Sunday, 24 April 2016

13 Sekolah Di Klang Menerima Mesin Penapis Air

SHARE
Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nasaruddin M. Zin berkata, sumbangan mesin penapis tersebut ditaja Syarikat ECL Management Sdn.Bhd., yang begitu prihatin dengan masalah mendapatkan bekalan air bersih dalam kalangan pelajar sekolah di daerah ini sejak fenomena El Nino melanda negara.

"Sumbangan mesin penapis air di kesemua 13 sekolah ini merupakan satu sumbangan bermakna memandangkan Pelabuhan Klang kini bukan sahaja dilanda cuaca panas, malahan berjerebu.

"Dengan adanya mesin penapis air bersih yang disumbangkan oleh pihak korporat hari ini diharap dapat digunakan oleh pelajar-pelajar untuk minum air yang cukup bagi menghalang mereka mengalami dehidrasi akibat strok haba," katanya selepas Majlis Penyampaian Sum­bangan Mesin Penapis Air dan Majlis

Anugerah Cemerlang Pela­jar 2015 di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SMKTAJ) di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif ECL Man­agement Sdn.Bhd., V.K. Regu dan Pengetua SMK­TAJ, Noor Mala Hamzah.

Sementara itu Regu berkata, bantuan mesin penapis air tersebut adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya kepada warga sekolah yang memerlukan air bersih sebagai penyejuk badan di kala cuaca panas terik.

"Mesin-mesin penapis air yang disumbangkan akan dipasang segera.
"Saya bercadang untuk mengembangkan program sumbangan mesin penapis air ke sekolah-sekolah di seluruh Selangor dan jika tiada halangan ke seluruh negara dalam masa terdekat," ujamya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers