi tanpa sebarang jemputan dari mana-mana pihak dan tidak menerima apa-apa bayaran untuk persembahan itu.

Punca suspek menyanyi hanya untuk bersuka ria dan tiada motif lain," katanya. Dalam kenyataan sebelum ini, pihak pengurusan Suria Sabah kesal atas kejadian itu yang secara tidak langsung mempamerkan imej negatif terhadap kompleks beli-belah itu, kumpulan persembahan itu serta Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.


Pusat beli-belah itu kemudiannya meminta tindakan sewajarnya diambil bagi mengelakkan kejadian kurang sopan seperti itu yang mengganggu ketenteraman awam dan suasana di Suria Sabah. – Bernama
Sebelum Lakukan  Seks Perlu Hubungi Polis

Sebelum Lakukan Seks Perlu Hubungi Polis


YORKSHIRE: Seorang lelaki di Briton, dibebaskan dari tuduhan merogol seorang wanita, tetapi diarahkan memaklumkan kepada polis 24 jam sebelum mengadakan hubungan seks.

Lelaki 40-an itu dibebaskan pada 2015 selepas dibicarakan semula apabila mendakwa mangsa bersetuju. Arahan risiko seksual sementara yang ditetapkan pada Disember lalu itu dilanjutkan selama empat bulan oleh majistret di York. Ia memerlukan lelaki terbabit untuk mendedahkan sebarang aktiviti seksual yang dirancang kepada pihak polis atau berdepan sehingga lima tahun penjara.

 Menurut laporan, arahan disediakan majistret di Northallerton, North Yorkshire itu menyebut: "Anda perlu mendedahkan butiran mana-mana wanita, termasuk namanya, alamat dan tarikh lahir. Ia mesti dilakukan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum sebarang aktiviti seks dilakukan."

Lelaki itu juga dilarang menggunakan telefon bimbit dan Internet serta perlu memaklumkan kepada polis jika ada perubahan pada alamat tempat tinggalnya. Mahkamah pada Mei akan memutuskan sama ada arahan itu akan dilanjutkan.

 Arahan risiko seksual diperkenalkan di England dan Wales pada Mac tahun lalu dan boleh digunakan ke atas mana-mana individu yang dipercayai polis boleh menimbulkan risiko bahaya seksual walaupun mereka tidak pernah disabitkan dengan jenayah. - AGENSI
MH370: DCA Diarah Hubungi Pihak Berkuasa Thai

MH370: DCA Diarah Hubungi Pihak Berkuasa Thai


LANGKAWI: Serpihan yang disyaki milik sebuah pesawat yang ditemui bahagian pantai selatan Thailand tidak dapat disahkan milik MH370, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Sekarang ia masih lagi spekulasi," kata Menteri Pengangkutan kepada The Star di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, mengulas mengenai laporan berita mengenai serpihan tersebut.

Tiong Lai berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam untuk menghubungi rakan sejawatannya dari Thailand bagi mendapatkan pengesahan.

Tambahnya, orang ramai tidak sepatutnya berkongsi berita yang masih belum disahkan kerana ia akan menambahkan kesedihan ahli keluarga mangsa.

Serpihan yang disyaki bangkai pesawat telah dijumpai di bahagian pantai selatan Thailand, menurut seorang pegawai tempatan pada Sabtu, menyebabkan timbul spekulasi ia mungkin milik pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, yang hilang hampir dua tahun lalu.

Serpihan besar kepingan logam melengkung terdampar di wilayah Nakhon Si Thammarat, di mana penduduk kampung telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk membantu mengenal pastinya, kata ketua daerah Pak Phanang, Tanyapat Patthikongpan kepada Reuters.

"Penduduk kampung menemui bangkai itu yang berukuran kira-kira dua meter lebar dan tiga meter panjang," katanya.

MH370 hilang pada 8 Mac 2014, selepas berlepas dari Kuala Lumpur bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Pada 29 Julai 2015, sekeping sayap pesawat itu ditemui di Pulau Reunion dan dihantar ke Perancis untuk analisis selanjutnya.

Pada 6 Ogos, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa sebahagian daripada flaperon yang ditemui di pulau itu adalah milik pesawat itu.

Google+ Followers