Thursday, 28 April 2016

Harga Minyak Cecah Paras Tertinggi

SHARE
Harga minyak mencecah paras tertinggi tahun ini semalam, didorong oleh kejatuhan dolar Ameri- ka Syarikat (AS) dan bukti penurunan bekalan negara itu, meletakkan harga di landasan tepat untuk mencatat prestasi bulanan paling kukuh sejak April lalu.

Prospek perjanjian dalam kalangan pengeksport terbesar di dunia untuk mengehadkan pengeluaran yang menyediakan pemangkin kepada 55 peratus kenaikan sejak pertengahan Februari lalu.

Aliran kenaikan terhenti hampir dua minggu lalu apabila pertemuan antara anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan rakan mereka bukan dari- pada OPEC'berakhir dengan kebuntuan.

Paras tertinggi Brent
Sejak itu, Brent mencatat paras tertinggi sejak November 2015 dan ia dibantu oleh satu lagi bukti pengeluaran menurun dari manamana kawasan lembangan syal AS hingga ke Laut Utara, menarik pelaburan tunai baharu.

"Pasti terdapat sedikit titik perubahan apabila kita mempunyai jualan besar-besaran awal selepas mesyuarat pengeluar.

"Itu sudah terbalik dan ia terus menunjukkan (pem- bekuan pengeluaran) adalah satu bahagian agak kecil daripa- da apa yang menyokong harga dan ia sebenarnya adalah tinjauan bekalan untuk AS serta nilai dolar yang benar-benar memacu pulangan," kata pakar strategi CMC Markets, Jasper Lawler.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$1.03 pada AS$46.77 satu tong pada 0835 GMT, selepas meningkat hampir 20 peratus pada April, keuntungan sebulan terbesar yang dicatatnya dalam setahun.

Penanda aras antarabangsa itu awalnya mencecah paras ter­tinggi 2016 pada AS$46.8l.
Niaga hadapan minyak men­tah West Texas Intermediate (WTI) AS meningkat 86 sen ke­pada AS$44.90 satu tong.

Brent menerima sokongan tambahan daripada berita Arab Saudi dan Kuwait tampak tiada hasrat untuk memulakan semula operasi medan minyak Khafji yang mereka dikendalikan bersama.

Hasil medan Khafji
Medan itu menghasilkan 280,000 hingga 300,000 tong sehari sebe- lum masalah alam sekitar yang memaksanya ditutup pada Okto- ber 2014.

WTI disokong selanjutnya selepas Institut Petroleum Ame- rika (API) melaporkan mencatat paras hampir 1.1 juta tong untuk inventori minyak mentah AS minggu lalu. Penganalisis men- jangkakan peningkatan 2.4 juta tong.

Nilai dolar jatuh pada hari itu, selepas susut kira-kira lima peratus berbanding sekumpu- lan mata wang sejak awal tahun ini, walaupun kadar faedah AS dijangka meningkat.

Jawatankuasa dasar penetapan Rizab Persekutuan bermesyuarat semalam, namun ia dijangka tidak mengumumkan apa-apa perubahan dalam kadar faedah, menyebabkan peniaga terpaksa menunggu kenyataan selepas mesyuarat bagi sebarang petunjuk kepada tinjauan.
REUTERS
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers