Sabtu, 30 April 2016

Tiba Masa WSJ, SR Dipanggil Selepas Kempen Bersifat Dendam Terhadap Malaysia

Tiba Masa WSJ, SR Dipanggil Selepas Kempen Bersifat Dendam Terhadap Malaysia

KUALA LUMPUR: Setiausaha akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad pada Jumaat menyelar Wall Street Journal dan Sarawak Reports kerana berbohong dalam laporan mereka mengenai pelantikan Gabenor baharu Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata adalah sesuatu yang mengaibkan apabila nama baik Yang di-Pertuan Agong turut diseret media asing tertentu untuk menyerang Malaysia.

"Laporan bohong mengenai peristiwa penting negara oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Reports (SR) itu menunjukkan mereka tidak menghormati negara ini, kedaulatan kita atau Raja kita," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Tengku Sariffuddin berkata selama sebulan, kedua-dua penerbitan itu secara jahat melaporkan bahawa Najib melantik Tan Sri Irwan Serigar Abdullah, yang kononya 'sekutu beliau yang mempunyai kaitan dengan 1MDB' untuk menjadi Gabenor baharu Bank Negara Malaysia walaupun pada hakikatnya, tiada keputusan dibuat mengenainya ketika itu.

Menurutnhya kedua-dua penerbitan itu kemudian melaporkan bahawa Perdana Menteri membuat 'Pusingan U' berikutan pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor baharu bank pusat itu, dan mereka-reka cerita dengan mendakwa bahawa sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani watikah pelantikan Irwan, dan dipujuk supaya menukar nama yang dicalonkan.

"Seri Paduka dan Tan Sri Irwan telah secara terbuka menyatakan bahawa perkara itu tidak benar. Seri Paduka hanya menandatangani satu pelantikan - bagi Datuk Muhammad pada 26 April 2016 - dan Tan Sri Irwan tidak pernah ditawarkan jawatan itu," katanya.

Timbalan Gabenor sekarang, Muhammad, 56, dinamakan Gabenor baharu bank pusat itu bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara hujung bulan ini.

Muhammad, yang menyertai Bank Negara Malaysia pada 1984 dan dilantik sebagai Timbalan Gabenor pada Jun 2010, akan menyandang jawatan itu selama lima tahun, berkuat kuasa 1 Mei ini.

Tengku Sariffuddin berkata WSJ dan SR tidak mampu memberi walaupun secebis bukti bagi menyokong laporan mereka kerana ia dibuat dengan tidak berasaskan fakta, tetapi semata-mata berdasarkan sumber tidak dikenali, yang mungkin tidak langsung wujud.

Atau, katanya, mereka hanyalah satu lagi proksi bagi Kempen Anti-Najib Tun Mahathir, yang pembohongannya diterima dengan begitu mudah oleh WSJ dan SR.

Tengku Sariffuddin berkata kini tiba masanya WSJ dan SR dipanggil berikutan kempen mereka yang bersifat dendam terhadap Malaysia.

"Pembohongan mereka kini terbukti dan rakyat Malaysia perlu sedar bahawa tiada satu pun laporan mereka boleh dipercayai," katanya.
Renault Zoe Kini Di Pasaran Malaysia

Renault Zoe Kini Di Pasaran Malaysia

KUALA LUMPUR: Renault ZOE, kenderaan elektrik sepenuhnya, kini boleh didapati dalam negara dalam jumlah unit terhad, menerusi TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal untuk kereta Renault di Malaysia.

Direka sebagai kenderaan tulen elektrik, ZOE merupakan penyelesaian Renault kepada mobiliti sifar pelepasan, kata TC Euro dalam satu kenyataan Jumaat.

"Seperti semua kenderaan elektrik, ZOE tidak mengeluarkan CO2, NOx, CO atau zarah halus. Ia juga menghilangan bau yang tidak menyenangkan dan bunyi bising 'enjin' semasa diguna di jalan raya," katanya.

ZOE berwarna Glacier White, dijual pada harga RM145,888 atas jalan, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan, tanpa insurans untuk pendaftaran individu di Semenanjung Malaysia.

Seperti semua kereta penumpang Renault di Malaysia, selang servis bagi Renault ZOE ialah 10,000 km atau enam bulan, yang mana terdahulu.

Ia juga didatangkan dengan jaminan pengilang tiga tahun atau 100,000 perbatuan, jaminan lima tahun ke atas enjin elektrik atau 100,000 km (yang mana terdahuku) dan jaminan cengkaman bateri lima tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu).-- Bernama
Tak Boleh Tubuh Kerajaan Perpaduan Dengan Umno

Tak Boleh Tubuh Kerajaan Perpaduan Dengan Umno

MARANG - "Tidak boleh!". Demikian jawapan ringkas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan di antara Pas dan Umno di Terengganu pada saat Umno dalam keadaan terumbang-ambing.

Malah, beliau turut menyifatkan kedudukan Umno di negeri Terengganu kini dalam keadaan ‘darurat’ berikutan krisis yang melibatkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan Istana Terengganu.

“Tujuan kena ikhlas (untuk mewujudkan kerajaan perpaduan), jangan tujuan kerana darurat. Ini darurat, tidak boleh,” katanya sambil menegaskan beliau, bagaimanapun, tidak mengikuti sepenuhnya perkembangan Umno di negeri itu.

Ketika ditanya selain faktor politik semasa, adakah Pas meletakkan apa-apa syarat jika Umno di Terengganu mahu bersama dengan Pas yang dasarnya memperjuangkan Islam, tegasnya, perkara itu sudah dimaklumkan sebelum ini.

“Kita dah cakap lama (mengenai penubuhan kerajaan perpaduan). Kena baca balik (kenyataan-kenyataan saya sebelum ini),” katanya ketika ditemui selepas berakhirnya kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila di sini, semalam.

Kenyataan Ahli Parlimen Marang itu jelas menunjukkan ketegasan pendiriannya sebelum ini yang diluahkan selepas merasmikan Himpunan NGO Marang di pekarangan Masjid Pasir Puteh, Merchang, di sini, minggu lalu.

Ketika itu, beliau berkata Pas tidak ada halangan untuk bersama mana-mana parti politik di negara ini dengan syarat mereka boleh menerima Islam, al-Quran dan as-Sunnah.

“Siapa pun tak kisah, Umno ke, DAP pun... jika terima Islam. Siapa yang masuk Islam kita terima,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau juga dipetik berkata, jika Umno bersedia bersama dengan Pas, muzakarah perlu diadakan bagi mencari titik persamaan itu.

Sementara itu, ketika mengulas pandangan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik yang mencadangkan agar parti Pas dan Umno bergabung, Abdul Hadi mengulangi syarat Dr Zakir, iaitu mengikut al-Quran dan as-Sunnah.

“Dr Zakir sebut kena ikut al-Quran dan as-Sunnah, tapi orang lupa syarat itu,” katanya.
Usul Pecat Muhyiddin,Mukhriz Lepas PRN Sarawak

Usul Pecat Muhyiddin,Mukhriz Lepas PRN Sarawak


KUCHING: Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan mengemukakan usul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada Umno pada mesyuarat MT parti itu, yang dijadualkan selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11.

Beliau berkata tindakan Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Mukriz yang juga bekas Menteri Besar Kedah untuk bersekongkol dengan parti pembangkang sedangkan mereka masih anggota Umno, adalah melanggar prinsip Umno.

"Kebebasan bersuara yang diberikan Umno kepada mereka selama ini telahdisalahgunakan dan ia sudah cukup untuk membuktikan kesalahan mereka berdua," katanya pada persidangan berita di sini, Jumaat.

Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata Umno mengamalkan demokrasi dan membenarkan anggotanya mengkritik namun, kritikan Muhyiddin dan Mukhriz telah melampaui batasan.

"Selepas pilihan raya negeri ini, kita akan adakan mesyuarat dan saya sendiri akan mengusulkan supaya kedua-dua mereka dipecat. Kita perlu ambil tindakan," katanya.

Nazri diminta mengulas tindakan Muhyiddin, Mukhriz dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghadiri siri ceramah bertajuk 'Bicara Isu Semasa Selamatkan Malaysia' di Jitra, Kedah pada Khamis.

Ditanya mengenai tindakan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghalang kemasukan individu tertentu ke Sarawak, beliau berkata tindakan itu wajar demi menjaga keharmonian di negeri ini.

Keharmonian di Sarawak pada masa ini perlu diteruskan untuk menjamin kemajuan ekonomi yang berterusan, katanya.

"Jika kita lihat suasana kempen pilihan raya negeri kali ini, ia dijalankan dengan begitu tenang dan bertamadun sekali tanpa kejadian tidak diingini berlaku, jadi mereka ini perlu dihalang daripada menghasut rakyat Sarawak," katanya. -Bernama
Guan Eng Dihalau Keluar Sarawak

Guan Eng Dihalau Keluar Sarawak

KUCHING 30APRIL: Selepas kerajaan negeri Sarawak mengarahkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk keluar dari Sarawak sebelum 2 Mei ini kini seorang lagi pemimpin negeri menerima nasib serupa.


LGE jpegKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan turut diarah keluar oleh pihak imigresen negeri itu sebelum hari pengundian bagi pilihan raya negeri pada 7 Mei depan.

Melalui laman sosialnya berkata, beliau berkata hanya dibenarkan tinggal di negeri ini sehingga 5 Mei.

“Selepas 20 minit menunggu, dibenarkan masuk ke Sarawak sahaja hingga Mei 5. Tidak dibenarkan masuk selepas itu sehingga pilihan raya Sarawak pada 7 Mei berakhir,” kata Setiausaha Agung DAP itu melalui twitter.

Imigresen Sarawak kebiasaanya memberikan pas menetap bagi tempoh 90 hari kepada pelawat dari Semenanjung.

Pihak berkuasa negeri itu telah mengharamkan senarai panjang ahli politik pembangkang untuk masuk ke Sarawak.

Tindakan itu mendapat kritikan dengan ahli politik dari Pakatan Harapan (Pakatan) mendakwa Ketua Menteri, Adenan Satem menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti politik yang sah seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.-Keadilan Daily
PKR parti pengecut: DAP

PKR parti pengecut: DAP

KUCHING: "PKR adalah sebuah parti yang pengecut kerana pada PRN Sarawak kali ini mereka hanya datang untuk mengikat kaki dan tangan DAP", kata Tanasekharan semalam.

Beliau merupakan ADUN Bagan Dalam, Pulau Pinang yang dijemput untuk sesi ceramah DAP di Kota Padawan semalam amat kesal dengan tindakan PKR mengkhianati perjanjian pembahagian kerusi untuk PRN Sarawak.

DAP bertembung dengan PKR sebanyak 6 kerusi DUN termasuk Batu Kitang, Mambong, Simanggang, Ngemah, Murum dan Mulu.

Tanasekharan dalam ceramah yang sama turut mempertikai isu salahlaku pemimpin negara yang terlibat dalam skandal 1MDB. Menurut beliau, nilai wang yang hilang sekarang telah mencecah ke RM4.2billion dan sebahagiannya digunakan untuk pilihanraya Sarawak.

"Kerajaan perlu mengutamakan masalah rakyat tanpa mengira kaum serta fahaman politik", tambah beliau sambil menegaskan bahawa rakyat adalah pembayar cukai dan wang itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara.

"Saya yakin, tidak mustahil suatu hari nanti DAP akan dapat menubuh kerajaan di Sarawak".-SarawakLive

Jumaat, 29 April 2016

Jangan Pertaruh Masa Depan Sarawak Dengan Salah Memilih

Jangan Pertaruh Masa Depan Sarawak Dengan Salah Memilih


KUCHING, 29 Apr (Malaysiaaktif) — Rakyat Sarawak dinasihati agar tidak mempertaruhkan masa hadapan dengan membuat pilihan yang salah menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata demikian pada Majlis PM Bersama Jentera PRN-11 N.6 Tupong malam tadi.

Najib melahirkan rasa kagum dengan semangat jentera Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) N.6 Tupong yang berusaha gigih dalam memastikan kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN) N.6 Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penyandang kerusi N.6 Tupong sebelum ini iaitu Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman atas jasanya selama ini banyak membawa pembangunan di kawasan tersebut.

“Oleh itu, adalah wajar kita hadiahkan kemenangan kepada beliau atas khidmat kepada masyarakat di kawasan ini,” tambah Najib.

Terlebih dahulu, Najib dan Fazzrudin menunaikan solat Isyak berjemaah di Masjid At-Taqwa.

Sementara itu, Fazzrudin pula berkata, kawasan N.6 Tupong secara tradisinya ialah kubu kuat BN sejak lima penggal lalu.

Beliau berikrar akan berusaha memastikan N.6 Tupong sekali lagi akan menjadi kubu kuat BN untuk tempoh lima tahun lagi.

Kawasan N.6 Tupong menyaksikan pertentangan di antara Fazzrudin dengan Nurhanim Hanna Mokhsen (PKR).
Benarkah Calon BN Sarawak Diugut Tembak?

Benarkah Calon BN Sarawak Diugut Tembak?


KUCHING: Suhu kepanasan politik di pekan kecil ini semakin mendidih dan di luar daripada kebiasaan ekoran daripada konflik yang berlarutan antara SPDP dengan Teras.

Datuk Sylvester Entri Muran yang namanya diumumkan sebagai calon kerusi Marudi oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem tidak disenaraikan sebagai calon mewakili Teras. Sebaliknya, Datu Dr Penguang Manggil dari SPDP disebabkan pengaruh dan popularitinya yang mencanak.

Penguang Manggil dan juga Ketua Penerangan Pemuda SPDP Jaya Ramba yang juga seorang penulis kreatif terkenal menerima empat ancaman bunuh antara pukul 1 dan 3 pagi semalam.

Akhbar harian itu memetik Penguang sebagai berkata, “Saya mengambil ancaman ini secara serius dan mahu pihak berkuasa berkaitan menyiasatnya dengan segera”

Menurut laporan media beliau didatangi empat orang yang tidak dikenali ketika berjalan ke arah bank dari hotel berhampiran di Marudi pada pukul 1.30 petang semalam.

Menurut laporan itu, dengan cara yang menakutkan, empat individu memberitahu Penguang akan ditembak oleh seorang “anak pemanca”.

Penguang yang disifatkan mempunyai peluang cerah untuk menang di situ akan menentang Elia Bit dari PKR dan calon Bebas Louis Julong pada 7 Mei ini.

Marudi dapat dikategorikan antara kawasan panas ekoran perbalahan sengit antara SPDP dan Teras. – Sarawakvoice.com
Jangan Salah Pilih-PM

Jangan Salah Pilih-PM

KUCHING, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Rakyat di negeri ini dinasihati agar tidak mempertaruhkan masa hadapan dengan membuat pilihan yang salah menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata demikian pada Majlis PM Bersama Jentera PRN-11 N.6 Tupong malam tadi.

Najib melahirkan rasa kagum dengan semangat jentera Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) N.6 Tupong yang berusaha gigih dalam memastikan kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN) N.6 Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.

“Segala usaha tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan kepada masyarakat Tupong bahawa kita mampu mengekalkan kawasan Tupong sebagai kubu kuat BN,” kata Najib.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penyandang kerusi N.6 Tupong sebelum ini iaitu Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman atas jasanya selama ini banyak membawa pembangunan di kawasan tersebut.

“Oleh itu, adalah wajar kita hadiahkan kemenangan kepada beliau atas khidmat kepada masyarakat di kawasan ini,” tambah Najib.

Najib juga menyarankan jentera PRN PBB Tupong supaya menggandakan usaha dalam memastikan hadiah kemenangan kepada Daud dapat direalisasikan.

“Projek Pan Borneo bernilai RM16 bilion ialah hadiah kerajaan pusat kepada rakyat di negeri ini yang tentunya akan memberi manfaat besar kepada masyarakat,” ujar Najib.

Najib yang juga Pengerusi BN percaya rakyat dapat menilai sendiri keikhlasan kerajaan BN Persekutuan mahupun kerajaan BN Negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam membawa Sarawak ke peringkat yang lebih maju.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja rasmi ke negeri ini bermula Ahad lepas mengingatkan masyarakat Tupong supaya tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Menurutnya, pembangkang yang selama ini dilihat sebagai sebuah perikatan yang bersatu akhirnya menunjukkan sifat mereka yang sebenar.
Semangat Setiakawan Asas Kekuatan Utama BN

Semangat Setiakawan Asas Kekuatan Utama BN

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menyifatkan kekuatan utama Barisan Nasional (BN) Sara­wak dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN- ll) terletak pada semangat setiakawan dan kesetiaan terhadap parti.

Sibu Sarawak
Katanya, ia terbukti dengan kemunculan beberapa 'muka lama' yang digugurkan sebelum ini bagi membantu calon pengganti di kawasan masing-masing, bermula dari hari penamaan calon dan sepanjang tempoh berkempen bagi memastikan kemenangan besar berpihak kepada BN.

Beliau berkata, ia memperlihatkan elemen penyatuan dalam kalangan pemimpin dan ahli BN Sarawak, termasuk penyokong di peringkat akar umbi yang amat menekankan kepentingan parti, bukannya individu dalam me­mastikan kelangsungan 'Pasukan Adenan'.

Semangat juang tinggj
Adenan yang juga Pengerusi BN Sarawak, berkata penampilan beberapa muka lama yang digugurkan itu bagi membantu kempen membuktikan mereka mempunyai se­mangat juang tinggi.

"Mereka cukup 'gentleman' termasuk Datuk Peter Nansien Ngusie iaitu bekas penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru. Hari ini (semalam) beliau duduk sebaris bersama calon BN dan menyokong kita untuk menang kerusi ini," katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Bau di sini, semalam.

Yang hadir sama isteri Ketua Menteri, Puan Sri Jamilah Anu; calon BN bagi kerusi DUN Tebedu, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dan calon BN bagi kerusi DUN Tasik Biru, Datuk Henry Jinep.

Adenan berkata, keterbukaan Nansien dan beberapa muka lama menerima pengguguran mereka dengan hati terbuka cukup dikagumi, sekali gus menepati aspirasi BN Sarawak dalam membentuk generasi pemimpin pelapis.

"Kita menghargai sumbangan beliau selama 20 tahun berkhidmat untuk DUN Tasik Biru, termasuk berada dalam Kabinet Sarawak," katanya.

Pusat Kebudayaan Bidayuh
Nansien yang juga Timbalan Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) bukan saja mengumumkan pengunduran secara sukarela, malah menyatakan sokongan terhadap calon BN di kawasan itu daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Adenan turut mengumum­kan peruntukan RM5 juta bagi pembinaan Pusat Kebudayaan Bidayuh yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam pertemuan mereka kelmarin.

Khamis, 28 April 2016

Dawai kokot di telinga, polis seksa Dharmendran sebelum mati

Dawai kokot di telinga, polis seksa Dharmendran sebelum mati

PUTRAJAYA, 28 April ― Dawai kokot ditemui terlekat di telinga N Dharmendran membuktikan tahanan itu diseksa polis yang menyiasatnya, kata Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Siap).

Pengerusinya Datuk Yaacob Md Sam juga menepis dakwaan polis yang mengatakan dawai kokot digunakan ketika membalut dan memindahkan mayat Dharmendran.

“Ia tidak logik langsung, penjelasan yang tidak munasabah,” katanya, mengulas teori polis bagaimana telinga mangsa dilekat dawai kokot, dalam satu sidang media hari ini.

Yaacob berkata laporan ahli patologi mendapati kedua-dua telinganya yang diseksa menggunakan dawai kokot masih berdarah, mustahil kejadian itu berlaku selepas kematian.

“Ini menunjukkan telinganya dilekat dawai kokot ketika masih hidup. Ia menolak [penjelasan] dawai kokot digunakan selepas kematiannya atau di bilik mayat.

Dharmendran, 31, ditahan pada 12 Mei 2013 berhubung kes cubaan membunuh di Cheras dan disiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Dia mengadu sakit dada ketika dalam tahanan dan rebah pada 4.25 petang 21 Mei. Dia didapati tidak sedarkan diri ketika tiba di Hospital Kuala Lumpur pada yang sama.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada mulanya membebaskan empat pegawai polis yang didakwa membunuh Dharmendran.

Mahkamah Rayuan kemudian mengarahkan semua tertuduh — Inspektor S Hare Krishnan, 42, Sarjan Jaffri Jaafar, 46, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 47, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 34 — membela diri Mei ini.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/dawai-kokot-di-telinga-polis-seksa-dharmendran-sebelum-mati#sthash.rM39TzOe.dpuf
'Pejabat Guan Eng Bohong'

'Pejabat Guan Eng Bohong'



Georgetown-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti daripada PKR, Dr Norlela Ariffin menyifatkan kenyataan Pejabat Ketua Menteri yang mengkritiknya berhu- bung isu pendaftaran Agenda Ekonomi Saksama (AES) sebagai satu pembohongan.

Norlela berkata, kenyataan Pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa beliau tidak melaksanakan tanggungjawab mendaftarkan le­bih ramai keluarga miskin di Penanti bagi program AES adalah tidak benar sama sekali.

"Pembohongan apa ini? Saya sudah e-mel fail AES kepada Pegawai Penyelaras Pejabat Ke­tua Menteri, Ab Wahab Long, minggu lalu. Malah, malam semalam (kelmarin) saya sekali lagi hantar dokumen yang dikemas kini.

"Fail berkenaan mengandu- ngi semua maklumat yang dikumpul ketika perbincangan bersama Penolong Pegawai Daerah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mac lalu," katanya ketika menghubungi BH, semalam.

Daftar keluarga miskin
Norlela mengulas kenyataan Pejabat Ketua Menteri yang mendakwa beliau tidak me­laksanakan tanggungjawab mendaftarkan lebih ramai ke­luarga miskin di Penanti bagi program AES.

Kelmarin, BH melaporkan, Norlela mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang mengamal- kan sikap 'pilih kasih' terhadap rakyat berikutan lebih tumpuan diberikan kepada pen- duduk di pulau dan bandar, berbanding di kampung.

Susulan itu, Pejabat Ketua Menteri mengeluarkan kenya­taan membidas dakwaan Nor­lela dengan mendakwa wakil rakyat itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendaftar lebih ramai keluar­ga miskin di Penanti bagi prog­ram AES.

Ab Wahab berkata, Norlela gagal merujuk sebarang kes keluarga miskin, selain hanya mencari publisiti di akhbar de­ngan menyebarkan dakwaan tidak berasas.

"Sungguh pun beberapa taklimat AES dijalankan di kawasannya tetapi jumlah peserta program itu masih kurang memuaskan berbanding di daerah Seberang Perai Utara," katanya.

Berita Harian Khamis 2842016 MS 19(Nasional)
Peminta Sedekah Dapat RM200 Sehari

Peminta Sedekah Dapat RM200 Sehari

Hanya dalam masa sejam, pengemis warga asing boleh mengumpul RM30, manakala dalam masa sehari mereka dapat mengutip sehingga RM200.

Itu pengakuan pengemis warga asing selepas mereka ditahan dalam Ops Kutip yang dijalankan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor di kaki lima dan jejambat sekitar pusat bandar di sini, petang kelmarin.

Dalam operasi pada jam 6 petang itu, tiga wanita warga Myanmar ditahan kerana didapati tidak memiliki dokumen perjalanan.

Seorang bayi lelaki tujuh bulan serta dua kanak-kanak berusia setahun dan dua tahun turut dibawa ke Pejabat Imi­gresen untuk siasatan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Siti Aliah Md Ali, berkata wanita itu menjadikan laluan orang ramai di sekitar bandar sebagai sasaran dengan menja­dikan kanak-kanak yang dipangku untuk meraih simpati.

Raih simpati
"Dalam operasi ini, kita memeriksa 10 pengemis termasuk warga tempatan dan raenahan enam daripada mereka iaitu tiga wanita berusia 26 hingga 34 tahun, dua kanak-kanak dan seorang bayi,"
katanya.

Ada orang hantar
Siti Aliah berkata, berdasarkan pengakuan warga asing itu, mereka mengumpul antara RM100 hingga RM200 se­hari ketika mengemis bermula pada jam 2 petang hingga tengah malam.

"Mereka juga mengaku ada orang yang menghantar me­reka ke lokasi berkenaan yang mana kita percaya ia dilakukan oleh sindiket tertentu," katanya.

Siti Aliah berkata, mereka ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(l)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Harga Minyak Cecah Paras Tertinggi

Harga Minyak Cecah Paras Tertinggi

Harga minyak mencecah paras tertinggi tahun ini semalam, didorong oleh kejatuhan dolar Ameri- ka Syarikat (AS) dan bukti penurunan bekalan negara itu, meletakkan harga di landasan tepat untuk mencatat prestasi bulanan paling kukuh sejak April lalu.

Prospek perjanjian dalam kalangan pengeksport terbesar di dunia untuk mengehadkan pengeluaran yang menyediakan pemangkin kepada 55 peratus kenaikan sejak pertengahan Februari lalu.

Aliran kenaikan terhenti hampir dua minggu lalu apabila pertemuan antara anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan rakan mereka bukan dari- pada OPEC'berakhir dengan kebuntuan.

Paras tertinggi Brent
Sejak itu, Brent mencatat paras tertinggi sejak November 2015 dan ia dibantu oleh satu lagi bukti pengeluaran menurun dari manamana kawasan lembangan syal AS hingga ke Laut Utara, menarik pelaburan tunai baharu.

"Pasti terdapat sedikit titik perubahan apabila kita mempunyai jualan besar-besaran awal selepas mesyuarat pengeluar.

"Itu sudah terbalik dan ia terus menunjukkan (pem- bekuan pengeluaran) adalah satu bahagian agak kecil daripa- da apa yang menyokong harga dan ia sebenarnya adalah tinjauan bekalan untuk AS serta nilai dolar yang benar-benar memacu pulangan," kata pakar strategi CMC Markets, Jasper Lawler.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$1.03 pada AS$46.77 satu tong pada 0835 GMT, selepas meningkat hampir 20 peratus pada April, keuntungan sebulan terbesar yang dicatatnya dalam setahun.

Penanda aras antarabangsa itu awalnya mencecah paras ter­tinggi 2016 pada AS$46.8l.
Niaga hadapan minyak men­tah West Texas Intermediate (WTI) AS meningkat 86 sen ke­pada AS$44.90 satu tong.

Brent menerima sokongan tambahan daripada berita Arab Saudi dan Kuwait tampak tiada hasrat untuk memulakan semula operasi medan minyak Khafji yang mereka dikendalikan bersama.

Hasil medan Khafji
Medan itu menghasilkan 280,000 hingga 300,000 tong sehari sebe- lum masalah alam sekitar yang memaksanya ditutup pada Okto- ber 2014.

WTI disokong selanjutnya selepas Institut Petroleum Ame- rika (API) melaporkan mencatat paras hampir 1.1 juta tong untuk inventori minyak mentah AS minggu lalu. Penganalisis men- jangkakan peningkatan 2.4 juta tong.

Nilai dolar jatuh pada hari itu, selepas susut kira-kira lima peratus berbanding sekumpu- lan mata wang sejak awal tahun ini, walaupun kadar faedah AS dijangka meningkat.

Jawatankuasa dasar penetapan Rizab Persekutuan bermesyuarat semalam, namun ia dijangka tidak mengumumkan apa-apa perubahan dalam kadar faedah, menyebabkan peniaga terpaksa menunggu kenyataan selepas mesyuarat bagi sebarang petunjuk kepada tinjauan.
REUTERS
Pendapatan TNB RM21.17 Bilion

Pendapatan TNB RM21.17 Bilion

enaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan pendapatan RM21.17 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2016 (TK2016), menurun 2.2 peratus berbanding RM21.64 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Penurunan itu disebabkan oleh pengiktirafan jumlah lebi- han pemulihan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak RMi.39 billion, kesan daripada penurunan kos penjanaan beri- kutan harga bahan api yang rendah.

TNB menerusi kenyataan di Kuala Lumpur semalam, menya- takan keuntungan selepas cukai bagi separuh pertama TK2016 adalah RM3.28 bilion, penyu- sutan 26.9 peratus berbanding RM4.48 bilion pada tempoh sama 2015.

Katanya, pelaporan jumlah ICPT dalam penyata kewa- ngan TNB dilaksanakan buat pertama kali pada suku ketiga TK2015, selepas semakan dan perbincangan terperinci dibuat antara TNB dengan pihak kawal selia berkaitan.
Untung meningkat

"Hasilnya, keuntungan selepas cukai TNB yang diselaraskan bagi separuh pertama TK2016 mencatatkan peningkatan 7.7 peratus kepada RM3.07 bilion, daripada RM2.85 bilion yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu.

"Peningkatan ini terutama disebabkan oleh pertumbuhan permintaan unit elektrik sebanyak 3.6 peratus yang direkodkan pada separuh perta­ma TK2016 bagi Semenanjung," katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd, berkata TNB terus mendapat faedah melalui pelaksanaan ICPT di bawah Sistem Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dalam konteks pulangan stabil dan pende- dahan terhad daripada kesan turun naik kos penjanaan.

Katanya, dalam- situasi semasa permintaan elektrik tidak menentu selain peruba han corak penggunaan tenaga, pulangan TNB yang stabil adalah instrumen strategi bagi peran- cangan masa hadapan syarikat.

"Pada masa sama, mekanis- ma ICPT juga menunjukkan bahawa walaupun terdapat pertumbuhan permintaan 3.6 peratus bagi tempoh separuh pertama TK2016, penjimatan daripada penurunan kos pen- janaan berikutan harga bahan api rendah akan dipulangkan semula kepada pengguna," kata- nya.
Selain itu, bagi menghadapi situasi pasaran yang sentiasa berubah dan merancang menuju ke arah perkembangan perniagaan, TNB juga sedang mengambil langkah positif untuk menjadi juara domestik dan serantau (DRC).

"Aspirasi itu membabitkan hala tuju dan fokus baharu sya­rikat ke arah perkembangan, berpandangan ke hadapan dan tertumpu ke arah pertumbuhan syarikat," katanya.

Azman berkata, bagi opera- si syarikat dalam negara, TNB akan mengukuhkan usaha mengoptimumkan kecekapan operasi dan akan membuka nilai dengan mengambil peluang daripada semua aspek sedia ada, merangkumi segmen penjanaan hingga melangkaui meter pelanggan.

"Di peringkat antarabangsa, TNB akan merangka jejak kearah pertumbuhan kumpulan di pasaran membangun utama, terutama di pasaran yang mem- punyai pertumbuhan permintaan tenaga yang tinggi," katanya.

Berita Harian  Khamis 2842015 MS B6
Flipina Tekad Hancurkan Abu Sayyaf

Flipina Tekad Hancurkan Abu Sayyaf

Presiden Filipina, Benigno Aquino, semalam berikrar melancarkan serangan ketenteraan untuk menghancurkan gerakan militan yang bertanggungjawab memenggal kepala seorang warga Kanada dan masih menahan 20 yang lain.

Aquino dalam satu kenya- taan berkata, pasti ada yang akan terkorban, namun perkara paling utama adalah aktiviti jenayah militan Abu Sayyaf dapat dimusnahkan sama sekali.

Beliau berkata demikian selepas kepala milik warga Kanada John Ridsdel, yang diculik tujuh bulan lalu ketika berada di atas sebuah kapal layar, dibuang dekat Jolo, kubu kuat Abu Sayyaf di pedalaman pulau selatan pada Isnin.

"Pembunuhan ini bertujuan menakutkan seluruh rakyat. Abu Sayyaf fikir mereka berjaya menyemai rasa gerun dikalangan kita. Sebaliknya kita lebih terdo- rong untuk memastikan keadilan dilaksanakan," tegas Aquino.

Bawah kawalan Sahiron

Pemimpin Abu Sayyaf yang berikrar taat setia dengan kumpulan militan IS masih menahan lebih 20 warga asing lain.

Ia termasuk seorang warga Kanada, seorang lelaki Norway dan seorang wanita Filipina yang diculik bersama Ridsdel di marina berhampiran Davao, bandar terbesar di selatan Fili­pina kira-kira 600 kilometer dari Jolo.

Abu Sayyaf juga dipercayai menahan seorang pemerhati burung warga Belanda yang diculik di sebuah pulau di sela­tan Filipina pada 2012, dan 18 pelayar Indonesia dan Malay­sia yang diculik sejak beberapa bulan lalu.

Aquino berkata semua tawanan berada di bawah kawa­lan Radullan Sahiron, salah seorang pengasas Abu Sayyaf yang terkenal kerana sebelah lengannya kudung dalam pertempuran dengan tentera.
AFP
Nawi Mohamad  Bakal MB Baru Terengganu?

Nawi Mohamad Bakal MB Baru Terengganu?

PETALING JAYA, 28 April — Timbul spekulasi Terengganu mungkin mendapat menteri besar (MB) baru selepas semua darjah kebesaran Ahmad Razif Abdul Rahman ditarik balik Sultan Mizan Zainal Abidin minggu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin berkata akan menemui sultan Terengganu bagi menyelesaikan isu tersebut.

Kini muncul desas-desus Nawi Mohamad bakal menggantikan Razif walaupun dinafikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut sendiri.

“Tidak… tidak betul. Dari mana anda dapat cerita ini?

“Setahu saya, saya tidak tahu menteri besar yang ada akan digantikan,” katanya.

Nawi diminta mengulas laporan yang mendakwa Najib sudah menghadap sultan pada Selasa dan mencadangkan namanya menggantikan Razif, wakil rakyat Seberang Takir.

“Tidak. Setahu saya semuanya berjalan seperti biasa di Terengganu.

“Saya tidak menafikan Terengganu sedang berdepan masalah namun ia akan diselesaikan tidak lama lagi. Saya sangat pasti [dapat diselesaikan],” katanya.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/nawi-gantikan-razif-bakal-mb-terengganu-baru#sthash.fszZMtPO.dpuf
Kerjanya Seludup Dadah

Kerjanya Seludup Dadah

Harun dan Cikgu. Itu lah dua nama besar pengedar dadah war- ga Malaysia yang masih aktif menjalankan kegiatan haram itu di sempadan Danok, Sa dao Bukit Kayu Hitam.

Seorang bekas pengedar warga Thailand yang mahu dikenali sebagai Soms ber- kata, kedua dua mereka ini aktif sejak tujuh tahun lalu untuk menyeludup pclbagai dadah terutama ganja.

Menurutnya, Harun yang berusia lingkungan 30 an berperanan sebagai penye ludup sebelum menjadikan daerah berhampiran sempa­dan (sebelah Malaysia) se­bagai tempat pengumpulan.

"Semua dadah yang dise- ludup itu akan dibawa ke Kuala Lumpur," katanya yang pernah suatu ketika dulu menjadi saingan Harun dalam pengedaran dadah.

Soms berkata, sepanjang pengetahuannya, sindiket di anggotai dua nama berkenaan juga bukan saja memasarkan dadah itu kepada rakyat Ma laysia, malah turut menye ludupnya ke Indonesia.

"Apapun saya tidak berapa pasti (mengenai penyeludu pan dadah ke Indonesia)...tetapi, apa yang saya dengar ia seperti itu," katanya.

Mengenai lelaki dikenali sebagai Cikgu' itu. Soms ber kata, lelaki berusia 40-an itu adalah majikan kepada Ha run.
"Harun dan Cikgu selalu ke Danok untuk mengurus kan 'barang' yang akan diseludup mereka itu," kata nya.

Soms berkata, sindiket terbabit sanggup mengupah 'transporter' (penghantar) sehingga RM50,000 bagi satu perjalanan supaya membawa 'barang' dengan selamat dari kawasan Thailand (lepas pemeriksaan sempadan) ke Kuala Lumpur.
"Jangan ingat semuanya
Harun dan Cikgu selalu ke Danok untuk menguruskan 'barang' yang akan diseludup mereka*

akan lepas biarpun ada 'orang dalam' membantu mereka, sebaliknya pada sa­tu satu masa akan ada tu- kang tarik ataupun 'trans­porter' dijadikan korban.

"Mudahnya begini, jika ada 10 lori sekali jalan...sin diket akan korban kan satu supaya menarik perhatian pihak berkuasa. Jadi, sem- bilan lagi akan lolos," ka­tanya.

Dalam kejadian terbaharu 19 April lalu, seorang rakyat Malaysia ditahan bersama 520 kilogram ganja yang di- sembunyikan dalam perabot yang dimuatkan dalam trak dipandunya di pusat peme riksaan Imigresen Danok.
Lelaki terbabit mendakwa dia diupah RM1.000 untuk membawa dadah berkenaan ke Kuala Lumpur.

Hasil pemeriksaan terhadap trak terbabit, pihak ber­kuasa menemui 520kg da­dah dalam 29 bungkusan di anggar bernilai 15.6 juta baht (RM150.000).

Lelaki itu mendakwa di upah pengedar dadah Ma­laysia untuk mengambil da­dah berkenaan dari Hatyai dan menyeludupnya masuk ke Malaysia untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

Dalam laporan eksklusif Harian Metro semalam, Skuad Khas Harian Metro membongkar kewujudan se- buah pulau kecil yang ter- letak antara puluhan pulau di Laut Andaman yang di syaki menjadi transit dan markas penyeludupan dadah terbesar dari selatan Thai land ke beberapa negara te­rutama Malaysia dengan
menggunakan bot nelayan.

Pulau diberi nama Koh Lo itu dianggap nelayan tem- patan sebagai kawasan la- rangan kerana sentiasa di- kawal ketat individu bersenjata.

Difahamkan, Koh Lo juga dijadikan tempat memproses dadah yang dibekalkan se- cara terus dari 'Segitiga Emas Dadah' iaitu sempadan Laos, Myanmar dan Thailand.

Bagi mengaburi mata pen duduk tempatan, pulau itu diuar uarkan sebagai milik persendirian dan dikawal sebagai habitat semula jadi untuk burung layang layang.
Ma­nifesto Pembangkang Lebih Bersifat Populis dan Tidak Realistik

Ma­nifesto Pembangkang Lebih Bersifat Populis dan Tidak Realistik

Parti politik yang bertarung dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 pada 7 Mei ini, masing-masing sudah mengumumkan mani­festo sebagai wadah untuk disampaikan kepada bakal pengundi. Oleh itu, bagi setiap pilihan raya umum atau kecil pembikinan dan pengwuju dan manifesto adalah suatu kelaziman dan diperkirakan penting oleh parti politik yang bertanding.

Dari segi intipati, manifesto Barisan Nasional (BN) yang di lancarkan kelmarin mempunyai bahagian rasional mengapa rakyat perlu mengundi ba­risan itu dan moto Rakyat didahulukan. Sebaliknya, ma­nifesto pembangkang lebih bersifat populis dan tidak realis- tik.

Sebanyak 53 Prinsip dan Tindakan Ketua Menteri atau po­pular dengan panggilan #the Adenanway atau 'Adenanfever'. Yang menariknya dalam kandungan 53 prinsip ini ialah pemansuhan dan pengurangan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Jun 2015. Begitu juga dengan penurunan harga tambang feri di seluruh Sarawak yang diseragamkan daripada RM5, RM10 atau RM15 kepada hanya RM1 dan ia dikuatkuasakan mulai l Julai 2015.

Lebih peluang untuk wanita
Menariknya juga ialah meningkatkan penyertaan wanita da­lam aktiviti sosioekonomi yang tidak disentuh oleh mana-mana parti pembangkang. Memandangkan jumlah penduduk wanita adalah 51 peratus berbanding lelaki, maka sewajarnyalah wanita diberi peluang yang baik.

Disebut juga di dalam manifesto BN mengenai pencapaian lebih daripada 20 peratus wanita memegang jawatan pembuat keputusan pada tahun 2015. BN juga berjanji peratusan ini akan meningkat.

Untuk golongan belia atau graduan, BN juga mengadakan program Graduate Enhance­ment Training Sarawak (GETS) selama tiga tahun iaitu 2016 hingga 2018 bagi melatih sehingga 5,000 pemegang diplo­ma dan ijazah yang mengang- gur untuk mempertingkatkan peluang pekerjaan bagi gra­duan berkenaan.

Namun, apakah manifesto yang dikemukakan oleh pihak pembangkang satu realiti atau angan-angan? Ada beberapa kelemahan di dalam manifes­to yang dikemukakan oleh pi­hak pembangkang yang saya lihat sebagai sesuatu yang ber- sifat populis dan tidak realistik. Tujuan manifesto yang bersifat populis ini sebenarnya ingin menarik perhatian rakyat.

Dalam erti kata lain, mani­festo yang ditawarkan oleh pi­hak pembangkang adalah ber­sifat sementara bagi meraih simpati, mahupun undi dari­pada rakyat. Contohnya ialah menawarkan perkhidmatan bas awam percuma di bandar utama seperti di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu, selain menambah bilangan bas hingga tiga kali ganda untuk warga yang bekeija. Pada saya, hal ini boleh dilakukan terus tanpa menunggu pilihan raya.

Sedia peluang pekerjaan
Manifesto pembangkang juga tidak memberikan misalnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kejayaan iaitu mencipta peluang pekerjaan. Persoalannya ialah peluang pekerjaan di bidang apa yang dititikberatkan? Apa­kah sebelum ini mereka sendiri sudah menyediakan pekerjaan kepada penduduk Sarawak? Di manakah statistik kejayaan me­reka jika benar mereka menye­diakan peluang pekerjaan itu?

Merujuk kepada KPI pula, ia berlandaskan apa yang sudah dicapai dan apa yang boleh dicapai dalam tempoh tertentu, iaitu apakah yang boleh dicapai dalam jangka masa yang pendek khasnya dan jangka masa yang panjang khasnya.

Jika KPI jangka masa pendek sudah pun dicapai, maka ia bo­leh dijadikan satu bukti bagi meneruskan KPI untuk jangka masa panjang. Ia juga bermaksud bahawa sesuatu KPI yang hendak dicapai sudah dibuktikan dan tidak hanya berdasarkan persepsi semata-mata dan pandangan umum tanpa membuat sebarang kajian dan analisis mendalam mengenai isu berkenaan.

Penulis
ialah Pensyarah Kanan /
Penganalisis Politik, Fakufti Sains
Pentadbiran dan Pengajian Polisi,
UiTM Sarawak Kampus
Samarahan
PRN Sarawak:Jangan Bakar Bendera Parti

PRN Sarawak:Jangan Bakar Bendera Parti

KUCHING, 28 Apr (Malaysiaaktif) –“Saya minta orang ramai supaya tidak buang, tidak bakar bendera antara parti kerana kini ada pegawai pilihan raya yang memantau.”

Demikian kata Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen (IPK) Sarawak, ACP Mohd Haris Daud yang ditemui dalam sidang media di IPK Sarawak tengah hari tadi.

Tambahnya, sebanyak lapan laporan telah diterima semalam dan enam daripadanya telah dibuka untuk siasatan.

“Ada kes banner dibakar berlaku di Bulatan Sg. Bidut, Sibu dan Batu Kawa dan kes dibuka untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, ada juga banner yang dibuang, dikoyak dan disimbah cat berlaku di Tapah, Sri Aman, Kanowit, Bintulu dan Batu Kawa yang kesnya telah dibuka untuk siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Kami mohon penyokong parti tidak lagi melakukan kesalahan yang sama kerana ada penguat kuasa pilihan raya yang terdiri daripada wakil parti, dan majlis tempatan sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ini.

“Pesalah yang melakukan khianat dengan jalan demikian itu menyebabkan kerugian yang berharga sebanyak dua puluh lima ringgit atau lebih, penjara sehingga dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya,” ujar Haris lagi.

Sementara itu, menyentuh isu kebenaran ceramah untuk parti Bebas, Liu Thian Leong malam tadi Haris berkata, “Memang calon BN, Datuk Dr. Sim Hui Kian yang memohon kebenaran untuk mengadakan ceramah dahulu. Namun Dr. Sim memaklumkan pembatalan ceramahnya oleh sebab kehadiran Perdana Menteri bagi merasmikan Balai Raya Kg. Desa Wira Batu Kawa. Jadi, tiada isu yang perlu dibangkitkan,” jelas Haris.
Semua Projek Mega Dihentikan, Elak Pembaziran – Adenan

Semua Projek Mega Dihentikan, Elak Pembaziran – Adenan

KUCHING, 28 Apr (Malaysiaaktif) – Barisan Nasional (BN) berupaya mengurangkan tarif elektrik dan menghapuskan tol di Sarawak kerana pengurusan kewangan negeri yang bijaksana.

Demikian tegas Tan Sri Adenan Satem dalam program Ketua Menteri bersama Media yang berlangsung di DUN Lama semalam.

“Semua projek mega termasuk empangan dihentikan bagi mengelakkan pembaziran. Hasil royalti air dikembalikan kepada rakyat melalui penghapusan tol dan penurunan tarif elektrik.

Tambahnya, pembangkang boleh menjanjikan bulan dan bintang seperti mengumumkan akan menyediakan perkhidmatan awam percuma kepada rakyat.

“Kalau benar pembangkang mampu berbuat demikian, kenapa tiada perkhidmatan awam percuma di Selangor atau Pulau Pinang?

Bagaimana mungkin perkara ini berlaku sedangkan mereka gagal menguruskan parti dengan baik? Pembangkang gagal berkompromi dalam pembahagian kerusi yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri di beberapa kawasan seperti N.78 Mulu, N.75 Senadin, N.70 Samalaju dan 15 lagi kawasan.

Sementara itu, menjawab soalan Malaysiaaktif, Adenan berkata konflik dan pergaduhan sesama sendiri pembangkang amat baik buat BN.

“Bagi BN ini yang terbaik dapat dilakukan dengan kompromi antara BN. Kita tidak boleh mendapat semua yang kita hajati dan inilah pembahagian yang terbaik.

“Setakat ini belum ada calon pembangkang yang memberi kebaikan atau pembangunan kepada Sarawak.

Adenan menyifatkan pembangkang ini mempunyai matlamat yang berlainan walaupun tidur sebantal.

Beliau mengganggap prestasi jentera kempen BN yang dikenali sebagai Adenan Team sangat bagus. Jika pemilih mengundi mana-mana pasukannya bererti mereka mengundinya. Beliau tak mampu bekerja seorang diri, semuanya perlu dilakukan bersama ahli kumpulan.

“Bagi kes poster dikoyak di beberapa tempat, ini kes vandalisme bukan sabotaj mana-mana parti. Bukan hanya pembangkang, poster BN juga dirosakkan. Kebarangkalian juga kerana angin dan hujan lebat,” jelas Adenan.
DAP,PKR Masing-Masing Berdendam

DAP,PKR Masing-Masing Berdendam

Insiden DAP dan PKR di PRN ke-11 Sarawak membuktikan parti itu tidak pernah sehaluan walaupun gambaran ditunjukan pada rakyat merekalah terbaik abad ini.

Meruncingnya masalah hubungan mereka apabila masing-masing membawa haluan sendiri setelah tiada kata putus parti mana yang layak bertanding di enam kerusi sehingga berlaku pertembungan sesama sendiri.

DAP menawarkan kepada PKR agar menarik diri di lima DUN,Mulu,Murum,Simanggang,Ngenah dan Mambong jika PKR tidak mahu DAP meneruskan pertandingan di Batu Kitang.

PKR nampaknya terus bekeras tidak bersetuju mengundurkan calonya disebarang kawasan yang bertembung dengan DAP.

Tawar menawar antara tokey besar kedua-dua parti gila kuasa tanah air ini nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Bagi PKR,keputusan tidak mengundurkan calonnya di tempat lain adalah tepat, berikutan tawaran DAP sebagai gambaran tidak ada kempampuan calonya di Batu Kitang berikutan calon dari PKR Voon Shiak Ni telah dikenali masyarakat disitu sejak 15 tahun berbanding dengan budak hingusan yang dipilih DAP sebagai calonya,iaitu Abdul Aziz Isa yang baru berusia 26 tahun.

Menurut penyelidikan penulis,ramai memberi pendapat,’walaupun DAP dilihat cuba beralah dengan alasan untuk menumpukan di 31 kerusi yang ditandinginya dengan melupakan apa yang terjadi,sebenarnya titik hitam telah terbentuk dikalangan pemimpin DAP sendiri dan akan diheret ke Selangor pada PRU 14 nanti.

Kenapa titik hitam mula terbentuk dikalangan pemimpin DAP?.Pemimpin DAP sebelumnya menyedari ada beberapa kawasan yang akan ditandingi mereka memiliki peluang untuk dimenangi.

Setelah insiden pertembungan sesama sendiri peluang itu tidak bersinar lagi dan sudah tentulah PKR dipersalahkan samada dengan luahan atau disimpan dihati,makanya terbentuklah titik hitam sebagi benih berpecahnya Pakatan Harapan.

Share this:

Rabu, 27 April 2016

Sainstis Berusaha Hidupkan Singa Mati

Sainstis Berusaha Hidupkan Singa Mati



SAKHA, Rusia – Sepasukan saintis di sini membuat percubaan untuk menghasilkan klon seekor anak singa purba yang hidup pada Zaman Ais sekitar 12,000 tahun lalu susulan penemuan dua bangkai haiwan itu dalam keadaan hampir sempurna pada Ogos tahun lalu.

Dua bangkai anak singa itu dijumpai beku di dalam ais di Siberia. Spesies singa purba itu diketahui sudah lama pupus.

Bagaimanapun, saintis-saintis berharap mereka dapat menggunakan tisu hidup yang menyimpan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam bangkai tersebut untuk menghidupkan semula spesies singa Zaman Ais tersebut.

Bagaimanapun, hanya satu bangkai anak singa itu digunakan bagi tujuan penyelidikan, manakala bangkai kedua akan disimpan di Muzium Mamot, Yakutsk, Rusia.
“Penemuan ini tanpa disangkal lagi adalah sesuatu yang amat menakjubkan,” kata Pensyarah Akademik Sains Yakutsk, Dr. Albert Protopopov. – Agensi

Selasa, 26 April 2016

Batu Kitang Tempat Dendam DAP Kepada PKR

Batu Kitang Tempat Dendam DAP Kepada PKR

Kegagalan capai kata sepakat antara DAP dan PKR petanda Pakatan Harapan akan terkubur sebagaimana pakatan rakyat setelah pemimpin kedua-dua parti itu gagal mempamirkan kesepakatan sebenar mereka.


Kegagalan pucuk pemimpin kedua-dua parti capai keputusan satu bukti hubungan baik mereka selama ini adalah wayang bagi mengaburi mata rakyat.

Bukti itu telah berlaku apabila DAP dan PKR apabila bertembung sesama sendiri di PRN ke-11 Sarawak bagi merebut kedudukan dalam Dewan Undangan Negeri.

Apa yang berlaku antara dua parti itu juga satu bukti kuat pembangkang tidak akan mampu tubuh kerajaan kukuh berdasarkan pertandingan diatas tiket parti berbeza.

Jika di Kedah dan Perak pembangkang berjaya membentuk kerajaan campuran DAP,PAS dan PKR tetapi hancur dan kehancuran itu satu bukti tidak boleh dinafikan pembangkang.

Kali ini pada siri PRN ke-11 negeri Sarawak sekali lagi bukti hubungan goyang parti dalam Pakatan Harapan dipamirkan kepada rakyat yang kononya tidak sengaja berlaku,wal hal jelas sekali hubungan baik antara pemimpin parti itu yang ditunjukkan kepada rakyat tidak melambangkan kesepakatan mereka.

Tidak kesepakatan itu boleh dilihat secara jelas apabila DAP dan PKR sengaja memasang calon mereka dibeberapa DUN.
1-N.78:Mulu
DAP-Paul Anyie Raja
PKR-Pauls Baya
2-N.66:Muru
DAP-Mathew Silek
PKR-Abun Sui Anyit
3-N.49:Ngemah
DAP-Richard ak Lias
PKR-Thomas Laja ak Besi
4-N.32:Simanggang
DAP-Leon Jimat Donald
PKR-Norina Omoi ak Utot
5-N.19:Mambong
DAP- Sanjan ak Daik
PKR-Willie ak Mongin
6-N.13:Batu Kitang
DAP-Abdul Aziz Isa
PKR-Voon Shiak Ni

Kenapa dikatakan secara sengaja? sebagai bukti kukuh ,pemimpin DAP dan PKR tidak bermesyuarat di satu meja yang sama disaat mencari kata sepakat untuk mencapai kata pemutus lebih-lebih lagi disaat akhir.

Pemimpin kedua-dua parti yang gila kuasa itu pula saling menunding jari berkaitan apa yang terjadi.
Sementara di N.13:Batu Kitang yang mempunyai 17,400 lebih pengundi DAP mencalonkan anak muda Melayu untuk bersaing dengan calon dari PKR Voon Shiak Ni.

Kenapa DAP calonkan anak muda Melayu? sedangkan majoriti pengundi kaum Cina.
Dari sudut ilmu politik ia tidak menjadi kesalahan,tetapi dari sudut strategi mungkin berlainan dari kebiasaan.Ini berkemungkinan pemimpin DAP melalui risikan kemenangan tidak berpihak kepadanya jika mencalonkan calon sebangsa dengan calon PKR di Batu Kitang berikutan calon PKR dikatakan lebih berwibawa.

Untuk memecah belahkan undi dua calon bebas di letakan di kawasan sama,strategi ini dilihat untuk tidak memberi peluang kemenangan kepada PKR.

Inilah antara sebab yang digambarkan DUN Batu Kitang tempat DAP melabuhkan dendamnya kepada PKR .
Jika pada malam sebelum hari penamaan calon, DAP dan PKR masih bertelagah mengenai agihan kerusi,tidak logik pula jika DAP tiada dendam kepada PKR.
RM300,000 Lesap, Mesin ATM Diletupkan Di Jitra

RM300,000 Lesap, Mesin ATM Diletupkan Di Jitra

JITRA: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik sebuah bank di Pekan Jitra I di sini diletupkan awal pagi Selasa tadi sebelum wang tunai dianggarkan bernilai lebih RM300,000 dilarikan.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, kejadian berlaku kira-kira 5.04 minit pagi yang disyaki dilakukan dua individu memakai topeng serta menaiki kereta Toyota Camry.
“Suspek dipercayai menggunakan bom paip sepanjang satu kaki dengan ukur lilit lima inci serta diameter sepanjang satu setengah kaki.
“Ia dilakukan dengan cara menyelitkan bom berkenaan di tempat khas pengeluaran duit di ATM tersebut setelah mengopak bahagian atas dan bawah mesin dengan menggunakan besi,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Polis turut menemui serpihan bom paip sepanjang setengah kaki dan wang tunai RM600 yang bertaburan di atas lantai.
Letupan turut menyebabkan cermin bank pecah dan retak.
MH17:Betukah CIA Terlibat?

MH17:Betukah CIA Terlibat?


TESEN rangkaian televisyen Britain, BCC menampilkan bukti terbaharu yang menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh pesawat tempur Ukraine berbanding penggunaan sistem peluru ber- pandu permukaan ke darat, BUK seperti yang dinyatakan laporan rasmi sebelum ini.

Menurut portal Mail Online, BBC akan menyiarkan doku- mentari khas berhubung nahas terbabit dengan menampilkan beberapa teori yang dikaitkan dengan punca pesawat terbabit meletup di udara sebelum terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014, menyebabkan semua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.

Selain itu, BBC turut mendakwa tragedi itu berpunca akibat operasi pengganas yang dibantu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Dokumentari bertajuk "The Conspiracy Files: Who Shot Down MH17 itu akan disiarkan pada 3 Mei ini.

Walaupun laporan rasmi oleh pasukan penyiasat antarabangsa menyebut pesawat itu ditembak jatuh oleh sistem pertahanan buatan Rusia, BUK dari kawasan yang dikuasai oleh pemberontak pro Moscow, namun dokumentari ber­kenaan mengumpul kenyataan beberapa orang saksi yang mendakwa kapal terbang Boe­ing 777 terbabit ditembak oleh sebuah pesawat pejuang.

Wartawan Jerman yang menyiasat kes itu, Billy Six mewawancara kira-kira 100 saksi untuk program khas BBC tersebut dengan tujuh daripadanya mendakwa melihat kelibat se­buah jet tempur pada hari kejadian.

Bagaimanapun juruterbang pesawat tempur Ukraine, Kapten Vladislav Voloshin yang dituduh terlibat dalam tragedi berkenaan, menafikan dakwaan tersebut.

Dokumentari BBC itu turut menampilkan teori tentang penglibatan CIA melancarkan operasi pengganas untuk meletupkan pesawat terbabit bagi menyalahkan Rusia yang juga seteru AS.

Teori berkenaan dicetuskan oleh penyiasat peribadi, Ser­gey Sokolov yang percaya CIA membantu pasukan perisikan Ukraine dan Belanda untuk meletakkan bom dalam pesawat itu ketika di Amsterdam.

"Tindakan pengganas ini pada asalnya bertujuan untuk meningkatkan sekatan terhadap Rusia selain membuktikan kepada dunia bahawa Moscow adalah negara yang tidak bertamadun kerana sanggup meletupkan pesawat penumpang.

"Operasi terbabit membuka peluang kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk mengukuhkan kedudukan di Eropah terutamanya di Ukraine yang bergolak akibat pemberontakan," katanya.

Paksa Onani Tahanan Lokap Anggota Polis Ke Mahkamah

Paksa Onani Tahanan Lokap Anggota Polis Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR — Seorang lans koperal polis yang pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Polis Diraja Malaysia(PDRM) 2011 didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tiga pertuduhan melakukan kelucahan melampau ke atas tiga pelajar lelaki yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang di sini dua minggu lalu.

Tertuduh, Lans Koperal Mohd. Khairul Hisam Azis, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Isteri tertuduh hadir di mahkamah dan setia mendengar pertuduhan yang dikenakan ke atas Mohd. Khairul. Sepanjang prosiding Mohd. Khairul kelihatan tenang dengan sekali-sekala dia dilihat menoleh ke belakang melihat galeri awam dari kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Khairul yang mempunyai dua anak didakwa me­lakukan kelucahan melampau ke atas ketiga-tiga remaja yang masing-masing berusia 14,15, dan 16 tahun ketika mereka ditahan reman.

Mohd. Khairul didakwa melakukan perbuatan keji itu di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang sebanyak tiga kali iai- tu pada pukul 1 pagi, 5 pagi dan 5.30 pagi pada 10 April.

Difahamkan, tertuduh didakwa melaku­kan onani ke atas seorang remaja berusia 15 tahun manakala bagi remaja berusia 14 dan 16 tahun, masing-masing didakwa dipaksa melakukan onani di depan tertuduh.

Bagi ketiga-tiga perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan huku-man maksimum penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tahanan remaja itu terdahu- lu ditangkap dan direman di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang kerana terlibat dalam pergaduhan berkumpulan di Wangsa Maju di sini pada 8 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noor- din manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd. Syazwan Mohd. Salleh dan Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud.

Pihak pendakwa menawarkan ikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan untuk memastikan tertuduh hadir di mahkamah selepas ini.

Bagaimanapun, jumlah jaminan itu dibantah Mohd. Syazwan yang memohon agar anak guamnya dibenarkan diikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan.

Dia memberi alasan ini merupakan kes jenayah pertama tertuduh selain ter­tuduh juga merupakan seorang penjawat awam yang baik kerana pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PDRM pada 2011.

Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, Mahyudin membenar- kan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan. Tertuduh membayar wang ikat jamin yang kesemuanya ber- jumlah RM6,000 menerusi isterinya.Kes tersebut akan disebut semula pada 19 Mei ini.

Pada 9 April lalu, Kosmo! melaporkan, dua kumpulan pelajar gengster dari empat buah sekolah di Kuala Lumpur bergaduh besar dengan menggunakan pelbagai jenis senjata dipercayai gara-gara berebut teman wanita dalam kejadian di Jalan Wangsa Melawati 4, Taman Wangsa Melawati di sini.

Akibat pergaduhan yang antaranya menggunakan kayu, cota, besi dan topi keledar, dua pelajar lelaki tingkatan empat berkenaan berlumuran darah akibat dibelasah.

Ekoran kejadian tersebut, polis berjaya menangkap 18 pelajar daripada 20 pelajar yang bergaduh untuk disoal siasat.

Bagi kes pergaduhan itu, polis telilh mendakwa 11 remaja termasuk tiga remaja yang mendakwa menjadi mangsa perbuatan keji anggota polis terbabit di Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini atas pertuduhan merusuh di kawasan perumahan di Wangsa Melawati.

Baki tujuh lagi yang ditahan dibebaskan.
Kesemua mereka yang berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh di- hukum penjara maksimun lima tahun dan denda.

-Kosmo Selasa 26 April 2016
Drama penjenayah rempuh kedai

Drama penjenayah rempuh kedai

RANTAU PANJANG – Tindakan lima penjenayah dipercayai warga asing yang cuba melarikan wang milik seorang peniaga di Kampung Tok Sangkut Repek di sini tumpas apabila kenderaan yang dipandu melanggar dan merempuh sebuah kedai di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, lima suspek termasuk salah seorang wanita dipercayai mengekori mangsa yang menjalankan perniagaan jual beli lembu dari sebuah bank di Pasir Mas menggunakan sebuah motosikal dan kereta.

Dua suspek yang menunggang motosikal terbabit kemudiannya bertindak memecah kereta Toyota Harrier dan mengambil sejumlah wang milik mangsa yang berhenti di sebuah kedai makan, kira-kira 10 kilometer dari bank terbabit sebelum melarikan diri.

Walau bagaimanapun, motosikal suspek terbabas di Masjid Tok Sangkut menyebabkan mereka terjatuh di bahu jalan.

Pembongceng berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga berkenaan dan meninggalkan rakannya di tempat kejadian sebelum diberkas oleh penduduk di masjid berkenaan.

Malangnya, suspek yang cuba lolos menaiki kereta dipercayai menuju ke Repek juga gagal selepas kereta itu terbabas lalu terbalik sebelum melanggar pintu depan sebuah kedai runcit di Jalan Lubok Jong Pohon Tanjong .

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, pemandu tersepit hampir 15 minit.

"Suspek cedera parah pada bahagian kepala dan tidak sedarkan diri sebelum diselamatkan anggota keselamatan," katanya.

Sementara penduduk sekitar turut membantu menahan suspek dan menyelamatkan pemandu yang tersepit.

Beliau berkata, kelima-lima suspek mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, pihak polis masih menyiasat identiti suspek dan kewarganegaraan kesemua yang terlibat.

Dalam pada itu, Ibrahim menafikan viral yang tersebar membabitkan seorang bayi, dikatakan berada di dalam kereta suspek terbabit.

Kes ini katanya, disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri.

Sementara itu, pemilik kedai berkenaan , Munirah Mohammad, 31, berkata, bunyi kuat dari arah jalan raya berjaya menyelamatkan nyawanya daripada menjadi mangsa kemalangan dihempap suspek.

“Mujurlah emak tak duduk di sini (hadapan pintu kedai), kerana ibu mempunyai masalah pendengaran, jika tidak dia juga mungkin menjadi mangsa kejadian terbabit.

“Selepas kemalangan itu, saya terus panggil ibu dan adik-adik kerana risau kereta mungkin meletup, kerana petrol mengalir masuk ke dalam kedai,” katanya.

Menurutnya, orang ramai mengerumuni kereta itu dan beranggapan mahu menyelamatkan kesemua mangsa di dalam kereta itu.

“Selepas itu barulah saya tahu, rupanya suspek dikaitkan dengan kes curi yang mungkin mencecah ratusan ribu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba I, El Taraff Mohd Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 petang.

Setibanya di tempat kejadian, pihaknya dapati kereta terbabit terbabas dan merempuh tiang papan tanda kereta api sebelum melanggar kedai.

“Kami meneutralkan kawasan yang dipenuhi bahan api kerana berlakunya pertumpahan petrol,” katanya.

-Sinar Harian
Lagi Pelajar Kena PatuK Ular

Lagi Pelajar Kena PatuK Ular

SEREMBAN: Pelajar tingkatan tiga sekolah berasrama penuh, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sungai Gadut di sini, yang dipatuk ular Sabtu lepas, berada dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, di sini.

Ibu mangsa Roziana Abd Rani, 47 berkata doktor yang merawat anaknya Khairul Rusidy Kamaruddin, 15, memberitahu bahawa keadaan anaknya tidak kritikal kerana ular yang menggigit anaknya bersaiz kecil.

"Kejadian berlaku selepas anak saya dalam perjalanan pulang ke asramanya selepas menunaikan solat Isyak... warden yang mengetahui kejadiannya ini telah membawa anak saya ke hospital untuk rawatan.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati anak saya memang dipatuk ular dibahagian kaki kanan. Namun susulan rawatan beberapa hari di hospital, anak saya telah dibenarkan pulang... tiada rawatan susulan diperlukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata anaknya diberikan cuti sehingga Rabu ini dan akan memulakan sekolah semula sama ada minggu hadapan atau selepas tamat cuti sakit bergantung kepada keadaan anaknya.

Kejadian itu merupakan kes kedua daripada kes pelajar di negeri ini dipatuk ular dalam kawasan sekolah selepas seorang murid tahun dua dipatuk ular semasa kelas Pendidikan Jasmani di padang sekolahnya di Rembau, 20 April lepas.

Sebelum itu, kematian murid tahun satu, Nuriey Nadhirah Roslan, 7, selepas dipercayai dipatuk ular pada 19 April lepas di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan , menjadi viral terutamanya di laman media sosial. --Bernama
10,915 anak tidak sah taraf di Kedah

10,915 anak tidak sah taraf di Kedah

JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) Kedah mencatatkan sebanyak 10,915 pendaftaran kanak-kanak yang dikategorikan sebagai anak tidak sah taraf bagi tahun 2010 hingga 2015.

Exco Kebajikan Masyarakat Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata, jumlah itu merangkumi pendaftaran yang melibatkan kelahiran tanpa perkahwinan teratur antara kedua ibu bapa dan pendaftaran tanpa maklumat bapa.

“Bagi tahun 2010, sebanyak 1,553 kelahiran anak tidak sah taraf didaftarkan di Kedah, 2011 (1,620 pendaftaran), 2012 (1,932 pendaftaran), 2013 (1,760 pendaftaran), 2014 (1,928 pendaftaran) dan 2015 (2,122 pendaftaran).

“Setakat Januari hingga Februari 2016, sebanyak 210 anak tidak sah taraf telah didaftarkan di Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan oleh (Pas-Merbau Pulas) Datuk Siti Ashah Ghazali yang bertanyakan mengenai jumlah kelahiran anak tidak sah taraf dalam negeri Kedah mengikut daerah pada sidang Dun Kedah, semalam.
Mangsa Culik Risau Bapa Gagal Sediakan Wang Tebusan

Mangsa Culik Risau Bapa Gagal Sediakan Wang Tebusan

Rakaman perbualan antara rakyat Malaysia dalam tahanan penjenayah bersenjata, Abu Sayyaf dan bapanya menjadi viral di media sosial.

Bapa tahanan, Wong Chie Ming, 55 mengesahkan kepada The Star pada Isnin mengenai perbualan pada 18 April lalu yang juga kali keempat dihubungi anak lelakinya.

Dua beradik, Wong Teck Pang, 31 dan Wong Teck Chi, 29, sepupu mereka, Johnny Lau Jung Hien, 21 dan Wong Hung Sing, 34 diculik daripada bot tunda berhampiran Pulau Ligitan di perairan Semporna pada 1 April lalu.

"Penjenayah bersenjata memberi tempoh sehingga akhir bulan ini untuk menyerahkan wang tebusan. Kami bimbang jika tidak dapat mengumpul wang seperti yang dituntut," kata Chie Ming.

Menerusi perbualan itu, salah seorang anak lelaki Chie Ming dengan suara menggeletar bertanyakan bapanya jumlah wang yang dikumpul setakat ini untuk memastikan mereka dibebaskan.

"Jika gagal untuk mengumpul wang yang banyak, kami akan dipancung," kata anaknya.

Mengenai lokasi persembunyian, beliau berkata, mereka sentiasa bergerak bagi mengelak dikesan pasukan tentera Filipina.

Chie Ming juga memberi jaminan akan cuba sebaik mungkin untuk mengumpul wang tebusan bagi menjamin keselamatan mereka.

Perbualan selama dua minit 49 saat itu berakhir apabila Chie Ming berulang kali meminta anaknya memberitahu nombor telefon penculik untuk memudahkan proses rundingan.

Isnin, 25 April 2016

PRN Sarawak:PAS Akan Kalah Sekali LAGI Dibeting Maro

PRN Sarawak:PAS Akan Kalah Sekali LAGI Dibeting Maro

Pertembungan antara PAS dan Amanah di PRN Sarawak merupakan satu pertembungan menarik antara kedua parti dan keputusannya pasti di nanti-nanti oleh penganalisis politik serta rakyat Malaysia.

Berdasarkan pengalaman dalam politik PAS dan Amanah dikira serupa berikutan pemimpin parti yang perisidenkan Mat Sabu juga asalnya dari PAS.

PAS bertanding diatas tiketnya bermula 1955 manakala Amanah bertanding pertama kali diatas tiket sendiri pada PRN Sarawak kali ke 11.

7 Mei 2016 sejarah tercipta buat Amanah samada berjaya memperolehi beberapa kerusi atau tidak,namun 7 Mei merupakan tarikh parti itu menerima keputusan pilihan raya diperingkat DUN turut tercatat.

Jika PAS tumbang ditangan Amanah di Samariang,Muara Tuang,Sadong Jaya,Sebuyau dan Beting Maro dalam jumlah kiraan undi lebih sedikit bermakna kedudukan kerusi PAS di Selangor goyang ditangan Amanah.

Kelima-lima kerusi PAS lawan Amanah merupakan kawasan majoriti Melayu,namun begitu dipercayai sukar untuk kedua parti itu memperolehi sebarang kerusi berikutan calon dari parti terkuat iaitu BN turut bertanding di kawasan sama.

DUN Beting Maro pada PRN 10 BN perolehi kemenangan dengan jumlah kiraan undi 391 yang mana calon dari BN Razaili Gapor bertentangan dengan calon dari PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus .Jumlah keluar mengundi 5,808 pengundi.

Di Beting Maro PAS menyimpan cita-cita besar berdasarkan keputusan PRN 10 lalu,namun begitu PAS harus ingat kini Amanah juga turut mencalonkan calonya di kawasan yang sama.

Mengikut perkiraan semasa berdasarkan keputusan lalu,PAS berkemungkinan besar kalah sekali lagi di Beting Maro manakala Amanah hilang wang pertaruhan.

Cita-cita PAS mungkin tidak kesampaian kerana Amanah turut mencari kedudukan di Beting Maro dalam usaha mencipta sejarah kemenangan pertama dalam pilihan raya setelah menderhakai PAS.
Lelaki Pecah Patung Di Kuil Sakit Mental

Lelaki Pecah Patung Di Kuil Sakit Mental



IPOH: Lelaki yang memecahkan patung di sebuah kuil di Jalan Hospital di sini dipercayai mempunyai masalah mental, kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong.

Beliau berkata polis yang berjaya menahan suspek berumur 29 tahun itu tidak lama selepas kejadian itu sedang mengaturkan supaya dia menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Katanya polis menasihati orang ramai supaya tidak menjadikan insiden yang berlaku kira-kira 5.10 petang semalam itu sebagai isu perkauman.

"Jika terbukti dia tidak siuman, maka apa yang dilakukannya itu adalah di luar kawalan, bukan niat untuk menghina sebarang agama," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau keadaan di kuil Sree Muneeswarar Amman Kovil itu lewat Ahad malam.

"Semasa kejadian hanya terdapat seorang sami di kuil berkenaan yang juga merupakan saksi kejadian," katanya.

Sum berkata suspek masuk ke kawasan kuil itu dengan sebuah kereta sebelum memecahkan patung berkenaan dengan sebilah parang.

Katanya selepas merosakkan patung berkenaan, suspek melarikan diri ke Jalan Ghazali Jawi dengan memandu kereta secara melawan arus dan terbabas lalu melanggar sebuah perhentian bas sebelum ditahan polis.

Ketika ditanya sama ada suspek yang difahamkan pernah menuntut di Mesir mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh, katanya buat masa ini polis tiada maklumat mengenai perkara itu, namun akan menyiasat secara terperinci.
PRN Sarawak:Pembangkang Berada Ditahap Celaru Tertinggi Dalam Sejarah Politik

PRN Sarawak:Pembangkang Berada Ditahap Celaru Tertinggi Dalam Sejarah Politik


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyifatkan pembangkang berada dalam situasi bercelaru apabila gagal menyelesaikan isu pembahagian kerusi hingga menyaksikan mereka bertanding sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 7 Mei depan.

Katanya, ketidakfahaman yang ditunjukkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan sikap sebenar kedua-dua komponen pembangkang itu.

"Saya percaya pembangkang gagal mencapai persetujuan apabila DAP dan PKR bertanding di kerusi yang sama atau mereka meletakkan calon bebas untuk menentang sesama sendiri.

"Ini menunjukkan wujud kecelaruan antara mereka," katanya pada sidang media selepas disahkan bertanding sebagai calon di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu di sini, Isnin.

Adenan bertanding satu lawan satu dengan wakil PKR, Jazolkipli Numan.

Selain itu katanya, kehadiran Jazolkipli tanpa ditemani pencadang dan penyokong turut memberi pentanda buruk kepada pembangkang.

Maklumat awal menunjukkan PKR bertembung dengan DAP di beberapa kawasan seperti Batu Kitang, Mulu, Simanggang dan Mabong.
#PRN SARAWAK : Pertembungan 5 Penjuru Di N23 Bukit Semuja

#PRN SARAWAK : Pertembungan 5 Penjuru Di N23 Bukit Semuja

Hari penamaan calon di P198 Serian yang mempertaruhkan 3 DUN iaitu N21 Tebedu, N22 Kedup dan N23 Bukit Semuja hari ini memperlihatkan kematangan politik yang diamalkan di Sarawak. Semua pusat penamaan calon dilpaorkan berada dalam keadaan tenang tanpa sebarang provokasi melampau dari kalangan para penyokong.

Di N21 Tebedu, pertembungan dua orang calon bakal berlaku diantara calon heavyweight Barisan Nasional, Datuk Seri Michael Manyin dan calon PKR, Alex Saben. Agak menariknya, sehingga artikel ini diterbitkan, kedua-dua calon masih belum keluar dari pusat penamaan calon kerana dikhabarkan, terdapat bantahan dari kem BN terhadap calon PKR. Namun, tidak dapat dipastikan isi bantahan berkenaan.


Di N23 Bukit Semuja pula, pertembungan 5 penjuru akan berlaku dengan dimana calon BN John Ilus akan ditentang oleh Colloid John dari Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS), Datuk Francis Bayoi Mangi (Bebas), Papapot (STAR) dan Edward Luak (DAP). Perkara ini disahkan oleh Pendaftar Pencalonan SPR yang dilakukan di Gereja St Teresa di Serian sebentar tadi.

Bagi N21 Tebedu, kehadiran kira-kira 200 orang penyokong BN di perkarangan Pejabat Daerah Tebedu seawal jam 8 pagi tadi nyata telah berjaya mendiamkan kira-kira 30 orang penyokong PKR semasa Pusat Penamaan Calon dibuka tepat jam 9 pagi. Kehadiran calon BN, Datuk Seri Michael Manyin di sini turut diiringi oleh Datuk Seri Richard Riot selaku Ahli Parlimen Serian dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku menteri pengiring.


Bagi calon PKR, Alex Saben, beliau bukanlah anak tempatan di Tebedu. Calon yang berusia 73 tahun ini adalah pengundi di N23 Bukit Semuja dimana majoriti penduduk Tebedu tidak mengenali calon berkenaan.

PRU14
PRN Sarawak BN Menang Dua Kerusi Tanpa Bertanding

PRN Sarawak BN Menang Dua Kerusi Tanpa Bertanding


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata beliau dimaklumkan dua calon Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding pada penamaan calon hari ini.

Datuk Awang Tengah Ali Hassan diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk kerusi Bukit Sari, sementara Datuk Abd Rahman Ismail menang tanpa dicabar di Bukit Kota.

Sebanyak 82 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan dalam pilihan raya negeri ke-11 yang akan ditentukan 7 Mei ini.

- The Malay Mail
Zaquan Kerugian RM200,000 Rumah Dirompak

Zaquan Kerugian RM200,000 Rumah Dirompak

PASIR GUDANG - Pemain bola sepak Johor Darul Takzim II (JDT II), Mohd. Zaquan Adha Ab­dul Razak (Zaquan Adha) kerugian kira-kira RM200.000 apabila rumah persinggahannya di Taman Bukit Dahlia, Sen Alam di sini dipecah ma- suk kelmarin.

Antara barang yang dilarikan ialah beg tangan pelbagai jenama seperti Dior, Prada, Chanel, Louis Vuitton serta jam tangan pelbagai jenama termasuk Rolex dan New Ba­lance.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 1.28 petang ber­dasarkan rakaman kamera video yang diambil oleh anak jirannya yang menyedari ke­jadian tersebut.

Berdasarkan rakaman itu, tiga lelaki dilihat memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke laman rumah Za­quan Adha.
Semasa kejadian, penyerang JDT II itu berada di Kota Kinabalu, Sabah kerana terlibat perlawanan Liga Perdana antara pasukannya menen- tang Sabah.

Isterinya, pelakon Ayu Raudhah Che Wan, 31, serta dua anak mereka pula berada di rumah keluarganya di Kuala Lumpur.
Rumah teres dua tingkat itu menjadi persinggahan Zaquan sekeluarga sejak lima bulan lalu jika bertandang ke Johor.

Menurut Zaquan Adha, dia mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi jirannya, Kamalulail Agus, kira-kira pukul 2 petang sewaktu bera­da di Kota Kinabalu.

Katanya, dia terus bergegas pulang ke Johor Bahru setelah selesai perlawanan petang semalam dan bergegas ke ru­mah.

"Saya terkejut melihat keadaan rumah berselerak dan berdasarkan rakaman kamera video jiran, perompak masuk melalui tingkap cermin bahagian dapur rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurut beliau lagi, ini merupakan kali ketiga rumah persinggahannya dipecah masuk penyamun.
Sementara itu, Ketua Po- lis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd. Aziz memberitahu, kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah
-Kosmo Ahad 24 April 2016
Air Sungai Kering Jalan Kaki Ke Golok

Air Sungai Kering Jalan Kaki Ke Golok

Rantau panjang -Fenomena El Nino yang melanda negara sejak awal tahun ini menyebabkan paras air di beberapa kawasan Su- ngai Golok di sini menjadi cetek sehingga terdapat pen­duduk boleh menyeberang ke sempadan Thailand dengan hanya berjalan kaki tanpa perlu menaiki bot.

Penduduk Kampung Bereng di sempadan Thailand kini boleh meredah sungai itu dengan ha­nya berjalan kaki untuk pergi ke sini ekoran air hanya setinggi pa­ras betis sahaja.

Seorang penduduk di pekan Rantau Panjang, Saripah Hasan, 61, berkata, musim kemarau ta­hun ini menyebabkan paras air Sungai Golok menjadi cetek dan hanya setinggi paras betis sahaja.

"Ini adalah kali pertama air Sungai Golok menjadi cetek. Pada tahun lalu berlaku musim kemarau tetapi tidaklah sampai penduduk boleh menyeberang ke Thailand dengan berjalan kaki.

"Saudara-mara yang tinggal di seberang sungai itu selalunyamenggunakan khidmat jr bot untuk ke sini. Na- mun, sejak sebulan lalu pengusaha bot sudah tidak beroperasi di pangkalan ini," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

Tinjauan Kosmo! Ahad mendapati, Sungai Golok yang mengalir ke pekan Rantau Panjang kini kering sehingga batu-batu dan beting pasir pada dasarnya dapat dilihat dengan jelas.

Mengikut laman web Jabatan Pengairan dan Saliran semalam, paras normal air Sungai Golok ialah lima meter namun kini hanya berada pada paras kira- kira tiga meter di beberapa kawasan.

Seorang lagi penduduk, Hasnah Awang Kecik, 58, berkata, penduduk yang tinggal di kedua- dua tebing di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand disini menjadikan beting pasir di sungai itu sebagai tempat untuk beriadah.

"Ada yang membawa anak- anak untuk mandi-manda, ada yang mengambil kesempatan untuk menjual makanan dan air minuman," katanya.
Sementara itu, seorang penduduk Kampung Kedap, Jafar Long, 61, memberitahu, paras air yang cetek itu membolehkannya mencari etak, udang serta ikan untuk dijual bagi menambahkan pendapatan.

"Kadang-kadang jika kena dengan masa yang sesuai kami boleh membawa pulang kira-kira lima kilogram etak," katanya.

Namun, bagi Hasimah Akob, 62, berharap pihak berkuasa meningkatkan pengawasan bagi mengatasi kegiatan jenayah rentas sempadan.

Pada Jumaat lalu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dilaporkan berkata, pasukan keselamatan akan memperketatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan ekoran penurunan pa­ras air Sungai Golok.

Ahad, 24 April 2016

Akibat Cuaca Panas 800 Ekor Ayam Mati Sehari

Akibat Cuaca Panas 800 Ekor Ayam Mati Sehari

LEBIH 800 ayam mati setiap hari di seluruh Selangor ekoran fenomena panas melampau, sekali gus menjejaskan kadar pengeluaran ayam serta meningkatkan kadar kenaikan harga jualan.

Pengerusi Persatuan Pentemak Ayam Negeri Selangor, Datuk Ishak Mat Arif berkata, kebanyakan pen­temak sudah mula mengeluh kerana tidak mampu berbuat apa-apa selain mengalami kerugian akibat hasil temakan yang mati.

"Ternakan biasanya akan mati dalam tempoh antara lima hingga lapan hari sebelum cukup matang untuk dibekalkan, bayangkan berapa kerugian yang dialami pentemak sekiranya 800 ayam mati setiap hari.

"Melalui pengamatan saya, industri pentemakan ayam di negara kita tidak pemah mengalami masalah seperti ini dan menjangkakan kadar pengeluaran ayam akan terus merudum sekiranya cuaca masih tidak berubah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas

Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa cuaca panas me- nyebabkan ayam mengalami stres yang menyebabkan proses tumbesaran terbantut.

Katanya, keadaan itu juga me­nyebabkan pengeluaran ayam berkurangan antara lima hingga 10 peratus dan bersedia mengimport bekalan ayam sekiranya bekalan ayam dalam negara tidak mencukupi menjelang bulan Ramadan.

Sementara itu, Ishak turut men- jelaskan pihaknya akan memikirkan kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan oleh pentemak untuk melindungi atau mengawal hasil temakan mereka agar tidak mati.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif APC Na­ture Farm Sdn. Bhd., Mohd. Afiq Arif berkata, pihaknya memberhentikan operasi menternak ayam buat sementara waktu sebelum mula mentemak semula apabila cuaca kembali normal.

"Pengeluaran ayam dikebanyakkan tempat mengalami masalah kerana cuaca panas akan menyebabkan ternakan mudah terkena penyakit. Masalah ini sukar untuk di kawal dan haiwan temakan lain turut terkena tempias.

"Temakan ikan juga mengalami masalah yang sama, saya terpaksa membuat pemindahan ikan ke dalam tangki berlainan bertujuan mengawal suhu air untuk ikan serta mengelakkan ia mati," katanya.
13 Sekolah Di Klang Menerima Mesin Penapis Air

13 Sekolah Di Klang Menerima Mesin Penapis Air

Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nasaruddin M. Zin berkata, sumbangan mesin penapis tersebut ditaja Syarikat ECL Management Sdn.Bhd., yang begitu prihatin dengan masalah mendapatkan bekalan air bersih dalam kalangan pelajar sekolah di daerah ini sejak fenomena El Nino melanda negara.

"Sumbangan mesin penapis air di kesemua 13 sekolah ini merupakan satu sumbangan bermakna memandangkan Pelabuhan Klang kini bukan sahaja dilanda cuaca panas, malahan berjerebu.

"Dengan adanya mesin penapis air bersih yang disumbangkan oleh pihak korporat hari ini diharap dapat digunakan oleh pelajar-pelajar untuk minum air yang cukup bagi menghalang mereka mengalami dehidrasi akibat strok haba," katanya selepas Majlis Penyampaian Sum­bangan Mesin Penapis Air dan Majlis

Anugerah Cemerlang Pela­jar 2015 di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SMKTAJ) di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ECL Man­agement Sdn.Bhd., V.K. Regu dan Pengetua SMK­TAJ, Noor Mala Hamzah.

Sementara itu Regu berkata, bantuan mesin penapis air tersebut adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya kepada warga sekolah yang memerlukan air bersih sebagai penyejuk badan di kala cuaca panas terik.

"Mesin-mesin penapis air yang disumbangkan akan dipasang segera.
"Saya bercadang untuk mengembangkan program sumbangan mesin penapis air ke sekolah-sekolah di seluruh Selangor dan jika tiada halangan ke seluruh negara dalam masa terdekat," ujamya.
Golongan LGBT Tidak Boleh Sertai PDRM

Golongan LGBT Tidak Boleh Sertai PDRM

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menerima permohonan daripada golo- ngan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) untuk menyer- tai pasukan itu walaupun individu berkenaan mempunyai kelayakan yang ditetapkan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya masih menge- kalkan kuota dan cara pemilihan anggota dan pegawai polis yang sedia ada sekarang.

"Sehingga kini, kita masih berlandaskan kepada prinsip tidak akan menerima LGBT dalam kala- ngan masyarakat jadi kita tidak akan mengambil golongan tersebut.

"Sekiranya mereka ingin menyertai pasukan polis, mereka perlu berubah dan mengamalkan budaya yang diterima di negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis tamat latihan kursus asas kadet Inspektor Siri 3/2015, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai go­longan LGBT yang kini semakin diterima di negara barat dan India apabila portal, The Hindu melaporkan K. Prithika Yahini telah menjadi pegawai polis pertama daripada golongan itu di Selatan India.

Amerika Syarikat juga menyokong penubuhan kumpulan yang dikenali Komuniti Transgender Po­lis Sherif (COPS) khususnya untuk pegawai-pegawai penguat kuasa undang-undang transgender me- rangkumi Amerika Syarikat, Kana- da, Australia dan England.

Selain itu, Boston Globe mela- porkan bahawa kumpulan LGBT iaitu New England Pegawai Gay Tindakan League (GOAL) sehingga kini mempunyai lebih 300 ahli untuk melatih ketua polis mengenai cara merawat pegawai gay di jabatan masing-masing serta merekrut un­tuk memahami bagaimana untuk bekerja dengan mangsa gay.

Pada tahun 2014, Jabatan Polis Forth Worth di Texas mula melan- carkan video yang mensasarkan komuniti LGBT, ibu tunggal, Afrika- Amerika, Hispanik dan Latin untuk bekerja di jabatan tersebut.

Google+ Followers