Thursday, 28 April 2016

Peminta Sedekah Dapat RM200 Sehari

SHARE
Hanya dalam masa sejam, pengemis warga asing boleh mengumpul RM30, manakala dalam masa sehari mereka dapat mengutip sehingga RM200.

Itu pengakuan pengemis warga asing selepas mereka ditahan dalam Ops Kutip yang dijalankan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Johor di kaki lima dan jejambat sekitar pusat bandar di sini, petang kelmarin.

Dalam operasi pada jam 6 petang itu, tiga wanita warga Myanmar ditahan kerana didapati tidak memiliki dokumen perjalanan.

Seorang bayi lelaki tujuh bulan serta dua kanak-kanak berusia setahun dan dua tahun turut dibawa ke Pejabat Imi­gresen untuk siasatan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan, Siti Aliah Md Ali, berkata wanita itu menjadikan laluan orang ramai di sekitar bandar sebagai sasaran dengan menja­dikan kanak-kanak yang dipangku untuk meraih simpati.

Raih simpati
"Dalam operasi ini, kita memeriksa 10 pengemis termasuk warga tempatan dan raenahan enam daripada mereka iaitu tiga wanita berusia 26 hingga 34 tahun, dua kanak-kanak dan seorang bayi,"
katanya.

Ada orang hantar
Siti Aliah berkata, berdasarkan pengakuan warga asing itu, mereka mengumpul antara RM100 hingga RM200 se­hari ketika mengemis bermula pada jam 2 petang hingga tengah malam.

"Mereka juga mengaku ada orang yang menghantar me­reka ke lokasi berkenaan yang mana kita percaya ia dilakukan oleh sindiket tertentu," katanya.

Siti Aliah berkata, mereka ditahan dibawa ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(l)(c) Akta Imigresen 1959/63.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers