Selasa, 31 Mei 2016

Tiada kenaikan harga petrol bagi bulan Jun.

Tiada kenaikan harga petrol bagi bulan Jun.

Tiada kenaikan harga petrol bagi bulan Jun.

Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia Datuk Zulkifli Mokti mengesahkan perkara itu pada Selasa.

"Semua harga petrol tidak berubah bagi bulan Jun," katanya.

Ini bermaksud RON95 akan kekal pada harga RM1.70 seliter manakala RON97 dan diesel masing-masing berharga RM2.05 dan RM1.55.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel berdasarkan sistem apungan terurus bermula 1 Disember tahun lalu berikutan penghapusan subsidi bahan api.

Harga bahan api kekal sama sejak 1 April lalu.
Pembangkang Bergusti BN Untung

Pembangkang Bergusti BN Untung

SUNGAI BESAR– Pertelagahan yang berlaku di dalam parti-parti pembangkang bukanlah satu faktor yang boleh memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) apatah lagi untuk jentera parti itu berpeluk tubuh.

Justeru sebaliknya tegas Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos jentera parti akan terus berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan kemenangan calon BN, YB Budiman Mohd Zohdi .

Beliau sendiri tidak memandang mudah malah bersedia untuk menjadi jentera kepada parti dalam usaha membantu kemenangan bagi meneruskan kesinambungan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon.

Menurutnya perjuangan parti adalah menjadi keutamaan dan beliau sanggup menjadi jentera parti bersama dengan yang lain dan kemenangan BN kelak akan menjadi petunjuk kepada BN.

“Utamakan perjuangan parti. Yang penting calon BN menang. Biarkan pembangkang terus bertelagah. Saya merelakan diri saya untuk jadi jentera dan bekerjasama dengan pelbagai pihak agar ianya dapat membantu parti pada musim kempen kelak. Ini adalah hikmah.

“Saya bersama jentera yang lain insya Allah akan membantu memastikan PRK ini satu kemenangan dan menjadi terjemahan kepada BN. Kerja yang saya lakukan adalah untuk memastikan kemenangan BN,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini

Beliau seterusnya menambah masyarakat di Sungai Besar harus melihat bagaimana negeri berkenaan diurus tadbir oleh kerajaan pakatan rakyat selama hampir dua penggal.

“Jadikan iktibar kekalahan Selangor dua penggal…kita lihat Selangor bukan bertambah maju tetapi bertambah dengan pelbagai masalah. Ini termasuklah masalah pertelagahan sesama sendiri di kalangan mereka.

“Mereka ini tidak tunaikan tanggungjawab kepada rakyat”, ujarnya.

Justeru beliau mengajak pengundi di Sungai Besar menggunakan peluang serta kuasa yang ada untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya dengan membuat pilihan yang tepat agar mereka yang dipilih kelak benar-benar boleh membantu mereka dan melaksanakan amanah serta tanggungjawab sebaik mungkin. –MediaUMNO
Nak Menang PRK Kuala Kangsar Rasuah Minyak Hitam

Nak Menang PRK Kuala Kangsar Rasuah Minyak Hitam


PRK Kuala Kangsar PAS memulakan kempen seawal waktu dengan merasuah minyak hitam motorsikal percuma kepada masyarakat kawasan itu.

Andainya ini dilakukan oleh BN pastinya dipentas-pentas kempen mereka akan melaungkan BN rasuah termasuklah jalan yang dibina semasa kempen pilihan raya dijalankan juga di tuduh rasuah.

Apakah rasuh ini boleh disorok dibawah kopiah atau dalam jubah penyokong PAS .oh! terlupa jika dari pas bukanya rasuah tapi sedekah.

Kalau dulu amalan puak-puak PAS,BN bagi mereka ambil,pangkah(undi)tak pernah lupa bulan.

Sekarang masanya masyarakat di PRK Kuala Kangsar ambil apa sahaja yang PAS dan AMANAH bagi,pangkah jangan lupa dacing(BN).
Sungai Besar Penentu Kerajaan Selangor Pada Pru14

Sungai Besar Penentu Kerajaan Selangor Pada Pru14

DAP Selangor akan menerima cabaran getir pada PRU 14 berikutan pengundi Melayu tidak akan memberi undi pada parti itu.

Melayu akan undi calon Melayu dari parti yang ditunjangi Melayu malah pengundi tidak akan memberi undi mereka kepada parti yang ditunggani DAP.

Menurut pendapat ramai,ukuran yang boleh dijadikan iktibar adalah PRK Sungai Besar apabila AMANAH sebuah parti yang ditugganni DAP direstui bertanding.

Melihat kepada situasi semasa AMANAH yang bercadang untuk meletakkan Mat Sabu yang juga presiden parti itu semata-mata untuk pecahkan undi Cina bukanya untuk menang.

Ramai juga bersetuju Mat Sabu tidak dicalonk di PRK Sungai Besar berikutan sejarah bilik 121 masih segar dalam ingatan pengundi Melayu jika AMANAH mahu memperolehi undi dikalangan masyarakat pengundi terbesar kawasan itu.

Jika AMANAH tidak bertanding di PRK Sungai Besar pertembungan tiga penjuru tetap berlaku sebagaimana yang diakui oleh Khalid Samad.

Khalid Samad berkata, beliau yakin pertembungan tiga penjuru pasti berlaku di Sungai Besar walaupun tanpa AMANAH bertanding di situ.

Berdasarkan kenyataan Khalid Samad yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH,apakah ia membawa maksud DAP akan letak calonnya? atau bebas mesra DAP.

Pengaruh DAP dikalangan Melayu telah merosok apabila PAS menarik kerejasama mereka dengan parti itu.
AMANAH dilihat sebagai alternatif DAP untuk meraih sokongan Melayu,namun tidak ada penyelidikan dikeluarkan oleh Pakatan Harapan berkaitan penerimaan Melayu kepada DAP melalui AMANAH.

PRK Sungai Besar sebagaimana diketahui umum,jika AMANAH atau DAP tidak bertanding pengundi Cina akan memberi undi mereka kepada BN,namun penghijrahan pengundi Cina kepada AMANAH dijangka tidak berlaku dalam peratusan besar.

Suka atau tidak,DAP terpaksa mencalonkan AMANAH di Sungai Besar memandangkan jumlah pengundi berdaftar di kawasan itu peratusan tinggi di kalangan Melayu.

Walaupun DAP sedar dengan merestui AMANAH bertanding di Sungai Besar tidak mencerminkan keseluruhan pengundi Cina akan memberi undi kepada AMANAH.

Pemimpin Pakatan Harapan juga menyedari jika mereka mencalonkan DAP bartanding di PRK Sungai Besar kekalahan pasti perpihak kepada calon mereka berikutan penolakan masyarakat Melayu.

Tidak hairanlah pada PRU 14 nanti DAP dijangka melatakkan calon dari AMANAH dikawasan peratusan pengundi bercampur-campur di Selangor berikutan Melayu dalam PAS sudah lama meludah mereka.

Menyedari hakikat itu,Pakatan Harapan menjadikan PRK Sungai Besar tempat uji cuba AMANAH bagi menentukan kekuatan parti itu menghadapi PRU 14.

Kalau tidak kerana itu,pastinya PKR yang akan bertanding memandangkan kekuatan PKR berbanding AMANAH jaraknya seperti bumi dan langit.

Sementara itu,PAS dilihat tidak tergugat dengan sokongan Melayu setia dengan partinya pada PRU 14. kerana terbukti PAS yang banyak membantu gerak kerja DAP dan PKR semasa belum berkuburnya Pakatan Rakyat.

Kedudukan kerajaan Selangor mula diperkatakan sejak PAS berasingan dengan DAP,manakala PKR terus dengan kebimbangan apabila PAS dilihat akrab dengan pemimpin UMNO.

AMANAH yang dijangkan memerlukan masa 10 tahun untuk menawan hati pengundi dilihat tidak memberi nilai tambah kepada kerajaan Selangor,memandangkan beberapa kerusi DUN dan parlimen yang ada bukanya dimenangi atas nama parti yang baru ditubuhkan.

Barisan Nasional dijangka dapat mengekalkan kemenangan di PRK Sungai Besar,manakala PAS pula di yakini memperolehi 85% keseluruhan undi pembangkang dan AMANAH meraung kehilangan wang pertaruhan.
Calon BN PRK Kuala Kangsar Dikenali Ramai Walau Bukan Anak Tempatan

Calon BN PRK Kuala Kangsar Dikenali Ramai Walau Bukan Anak Tempatan

KUALA KANGSAR – Walaupun Datin Mastura Mohd Yazid, calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, bukan anak tempatan, beliau memang cukup dikenali oleh masyarakat di sekitar daerah ini.

Zalihaha Mat Kasa, 69, dari Kampung Kepala Bendang, Sayong berkata Mastura yang berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang berjiwa rakyat dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa membezakan fahaman politik.

“Datin Mastura sering menemani arwah suaminya (Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad) apabila berjumpa dengan rakyat. Apabila sesiapa jatuh sakit, mereka berdua tidak pernah lupa meluangkan masa menjenguk dan memberikan bantuan.

“Begitu juga apabila ada penduduk kampung mengadakan majlis kenduri, walaupun arwah Datuk Wan sangat sibuk, beliau tidak pernah menghampakan pelawaan penduduk untuk hadir,” katanya kepada Bernama.




Malah, menurut Zalihaha seorang peniaga kraftangan, Mastura dan Wan Mohammad Khair-il Anuar juga sangat merendah diri kerana jika ada jamuan, pasangan itu memilih untuk makan bersama dan bukannya menikmati juadah yang dihidangkan khas.

“Kalau ada lauk pauk yang mereka suka seperti masak gulai keladi atau kurma kambing, mesti mereka minta untuk bekalkan untuk bawa balik,” katanya.

Senada dengan Zalihaha, Abdul Manaf Abdul Rahim, 60, yang menyifatkan Mastura berkebolehan untuk menjadi wakil rakyat di kawasan ini sama seperti arwah suaminya.

“Sekiranya beliau terpilih menjadi Anggota Parlimen harap dapat meneruskan kesinambungan berkhidmat kepada rakyat seperti arwah suaminya yang sedaya upaya melayan permintaan dan menyelesaikan masalah penduduk,” katanya yang merupakan peniaga pisang goreng dan berasal dari Kampung Lada.

Bagi Muhammad Ruzaini Muhammad Tajidi, 28, dari Kampung Laksa, beliau mahukan bakal wakil rakyat mereka nanti seorang yang mesra rakyat dan mampu memahami hasrat serta aspirasi generasi muda.

“Saya mahukan wakil rakyat yang berlaku adil, tidak kisah apa gender sekali pun yang penting dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mendengar permasalahan rakyat setempat,” kata peniaga laksa itu.

Mastura merupakan seorang graduan undang-undang universiti terkemuka perundangan, Lincoln’s Inn di United Kingdom dan pernah bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.

Ibu kepada empat anak itu juga bergiat dalam dunia politik dan menjadi Anggota Jawatankuasa Umno Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan kepada keluarga serta arwah suaminya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun ini.

Pada pilihan raya umum ke-13, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim. – BERNAMA

Ahad, 22 Mei 2016

DHPP Selangor yakin kekuatan jentera PAS

DHPP Selangor yakin kekuatan jentera PAS

Fokus PAS adalah untuk memenangi kerusi Parlimen P.093 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.

Parlimen Sungai Besar adalah kerusi tradisi PAS dan parti PAS bertanding di situ tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana parti.

Kami yakin dengan kekuatan jentera-jentera PAS dan mempunyai calon yang terbaik maka PAS mempunyai peluang ceria untuk memenangi PRK Sungai Besar.

Ayuh penduduk Sungai Besar turun ramai-ramai semasa hari pengundian dan undi calon parti PAS untuk masa depan anda cerah dan terjamin.

Harii@Khana

Ketua Penerangan DHPP PAS Selangor

harakah

Selasa, 17 Mei 2016

Pembangkang Suka Pengkhianat Kempen Jatuhkan BN

Pembangkang Suka Pengkhianat Kempen Jatuhkan BN


USAHA memujuk Pas supaya tidak bertanding di Sungai Besar sebaliknya disyorkan bertanding di Kuala Kangsar masih lagi lancar di jalankan pemimpin Pakatan Harapan.

Namun semuanya ditolak Pas mentah-mentah malah masih kekal dengan pendirian akan bertanding didua-dua PRK.
Pas juga menyatakan akan umumkan calonya beberapa hari lagi dan sahlah usaha Pakatan Harapan memujuk ibarat hentak tangan atas batu.

Kata Haji Hadi,'Kalau menang untung,kalau kalah balik modal.BN kalau kalah tidak rugi kalau menang balik modal merupakan isyarat jelas Pas tidak akan mengalah dengan pujukkan pemimpin Pakatan Harapan.

Bagi Barisan Nasional siapa pun calon pembangkang pasti ditentang habis-habisan bagi memastikan kemenangan di kedua-dua kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang banyak berjasa kepada rakyat pastinya calon yang dipilih untuk dua PRK dikalangan yang terbaik dan disukai ramai.

Tidak seperti pembangkang yang masih lagi bercakaran sama sendiri untuk menentukan siapa yang lebih layak sehingga ketakutan jelas terbayang berikutan pengalaman pahit PRN ke-11 Sarawak masih menghantui mereka.

Setelah gagal memujuk Pas,Pakatan Harapan kini berharap pula kepada aura kempen Mahathir yang kononya dapat menumbangkan Barisan Nasional malah ada yang bersetuju jika Mahathir di calonkan didua PRK yang akan berlaku pada bulan Jun nanti.

Pakatan harapan ingat pengundi Sungai Besar dan Kuala kangsar boleh lupa yang Mahthir sendiri mengatakan,pemimpin dan ahli Umno yang bersengkokl dengan DAP merupakan pengkhianat kepada agama,bangsa dan negara.

Skarang ini Mahathir sudah menyeru,'Kita akan ada dua pilihan raya kecil tak lama lagi,kita akan mengundi dalam bulan puasa.Saya harap kita semua akan mengalahkan BN Dalam pilihan raya kecil ini.

Jika pun Mahathir bukan lagi ahli Umno,namun seruan itu merupakan seruan pengkhianat kerana beliau menyeru pengundi yang menyokong BN supaya memberi undi pada calon dari parti pembangkang.

Jadi,apakah pembangkang yakin penyokong Barisan Nasional menerima seruan Mahathir yang jelas terpesong dari perinsip perjuangan yang dia sendiri amalkan dahulu.

Apa yang jelas pembangkang sebetulnya sudah kehabisan idea sehingga sanggup jilat kahak hijau Mahathir yang pada waktu dahulu didarjatkan maha zalim,maha firaun dan segala macam lagi maha.

-Hot Kelate
Jalan Bandaraya Kuching Dilanda Banjir Kilat

Jalan Bandaraya Kuching Dilanda Banjir Kilat

KUCHING: Hujan lebat petang semalam menyebabkan beberapa jalan di sekitar bandar raya ini mengalami banjir kilat.

Antara jalan yang terjejas teruk akibat hujan lebat yang turun lebih daripada dua jam sejak jam 2 petang semalam ialah Jalan Batu Lintang, Jalan Chawan, Jalan Foochow dan beberapa jalan lain di sekitar bandar raya Kuching.

Selain itu, pelajar Kolej Vokasional Kuching dan penuntut di Institut Pendidikan Guru di Jalan Batu Lintang turut terjejas akibat banjir kilat tersebut.

Keadaan banjir kilat kembali reda sekitar jam 5.30 petang selepas hujan berhenti sekitar jam 4.30 petang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan amaran ribut petir yang memaklumkan keadaan hujan lebat berserta angin kencang di beberapa bahagian di negeri ini termasuk Betong, Sri Aman, Serian dan Samarahan.

http://www.utusanborneo.com.my/content/beberapa-jalan-di-bandar-raya-kuching-dilanda-banjir-kilat
Debat Deklarasi Rakyat bertukar panas

Debat Deklarasi Rakyat bertukar panas

KUALA LUMPUR - Debat Perdana Deklarasi: Mana Pergi Rakyat? yang diadakan di Dewan Perhimpunan Perniagaan Cina Kuala Lumpur, ‎ mulanya berlangsung tenang bertukar agak‎ panas dan tegang apabila panel dalam debat itu bertegang urat.

Suasana debat mulai kecoh apabila soalan yang ditanya oleh bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Saravenasan kepada Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard‎ tidak dijawab oleh Chegubard.

"Apa rancangan kamu untuk selamatkan Malaysia (sekiranya tidak bersetuju dengan Deklarasi Rakyat), tanya Ambiga kepada Chegubard.

Namun jawapan Chegubard terhadap soalan Ambiga ‎itu 'berbelok-belok' (menjawab soalan berbaur politik) sehingga menimbulkan kemarahan daripada pasukan yang penyokong Deklarasi Rakyat iaitu terdiri daripada ‎Datuk Ambiga Sreenevasan, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ‎bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin‎ Abu Hasan.

"Jawab ya atau tidak," kata pasukan penyokong Deklarasi Rakyat.

Namun Chegubard berterus-terusan tidak menjawab soalan tersebut sehingga menyebabkan ada peserta ‎yang menghadiri debat itu, mula masuk campur dengan menjerit sila jawab.

Sehingga menimbulkan suasana tegang dalam dewan itu, ‎namun suasana tegang itu berjaya ditenangkan oleh penganjur dan suasana debat kembali tenang selepas itu.

Debat Perdana di anjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membabitkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Saravenasan; bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hasan; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (penyokong Deklarasi Rakyat) sementara bagi pembangkang Deklarasi Rakyat diwakili Aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu), Haris Ibrahim dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan.
-Sinar Harian
Fasha Sanda Repot Polis Dipercayai Akibat Gangguan Bekas Suami

Fasha Sanda Repot Polis Dipercayai Akibat Gangguan Bekas Suami

KUALA LUMPUR: Pelakon kontroversi, Fasha Sandha enggan mendedahkan punca dia membuat laporan polis pada petang Isnin di Balai Polis Ampang dekat sini namun perkara itu dikatakan akibat gangguan bekas suami, Rizal Ashram Ramli.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 32, yang dihubungi bagaimanapun tidak bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai dakwaan terbabit.

“Maaf saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 100 episod Lara Aishah. Ya, memang saya ada buat laporan polis tapi saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis," katanya kepada mStar Online.

Isu terbaharu ini seperti dilaporkan sebuah blog hiburan pada malam Isnin mendakwa bahawa ada beberapa individu melihat kehadiran pelakon itu bersama peguamnya di balai berkenaan pada jam 1 petang dipercayai bertujuan untuk membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan gangguan daripada bekas suaminya.

Difahamkan, Rizal, 40, sering memasuki kediaman Fasha tanpa kebenaran dan sering mengganggu kehidupan wanita itu apabila dia bersama rakan-rakannya.

Fasha yang tertekan dengan situasi itu dipercayai mengambil tindakan tersebut untuk perlindungan diri.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 itu bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutan di sini pada 20 Januari lalu.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Ura-ura keretakan rumah tangga pasangan berkenaan timbul sejak awal Disember tahun lalu namun Fasha enggan mengulas lanjut ketika itu.

Timbul juga desas-desus sebelum ini kononnya konflik dalaman perkahwinan itu dikatakan berpunca daripada tekanan oleh keluarga Rizal.

-mStar

Isnin, 16 Mei 2016

Rakyat Malaysia Maut Ditembak di Thailand

Rakyat Malaysia Maut Ditembak di Thailand

ALOR SETAR: Seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 28 tahun mati ditembak di sebuah hotel di Hatyai, Thailand.

Laporan media negara jiran menyebut, mayat anak kelahiran Pulau Pinang itu, Mohd Nizam Ahmad Basrah ditemui di Jalan Phadungpakdee, Hatyai oleh penduduk tempatan pada kira-kira pukul 3.30 pagi (waktu tempatan), Ahad.

Timbalan Ketua Polis Hatyai, Kolonel Khittichai Sankhathavorn berkata, lelaki itu ditembak ketika menunggang motosikal ke hotel penginapannya.

"Dia ditembak di dada dan punggung. Kami menemui kelongsong peluru 9milimeter di tempat kejadian.

"Mayatnya telah dibawa ke Hospital Hatyai untuk memastikan jumlah tembakan yang mengenainya," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup yang diperoleh daripada beberapa premis dengan harapan dapat mengenal pasti penjenayah terlibat.

Selain itu, katanya, pihaknya juga sedang menyiasat bagi mengetahui pemilik motosikal yang digunakan mangsa.
Pembangkang Mula Takut Bertanding Tiga Penjuru di Dua PRK

Pembangkang Mula Takut Bertanding Tiga Penjuru di Dua PRK

PILIHAN RAYA kecil yang akan berlaku di Sungai Besar dan Kuala Kangsar menyaksikan keterujaan Pakatan Harapan untuk bertanding satu lawan satu.

Mimpi Pakatan Harapan nampaknya tidak kesampaian kerana PAS tetap bertanding di kedua-dua PRK berikutan parti itu bukan bersama Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan telah mengesyorkan antara dua kerusi yang akan mengadakan pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Pakatan akan bertanding satu kerusi sahaja dan memberi peluang kepada PAS untuk bertanding di kerusi yang lain.

Jelas ketakutan menyelubungi Pakatan Harapan untuk berdepan pertandingan tiga penjuru berdasarkan rekod kekuatan Barisan Nasional.

Impian satu lawan satu Pakatan Harapan lebur dan terpaksa berdepan bukan sahaja dengan Barisan Nasional malah terpaksa pula berdepan dengan PAS yang memiliki rekod jumlah undi lebih baik di Sarawak berbanding dengan PAN.

Presiden PAS, Adul Hadi Awang pula mengingatkan parti pembangkang lain supaya mengukur baju di badan sendiri sebelum meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan PAS tetap berpijak di bumi nyata di dua PRK itu.

Mengikut situasi semasa akan tercetus perbalahan antara PKR dan PAS di sungai Besar, kerana kedua-dua pemimpin parti itu berniat mencalonkan calon dari parti masing-masing walau pun dilihat ada kerjasama berlaku dalam pentadbiran Selangor.

Di Kuala Kangsar PAS dan PAN akan berentap menentang calon dari Barisan Nasional.Berdasarkan kecermelangan PAS yang memperolehi undi lebih tinggi dari PAN sudah tentu calon dari PAN tergolek di kaki parti PAS.

PAS tidak menaruh harapan tinggi di kerusi parlimen Kuala Kangsar berikutan majoriti Barisan Nasional pada PRU 13 sukar ditembusi apa lagi pertembungan tiga penjuru.

Tumpuan panas sudah tentu tertumpu di Sungai Besar kerana undi majoriti 399 yang diperolehi Barisan Nasional dianggap tipis,namun suasana politik pembangkang pada ketika itu berbeza dengan sekarang.

Pada PRU 13 PAS bersama Pakatan Rakyat dan sudah tentulah ahli PKR dan DAP undi parti itu berdasarkan kesepakatan pada waktu itu.
Kini Pakatan Harapan menjadi pengganti kepada Pakatan Rakyat yang telah dibatu nisan setelah PAS dan DAP tidak sehaluan.

Semua pemimpin parti dalam barisan Pakatan Harapan yag bertanding pada PRK kali ini celaru memikirkan kemenangan yang jelas kelihatan tidak memihak padanya,namun pemimpin PAS tidak kelihatan risau berikutan Kelantan sebagai tanda kekuatan mereka.

PKR yang beriya-iya mahu kemenangan di Sungai Besar juga semakin hambar berikutan berlaku pertembungan tiga penjuru dan pemimpin PKR juga sedar kekuatan sokongan pada mereka selama ini adalah hasil dari usaha jentera PAS.

Pemimpin parti pembangkang resah gelisah walau pun majoriti 399 undi di Sungai Besar kecil berikutan terpaksa bertembung sama sendiri.
Peluang inilah digandakan Barisan Nasional untuk memastikan kerusi parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi milik Barisan Nasional.

Hot Kelate
Status Permohonan ke Universiti Awam Boleh Disemak Hari Ini

Status Permohonan ke Universiti Awam Boleh Disemak Hari Ini

163,681 calon yang layak dipertimbangkan untuk kemasukan ke program pengajian peringkat Asasi, Diploma di Universiti Awam (UA), dan Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2016/2017 boleh menyemak status keputusan masing-masing bermula 12.00 tengah hari, Isnin depan.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Asma Ismail menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh kementeriannya hari ini, sejumlah 440,688 calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2015 namun hanya 181,317 calon telah mengemukakan permohonan UPUOnline.

Pemohon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi UA berkaitan atau Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mulai Selasa, 17 Mei 2016.

Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh UA atau Politeknik Premier melalui laman web rasmi UA atau JPP.

Kegagalan mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran pada tarikh yang ditetapkan, calon dianggap menolak tawaran tersebut.

Selain kemasukan ke UA atau Politeknik Premier, Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) turut menyelaras kemasukan ke Politeknik Konvensional atau METrO, Kolej Komuniti dan ILKA. Keputusan kemasukan akan diumumkan pada Khamis, 26 Mei 2016 mulai 12.00 tengah hari.

Hanya pemohon gagal boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan yang akan dibuka lima hari sahaja mulai 26 hingga 31 Mei 2016 menerusi http://upu.mohe.gov.my. Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA atau Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua Jun 2016. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari UA atau Politeknik Premier dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu, maka rayuan tersebut dianggap gagal.

Sementara itu, BPKP JPT akan membuka kaunter khidmat runding cara berkaitan permohonan kemasukan di bangunan KPT, Presint 5, Putrajaya mulai 17 Mei hingga 1 Jun 2016 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan.

Kemudahan “Hotline” turut disediakan untuk membantu menjawab sebarang kemusykilan pemohon. Pemohon boleh menghubungi BPKP JPT menerusi 03-8870 6767 dan 03-8870 6777 untuk bantuan.

-MALAYSIAAKTIF
PAS Senarai Empat Nama Untuk PRK Sungai Besar

PAS Senarai Empat Nama Untuk PRK Sungai Besar

PRK Sungai Besar-PAS Kawasan Sungai Besar diberitakan telah menyenaraikan empat nama kepada Majlis Syura Ulama parti itu sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pas pusat yang dijangka berlaku beberapa hari lagi.

Antara nama menjadi sebutan untuk dicalonkan pada PRK Sungai Besar termasuklah bekas calon pada Pilihan Raya Umum ke-13.Mohamed Saleh M Husin yang tewas 399 undi kepada Allahyarhamah,Datuk Noriah Kasnon.

Mohamed Saleh M Husin yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan dijangka akan dicalonkan sekali lagi berikutan kejayaannya mengurangkan undi Barisan Nasional pada PRU 13.

Manakala Yang Di Pertua Pas Kawasan Sungai Besar, Mohd Fadzin Taslimin juga turut menjadi perhatian ramai malah dinilai layak untuk dicalonkan pada PRK kali ini.

Manakal Ketua Urusan Ulama Pas Kawasan Sungai Besar, Nazri Sarbini dan Ketua Pemuda Pas Kawasan Sungai Besar, Muhammad Razali Saari juga turut diberi perhatian malah namanya juga turut disenaraikan.

Muhammad Razali Saari yang juga Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Sungai Panjang dikatakan lebih layak untuk dicalonkan pada PRK Sungai Besar memandangkan PRK itu berdepan tiga penjuru.

Dari sudut pandangan ramai,Pas tidak boleh jadikan PRU 13 sebagai pengukur kerana undi pada masa itu datangnya daripa penyokong DAP dan PKR serta undi kecewa dari parti lawan.

Sumberr dari Hot Kelate
Pelajar Malaysia Berjoli AS1 Juta Ditahan Di Australia

Pelajar Malaysia Berjoli AS1 Juta Ditahan Di Australia

SYDNEY,AUSTRALIA—Seorang pelajar Malay­sia, Christine Jiaxin Lee yang menjadi jutawan segera ekoran kecuaian pihak bank memasukkan wang bernilai AS4.6 juta (RM13.5 juta) ke dalam akaun miliknya mengejutkan pihak media selepas mahkamah membongk a r k a n senarai barangan dibelanjakan gadisitu.

Ekoran pendedahan yang dilaporkan The Sydney Mor­ning Herald semalam, pelajar tersebut disifatkan oleh media antarabangsa sebagai seorang gadis yang memiliki selera berbelanja luar biasa.

Ia dibuktikan dengan sena­rai pembelian dilakukan oleh Christine yang baru berusia 21 tahun dilaporkan melibatkan 128 jenis barang. Antara ba­rangan berjenama dibeli gadis itu ialah beg tangan berjena­ma Hermes Birkin bernilai AS160.000 (RM469.370) dan alat pembersih vakum mewah.

Barangan mewah lain dibeli, pelajar jurusan kejuruteraan kimia itu ialah bantal kashmir rekaan Chanel bernilai A$l,360 (RM3.989), set baran­gan kemas selain turut membuat bayaran bagi beberapa kos penginapan di kediaman mewah.

Jumlah keseluruhan wang yang dibelanjakan oleh Chris­tine dalam tempoh tiga tahun lalu dianggarkan menelan belanja A$1 juta (RM2.9 juta).

Akhbar itu melaporkan Christine turut membeli gelang berjenama Cartier yang berharga A$9,000 (RM26.402) dan sepasang kasut but Chris­tian Louboutin yang mencecah AS2.500 (RM7.333).

Kelemahan utama pelajar tersebut adalah terhadap ba­rangan berjenama Hermes kerana Christine telah mem­beli 13 selendang signatur dan beberapa beg tangan jenama berkenaan.

Pendedahan tersebut juga menyatakan, gadis itu memi­liki pelbagai rekaan beg tangan Hermes Birkin daripada jenis kulit Epsom yang dianggarkan bernilai serendah A$20,000 (RM58.671) hingga kepada buaya Himalaya paladium yang bernilai RM645,459.

"Senarai belian tersebut turut menyatakan nilai perbelanjaan termahal Christine dilakukan pada 9 April 2015 ke- tika gadis itu berbelanja sebanyak A$220,200 (RM645.970) di butik Christian Dior di Syd­ney," tambah The Sydney Mor­ning Herald.

Christine dilaporkan berkunjung semula ke butik tersebut pada keesokan harinya untuk membeli-belah dengan jumlah perbelanjaan pada hari kedua itu berjumlah A$94,520 (RM277.280).

Bagaimanapun, gaya hidup mewah Christine berakhir pada 4 Mei lalu apabila dia ditahan ketika cuba pulang ke Malaysia menggunakan pasport kecemasan.

Pihak berkuasa Sdyney mendakwa, gadis itu atas tuduhan tidak berlaku jujur dengan mengambil kesempatan terhadap wang yang bukan miliknya. Perbuatan itu merupakan satu jenayah penipuan.

Pada awal bulan ini, Mahkamah Waverley di sini mendengar keterangan polis daripada unit penipuan yang memulakan penyiasatan terhadap peqgeluaran wang secara tidak sah yang dimasukkan secara overdraf ke dalam akaun Christine pada tahun 2012.

Bagaimanapun, waran tangkap ke atas Christine hanya dikeluarkan pada 4 Mac 2016.

Berhubung kejadian itu, Majistret Lisa Stapleton membenarkan Christine diikat jamin kerana kes tersebut menunjukkan gadis itu tidak melanggar undang-undang.

Stapleton memberitahu, Christine hanya diarahkan supaya membayar semula wang yang dibelanjakan dan bukan didakwa atas kesalahan melakukan jenayah.

Selepas ditahan baru-baru ini, pembebasan Christine dengan ikat jamin terpaksa ditangguhkan kerana teman lelakinya, Vincent King gagal mengesahkan identiti diri sendiri sebab hadir dengan hanya membawa Mykad.

Christine hanya dapat dibebaskan dengan ikat jamin pada keesokan harinya sebelum gadis itu diarahkan oleh mahkamah untuk tinggal di kediaman teman lelakinya yang terletak di Rhodes di sini.

-Kosmo 1snin-
16 Mei 2016

Ahad, 15 Mei 2016

PRK Sungai Besar Pakatan Harapan Menggelupur

PRK Sungai Besar Pakatan Harapan Menggelupur

ROH politik PKR,DAP dan PAN Selangor semakin mencabar malah terpaksa menggunakan Mahathir bagi menyeru pengundi Sungai Besar supaya tidak memberi undi pada BN.

Serik dengan pengalaman kalah teruk di PRN Sarawak ke-11 Datuk Menteri Besar Selangor,Azmin Ali pada awalnya membodek PAS supaya bersama PKR menentang BN pada PRK kali ini.

Bagi pemimpin PAS,jika tidak meletakkan calonnya di Sungai Besar ia akan dianggap menyembSungai Besarah DAP dan PAN sedangkan PAS tidak bersama Pakatan Harapan.

Jawapan manis yang ditunggu-tunggu Azmin Ali terlalu pahit diterimanya, namun terpaksa ditelan apabila Haji Hadi juga Presiden parti menyatakan,’PAS bertanding bersendirian dikedua-dua PRK.

Ujian Pakatan Harapan bukan sahaja gagal di PRN Sarawak malah gagal memujuk pemimpin PAS agar tidak meletakkan calonya di Sungai Besar.

Kekosongan kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar dianggap medah memulihkan maruah Pakatan Harapan dan dengan sebab itu PKR membodek pemimpin PAS.

PAN yang dibarisi rata-rata bekas pemimpin PAS yang dikhabarkan lebih baik dari parti lain rupanya indah khabar dari rupa setelah dilenyek habis-habisan oleh pengundi Bumi Kenyalang.

DAP pula sebuah parti yang tidak mengakui hanya untuk bangsa Cina pada awalnya mencalonkan calon Melayu di Teluk Intan,Perak pada 2014,namun kalah teruk.

DAP sekali lagi mencalonkan calonya dikalangan bukan Cina di Batu Kitang,Sarawak pada PRN ke-11.Calonya Abdul Aziz Isa juga tewas di tangan calon Barisan Nasional.

DAP bukan sahaja kecundang dikawasan Calon Melayu di Sarawak malah kerusi yang dimenangannya sebelum PRN ke-11 juga turut kehilangan.

PKR tidak berjaya menambah sebarang kerusi di Bumi Kenyalang dalam siri PRN ke-11 yang masih manis kenangannya buat Barisan Nasional.

Muktamadnya di Sarawak Pakatan harapan cuma meraih 10 daripada 82 kerusi dan tentulah dua PRK yang akan berlaku pada bulan puasa nanti adalah PRK maruah buat Pakatan Harapan.

Usaha membodek PAS tidak berhasil pastinnya bergetar terasa dibenak para pemimpin Pakatan Harapan berikutan dua PRK yang dianggap medan pertarungan maruah itu juga semakin kelabu untuk mengecap kejayaan.

Percaya atau tidak,di Sungai Besar para pemimpin Pakatan Harapan sedang menggelupur seperti cacing kepanasan.

Harapkan PAN untuk menawan kerusi parlimen Sungai Besar ,memang tiada harapan langsung.Kini Pakatan Harapan hanya bergantung kepada PKR semata-mata.

PKR yang dinobat sebagai parti terkuat orang Melayu dalam Pakatan Harapan juga sedar undi yang diperolehi adalah hasil dari kempen jentera PAS pada PRU lalu.

Spekulasi terkini orang Cina tidak akan undi PKR berikutan PKR masih bekerjasama dengan PAS yang bermusuhan dengan DAP sehingga Pakatan Rakyat dikuburkan sedang bertiup.

Menyedari hakikat itu pemimpin PKR juga dilihat terumbang ambing untuk meletakkan keyakinan kepada rakyat Selangor partinya sebagai yang boleh mengalahkan calon Barisan Nasional di Sungai Besar juga masih samar.

Pertembungan tiga penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar hampir pasti terjadi,namun hakikat kemenangan diharapkan Pakatan Harapan untuk menebus maruah diatas kekalahan teruk di Sarawak tidak akan terjadi.

Khabarbya akan ada calon bebas dari bangsa Cina bertanding pada PRK Sungai Besar .Tujuan bebas bertanding bagi mengimbangi pengundi Cina supaya tidak memilih Barisan Nasional setelah PKR tidak diterima pengundi kaum itu.

Mahathir juga digunakan untuk kempen pada PRK nanti bagi menarik simpati pengundi.

-Hot Kelate
Sungai Besar BN Menang Jika Berlaku Pertembugan Empat Penjuru

Sungai Besar BN Menang Jika Berlaku Pertembugan Empat Penjuru

BN Selangor tak usah melebarkan senyum sesama sendiri stelah PAS melalui Haji Hadi menyatakan parti itu akan bertanding bersendirian dan tidak akan menyertai pakatan Harapan Baharu.


Walau pun kenyataan Haji Hadi dilihat sebagai satu kata putus ia semestinya tidak melambangkan tidak berlaku perubahan memandangkan tarikh penamaan calon masih dikira jauh lagi.

Dalam pada itu Barisan Nasional Selangor patut melihat kepada strategi ampuh bagi mengekalan kerusi Parlimen Sungai Besar memandangkan majoriti kemenangan 399 undi tidak menjamin kemenangan.

Sebelum ini terdapat penulis blog dan facbooker pro Barisan Nasional menyatakan jika mahu menawan kembali Selangor UMNO-BN perlu menjuarai isu dalam negeri bukanya bergantung sepenuhnya penyelesian isu nasional.

Jelas cabaran getir di Sungai Besar menjadi kenyataan walau pun ramalan pertandingan tiga penjuru hampir pasti berlaku,namun kekuatan PAS,PAN,PKR dan DAP tidak boleh diperkecilkan dengan senyuman kerana parah sentiasa menanti jika mengharap kelemahan musuh adalah senjata utama untuk memperolehi kemenangan.

Walau pun PRK sungai Besar bukan pengukur sebanar jatuhnya kerajaan Selangor pada Barisan Nasional pada PRU ke-14 ia adalah lambang kekuatan dan kesepaduan UMNO-BN negeri.

Jika kalah di Sungai Besar sebetulnya seperti membenarkan cakap-cakap sebelum ini bahawa UMNO-BN Selangor adalah terlalu lemah dibawah Noh Omar.
Untuk itu UMNO dan BN Selangor perlu membuktikan pada PRK Sungai Besar bahawa segala tohmahan sebelum ini adalah melesat.

Oleh kerana itu UMNO-BN Selangor perlu menyusun strategi kemenangan dalam siri kempen tanpa berharap kepada perpecahan undi berikutan pertembungan tiga penjuru hampir terjadi kerana PAS tidak bersedia adakan kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang lain.

Calon dari UMNO perlu yang disukai ramai bukanya calon disukai Ketua Bahagian jika mahu melihat kejayaan diperolehi berteraskan kesepakatan.

PRK Sungai Besar juga diramalkan berlaku pertembungan empat penjuru berikutan ura-ura ada calon Bebas turut bertanding berebut simpati pengundi.
Kiranya berlaku empat penjuru ramalan awal mengatakan UMNO-BN besar kemungkinan memperolehi kemenangan akibat perpecahan undi.

Walaubagaimanapun segala ramalan yang mungkin berlaku tidak dapat disahkan oleh mana-mana pakar penyelidik politik tanah air selagi SPR tidak umumkan pada hari penamaan calon,begitu juga dengan kemenangan selagi tidak diumumkan SPR.

Namun berdasar ramalan pertembungan empat penjuru ramai menyatakan kemenangan berpihak kepada UMNO-BN.

-Pena Admin Media Shah Alam
Deklarasi Rakyat Deklarasi Orang Tak Cerdik

Deklarasi Rakyat Deklarasi Orang Tak Cerdik

Deklarasi Mahathir yang dikatakan telah berjaya mengutip tandatangan orang bodoh 1,2 juta untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja itu satu kerja sia-sia.

Tiada satupun dalam perlembagaan negara atau undang-undang tubuh negeri menyatakan tanda tangan rakyat sebanyak bilangan tertentu boleh menurunkan seorang Perdana Menteri.

Kerja bodoh itu berdasarkan nafsu Mahathir kerana Najib tidak ikut telunjuk beliau,deklarasi yang kononya di sertai oleh akar umbi golongan politik dan marhaen itu DEKLARASI RAKYAT adalah tidak tepat malah deklarasi itu lebih layak digelar DEKLARASI MAHATHIR.baca lagi di sumber https://postselangor.blogspot.my/2016/05/deklarasi-mahathir-deklarasi-bodoh.html
PAS Tetap Bertanding Di Dua PRK

PAS Tetap Bertanding Di Dua PRK

MIMPI Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan PAS lebur sekali gus harapan tinggi merampas kerusi Sungai Besar dan Kuala Kangsar juga berkecai berikutan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelas menyatakan PAS tidak akan melibatakan dirinya bersama Pakatan Harapan kerana pakatan itu telah gagal menunjukkan prestasinya di PRN ke-11 Sarawak yang masih hangat diperkatakan.

PAS tidak menjangkakan apa-apa daripada Pakatan Harapan. Kami akan bertanding sendiri untuk kedua-dua kerusi Parlimen,kata Abdul Hadi.

Mana-mana parti daripada pihak pembangkang perlu mengukur kekuatan sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat PAS bahagian Pengkalan Chepa, Sabtu.

Jangkaan ramai bahawa PAS akan bertanding bersendirian di Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah tepat.
Abdul Hadi juga bersetuju jika PAN bertanding di kedua-dua PRK itu akan memecahkan undi pembangkang.

Sabtu, 14 Mei 2016

JDT crowned FA Cup champions for first time

JDT crowned FA Cup champions for first time

SHAH ALAM: Johor Darul Ta'zim won the FA Cup for the first time in the club's history after beating PKNS 2-1 in the final at the Shah Alam Stadium on Saturday.
After conceding an early penalty converted by Gabriel Guerra, Darul Ta'zim struck back through another penalty by Safiq Rahim and an own goal by PKNS defender M. Sivakumar before half-time put the seal on the victory in front of a crowd of 75,253.
The win allowed Darul Ta'zim, who won the Super League and AFC Cup last year, to bury the ghost of 2013 when they lost the FA Cup final to Kelantan 1-0.
It took just two minutes for PKNS to give Darul Ta'zim a scare when Matias Jadue's looping effort bounced off the crossbar to goalkeeper Izham Tarmizi Roslan's relief.
Barely three minutes later PKNS were awarded a penalty when Aidil Zafuan Radzak faulted for hauling Gonzalo Soto to the ground before Guerra expertly despatched the spot kick for a sixth-minute lead.
But Darul Ta'zim then received a spot kick of their own as PKNS goalkeeper G. Jeevananthan sent Jorge Pereyra Diaz sprawling after rushing off his line to intercept the ball. Safiq converted to leave the match all square after 15 minutes.
A smart move by Safiq saw Darul Ta'zim take a 2-1 lead at half-time when he quickly took a free-kick in the 35th minute to release Diaz, whose initial shot hit centre-back Sivakumar.
The Argentine striker, however, sent the rebound back across goal which again hit the prone Sivakumar and bounced into goal.
Juan Martin Lucero came close to adding to the score for Darul Ta'zim in the second half when his shot was blocked on the line before an acrobatic effort by Diaz fell just wide of the post.
With 10 minutes remaining, Jeevananthan kept PKNS in the game with a crucial block on Lucero before Jadue's shot from distance was just a fraction too high.
Juan Manuel Cobelli should have levelled for PKNS with five minutes remaining but his low shot just curved away at the last second as the Premier League side were denied a fairy-tale ending in their first major cup final.
Piala FA 2016 Dibawa Pulang JDT

Piala FA 2016 Dibawa Pulang JDT

SHAH ALAM: Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melengkapkan trofi kemenangan kedua musim ini dengan menjuarai Piala FA menewaskan PKNS FC 2-1 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Sabtu malam.

Pada perlawanan tersebut, JDT atau turut dikenali Harimau Selatan ini dikejutkan dengan gol pendahuluan PKNS FC seawal minit keenam permainan selepas pengadil Syed Azhar Syed Kamar menghadiahkan sepakan penalti gara-gara tindakan Mohd Aidil Zafuan menjatuhkan Gonzalo Manuel Soto.

Penyerang import dari Argentina, Gabriel Guerra tenang menyempurnakan sepakan penalti ke arah gawang Mohd Izham Tarmizi.



Tersentak dengan gol pembukaan itu, pemain-pemain Mario Gomez merancakkan serangan sehingga penjaga gol PKNS G. Jeevanathan tersilap langkah menjatuhkan Pereyra Diaz di kawasan kotak penalti sekaligus JDT dihadiahkan sepakan penalti.

Kapten JDT, Safiq Rahim tampil menyamakan kedudukan menerusi tendangan kencang tepat ke arah gol pada minit ke-16.

Corak permainan kedua-dua pasukan semakin menarik apabila masing-masing cuba mencari peluang menambah jaringan.

Minit ke-34, JDT meledak gol kedua apabila Pereyra Diaz berjaya membuat penyudah baik di tepi pintu gol PKNS.

JDT mendahului kedudukan 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Dengan kehadiran penonton seramai 75,253 orang membuat suasana di stadium terus meriah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran penyokong-penyokong JDT yang memenuhi setiap ruang diu stadium ini.



Bagaimanapun, penyokong-epnyokong PKNS tetap tenang dan terus memberi sokongan kepada pasukan mereka biarpun ditenggelami dengan sorakan pihak lawan.

Harapan untuk melihat keputusan berubah pada babak kedua tidak kesampaian apabila kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat.

Apa yang menarik, perlawanan akhir ini mendapat perhatian luar biasa apabila buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab bertembung di pentas akhir.

Manakala PKNS melakar sejarah kelabnya tersendiri apabila buat julung kalinya mara ke final.

Selain itu, JDT berjaya menambah koleksi trofi kedua musim ini selepas turut menjuarai Piala Sumbangsih menewaskan Selangor Februari lalu.

-mStar
Sultan Johor titah isytihar cuti jika JDT menang

Sultan Johor titah isytihar cuti jika JDT menang

KERAJAAN Negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor pada esok jika pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, malam ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan sendiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebentar tadi.

"Selepas berbincang bersama Menteri Besar Johor, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa (tiada cuti gani).

"Tuanku juga sudah menitahkan untuk Johor cuti peristiwa sebentar tadi jika pasukan JDT menjuarai perlawanan malam ini," katanya, malam tadi.


Keputusan Semasa Piala FA: JDT Dahului PKNS 2-1

Keputusan Semasa Piala FA: JDT Dahului PKNS 2-1



BERIKUT adalah keputusan semasa perlawanan akhir Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu malam.

JDT 2 (Safiq Rahim m-16, Pereyra Diaz m-34) - 1 PKNS FC (Guerra m-6)

Senarai pemain:

JOHOR DARUL TA’ZIM: Azammuddin Mohd Akil, Marcos Antonio Elias  Santos, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, Safiq Rahim (kapten), Jorge Rolando Pereyra Diaz, S.Kunanlan, Harris harun, Juan Martin Lucero, Jasazrin Jamaludin, Mohd Izham Tarmizi Roslan (PG), Mohd Azinee Taib

Jurulatih: Roberto Mario Carlos Gomez

PKNS FC: G.Jeevanathan, Shahrul Azhar Ture, Mohd Khairu Azrin, Mohd Nazrin Syamsul Bahri, Gonzalo,  Manuel Soto (kapten), Juan Corbelli, P. Gunanlan,  M.Sivakumar, Gabriel Miguel Geurra, Mohd Nizam Abu Bakar, Matias Hadwa

-mStar
Salah Guna Dana, DAP Tamat Keahlian Loh

Salah Guna Dana, DAP Tamat Keahlian Loh

PETALING JAYA: DAP menamatkan keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Datok, Loh Chee Heng kerana didakwa menyalahgunakan dana negeri yang diperuntukkan untuk kawasannya.

Pemangku Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai berkata parti itu menerima aduan bertulis berhubung salah laku Loh yang didakwa menggunakan dana kerajaan negeri pada Mac dan meminta jawatankuasa DAP Selangor untuk menjalankan siasatan dalaman.

Tan berkata jawatankuasa DAP Selangor mendapati bahawa terdapat bukti salah laku di pihak Loh.

"Berikutan pendengaran tatatertib pada Sabtu, di mana Loh diberi peluang untuk menjelaskan perkara itu, jawatankuasa disiplin DAP menyimpulkan bahawa terdapat salah laku serius dilakukan Loh dan telah sebulat suara memutuskan untuk menamatkan keahliannya berkuatkuasa serta merta," kata Tan dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata sebagai sebuah parti yang menyokong ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik, parti itu tidak boleh membiarkan tindakan wakil rakyat yang menyalahgunakan wang negara.

"Salah laku itu adalah sama seperti suatu pelanggaran serius terhadap kepercayaan awam yang dikenakan ke atas wakil rakyat," kata Tan.
Ibu Manusia Srigala Minta Bantuan

Ibu Manusia Srigala Minta Bantuan

DHAKA: Kedaifan hidup keluarga remaja perempuan yang mengalami sindrom 'serigala jadian' mendorong mereka merayu bantuan kewangan bagi membolehkan Bithi Akhtar menjalani rawatan dan kehidupan normal.

Remaja berusia 12 tahun itu dilahirkan dengan wajahnya dipenuhi bulu, radang gusi selain mempunyai payudara terlalu besar dan menyebabkan dia sukar berdiri.

Bithi menghidap sindrom Byars-Jurkiewicz dan hipertrikosis.

Wang yang diperoleh itu bagi membolehkan Bithi menjalani rawatan, termasuk mengecilkan payudara, mengawal gusinya yang bengkak dan terapi hormon untuk bulu serta rambut.

Ibunya Beauty Begum berkata, sindrom itu menyebabkan Bithi sukar untuk meneruskan pembelajaran di sekolah.



“Kami pada awalnya menganggap ini takdir Tuhan, namun saya tidak sanggup melihat dia menderita seperti ini.

“Kami yakin dia mampu menjalani kehidupan normal selepas semua itu dilakukan,” katanya.

Sementara itu, doktor di Universiti Perubatan Bangabandhu Sheikh Mujib, Fakhrul Alam berkata, hanya empat atau lima orang di seluruh dunia menghidap hipertrikosis.

Universiti berkenaan membantu kos rawatannya, tetapi keluarganya masih memerlukan wang.

Ayahnya Abdul Razzak, pemandu teksi berkata: “Saya membelanjakan lebih 80,000 taka (RM4,000) untuk ubat termasuk mengambil pinjaman bank. Kini saya tiada wang untuk rawatan susulannya.”

-mStar
DAP Tidak Minat Bertanding Di Dua PRK

DAP Tidak Minat Bertanding Di Dua PRK

GEORGETOWN - DAP menegaskan tidak berminat untuk bertanding di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, buat masa ini, itu merupakan keputusan DAP namun akan diputuskan selepas Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan kelak.

Menurutnya, masih terlalu awal untuknya membuat sebarang komen atau pengumuman berikutan PRK akan diadakan bulan hadapan.

"Masih terlalu awal untuk saya cakap hal ini (PRK), jauh lagi PRK. Namun buat masa ini, apa yang saya boleh katakan, DAP tidak berminat untuk bertanding di kedua-dua kawasan itu. Mengenai calon Pakatan Harapan, kita belum putuskan lagi. Apa-apa pun, kita tunggu selepas mesyuarat kelak. Perkara ini kena bincang, baru ada semangat setia kawan. Saya tidak boleh buat keputusan sekarang.


"Bagi saya, pandangan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu diambil kira kerana kawasan itu di negerinya. Tidak wajar jika tanya saya sahaja. Saya bagi laluan kepada beliau dulu dan saya merasakan tindakan saya itu adalah wajar dan betul. Saya harap jangan ada pihak yang buat spekulasi kerana ia terlalu awal untuk diperkatakan," katanya kepada media selepas pelancaran Penang Anime Matsuri 2016 Magical Summer, hari ini.

Semalam, DAP menegaskan hanya akan menyokong calon dari Pakatan Harapan untuk kedua-dua PRK itu.

Walaubagaimanapun, ketika ditanya adakah parti itu akan menyokong calon Pas di dua kawasan itu, Guan Eng berkata, parti Islam itu bukan lagi berada dalam Pakatan Harapan.

PRK akan diadakan di dua kawasan berkenaan selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN) dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon (BN) maut dalam insiden helikopter terhempas ketika dalam perjalanan ke Sarawak.

Pada Pilihanraya Umum 2013, Wan Muhammad telah mengalahkan calon Pas, Khalil Idham Lim dengan majoriti 1,082 undi manakala Noriah mengekalkan kerusi itu dengan majoriti tipis 399 terhadap calon Pas, Mohamed Saleh M Hussain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun ini sebagai tarikh pilihan raya kedua-dua kerusi dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

-Sinar Harian
Suami Isteri Lawan Babi

Suami Isteri Lawan Babi

BALING – Berpantang maut sebelum ajal. Itu berlaku kepada sepasang suami isteri yang terselamat walaupun terpaksa bertarung nyawa melawan seekor babi hutan yang menyerang mereka ketika menoreh getah di Felda Teloi Timur di sini Rabu lalu.

Mangsa, Halimah Abdullah, 47, berkata, ketika kejadian pada pukul 9.30 pagi, dia bersama suaminya, Abu Seman Ani, 55, yang sedang menoreh getah tiba-tiba diserang seekor babi hutan.

Menurutnya, dia cuba berlari ke arah suami yang berada tidak jauh dari tempatnya menoreh tetapi tidak sempat kerana binatang liar itu telah meluru ke arahnya.

“Saya kemudian disondol beberapa kali oleh babi tersebut sehingga cedera. Selepas itu, babi tersebut menyerang suami saya sampai dia terjatuh ke kawasan paya berdekatan dan pengsan.

“Babi itu berpatah balik dan menye­rang saya kali keduanya. Saya cuba melawan dengan memukulnya berkali-kali menggunakan pisau toreh sambil pejam mata kerana takut melihat mukanya yang garang serta bergigi taring yang tajam,” katanya di rumahnya di Kampung Sri Kenanga, Kuala Ketil di sini semalam.

Halimah memberitahu, setelah suaminya tersedar daripada pengsan, Abu Seman menjerit menyuruhnya memanjat pokok bagi menyelamatkan diri namun gagal.

Katanya, dia akhirnya terselamat apabila babi yang sudah lemah itu beredar.

“Saya dan suami yang cedera kemudian membonceng motosikal bersamanya ke Klinik Kesihatan Parit Panjang di sini,” ujarnya.

Sementara itu, Abu Seman berkata, dia tidak terdaya menolong isterinya ketika diserang babi kerana tiba-tiba pengsan.

“Saya bersyukur isteri saya selamat walaupun dia menerima hampir 50 jahitan pada kedua-dua belah lengan tangan dan paha kanannya,” kata Abu Seman yang turut menerima tujuh jahitan pada betis.

-Kosmo
PRK Sungai Besar Pembangkang Mula Berebut Kerusi

PRK Sungai Besar Pembangkang Mula Berebut Kerusi


SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) dijangka berdepan saingan lebih daripada satu parti pembangkang apabila Parti Amanah Negara (PAN) turut menyatakan hasrat meletak calonnya selepas PAS mengesahkan untuk berbuat demikian.

Ketua Pemuda PAN Selangor, Abbas Azmi, berkata pihaknya mempunyai beberapa calon yang semuanya mempunyai kelebihan tersendiri dan diyakini diterima masyarakat setempat. "Pemuda PAN negeri akan mencadangkan calon parti ini dipilih mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Parlimen Sungai Besar.

"Calon PAN wajar diberi laluan untuk mewakili PH dalam PRK ini. Kami bersedia dengan apa juga kemungkinan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abbas berkata, gerak kerja bertemu masyarakat dan pengundi sudah dimulakan, termasuk memberi bantuan makanan asas kepada fakir miskin, edaran risalah bagi memperkenalkan misi dan visi PAN serta melaksanakan program kemasyarakatan.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata parti itu akan mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar daripada sekutu PH. Iskandar berkata, calon PAS lebih layak bertanding berbanding DAP, PKR atau PAN, malah menegaskan ia secara tradisi adalah milik PAS sejak 1990-an.

Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon, yang terkorban dalam nahas helikopter Eurocopter AS350 di Sebuyau,

Sarawak pada 5 Mei lalu. Noriah yang juga Timbalan Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menjadi Ahli Parlimen Sungai Besar selama tiga penggal sejak tahun 2004.
Ahli Parlimen Jelebu selamat jalani pembedahan

Ahli Parlimen Jelebu selamat jalani pembedahan

KUALA KLAWANG: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail, selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), malam ini.

Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, berkata pembedahan bermula jam 7 malam itu selesai dua jam kemudian.

"Kita difahamkan, semua ketumbuhan dalam kepalanya berjaya dikeluarkan dan beliau kini berada dalam keadaan stabil walaupun belum sedarkan diri," katanya ketika ditemui di sini, malam ini.

Zainudin, 57, dihantar ke Hospital Jelebu apabila tidak sedarkan diri, jam 12 tengah hari tadi, dan dikejarkan ke HKL pada jam 1.40 tengah hari, sebelum doktor mengesan ketumbuhan di dalam kepalanya.

-Berita Harian
Manusia Tertua Meninggal Dunia

Manusia Tertua Meninggal Dunia

NEW YORK: Wanita paling tertua di dunia, Susannah Mushatt Jones meninggal dunia pada usia 116 tahun di New York, semalam.

Perunding kanan Kumpulan Penyelidikan Gerontologi Los Angeles, Robert Young berkata, wanita itu yang sakit sejak 10 hari lalu, meninggal dunia di rumah warga tua di Brooklyn, yang didiami sejak tiga dekad lalu.

Susannah dilahirkan di sebuah kawasan ladang berhampiran Montgomery, Alabama pada 1899. Dia mempunyai 11 beradik dan belajar di sekolah yang dikhaskan untuk pelajar kulit hitam. Selepas tamat sekolah menengah pada 1922, dia bekerja di ladang untuk membantu keluarganya.

Setahun kemudian Susannah bekerja sebagai pengasuh, sebelum berpindah New Jersey dan kemudian ke New York. Ketika ditemubual The Associated Press pada 2015, ibu saudaranya memberitahu wanita berkenaan pernah berkahwin selama beberapa tahun, tetapi tidak mempunyai anak.

Ahli keluarganya percaya kasih sayang keluarga dan tabiat memakan buah-buahan serta sayur segar ketika membesar di ladang, di samping sikapnya yang pemurah antara faktor dia panjang umur. Kini, Emma Morano dari Itali menjadi wanita tertua dunia. - AP

-Berita Harian

Jumaat, 13 Mei 2016

 PRK: Azmin nasihat jaga adab ketika kempen

PRK: Azmin nasihat jaga adab ketika kempen



SUNGAI BESAR - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang dijalankan pada bulan Ramadan diharap dapat diadakan dengan lebih tenang dan aman khususnya dalam kalangan pengundi beragama Islam.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, semua pihak termasuk pemimpin dan pengundi seharusnya menjaga adab semasa berkempen seperti tidak melemparkan fitnah dan kata-kata kesat antara parti yang bertanding.

“Saya percaya bulan Ramadan ini satu bulan yang cukup mulia dan ia mendidik kita kembali sebagai hamba ALLAH yang beriman dan pada masa sama menjalankan tugas kita sebagai pemimpin di muka bumi ini dengan adil dan saksama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada Majlis Kenduri Kampung di Masjid As-Siraj Kampung Batu 23 Sungai Nibong.

Ditanya sejauhmana persediaan menghadapi PRK di Parlimen Sungai Besar, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, beliau yakin dengan usaha yang telah dijalankan di negeri itu khususnya di Sabak Bernam sejak kerajaan negeri ‘bertukar tangan’ pada 2008.

“Apabila saya mengambil-alih 2014, usaha ini, diteruskan dan ditingkatkan termasuk program Hijrah, perkhidmatan percuma bas Smart Selangor, Internet Tanpa Wayar (WiFi) untuk masyarakat di sini yang boleh akses kepada internet dan bantuan kepada petani serta nelayan,” katanya.

Ditanya, sejauhmana calon BN mampu ditewaskan di kerusi Parlimen Sungai Besar, Mohamed Azmin berkata, perkara itu bukan satu perkara yang ditentukan beliau, sebaliknya keputusan yang akan dibuat rakyat.

"Saya dan kepimpinan hanya berkongsi pengalaman dan kejayaan kita selama ini dan akhirnya kita serahkan kepada rakyat untuk menentukan masa depan wakil yang dikehendaki mereka di (Parlimen) Sungai Besar ini,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar masing-masing berikutan kematian penyandangnya Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, 5 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Allahyarham Noriah memenangi kerusi Parlimen Sungai Besar menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M Hussin dengan majoriti 399 undi.
-Sinar Harian


Guang Eng Tak Sokong PAS,PAN Tetapa Bertanding Dua PRK

Guang Eng Tak Sokong PAS,PAN Tetapa Bertanding Dua PRK

GEORGETOWN - DAP menegaskan hanya akan menyokong calon dari Pakatan Harapan untuk dua pilihanraya kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Bagaimanapun, ketika ditanya adakah parti itu akan menyokong calon Pas di dua kawasan itu, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti Islam itu bukan lagi berada dalam Pakatan Harapan.

"Saya tidak ada apa nak komen kerana kedua-dua kawasan ini di Selangor dan Perak. Bagaimanapun, tentu kita akan sokong calon yang diputuskan oleh Pakatan. Pas bukan calon Pakatan.

"Itu sahaja yang saya nak kata, DAP akan tetap sokong calon yang diputuskan Pakatan. Kita akan adakan perbincangan dengan Kak Wan( Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan Mat Sabu (Mohamad Sabu), dan yang paling penting, tentu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana kawasan ini dalam kawasan Selangor," katanya kepada media di luar dewan persidangan Dun hari ini.

Guan Eng bagaimanapun enggan mengulas berhubung hasrat Mohamed Azmin ingin Pas kembali semula ke pangkuan Pakatan Harapan selepas kalah teruk di Sarawak.

Pilihanraya kecil akan diadakan di dua kawasan berkenaan selepas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Muhammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN) dan Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon (BN) maut dalam insiden helikopter terhempas ketika dalam perjalanan ke Sarawak.

Pada Pilihanraya Umum 2013, Wan Muhammad telah mengalahkan calon Pas, Khalil Idham Lim dengan majoriti 1,082 undi manakala Noriah mengekalkan kerusi itu dengan majoriti tipis 399 terhadap calon Pas, Mohamed Saleh M Hussain.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Jun ini sebagai tarikh pilihan raya kedua-dua kerusi dengan tempoh berkempen selama dua minggu.

-Sinar Harian
PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar Serentak 18 Jun

PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar Serentak 18 Jun

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P.067) dan Sungai Besar (P.093) akan diadakan serentak, masing-masing pada 5 Jun dan 18 Jun ini.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 14 Jun ini.

Beliau menambah, Daftar Pemilih Induk (DPI) bagi Parlimen Sungai Besar yang dikemaskini pada 6 Mei mengandungi 42,655 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 42,365 pengundi biasa, 286 pengundi awal dan empat pemilih tidak hadir luar negara.

Selain itu, bagi DPI Parlimen Kuala Kangsar pula ia dikemaskini pada 7 Mei dan melibatkan 32,949 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 32,632 pengundi biasa, 312 pengundi awal dan lima pemilih tidak hadir luar negara.

"Kos bagi kedua-dua PRK itu dianggar sebanyak RM2.7 juta," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini, Jumaat.

PRK bagi kedua-dua Parlimen itu diadakan selepas penyandangnya iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon (Parlimen Sungai Besar) dan Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nashas helikopter di Sarawak.

Mereka antara enam yang terkorban dalam nahas itu selain suami Noriah, Asmuni Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Annamalai; pengawal Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Barisan Nasional memenangi kedua-dua kerusi parlimen berkenaan apabila Noriah yang memperoleh 18,695 undi menewaskan calon PAS, Mohd Salleh M Husin dengan majoriti 399 undi, manakala Wan Mohd Khair-il Anuar mencatatkan 14,218 undi dengan majoriti 1,082 undi apabila menyingkirkan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Calon Bebas, Datuk Kamilia Ibrahim.

Jelas Mohd Hashim lagi, pusat penamaan calon dan penjumlahan undi bagi PRK Kuala Kangsar akan diadakan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar dan SPR melantik Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria sebagai pengurus pilihan raya.

Bagi PRK Parlimen Sungai Besar pula beliau berkata, Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Khairuddin Md Som dilantik sebagai pengurus pilihan raya dan Dewan Seri Bernam, Sungai Besar akan dijadikan lokasi penamaan calon serta penjumlahan undi rasmi.

Dalam pada itu, Mohd Hashim berharap kempen kedua-dua PRK tersebut akan berlangsung dalam keadaan tenang sama ada di pihak penyokong dan calon yang bertanding.

"Oleh kerana PRK ini berlangsung dalam bulan Ramadan, SPR berharap ia akan berlangsung dalam suasana tenang tanpa saling mengeji antara penyokong atau calon.

"Ini bukan kali pertama PRK diadakan pada Ramadan dan kami berharap semua pihak akan turut saling menghormati untuk menjadikan PRK ini berlangsung dengan aman seperti Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini," katanya.

Terdahulu, Mohd Hashim berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Di-Pertuan Dewan Rakyat pada 9 Mei berhubung kekosongan kerusi Parlimen tersebut berikutan penyandangnya telah meninggal dunia.

Berikutan itu, selaras dengan perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka bagi mengisi kekosongan kerusi-kerusi parlimen tersebut.

-mStar
Public Bank Tidak Pernah Beri Maklumat

Public Bank Tidak Pernah Beri Maklumat


Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, Public Bank Berhad tidak pernah memberikan maklumat perbankan milik Pengerusi Eksekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail kepada Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli.

Pengurus Perniagaan Public Bank Cawangan Jalan Hang Lekiu, Chai Mai Fatt, berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Datuk M David Morais yang mewakili Moha­mad Salleh (plaintif) dalam kes saman fitnah dikemukakan plaintif terhadap Mohd Rafizi dan pemilik portal Malaysiakini.

Pernah tawar pinjaman
Saksi itu berkata, pihak bank pernah menawarkan pinjaman kepada Moha­mad Salleh, bagaimanapun menarik balik tawar an itu kerana selepas tujuh bulan (tempoh had tawaran), beliau masih tidak membe­rikan maklum balas.

Menjawab soalan Morais, Mai Fatt berkata, bank memberikan sokongan ter­hadap tawaran pinjaman itu kerana ia menaruh kepercayaan kepada kredibiliti Salleh.

Setuju cadangan peguam
Saksi itu bagaimanapun bersetuju dengan cadangan peguam Razlan Hadri yang mewakili Mohd Rafizi, bahawa simpanan deposit RM71.3 juta oleh Mohamad Salleh ke dalam bank itu adalah antara faktor menyebabkan pihak bank memberikan pinjaman kepadanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan, bersambung hari ini.

-Berita Harian
MAT Sabu Atau Nizar Calon PAN  PRK Kuala Kangsar

MAT Sabu Atau Nizar Calon PAN PRK Kuala Kangsar


Ipoh: Empat hari selepas PAS mengumumkan akan bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, parti serpihannya turut mengimpikan kerusi berkenaan dengan dua nama bekas pemimpin PAS disebutsebut untuk dipertarukan.

Parti Amanah Negara (PAN) berhasrat meletakkan sama ada Presidennya, Moha­mad Sabu atau Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS atau bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi kerusi terbabit.

Menurut sumber, Mat Sabu dan Moham­mad Nizar yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempunyai kemampuan menarik sokongan pengundi Kuala Kangsar yang mempunyai kira-kira 68 peratus pemilih Melayu, selain faktormereka sudah dikenali, sekali gus akan memudah- kan kempen parti.

Sabotej, balas dendam.
Jika benar PAN mahu meletakkan calonnya di kerusi berkenaan, ia pasti dilihat sebagai sabotaj atau balas dendam kepada PAS selepas Pengarah Pilihan Rayanya, Da­tuk Mustafa Ali mengumumkan pada 8 Mei lalu bahawa parti itu akan bertanding di Kuala Kangsar dan kerusi Parlimen Sungai Besar.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pada sidang media semalam, berkata pakatan DAP, PKR dan PAN sudah menyenaraikan beberapa nama berpotensi dan dianggap calon terbaik untuk bertan­ding di Kuala Kangsar, namun akan membincangkan perkara itu secara terperinci pada mesyuarat hari ini.

"Terserah kepada Majlis Presiden (Paka­tan) untuk putuskan, calon parti mana tidak kisah.
"Jika PAN ada calon baik, apa salahnya dan jika DAP ada calon baik, kenapa tidak," katanya yang turut berharap PAS kembali berunding untuk mengelakkan pertembungan di antara dua calon pembangkang dengan Barisan Nasional (BN).

-Berita Harian
Komplot Guling Kerajaan 22 Ditahan

Komplot Guling Kerajaan 22 Ditahan

KOTA KINABALU – Sebanyak 22 individu termasuk 10 rakyat tempatan ditahan di sekitar Lahad Datu dan Ranau baru-baru ini selepas disyaki terlibat dalam ranca­ngan untuk menjatuhkan kerajaan dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Tentera Kesultanan Sulu.

Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 75 tahun itu ditahan di kawasan rumah mereka menerusi Operasi Gasak III.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata, 20 individu termasuk 10 rakyat tempatan ditahan di Tanjung Labian, Sungai Bilis dan Tanjung Batu di Lahad Datu pada Sabtu lalu.

“Dua lagi ditahan di Ranau pada Isnin lalu dan operasi ini diketuai oleh saya sendiri melalui operasi terancang hasil maklumat yang kita terima.

“Ia melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semua agensi penguatkuasaan serta Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom),” katanya ketika ditemui pembe­rita pada Program Hidup Sihat PDRM di sini semalam.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, sembilan daripada 22 individu yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dipercayai berasal dari selatan Filipina.

Katanya, dua lagi mempunyai sijil lahir dan mendakwa lahir di negeri ini manakala seorang mempunyai pas lawatan sosial dan berasal dari selatan Filipina.

“Siasatan akan dilakukan dari semua sudut bagi melihat sekiranya mereka terlibat dengan kumpulan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan selain kaitan dengan pengganas Tentera Ke­sultanan Sulu,” katanya.


-Kosmo
60 Peratus Rakyat Jerman Tidak Suka Islam

60 Peratus Rakyat Jerman Tidak Suka Islam



BERLIN: Hampir dua per tiga rakyat Jerman merasakan Islam tidak patut ada di negara itu, menurut satu tinjauan hari ini.

 Dapatan tinjauan itu adalah perkembangan terbaharu yang mencerminkan perubahan selepas serangan militan Islam di Eropah dan ketibaan lebih sejuta pendatang, kebanyakannya Islam tahun lalu.

 Bekas presiden Jerman, Christian Wulff mencetuskan kontroversi pada 2010 apabila berkata Islam adalah sebahagian daripada Jerman. 

Kenyataan itu diulangi Canselor Angela Merkel tahun lalu.

 Enam tahun sebelum ini, 49 warga Jerman bersetuju dengan Wulff manakala 47 peratus menolak.

 Tinjauan hari ini itu dijalankan Ifratest dimap untuk penyiar WDR, ia menunjukkan perubahan pemikiran dengan 60 peratus kini berkata Islam tidak patut ada di Jerman manakala 34 peratus berpendapat sebaliknya.

-Berita Harian

Khamis, 12 Mei 2016

Empat  Jalan Utama KL Banjir Kilat

Empat Jalan Utama KL Banjir Kilat





Sebanyak empat jalan utama terjejas akibat banjir kilat yang melanda ibu negara kira-kira 7.30 malam, Khamis.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata jalan terbabit ialah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

"Hujan lebat yang bermula lewat petang ini menyebabkan jalan itu ditenggelami air sedalam satu meter.

"Pihak bomba telah menempatkan sebanyak 28 anggota dan pegawai bagi menghadapi sebarang kemungkinan," katanya kepadaBernama.

Google+ Followers