Tuesday, 26 April 2016

Lagi Pelajar Kena PatuK Ular

SHARE
SEREMBAN: Pelajar tingkatan tiga sekolah berasrama penuh, Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR), Sungai Gadut di sini, yang dipatuk ular Sabtu lepas, berada dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, di sini.

Ibu mangsa Roziana Abd Rani, 47 berkata doktor yang merawat anaknya Khairul Rusidy Kamaruddin, 15, memberitahu bahawa keadaan anaknya tidak kritikal kerana ular yang menggigit anaknya bersaiz kecil.

"Kejadian berlaku selepas anak saya dalam perjalanan pulang ke asramanya selepas menunaikan solat Isyak... warden yang mengetahui kejadiannya ini telah membawa anak saya ke hospital untuk rawatan.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati anak saya memang dipatuk ular dibahagian kaki kanan. Namun susulan rawatan beberapa hari di hospital, anak saya telah dibenarkan pulang... tiada rawatan susulan diperlukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata anaknya diberikan cuti sehingga Rabu ini dan akan memulakan sekolah semula sama ada minggu hadapan atau selepas tamat cuti sakit bergantung kepada keadaan anaknya.

Kejadian itu merupakan kes kedua daripada kes pelajar di negeri ini dipatuk ular dalam kawasan sekolah selepas seorang murid tahun dua dipatuk ular semasa kelas Pendidikan Jasmani di padang sekolahnya di Rembau, 20 April lepas.

Sebelum itu, kematian murid tahun satu, Nuriey Nadhirah Roslan, 7, selepas dipercayai dipatuk ular pada 19 April lepas di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim 1, Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan , menjadi viral terutamanya di laman media sosial. --Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers