Ahad, 31 Julai 2016

Menyedari BN Akan Membentuk Kerajaan Di P.Pinang PRN Tidak Diadakan

Menyedari BN Akan Membentuk Kerajaan Di P.Pinang PRN Tidak Diadakan

Cakap macam petir tapi takut adakan PRN
TAKUT untuk adakan PRN Pulau Pinang Guan Eng beralasan kerana tidak mendapat sokongan rakannya dari PKR yang kononya akan menghadapi risiko kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP.

Biarpun apa alasan diberi oleh pemimpin DAP dan PKR rakyat dapat menjangkakan ia bukan alasan sebenar sebaliknya.

Jangkaan rakyat dengan keputusan membatalkan hasrat untuk adakan PRN Pulau Pinang seperti berikut.

1-Bimbang dengan desas-desus PAS akan bertanding dikesemua 15 kawasan DUN majoriti Melayu yang pastinya akan memberi kelebihan kepada BN berikutan terjadinya pertandingan 3 penjuru.

2-Kehilang beberapa kerusi dari PKR dan DAP menjadi pengukur sebenar sama ada DAP dan PKR boleh mengekalkan kuasanya selepas keputusan PRU14.

3-Jika PAS mampu memenangi  beberapa kerusi pada PRN disamping BN pula dapat menambah kerusi DUN tidak mustahil berlakunya kerajaan campuran BN-PAS.

4-BN melalui calon daripada UMNO akan menumpukan sepenuhnya dikawasan majoriti Melayu,manakala MCA,Gerakan dan PCN pula akan memberi perhatian kepada kawasan majoriti pengundi cina terutamanya dikawasan 40-50% pengundi Cina.

Segala apa keputusan yang dibuat oleh DAP dan PKR berkaitan keputusan untuk tidak mengadakan PRN Pulau Pinang seperti yang diketahui umum,bukan kerana takut kehilangan banyak kerusi PKR sahaja,sebaliknya ia akan menjadi kayu pengukur sama ada selepas keputusan PRU14 DAP dan PKR boleh membentuk kerajaan negeri atau tidak.

Rakyat tidak kira dari kaum Melayu,Cina dan India kebiasannya akan memilih parti yang pasti dapat menubuhkan kerajaan negeri.

Jika PRN diadakan,kemungkinan besar kerusi DUN akan mengalami penyusutan dengan jumlah yang tinggi terutamanya dikawasan majoriti Melayu.

Menyedari hakitat itu,Guan Eng dari DAP berpakat dengan rakan sekutunya untuk tidak lakukan PRN walaupun alasan berat sebelah dengan menytakan PKR takut kehilangan banyak kerusi.

Kalau Benar DAP masih diterima semua kaum,mengapa Guan Eng takut membuat keputusan untuk adakan PRN?

Ini menunjukkan DAP juga akan kehilangan kerusi dalam jumlah yang membolehkan BN membentuk kerajaan negeri.

250 Mat Rempit Tolak Motor 200 Meter

250 Mat Rempit Tolak Motor 200 Meter

SEREMBAN - Lebih 250 penunggang motosikal terpaksa menolak kenderaan mereka sejauh 200 meter sehingga ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dalam Op Rempit berhampiran Plaza Tol Senawang awal pagi tadi.

Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, Mohd Hafidzal Zainal Abidin berkata, kesemua penunggang motosikal itu diarah berbuat demikian bagi pemeriksaan lanjut dan menjalani ujian air kencing.

"Dalam operasi ini, sebanyak 285 motosikal dan 300 individu diperiksa, sebelum 278 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan.

"Antara kesalahan yang dikesan ialah tiada lesen memandu, tiada lampu brek, tiada cermin sisi, penunggang berumur bawah 16 tahun, ubah suai aksesori dan tidak mempamer lesen L atau P," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lima pegawai dan 72 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, satu pegawai dan 17 anggota JPJ serta 10 kakitangan Jabatan Alam Sekitar negeri terbabit dalam operasi yang bermula dari 12 tengah malam hingga 5.30 pagi itu. - Bernama
Takut Hilang 6 Kerusi PRN Pulau Pinang Tak Jadi

Takut Hilang 6 Kerusi PRN Pulau Pinang Tak Jadi

GEORGETOWN - Keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk tidak meneruskan cadangannya mengadakan pilihan raya mengejut menunjukkan mereka takut kepada PKR.

Naib pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, walaupun DAP mempunyai 19 kerusi di dewan undangan negeri berbanding 10 yang dikuasai PKR, parti itu masih perlu mengikut kehendak PKR kerana mereka tidak memiliki keberanian.

"DAP takut kepada PKR, walaupun mereka mempunyai kelebihan dari segi jumlah kerusi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini berkata, DAP tidak akan meneruskan cadangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi mengadakan pilihan raya mengejut.

Menurut Guan Eng, keputusan itu diambil kerana cadangan DAP tidak mendapat sokongan rakannya dalam Pakatan, PKR, yang menghadapi risiko kehilangan lebih banyak kerusi berbanding DAP.

Sebelum ini, Gerakan mengumumkan mereka akan bertanding bagi 13 kerusi sekiranya pilihan raya negeri mengejut diadakan dan yakin akan mencatat prestasi lebih baik berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Idea mengadakan pilihan raya mengejut ditumbulkan DAP selepas Lim dihadapkan ke mahkamah bagi dua tuduhan rasuah awal bulan ini. - Bernama
Man shot, robbed in Ayutthaya

Man shot, robbed in Ayutthaya

Gambar Hiasan-
AYUTTHAYA -- A man was shot in a ride-by attack by two men who robbed him of a motorcycle, cash and a mobile phone in Muang district early Sunday, police said.

Pol Col Sombat Chuchaiya, the deputy provincial police chief, said a police team was despatched to investigate after being informed of the incident by the victim, Panupong Kongsomcheep, 23, of Nakhon Luang district.

Mr Panupong told the officers that the incident occurred at about 1am after he filled up his motorcycle at a petrol station near the central market for agriculture products of Ayutthaya on the Asia Highway.

About 300 metres from the petrol station, the pillion rider of another motorcycle, which had followed him, opened fire at him with a revolver, hitting him once in the right hand. When his motorcycle crashed, the two men on the other motorcycle took 12,000 baht in cash from him, a mobile phone and his motorcycle.

Police are still looking for the robbers.

Bangkok Post
Kerajaan PAS Kelantan Di saran Bubar DUN

Kerajaan PAS Kelantan Di saran Bubar DUN

MACHANG - Kerajaan Kelantan disaran membubarkan Dun lebih awal berikutan kemelut yang membelenggu kepimpinan Pas di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, kemelut dan ketidaksepakatan dalam kalangan pemimpin Pas dapat dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.

Menurutnya, Kerajaan Kelantan perlu mengikut jejak langkah Pulau Pinang untuk membubarkan Dun bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Kesepakatan Kerajaan Kelantan untuk mengurus tadbir negeri jelas berkecamuk, jadi lebih baik jika Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat lebih awal kerana sebuah parti bertanggungjawab harus mengembalikan keyakinan rakyat.

“Biarpun kerajaan negeri menafikannya, namun ada khabar menyatakan beberapa Adun sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan Kerajaan Kelantan dan akan keluar dari Pas,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Machang dan Ahli Parlimen Machang, semalam.

Kira-kira 15,000 tetamu memeriahkan majlis rumah terbuka itu yang bermula pada jam 11 pagi hingga 5 petang.

Menariknya, semalam juga merupakan tarikh bermakna buat Ahmad Jazlan apabila genap setahun beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, krisis yang berlaku di negeri ini lebih membimbangkan berbanding Pulau Pinang kerana membabitkan soal urus tadbir dan kepercayaan rakyat.

“Bagi saya, kalau Kerajaan Kelantan bersikap terbuka dalam soal ini, mereka perlu membubarkan Dun dan memberi semula mandat kepada rakyat.

“Sebelum ini rakyat telah beri kepercayaan berikutan kerjasama baik dalam kalangan pemimpin Pas, tetapi kini mereka telah berpecah, dilihat berpuak-puak dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang lagi, Umno Kelantan sentiasa bersedia dalam menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.

“Kita sentiasa bersiap siaga menghadapi pilihan raya, kita tidak ada musim. Kalau pilihan raya datang awal sekalipun, kita siap sedia. Kalau lewat, kita akan teruskan persediaan dalam memantapkan keperluan untuk kepentingan parti,” katanya.

Sengsara Pemetik Buah Di Australia

Sengsara Pemetik Buah Di Australia

TERPEDAYA dengan iklan-iklan petik buah di Australia yang menjanjikan bulan dan bintang, membuatkan ramai masuk perangkap penipuan ejen.

Sanggup berhabis RM9,000 untuk mengejar impian gaji lumayan, seorang mangsa pemetik buah di Australia yang hanya mahu dikenali sebagai Kayla, 32, menceritakan kisah malangnya sepanjang lebih dua bulan di negara kanggaru itu.

Kerana pengalaman ngerinya itu, Kayla sanggup berkongsi kisahnya bersama Sinar Harian. Tegasnya, jangan ada lagi orang kita yang tertipu dan jika hendak menjadi pemetik buah di sana, berhati-hatilah...

Menurut Kayla, sebelum ini dia bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji sekitar RM5,000. Namun, dia melepaskan jawatannya kerana mahu menjaga ibunya yang sakit dan perlu mendapatkan rawatan dialisis setiap hari.

"Antara adik-beradik, hanya saya yang masih bujang, jadi tugas menjaga ibu jatuh di bahu saya," katanya.

Selepas ibunya kembali sihat, Kayla membuat keputusan untuk ke Australia dan berkerja sebagai pemetik buah.

Berbekal impian dan semangat mahu mengubah hidup, Kayla mencari ‘lubang’ untuk merealisasikan mimpinya. Dia berusaha mencari orang tengah untuk membantunya meneruskan perjalanan ke Australia.

Dirancakkan lagi dengan iklan dan tawaran menarik di Facebook membuatkan niatnya untuk bekerja sebagai pemetik buah di Australia membuak-buak. Apatah lagi dengan tawaran gaji RM12,000 sebulan.

Dengan restu ibu, Kayla nekad mengeluarkan semua wang simpanan serta menjual motosikal kesayangan. Tidak cukup itu, Kayla meminjam daripada adik-beradik lain dan rakan untuk dijadikan modal.

"Pada waktu itu, saya meletakkan keyakinan kepada ejen dengan harapan saya tidak akan ditipu, malangnya ia sia-sia sahaja," katanya.

Kembara hitam

Ketika pesawat Boeing yang membawanya ke Melbourne meninggalkan bumi Malaysia, terlalu banyak persoalan tiba-tiba bermain di fikiran Kayla.

"Saya nekad, saya teruskan. Saya sudah tidak boleh berpatah balik, lagipun tujuan utama saya untuk menjadi pemetik buah di Australia ialah mahu melangsaikan hutang dan pinjaman," tegasnya.

Katanya, ejen yang hanya memperkenalkan diri sebagai Mie dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur itu tidak putus-putus memberitahu Kayla supaya jangan bimbang kerana segalanya sudah diuruskan.

Sesudah tiba di sebuah ladang di Victoria, Kayla pun memulakan pekerjaannya sebagai pemetik buah. Perasaan curiganya bermula apabila ada pemetik buah yang lebih lama daripadanya mula merungut tidak dibayar gaji.

“Apabila saya cakap kontraktor ladang tidak bayar gaji kepada ejen yang menguruskan saya, ejen berkenaan terus ‘ghaib’ tanpa jejak. Dia terus lepas tangan begitu sahaja,” katanya.

Dari situ bermulalah episod hitam dalam kerjaya Kayla sebagai pemetik buah. Selepas dirinya ditipu kontraktor ladang, Kayla diarahkan oleh ejen lain supaya ke sebuah pekan kecil, Robinvale, juga di Victoria.

"Ejen itu hanya memberikan saya satu nombor telefon yang dia sendiri tidak pasti siapa, tetapi mendakwa ia milik kontraktor yang akan memberikan saya pekerjaan.

“Malangnya saya tak dapat menghubungi ejen berkenaan dan dari situlah bermulanya siri penipuan demi penipuan oleh beberapa individu yang rata-ratanya mendakwa sudah mendapat taraf penduduk tetap di Australia.

Amat menyedihkan apabila yang menipu adalah orang dari negara tercinta kita sendiri, Malaysia," ujar Kayla.

Seperti berada di 'neraka'

Demi meneruskan kelangsungan hidup, Kayla gagahi juga rintangan dan cabaran yang datang. Hingga tanpa sedar sudah sebulan dia membanting tulang di negara Australia, kontraktor semakin galak menggunakan tipu helah kononnya upah akan dibayar mengikut jam kerja, namun semuanya hanya janji palsu.

“Setiap kali tiba hari bayaran, kontraktor akan gunakan alasan untuk memotong upah kononnya kotak buah hilang, buah rosak dan pelbagai lagi alasan. Potong punya potong, dapatlah AU$5.4 (RM16), lepas tolak duit sewa rumah AU$80 (RM245).

“Kena ingat, di Australia sebanyak 10 peratus GST ditolak daripada gaji.

“Mungkin lebih baik jadi penjual nasi lemak atau goreng pisang di Malaysia daripada kerja seperti saya di sana,” rintihnya.

Menurut Kayla, adakalanya dia rasa seperti dieksploitasi tetapi tidak boleh menuding jari kepada sesiapa.

“Cuma saya kesal ramai mangsa yang sudah ditipu tidak mendedahkan kisah mereka, kalau ia diuar-uarkan setidaknya mungkin dapat mengelak saya daripada melalui azab seperti itu.

“Inilah pengajaran berurusan dengan penipu. Nasihat saya seboleh-bolehnya kalau ada sesiapa yang berminat untuk bekerja sebagai pemetik buah, dapatkan ‘working holiday visa’ untuk tempoh setahun, tidak mahal pun lebih kurang RM1,000. Cari kenalan yang boleh dipercayai dan boleh tawarkan kerja sepanjang musim, bukannya ejen,” katanya.

Menurutnya, kembara dua bulan banyak memberi pengajaran kepadanya.

Wang bekalan yang dibawa sebanyak RM9,000 hangus digunakan untuk menampung kehidupan di sana termasuk tiket penerbangan pulang ke Malaysia.

Keperitan hidup sebagai pekerja dan dengan hanya menggunakan visa pelawat juga membuatkan hidup Kayla tidak senang. Setiap kali sedang memetik buah, dia bimbang dirinya dicekup oleh pihak berkuasa.

Kerana sudah tidak tahan dengan pelbagai kos yang terpaksa ditanggung dan wang yang sudah habis digunakan, Kayla membuat keputusan drastik berhenti menjadi pemetik buah, dan meninggalkan ladang berkenaan.

Dengan visa yang hampir tamat tempoh, Kayla akhirnya kembali ke bumi tercinta Malaysia.

Cukuplah baginya dua bulan lebih yang amat memeritkan.

-Sinar Harian

Kerana Hutang 90 Sen Suami Isteri Mati Dibunuh

Kerana Hutang 90 Sen Suami Isteri Mati Dibunuh

NEW DELHI: Seorang lelaki dipancung dan isterinya ditetak hingga mati selepas berlaku pergelutan dengan pekedai runcit pada Khamis, lapor pihak berkuasa di India.

Pembunuhan itu berlaku di daerah Mainpuri, Utara India berdekatan Uttar Pradesh.

Pasangan yang berada dalam kasta terendah hierarki India tersebut dikatakan telah berhutang dengan pemilik kedai yang dikenali Ashok Mishra sebanyak 90sen (15 rupee) dan mereka tidak mampu untuk membayar semula wang tersebut.

Menurut polis, saksi yang berada di tempat kejadian berkata pasangan Bharat dan Mamta meminta untuk tangguhkan bayaran sehingga hujung bulan kerena belum menerima gaji sebagai pekerja buruh.

Selepas pertengkaran berlaku sehingga pukul 6 pagi, Mishra pulang ke rumah untuk mengambil kapak dan menyerang pasangan itu sehingga mati.

"Masih tidak jelas sama ada pemilik kedai itu mempunyai dendam ataupun tidak terhadap pasangan berkenaan.

"Penyerang telah membuat pengakuan jenayah kepada polis dan peranan isterinya dalam kejadian ini masih belum jelas. Kami sedang menyiasat.

"Kami juga sedang menyiasat beberapa saksi untuk mengetahui mengapa tidak ada orang yang cuba untuk menghentikan tindakan suspek," kata pegawai polis, Digambar Kushwaha.

Tambahnya, suspek turut memberitahu polis bahawa pasangan itu turut didera secara lisan olehnya.

Penyerang dan isteri telah ditangkap dan senjata yang digunakan dalam serangan itu telah dirampas.

Menurut pihak berkuasa, Bharat dan Mamta meninggalkan empat orang anak dan tiga daripada mereka masih di bawah umur. - CNN
-mStar
Hup Seng Nafi Biskutnya Tidak Selamat Dimakan

Hup Seng Nafi Biskutnya Tidak Selamat Dimakan

PETALING JAYA: Pengilang dan syarikat pembuat biskut Hup Seng menafikan dakwaan bahawa produk keluarannya, termasuk Krim Kraker Istimewa Ping Pong tidak selamat untuk dimakan.

"Mengenai kes biskut terbakar, kami ingin mengumumkan bahawa ia adalah ciri-ciri produk yang mengandungi tepung gandum dan minyak di mana ia boleh terbakar.

"Namun begitu, keupayaan untuk terbakar tiada kait-mengait ataupun mempunyai kesan pada keselamatan makanan tersebut. Krim Kraker Istimewa Ping Pong Hup Seng adalah selamat untuk dimakan," kata syarikat ini dalam satu kenyataan.

Syarikat ini mengeluarkan kenyataan berikutan video yang mendakwa biskut atau produk keluaran syarikat ini disalut dengan plastik.

Video ini telah dimuat naik oleh pengguna Facebook Emo-ji pada 29 Julai di mana telah membakar biskut itu dan mendakwa ia mungkin mengandungi bahan sintetik dan tidak selamat untuk dimakan.

Hup Seng berkata klip video itu bertujuan untuk menjatuhkan imej serta nama baik syarikat.

Menurut kenyataan itu, ujian makmal pada tahun 2011 menunjukkan bahawa tidak ada plastik yang dikesan dalam Kraker Istimewa.


"Baru-baru ini, kami telah menghantar Krim Kraker Istimewa untuk ujian makmal bagi mengesan 'plasticizers' sekali lagi dan akan mengumumkan keputusan sebaik sahaja ianya diterima," katanya.
Maut Dilanggar Suami Sendiri

Maut Dilanggar Suami Sendiri

Gambar Hiasan Tiada Kena Mengena Dengan Cerita Ini
Datuk Seri berusia 59 tahun dilaporkan tidak sengaja melanggar isterinya dalam satu kejadian di Bukit Istana.

Kejadian berlaku ketika beliau membuat pusingan U setelah melepasi pondok pengawal keselamatan di kawasan tempat tinggalnya iaitu di Bukit Istana ,kejadian itu menyebabkan isterinya meninggal dunia.

Difahamkan isterinya bersusia 57 menaiki kereta lain tiba di pondok pengawal yang sama setelah keluar membeli-belah dikawasan berhampiran dengan tempat kejjadian.

Difahamkan beliau telah membuat pusingan U setelah melepasi pondok pengawal di kawasan perumahan tempat beliau tinggal di Bukit Istana dan menuju ke arah Kuantan.

Pada masa yang sama, isterinya yang berusia 57 tahun tiba di pondok pengawal yang sama selepas keluar membeli-belah.

Isterinya menaiki kereta lain bersama menantunya dan apabila tiba di pondok pengawal, dia ternampak kereta Range Rover milik suaminya.

Beliau meminta untuk diturunkan di situ dan kemudian meluru ke arah kereta suaminya.

Bagaimanapun, beliau telah dirempuh sebelum suaminya dapat mengelak.

Mangsa yang tercampak jauh mengalami pendarahan hidung dan mulut serta patah tulang.

Beliau dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Mangsa dan suaminya merupakan pengarah urusan sebuah syarikat perlombongan.

"Menurut kenyataan saksi, mangsa sedang dalam perjalanan ke sebuah program agama kira-kira pukul 9 malam Khamis. Dia sudah lewat jadi dia melambai ke arah kereta suaminya.

"Bagaimanapun, tindakannya secara tiba-tiba itu tidak dapat dilihat oleh suaminya kerana suasana gelap dan lampu jalan menutupi pokok-pokok," kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali , Sabtu.

Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan menunjukkan bahawa mangsa mati akibat kecederaan di kepala dan dada.

Ketua Polis Negeri Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata kemalangan itu disebabkan kecuaian dan tiada sebarang unsur jenayah.

Beliau menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai tragedi itu.


Seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 59 tahun secara tidak sengaja melanggar isterinya hingga maut.

Difahamkan beliau telah membuat pusingan U setelah melepasi pondok pengawal di kawasan perumahan tempat beliau tinggal di Bukit Istana dan menuju ke arah Kuantan.

Seorang lelaki bergelar Datuk Seri berusia 59 tahun secara tidak sengaja melanggar isterinya hingga maut.

Difahamkan beliau telah membuat pusingan U setelah melepasi pondok pengawal di kawasan perumahan tempat beliau tinggal di Bukit Istana dan menuju ke arah Kuantan.

Pada masa yang sama, isterinya yang berusia 57 tahun tiba di pondok pengawal yang sama selepas keluar membeli-belah.

Isterinya menaiki kereta lain bersama menantunya dan apabila tiba di pondok pengawal, dia ternampak kereta Range Rover milik suaminya.

Beliau meminta untuk diturunkan di situ dan kemudian meluru ke arah kereta suaminya.

Bagaimanapun, beliau telah dirempuh sebelum suaminya dapat mengelak.

Mangsa yang tercampak jauh mengalami pendarahan hidung dan mulut serta patah tulang.

Beliau dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Mangsa dan suaminya merupakan pengarah urusan sebuah syarikat perlombongan.

"Menurut kenyataan saksi, mangsa sedang dalam perjalanan ke sebuah program agama kira-kira pukul 9 malam Khamis. Dia sudah lewat jadi dia melambai ke arah kereta suaminya.

"Bagaimanapun, tindakannya secara tiba-tiba itu tidak dapat dilihat oleh suaminya kerana suasana gelap dan lampu jalan menutupi pokok-pokok," kata Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang Supt Mohd Noor Yusof Ali , Sabtu.

Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan menunjukkan bahawa mangsa mati akibat kecederaan di kepala dan dada.

Sabtu, 30 Julai 2016

PRN P.Pinang BN Mesti Menang 6 Kerusi

PRN P.Pinang BN Mesti Menang 6 Kerusi

Jika berlaku PRN P.Pinang mampukah BN merapas 6 kerusi yang dimiliki pembangkang iaitu 5 PKR 1 PAS,kesemua kerusi ini berada di kawasan tanah besar.

Jumlah penduduk Pulau Pinang 1,561,383 orang
-Cina 670,400,
-Melayu 636,100
-India 153,500.
-Bumiputera bukan-Melayu seramai 6,100
15 kerusi DUN majoriti Melayu.
Soalnya mampukah BN merampas 6 kerusi DUN yang di pegang pembangkang (tanah besar) iaitu 5 dari PKR dan 1 PAS.

Jika kerusi ini atau lain kerusi DUN dengan jumlah sama dapat dimenangi oleh BN,pastinya DAP  Pulau pinang akan menangis tidak berlagu pada PRU 14 nanti.


Jumaat, 29 Julai 2016

Kakak Mariah Carey ditahan atas tuduhan pelacuran

Kakak Mariah Carey ditahan atas tuduhan pelacuran

SAUGERTIES, New York: Kakak kepada bintang pop tersohor, Mariah Carey ditangkap atas tuduhan pelacuran di bahagian utara negeri New York.

Polis memberitahu Daily Freeman Kingston, Alison Carey, 55 ditangkap di Saugerties Jumaat lalu susulan satu siasatan di sebuah hotel. Polis berkata, beliau meminta wang sebagai pertukaran untuk seks daripada seorang pegawai polis yang menyamar. Polis menggambarkan Carey sebagai bekerja secara sambilan dan mengiklankan perkhidmatannya dalam talian.

Ketua Polis Saugerties, Joseph Sinagra memberitahu akhbar itu bahawa beliau memperkenalkan diri sebagai kakak kepada penghibur berkenaan ketika ditangkap. Carey akan dihadapkan ke Mahkamah Bandar Saugerties pada Ogos 30 ini.

Setakat ini masih tidak diketahui sama ada beliau diwakili peguam yang boleh mengulas lanjut penahanan itu. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187722

Rabu, 27 Julai 2016

Berhenti Jadi Blogger Sebab Ranking Blog Tak Meningkat

Berhenti Jadi Blogger Sebab Ranking Blog Tak Meningkat

Kawan aku berhenti jadi penulis blog sebab ranking blognya tak meningkat.

Aku tengok jumlah pagview blog dia satu hari 1,500 -2,000.

Jumlah itu sangat bagus kerana blog dia tidak promote dlm twitter dan facebook.

60% pengujung datang melalui carian google manakala 40% lagi hasil dari link blognya yang dipaut diblog lain.
  
Jumlah 60% dari hasil carian google merupakan kedudukan yang baik dimata google.

Blog aku sendiri pun menghasilkan 55.% pageview dari sumber carian google.5% dari hasil link yang dikongsi ke facebook oleh pengujung yang sudi.manakala twitter pula langsung tak der.40% lagi dari pautan link diblog rakan.

Pageview blog aku pun 1,500-2,000 setiap hari jika aku rajin update lah.kalau malas hanya 500 sehari.

Ranking blog aku pun lebur juga,oleh kerana aku bukan kejar ranking,aku tak kisah pun.

Apa yang aku mahu adalah pageview sentiasa sampai target setiap kali update blog ini,Syukur memang dapat target spt yang dihajati.

Kalau pageview meningkat,tandanya pengujung blog juga bertambah.

Tapi kawan aku pula dok gila kejar ranking,kononya blog rank tinggi blog yang power,tapi dia tak selidik jenis berita apa yang disumbat dlm blog tersebut.

Kebanyakan blog rank tinggi artikel lucah atau gambar lucah.

Blog dia pula semua artikel jenis laporan yang sememangnya orang yng suka membaca sahaja suka dengan blognya.

Aku dah kata kat dia,kita cari pembaca bukan cari ranking,kalau kita boleh berjaya dptkan pageview 30,000 sebulan sudah terbaik,tapi dia tak puas hati dan akhirnya dia delete blog itu,padahal dah menulis 4 tahun lebih.

Bukankah itu kerja bangang namanya




Mahfuz kesal tindakan Pemuda Umno lapor polis

Mahfuz kesal tindakan Pemuda Umno lapor polis

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar melahirkan rasa kesal terhadap tindakan Naib ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun memfailkan laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abd Gani Patail.

Katanya, tuduhan terhadap ketiga mereka didakwa menjual dokumen maklumat siasatan dan kepada Amerika Syarikat termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI) tidak masuk akal kerana mereka telah banyak berjasa dan mencurah bakti pada negara.

“Saya terkejut dengan laporan yang dibuat ke atas ketiga-tiga mereka. Mereka ini telah banyak berjasa, menyumbang untuk mengangkat martabat negara dari sudut ekonomi dan kewangan, perundangan dan memerangi rasuah.

“Mereka ini pegawai serta kakitangan kerajaan jujur,ikhlas dan berintegriti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pemuda Umno semalam membuat laporan polis terhadap tiga individu atas dakwaan cuba menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Naib ketua sayap Umno itu, Khairul Azwan Harun membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap Zeti, Abdul Gani dan Abu Kassim.

Mahfuz dalam pada itu juga menganggap tuduhan terhadap Zeti, Abd Gani dan Abu Kassim sebagai serangan dan ugutan politik terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan seluruhnya.

“Tuduhan Pemuda Umno dan Umno yang Abu Kassim,Zeti dan Gani sebagai berkomplot dengan Amerika Syarikat untuk menggulingkan Najb dan kerajaan sebenarnya adalah satu pengisytiharan perang terhadap pegawai dan kakitangan kerajaan.

“Kepada Abu Kassim, Zeti dan Gani, semoga tabah menghadapi cabaran di penghujung usia. Saya percaya apa yang anda lakukan didorong oleh keberanian dan kebenaran,” katanya lagi.
-Sinar Harian
Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Dr Mahathir Dan Dua Lain Untuk Periksa Balas Najib

Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Dr Mahathir Dan Dua Lain Untuk Periksa Balas Najib



KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain untuk memeriksa balas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung afidavit sokongannya dalam saman berkaitan salah laku 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Abu Bakar Jais dalam penghakimannya berkata tidak perlu untuk memeriksa balas Najib pada peringkat ini kerana isu (mengenai pegawai awam) patut diputuskan selepas permohonan Najib untuk membatalkan saman difailkan Dr Mahathir dan dua yang lain, didengar.

"Tiada halangan bagi plaintif (Dr Mahathir) untuk membawa isu ini apabila perkara itu dihujahkan.

"Pemeriksaan balas ke atas defendan (Najib) tidak perlu kerana penegasan yang telah dibuat oleh defendan adalah jelas dalam afidavitnya," katanya dalam penghakiman yang disampai di dalam kamar.

Dr Mahathir, bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin telah memohon untuk memeriksa balas Najib berhubung percanggahan yang terdapat dalam afidavit beliau mengenai isu pegawai awam.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib manakala peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding itu, Mohd Hafarizam berkata hakim menetapkan 4 Ogos bagi pengurusan kes, manakala Mohamed Haniff berkata beliau akan berbincang dengan anak guamnya sama ada akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini.

Dr Mahathir, 90, Khairuddin, 54, dan Anina, 41, pada 23 Mac, menyaman Najib atas dakwaan salah laku di pihak perdana menteri melibatkan dana pembangunan strategik 1MDB.

Najib, pada 19 April, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman ketiga-tiga mereka atas alasan tidak terdapat elemen perbuatan salah laku dan pecah amanah sebagai penjawat awam seperti didakwa oleh ketiga-tiga plaintif.

-- BERNAMA


PKR Ketepi DAP Pada PRK Lalu

PKR Ketepi DAP Pada PRK Lalu

PETALING JAYA: Pemimpin DAP kebangsaan tidak dimaklumkan PKR mengenai pilihan raya lalu, kata Penolong Setiausaha Publisiti Wanita DAP, Syerleena Abdul Rashid.

Dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Syerleena berkata, partinya hanya mengetahui pilihan raya kecil (PRK) apabila perkara itu disiarkan di media dalam talian.

"Saya ingin memperbetulkan kenyataan Fahmi mengenai DAP telah dirunding berhubung pengumuman PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, kerusi Parlimen Permatang Pauh atau DUN Kajang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu, sambil menambah bahawa Fahmi boleh mengesahkan mengenai dakwaan Syerleena dengan jawatan tertinggi dalam kepimpinan PKR.

Pada Isnin, Fahmi berkata, dua PRK Permatang Pauh pada 2008 dan 2015, tertumpu kepada ketua umum PKR, dan PKR telah berunding dengan DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain pada 2014 mengenai PRK Kajang.

Beliau berkata, ketiga-tiga contoh yang dibangkitkan Lim Guan Eng adalah PRK yang melibatkan satu kerusi di mana penyandangnya adalah PKR dan implikasi serta-merta adalah kepada PKR sendiri.

Syerleena bagaimanapun merujuk kepada PRK Kajang yang bukan hanya untuk satu kerusi, kerana ia turut melibatkan pertukaran Menteri Besar Selangor.

"Ia merupakan implikasi yang besar, hampir besar menyamai mengadakan pilihan raya negeri," katanya.

Syerleena yang juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mendakwa walaupun tidak dirunding terlebih dahulu, tetapi DAP tidak membuat sebarang kekecohan malah sebaliknya memberikan sokongan penuh yang tidak berbelah bahagi kepada keputusan kepimpinan PKR demi perpaduan dan solidariti Pakatan.
-mStar

Bas Persiaran Dari Cameron Highlands Terbabas

Bas Persiaran Dari Cameron Highlands Terbabas

IPOH: Sebuah bas persiaran yang membawa 27 pelancong asing dan seorang rakyat tempatan terbabas dan terbalik di di KM 19, Jalan Keramat Pulai di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kumpulan itu dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands semasa insiden berlaku pada kira-kira pukul 9 pagi Selasa.

"Siasatan awal menunjukkan pemandu bas berusia 58 tahun itu hilang kawalan semasa melalui satu selekoh menyebabkan bas terbalik.

"Bas itu melalui laluan bertentangan sebelum terbabas di longkang tepi jalan," katanya.

Pelancong yang menaiki bas itu dari Perancis, New Zealand, Hong Kong, Australia, Amerika Syarikat, Belanda, Romania, Kanada, Mexico, Jerman dan United Kingdom.

Kebanyakan mereka mengalami cedera ringan.

Mangsa yang cedera dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Buktikan Ketum Berkhasiat Melalui  Saintifik

Buktikan Ketum Berkhasiat Melalui Saintifik


Khasiat ketum perlu dibuktikan melalui kajian saintifik bagi membolehkannya
ARAU 27 Julai - Pokok ketum boleh ditanam secara komersial jika nilai perubatannya dibuktikan secara saintifik dan mempunyai permintaan tinggi di luar negara, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan tanaman itu disalahgunakan kerana pengambilan air ketum yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan ketagihan.

Azlan berkata, walaupun daun ketum diakui mempunyai nilai perubatan tertentu dan digunakan secara tradisi untuk mengubati beberapa jenis penyakit tetapi kajian saintifik mengenai nilai-nilai perubatan tumbuhan itu tidak pernah dibuat.

"Saya tidak pasti jika ada pihak di dalam atau luar negara pernah menjalankan kajian saintifik termasuk menerbitkan jurnal atau mengeluarkan laporan mengenai daun ketum," katanya pada jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Pauh di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin memohon kebenaran kerajaan untuk menanam pokok ketum secara komersial bagi menambah pendapatan pekebun.

Dalam kenyataannya di Kuala Nerus, Terengganu semalam, Zahidi berkata, daun ketum yang didakwa mempunyai nilai perubatan tinggi akan dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah kerana mendapat permintaan tinggi dari syarikat farmasi di sana.

"Sekiranya ada (maklumat mengenai permintaan dari negara luar), mesti ada tindakan untuk memastikan daun ketum yang ditanam secara komersial tidak disalahgunakan," kata Azlan.

Beliau berkata, pada masa ini hanya Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) diberi kebenaran khas untuk menanam pokok ketum secara terkawal bagi tujuan penyelidikan termasuk kesan, khasiat dan nilai-nilai perubatan secara saintifik.

Katanya, beliau tegas dalam isu daun ketum kerana tumbuhan itu sentiasa disalahgunakan dan dapatan awal kajian Jabatan Pendidikan Perlis mendapati pelajar yang meminum air ketum mengalami kesan negatif seperti ketagihan.

"Secara tidak langsung daun ketum adalah punca pelajar ponteng sekolah dan kemerosotan prestasi mereka. Sebab itu saya mahu pengambilan air ketum yang memudaratkan kesihatan dikekang supaya tidak menjejaskan pelajar," katanya. - BERNAMA

- Utusan Malaysia

Selasa, 26 Julai 2016

Sembilan Penceroboh Lahad Datu Dipenjara Seumur Hidup

Sembilan Penceroboh Lahad Datu Dipenjara Seumur Hidup

KOTA KINABALU 26 Julai - Sembilan tertuduh dalam kes pencerobohan Lahad Datu terselamat daripada tali gantung dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Mahkamah Tinggi Stephen Chung menjatuhi hukuman itu hari ini terhadap warga Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45; Basad H. Manuel, 41; Ismail Yasin, 76; Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52; Salib Akhmad Emali, 63; Al Wazir Osman, 61; Tani Lahaddahi, 63; Julham Rashid, 69; dan Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53.

Pertuduhan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan ini memperuntukkan hukuman mati.
Dalam penghakimannya, Chung berkata tiada keterangan yang menunjukkan bahawa tertuduh terbabit secara langsung dalam pertempuran yang berlaku semasa pencerobohan itu, ataupun bukti bahawa mereka membunuh mana-mana anggota keselamatan secara kejam atau mencederakan sesiapa.

Beliau menegaskan orang paling utama dalam kes pencerobohan itu seperti Datu Agbimuddin Kiram dan 'Jeneral Musa' tidak dibawa ke muka pengadilan.

“Bukanlah tugas yang menyenangkan untuk menjatuhi hukuman sewajarnya terhadap tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

“Kesalahan ini menjejaskan dengan teruk kehidupan penduduk Kampung Tanduo dan mereka yang tinggal di kampung berhampiran, selain kaum keluarga anggota keselamatan yang terkorban,” katanya.
Chung turut menjatuhi hukuman penjara 18 tahun masing-masing terhadap Salib Akhmad, Al Wazir, Tani, Julham dan Datu Amir atas pertuduhan kedua menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas,

manakala empat orang lagi - Atik Hussin, Basad, Ismail dan Virgilio - yang mengaku bersalah atas pertuduhan sama, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 13 tahun.

Hakim memerintahkan supaya hukuman penjara berjalan serentak dengan kesalahan pertama bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Turut disabitkan kesalahan menganggotai kumpulan pengganas ialah Timhar Hadil, 39, dan seorang rakyat tempatan Abd Hadi Mawan, 52, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan diperintahkan supaya menjalani hukuman bermula dari tarikh mereka ditangkap. - BERNAMA

Highway Group Tipu Orang Ramai Buat Kutipan RM35 Juta

Highway Group Tipu Orang Ramai Buat Kutipan RM35 Juta

Guna gelaran Datuk Seri palsu tipu ramai pelabur. Malah, mangsa ditawarkan keuntungan 'gila' apabila mampu memperoleh pulangan RM3.242 bagi RM1 yang di laburkan.

Pulangan tidak munasa-bah 3,000 peratus dalam tempoh masa setahun itu jelas tidak masuk akal namun membuatkan ramai mangsa gelap mata.

Skim cepat kaya diperkenalkan syarikat pelaburan Highway Group itu menarik minat golongan berpendapatan rendah, malah mendorong individu berstatus kenamaan (VIP) membuat pelaburan mencecah RM400.000 bagi setiap pelabur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mortadza Nazarene berkata, sindiket itu meyakini mangsa dengan menawarkan pelbagai pelan pelaburan yang mampu meraih keuntungan berlipat ganda.

"Kumpulan ini memperdaya mangsa dengan menjanjikan pulangan tinggi dengan pelaburan serendah RM1.

"Bayangkan hanya pelaburan RM1. ahli boleh mendapat keuntungan 3,000 peratus mengikut pelan ditawarkan," katanya.

"Syarikat itu menggunakan ikon yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat untuk menarik perhatian orang ramai menyertainya," katanya dalam sidang media di Pejabat JSJK Bukit Aman, di sini, semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan 14 individu berusia lingkungan 28 hingga 58 tahun termasuk dua dalang utama berstatus Datuk Seri palsu serta pelakon dan pelawak terkenal, Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis di empat tempat berasingan iaitu Kelantan,

Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur selepas disyaki terbabit dalam penipuan skim cepat kaya.

Mortadza berkata, hasil maklumat risikan, kumpulan itu diasaskan seorang lelaki berasal dari Kelantan pada awal 2015 dan aktif sehingga hujung bulan Januari lalu dengan mewujudkan jawatan dalam organisasi berkenaan merangkumi ahli lembaga pengarah, pengurus kutipan kumpulan, ketua dan ejen

"Pembahagian keuntungan dibuat mengikut jawatan masing masing dengan mangsa dikehendaki mencari pelabur baru dengan dijanjikan pembahagian keuntungan berganda bagi membolehkan mereka mendapat pulangan daripada pelaburan berkenaan.

"Berdasarkan rekod, kami mendapati kumpulan Highway Group ini mempunyai 500,000 pelabur di seluruh negara termasuk Brunei de ngan jumlah pelaburan di anggarkan mencecah RM35 juta," katanya.

Beliau berkata, polis masih memburu saki baki individu yang terbabit dengan sin diket penipuan pelaburan skim cepat kaya dijalankan kumpulan itu.

"Setakat ini, polis menerima 175 laporan dari seluruh negara, 19 kertas siasatan dibuka membabitkan penipuan syarikat itu," katanya.
Waran Tangkap 42 Wartawan

Waran Tangkap 42 Wartawan

Ankara: Pihak berkuasa Turki semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap 42 wartawan dalam fasa terbaru tindak balasnya berikutan kegagalan rampasan kuasa 15 Julai lalu.

Agensi berita Anadolu melaporkan, pendakwa raya anti keganasan Istanbul mengeluarkan waran tangkap itu sebagai sebahagian daripada siasatan.

Antara mereka yang disasarkan ialah wartawan terkenal, Nazli Ilicak yang dipecat daripada akhbar prokerajaan, Sabah, pada 2013 kerana mengkritik menteri yang ditangkap dalam skandal rasuah.


Bagaimanapun, belum ada laporan mengenai wartawan yang ditangkap setakat ini.

Kerajaan menyalahkan skandal rasuah pada 2013 ke atas tokoh agama negara itu, Fethullah Gulen yang hidup dalam buangan di Amerika Syarikat dengan beberapa pegawai ketika itu menyifatkannya sebagai cubaan rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan Erdogan.

Fethullah juga didakwa menjadi dalang dalam cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu.

Lebih 13,000 orang ditahan setakat ini berikutan cubaan rampasan kuasa terbaru itu.

Dalam serbuan terbaru semalam, polis menahan 40 suspek di sebuah akademi tentera di Istanbul.

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia yang berpejabat di London, Amnesty International mendakwa terdapat bukti kukuh mereka yang ditahan didera.

Seorang pegawai Turki bagaimanapun menyangkal tuduhan itu.

Harian Metro
Operator Kilang Ambil Upah Bunuh Separuh Masa

Operator Kilang Ambil Upah Bunuh Separuh Masa

Bekerja sepenuh masa sebagai operator sebuah kilang di Tampoi, Johor namun pada masa sama memiliki pekerjaan sambilan sebagai pembunuh upahan.

Kegiatan lelaki berusia 29 tahun itu yang mahir menggunakan senjata api dibongkar selepas polis menahan suspek Sabtu lalu.

Difahamkan suspek ada-lah pembunuh utama ahli perniagaan, Datin Wong Siew Ling yang ditembak mati di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama. di sini, pada 6 Julai lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, penahanan lelaki terbabit menjadikan senibihn suspek ditahan polis setakat ini.

Memrutnya, polis giat memburu seorang lagi suspek yang dipercayai masih "Suspek direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan. Manakala reman terhadap lapan lagi suspek yang ditahan sebelum ini dilanjutkan," katanya semalam.

Dalam kejadian 6 Julai lalu mangsa berusia 32 tahun maut di tempat kejadian manakala anak perempuan cedera di kepala selepas mangsa yang berada dalam kenderaan Toyota Vellfire ditembak dua lelaki ber-motosikal.

Pada 19 Julai lalu, polis menahan dalang utama kes berkenaan iaitu sepasang suami isteri ahli perniagaan kerana dipercayai merancang pembunuhan itu.

Suspek dikatakan mengupah dua pembunuh upahan dengan bayaran RM60.000.
Enam lagi yang ditahan membabitkan sepasang suami isteri sebagai orang tengah, dua pembunuh upahan serta dua lagi individu yang secara tidak langsung merancang pernbunuhan itu.

Semua suspek berusia antara 26 hingga 54 tahun itu ditahan dalam siri tangkapan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur bermula 19 Julai lalu di se-kitar Kuala Lumpur dan Perak.

Sepucuk pistol Glock 19 bersama satu kelopak peluru disembunyikan dalam sebuah kereta diChemor. Perak, dirampas.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui dalam satu majlis berasingan memaklumkan, lelaki yang ditahan Sabtu lalu itu dipercayai menembak mangsa.

Beliau berkata, pihaknya percaya ada suspek terbabit dengan kejadian itu meninggalkan negara ini.
"Bagaimanapun saya yakin polis dapat menahan mereka," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan serah terima tugas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, di Pulapol, di sini. semalam.

-Harian Metro MS 13/26-7-2016


Mayat Lelaki Bertatu Naga ditemui Terapung

Mayat Lelaki Bertatu Naga ditemui Terapung

SARIKEI: Mayat lelaki dalam keadaan bogel dan mempunyai tatu gambar naga di belakang badan dan bertulis ‘Loso The Big Love Messy’ bahu sebelah kiri ditemui orang awam di Wharf No.4, Kem A Rimbunan Hijau Log Pond, Tanjung Manis kelmarin.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintendan Mat Jusoh Muhamad berkata mayat terbabit ditemui terapung oleh orang awam sekitar jam 9 pagi di perairan Sungai Rajang.

“Berdasarkan siasatan awal hampir semua badan mangsa berada dalam keadaan sempurna, cuma kepala mayat tersebut hanya tinggal tengkorak sehingga ke paras leher dipercayai dimakan hidupan air.

“Tiada sebarang pengenalan diri ditemui bersama mayat tersebut. Ciri-ciri mayat itu ialah mempunyai ketinggian sekitar 160 hingga 170 sentimeter, berbadan gempal serta berkulit warna coklat,” katanya di sini, semalam.

Mangsa dipercayai berada di dalam air sekitar lapan hari berdasarkan keadaan mayat yang berbau dan kulit badan mangsa tertanggal dari badan.

Menurut Mat Jusoh, tiada sebarang tanda kecederaan yang mencurigakan pada tubuh mangsa.

“Siasatan awal mendapati dalam tempoh terdekat ini, tiada mana-mana pihak membuat laporan orang hilang atau orang terjatuh ke dalam sungai,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk proses bedah siasat. Hingga kini kes ini masih dalam siasatan polis.

“Kita mahu mana-mana pihak atau individu mempunyai saudara-mara seperti ciri-ciri mayat mangsa agar berhubung dengan Sarjan Gadong Jawi di Balai Polis Tanjung Manis di talian 019-8384580 dengan kadar segera,” katanya.

-Utusan Borneo
Tabung Haji Berjaya Capai Objektif

Tabung Haji Berjaya Capai Objektif

PETALING JAYA 26 Julai - Dalam tempoh hampir lima dekad sejak penubuhannya, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah berjaya memenuhi semua objektifnya terutama dalam membantu masyarakat Melayu Islam dalam soal kebajikan dan sosio ekonomi mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan itu telah meletakkan TH sebagai sebuah institusi yang boleh dibanggakan dan cuba ditiru oleh negara-negara lain, namun gagal.

"Dalam tempoh lima dekad Tabung Haji telah bergerak membantu kebajikan sosio ekonomi masyarakat Melayu Islam pada waktu itu," katanya semasa melancarkan Yayasan Tabung Haji, Kelana Jaya di sini hari ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; pengurusan tertinggi Tabung Haji serta kakitangannya.

Kata Najib, soal kebajikan jemaah haji dan kepentingan pendeposit-pendeposit adalah soal utama penubuhan Tabung Haji dan ianya amat dititikberatkan.

Najib berkata, jika dilihat pencapaian Tabung Haji dari sudut pengurusan jemaah haji, lembaga itu telah berjaya mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 tanpa kenaikan sejak 2009.

Katanya, pada tahun ini pula, Tabung Haji berupaya memberi subsidi bayaran haji sebanyak RM160 juta untuk jemaah haji dengan setiap mereka menerima subsidi hampir RM8,000.

"Jadi kalau bayaran RM9,980, mereka dapat subsidi hampir RM8,000 yang mana hampir sama dengan jumlah bayaran haji. Mana ada bayaran seperti ini dalam dunia," katanya.

Perdana Menteri turut menekankan soal menjaga kepentingan pendeposit Tabung Haji yang menurutnya telah menerima pulangan yang amat memuaskan hasil daripada pelaburan mereka.

Bagaimana pun katanya, pelbagai perkara berkaitan Tabung Haji cuba dijadikan isu dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak termasuk berkenaan pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) di ibu negara.

"Dulu tanah dibeli pada harga RM1,800 kaki persegi tapi hari ini saya tanya Pengarah Utusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah, berapa harga tanah itu sekarang, dia beritahu ada pihak mahu beli pada harga RM2,200 kaki persegi.
"Ini maknanya sudah untung, tapi ianya dipolitikkan oleh sesetengah pihak," kata Najib.

Mengenai yayasan itu, Perdana Menteri berkata, penubuhannya diharapkan dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan dan mendapat lebih banyak dana untuk memenuhi objektifnya.

Yayasan Tabung Haji ditubuhkan bagi menyelaras semua inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang telah dilaksanakan sebelum ini termasuk dalam bidang pendidikan dan menyalurkan bantuan ketika bencana dan musibah.

Yayasan itu akan ditadbir secara berasingan oleh lembaga pemegang amanahnya sendiri dengan fasa pertama Tabung Haji memperuntukkan dana sebanyak RM5 juta untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya. - BERNAMA
Forum Skandal RM400 Juta Azmin Ali Palsu

Forum Skandal RM400 Juta Azmin Ali Palsu


ALKISAH banner yang dipasang dalam kawasan Shah Alam telah mengundang tanda tanya apakah ianya berita benar atau sebaliknya,menurut beberapa pandangan pribadi rakan minum kopi,banner iklan forum pendedahan yang bakal diadakan di dewan MPAJ,Ampang pada Sabtu ini tidak kelihatan di kawasan Ampang.

Mengapa hanya wujud di Shah Alam,ia tidak kelihatan di kawasan Ampang?soal rakan minum kopi.

Ahli panel forum itu pula terdiri daripada Rafizi Ramli, Cynthia Gabrel, Pengarah Eksekutif C4 Centre dan Pengarah Eksekutif NOW, Akmal Nasir.Mereka ini dinobatkan akan dedah skandal RM400 Juta Azmin Ali.

Jawapannya.

SHAH ALAM, 26 JULAI: Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir menafikan beliau bersama dua individu lain, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Cynthia Gabriel terlibat dalam forum mengenai pendedahan skandal kewangan didakwa berlangsung hujung bulan ini di Dewan MPAJ, Ampang.

 Akmal Nasir memaklumkan perkara ini kepada Rafizi Ramli serta Cynthia Gabriel dan kami mengecam sekeras-kerasnya cubaan fitnah terhadap kami dan juga cubaan memburukkan usaha masyarakat sivil memerangi rasuah seperti NOW dan C4.


Betulah pandangan rakan2 minum kopi,moralnya? pikir-pikirlah.....

PRN Pulau Pinang:PAS Akan Bertanding Di 15 Kerusi Majoriti Malayu

PRN Pulau Pinang:PAS Akan Bertanding Di 15 Kerusi Majoriti Malayu

Terdapat desas -desus menyatakan PAS akan bertanding dikesemua 15 kerusi majoriti Melayu DUN Pulau Pinang sekiranya PRN negeri itu berlaku.

Tunggu penafian dari PAS jika berita ini tidak benar.SUMBER

Sama sekali tidak mustahil ia akan berlaku kerana hubungan PAS dan DAP dah lama terbelah manakala dengan PKR pula hanya seperti telur dihujung tanduk.


Poca: Sanjeevan diarah bebas serta merta

Poca: Sanjeevan diarah bebas serta merta

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi mengarahkan Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan dilepas dan dibebaskan daripada perintah tahanan reman selama 21 hari yang dikenakan terhadapnya mengikut Akta Pencegahan Jenayah 2013 (Poca).

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Shariff Abu Samah memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang dikemukakan Sanjeevan bagi mencabar penahanannya.

Ketika membuat keputusan itu Mohd Shariff berkata, tempat penahanan pemohon (Sanjeevan) memberikan pelbagai tafsiran yang mewujudkan pelbagai kekeliruan mengenai penahanannya.

"Dengan menggunakan kausa semakan sebagaimana dalam bab 31 Kanun Prosedur Jenayah, dalam memastikan aspek penahanan Poca wajib di patuhi,"katanya.

Sehubungan itu, katanya mahkamah membenarkan pemohonan pemohon secara serta merta.

Pada 11 Julai lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur membenarkan permohonan polis untuk menahan reman Sanjeevan, bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu akan berakhir pada 31 Julai ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan Sanjeevan, 32, bersama pemandunya selepas disyaki meminta wang perlindungan daripada seorang ahli perniagaan.

Tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang pengadu mendakwa Sanjeevan mengugut mahu menyiarkan fitnah mengenainya melalui laman sosial Facebook sekiranya tidak membayar wang perlindungan RM25,000.
-Sinar Harian
Tanah Tabung Haji Di TRX Tidak Akan Di Jual

Tanah Tabung Haji Di TRX Tidak Akan Di Jual

KELANA JAYA: Tabung Haji bertegas untuk tidak menjual tanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memandangkan ia dilihat mempunyai nilai tambahan yang tinggi bagi tempoh jangka masa panjang.

"Daripada mula pembelian tanah tersebut adalah berdasarkan komersial..kita buat penilaian dari segi jangka masa panjang. "Sekarang juga kita ada tawaran yang tinggi, tetapi kami tidak mahu menjualnya kerana kami percaya dengan penghasilan nilai jangka panjang daripada pelaburan itu (tanah di TRX)," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Johan Abdullah kepada pemberita selepas majlis pelancaran yayasan Tabung Haji di sini, hari ini. Majlis itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tabung Haji membeli tanah seluas 0.631 hektar itu pada harga RM188.5 juta iaitu RM2,773 bagi setiap kaki persegi. Johan berkata setakat ini Tabung Haji sedang berbincang dengan beberapa firma arkitek untuk konsep serta perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan di tanah berkenaan. - BERNAMA

Rumah Unik 'Tersorok' Di Sebalik Pencakar Langit

Rumah Unik 'Tersorok' Di Sebalik Pencakar Langit

KETIKA melalui sekitar Jalan Stonor di Kuala Lumpur, ‎pasti ramai yang tidak menyedari kewujudan sebuah rumah Melayu tradisional yang tersergam indah di situ.

'Bersembunyi' di sebalik bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur, warga kota sebenarnya tidak perlu pergi jauh untuk menghayati warisan seni bina rumah Melayu lama yang unik di Rumah Penghulu Abu Seman yang terletak berhadapan Hotel Royale Chulan.

Pengurus Komunikasi Badan Warisan Malaysia (BWM) Melanie Anthony berkata rumah yang dibina sekitar tahun 1910 itu merupakan kediaman Bekas Ketua Desa, Abu Seman Nayan di Kampung Sungai Kecil, Bagan Samak, Kedah.

"Namun ia kemudiannya menjadi rumah terbiar disebabkan tiada waris. Ia ditemui pada 1995 dan BWM mengambil inisiatif untuk memelihara dan memindahkannya ke sini (Jalan Stonor).

"Usaha pemuliharaan dan pembinaan semula mengambil tempoh setahun setengah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Melanie berkata usaha restorasi itu ternyata tidak mudah dan memerlukan kepakaran tinggi tambahan pula ketika ia dijumpai, rumah yang menggabungkan seni bina masyarakat Kedah, Perak, Thailand dan China itu rata-rata telah reput.

Ulasnya, seni bina rumah itu juga unik jika dibandingkan rekaan rumah Melayu lain, misalnya mempunyai ukiran kayu bermotifkan haiwan dan unsur dari tamadun China.

"Seni bina di rumah ini juga banyak menggambarkan Penghulu Abu Seman, iaitu seorang yang kaya dan berkuasa pada waktu itu kerana mengikut kajian ukiran melambangkan status penghuni, bumbung juga diperbuat daripada tanah liat dan bukannya atap nipah seperti kebiasaan," katanya.

Turut membezakan ia daripada seni bina rumah Melayu lain ialah kewujudan balai yang digunakan untuk tujuan pentadbiran dan tempat perbincangan dengan penduduk kampung dan kesemua seni bina itu dikekalkan keasliannya.

"Selain warna asal rumah itu dikekalkan rona coklat gelap seperti asal, hiasan dalamannya juga turut disuntik elemen tradisional sepenuhnya agar pengunjung boleh benar-benar merasai suasana kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu.

"Di kawasan kampung pun sudah sukar untuk menemui rumah kampung asli seperti ini kerana sudah ramai beralih pada rumah batu yang moden jadi diharap melalui usaha ini, warisan dan sejarah terdahulu tidak luput begitu sahaja," katanya.

Menurut Melanie selain menjadi tarikan pelancong dan pelajar jurusan seni bina, rumah itu juga turut menjadi pilihan mengadakan majlis keraian seperti majlis perkahwinan malah ramai juga memanfaatkannya sebagai tempat bergambar.

Pengunjung boleh menyertai lawatan berpandu berdurasi kira-kira sejam yang dijalankan dua kali sehari iaitu pada 11 pagi dan 3 petang setiap hari kecuali Ahad dan cuti umum. - Bernama
Buaya Relek Tepi Pantai Manusia Lintang Pukang

Buaya Relek Tepi Pantai Manusia Lintang Pukang

KUPANG - INDONESIA. Kehadiran seekor buaya yang berjemur di persisir Pantai Lasiana, Kecamatan Kelapa Lima, Kota Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT), petang semalam, meresahkan penduduk setempat.

Kehadiran reptilia ini menyebabkan pengunjung mahupun nelayan runsing, lapor Kompas.com.

Kasubag Program Dan Kerjasama Balai Besar Konservasi Sumber Daya Alam (BBKSDA) NTT, Dadang Suryana berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya berusaha menangkap buaya itu.

Dadang mengaku, usaha menangkap haiwan itu gagal kerana ia kembali masuk ke laut.

Katanya pencarian terpaksa dihentikan untuk sementara waktu.

"Operasi kali ini kurang berhasil, kerana perahu kita terlambat datang dan yang kedua suasana di sini terlalu ramai, sehingga sukar membuat buaya kekal tenang berada di tempat.

"Akibatnya, usaha untuk membuatkan buaya tidak ke mana-mana gagal.

"Operasi ini akan terus dilakukan oleh tim BBKSDA. Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati ketika berada di bibir Pantai Lasiana, kerana dipercayai populasi buaya semakin banyak," tambahnya

Polis Tidak Abai Petugas Media SUKMA XVIII

Polis Tidak Abai Petugas Media SUKMA XVIII

KUCHING, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Anggota polis yang terlibat sepanjang temasya SUKMA XVIII berlangsung turut menjalankan tugas menjaga keselamatan petugas media.

Koperal Jong Jin Lian, 46, telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai anggota polis dan kini bertugas di Batalion 11 PGA Batu Kawa, Kuching telah diberi tanggungjawab untuk mengawal keselamatan di Pusat Media Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII yang dibuka di Pusat Akuatik, Jalan Stadium Petra Jaya Kuching.

Menurut Koperal Jong, seramai empat orang anggota yang telah dijadualkan untuk bertugas di Pusat Media mengikut masa kerja yang disediakan.

Antaranya ialah Koperal Rudy anak Entaba, 41 yang merupakan salah seorang anggota yang bertugas untuk memastikan keselamatan semua petugas di Pusat Media.

Koperal Rudy telah berkhidmat selama 19 tahun sebagai anggota polis dan kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, Jalan Simpang Tiga.

Mereka ditugaskan untuk menjaga keselamatan para petugas, pengamal media serta tetamu kehormat yang bertandang ke Pusat Media.

“Kawalan keselamatan amat perlu khususnya semasa lawatan khas daripada tetamu kehormat dan juga memastikan supaya sidang media berlangsung dengan lancar.

“Saya pernah bertugas menjaga keselamatan di perlawanan bola sepak, pilihan raya dan juga majlis yang melibatkan orang kenamaan,” ujar Koperal Jong.

Bagi Koperal Rudy, penglibatannya dalam temasya SUKMA XVIII ini merupakan salah satu pengalaman yang amat berharga sepanjang beliau bertugas.

Mereka berdua yang ditemui di Pusat Media Stadium Akuatik ditemui pagi tadi berbangga dan berbesar hati kerana dapat menyumbang tenaga dalam temasya sukan ini.
2,000 Orang Nikah Dithailand Majoriti Tak Dapat Izin Bini Tua

2,000 Orang Nikah Dithailand Majoriti Tak Dapat Izin Bini Tua

KANGAR, 25 Jul ― Lebih 2,000 pasangan rakyat Malaysia berkahwin di selatan Thailand dalam tempoh enam bulan dari Januari hingga Jun tahun ini.

Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Afandi Abu Bakar, pada tahun lepas sahaja seramai 4,081 pasangan rakyat Malaysia berkahwin di negara jiran itu.

Katanya angka tersebut hanya bagi pasangan yang mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat Konsul supaya mereka boleh mendaftar semula dan mengesahkan perkahwinan apabila pulang ke tanah air.

"Pasangan yang tidak mendaftarkan perkahwinan di pejabat Konsul akan menghadapi kesukaran untuk mengesahkan perkahwinan mereka di Malaysia kelak," kata Mohd Afandi.

Beliau dihubungi Bernama di Songkhla hari ini untuk mengulas usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam (MAI) lima wilayah di Selatan Thailand untuk memperkemaskan syarat-syarat kebenaran pasangan rakyat Malaysia yang hendak berkahwin di negara tersebut.

Ia adalah susulan persidangan pengurusan nikah cerai membabitkan ketua-ketua Pendaftar Nikah dan Cerai seluruh negara dengan MAI wilayah Satun, Narathiwat, Pattani, Songkhla dan Yala selama tiga hari di sini minggu lepas.

Mohd Afandi berkata majoriti yang berkahwin itu membabitkan pasangan sesama rakyat Malaysia dan sedikit sahaja dengan rakyat asing.

Katanya punca utama rakyat Malaysia berkahwin di negara jiran itu kerana hendak berpoligami tetapi tidak dipersetujui oleh isteri atau mendapat tentangan keluarga.

"Apapun alasan, MAI lima wilayah tersebut bersetuju dengan alasan kita bahawa setiap pasangan yang hendak berkahwin perlu mendapat kebenaran bersurat daripada pihak berkuasa di Malaysia tetapi masalahnya ialah masih ada pasangan yang hendak berkahwin menggunakan khidmat sindiket," tambahnya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Khairi Hasan berkata kerajaan negeri sedang mengambil tindakan untuk mempermudahkan prosedur bagi pasangan yang berkahwin di selatan Thailand mendaftar perkahwinan mereka di negeri ini.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan prosedur tersebut, sebaliknya berkata: "Ia sangat mudah". ― Bernama


Ayam RM30 seekor, 29 penjual boleh didenda hingga RM250,000

Ayam RM30 seekor, 29 penjual boleh didenda hingga RM250,000

KOTA BARU, 25 Jul — Seramai 29 peniaga dan pemborong ayam di Kelantan bakal didakwa di mahkamah kerana kesalahan meletakkan harga melampau, sehingga RM30 seekor.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan berkata mereka boleh dikenakan denda sehingga RM250,000, lapor Kosmo!.

“Peniaga yang terbabit kebanyakannya di Pasar Siti Khadijah selain beberapa pasar lain termasuk Pasar Chabang Tiga di Pengkalan Chepa,” kata pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun.

“Mereka bukan hanya mengenakan harga yang melampau tetapi juga bersikap biadap terhadap pelanggan.”

Ab Ghani berkata 24 kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, manakala lima lagi bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam).

“Bagi mereka yang didakwa di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Ayam) 1996 memperuntukkan hukuman denda minimum RM100,000 dan maksimum RM250,000, jika sabit kesalahan.

“Bagi Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 pula boleh didenda tidak melebihi RM100,000 bagi pertubuhan, manakala individu tidak melebihi RM50,000, jika sabit kesalahan,” katanya.

Harga ayam di Kelantan dilaporkan dijual kepada pengguna tanpa ditimbang sehingga mencecah RM30 seekor semasa sambutan Hari Raya awal bulan ini.

Tindakan yang bakal diambil itu hasil siasatan KPDNKK antara 9 Julai, tiga hari selepas Aidilfitri, hingga semalam. Harga ayam kini kembali normal, sekitar RM8 sekilogram.

-Malay Mail

Isnin, 25 Julai 2016

Warga Asing Mati Dilangar Kereta

Warga Asing Mati Dilangar Kereta

TRIANG - Seorang lelaki warga Indonesia maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 35 Jalan Temerloh - Bahau kira-kira jam 5 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Rosdi Daud berkata, mangsa, dikenali sebagai Samharihadi, 45, yang menunggang motosikal ke arah Bahau, dilanggar sebuah kenderaan Proton Persona ketika hendak keluar dari simpang menuju ke arah Bahau.

“Berdasarkan siasatan awal, semasa kejadian, dipercayai mangsa yang telah dilanggar itu, diseret ke kanan jalan.

“Mangsa kemudiannya dilanggar pula kenderaan Toyota Hilux yang dari arah Triang ke Bahau menyebabkan motosikal tersangkut di bawah kenderaan terbabit,” katanya.

Mohd Rosdi berkata, mangsa yang cedera parah di kepala dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berpunca daripada tindakan pemandu kenderaan Proton Persona yang memandu secara melulu ketika keluar dari simpang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987.

“Individu yang melihat kejadian berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Yunus Hazmi, di talian 09-2507299 bagi membantu siasatan,” katanya.

-Sinar Harian
Maut Rempuh Lori

Maut Rempuh Lori

MARANG – Seorang penunggang maut manakala seorang lagi cedera selepas dua motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 18 Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang di Binjai Rendah di sini, semalam.

Dalam kejadian pada lebih kurang jam 9 pagi itu, pemandu lori terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang dan ketika tiba di lokasi nahas, dikatakan sebuah motosikal di depannya bertukar lorong dari kiri ke kanan secara tiba-tiba.

Situasi berkenaan menyebabkan pemandu lori gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang motosikal tersebut menyebabkan lori dipandunya terbabas ke kanan jalan dan memasuki laluan bertentangan.

Malang menimpa seorang lagi penunggang yang datang dari arah bertentangan apabila motosikal dinaikinya turut dirempuh lori tersebut menyebabkan dia tercampak dan motosikal ditungganginya terperosok di bahagian hadapan lori.

Kedua-dua penunggang dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu akibat kecederaan dan salah seorang daripadanya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital berkenaan, petang semalam, kerana kecederaan dialaminya agak serius.

Mangsa dikenali sebagai Ahmad Mukris Aiman Rosdi, 20, iaitu anak kepada Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah rendah di daerah ini dan disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 5.35 petang, selepas lebih lapan jam bertarung nyawa.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan memaklumkan, kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-Sinar Harian

Bahan Letupan IS Dipercayai Untuk Serang Polis

Bahan Letupan IS Dipercayai Untuk Serang Polis

KUALA LUMPUR: Penahanan seorang anggota kanan kumpulan militan IS bersama 13 lagi suspek, serta rampasan bahan letupan 'Improvised Explosive Device' (IED) bertujuan untuk melancarkan serangan terhadap pegawai tertinggi Bukit Aman.

Kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.

Difahamkan sebuah IED seberat 1 kilogram itu berupaya untuk memusnahkan sebuah kenderaan dalam satu serangan, disimpan di sebuah rumah di Kampung Melayu, Sungai Buloh, lokasi salah seorang anggota militan yang diserbu polis.

Rumah tersebut dipercayai menjadi tempat penyimpanan bagi kumpulan pengganas itu.

Mereka disyaki menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, anggota sel sama yang ditahan dalam operasi penghujung bulan lepas, untuk melancarkan serangan terhadap pegawai tertinggi Bukit Aman.

Antara mereka yang ditahan merupakan tukang masak di sebuah restoran francais di Lembah Klang, dua pekerja syarikat swasta, seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan seorang lagi mekanik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seorang daripada suspek mengaku telah berkongsi kaedah membuat bahan letupan melalui aplikasi Telegram dengan lain-lain anggota IS.

"Suspek juga mengaku menerima arahan Muhammad Wanndy untuk menghasilkan IED bagi melancarkan serangan di Lembah Klang dan turut membekalkan sepucuk pistol kepada suspek melalui orang perantaraan sebagai persediaan mempertahankan diri jika ditahan polis," katanya.

Suspek berusia 49 tahun yang ditahan di Kedah merupakan angggota kanan kumpulan berkenaan, yang aktif merekrut anggota baharu melalui usrah-usrah sulit di sekitar Sik, Kedah dan bertanggungjawab mengatur pergerakan ke Syria untuk menyertai IS.

"Seorang yang direkrut oleh suspek adalah Abu Ghani Yaacob@Abu Kedah yang telah terkorban di Syria pada 17 April lepas," katanya.

Khalid berkata, suspek wanita berusia 43 tahun, yang ditahan di Perak, aktif mempromosikan Daesh serta merancang untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan itu.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut BAB VIA -kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
-mStar
Ceroboh Lahad Datu: 13 Daripada 14 Tertuduh Didapati Bersalah

Ceroboh Lahad Datu: 13 Daripada 14 Tertuduh Didapati Bersalah

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Isnin mendapati 13 daripada 14 tertuduh, yang telah memberi keterangan membela diri masing-masing dalam kes pencerobohan Lahad Datu, bersalah.

Sembilan daripada mereka termasuk Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, anak kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Esmail Kiram, didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda.

Lapan yang lain ialah warganegara Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52, Salib Akhmad Emali, 63, Al Wazir Osman, 61, Tani Lahaddahi, 63, dan Julham Rashid, 69.

Hakim Stephen Chung dijangka menjatuhkan hukuman terhadap kesemua 13 tertuduh itu selepas mereka membuat rayuan terhadap hukuman masing-masing Selasa.

Beliau juga akan menjatuhkan hukuman terhadap beberapa individu yang telah mengaku bersalah pada Februari tahun ini.
Datu Amir Bahar, Salib Akhmad, Al Wazir, Tani dan Julham juga disabitkan bagi kesalahan kedua dengan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.

Turut bersalah kerana menjadi anggota kumpulan pengganas ialah rakyat tempatan Abd Hadi Mawan, 52, serta warganegara Filipina Timhar Hadil, 39 dan bapanya, Hadil Suhaili, 68, yang meninggal dunia pada 24 April 24 semasa dalam tahanan.

Satu-satunya tertuduh wanita dalam kes itu, Norhaida Ibnahi dari Filipina, didapati bersalah memberi sokongan kepada seorang yang diketahuinya anggota kumpulan pengganas, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda, atau 20 tahun penjara dengan denda atau kedua-duanya.

Dalam penghakimannya, Hakim Chung berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan terhadap 13 tertuduh itu.

Walaupun Datu Amir Bahar mendakwa berlakunya salah faham di antara bapanya dan bapa saudaranya Datu Agbimuddin Kiram, yang mengetuai pencerobohan di Kampung Tanduo, Chung berkata ada bukti menunjukkan Datu Amir Bahar sentiasa berkomunikasi dengan bapa saudaranya.

"Berdasarkan pintasan komunikasi, beliau didapati berhubung (dengan bapa saudaranya) semasa pertempuran itu di Kampung Simunul (Semporna).

"Ada (juga) keterangan yang meyakinkan tentang penglibatannya sebagai 'Ketua Staf' daripada 'Pasukan Keselamatan Diraja'," katanya.

Chung berkata pintasan komunikasi yang dilakukan polis terhadap Salib Akhmad dan Al Wazir juga menunjukkan bukti bahawa mereka berkomunikasi dengan pemimpin pencerobohan itu.

Hakim itu berkata saksi pendakwaan, yang telah diberi perlindungan, telah mengenal pasti Tani, Julham dan Abd Hadi sebagai anggota 'Pasukan Tentera Diraja Sulu', dan keterangannya tidak dicabar pihak pembelaan.

Mengenai Atik Hussin, Basad, Ismail dan Virgilio, Chung berkata beliau mendapati pengakuan bahawa mereka telah ditipu untuk datang bekerja di Sabah, sebagai meragukan.

Selepas berakhirnya kes pendakwaan, hakim berkata mereka mengambil keputusan untuk mengaku bersalah bagi pertuduhan kedua iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas, yang bercanggah dengan pengakuan mereka.

"Kalau mereka rasa ditipu (dalam perjanjian pekerjaan di Sabah), mereka mempunyai masa yang mencukupi untuk melarikan diri (dari Kampung Tanduo). Tetapi mereka hanya melarikan diri selepas pertempuran itu," katanya.

Sementara itu, Chung mempersoalkan kehadiran Hadil dan Timhar di Lahad Datu semasa pencerobohan berlaku dan mempunyai dokumen yang mempunyai kaitan dengan 'Kesultanan Sulu'.

Beliau berkata tidak ada bukti bahawa 'anak' yang Hadil lawati, yang merupakan sebab kehadirannya di Lahad Datu, adalah anaknya yang sebenar kerana dia tidak mempunyai nama akhir serupa seperti Timhar.

Hakim itu berkata Abd Hadi juga telah dikenal pasti sebagai anggota 'Pasukan Tentera Diraja Sulu' oleh saksi pendakwaan, yang keterangannya tidak dicabar oleh pihak pembelaan manakala Norhaida, yang mendakwa tidak menggunakan telefon bimbit, telah dikesan oleh pegawai Cawangan Khas menerusi isyarat telefon bimbitnya.

Chung juga mendapati rakyat Filipina, Basil Samiul, 35, tidak bersalah atas sebarang kesalahan selepas Basil memberi keterangan terhadap pertuduhannya bekerjasama atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas, satu kesalahan yang membawa hukuman 30 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Hakim itu membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti dia berada di Kampung Tanduo semasa pencerobohan itu, walaupun berkongsi nama pertama yang sama seperti penceroboh di kampung berkenaan.

"Tiadanya bukti yang cukup terhadap tertuduh ke-24 (Basil) dalam pintasan komunikasi itu dan dia tidak pernah dikenal pasti sebagai Basil Bin Samiul.

"Adalah jelas bahawa 'Al Basil', yang boleh berlari semasa dikejar oleh seorang yang bersenjatakan pistol, bukanlah tertuduh ke-24 yang tempang sepanjang perbicaraan ini," katanya.

Sehubungan itu, Chung melepas dan membebaskan Basil dan memerintahkan beliau dirujuk kepada Jabatan Imigresen.

Pendakwaan memulakan kesnya pada 6 Jan 2014 terhadap 30 individu - 27 rakyat Filipina dan tiga lelaki tempatan - yang dituduh dengan pelbagai kesalahan yang dikaitkan dengan pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo.

Pihak pendakwaan telah memanggil 166 saksi sepanjang prosiding selama 239 hari itu yang berakhir pada 5 Jan lepas.

Pada 5 Feb, Chung mengarahkan 19 daripada 30 tertuduh untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Bagaimanapun, pada 23 dan 24 Feb, sembilan daripada 19 tertuduh termasuk dua penduduk tempatan, memilih untuk mengaku bersalah, tetapi hakim itu menangguhkan hukuman selepas pihak pembelaan menamatkan kesnya.

Empat daripada sembilan tertuduh itu masing-masing didakwa dengan dua pertuduhan - melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas - tetapi hanya mengaku bersalah menjadi anggota kumpulan pengganas.

Pihak pembelaan menjalankan prosidingnya selama 24 hari mulai 25 Feb hingga 17 Mei dengan memanggil 20 saksi.
Selatan Thai Meletup Lagi

Selatan Thai Meletup Lagi

PATTANI, 25 Julai - Beberapa kejadian tembakan, letupan bom dan serangan khianat berlaku di empat wilayah bergolak di selatan Thai sejak lewat malam tadi, menyebabkan tiga mati dan seorang cedera.
Insiden keganasan itu berlaku beberapa jam sebelum Perdana Menteri, Jen. Prayuth Chan-o-chan melakukan lawatan sehari ke Narathiwat, salah sebuah wilayah bergolak di selatan Thai, hari ini.
"Dua lelaki ditemukan mati ditembak di daerah Mayo, Pattani pada 6 pagi tadi (waktu tempatan) dan polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif serangan," kata Ketua Polis Pattani, Mej. Jen. Thanongsak Wangsupa.
Kedua-dua mangsa yang ditembak di bahagian kepala daripada jarak dekat itu dikenali sebagai Abdul Rahman Dollah, 33, dan Matrudin Mollah, 24, katanya.
Perdana Menteri Thai itu dijadual melawat Narathiwat hari ini, untuk merasmikan pembukaan kilang getah selain mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai awam dan keselamatan.
Kawalan keselamatan di keempat-empat wilayah selatan Thai amat ketat sejak beberapa hari lepas, sempena lawatan Perdana Menteri Thailand ke Narathiwat.
Dalam kejadian pada 11 malam tadi pula, satu kejadian letupan bom dilaporkan berlaku di Bacho, Narathiwat yang terletak kira-kira 15km daripada kilang yang akan dilawati Prayut hari ini.
Menurut polis tempatan, letupan bom itu, bagaimanapun tidak mengakibatkan kematian atau kecederaan.
Sementara itu, jurucakap pegawai siasatan Polis Bahagian Ke-Sembilan berkata, seorang sukarelawan keselamatan tempatan maut manakala seorang ketua kampung cedera parah dalam kejadian tembakan di daerah Benan Setar, Yala pada 10 pagi tadi.
Kedua-dua mangsa ditembak daripada jarak dekat, katanya.
Dalam satu kejadian dipercayai serangan khianat pada 2 pagi tadi, dua bangunan menempatkan kedai runcit di Mukim Sabayoi di daerah Thepa, Songkla musnah dalam kebakaran. - BERNAMA

Google+ Followers