Thursday, 28 April 2016

Dawai kokot di telinga, polis seksa Dharmendran sebelum mati

SHARE
PUTRAJAYA, 28 April ― Dawai kokot ditemui terlekat di telinga N Dharmendran membuktikan tahanan itu diseksa polis yang menyiasatnya, kata Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (Siap).

Pengerusinya Datuk Yaacob Md Sam juga menepis dakwaan polis yang mengatakan dawai kokot digunakan ketika membalut dan memindahkan mayat Dharmendran.

“Ia tidak logik langsung, penjelasan yang tidak munasabah,” katanya, mengulas teori polis bagaimana telinga mangsa dilekat dawai kokot, dalam satu sidang media hari ini.

Yaacob berkata laporan ahli patologi mendapati kedua-dua telinganya yang diseksa menggunakan dawai kokot masih berdarah, mustahil kejadian itu berlaku selepas kematian.

“Ini menunjukkan telinganya dilekat dawai kokot ketika masih hidup. Ia menolak [penjelasan] dawai kokot digunakan selepas kematiannya atau di bilik mayat.

Dharmendran, 31, ditahan pada 12 Mei 2013 berhubung kes cubaan membunuh di Cheras dan disiasat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Dia mengadu sakit dada ketika dalam tahanan dan rebah pada 4.25 petang 21 Mei. Dia didapati tidak sedarkan diri ketika tiba di Hospital Kuala Lumpur pada yang sama.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada mulanya membebaskan empat pegawai polis yang didakwa membunuh Dharmendran.

Mahkamah Rayuan kemudian mengarahkan semua tertuduh — Inspektor S Hare Krishnan, 42, Sarjan Jaffri Jaafar, 46, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 47, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 34 — membela diri Mei ini.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/dawai-kokot-di-telinga-polis-seksa-dharmendran-sebelum-mati#sthash.rM39TzOe.dpuf
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers