Thursday, 28 April 2016

'Pejabat Guan Eng Bohong'

SHARE


Georgetown-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti daripada PKR, Dr Norlela Ariffin menyifatkan kenyataan Pejabat Ketua Menteri yang mengkritiknya berhu- bung isu pendaftaran Agenda Ekonomi Saksama (AES) sebagai satu pembohongan.

Norlela berkata, kenyataan Pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa beliau tidak melaksanakan tanggungjawab mendaftarkan le­bih ramai keluarga miskin di Penanti bagi program AES adalah tidak benar sama sekali.

"Pembohongan apa ini? Saya sudah e-mel fail AES kepada Pegawai Penyelaras Pejabat Ke­tua Menteri, Ab Wahab Long, minggu lalu. Malah, malam semalam (kelmarin) saya sekali lagi hantar dokumen yang dikemas kini.

"Fail berkenaan mengandu- ngi semua maklumat yang dikumpul ketika perbincangan bersama Penolong Pegawai Daerah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Mac lalu," katanya ketika menghubungi BH, semalam.

Daftar keluarga miskin
Norlela mengulas kenyataan Pejabat Ketua Menteri yang mendakwa beliau tidak me­laksanakan tanggungjawab mendaftarkan lebih ramai ke­luarga miskin di Penanti bagi program AES.

Kelmarin, BH melaporkan, Norlela mendakwa kerajaan DAP Pulau Pinang mengamal- kan sikap 'pilih kasih' terhadap rakyat berikutan lebih tumpuan diberikan kepada pen- duduk di pulau dan bandar, berbanding di kampung.

Susulan itu, Pejabat Ketua Menteri mengeluarkan kenya­taan membidas dakwaan Nor­lela dengan mendakwa wakil rakyat itu gagal melaksanakan tanggungjawabnya untuk mendaftar lebih ramai keluar­ga miskin di Penanti bagi prog­ram AES.

Ab Wahab berkata, Norlela gagal merujuk sebarang kes keluarga miskin, selain hanya mencari publisiti di akhbar de­ngan menyebarkan dakwaan tidak berasas.

"Sungguh pun beberapa taklimat AES dijalankan di kawasannya tetapi jumlah peserta program itu masih kurang memuaskan berbanding di daerah Seberang Perai Utara," katanya.

Berita Harian Khamis 2842016 MS 19(Nasional)
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers