Monday, 25 April 2016

Zaquan Kerugian RM200,000 Rumah Dirompak

SHARE
PASIR GUDANG - Pemain bola sepak Johor Darul Takzim II (JDT II), Mohd. Zaquan Adha Ab­dul Razak (Zaquan Adha) kerugian kira-kira RM200.000 apabila rumah persinggahannya di Taman Bukit Dahlia, Sen Alam di sini dipecah ma- suk kelmarin.

Antara barang yang dilarikan ialah beg tangan pelbagai jenama seperti Dior, Prada, Chanel, Louis Vuitton serta jam tangan pelbagai jenama termasuk Rolex dan New Ba­lance.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 1.28 petang ber­dasarkan rakaman kamera video yang diambil oleh anak jirannya yang menyedari ke­jadian tersebut.

Berdasarkan rakaman itu, tiga lelaki dilihat memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke laman rumah Za­quan Adha.
Semasa kejadian, penyerang JDT II itu berada di Kota Kinabalu, Sabah kerana terlibat perlawanan Liga Perdana antara pasukannya menen- tang Sabah.

Isterinya, pelakon Ayu Raudhah Che Wan, 31, serta dua anak mereka pula berada di rumah keluarganya di Kuala Lumpur.
Rumah teres dua tingkat itu menjadi persinggahan Zaquan sekeluarga sejak lima bulan lalu jika bertandang ke Johor.

Menurut Zaquan Adha, dia mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi jirannya, Kamalulail Agus, kira-kira pukul 2 petang sewaktu bera­da di Kota Kinabalu.

Katanya, dia terus bergegas pulang ke Johor Bahru setelah selesai perlawanan petang semalam dan bergegas ke ru­mah.

"Saya terkejut melihat keadaan rumah berselerak dan berdasarkan rakaman kamera video jiran, perompak masuk melalui tingkap cermin bahagian dapur rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Menurut beliau lagi, ini merupakan kali ketiga rumah persinggahannya dipecah masuk penyamun.
Sementara itu, Ketua Po- lis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd. Aziz memberitahu, kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah
-Kosmo Ahad 24 April 2016
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers