Khamis, 30 Jun 2016

Penangkapan Guan Eng Bukan Pekara Luar Biasa

Penangkapan Guan Eng Bukan Pekara Luar Biasa

TINDAKKAN penangkapan Lim Guan Eng bukan satu pekara luar biasa berikutan sebelum ini pemimpin parti pemerintah juga turut mengalami pekara sama malah ada yang dihukum penjara dan begitu juga pemimpin dari parti pembangkang.

Hanya beberapa kerat penyokong DAP dan sekutunya sahaja menganggap tangkapan yang dibuat terhadap ketua menteri Pulau Pinang sebagai krisis politik untuk mengeliru dan mendapat simpati rakyat.

Perbuatan membakar lilin dihadapan pejabat SPRM negeri yang di perintah DAP itu juga merupakan perbuatan membazir masa dan wang ringgit.Sedangkan Lim Guan Eng yang ditahan dan tidak mengaku melakukan pekara terkutut dibebas dengan ikat jamin RM1 Juta.

Manakala ahli perniagaan, Phang Li Khoon diikat jamin RM200,000 bersama seorang penjamin.

Untuk tidak menampakan kekotoran yang terpalit terhadap orang kena tuduh sengaja sidang media diadakan.Pada sidang media itu pula sengaja diadakan cerita konon berasa kesal dengan tindakkan SPRM mengeluarkan waran tangkap terhadap Setia Usaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Tujuan kenyataan itu dikeluarkan bagi mengambarkan Lim Guan Eng tidak terpalit dengan skandal rasuah yang membawa kepada penangkapan beliau.

Undang-undang negara tidak sesekali terpengaruh dengan sebarang kenyataan yang dibuat sama ada bertujuan mencari simpati atau sebaliknya.

Penangkapan Lim Guan Eng bukan krisis politik sebaliknya berdasarkan kelakuan menyalahgunakan kuasanya untuk memanfaatkan dirinya dan isteri dengan meluluskan pengezonan semula sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd, dan berkaitan dengan memperoleh harta di bawah nilai pasaran di 25, Jalan Pinhorn dari Phang Li Khoon.

Rakyat sedia maklum,sebelum Lim Guan Eng di tangkap siasatan telah dilakukan bebarapa bulan,bukanya main tangkap dan sumbat dalam lokap untuk mengheret beliau ke mahkamah tanpa sebarang asas kukuh untuk dibaca pertuduhan terhadap beliau.

Oleh kerana ego,beberapa fanatik DAP cuba mengaitkan isu derma 2.6 bilion mealui Datu Seri Najib dengan postar yang disebar melalui laman kesukaan rakyat Malaysia iaitu Facebook.

Dengan kata-kata di postar yang disebar,’Peguam negara datang sendiri untuk mendakwa Guan Eng,Kes Najib 2.6 bilion bila mahu dakwa?’ cuba mengelirukan orang awam dengan bayangan wang derma 2.6 bilion itu adalah hasil rasuah.Jika tidak berniat untuk menyatakan derma tersebut bukan rasuah,mengapa bertanya bila Datuk Seri Najib mahu didakwa?

Peluang belajar menilai kebaikan dan keburukan sudah lama terbuka luas kerana akal dan ilmu yang ada mampu mengenal keburukan dan kebaikan.Sebaliknya digunakan untuk menyebar pekara palsu bagi tujuan untuk memperkukuhkan kedudukan dengan mempengaruhi mereka-mereka yang suka telan bulat-bulat setiap kepalsuan yang sampai padanya.

Sikap tidak boleh menerima hakikat apabila terkena pada puak-puak sendiri sungguh menebal malah menjadi daging darah dikalangan pembangkang.Apabila pekara serupa berlaku terhadap mana-mana pemimpin pemerintah,mereka terus memuji pihak berkuasa yang berkaitan dengan kes.

Kali ini DAP dan rakan sekutunya baru tahu tingginya langit,kerana mereka selama ini hanya tahu melihat yang dibawah sahaja kecil tanpa menyedari yang dibawah juga melihat yang diatas sama kecilnya.

-Hot Kelate
Bakar Buku Perlembagaan Umno

Bakar Buku Perlembagaan Umno

KUALA LUMPUR – Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO Selangor mengecam tindakan ahli-ahli yang melakukan provokasi sehingga mencemarkan nama baik parti sendiri dan mendesak ia dihentikan segera.
Pengerusinya,  Datuk Ahmad Nadzari Mat Dahalan bersama 20 orang ahli UMNO lain bertindak membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dijalankan dan tindakan diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab terbabit.
“Buku UMNO ni adalah sebuah naskhah yang jadi rujukan kami begitu lama, jadi kita tak mahu ahli kita mereka di luar sana sewenang-wenabgnya mencemarkan keluhuran dan perlembagaan UMNO.
“Dasar kami semuanya dalam ini, kami tak boleh biarkan mereka suka hati calarkan imej dengan tindakan seperti ini,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, hari ini.
Beliau mengulas tindakan kumpulan Gabungan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM) yang membakar buku Perlembagaan UMNO Isnin lalu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti baru-baru ini.
Tambah beliau, laporan polis itu dibuat sebagai tanda peringatan supaya mana-mana pihak tidak mengulangi perbuatan tersebut yang dianggap biadap serta berniat jahat.
Ahmad Nadzari yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkata, pihaknya menunggu siasatan daripada pihak polis sebelum perkara itu dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi.
“Kita tak letak apa-apa gesaan terpulang kepada Majlis Tertinggi, tapi kita akan menunggu siasatan yang dijalankan pihak polis terlebih dahulu, baru kita akan pertimbangkan sama ada perlu atau tidak kita bawa isu ini ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi UMNO,” ujarnya.
Terdahulu, sekumpulan ahli UMNO yang dipimpin GKCM membakar buku perlembagaan UMNO ekoran kegagalan parti itu mematuhi perlembagaannya ketika memecat Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyidn Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Tindakan membakar buku perlembagaan itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi GKCM, Rushdan Mohamed serta para pengikutnya selepas sidang media yang dibuat oleh Muhyidin dan Mukhriz di Damansara pada hujung minggu lalu.
Pelantikan Noh satu suntikan moral kepada UMNO Shah Alam

Pelantikan Noh satu suntikan moral kepada UMNO Shah Alam

SHAH ALAM – UMNO Bahagian Shah Alam menyifatkan perlantikan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai satu suntikan moral kepada UMNO Shah Alam pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari berkata, kembalinya semula Noh Omar dalam Kabinet telah menyemarakkan lagi segala usaha UMNO dan BN melakukan gerak gempur merampas kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri daripada pakatan pembangkang.

“Saya tidak melihat ia sebagai tekanan kepada UMNO, tetapi lebih kepada moral ‘booster’, semangat dan kebangkitan kepada UMNO dan BN yang hanya mempunyai 1 tahun setengah sahaja untuk memperkasakan diri menghadapi pilihan raya umum.

“Sudah tentu apabila Perdana Menteri mengumumkan Tan Sri Noh Omar menjadi Menteri penuh kabinet ia menambah kekuatan kami meneruskan agenda menawan Selangor,” katanya lagi.

Beliau bercakap kepada media selepas menyampaikan sumbangan pada majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan MARA Digital di Anggerik Mall semalam. Seramai 30 orang anak yatim asnaf menerima sumbangan tersebut.

Menurutnya lagi, perantikan ini akan memudahkan lagi Noh Omar untuk merasai denyut nadi rakyat Selangor dan meletakkan dirinya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Menteri Besar Kerajaan PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kekadang majlis rasmi tertentu beliau (Noh) tidak dapat hadir terutamanya yang membabitkan Sultan Selangor. Sekarang kalau Menteri Besar hadir, Menteri KPKT pun boleh hadir dan ini tidak mendatangkan masalah. Sultan tentu suka wakil Kerajaan Persekutuan pun turut hadir majlisnya,” ujar Azhari.

Kata Azhari lagi, pelantikan Noh Omar sebagai Menteri KPKT amatlah bertepatan dan bersesuaian kerana hampir 60 peratus negeri Selangor adalah kawasan bandar.

“Sudah tentu banyak permasalahan bandar yang diabaikan kerajaan negeri dapat diberi tumpuan dan segera menyelesaikannya. Sosio ekonomi penduduk setempat dapat dipertingkatkan dengan pelbagai program meningkatkan sumber pendapatan penduduk bandar.

“UMNO bahagian yang berada di parlimen kawasan bandar amat mengalu-alukannya dan sudah tentu dapat membantu kami mengembalikan keyakinan untuk menambat hati pengundi bandar kembali kepada BN,” katanya lagi.
Disangka berkubur, peniaga Ampang Park kecewa jualan merosot

Disangka berkubur, peniaga Ampang Park kecewa jualan merosot

Ramai yang menyangkakan pusat beli belah tertua di sini, Ampang Park sudah ditutup ekoran status projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT).

Tanggapan itu menyebabkan pelanggan tidak lagi mengunjungi pusat beli belah berkenaan dan menjejaskan bisnes peniaga terutamanya musim jualan Aidilfitri.

“Saya melabur modal yang besar untuk menyediakan stok pakaian hari raya dengan harapan sambutan yang diterima daripada pengunjung memberangsangkan seperti juga tahun sebelum ini.

“Namun sambutan diterima setakat ini memang mengejutkan dan tidak berbaloi dengan pelaburan yang sudah dikeluarkan,” kata peniaga butik Intan Adam Shah, 53, dilapor Harian Metro.

“Selain faktor ekonomi, pelanggan tetap juga tidak muncul disebabkan ramai beranggapan Ampang Park sudah tiada sedangkan maklumat itu tidak tepat”.

Katanya, khabar angin juga tersebar mengatakan Ampang Park bakal ditutup selepas Aidilfitri sehingga peniaga rasa panik dan mula mencari tapak premis baru.

Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Peniaga-Peniaga Kecil Ampang Park, Wan Kamal Izzuddin Wan Kassim berkata pihaknya memerlukan sokongan orang ramai mengunjungi premis berkenaan.

“Di sini kira-kira 85 peratus pengunjung adalah Melayu dan kita harapkan orang ramai terus datang khususnya sempena Aidilfitri ini,” katanya.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/disangka-berkubur-peniaga-ampang-park-kecewa-jualan-merosot#sthash.OBdbET85.dpuf
Ulama Pakistan fatwa halalkan bernikah dengan transgender

Ulama Pakistan fatwa halalkan bernikah dengan transgender

Kira-kira 50 ulama daripada kumpulan Tanzeem Ittehad-i-Ummat di Pakistan mengeluarkan fatwa minggu lepas menghalalkan perkahwinan bersama transgender.

Fatwa tersebut yang dikeluarkan pada Ahad menjelaskan transgender yang memiliki “tanda jelas seorang lelaki” boleh bernikah dengan seorang wanita, dan begitu juga sebaliknya.

Bagaimanapun, fatwa itu melarang transgender yang mempunyai “tanda jelas kedua-dua jantina” untuk berkahwin.

Fatwa itu juga menyebut merampas harta pusaka golongan transgender tidak sah dan ibu bapa yang menghalang anak transgender mereka daripada mendapat harta pusaka “mengundang kemurkaan Allah”.

Ulama berkenaan juga menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang ingkar terhadap fatwa tersebut.

Fatwa itu menyentuh sikap masyarakat terhadap transgender, lalu meletakkan hukum haram kepada perbuatan “memalukan, menghina dan menyindir” golongan itu.

Akhirnya, fatwa itu menyentuh mengenai pengebumian transgender yang harus dilakukan sama seperti lelaki dan perempuan Islam lain.

Antara ulama yang mengeluarkan fatwa itu ialah Imran Hanfi, Pir Karamat Ali, Abu Bakr Awan, Masoodur Rehman, Tahir Tabassum Qadri, Khalil Yousafi, Gul Ateequi, Gulzar Naeemi, Intikhab Noori, Abdul Sattar Saeedi dan Khizarul Islam.

Pada tahun 2012, Mahkamah Agung Pakistan mengisytiharkan hak sama rata untuk warga transgender, termasuklah hak untuk memiliki harta dan hartanah, dan hak untuk mengundi.

Namun, mengikut undang-undang perkahwinan, pasangan sejenis tidak dibenarkan bernikah, malah golongan lelaki homoseks telah didakwa dibawah undang-undang anti-liwat.

Para ulama masih bercanggah pandangn tentang isu transgender dalam agama Islam, namun golongan tersebut masih dipandang seorang oleh kebanyakan negara majoriti umat Islam.

Di Malaysia, golongan transgender sering ditindas penguasa agama dengan serbuan dan penahanan, berdasarkan undang-undang syariah yang mengharamkan lelaki Muslim “berpakaian dan berlagak seperti wanita”.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/ulama-pakistan-fatwa-halalkan-bernikah-dengan-transgender#sthash.FSgW4RJJ.dpuf
Video Cium Kesan Tapak Kaki Nabi

Video Cium Kesan Tapak Kaki Nabi




Mencium dan menjunjung barang-barang yang dianggap kesan peninggalan Nabi Muhammad dengan gaya melampau boleh membawa kepada hukum syirik, kata mufti Perak.

Tan Sri Harussani Zakaria berkata, barang pameran itu juga boleh menimbulkan keraguan, sama ada ia sahih atau tidak sehingga boleh memesongkan akidah umat Islam.

“Umat Islam tidak usah bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah. Kalau ada pameran pun pergi tengok sahaja, tidak perlu buat macam itu sekali kerana boleh membawa kepada syirik,” katanya dilapor Utusan Malaysia.

Katanya, Rasulullah tidak pernah menggalakkan umat Islam melakukan perbuatan yang dikatakan untuk memperoleh meningkatkan kecintaan dan keberkatan, amalan yang juga dipanggil tabarruk.

“Lagipun kita tidak tahu sama ada sahih atau tidak barang-barang peninggalan Rasulullah itu.

“Jadi tidak perlu buat begitu, banyak lagi sunnah Rasulullah yang boleh diikuti,” katanya.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, jika barang peninggalan Nabi Muhammad, yang dipanggil athar, seperti pedang tidak boleh disahkan oleh mana-mana sejarawan dan para ulama yang boleh dipercayai, penganjuran acara pameran sebegitu sepatutnya dielakkan.

“Saya mengalu-alukan mana-mana tokoh yang dapat mengkaji dan menekuni isu janggut Rasulullah atau rambutnya yang dimansubkan kepada Rasulullah pada masa kini adakah benar atau sebaliknya, dengan kajian yang sahih dan dipercayai untuk meleraikan sebarang kekusutan dalam penisbahan ini.

“Kita sewajarnya memahami sebarang perkara dalam berhukumkan nas-nas yang sahih bukan semata-mata berdasarkan perasaaan atau tanpa asas yang kukuh sehingga akhirnya melahirkan perasaan lebih kepada mengiku emosi semata-mata,” katanya.

Jumaat lalu, sebuah majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah telah dianjurkan di Dewan Besar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Kedah, anjuran bersama MBAS, Yayasan Restu, Ibn Sina Institutes, dan Majlis Mahabbah Rasul Malaysia.
Majlis tersebut mengajak umat Islam untuk bukan sahaja melihat, malah memegang, mengucup dan menjunjung athar Nabi Muhammad yang dipamerkan, seperti rambut, bekas tapak kaki dan pedang baginda.
Awal bulan ini, pameran yang sama dianjurkan oleh Yayasan Restu dan Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor.

Dakwa Orang Yang Benarkan Kafir Masuk Masjid

Dakwa Orang Yang Benarkan Kafir Masuk Masjid

KUALA LUMPUR, 30 Jun ― Ahli Parlimen PKR menjelaskan kehadirannya ke Masjid Al-Muttaqin di Selayang Pandang atas jemputan untuk berucap ringkas.

William Leong Jee Keen berkata, majlis tadarus al-Quran dan sumbangan Aidilfitri itu anjuran setiap tahun kerajaan negeri Selangor turut dihadiri beberapa ahli majlis.

“Saya hanya ucap 'selamat berbuka' dan 'selamat berpuasa',” kata ahli Parlimen Selayang ketika dihubungi ProjekMMO hari ini.

Leong berkata, ini bukan kali pertama dijemput menghadiri majlis sumbangan kepada asnaf sebagai wakil rakyat sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Namun, beliau berkata ini kali pertama dijemput masuk ke dalam ruangan solat kerana majlis diadakan di dalamnya namun menafikan mengeluarkan kata-kata berunsur politik di dalam masjid.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dilaporkan mahu mendapat penjelasan daripada pihak masjid bagaimana Leong dibenarkan masuk ke dewan solat untuk memberikan sumbangan dan ucapan Sabtu lalu.

Pengarah Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dilaporkan berkata, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memanggil nazir masjid berkenaan bagi mendapatkan penjelasan isu berkenaan.

Mais berkata kehadiran Leong itu bertentangan dengan Garis Panduan Penggunaan Masjid dan Surau Negeri Selangor 2010.

Garis panduan itu tidak membenarkan orang bukan Islam memasuki ruang solat utama di semua masjid dan surau di negeri itu atau mengadakan apa-apa acara di dalamnya.

Individu berkenaan boleh didakwa di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/saya-hanya-ucap-selamat-berbuka-dan-selamat-berpuasa-kata-ahli-parlimen-sel#sthash.naX1lPYS.dpuf
Kempen Nyawa Dihargai

Kempen Nyawa Dihargai

Kuala Lumpur, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Sejajar dengan tema kempen keselamatan jalan raya pada tahun ini iaitu ‘Nyawa Dihargai, Aidilfitri Lebih Bererti’, Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 telah diadakan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri Haji Abd. Halim Haji Abd. Samad.

“Fenomena pulang ke kampung semasa musim perayaan sudah menjadi tradisi dan budaya kepada masyarakat Malaysia terutamanya semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri”, katanya.

“Hakikatnya jumlah kenderaan di jalanraya akan meningkat dengan mendadak dan jalan raya juga akan bertambah sesak. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan risiko berlakunya kemalangan,” ujar Datuk Seri Haji Abd Halim di dalam ucapan perasmiannya.

Tambah beliau, “Statistik kemalangan di Malaysia pada musim perayaan amat menggerunkan, sebagai contoh pada tahun 2015 jumlah kemalangan jalan raya telah meningkat kepada 489,606 berbanding 476,196 tahun 2014. Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan pada tahun 2015 dengan 6,706 kematian berbanding 6,674 pada tahun 2014. Ini menunjukkan kadar kematian jalan raya adalah lebih daripada 18 orang setiap hari”.

“Sikap pemandu atau penunggang itu sendiri merupakan penyebab utama kemalangan jalan raya. Pemandu lebih bersikap mementingkan diri malah tidak sabar ketika berada di jalan raya serta tidak mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan”.

“Justeru, pengguna jalanraya diingatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang keselamatan jalanraya dan memberi kerjasama serta sokongan supaya masalah kemalangan jalanraya menemui penyudahannya”.

Program advokasi dan penguatkuasaan akan dilaksanakan pada musim Hari Raya ini seperti larangan kenderaan barangan tertentu oleh JPJ dan PDRM pada 2 dan 3 Julai dan juga pada 9 dan 10 Julai 2016. Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam akan bersedia 24 jam untuk memberi bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan.

Kementerian Kerja Raya juga akan mewartakan penurunan had laju iaitu bagi Jalan Persekutuan akan diturunkan dari 90km/j kepada 80km/j manakala bagi Jalan Negeri pula diturunkan dari 80km/j kepada 70km/j bermula 29 Jun sehingga 13 Julai 2016.

“Pelbagai langkah yang telah diambil bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya. Beberapa perkara perlu diambilberat oleh para pengguna jalan raya. Antaranya ialah rancang perjalanan, memandu ikut kelajuan yang ditetapkan, tidak melanggar lampu isyarat, pakai tali pinggang keselamatan dan topi keledar dan jangan sesekali menggunakan telefon bimbit semasa memandu”.

“Larangan penggunaan lorong kecemasan juga perlu dipatuhi. Namun, tanpa kerjasama semua pihak, perkara ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya”.

Antara Jabatan dan agensi yang terlibat ialah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kesemua kementerian, agensi swasta serta badan bukan kerajaan yang telah memberikan komitmen yang berterusan dengan menjayakan kempen keselamatan ini.

Turut diadakan sesi pelepasan (flag off) Pasukan Penguatkuasaan dan Pasukan Penyelamat oleh Senator Datuk Seri Abd. Halim. Beg cenderamata dan bahan-bahan kempen turut diedarkan kepada pengguna jalan raya.

DK
Muntah 30 Kali Sehari, Ezad Lazim Dimasukkan Ke Hospital

Muntah 30 Kali Sehari, Ezad Lazim Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi Ezad Lazim terpaksa dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah kira-kira pukul 9 pagi Khamis setelah mengalami muntah-muntah yang luar biasa sejak seminggu lalu.

Isterinya Nor Azeana Ramli, berkata, suaminya dibawa pulang ke Kedah pada Selasa lepas apabila keadaan kesihatannya mengalami kemerosotan.

"Ezad baru sahaja dibawa ke Kedah Madical Center pagi tadi (Khamis) kerana mengalami muntah yang teruk. Dia juga tidak boleh makan sejak 21 Jun lalu selain mengalami muntah lebih 30 kali sehari.

"Keadaan itu menyebabkan badannya lemah dan dia tidak mampu untuk berdiri. Kelmarin kakaknya dari Kedah datang ke Kuala Lumpur untuk ambil kami sekeluarga dan bawa pulang ke kampung," ujarnya kepada mStar Online.


Ezad Lazim.
Nor Azeana berkata, dia sudah membawa suaminya itu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Ampang pada 23 dan 24 Jun lalu, namun hanya diberi rawatan pesakit luar.

Kata Nor Azeana, keadaan itu merisaukan keluarga Ezad di Kedah sehingga mereka membuat keputusan untuk dia mendapatkan rawatan di negeri itu.

Dalam pada itu, Nor Azeana berkata, gejala muntah tersebut dialami sejak awal Jun lalu selepas Ezad mendapatkan rawatan sinus.

Katanya, Ezad merancang untuk menjalani pembedahan hidung pada Ogos depan kerana penyakit tersebut semakin serius sehingga menjejaskan suaranya.

"Ezad mengalami muntah sejak 1 Jun lalu tapi tidak banyak, saya ada bawa dia mendapatkan rawatan tradisional dan mereka kata ia adalah kesan ubat yang diambil.

"Penyakit sinus yang dialaminya menyebabkan dia tidak mampu untuk menghidu malah ia turut menganggu suaranya sehingga menjadi semakin sengau.

"Kadang-kadang hidungnya mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan keluar hinggus tanpa sedar," ujarnya.

Tambah Nor Azeana berat badan Ezad kini merosot daripada 68 kilogram sehingga 54 kilogram akibat masalah kesihatan tersebut.
Guang Eng Tidak Mengaku Salah

Guang Eng Tidak Mengaku Salah

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town di sini pada 18 Julai 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada ahli perniagaan Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta yang mana tertuduh mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasminya (Lim).

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town di sini pada 28 Julai 2015.

Bagi pertuduhan kedua itu Lim didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu bekas pemilik banglo itu Phang Li Koon turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.

Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Guan Eng,Phang Li Khoon Didakwa Hari Ini

Guan Eng,Phang Li Khoon Didakwa Hari Ini

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di sini, Khamis di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Guan Eng dan Li Khoon ditahan SPRM pada Rabu berhubung isu pembelian banglo oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dijadual mengetuai barisan pendakwaan.

SPRM dalam kenyataan pada Rabu berkata pendakwaan terhadap Guan Eng dan Li Khoon dijadual pada pukul 10 pagi.

Sementara itu, polis menjalankan kawalan ketat di kawasan mahkamah bagi memastikan kelancaran proses pendakwaan hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata beberapa jalan utama ke mahkamah ditutup dan hanya peguam bela, keluarga dan kenalan rapat Guan Eng dan Li Khoon dibenarkan berada di kawasan mahkamah.

"Penyokong dan mereka yang tidak berkaitan tidak dibenarkan berada dalam kawasan mahkamah atas faktor keselamatan. Polis akan mengambil tindakan jika ada yang engkar dengan arahan polis," katanya ketika dihubungi.

Guan Eng sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Li Khoon dan dikatakan di bawah harga pasaran.

Pada Mei lepas, Guan Eng dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

Isu pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis itu dibangkitkan Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas.
Rahman Dahlan Lega Guan Eng Ditangkap

Rahman Dahlan Lega Guan Eng Ditangkap


Portal The Star melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyatakan kelegaan ekoran penahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Guan Eng.

Abdul Rahman dan Guan Eng sering bertikam lidah sejak kebelakangan ini dalam pelbagai isu sehingga mahu berdebat di kaca televisyen.

“Jelas sekali, slogan DAP sebagai parti politik yang paling bersih di Malaysia adalah tidak benar sama sekali selepas penahanan Guan Eng hari ini.

“Ketelusan dan akauntabiliti harus diamalkan, bukan sekadar di bibir sahaja,” katanya.


Rabu, 29 Jun 2016

DAP Terkejut Beruk Guan Eng Ditangkap

DAP Terkejut Beruk Guan Eng Ditangkap

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tangkapan keatas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di Mahkamah esok.

Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan KOMTAR pada pukul 5.45 petang, sementara Li Khoon ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden hari ini.





Hantar Gambar Bogel Pada Guru

Hantar Gambar Bogel Pada Guru

GEORGE TOWN: Seorang gadis menghantar gambar bogel kepada guru sekolahnya yang dipercayai melatih pelajar itu sejak tiga tahun lalu.

Ibunya mengetahui perkara itu selepas terlihat beberapa keping gambar bogel di telefon gadis tersebut awal tahun ini.

Namun apa yang menjengkelkan Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Wanita (WCC), Loh Cheng Kooi adalah guru tersebut masih lagi bekerja apabila beliau meneliti kes tersebut bulan lalu.

“Mana-mana guru disyaki melakukan penderaan seksual sepatutnya digantung kerja dengan serta-merta sementara menunggu siasatan pihak berkuasa.

“Ia seolah-olah guru itu melatih gadis tersebut selama beberapa tahun sebelum diketahui ibu bapanya,” kata Loh kepada pemberita selepas sesi pembentangan meja bulat Perbadanan Wanita Pulau Pinang mengenai ‘Perlindungan Kanak-Kanak di Malaysia’,” di Komtar pada Isnin.

Loh berkata guru itu kononnya mengakui kesalahannya apabila dipanggil untuk memberi penjelasan tetapi tiada tindakan diambil Jabatan Pelajaran Negeri.

“Dia harus dipecat serta-merta selepas mengaku melakukan jenayah dan siasatan perlu dilakukan dengan segera.

“Seorang guru yang disyaki melakukan penderaan seksual mesti dijauhkan daripada kanak-kanak tetapi ini tidak berlaku di sini,” kata Loh.

Turut hadir pada sesi perbincangan itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Kesenian, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

Loh berkata Kementerian Pendidikan perlu mempunyai prosedur operasi standard (SOP) apabila ia melibatkan kes penderaan seksual kanak-kanak di sekolah.

Katanya, buat masa ini, seorang guru yang didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu masih dibenarkan bekerja sementara menunggu siasatan pihak berkuasa.

“Memindahkan guru itu ke sekolah lain juga tidak menyelesaikan masalah kerana ia adalah seperti memindahkan masalah ini ke tempat lain,” katanya.

Loh mendakwa Jabatan Pelajaran Negeri telah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan ibu bapa kanak-kanak itu dimaklumkan bahawa jabatan tersebut akan menyerahkan kes itu kepada pihak polis jika mereka membuat laporan.

Beliau berkata ibu bapa kanak-kanak itu tidak membuat laporan polis kerana bimbang insiden tersebut akan memberi kesan negatif terhadap anak perempuannya.

“Gadis itu hanya mengambil masa sekejap untuk pulih kerana dia merasakan itu bukan kesilapan guru tersebut kerana dia yang menghantar gambar bogelnya.

“Kita terpaksa meyakinkan gadis itu bahawa ia adalah kesilapan gurunya,” kata Loh.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Shaari Osman ketika dihubungi berkata pihaknya hanya menerima surat aduan pada minggu lalu mengenai perkara itu.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan siasatan awal menunjukkan guru itu turut memberi tuisyen kepada pelajar tersebut.-mStar
Guan Eng Hadapi Dua Dakwaan Rasuah

Guan Eng Hadapi Dua Dakwaan Rasuah

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada petang Rabu.

Setiausaha Agung DAP itu telah ditangkap sebaik sahaja beliau keluar dari bilik mesyuarat kira-kira pukul 6.20 petang selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Komtar.

Lima hingga lapan pegawai lelaki berpakaian biasa dilihat mengiringi Lim memasuki lif peribadi dari Aras 28.

Exco negeri, Chow Kon Yeow memberitahu pemberita bahawa Lim akan dibawa ke pejabat SPRM dan beliau akan diberikan waran tangkap berhubung dua pertuduhan.

"Dakwaan adalah mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 165 Akta Pencegahan Rasuah.

"Pertuduhan pertama adalah mengenai kelulusan permohonan Magnificent Emblem untuk menukar tanah pertanian kepada kediaman.

"Tetapi seperti yang kita tahu, ia telah ditolak oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

"Yang kedua adalah berkaitan dengan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran.

"Beliau akan didakwa pagi esok di Mahkamah Sesyen," kata Chow.

Ditanya sama ada Lim berkata apa-apa kepada anggota exco sebelum dibawa pergi, Chow berkata: “Not much. Just be strong.”

Beliau berkata DAP Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Khamis selepas Lim didakwa di mahkamah.

"Kami percaya beliau akan dibenarkan untuk ikat jamin. Exco negeri juga akan mengadakan mesyuarat tergempar."

-mStar
Letrik Terputus Pengusaha Ladang Ayam Rugi RM500,000

Letrik Terputus Pengusaha Ladang Ayam Rugi RM500,000

Seorang pengusaha ladang ternakan ayam di Chenderung Balai Teluk Intan, Perak kerugian lebih RM500,000 apabila 37,000 ayam ternakannya mati kepanasan pada malam kelmarian akibat kawasan ladang itu terputus bekalan elektrik selama beberapa jam.

Semua ayam daging yang menunggu masa untuk dipasarkan pada Aildiftiri ini gagal diselamatkan biarpun pengusahan itu cuba menghidupkan penghawa dingin di reban itu menggunakan generator kecil.
Menurut Pengurus Nur Rich Agro, Shamsuddin Ibrahim, 42, pihaknya terpaksa berputih mata melihat semua 37,000 ayam ternakan itu mati lemas selepas bekalan elektrik terputus sejak jam 10.40 pagi, kelmarin.

Tambahnya lagi, ladang ternakan itu memerlukan penghawa dingin yang berterusan untuk perlindungan ayam ternakan, namun kelmarin bekalan tiba-tiba terputus dan pihaknya tidak mendapat sebarang notis pemberitahuan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Sebaik saja bekalan terputus, saya menghidupkan generator kecil yang dikhaskan untuk menghidupkan penghawa dingin buat sementara waktu sehingga bekalan disambung, namun sehingga petang bekalan masih tidak disambung dan tenaga daripada generator itu memang tidak mampu menampung keseluruhan reban ayam yang ada.

“Bermula jam 3 petang semalam (Ahad), saya mula dapati beberapa ekor ayam sudah lemah kerana kepanasan dan saya cuba menghubungi pihak TNB, tetapi amat mengecewakan apabila diberitahu bekalan elektrik di kawasan ini akan terganggu dari pagi hingga jam 7 malam,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau lagi, menjelang malam, semua ayam-ayam itu sudah mati. Pihaknya juga terkejut dengan gangguan itu kerana kebiasaannya notis diberikan dahulu jika terdapat gangguan bekalan elektrik bagi tempoh masa yang lama. Namun bagi kejadian terbaru ini, tiada sebarang notis diberikan.

“Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak TNB seharusnya memaklumkan mengenai gangguan ini terlebih dulu bagi memudahkan kami menyewa generator yang sesuai sama ada daripada pihak persendirian atau TNB sendiri.

“Susulan tiada notis pemberitahuan, kami alami kerugian yang besar kerana kematian semua ayam ternakan serta tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan pada musim perayaan ini,” katanya.

Katanya, sehubungan itu, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Labu Kubong, di sini, untuk tindakan selanjutnya. Harian Metro
Guang Eng Ditangkap Berkaitan Isu Rasuah

Guang Eng Ditangkap Berkaitan Isu Rasuah

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengesahkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah harga pasaran.

Dalam satu tweet, katanya, setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.

Lim dilaporkan sedang dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan akan bermalam di sana sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Georgetown esok.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Pertuduhan pertama berkaitan dengan dakwaan salah menggunakan kuasa dengan menukar status tanah Taman Manggis daripada pertanian kepada komersial, dan dakwaan kedua pula berhubung memperolehi banglo berkenaan di bawah harga pasaran.

Menurut exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menolak permohonan untuk menukar status tanah tersebut.

Laporan media juga mendakwa ahli perniagaan Phang Li Khoon, yang menjual rumah di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta itu juga telah ditangkap.

Sejak petang tadi, beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan.

Penyokong dan pemimpin DAP mula berkumpul di tingkat 28 manakala aktivis PERKASA menunggu di tingkat bawah.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Lim bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo pernah dipenjarakan selama setahun bagi kesalahan yang sama.

Lim telah menafikan sekeras-kerasnya berhubung sebarang salah laku.
Noh Diharap Dapat Kembalikan Selangor Kepada BN

Noh Diharap Dapat Kembalikan Selangor Kepada BN

KETAKUTAN Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU 14 semakin jelas apabila PAS terus bertekad untuk bertanding dikesemua kerusi yang pernah ditandingnya pada PRU 13.

PAS tidak teragak-agak akan meletakkan calonya walaupun dikawasan yang ditandingi PKR.Percaturan politik baharu dalam pembangkang terutamanya PAS semakin membimbangkan blok pembangkang.

Sementara itu di Sabah PAS hulur tangan persahabatan kepada Ahli UMNO yang kecewa atas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta penggantungan Datuk Sri Shafei Apdal.
Setakat ini tangan persahabatan yang dihulur tidak bersambut memandangkan PAS Sabah hanya ada bendera bukanya ada apa-apa jasa kepada Rakyat.

Tidak dinafikan keyakinan dan semangat serta keazaman tinggi untuk mengembalikan Selangor dibawah pemerintahan Barisan Nasional berkobar-kobar dikalangan pemimpin UMNO Negeri.

Selepas kemenangan besar PRK Sungai Besar dua minggu lalu nyata mengubah persepsi terhadap kepimpinan UMNO negeri yang selama ini di hembur dengan pelbagai kelemahan.

Kemasukan semula Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar (KPKT) juga merupakan suntikan semangat baru dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk UMNO Selangor.

Tan Sri Noh Omar sebagai pencatur utama UMNO negeri Selangor sudah tentu faham isyarat pelantikan beliau bukan sahaja berdasarkan mood perang Sungai Besar,sebaliknya tanggungjawab berat pastinya menanti bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka berlaku sekitar satu tahun lebih lagi.

Ketika ini PAS berada diluar radar Pakatan Harapan semejak berkuburnya Pakatan Rakyat,sudah pastinya rumah tangga politik pembangkang berada pada tahap tidak terurus dan kesempatan ini sepatutnya diambil sebaik mungkin oleh UMNO negeri.

Tan Sri Noh Omar tentunya tahu kedudukan sokongan Melayu kepada UMNO seluruh negara masih lagi diperingkat 60 peratus,manakala 40 peratus lagi berpecah kepada parti pembangkang.

Jika kena ramuan tidak mustahil 45 peratus Melayu Selangor akan kembali kepada UMNO manakala 55 peratus lagi berpecah kepada pembangkang.Keadaan inilah yang membimbangkan Pakatan Harapan Selangor.

Keseluruhan pemimpin politik dan pemerhati sedang menumpukan pandangan kepada dua Naga negeri memandangkan tempoh pilihan raya umum semakin dekat.

-Hot Kelate
Masyarakat India Gotong Royong Masak Bubur Lambok

Masyarakat India Gotong Royong Masak Bubur Lambok

KOTA TINGGI, 28 Jun (MalaysiaAktif) – Sebanyak 15 Komuniti 1Malaysia terlibat dalam Program Bubur Lambuk di Dewan Felda Pasak di sini, semalam.

Uniknya, program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Kota Tinggi ini turut melibatkan kaum India dalam proses memasak bubur lambuk.

Menurut Pengerusi Komuniti 1Malaysia Kaum India Kota Tinggi, Vadeveloo Suppiah, program ini adalah program pertama yang disertai oleh Komuniti 1Malaysia Kaum India sejak ditubuhkan pada bulan April lepas.

“Ini merupakan pengalaman yang baru bagi kami, kaum India, dapat mempelajari bubur lambuk disamping dapat berkenalan dengan ahli–ahli komuniti yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri, Rasman Ithnain yang turut hadir berkata adalah menjadi peranan Jabatan Penerangan bagi melibatkan kaum bukan Melayu dalam program yang dianjurkan untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, selain menyebarkan dasar–dasar kerajaan kepada masyarakat.
6 Anak Tinggal Ibu Bapa,Pulanglah Anak Ibu Merindui Mu

6 Anak Tinggal Ibu Bapa,Pulanglah Anak Ibu Merindui Mu

KOTA KINABALU, 29 Jun (Malaysiaktif) –​ Pepatah Melayu ada menyebut seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu persis kisah yang menyelubungi Undung Salleh, 60, dan suaminya, Abdul Jaafar Sumbling, 57, yang berasal dari Kudat.

Jainab 04Mereka ditinggalkan enam anaknya berumur antara 21 hingga 32 tahun dan telah berhijrah ke ibu negara selepas tamat zaman persekolahan pada 2008 dan tidak pernah sekalipun datang atau menghubungi kedua-duanya.

Kerana dibelenggu kemiskinan, Undung dan Jaafar kini terpaksa tinggal di sebuah rumah usang, tanpa bekalan air dan elektrik di Kampung Inanam Laut sejak sekian lama.

Menjelang Aidilfitri ini, mereka juga ingin menyambut Hari Raya dengan anak-anak seperti keluarga yang lain. Mereka amat merindui dan mengharapkan anak-anak akan pulang ke pangkuan.

“Pulanglah ke pangkuan kami, kami amat rindu dan teringin jumpa kalian wahai anak-anakku”, kata Undung yang juga seorang pesakit buah pinggang pada tahap yang serius.

“Kalau masih ingat pengorbanan kami sebagai ibu bapa yang membesarkan, memberi perlindungan dan memberi pendidikan pulanglah secepat mungkin,” rayu Jaafar yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Kesengsaraan mereka mendapat perhatian Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid bersama Syukbah Wanita Masjid Bandar Raya serta beberapa sukarelawan agensi kerajaan turut serta menyampaikan sumbangan kepada pasangan tersebut di Kampung Inanam Laut, di sini semalam.

Jainab turut meminta kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya kepada pasangan tersebut.
Wanita Diselamatkan Daripada Sambaran Api Distesen Minyak

Wanita Diselamatkan Daripada Sambaran Api Distesen Minyak

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Tindakan pantas pekerja stesen minyak yang curiga melihat sebelah kasut di bahagian luar sebuah kereta, berjaya menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam kereta berkenaan selepas disambar api akibat penggunaan telefon bimbit.

Pengurus stesen minyak di Taman Setapak Indah itu, Muhd Haikal Kamarudin berkata selepas pekerjanya membuka pintu kereta berkenaan, kepulan asap keluar dari kereta itu, manakala wanita berkenaan meronta-ronta kesakitan akibat melecur 60 peratus bahagian badannya.

Dalam kejadian tengah hari semalam, wanita berkenaan melecur di bahagian badannya apabila telefon bimbit yang sedang digunanya disambar api.

Mangsa yang dikenali sebagai T. Sarifhla, 25, dikatakan sedang mengisi minyak sambil menggunakan telefon bimbit sebelum berlaku percikan api hingga menyambar telefon bimbitnya dalam kejadian 1.25 tengah hari itu.

Wanita itu dipercayai bertindak masuk ke dalam keretanya dan menutup pintu kereta jenis Perodua Axia itu.

“Sebaik pekerja saya membuka pintu kereta, dia melihat terdapat banyak kepulan asap keluar dengan seluruh tubuh mangsa melecur bersama kulitnya melekat di belakang tempat duduk penumpang,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian semalam.

Muhd Haikal berkata semasa pekerja membuka pintu kereta itu, api telahpun padam.

Beliau berkata para pekerjanya kemudiannya bertindak menutup seluruh kawasan stesen minyak itu dan menghubungi pihak polis dan bomba.

“Pada masa sama, pekerja saya turut menghalang orang ramai dari mendekati kawasan kejadian.

“Mereka semua telah dilatih supaya bertindak memberikan bantuan awal sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini sebelum bantuan seterusnya tiba,” katanya. — Bernama

-Malay Mail
Syabu bernilai RM4.7 juta disorok dalam besi peralatan sukan

Syabu bernilai RM4.7 juta disorok dalam besi peralatan sukan

SHAH ALAM: Tindakan licik sindiket pengedaran dadah menyeludup masuk syabu ke Malaysia dengan menyembunyikannya dalam besi peralatan sukan, terbongkar ekoran penahanan seorang lelaki warga India di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor ACP Amran Ramli berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 11 malam di tepi Jalan Murai 1, Batu 3 Jalan Ipoh oleh sepasukan polis Narkotik Selangor yang dibantu anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
“Hasil pemeriksaan kemudiannya menemukan sembilan kotak mengandungi alat senaman jenis ‘AB Circle Pro’ di mana setiap kotak mempunyai empat batang besi dan setiap satunya mengandungi sepeket plastik lutsinar panjang berisi bahan disyaki syabu.
“Jumlah keseluruhan besi ialah 36 batang yang mengandungi dadah seberat 78,844 gram yang bernilai RM4.7 juta. Turut dirampas ialah sebuah kereta Proton Exora bernilai kira-kira RM76,000,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.
Amran berkata penangkapan lelaki warga India itu dibuat selepas polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an di sebuah kondominium di Cyberjaya.
Polis turut merampas tiga beg plastik mengandungi 974.73 gram syabu bernilai kira-kira RM60,000 dari lelaki tempatan itu pada 7.15 petang, 23 Jun lepas.
Beliau berkata siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai diseludup masuk ke Malaysia melalui pengangkutan udara dan penghantaran kali ini adalah yang keempat.
“Sebelum ini, sindiket itu berjaya menyeludup masuk dadah ke negara ini sebanyak tiga kali menggunakan modus operandi yang sama. Namun, percubaan keempat itu gagal.
“Sindiket ini dipercayai bergiat aktif kira-kira empat bulan lepas,” katanya sambil memberitahu pihaknya sedang menjejaki saki baki anggota sindiket itu.
Kedua-dua suspek, yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau, direman bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. — Bernama
Pengebom Bunuh Diri Serang Turki

Pengebom Bunuh Diri Serang Turki

ISTANBUL, 29 Jun — Seramai 36 orang telah disahkan maut dan hampir 150 lagi tercedera dalam satu serangan di lapangan terbang utama Istanbul, menurut laporan agensi dan saluran berita antarabangsa.

Menurut Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim, tanda-tanda awal menunjukkan bahawa serangan tersebut melibatkan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

“Dengan insiden ini, sudah terang bahawa keganasan merupakan satu ancaman global. Serangan ini yang menyasarkan orang awam yang tak bersalah merupakan satu tindakan keganasan yang dirancang,” kata beliau kepada pihak media.


“Bukti awal menunjukkan ketiga-tiga pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka selepas melepaskan tembakan,” tambah beliau, menerangkan bahawa mereka hadir ke lapangan terbang dengan menaiki teksi.

Tiga pengebom bunuh diri dilaporkan melepaskan tembakan ke arah orang awam sebelum meletupkan diri sendiri di lapangan terbang antarabangsa itu, lapor agensi berita Reuters.

Pihak polis terlibat dalam adegan tembak-menembak untuk menghentikan penyerang tersebut sebelum mereka tiba di kawalan keselamatan di balai ketibaan, namun mereka telah meletupkan diri terlebih dahulu.

Beberapa saksi menceritakan terdapat dua letupan yang berlaku, tetapi Gabenor Istanbul Vasip Sahin menjelaskan bahawa pihak berkuasa percaya terdapat tiga pengebom.

Masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, yang merupakan serangan bom bunuh diri terbaru tahun ini.

Serangan tersebut lebih kurang sama dengan serangan bunuh diri oleh militan IS di lapangan terbang Brussels bulan Mac lalu yang membunuh 16 orang.

Satu serangan yang dirancang juga menyasarkan keretapi metro di bandaraya Belgium tersebut, mengakibatkan 16 lagi maut.

-Malay Mail
Potong Kaki Dihukum Penjara 11 Tahun

Potong Kaki Dihukum Penjara 11 Tahun

PASIR MAS, 29 Jun  — Seorang remaja dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cubaan membunuh dengan cara memotong kaki kiri seorang warga emas wanita, 19 Jun lepas.
Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh Mohd Fikri Noor Rosland, 19, yang mengaku bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Tertuduh yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu diarah menjalani hukuman penjara tersebut dari tarikh dia ditangkap.  
Dia didakwa memotong kaki kiri Mek Som Mat Diah, 89, sehingga putus dengan menggunakan sebilah mata pisau tanpa hulu di sebuah rumah di Kampung Tanjung Rendang Lemal, di sini.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haslida Isamail memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah mengurangkan hukuman penjara terhadapnya. — Bernama
- -Malay Mail
Laporan ‘Kami takut vaksin’ tak bertanggungjawab

Laporan ‘Kami takut vaksin’ tak bertanggungjawab

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 27 Jun 2016 di muka surat 4, bertajuk “KAMI TAKUT VAKSIN” yang memaparkan berita seorang kanak-kanak yang didakwa “Tak boleh bergerak selepas terima vaksin”. Keratan Akhbar berkenaan seterusnya melaporkan bahawa keadaan kes menjadi tidak normal selepas mendapat suntikan vaksin tiga serangkai dos ketiga.

KKM dengan ini menegaskan bahawa dakwaan berkenaan adalah TIDAK BENAR. Kes yang kini berusia empat (4) tahun sebenarnya telah dikesan mengalami kelainan otak semenjak dari dalam kandungan lagi. Semasa kandungan berumur 34 minggu, ibunya telah dirujuk ke hospital oleh Klinik Kesihatan Bukit Selambau Baling kerana kandungannya didapati kecil berbanding tempoh kehamilan.

Pemeriksaan oleh Pakar Perbidanan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar mendapati kandungan mengalami “Severe Ventriculomegaly”. Pemeriksaan lanjut turut mengesahkan ibunya mengidap jangkitan semasa mengandungkannya yang disyaki menjadi punca kepada masalah kelainan otak ini.

“Severe Ventriculomegaly” adalah satu keadaan tidak normal yang berlaku pada otak. Keadaan ini menyebabkan cecair otak memenuhi sebahagian besar daripada otak mengakibatkan tisu otak mengecil. Ia seterusnya menyebabkan perkembangan fizikal, perkembangan saraf dan pergerakan otot terganggu yang mengakibatkan kegagalan atau kelemahan aspek kognitif (daya fikir, pembelajaran, intelektual).

Oleh itu, dakwaan bahawa masalah perubatan kes tersebut disebabkan suntikan vaksin adalah TIDAK BENAR.

KKM tidak menafikan bahawa vaksin boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan atau AEFI (Adverse Events Following Immunization) seperti kesakitan dan kemerahan di tempat suntikan dan demam. Namun kebanyakan daripada kesan sampingan ini adalah ringan dan kes sembuh dengan sendiri.

KKM sentiasa memantau keselamatan penggunaan dan penggambilan segala jenis ubat-ubatan termasuk vaksin. Untuk pengetahuan orang ramai, sebelum vaksin boleh digunakan dan dipasarkan, ia perlu diuji dengan rapi pada ribuan orang menerusi kajian klinikal berskala besar.

Ianya dipantau dengan ketat bagi menjamin keselamatan penerimanya. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah KKM akan meluluskan penggunaan sesuatu vaksin setelah ia disahkan selamat, berkesan dan berkualiti.

Orang ramai tidak perlu bimbang untuk membenarkan anak-anak mereka menerima suntikan vaksin. Imunisasi dapat mencegah kejadian penyakit cegahan vaksin serta mengelakkan komplikasi yang serius, dan juga menghalang berlakunya wabak.

Saya menyeru rakan-rakan media agar lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan laporan dengan memastikan kesahihan setiap fakta. KKM kesal dengan pelaporan berita yang tidak tepat seperti ini kerana ia boleh menyebabkan salah tanggapan orang awam yang mendorong mereka kepada penolakan vaksin.

* Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merupakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

-Malay Mail
Disyaki Menipu, Penjawat Awam Antara Ditahan

Disyaki Menipu, Penjawat Awam Antara Ditahan

SIBU: Tiga lelaki termasuk seorang penjawat awam ditahan polis di sini petang kelmarin kerana disyaki melakukan kesalahan menipu.

Dalam kes petama, dua lelaki berumur lingkungan 30-an berjaya ditahan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kerana didakwa bersubahat menawarkan pekerjaan ‘off shore’ kepada 28 orang lelaki dengan meminta bayaran yuran pemprosesan berjumlah RM150 setiap seorang.

Semua mangsa dikatakan membuat bayaran yuran tersebut kepada ‘orang tengah’ (suspek) terbabit setelah tertarik dengan tawaran gaji bulanan berjumlah RM4,000 sebulan.

Namun orang tengah terbabit gagal muncul apabila semua mangsa berkumpul di Sibu untuk berjumpa dengan suspek sepatutnya menguruskan jadual penjalanan sebelum mereka bertolak ke Bintulu menghadiri kursus berkaitan pekerjaan ditawarkan.

Usaha semua mangsa menghubungi seorang lagi rakan orang tengah terbabit juga tidak berjaya.

Bimbang mereka ditipu, mangsa tampil ke Balai Polis Sentral (CPS) untuk membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat, polis akhir berjaya menahan dua orang lelaki di sini petang semalam.

Kedua-dua suspek diperintah reman tiga untuk membantu siasatan polis.

Dalam kes kedua, seorang penjawat awam juga direman tiga hari bermula semalam untuk membantu siasatan polis kerana didakwa menipu seorang lelaki sejumlah RM40,000.

Mangsa berumur 30-an dipercayai diperkenalkan oleh suspek melabur dalam pelaburan wang ‘FOREX’ yang dikatakan memberi pulangan menguntungkan pada Januari tahun ini.

Pada Februari lalu, mangsa menyerahkan RM40,000 kepada suspek tetapi gagal mendapatkan resit.

Mac lalu, mangsa bertanya kepada rakannya namun terkejut apabila dimaklumkan bahawa kononnya pelaburan mengalami kerugian sehingga tidak meninggalkan satu senpun.

Meskipun berjanji membayar ganti rugi sejak April lalu, mangsa gagal menghubungi suspek melalui telefon bimbitnya.

Bertindak atas laporan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di sini akhirnya berjaya menahan suspek di tempat kerjanya Jalan Awang Ramli Amit di sini petang semalam.

-Utusan Borneo
Kecewa PBB Hilang Menteri Penuh

Kecewa PBB Hilang Menteri Penuh

KUCHING: Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kecewa parti itu kehilangan portfolio menteri penuh selepas rombakan kabinet pusat, kelmarin.

Katanya, kekecewaan itu tidak dinafikan susulan kehilangan jawatan menteri penuh daripada PBB dalam barisan kabinet.

“Saya tidak nafikan, kita (PBB) kecewa kehilangan jawatan menteri penuh,” kata Awang Tengah.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Ngiling Tikai Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan (MEITI) di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, pihaknya menjangkakan seorang daripada Ahli Parlimen Sarawak dilantik memegang jawatan menteri penuh susulan pengunduran Datuk Amar Douglas Uggah sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Bagaimanapun Awang Tengah menyifatkan keputusan itu pregrogratif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ini merupakan keputusan Perdana Menteri, sudah tentu beliau (Najib) mempunyai alasan tersendiri atas pemilihan tersebut,” katanya.

Ditanya soal kesan terhadap sokongan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, beliau menegaskan ia tidak akan memberi impak.

“Keadaan ini tidak akan memberi impak kepada sokongan BN dalam pilihan raya akan datang kerana Najib mempunyai sebab berhubung pelantikan itu,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, beliau turut gembira dengan pelantikan Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pelantikan Henry bukan sahaja membawa berita gembira malah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi wakil rakyat daripada masyarakat Lun Bawang pertama dilantik sebagai anggota kabinet pusat.

Menurut Awang Tengah, keputusan itu membuktikan pentadbiran Perdana Menteri bersifat inklusif yang memberi manfaat dan kepentingan semua pihak.

“Ini membuktikan pendtadbiran Najib bersikap inklusif sehingga komuniti sekecil Lun Bawang pun diwakili,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Pembangunan Perindustrian, Pelaburan dan Promosi Datuk Julaihi Narawi.

-Utusan Borneo
Pelantikan Noh Omar Diharap Dapat Menyuntik Semangat Kepada UMNO Negeri

Pelantikan Noh Omar Diharap Dapat Menyuntik Semangat Kepada UMNO Negeri

DIKALANGAN kepimpinan UMNO Selangor ramai yang gembira apabila Datuk Seri Noh Omar dilantik menjawat jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT).

Keseronakan sebahagian kepimpinan UMNO Selangor ini harus diimbangi boleh atau tidak Selangor dirampas kembali pada PRU14 nanti memandangkan masa yang ada cuma 2 tahun lagi.

Melihat kepada situasi semasa UMNO Selangor kurang bermaya walaupun majoriti besar diperolehi pada PRK Sungai Besar yang mana manisnya masih melekat dibibir,ramai berkata ia tidak boleh dianggap kayu pengukur sebenar kekuatan parti Melayu terbesar bertambah kukuh berikutan penerimaan lebih kecil dari penolakan.

Sekilas lalu,pelantikan Datuk Seri Noh Omar ke Menteri Penuh bukannya untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO Selangor yang entah kekuatannya boleh dinilai kuat atau tidak.

Sebaliknya pelantikan Datuk Seri Noh Omar ke jawatan yang baru diangkat sumpah itu hanyalah satu tuah yang tidak dijangkakan berikutan jawatan KPKT yang ditawar kepada Datuk Seri Ahmad Husni Hanazdlah ditolak mentah-mentah oleh beliau sendiri.

Jika mengikut perancangan,Nama Datuk Seri Noh Omar tidak tersenarai sebagai pemimpin UMNO yang akan dilantik pada mana-mana jawatan dalam rombakan kabinet terbaru.

Sudah tentunya pelantikan Datuk Seri Noh Omar bukanya untuk tujuan memperkuat atau memperkukuhkan kedudukan UMNO Selangor yang lemah.

Namun begitu,ramai percaya,Datuk Seri Noh Omar akan membina semangat baharu demi kekuatan UMNO setelah dilantik kejawatan menteri.

Biarpun begitu,Dengan pelantikan Datuk Seri Noh Omar memberi sinar dan harapan baharu kepada UMNO Selangor untuk menghadapi PRU 14 nanti.

Dengan itu,saya blogger jalanan yang sentiasa menyokong perjuangan UMNO tidak kiralah siapa pemimpin atau Pengerusi Perhubungan Negeri, berharap Datuk Seri Noh Omar dapat mengumpul kembali jentera parti yang ditinggalkan setelah beralih pucuk pimpinan bahagian.

- https://postselangor.blogspot.my/2016/06/muga-kekuatan-umno-selangor-kembali.html

Selasa, 28 Jun 2016

Pulang Raya,Seramai 300,000 PATI Gadai Nyawa

Pulang Raya,Seramai 300,000 PATI Gadai Nyawa

KUALA LUMPUR Kira-kira 300,000 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dipercayai sedang bersiap sedia, untuk keluar dari perairan negara melalui beratus-ratus jalan tikus di pantai barat Semenanjung dengan menggunakan bot sarat yang tidak ubah seperti sardin mulai minggu ini bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar, ratusan laluan tikus itu dikenal pasti terletak di sepanjang perairan di Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Beliau berkata,
lokasi itu menjadi tumpuan PATI Indonesia berkumpul sebelum meloloskan diri melalui jalan laut kerana berdekatan dengan tempat pendaratan di Indonesia iaitu Tanjung Balai dan Batam.

Tempoh perjalanan menaiki bot antara satu hingga dua jam bergantung kepada lokasi jalan tikus dan kawasan pen-daratan.

"Berdasarkan operasi tahun-tahun lalu, kita jangka minggu ini adalah waktu kemuncak PATI Indonesia cuba keluar dari perairan negara bagi menyambut perayaan Aidilfitri.

"Bagi mengekang aktiviti keluar dan masuk warga asing secara tidak sah melalui perairan negara, APMM telah memulakan operasi khas iaitu Ops Pagar Laut bermula awal Ramadan hingga tamatnya Syawal," katanya kepada Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Zulkifliberkata, aktiviti penyeludu erkata, aktiviti penyeludupan keluar masuk PATI melalui jalan laut bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh mengundang kemalangan nyawa akibat bot karam.

"Bayangkan bot fiber yang hanya boleh memuatkan tujuh orang penumpang sahaja, tetapi disumbat melebihi 17 orang. Dengan keadaan laut bergelora dan cuaca tidak menentu, apa- apa saja boleh berlaku," ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya mengenal pasti lebih 11 kawasan panas yang sering digunakan PATI untuk menyeludup keluar dan masuk ke negara ini di perairan Selangor.

Kesemua 11 kawasan yang sering menjadi tumpuan ialah kawasan Kuala Bernam yang terletak di sempadan Selangor dan Perak; Sabak Bernam (Sekinchan dan Sungai Besar); Kuala Selangor (Tanjung Karang dan Jeram); Pulau Ketam di Pelabuhan Klang; Kuala Langat (Tanjung Sepat dan Morib) dan Kuala Sepang di Sepang.

Dalam pada itu, tinjauanKosmo! minggu lalu di sekitar Banting mendapati, penduduk mengakui kawasan seperti Pulau Carey, Sungai Kelanang dan Batu Hampar merupakan antara kawasan panas tekong beroperasi.

Salah seorang penduduk, Esa Othman, 58, berkata, aktiviti menyeludup masuk dan keluar PATI bukan sesuatu yang baharu di Banting kerana wujudnya berpuluh-puluh jalan tikus di kawasan tersebut.

Katanya, tekong tersebut arif dengan kawasan perairan Malaysia dan mungkin telah beroperasi lama sehingga ia boleh menghidu kehadiran pihak berkuasa dan mengelak daripada ditangkap.

"Sudah 15 tahun saya tinggal di Teluk Panglima Garang, memang banyak jalan tikus yang ada di kawasan Banting seperti di Kelanang, Pantai Morib, Bukit Jugra dan Sun-gai Air Hitam, kemungkinan besar terdapat beratus jalan tikus," katanya kepada warta- wan Kosmo! di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Jeffri Shafie, 44, berkata, kebiasaannya operasi menyeludup keluar dan masuk PATI dilakukan sekitar pukul 2 pagi hingga 4 pagi bagi memudahkan PATI menyorok di dalam semak untuk mengelak dicekup penguat kuasa.

"Bayaran untuk menaiki tekong dua tahun yang lepas lebih kurang dalam RM1.200 seorang, kalau untuk tahun ini saya tak pasti kerana kadar itu mungkin berubah.

"Kadang-kadang sebuah bot pom-pom dua tingkat yang boleh memuatkan seramai 50 orang disumbat sehingga lebih 100 orang," katanya.
PUB Kena BOM Di Puchong Selangor

PUB Kena BOM Di Puchong Selangor

KUALA LUMPUR: Kejutan ulang tahun perkahwinan kedua buat seorang wanita berakhir dengan tragedi apabila beliau dan suaminya serta enam yang lain cedera dalam insiden letupan bom di sebuah premis hiburan di Puchong dekat sini, awal pagi Selasa.

Bavani dan suaminya S.Jaiseelan, kedua-duanya berusia 32 tahun, kini dirawat di sebuah hospital swasta kerana kecederaan parah.

Adik lelaki Jaiseelan, S.Kavilan, berkata abangnya dimasukkan ke Unit Dependensi Tinggi hospital itu akibat cedera parah di bahagian leher dan kakinya, manakala kakak iparnya akan dibedah petang ini setelah satu daripada pergelangan tangannya retak.

"Saya bersama-sama abang dan kakak ipar semalam sebab abang ajak saya sambut ulang tahun mereka, tetapi saya pulang awal.

"Abang saya berhasrat buat kejutan untuk isterinya dan pub ini adalah tempat yang isterinya mahu pergi. Jadi, semalam buat kali pertamanya mereka mengunjungi pub ini...tak sangka jadi begini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Letupan itu, yang dipercayai berpunca daripada bom tangan, berlaku kira-kira 2.15 pagi ketika pengunjung premis hiburan itu sedang menyaksikan perlawanan bola sepak Euro 2016.

Akibat letupan itu, empat lelaki dan tiga wanita tempatan serta seorang wanita warga China cedera.

Kavilan, 27, berkata beliau, abangnya yang bekerja sebagai pemandu peribadi, dan kakak iparnya berada di premis hiburan itu sejak 12 malam tadi sebelum beliau meninggalkan premis itu kira-kira 30 minit sebelum kejadian.




"Abang saya baru sahaja menjalani prosedur angiogram bagi rawatan jantungnya. Beliau mengambil ubat cairkan darah jadi, bila badannya luka, darah susah berhenti...sebab itu, keadaannya teruk sedikit.

"Sepatutnya, hari ini abang ada temu janji susulan dia dengan doktor," katanya.

Sementara itu, seorang mangsa lelaki yang enggan dikenali berkata ketika letupan itu berlaku, boleh dikatakan semua pengunjung yang ada di dalam premis terpelanting.

"Telinga saya pun pekak sekejap. Lepas beberapa jam baru saya okay. Dua kawan saya cedera ringan dan sudah mendapatkan rawatan," katanya yang berada di premis itu bersama-sama empat rakannya semasa kejadian itu.

Kereta miliknya, yang diparkir kira-kira 30 meter dari premis itu, turut rosak dengan cermin tingkap di bahagian pemandu pecah.

Bagaimanapun, katanya beliau dan rakan-rakannya tidak melihat suspek.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika ditemui menafikan insiden itu berkaitan serangan pengganas.

"Kita akan menyiasat sama ada ia bermotifkan musuh perniagaan, dendam atau mangsa merupakan sasaran orang yang melakukan kejadian itu," katanya.

Abdul Rahim berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Menurutnya lima daripada mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan manakala tiga lagi dihantar dan Hospital Sunway. - BERNAMA

Isnin, 27 Jun 2016

Wangi Mahathir Bau Macam Bangkai

Wangi Mahathir Bau Macam Bangkai

Tun Mahathir Perdana Menteri Yang Mengamalkan Rasuah Dan Penyelewengan Kuasa.
■ Pada 12 Jun 2000, Tun Mahathir masih Perdana Menteri, namanya disebut dalam keterangan bersumpah bekas Ketua Pengarah BPR berhubung salahlaku rasuah dan penyelewengan kuasa.

■ Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin 12 Jun 2000 dalam kes perbicaraan DSAI, bekas Ketua Pengarah BPR Dato Shafie Yahya telah memberitahu bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah mengarahkannya supaya menghentikan penyiasatan ke atas bekas Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), TS Ali Abul Hassan Sulaiman.

■ Apa masalah TS Ali Abul Hassan Sulaiman?. Beliau adalah bekas Gabenor Bank Negara sebelum Dr Zeti Akhtar Aziz ambil alih. TS Ali Abul Hassan telah dilantik sebagai Gabenor Bank Negara selepas Ahmad Mohamad Dom meletak jawatan beberapa hari sebelum DSAI dipecat dari Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

■ Tun Mahathir yang kononnya kuat melawan rasuah 'politik wang' dalam UMNO telah melantik TS Ali Abul Hassan sebagai Gabenor BNM yang disyakki oleh BPR melakukan rasuah.

■ Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas KP BPR memberitahu mahkamah di bawah sumpah: Apabila pegawai2 BPR serbu pejabat Ali Abul Hassan Sulaiman di EPU, didapati sejumlah wang tunai dijumpai berada dalam laci Ketua Pengarah EPU.

■ Kenapa BPR serbu pejabat Ali Abul Hassan Sulaiman?. Sebab BPR terima aduan bahawa Ali Abul Hassan Sulaiman terbabit dengan rasuah.

■ Apabila serbuan dibuat, betul rupanya. Ada banyak duit tunai dalam laci. Dari mana duit itu datang?. Persoalan ini telah ditegah oleh Tun Mahathir dari dibongkar.

■ Sepatutnya Tun Mahathir konon2nya hendak bersihkan politik wang dalam UMNO, mesti ucap tahniah kepada Dato Shafie Yahya kerana dia telah arahkan pegawai BPR menyerbu pejabat Ketua Pengarah EPU. Malangnya Tun Mahathir memarahi Dato Shafie Yahya.

■ Dato Shafie Yahya telah memberitahu mahkamah bahawa menerusi telefon Tun Mahathir berkata kepadanya: “Berani kamu serbu pejabat pegawai tinggi saya?".

■ Dalam bulan Jun 1988, Dato' Shafie Yahya dipanggil ke pejabat Perdana Menteri sebanyak 2 kali berhubung kes rasuah TS Ali Abu Hassan Sulaiman;
1. Beliau dimarahi dan diarah supaya hentikan penyiasatan terhadap kes ini.

2. Beliau diminta supaya menyerahkan fail kes dan serahkan kes ini kepada Perdana Menteri untuk diselesaikan.

■ Mengapa Perdana Menteri mahu selesaikan kes ini sendiri?. Kerana kes ini melibatkan syarikat anak beliau Dato Mokhzani Mahathir.

■ TS Ali Abu Hassan Sulaiman telah menerima duit dari sebuah konsortium syarikat insuran untuk meluluskan cadangan sebuah skim insuran kesihatan bernama National Health Insurance Scheme di mana Dato Mokhzani menjadi Pengerusinya. Duit ini diberi melalui seseorang bernama Rashid Manaf (kroni Daim).

■ Bagaimana Dr. Mahathir menyelesaikan kes ini? Duit RM100,000 dikembalikan semula kepada TS Ali Abu Hassan serta telah dinaikkan pangkat sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Dato' Shafie Yahya pula telah ditamatkan perkhidmatan sebagai Pengarah BPR dan fail siasatan dimusnahkan.

■ Pada 13 Jun 2000, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Stadium (No. 14752/2000) yang menggesa BPR dan pihak polis agar memulakan siasatan terhadap kes ini. Kes perlakuan buruk Tun Mahathir terhadap kedaulatan undang2. BPR dan Polis adalah badan yang diamanahkan untuk memikul undang2 dan melaksanakannya tanpa pilih kasih.

-Sumber
Mukhriz Cuba Edar Persepsi Buruk Kepada Rakyat Kedah

Mukhriz Cuba Edar Persepsi Buruk Kepada Rakyat Kedah

Kecewa dengan pemecatanya dari UMNO,akhirnya Mukhriz tanam persepsi dikalangan rakyat bahawa wujudnya perjanjian UMNO dan PAS untuk membahagikan negeri adalah satu kedangkalan otak manusia kecewa.

Persepsi negatif yang dicipta adalah satu propaganda buruk yang sepatutnya tidak layak keluar dari seorang bekas pemimpin negeri jika bimbang dianggap seperti gila talak.

Apakah Mukhriz ingat UMNO sebuah parti menjual negeri kepada pembangkang?jika Muhkriz masih normal tak mungkin pemikiran beliau tersasar jauh sehingga kelubuk najis.

Mukhriz sepatutnya jaga kawasan dan tidak usah jadi nujum pak belalang nanti rakyat pula minum kopi arang kuali.

Mungkin Mukhriz ingat Kedah kembali kepada BN hasil dari pembahagian bukannya atas usaha keras para jentera BN pada PRU lalu.

Oleh itu pemecatan Mukhriz dari UMNO amat bertepatan kerana cara pemikiran beliau boleh merosakkan parti.

-Hot Kelate

Google+ Followers