Monday, 29 February 2016

Mahathir Dicerai Umno Dengan Talak Tiga

Mahathir Dicerai Umno Dengan Talak Tiga



Dr Mahathir Mohamad keluar UMNO hari ini sebagai bukti kegagalan beliau dan teamnya dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bukti ini juga Dr Mahathir bukan lagi seorang yang mampu mempengaruhi orang lain terutamanya para pemimpin UMNO untuk tidak menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib.
Dilaporkan beliau membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.
Sebelum meluah sesuatu yang makan diri sepatutnya Dr Mahathir melihat bagaimana beliau berjaya pertahankan kedudukannya semasa pemilihan UMNO 1987 sedangkan pada waktu itu beliau didesak letak jawatan.
Kalau tidak kerana Datuk Seri Najib menyokong beliau pada masa itu tak mungkin Dr Mahthir menduduki kerusi perdana menteri sehingga 22 tahun.
Sokongan Datuk Seri Najib bukankah untuk mempertahankan presiden parti dan sekaligus mpertahankan maruahnya yang ketika itu hampr tersungkur.
Rakyat pada masa itu juga merunggut malah pemimpin UMNO dianggap bukan lagi sibuk dengan rakyat sebalinya sibuk mempertahankan Dr Mahathir.
Sesungguhnya UMNO tidak rugi dengan kehilangan beliau malah beliau juga seperti pemadam cahaya dalam gelap apabila membawa bungkusan kosong kepada rakyat negara ini dalam beberapa isu yang dibangkitkan  dan beliau sendiri juga akui tidak ada bukti.
Menyertai UMNO tidak dipaksa,keluar juga tidak dipaksa dan tiada siapa yang sudi tangisi keluarnya beliau dari UMNO.
Kekejaman Jepun Masih Diingat Wanita Tertua Dunia

Kekejaman Jepun Masih Diingat Wanita Tertua Dunia



SEORANG warga emas yang dipercayai wanita tertua di negara ini masih mempunyai ingatan yang kuat mengenai peristiwa penjajahan Jepun suatu masa dahulu, lapor Kosmo! pada Ahad.

Puan Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Tok Puan yang tinggal di Kuala Nerang, Kedah boleh ingat dengan jelas peristiwa kekejaman askar Jepun pada 1940.

Warga emas berusia 120 tahun itu boleh menceritakan dengan lancar detik-detik askar Jepun memaku dua belah tangan penduduk kampung ke papan sebelum memasukkan ubat cecair ke dalam mulut.

"Mereka bubuh air banyak-banyak, lepas perut dah kembung, dia pijak. Bukan itu sahaja, mereka tendang penduduk kampung sampai patah gigi.

"Ada yang disusun atur dalam satu barisan kemudian ditembak," katanya.

Tok Puan yang mempunyai empat anak berusia antara 65 dan 90 tahun, kini mempunyai 19 cucu dan 70 cicit serta seorang piut.

Ketika ditanya mengenai rahsia dia masih kekal bertenaga pada usianya, Tok Puan berkata beliau tidak rahsia khusus.

"Tak ada pantang apa, makan macam biasa sahaja, nasi, ikan dan ulam," kata Tok Puan.

Tok Puan masih boleh bercakap dan berjalan seperti biasa malah tidak mengalami penyakit yang biasanya dihidap mereka yang lanjut usia.

Sebaliknya, beliau hanya saki sendi biasa.

Mengikut World Guinness Book of Records, manusia paling tua di dunia sekarang ialah wanita Amerika Syarikat, Susannah Mushatt yang berusia 116 tahun.

-mStar
Mayat Reput Ditemui Di Pantai Baru, Setiu

Mayat Reput Ditemui Di Pantai Baru, Setiu



SETIU, 29 Feb (Bernama)– Mayat hampir reput ditemui terdampar di pinggir Pantai Baru, Merang di sini berhampiran sebuah resort, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu DSP Elias Abu Bakar berkata mayat tanpa identiti itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 5.30 petang yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis mengenai mayuat berkenaan.

Katanya berdasarkan keadaan mayat yang mula mereput itu pihaknya percaya mangsa telah mati dalam tempoh lebih dua bulan.

“Hasil siasatan awal kita tidak menemui sebarang pengenalan diri pada mayat tersebut dan kita tidak menolak kemungkinan mayat berkenaan milik seorang lelaki.

“Namun kita tidak dapat memastikan umur pada mayat berketinggian 5 kaki 5 inci (1.65m) itu ekoran mayat telah mereput,”katanya kepada Bernama.

Menurutnya mayat berkenaan dihantar ke Hospital Setiu untuk dibedah siasat.

Elias berkata setakat ini pihaknya juga tidak menemui sebarang unsur jenayah pada mayat yang mula tinggal rangka itu.

“Setakat ini kita mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut sehingga punca kematian dan laporan bedah siasat diperolehi,”katanya.

–BERNAMA
104 Mangsa Banjir Di Serian Setakat 8 Pagi Ini

104 Mangsa Banjir Di Serian Setakat 8 Pagi Ini



KUCHING, 29 Feb (Bernama) -- Sejumlah 104 mangsa masih ditempatkan di empat pusat pemindahan di daerah Serian setakat 8 pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata berlaku sedikit penurunan bilangan mangsa berbanding 124 orang yang dicatatkan 8 malam tadi.

"Jumlah berkurangan berbanding semalam kerana 20 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Gereja Sacred Heart sudah pulang ke rumah masing-masing.

Jumlah terkini mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu ialah 28 orang daripada tujuh keluarga," katanya ketika dihubungi pagi Isnin.

Siti Huzaimah berkata tiga lagi pusat pemindahan masih kekal dengan jumlah mangsa yang sama seperti dicatatkan semalam.

"Balai Raya Slabi Entungkuh menempatkan 40 orang daripada sembilan keluarga dan Surau Hadhari Kampung Rimba Padi menempatkan 26 orang daripada lapan keluarga.

"Jumlah mangsa di Balai Raya Koran yang dibuka kerana berlaku tanah runtuh dan menjejaskan rumah mangsa juga kekal dengan 10 mangsa dan dua keluarga," katanya.

--BERNAMA
Bola Kelantan Pemain Kena Mandi Bunga

Bola Kelantan Pemain Kena Mandi Bunga



Kecewa kerana Kelantan masih gagal mengutip tiga mata penuh, penaja utamanya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman akan membawa semua pemain dan ketua jurulatih, K. Devan untuk 'mandi bunga' sebelum dua kali bertemu Kedah pada aksi Liga Super dan Piala FA, minggu ini.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, inisiatif itu diambil bagi membangkit aura positif di kalangan pemain dan K. Devan untuk menamatkan kemarau kemenangan.

"Saya akan belanja mereka semua mandi mandi. Saya tengok semua pemain macam tak bersemangat, ada peluang untuk jaringkan gol tetapi benteng pertahanan pula buat kesilapan.

"Tempoh hari Traore yang ada masalah, tapi kali ini barisan pertahanan pula. Saya fikir dengan cara ini akan membantu memberikan aura positif yang dapat memulihkan semangat skuad Kijang dan juga Devan," kata Vida kepada mStar Online.

Vida yang juga Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata, rawatan tersebut akan dilakukan di Kedah sebelum aksi sepak mula dengan skuad Helang Merah pada Selasa, manakala persaingan kedua pada Jumaat.

"Selok-eloknya ia dilakukan sebelum aksi sepak mula dengan pasukan tuan rumah. Kebetulan saya ada produk untuk rawatan tersebut dan pemain akan gunakannya nanti.

"Saya mahu aura juara bersama mereka dalam dua perlawanan penting itu. Diharap selepas ini, pemain dan jurulatih akan rasa lebih segar dan cergas serta bersemangat untuk menang," katanya.

Sebelum ini, mStar Online melaporkan Vida pernah menyarankan agar penyerang import Kelantan, Dramane Traore berbuat demikian bagi membuang badi penyudah yang tumpul.

Saranan itu dibuat selepas kecewa dengan prestasi hambar Traore yang pernah diangkat sebagai penjaring terbanyak musim lalu kerana masih tercari-cari rentak bersama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Pada masa sama, jutawan kosmetik itu mahu Devan mencari jalan penyelesaian segera kepada masalah yang membelenggu pasukan tersebut sebelum keadaan menjadi lebih parah.

"Pada perlawanan dengan UKM FC tempoh hari, nampaknya masalah di bahagian serangan selain Traore gagal menemui penyudah berbisa.

"Ketika bertemu Sarawak malam Jumaat lalu, timbul pula masalah di bahagian pertahanan. Saya harap Devan kenal pasti masalah tersebut dan tanganinya dengan segera," katanya.

Vida berkata, beliau menaruh harapan tinggi kepada pasukan Kelantan untuk merekodkan kemenangan di negeri Jelapang Padi itu setimpal dengan suntikan dana besar yang dilaburkan terhadap pasukan tersebut.

"Tolonglah bangkit, jadikanlah PQPTRW sebuah pasukan hebat dan digeruni lawan. Saya sanggup lakukan apa sahaja demi pasukan, jadi pemain perlu buktikan sesuatu, jangan kecewakan saya lagi," katanya.

Terbaharu, Vida melaburkan kira-kira RM3.8 juta untuk slot siaran langsung pasukan Kelantan pada aksi Liga Super dan Piala FA di stesen televisyen TV3 dan TV9 pada musim ini.

Langkah itu diambil kerana prihatin dengan keluhan penyokong pasukan tersebut yang tidak dapat menyaksikan perlawanan secara langsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baru, Kelantan.

Malah, Vida turut melaburkan RM16 juta untuk perjanjian penajaan terhadap pasukan itu selama dua musim.
Selangor Sumbang RM30,000 Naik Taraf Surau

Selangor Sumbang RM30,000 Naik Taraf Surau



Sejumlah RM30,000 disumbangkan Kerajaan Negeri bagi menaik taraf Surau Al- Ukhwah di Taman Desaria, Petaling Jaya yang menjadi pusat pembelajaran anak-anak tahfiz.

IMG-20160228-WA0020Majlis penyampaian cek diserahkan Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada surau terbabit pada 26 Februari lalu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah dan Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Halimey Abu Bakar.

Sebelum itu, menurut laman Facebook Nik Nazmi, beliau turut menyalurkan sumbangan kepada warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dan AMK Sepang bersama penyelaras Dun Dengkil dan Ketua Cabang PKR Sepang, Borhan Aman Shah.

Sumbangan disampaikan di Rumah Pertubuhan Kebajikan Wanita Ikhlas Selangor, Batu 31, Jalan Banting, Dengkil
United Bantai Arsenal 3-2

United Bantai Arsenal 3-2



MARCUS Rashford sekali lagi menjadi tumpuan apabila menjaringkan dua gol untuk Manchester United dalam aksi kemenangan 3-2 ke atas Arsenal bagi saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, lewat Ahad malam.
Minggu lalu, Rashford turut meledak dua gol dalam aksi Liga Europa menewaskan Midtjylland sekaligus mara ke aksi 16 pasukan.

Pemain muda berusia 18 tahun itu menjaringkan gol minit ke-29 dan 32’ manakala gol ketiga dilakukan Ander Herrera minit ke-65 permainan.

Biarpun ketinggalan 2-0 dalam tempoh 39 minit, pemain Arsenal Danny Welbeck berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke-40.

Manakala Mesut Ozil membuatkan anak buah Louis van Gaal sedikit goyang dengan gol kedua The Gunners minit ke-69.

Bagaimanapun dalam tempoh 20 minit terakhir, kedua-dua pesaing itu gagal menambah jaringan yang menyaksikan United berjaya mengutip tiga mata penuh.

Van Gaal turut memuji corak permainan bijak pemain itu.

"Saya boleh bayangkan apa yang dibuat ketika separuh masa pertama kerana dia seorang penyerang, jadi dia muncul untuk menjaringkan gol.

“Perlawanan pertama sentiasa menjadi yang terbaik kerana dia boleh melakukan perkara yang diingini.

“Saya rasakan permainan pertamanya lebih baik. Biasanya setiap pemain yang kali pertama beraksi akan cuba membuat yang terbaik tetapi selepas itu perlu konsisten, dan perlu tunjukkan lebih baik pada permainan ketiga, keempat atau perlawanan kelima.

"Tetapi dia berjaya menunjukkan keistimewaannya itu pada perlawanan keduanya ini”.
Tak Ada Kerja Nak Buat Pukul Polis

Tak Ada Kerja Nak Buat Pukul Polis



Seorang anggota polis cedera akibat dipukul sekumpulan lelaki di simpang tiga lampu isyarat Sri Taming menghala keTaman Desa Baiduri, Kajang pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakannya yang membuat rondaan bermotosikal di sekitar kawasan berkenaan, melihat dua kenderaan dinaiki 10 lelaki diletakkan di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata anggota polis berkenaan dipercayai meminta mereka mengalihkan kenderaan kerana ia menyebabkan kesesakan teruk di kawasan tersebut.

"Akibat rasa tidak puas hati kerana diminta mengalihkan kenderaan, suspek bertindak memukul mangsa. Beg milik mangsa yang mengandungi dompet dan telefon bimbit turut dilarikan," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Willey berkata mangsa dan rakannya kemudian melarikan diri untuk meminta bantuan.

Katanya polis sedang mengesan kesemua suspek terbabit. -Bernama
MaleTOP  Era 2016 Ayda Jebat & Johan Juara

MaleTOP Era 2016 Ayda Jebat & Johan Juara



CHERAS: Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat menepati ramalan apabila merangkul lima trofi termasuk anugerah utama Top Top MeleTOP (wanita) pada Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, di sini pada malam Ahad.

Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 24, turut memenangi kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTop, Pelakon MeleTop dan Drama MeleTOP.

Aktres tersebut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.Manakala, pelawak dan penyampai radio, Johan turut merangkul lima trofi termasuk trofi Top Top MeleTOP (lelaki).

Johan juga dipilih memenangi trofi Penyampai Radio MeleTOP, Couple MeleTOP, Program Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP. Pelawak tersebut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk AC Mizal mempertahankan trofi masing-masing iaitu Bintang Online MeleTOP dan Hos MeleTOP yang dimenangi mereka tahun lalu.

AC Mizal turut memenangi kategori Fesyen MeleTOP. Bagi anugerah Filem MeleTOP dimenangi oleh Polis Evo dan Bintang Filem MeleTOP dimenangi oleh pelakonnya Zizan Razak.

Kumpulan popular Akim & The Majistret membawa pulang trofi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP, manakala pelakon Mira Filzah memenangi kategori Pelakon Baharu MeleTOP.

Bagi setiap kategori pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, AME 2016 turut memberi Anugerah Khas MeleTOP kepada pengulas sukan Zulkarnain Hassan berserta wang tunai berjumlah RM20,000.

Barisan artis yang membuat persembahan ialah Joe Flizzow, SonaOne, Siti Nordiana, Syamel, Amira Othman, Wani Kayrie, Tasha Mansahar, Akim & The Majistret, dan Stacy.

Turut membuat persembahan, Forteen, Caliph Buskers, Jaclyn Victor dan KRU.

AME2016 dihoskan oleh Nabil Ahmad, Datuk AC Mizal, Neelofa dan Jihan Musa.

Program AME 2016 disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) & Ria HD (123).


Berikut adalah senarai penuh AME 2016:

1. Top Top MeleTOP Lelaki - Johan

2. Top Top MeleTOP Wanita - Ayda Jebat

3. Anugerah Fesyen MeleTOP - Datuk AC Mizal

4. Artis Baharu MeleTOP - Mira Filzah

5. Bintang Online MeleTOP - Datuk Siti Nurhaliza

6. Anugerah Couple MeleTOP - Johan & Ozlynn

7. Program Radio MeleTOP - JoHaRa Pagi ERA

8. Grup/Duo MeleTOP - Akim & The Majestret

9. Penyanyi MeleTOP - Ayda Jebat

10. Lagu MeleTOP - Siapa Diriku (Ayda Jebat)

11. Program TV MeleTOP - Gegar Vaganza 2015

12. Drama TV MeleTOP - M.A.I.D

13. Pelakon MeleTOP - Ayda Jebat

14. Hos TV MeleTOP - Datuk AC Mizal

15. Artis Lawak MeleTOP - Johan

16. Penyampai Radio MeleTOP- Johan

17. Filem MeleTOP - Polis Evo

18. Bintang Filem MeleTOP - Zizan Razak

19. Anugerah Khas MeleTOP - Pengulas Bola Zulkarnain Hassan.
KM Sarawak Puji Najib

KM Sarawak Puji Najib


SARATOK 28 Feb. – Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memuji Datuk Seri Najib Tun Razak yang amat prihatin dengan rakyat Sarawak apabila mencipta rekod sebagai Perdana Menteri paling kerap melawat dan membantu membangunkan negeri ini.

Katanya, komitmen Najib melaksanakan pelbagai projek pembangunan menyaksikan banyak transformasi dialami negeri ini, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar, amat dihargai.
“Dalam kalangan Perdana Menteri bermula daripada Tunku Abdul Rahmah Alhaj sampai sekarang, Najib adalah yang paling kerap melawat dan paling prihatin terhadap keperluan serta kehendak rakyat negeri ini, terutama dalam konteks pembangunan.

“Perdana Menteri jelas membuktikan segala projek diumumkannya (untuk Sarawak) bukan sekadar omong kosong. Seperti di Semenanjung, rakyat kita juga mahukan super highway dan Perdana Menteri memberikan kita Lebuh raya Pan Borneo yang kini dalam pembinaan,” katanya ketika berucap dalam Program Sejiwa Senada 2016 yang dirasmikan oleh Najib di Dataran Saratok, di sini hari ini.

Adenan yang kebetulan menyambut ulang tahun kedua dilantik sebagai Ketua Menteri hari ini kelihatan cukup ceria, malah sempat mendendangkan lagu kegemarannya Can't help falling in love with you, nyanyian Elvis Presley sebelum memulakan ucapan di atas pentas.

Adenan turut mengagumi keprihatinan Najib terhadap kehendak dan keperluan rakyat negeri ini, dengan sebahagian kawasan pedalaman dan luar bandar sudah dijelajahi beliau.

“Dari Kuching hinggalah ke Lubok Antu, Saratok, Sibu hinggalah ke Hulu Baram dan banyak lagi kawasan (pedalaman) sudah dilawati beliau. Najib adalah Perdana Menteri paling kerap melawat Sarawak.....meninjau kehidupan rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adenan memberitahu, lebih banyak program pembangunan dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri jika memperoleh mandat lebih besar dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) nanti.

Katanya, dalam tempoh dua tahun pemerintahan yang singkat, terdapat 50 pelan dan tindakan sudah dilaksanakannya yang memenuhi aspirasi rakyat dan menjanjikan lebih banyak inisiatif dapat dilaksanakan sekiranya diberikan mandat lima tahun lagi memerintah.


Produk Muslimah Mahu Tembusi Pasaran Cina

Produk Muslimah Mahu Tembusi Pasaran Cina


Rangkaian fesyen Muslimah kontemporari jenama Asyikin Exclusive milik Bumiputera bakal melebarkan lagi sayapnya dengan menembusi pasaran China menjelang suku kedua 2016.

Bagi tujuan itu, syarikat Asyikin Exclusive Boutique Sdn Bhd, pemilik jenama tersebut akan memperuntukkan pelaburan kira-kira RM3.0 juta sebagai modal permulaan meliputi kos operasi serta penghasilan koleksi yang sesuai.

Pengasasnya Nur Asysikin Rahmat berkata operasi di China akan bermula di Lanzhou, ibu negeri dan bandar terbesar wilayah Gansu di barat laut China, selewat-lewatnya Julai ini.

Ia merupakan salah satu bandar penting di Laluan Sutera dengan jumlah penduduk Islam yang ramai.

Nur Asysikin berkata cabaran utama Asyikin Exclusive bagi pasaran China ialah mengeluarkan koleksi yang bersesuaian dengan cuaca empat musim di sana.

“Namun kami mengambil positif cabaran ini memandangkan selama ini pasaran ‘Asyikin Exclusive’ telah meliputi Malaysia, Indonesia dan Brunei,” katanya kepada Bernama.

“Kami yakin dengan potensi jenama kami akan diterima di sana. Ini kerana mereka mempunyai kuasa beli yang tinggi dengan populasi masyarakat Islam seramai 30 juta orang namun fesyen Muslimah yang menepati syarak amat sukar didapati di pasaran mereka,” jelasnya.

Haji Hadi Tidak Perlu Hadir

Haji Hadi Tidak Perlu Hadir



 Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang tidak diundang ke perhimpunan tokoh-tokoh politik yang menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata penganjur.

“Hadi tidak akan hadir perhimpunan 27 Mac ini? Memanglah tidak, beliau memang tidak diundang,” kata Datuk Zaid Ibrahim, penganjur perhimpunan tersebut, di Twitter petang ini.

Beliau mengulas keengganan presiden PAS menyertai perhimpunan tersebut ― yang dijangka dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ― dengan alasan “beliau hanya menolak Umno, bukan orang Umno.”

Mantan perdana menteri itu dan bekas timbalan perdana menteri, yang digantung jawatannya dalam Umno, dua tokoh utama parti pemerintah yang mengecam Najib berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan isu derma RM2.6 bilion.

Abdul Hadi dilaporkan tidak berminat menyertai sebarang perhimpunan anti-Najib, termasuk anjuran Zaid, yang dipercayai akan disertai ramai tokoh pembangkang dan penyokong Mahathir.

“Saya anti-Umno tetapi tidak (anti) orang Umno; orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik,” Sinar Harian memetiknya sebagai berkata.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merancang mengadakan perhimpunan bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Zaid menjelaskan acara anjurannya bukan bantahan awam seperti demonstrasi Bersih 2.0 tetapi ia diadakan secara “tertutup” di kalangan 1,000 jemputan khas.


Saturday, 27 February 2016

Pil Kuda Bernila RM8 Juta Berjaya Dirampas

Pil Kuda Bernila RM8 Juta Berjaya Dirampas



Rantau Panjang Kelantan.Dadah (Pil Kuda) bernilai RM8 juta lebih berjaya dirampas oleh PDRM,manakala 14 orang telah ditangkap.



Rantau Panjang Kelantan.Dadah (Pil Kuda) bernilai RM8 juta lebih berjaya dirampas oleh PDRM,manakala 14 orang telah ditangkap.

Friday, 26 February 2016

 Pernilaian Operasi SPRM Nafi Cukup Bukti Dakwa Najib

Pernilaian Operasi SPRM Nafi Cukup Bukti Dakwa Najib



Panel Penilaian Operasi yang menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyangkal yang ia ‘mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC’ seperti dilaporkan dalam portal berita The Malaysian Insider hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Hamid Bugo berkata, panel tiada kaitan langsung dengan laporan berita yang memetik anggota panel yang tidak dinamakan sebagai sumber berhubung beberapa kenyataan yang dikatakan daripada panel berkenaan.

“Kami ingin menyatakan bahawa tiada sumber tanpa nama diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak panel dalam mana-mana keadaan. Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa kami tiada kaitan langsung dengan semua kenyataan yang memetik sumber tanpa nama itu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hamid berkata, panel langsung tidak pernah pada mana-mana masa menyatakan ia mempunyai “cukup bukti untuk mendakwa Najib berhubung SRC” seperti didakwa dalam tajuk artikel itu, atau bahawa “terdapat bukti berwibawa untuk merangka pertuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak”.

Panel juga tidak membuat rumusan bahawa “penyiasat SPRM telah mengumpul keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes prima facie terhadap Najib”, katanya.

Bagaimanapun, katanya, panel ada menasihatkan SPRM untuk melengkapkan penyiasatannya.

Hamid turut merujuk kepada kenyataan dikeluarkan oleh SPRM semalam yang menyatakan “SPRM diminta oleh panel untuk mengeluarkan kenyataan umum berhubung isu ini”.

“Kami tidak membuat permintaan seumpama itu kepada SPRM.

“Bagaimanapun terpulang kepada SPRM sekiranya ia mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.” 

- Utusan Online
Bolehkah Umno Selangor Sedia Resepi Luar Biasa Untuk Rampas Selangor

Bolehkah Umno Selangor Sedia Resepi Luar Biasa Untuk Rampas Selangor



SHAH ALAM, 25 Feb ― Umno Selangor disaran menyediakan "resepi luar biasa" yang paling berkesan bagi menawan semula negeri itu daripada cengkaman pakatan pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah berkata selain itu semua anggota parti harus terus mengeratkan perpaduan dengan mengelakkan sebarang perselisihan faham.

"Jangan merajuk kerana dulu tidak dapat naik pangkat, tidak dapat projek. Apa yang penting adalah masa depan generasi muda dan negara secara keseluruhannya.

"Musuh kita sentiasa mencari jalan untuk melaga-lagakan kita. Mereka menggunakan media sosial untuk menyerang pemimpin kita," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung pertama Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) cawangan Selangor di sini semalam.

Ibrahim berharap semua anggota kelab itu terus menyokong dan menghulurkan bantuan demi meneruskan kesinambungan parti.

Menyifatkan pesara kanan kerajaan sebagai golongan profesional dan berpengalaman luas, Ibrahim yakin kumpulan berkenaan mampu menjadi benteng kepada pentadbiran negara bagi menghadapi musuh politik pada masa kini.

KUPKKM Selangor kini bergiat di enam kawasan parlimen iaitu Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Kota Raja dan Shah Alam.

Sementara itu, setiausaha Umno Selangor Datuk Johan Abdul Aziz pula berkata gerak kerja mendaftar pengundi baharu merupakan fokus utama pihaknya kini berikutan masih ramai golongan muda di negeri itu belum berdaftar sebagai pengundi, dan berharap semua anggota parti dapat membantu.

"Selain anggota parti, anggota KUPKKM Selangor juga boleh membantu gerak kerja ini dengan mendaftarkan anak-anak, saudara terdekat termasuk cucu masing-masing," katanya.

Beliau berkata difahamkan terdapat lebih 60,000 pesara kerajaan di enam kawasan parlimen Selangor dan jika mereka memberi kerjasama dalam mendaftar anak, cucu dan saudara-mara terdekat sebagai pengundi, sudah pasti jumlahnya akan berlipat kali ganda.

Turut hadir ketua penyelaras KUPKKM Selangor Datuk Ramlan Othman. ― Bernama

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/umno-diseru-sedia-resipi-luar-biasa-rampas-selangor#sthash.C4JkA4OU.dpuf
Mahdzir Sokong Muhyiddin Dirujuk Ke Jawatankuasa Disiplin Umno

Mahdzir Sokong Muhyiddin Dirujuk Ke Jawatankuasa Disiplin Umno



KUALA LUMPUR, 25 Feb — Timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bekerjasama dengan pemimpin lain dalam parti itu sebagai satu pasukan padu, bukannya mengkritik pemimpin tertinggi, kata anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ketika menyuarakan sokongannya terhadap saranan agar tindakan diambil terhadap Muhyiddin, Mahdzir berkata kritikan yang dibuat berulang kali oleh Muhyiddin tentang cara pihak pentadbiran negara menangani kontroversi 1MDB, boleh melemahkan kerajaan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz akan mencadangkan usul ...
Ahli Majlis Tertinggi Umno Nazri Aziz akan mencadangkan usul agar Muhyiddin Yassin digantung sebagai Timbalan Presiden Umno.#KekalNajib
Posted by Sek Kito Jangge Pecoh on 25hb Februari 2016



Menteri Pendidikan itu berkata: “Untuk membina sebuah pertubuhan politik yang kuat, kita perlu bersatu sebagai sebuah pasukan yang mempunyai hubungan kerja yang kukuh antara pemimpin parti dan anggota peringkat akar umbi.

“Mana boleh anda mengkritik presiden parti sendiri? Apa jua masalah perlulah diselesaikan dengan cara sewajarnya melalui perbincangan di dalam parti, bukan secara terbuka,” katanya kepada pemberita selepas melawat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan di sini hari ini.

Isnin lepas, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Muhyiddin perlu berundur sekiranya beliau tidak lagi boleh menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau dengan sewajarnya.

Ditanya sama ada tindakan perlu diambil terhadap Muhyiddin, Mahdzir berkata: “Saya menyokong penuh saranan agar Muhyiddin dirujuk kepada jawatankuasa disiplin. Beliau sering menyuarakan komen (terhadap kepimpinan tertinggi) sejak kebelakangan ini dan sebarang perbuatan yang boleh merosakkan parti, perlulah dihentikan.”— Bernama

Thursday, 25 February 2016

Rafizi Dakwa BN Guna RM2 Juta Dana Rakyat Untuk Kempen PRU13

Rafizi Dakwa BN Guna RM2 Juta Dana Rakyat Untuk Kempen PRU13



Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan RM2 juta dana rakyat untuk kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Menggambarkan wang itu sebagai satu lagi "derma", ahli Parlimen Pendan itu mendakwa ianya disalurkan melalui sebuah pertubuhan masyarakat India.

Katanya, perkara ini diketahui selepas mendapat surat Kementerian Kewangan bertarikh 23 April, 2013 kepada pertubuhan itu.

"Dengan adanya bukti kukuh sebahagian kempen BN sebenarnya dibiayai dana rakyat (seperti program Sahabat BN untuk masyarakat India), ini menimbulkan keraguan kempen BN dalam PRU13 benar-benar dibiayai sumbangan 'derma' RM2.6 bilion seperti yang didakwa Datuk Seri Najib Razak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Rafizi turut menunjukkan minit mesyuarat pertubuhan itu bertarikh 11 Mei, 2013 di mana mereka menerima RM2.5 juta.

Katanya, maklumat lebih terperinci akan didedahkan pada satu sidang media tidak lama lagi.

Apabila ditanya tetang lebihan RM500,000 Rafizi berkata beliau percaya amaun itu datang daripada sumber di dalam pertubuhan itu.

"Saya ingin mengajukan soalan paling mudah kepada Najib – kenapa beliau tidak mengambil RM2 juta daripada 'derma' RM2.6 bilion yang didakwanya untuk membiayai kempen BN hingga menyalurkan RM2 juta dana awam dengan cara ini yang semestinya melanggar undang-undang?" soal Rafizi.

- The Malaysian Insider

Wednesday, 24 February 2016

Tuesday, 23 February 2016

Mist over Batu Kitang – will it be Dr Sim or someone else?

Mist over Batu Kitang – will it be Dr Sim or someone else?



ELECTION TALK: The new seat of Batu Kitang will go to Sarawak United People's Party (SUPP). The simple reason is that none of the other BN component parties, be it Parti Rakyat Sarawak (PRS), Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) or Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) want to claim to this Chinese majority seat.

However, who actually will represent SUPP for this seat in the coming state election is still undecided.

SUPP has already named three candidates to represent BN in Kuching's six urban seats – Milton Foo (Pending), Sih Hua Tong (Batu Lintang) and Wilfred Yap (Sentosa). Three other seats are still undecided, while three names – Dr Sim Kui Hian, Lo Khere Chiang, Tan Joo Phoi – have been proposed for the two seats of Batu Kawah and Batu Kitang.

Among all the six urban seats, Batu Kitang is considered the best bet for SUPP to have a real chance of winning against the opposition, considering its large percentage of Bumiputera voters (approximately 45 percent) who traditionally would vote for the BN.

The problem with Batu Kitang is not a matter of party internal tussle. After all, right from the very beginning, SUPP members have been giving their unanimous support for the president to go for Batu Kitang. No other SUPP aspiring candidate will challenge him for the seat. It is all for Sim to take it. Unless he does not want it.

It is more a matter of principle and personal integrity. Sim is asking himself: As the party president, is it right for me to go for Batu Kitang after losing badly to DAP's Violet Yong in Pending in the last election? Am I running away from the all-Chinese voters?

In a local news report recently, SUPP Kuching chairman Lily Yong who is a former assemblywoman for Padungan, suggested that the party president should take the challenge in a tough seat like Padungan in order to gauge Chinese support towards the BN rather than choosing a safe seat in a semi-rural area like Batu Kitang.

Yes, Lily has her point but her idea might be too idealistic for political strategy.

Another school of thought which is more pragmatic wants their president to go for Batu Kitang, which offers the best chance for him to book a ticket into the Dewan Undangan Negeri.

On being elected, Sim would have a good chance of being made a minister in Adenan's Cabinet and if SUPP performs credibly in this election, he could even fill the shoes of Dr George Chan who was the deputy chief minister from 1996 to 2011.

Why should he take the risk in Padungan? After all, politics is about winning elections and taking part in the administration of the government.

If winning elections is not the ultimate aim of a political party, SUPP might as well leave the political scene and convert itself into a non-governmental organisation (NGO).

Hence, it is very likely that Sim will contest in Batu Kitang, leaving Batu Kawah SUPP chairman Tan Joo Phoi and Padawan Municipal Council (MPP) chairman Lo Khere Chiang to negotiate between themselves for Batu Kawah. Under such circumstances, it is very likely that Tan will give way to his younger comrade for his first taste of battle.

Meanwhile in Padungan, Kuching City South (MBKS) Mayor James Chan's name has often been mentioned as a possible SUPP candidate. Chan is a hardworking and popular mayor but it is unlikely that he will take the challenge in Padungan. In case he decides to join in the fray at the last minute, Peter Pui or Peter Pau might have to give way to him.

In an unlikely scenario that Sim might decide to take the challenge in Padungan, both Tan and Lo would have a toss up between Batu Kawah and Batu Kitang. Businessman Peter Pui or Peter Pau would then have to bow out in Padungan. -THE ANT DAILY
Zizie Izette Tidak Abai Bung Moktar

Zizie Izette Tidak Abai Bung Moktar



KUALA LUMPUR, 22 Feb — Pelakon Zizie Izette menafikan tohmahan bahawa beliau mengabaikan suaminya Datuk Bung Moktar Radin yang kini terlantar sakit.

Zizie melalui Instagram miliknya semalam memuatkan gambar masakan untuk ahli parlimen kontroversi itu yang selesai menjalani pemindahan buah pinggang baru-baru ini.

“Asam pedas gaya Sabah! Satu bergaram dan bergula, satu lagi kurang garam tiada gula.

“Faham-fahamlah orang baru hendak sihat ini, semua kena dikurangkan. Kasih sayang saja yang bertambah,” katanya.
Kakak pelakon popular Shaheizy Sam turut meletakkan hashtag “jangan cakap akak tidak jaga suami”, “ada benda tidak perlulah dicoret”, “kalau tidak coret bukan tidak sayang” dan “jangan cari dosa”

Rata-rata pengguna Instagram dalam ruangan komen memuji kebolehan Zizie, isteri kedua Bung Moktar yang berasal dari Semenanjung, memasak hidangan Sabah dan mendoakan kesihatan suaminya.

“Betul, ada perkara peribadi sesetengahnya tidak perlu ditulis. OK kak, manusia memang suka cari silap kita. Nanti bila kita sudah berjaya pun mereka akan terus begitu. Dunia ini banyak manusia lalang dan menangguk di air yang keruh,” kata Nurafidah Mustaffa di laman sosial itu.


@manisbyarna pula berkata: “Setuju. Tidak tulis, bukan tidak sayang. Bukan semua perkara perlu ditulis tanda kita ambil berat pada suami. Terbaik, datin.”
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu lalu meluangkan masa kira-kira 15 minit menziarahi Bung Moktar di Pusat Perubatan Prince Court di sini.
Isteri pertamanya Nor Asidah Alimuddin berkata suaminya menerima rawatan di pusat perubatan itu hampir dua minggu selepas menjalani pembedahan buah pinggang di luar negara.

“Keadaannya semakin pulih dan doktor menasihatkan dia (Bung Moktar) berehat,” katanya seperti dipetik Bernama.

Zizie, 38, dan Bung Moktar, 57, berkahwin pada tahun 2009. Mereka mempunyai anak angkat Naila Nurjannah.
Umno Selangor Gesa Papan Iklan ‘Bebas Anwar’ Disiasat

Umno Selangor Gesa Papan Iklan ‘Bebas Anwar’ Disiasat




PETALING JAYA, 22 Feb — Umno Selangor telah meminta pihak berkuasa menyiasat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.

Ketua penerangan Umno Selangor Datuk Zein Isma Ismail berkata kandungan papan tanda yang dipamerkan itu dianggap mencabar keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua tahu yang dia (Anwar) ditahan kerana salah lakunya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bukannya dia tahanan politik.

“Bagaimana PBT Selangor boleh luluskan? Ini serius dan apa yang lebih teruk papan tanda itu turut mempamerkan logo PKR,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di ibu pejabat polis daerah Sungai Buloh di sini hari ini.

Katanya, papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang itu serta tulisan “Bebas Rakyat, Bebas Anwar” itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor antaranya di Ampang Jaya, Kepong dan Rawang.

Zein Isma, yang juga ketua Umno bahagian Subang, mahu polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta beberapa agensi lain segera menyiasat perkara ini.

“Tindakan mereka (kerajaan Selangor) ini tidak boleh diterima, ini menunjukkan terdapat penggunaan wang rakyat telah disalah guna kerajaan negeri,” katanya.


- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/umno-selangor-gesa-papan-iklan-bebas-anwar-disiasat#sthash.1ex80yue.dpuf
Pengundi Tak Usah Pertikai Calon BN Sarawak

Pengundi Tak Usah Pertikai Calon BN Sarawak



KANOWIT: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan tidak boleh mempertikaikan keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang telah menetapkan Allan Siden Gramong bertanding di kerusi DUN Machan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machan Datuk Gramong Juna berkata, keputusan itu juga sudah dibincangkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebelum diumumkan dengan rasminya oleh Setiausaha Agung BN Datuk Dr Stephen Rundi Utom pada satu majlis di Kanowit, baru-baru ini.

“Keputusan itu turut dipersetujui oleh Adenan selaku Ketua Menteri kita.

“Justeru, keputusan sudah dibuat maka ia tidak boleh diubah. Allan Siden adalah pengganti saya dan tetap menjadi calon BN atas tiket PBB di kerusi DUN Machan pada PRN ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Pentas Hiburan Chap Goh Mei di pekan Machan yang berlangsung di Tebingan Sungai Machan, malam kelmarin.

Pentas berkenaan adalah anjuran komuniti Cina di Nanga Machan dan Pemuda PBB Machan yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk tempatan.

Hadir sama ialah isteri Gramong iaitu Datuk Catherine Gramong, Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang, Ahli Parlimen Belia Malaysia Kanowit merangkap Ahli Majlis Tertinggi Pemuda PBB Allan Siden Gramong, Pegawai Daerah Kanowit Katis Noel Nyabong, Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Daniel Desmond Benjamin, Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Donny Minggu Ling dan pengerusi jawatankuasa pengelola Kaunselor Kapitan Leong Khing Hee.

Gramong yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah dan Menteri Muda Pelancongan (Acara dan Produk) mengajak rakyat di Machan memberi sokongan padu kepada Allan.

“Kita harus bersama dalam BN walau apa pun terjadi dan jangan sesekali memberi sokongan anda kepada parti lain selain BN.

“Mereka yang sebelum ini memihak kepada pembangkang harus kembali bersama BN pada PRN kali ini. Berfikirlah sedalam-dalamnya bahawa anda termasuk generasi akan datang amat memerlukan pembangunan,” tegasnya.

Sementara itu, Gramong turut mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRN ini dan menyerahkan kepada anaknya, Allan.

Katanya beliau sudah lama berkhidmat sebagai wakil rakyat dan sudah tiba masanya untuk berehat.

“Banyak sudah saya laksanakan pembangunan dan lihatlah perubahan di DUN Machan berbanding masa dulu. Kepada yang belum menikmati pembangunan, jangan marah serta berasa kecil hati dengan kerajaan.

“Tidak apa, anak saya Allan akan meneruskan legasi pembangunan di DUN Machan. Beliau akan menyambung tugas saya. Oleh itu, berilah sokongan padu anda kepada Allan bagi menikmati pembangunan yang berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Gramong turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi di DUN Machan yang telah memberi sokongan kepadanya selama sembilan penggal menjadi wakil rakyat.

“Begitu juga dengan PBB, rakan-rakan parti, rakan parti komponen yang lain dan ramai lagi. Terima kasih banyak dengan sokongan anda selama ini,” tambahnya.

Pada majlis itu, Allan turut menyerahkan angpau kepada 18 penerima yang terdiri daripada warga emas.

Hadirin pada malam tersebut dihiburkan dengan pelbagai persembahan hiburan daripada artis popular Iban iaitu Rickie Andrewson, Eisner Nala serta artis tempatan Cina di samping dipertontonkan dengan persembahan kebudayaan Cina, tarian singa dan sebagainya. - Utusan Borneo.
Pas Sekolahkan DAP Apa itu Demokrasi

Pas Sekolahkan DAP Apa itu Demokrasi




Sangat memalukan apabila sebuah parti yang menggunapakai perkataan 'demokrasi' sebagai namanya, tiba-tiba mencabul hak demokrasi dengan kuasa yang ada. Pemecatan dua orang Adun PKR daripada jawatan GLC Pulau Pinang kerana tidak bersetuju dengan usul menambak tanah dalam DUN negeri itu adalah sangat mengecewakan.

Nampaknya mereka telah mula berani mendedahkan identiti sebenar yang sekian lama berselindung di balik nama demokrasi.

Walaupun yang dipecat itu adalah rakan sendiri daripada Pakatan Harapan, mereka tidak pedulikan hal itu. Ternyata juga DAP adalah raja dalam Pakatan Harapan apabila tiada parti komponen lain yang berani menegur termasuk Presiden PKR sendiri.

Mujur Timbalan Presidennya rapat dengan PAS. Dengan tempias kejantanan yang diterima, maka adalah sedikit keberanian untuk menegur. Namun sejauh mana bidasannya itu didengar, kita tidak boleh meletakkan harapan.

Inilah sebabnya mereka sangat bencikan PAS! Kerana PAS tidak pernah tunduk kemahuan mereka. Biarpun sebelum ini banyak perkara yang dipersetujui bersama, tetapi PAS tidak boleh dibonekakan mereka.

Ketegasan PAS membawa mereka sendiri yang mengisytiharkan terkuburnya Pakatan Rakyat. Ketegasan PAS sehingga sanggup hilang ahli dan pimpinan. Tegas PAS tegas berprinsip.

Tindakan PAS ternyata tepat. Lihatlah bagaimana rakus mereka sekarang. Demokrasi yang menjadi tunjang PH dan PR dahulu pun mereka sanggup langgar sedangkan itulah harapan rakyat terhadap pembangkang, membina sebuah negara yang berdemokrasi tulen.

Tanpa PAS, parti-parti dalam PH benar-benar ditunggangi DAP. Jika dulu Anwar yang mengamalkan politiking sebegini, hari ini peranannya diambil alih DAP pula.

Sebagaimana BN, mereka menetapkan setiap wakil rakyatnya supaya bersetuju dengan setiap usul yang mereka bawa. Jika tidak, mereka boleh dikenakan tindakan disiplin. Inilah yang dipanggil undi blok.

Ketika pembangkang sering tewas dalam pengundian di Parlimen, rata-rata pemimpin dalam PH hari ini selalu menegaskan amalan undi blok itu adalah suatu yang tidak demokratik. Katanya amalan sebegitu memandulkan peranan Parlimen itu sendiri, yang seolah menjadi rubber stamp sahaja buat pemerintah.

Sepatutnya setiap wakil rakyat dari mana-mana parti sekalipun mesti bebas untuk memilih mana-mana perkara yang difikir sesuai untuk maslahah rakyat khususnya di parlimen yang mereka wakili itu.

Tetapi ketika DAP berperangai seperti BN, Sampai sekarang mereka diam membisu. Tak tahulah kalau selepas ini baru ada kritikan, tetapi membisu hingga sekarang adalah bukti kegerunan mereka terhadap DAP yang dianggap taiko besar dalam PH.

Kalau untuk mengamalkan demokrasi dalam PH pun penakut, jangan haraplah nak bawa Malaysia ke arah politik matang. Nampaknya tindakan menyisih istilah 'bersetuju untuk tidak bersetuju' yang diamalkan PR sebelum ini amat merugikan rakyat. Dua kali lima sahaja seperti BN.

Selain isu ini, sudah banyak DAP mencabul demokrasi dalam negara. Antaranya memaksa ahli PAS letak jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang, paksa kerajaan Selangor tidak terima PAS, dan menentang pembawaan usul pindaan akta mahkamah syariah ke parlimen.

Padahal semua tindakan PAS adalah tidak bercanggah dengan demokrasi. Namun fobia mereka terhadap PAS mengatasi segala pedoman parti.

DAP patut malu dengan istilah demokrasi yang mereka pilih, sebagaimana malunya orang Islam untuk melakukan kejahatan apabila berkopiah. Mereka patutnya ubah nama kepada Dictatoric Action Party.

Mereka bukan sahaja menghina prinsip demokrasi, bahkan begitu takut kuasa mereka tergugat dengan teguran yang kontra. Pada zaman yang mengagungkan intelektual dan kebebasan berpendapat ini, apakah DAP masih membontoti perangai BN untuk membawa Malaysia memperbodohkan masyarakat?

DAP perlu belajar dari PAS. Sewaktu berada dalam BN penghujung 70-an dahulu, apabila Parlimen mengusulkan pengisytiharan darurat di Kelantan, wakil rakyat PAS tidak bersetuju. Akibatnya, PAS ditendang keluar dari kerajaan BN.

Walaupun terlalu banyak manfaat kepada Islam ketika berada dalam kerajaan dahulu, PAS menunjukkan dirinya tidak sekali-kali boleh dikongkong. PAS sebenarnya sudah tahu rancangan BN untuk merampas Kelantan daripada pengisytiharan darurat itu.

PAS mengajar erti demokrasi sebenar, sebagai jiwa anak merdeka. Islam yang menunjangi parti itu tidak membenarkan PAS dikawal oleh apa jua undang-undang yang lebih tinggi dari itu. Biarlah terbuang, asalkan teguh berprinsip. Demi Islam dan rakyat. – ALANG IBN SHUKRIMUN, Harakah Daily.
Video Full Datuk Seri Najib Majalah 3

Video Full Datuk Seri Najib Majalah 3


Majalah 3 Siri 1-Datuk Seri Najib
Siri 1Majalah Tiga..Bermulanya Datuk Seri Najib Ceburi Politik#KekalNajib
Posted by Sek Kito Jangge Pecoh on 22hb Februari 2016





Kepada yang tidak berpeluang melihat Majalah3 ..berkaitan 40 tahun Datuk Seri Najib dalam politik..sila klik link fb...


Monday, 22 February 2016

Nafi Geran Bukan Duit Kerajaan

Nafi Geran Bukan Duit Kerajaan


SUNGAI KELABIT, BAKONG: Calon Parti Demokratik Progesif Sarawak (SPDP) Marudi Datu Dr Penguang Manggil menafikan beliau berhutang dengan syarikat tertentu dalam pengagihan geran kepada beberapa rumah panjang di sekitar Marudi.

Penguang mengakui berasa terkejut dengan kenyataan penyandang kerusi Marudi, Datuk Sylvester Entri Muran dalam sebuah akhbar tempatan yang mendakwa geran tersebut bukan bantuan kerajaan sebaliknya duit parti.

“Sebenarnya duit atau cek daripada saya adalah geran dilulus kerajaan pusat oleh Perdana Menteri menerusi Jabatan Perdana Menteri. Kita salur geran berkenaan kepada rakyat.

“Saya memberi geran kepada rakyat yang tidak diberi bantuan selama ini.

“Entri berbohong besar kerana mengatakan wang tersebut adalah hasil saya berhutang atau wang syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Michael Bangat, Sungai Kelabit, Bakong kelmarin.

Penguang kesal dengan dakwaan itu dan menyifatkan tindakan Entri itu sebagai orang yang ketakutan dan kabur penglihatan.

“Kita duduk di negara demokrasi. Justeru jika kita sebagai wakil rakyat sudah tidak disokong rakyat, kita harus berundur secara baik. Saya beri geran kepada rakyat yang tidak diberi bantuan selama ini.

“Saya percaya rakyat sudah tahu niat saya baik demi membela mereka.

“Tidak perlu bersuluh kerana sudah terang, SPDP merupakan parti komponen dalam Barisan Nasional. Jangan kelirukan rakyat dengan parti yang diperjuangkannya,” katanya.

Pada majlis sama, Penguang turut menyampaikan geran daripada Jabatan Perdana Menteri bernilai RM15,000 untuk Rumah Michael Bangat.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Pandang Sema dalam ucapannya berkata, beliau begitu teruja dengan sokongan rakyat di Marudi terhadap Penguang.

“Saya melihat sokongan rakyat di Marudi. Sokongan ini amat luar biasa. Saya juga mendengar bisikan rakyat yang menyokong Penguang mencecah 90 peratus.

“Maka beliau tidak bermasalah akan menang dengan majoriti besar,” dakwa Pandang yang menyokong Penguang sebagai calon di Marudi. -Utusan Borneo.
Betulkah Azmin Melobi Untuk Diri Jadi MB Selangor?

Betulkah Azmin Melobi Untuk Diri Jadi MB Selangor?




CheguBard dakwa ada bukti 'permainan kotor' Azmin Ali melobi diri sendiri untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor.

Terbaru, ahli PKR yang digantung itu berkata, dia ada bukti akuan bersumpah (SD) lima ADUN Selangor yang menarik balik sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan kelima-lima ADUN tersebut tetapi meminta siapa yang makan cili itu sendiri membuat penjelasan.

"Terbaru saya telah dimaklumkan mengenai lima ADUN (2 DAP, 3 PKR) selepas mengikrarkan sokongan kepada Wan Azizah telah membuat satu SD berbeza.

"Masing-masing menarik sokongan ke atas Wan Azizah dam kononnya taat setia dengan pilihan siapa sahaja oleh Sultan Selangor. Maka muncul persoalan, siapa yang berusaha menyediakan SD yang dilihat seragam format dan ayatnya? Adakah ini termasuk dalam usaha lobi Azmin untuk menjadi MB?," ujarnya dalam sidang media di sini petang tadi.

CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin mendakwa kenyataannya sebelum ini jelas membuktikan Azmin telah melanggar disiplin parti dengan tidak mematuhi arahan parti yang menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal sebagai MB Selangor.

"Kerana usaha lobinya beliau tidak peduli memalukan Presiden parti sendiri sehingga Datuk Seria Anwar Ibrahim sendiri digelar pengkhianat dan penderhaka.

"Jelas Pas menghantar tiga nama tidak ada nama Azmin dan DAP serta PKR hantar satu nama jelas bukan Azmin. Siapa yang hantar nama Azmin kalau bukan dia melobi diri sendiri?

"Ini bukan pelik kerana selepas PRU 2008 ketika PR setuju satu nama sebagai calon MB, dia (Azmin) menghantar nama sendiri ke Istana melalui Badan Perhubungan PKR Selangor.

"Itulah yang dimaksudkan oleh bekas MB, Tan Sri Khalid Ibrahim, semasa PRU 2008 ada dua nama diberi kepada Sultan Selangor," katanya.

Jika benar, katanya, istana tidak boleh dipersalahkan kerana yang bersalah ialah PKR kerana mempunyai seorang timbalan presiden yang tidak berdisiplin, tidak mampu bergerak mengikut organisasi dengan mempertahankan keputusan bersama hanya kerana rakus dan tamak dalam mengejar cita-cita peribadi.

Dalam pada itu, CheguBard juga mempersoalkan tindakan Jawatankuasa Disiplin PKR yang didakwa ada dua pertimbangan berbeza melibatkan tindakan kepada ahli.

"Jika PKR mampu deal dengan pemimpin tidak berdisiplin dan tidak ikut arahan parti, mengapa PKR perlu memecat Khalid Ibrahim atas alasan tidak mengikut arahan parti? Adakah PKR ada dua set undang-undang berbeza, satu untuk ahli biasa dan satu untuk mereka yang istimewa?," soalnya.

Orang kuat NGO, Solidariti Anak Anak Muda Malaysia itu juga mahu ADUN Sri Andalas, Dr. Xavier yang dahulunya menafikan dia menandatangani SD tidak sokong sokong Wan Azizah sehingga mahu keluar parti supaya tampil dengan bukti sokongan.

"Dia (Xavier) menafikannya. Jika ya, buktikan. Balai polis mana? Nombor aduan berapa? Kalau betul SD itu palsu, dia sebagai Naib Presiden PKR sudah tentu perlu tampil menafikannya," tegasnya



Menteri Besar Selangor, Azmin Ali hanya menunggu saat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara untuk merampas pucuk pimpinan parti.


Aktivis PKR yang kini digantung parti, CheguBard mendakwa Azmin sudah bersedia untuk itu termasuk menyediakan kader-kadernya dipelbagai jawatan parti wakil di negeri-negeri.


Beliau mendakwa jika ia berlaku, CheguBard tidak menolak kemungkinan berlaku 'pembunuhan politik' beramai-ramai dalam PKR oleh kartel yang diketuai Azmin.


"Bukanlah rahsia Timbalan Presiden PKR (Azmin) sedang memperkukuhkan kedudukan bagi mengambil alih parti dan hanya menanti keputusan kes memenjarakan Anwar.


"Orang-orangnya disusun dari peringkat tinggi hingga ke peringkat cabang. Ramai dalam parti sudah sedar bagaimana dia menyasarkan kerusi presiden dalam pemilihan lepas dan hanya berundur setelah Anwar sendiri turut menghantar borang pencalonan.


"Bayangkan jika keputusan membebaskan Anwar maka ia seolah-olah anti klimaks kepada kartel Azmin ini," ujarnya pada sidang media di sini petang tadi.


CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin merupakan ahli yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PKR itu ditemani beberapa ahli PKR yang menyokongnya hari ini.


Menurutnya, 'pembubuhan' beramai-ramai itu tidak mustahil dilakukan Azmin sekiranya dilihat pada kelicikannya melobi jawatan Menteri Besar Selangor sehingga meminggirkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.


Jika berlaku disebaliknya dimana Anwar tidak dipenjara, CheguBard dalam analisis politiknya meramalkan akan berlaku pertembungan antara kelompok Azmin dan Anwar dalam PKR.


Kesan kes Anwar kepada Barisan Nasional (BN) pula, CheguBard melihat jika Ketua Umum PKR itu tidak dipenjara, ia akan memberi kelebihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Dari sudut parti politik UMNO itu sendiri, Najib memmerlukan Anwar di luar penjara. Bukan rahsia kelompok yang kecewa dengan Najib dalam UMNO dan BN dan bukan sedikit jumlahnya namun mereka tidak menyerang Najib secara terbuka kerana bimbang kestabilan parti kerana musuh utama mereka, Anwar masih ada," katanya.


Jika Anwar dipenjara, musuh utama BN sudah hilang dan golongan yang kecewa dengan Najib akan bergabung menentangnya. 


Kesimpulannya, Najib selesa dan selamat jika Anwar di luar, katanya.


Mengenai Tun Mahathir Mohamad yang mengkritik Najib, CheguBard yakin bekas PM itu seperti harimau yang dicabut misai - hanya mengaum sekali sekala namun senyap selepas dibelai.


Lagi pun, anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz sudah diberi jawatan MB Kedah dan Mahathir sendiri diberi kerusi nombor satu dalam Proton.


"Jawapannya, Najib bukan Pak Lah yang dikuasai kelompok anak muda diketuai Khairy Jamaluddin yang tidak memahami seni politik ketika itu," katanya.--MalaysiaGazette
PAS dakwa Putrajaya beku pekerja asing kerana pilihan raya Sarawak

PAS dakwa Putrajaya beku pekerja asing kerana pilihan raya Sarawak



PAS yakin tindakan “flip flop” Putrajaya dala
m isu pengambilan pekerja asing, termasuk keputusan membekukan kemasukan mereka, merupakan tindakan sementara bertujuan mengelak ia dijadikan isu utama dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu tersebut sudah tentu akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRN Sarawak.

Katanya, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan berada dalam keadaan tersepit sekiranya beliau menyokong pengambilan warga asing secara besar-besaran tanpa menyelesaikan masalah kerja dan kehidupan yang menyelubungi rakyat negeri itu.

"Warganegara yang tertindas di negeri sendiri, terutamanya Sarawak, sudah pasti akan terasa dengan polisi kerajaan membawa sebegitu banyak warga asing ke negara ini.

"Ini tatkala hidup mereka terus dihimpit dengan kesusahan kos hidup, mencari kerja dan suasana sosiopolitik yang kian berubah kerana pertambahan warga asing yang begitu mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Bayangkan perasaan warganegara sendiri apabila melihat warga asing mendapat kerja manakala mereka menganggur; warga asing berniaga merata manakala mereka terus hidup bergaji rendah.

"Malah ada yang tiba-tiba menjadi bumiputera kerana mengahwini orang Bumiputera tempatan dan mendapat hak yang sama, malah ada yang lebih baik daripada warganegara sendiri," katanya.

Pertengahan tahun lalu, kerajaan mengumumkan rancangan membawa masuk 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh bagi memenuhi permintaan industri di negara ini.

Perkara itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja pihak industri.

Seperti pandangan beberapa pihak sebelum ini, PAS turut mendakwa, kerajaan tetap akan meneruskan pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu tetapi selepas PRN Sarawak berakhir.

"Hari ini, kerajaan boleh menyalahkan kononnya majikan yang flip-flop dalam pengambilan warga asing," katanya merujuk alasan yang diberikan Timbalan Menteri dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Tetapi, betulkah begitu? Kerana, pelan perniagaan dan sumber manusia tidak akan secepat para menteri Barisan Nasional berubah keputusan.

"Rakyat tunggulah dan lihatlah apakah alasan kerajaan ketika itu pula untuk membolehkan pengambilan warga asing semula.

"Besar kemungkinan rakyat terpaksa tunggu sehingga PRN Sarawak selesai dahulu," kata Tuan Ibrahim.-The Malaysian Insider
KM Sarawak Pertimbang Semula Kesetiaan Pada PM?

KM Sarawak Pertimbang Semula Kesetiaan Pada PM?


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata BN negeri sedia mempertimbang semula kesetiaannya kepada Datuk Seri Najib Razak jika perdana menteri didapati bersalah dalam kes berkaitan 1MDB.

“Saya boleh beri jaminan jika beliau didapati bersalah dalam kesalahan berkaitan 1MDB, kami mungkin pertimbangkan semula kesetiaan padanya,” beliau dipetik sebagai berkata oleh The Star.

Adenan berkata demikian dalam ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, yang berakhir hari ini.

Buat masa ini, katanya, BN negeri akan terus menyokong Najib kerana beliau belum didapati mempunyai sebarang salah laku.

Katanya, sebagai perdana menteri dan ketua BN, beliau harus menyatakan kesetiaannya kepada anggota parlimen Pekan itu.

Ketua menteri menjawab soalan Yap Hoi Liong (DAP-Dudong) sama ada BN negeri menyokong Najib walaupun mereka berpendirian Umno tidak patut masuk ke Sarawak.

- Malaysiakini
Setuju Jika Blog Didaftarkan Dengan Kementerian Komunikasi

Setuju Jika Blog Didaftarkan Dengan Kementerian Komunikasi



JOHOR BARU, 21 Feb — Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mencadangkan undang-undang digubal supaya penulis blog wajib mendaftar dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai usaha mengekang bahan penulisan berunsur fitnah dan tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata cadangan kepada KKMM itu bertujuan memastikan mutu bahan penulisan dalam laman blog atau pengguna laman sosial dibuat secara betul, sah, beretika serta tidak menyalahgunakan internet.

Beliau berkata KDN hanya mengawal penerbitan akhbar melalui Akta Mesin Cetak tetapi ia tidak cukup untuk mengawal penulisan blog berunsur fitnah dan tidak beretika.

“Jadi kita (KDN) hendak bantu kementerian berkaitan dalam usaha mereka menggubal undang-undang baharu bagi tujuan tersebut,” katanya kepada pemberita pada majlis rumaah terbuka Terbuka Tahun Baharu Cina 2016 di Kompleks Tan Sri Mohamad Rahmat, di sini hari ini.

Beliau berkata banyak negara termasuk Singapura turut menguatkuasakan pendaftaran itu dan tidak menolak kemungkinan model yang diguna pakai di negara jiran terbabit dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang baharu tersebut. — Bernama


Sunday, 21 February 2016

Hina Ketua Kaum Digesa Mohon Maaf

Hina Ketua Kaum Digesa Mohon Maaf




SIBU: Seorang pemilik akaun laman sosial Facebook didakwa menghina ketua kaum dan ketua masyarakat kawasan DUN N.53 Bawang Assan diminta memohon maaf dalam tempoh seminggu berikutan kenyataan dikeluarnya dalam laman sosial tersebut.
Temenggung Stanley Geramong yang menjadi jurucakap ketua kaum dan ketua masyarakat itu menuntut pemilik akaun Facebook terbabit Joseph Alexander membuat permohonan maaf secara terbuka dalam akhbar.
Menurut Stanley, Joseph dalam laman Facebook pada 14 Februari lepas telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan mencerca ketua kaum dan ketua masyarakat terutama di kawasan DUN Bawang Assan.
Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook itu petang kelmarin.
Lebih kurang 30 ketua kaum termasuk tuai rumah hadir di Balai Polis Sentral Sibu dan turut hadir ialah ialah Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut, Penghulu Richard Ampi serta Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Sibu Linus Melin.
Dalam kenyataan bahasa Iban itu, Joseph mendakwa ketua kaum dan ketua masyara-kat dari Bawang Assan takut bersuara atau mengemukakan pendapat terhadap kerajaan meskipun sedar tidak semua projek pembangunan dijalankan itu memberi ke-untungan kepada rakyat.
Selain itu, beliau turut mempertikaikan sikap pihak terbabit menerima elaun dan gaji setiap bulan sekali gus menyebabkan mereka menjadi pak turut serta tidak berani untuk bersuara.
Sementara menurut Linus, kenyataan yang dikeluarkan oleh Joseph itu tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat.
“Oleh itu, kami menuntut beliau memohon maaf secara terbuka,” tegasnya.
Stanley juga menambah, Joseph dalam kenyataannya itu turut menyentuh mengenai soal politik, lebih-lebih lagi berkaitan tindakan tuai rumah menutup pintu rumah panjang kepada pihak pembangkang.

“Beliau menggesa penduduk rumah panjang berubah termasuk menyokong Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri akan datang,” jelas Stanley. – Utusan Borneo.

Google+ Followers