Rabu, 30 November 2016

."Jangan Panggil Saya 'Aunty', Panggil Liz" - Haliza Misbun

."Jangan Panggil Saya 'Aunty', Panggil Liz" - Haliza Misbun

PETALING JAYA: Pelakon Haliza Misbun memberitahu dia tidak membenarkan orang yang lebih muda termasuk anak-anak saudaranya memanggil dirinya sebagai kakak atau aunty.

Haliza, 43, berkata, perkara tersebut merupakan salah satu cara untuk dia berasa sentiasa muda dan memberi kesan positif terhadap dirinya.

"Jangan panggil saya kakak, panggil saya nama sahaja, Liz (Haliza), anak-anak saudara saya yang kecil-kecil semuanya saya minta mereka panggil Liz sahaja.

"Panggilan ini sebenarnya mempengaruhi kita punya psikologi dan ia benar-benar memberi kesan kepada diri saya untuk rasa positif dan sentiasa muda. Selain saya mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam," ujarnya kepada mStar Online.

Haliza ditemui pada sidang media drama adaptasi Selamat Malam Tan Sri arahan Raja Mukhriz di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Haliza berkata, perkara itu bukan kerana dia seperti ‘tidak sedar diri’ atau tidak menerima peningkatan usia.

Dalam perkembangan kerjaya, aktres itu berkata, selama dia menyepi dari bidang lakonan bukanlah disebabkan sudah tiada tawaran, sebaliknya dia kecewa dengan perkembangan industri.

"Bukan sebab tiada tawaran tetapi saya sedih dengan perkembangan industri yang meletakkan wanita berusia 40 tahun ke atas dengan watak kakak dan emak.

"Saya mahu mereka keluar daripada kepompong tersebut dan itu yang saya sedang perjuangkan sekarang. Lagi pula produksi sekarang banyak ragam.

"Saya hanya akan terima tawaran daripada rakan-rakan yang saya kenal dan tahu kerja mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang pasangan dan rumah tangga, Haliza berkata, dia tidak memikirkan soal itu sebagai sesuatu yang penting untuk tampil sempurna.

Katanya, dia hanya akan berumah tangga jika mempunyai sebab yang kukuh dan bukan kerana desakan mana-mana pihak.

"Ibu saya pun sudah malas untuk bertanya tentang kahwin kerana dia sendiri tahu jawapannya. Saya rasa diri saya sudah sempurna dan jika saya ingin berkahwin pun perlu ada sebab yang betul-betul kuat.

"Saya tidak perlu ada pasangan untuk rasa sempurna dan bergantung harap. Tapi itu bukan bermakna saya seorang yang menentang ikatan perkahwinan. Ia hanyalah pendapat," ujarnya.
   Khidmat Pramugari Senyuman Paling Menawan Di Dunia

Khidmat Pramugari Senyuman Paling Menawan Di Dunia

KUALA LUMPUR: Suasana Dewan Merdeka gamat apabila Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta beratur membeli minyak masak dalam paket 1 kilogram bagi memahami sendiri masalah yang dihadapi rakyat.

Lebih menghangatkan suasana apabila perwakilan Pemuda Umno Negeri Sembilan, Rizuan Ahmad turut mencadangkan supaya Najib menaiki bas henti-henti yang disediakan kerajaan.

Dua cadangan berkenaan disuarakan Rizuan susulan isu kos sara hidup yang dihadapi rakyat sejak kebelakangan ini, khususnya akibat kenaikan harga bahan api dan pemansuhan subsidi minyak masak.

Tegasnya, kerajaan sentiasa mahu rakyat memahami situasi ekonomi semasa, namun pada masa sama enggan mendalami isu sebenar yang dihadapi golongan berpendapatan rendah.

“Mungkin Datuk Seri Najib tak pernah berbaris beli minyak masak paket satu kg.

"Kenapa Datuk Seri asyik cerita supaya kita naik bas? Datuk Seri cubalah naik bas…yang naik tu semuanya orang Bangladesh,” katanya sambil disambut sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.

Beliau berucap pada sesi perbahasan Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno yang secara kebetulan turut dihadiri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Jelas Rizuan, isu utama yang harus ditangani kerajaan ialah bagi memastikan subsidi dan kemewahan negara tidak dinikmati rakyat asing.

“Kita terlepas pandang bahawa warga asing yang tak bayar cukai mendapat nikmat yang sama rata dengan penduduk kita.

“Tak ada ke (pemimpin) bijak pandai dalam kerajaan boleh berikan satu idea supaya hanya rakyat Malaysia dapat keistimewaan ini?” soalnya.
Video Jambatan Runtuh

Video Jambatan Runtuh




KUALA LUMPUR 30 Nov. - Seorang disahkan maut selepas sebuah jambatan konkrit yang dalam pembinaan di KL Eco City di Kampung Abdullah Hukum, Jalan Bangsar runtuh petang tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penguasa Kanan Bomba II Samsol Maarif Saibani ketika dihubungi Utusan Malaysia sebentar tadi.

“Lima mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kecederaan parah,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

27 premis makanan kotor diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Perlis

27 premis makanan kotor diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Perlis

KANGAR – Jabatan Kesihatan Perlis telah mengarahkan 27 premis makanan di negeri itu ditutup kerana melanggar Seksyen 11, Akta Makanan 1983 iaitu persekitaran yang kotor.

Pengarahnya, Dr. Zaini Hussin berkata, 27 premis itu merangkumi 2,250 premis makanan termasuk gerai dan restoran yang diperiksa pihaknya sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini.

“Walaupun bilangannya kecil namun, kami memandang serius perkara ini kerana melibatkan kesihatan manusia.

“Selain itu, premis makanan yang kotor boleh mendedahkan pelanggan dengan pelbagai penyakit seperti sakit perut dan cirit birit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.
– Kosmo
JAMBATAN BESI DALAM PEMBINAAN RUNTUH

JAMBATAN BESI DALAM PEMBINAAN RUNTUH

KUALA LUMPUR – Sebuah jambatan besi yang masih dalam pembinaan runtuh di Jalan Bangsar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.38 petang itu, sekurang-kurangnya lima pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di jambatan berkenaan terperangkap dalam sisa runtuhan.

Jurucakap bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sebelum tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Menurutnya, seramai 23 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hang Tuah dan Seputih dikerahkan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Seramai tiga mangsa berjaya dibawa keluar dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Anggota masih lagi berusaha untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang tersepit dalam runtuhan jambatan itu,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Difahamkan, jambatan besi yang masih dalam pembinaan itu merupakan laluan pejalan kaki bagi menghubungkan sistem transit aliran ringan (LRT) dengan sebuah pusat beli-belah di sini. – K! ONLINE
Mangsa Perpindahan Banjir Terengganu Meningkat

Mangsa Perpindahan Banjir Terengganu Meningkat

Kuala Terengganu: Jumlah mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan di Kemaman dan Kuala Terengganu meningkat kepada 329 orang pada jam 4.30 petang hari ini.

Kemaman mencatatkan jumlah teramai yang dipindahkan apabila 320 mangsanya daripada 77 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan.

Berdasarkan maklumat Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah mangsa yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasik meningkat kepada 281 orang berbanding 256 orang pada pagi tadi.

Jumlah mangsa di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong dan Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Titian Berayun pula masing-masing kekal seramai 34 dan lima orang mangsa.

Di Kuala Terengganu, seramai tujuh mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di SK Chendering dan dua orang lagi daripada satu keluarga dipindahkan ke SK Gong Tok Nasek.

-myMetro
Keangotaan Myanmar di ASEAN Harus Ditinjau

Keangotaan Myanmar di ASEAN Harus Ditinjau

Jakarta – Pemerintah Myanmar dituding melakukan pembersihan etnis minoritas muslim Rohingya. Seorang menteri senior Malaysia menyerukan agar keanggotaan Myanmar di ASEAN ditinjau ulang dikarenakan pembersihan etnis tersebut.

Menteri Pemuda dan Olahraga Malaysia, Khairy Jamaluddin mengatakan seperti dilansir kantor berita AFP, Rabu (30/11/2016), prinsip non-intervensi Asosiasi Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dalam urusan domestik negara-negara anggota, tidak berlaku untuk kekerasan yang menimpa warga Rohingya di Myanmar.

Militer Myanmar tengah melakukan operasi di negara bagian Rakhine dan akibatnya, ribuan warga Rohingya yang tinggal di Rakhine telah melarikan diri ke negara tetangga Bangladesh bulan ini. Warga Rohingya tersebut mengklaim para tentara Myanmar telah melakukan pemerkosaan, penyiksaan dan pembunuhan warga.

Namun pemerintah Myanmar membantah klaim yang disampaikan warga Rohingya. Disebutkan bahwa militer Myanmar tengah memburu para “teroris” yang berada di belakang serangan ke pos-pos polisi bulan lalu, yang menewaskan 9 polisi Myanmar.

“Untuk ASEAN, kami menuntut agar keanggotaan Myanmar di ASEAN ditinjau ulang,” ujar Khairy dalam pertemuan tahunan partai berkuasa Malaysia, United Malays National Organisation (UMNO).

“Prinsip non-intervensi tidak berlaku ketika terjadi pembersihan etnis berskala besar di sebuah negara anggota ASEAN,” imbuh menteri senior Malaysia itu.

“Mari kita angkat tangan kita untuk berdoa kepada Allah untuk pembebasan warga Rohingya dari ketidakadilan dan dari kehancuran,” imbuh Khairy.
(ita/ita)

(DetikNews)
Wanita Mahu Naik Taraf Jawatan

Wanita Mahu Naik Taraf Jawatan

KUALA LUMPUR: Perwakilan Wanita Umno Perak mencadangkan supaya ketua pergerakan itu dinaik taraf ke jawatan baharu iaitu Timbalan Presiden Umno II.

Ketua Wanita Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, sudah tiba masanya perubahan dilakukan pada Perlembagaan Umno bagi mencerminkan peranan penting wanita di dalam parti ini.

“Kita bukan nak tambah kerusi, cuma diubah sedikit. Sudah sampainya kita ubah perlembagaan parti, cermin peranan wanita dalam parti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi membahaskan usul pendidikan, agama dan sosial pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra, petang Rabu.

Menurut Dr Wan Norashikin, jawatan Ketua Wanita Umno sepatutnya berada pada kedudukan lebih tinggi daripada jawatan Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno.

Pada masa sama, beliau turut menggesa supaya kerajaan memperkenalkan mata pelajaran bahasa Mandarin bermula di sekolah rendah kebangsaan untuk membanteras masalah keruntuhan tamadun dalam kalangan masyarakat negara ini.

(mStar)
Bukan Pilihan Mudah Buat Puteri UMNO Semporna

Bukan Pilihan Mudah Buat Puteri UMNO Semporna

KUALA LUMPUR: Ketua Puteri Umno Bahagian Semporna, Zakiah Kalipunya mengakui bukan mudah baginya untuk memilih antara kesetiaan kepada Umno atau Datuk Seri Shafie Apdal.

Ini kerana katanya, Shafie bukan orang baru dalam politik, malah mempunyai nama yang besar bukan sahaja di peringkat nasional tetapi negeri dan juga Semporna.

Bagaimanapun beliau memilih untuk setia bersama Umno dan Barisan Nasional (BN) yang terus memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

“Saya sendiri di Puteri Umno Semporna terpaksa memilih antara Shafie dan Umno. Ia bukan satu pilihan yang mudah untuk saya.

“(Bagaimanapun) Ini adalah prinsip perjuangan, kepercayaan saya dan pembuktian kerja yang telah dilakukan Umno dan Barisan Nasional,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kesetiaannya di dalam Umno dibangkitkan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati dalam ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) dan bakal bersaing dengan Parti Warisan Sabah (PWS) yang diterajui Shafie, Zakiah berkata, pihaknya masih berusaha untuk meyakinkan pengundi-pengundi di Semporna bahawa Umno dan BN akan terus menjadi parti pembela rakyat.

Walaupun mengakui berlaku sedikit pengurangan ahli Puteri di bahagian itu, tetapi kata Zakiah, ia bukan halangan untuk Umno terus memperjuangkan dan meraih sokongan rakyat.

“Kita akan terus bekerja kuat bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional mendapat tempat di Semporna.

“Kita akan mendapat gerak kerja semasa. Saya percaya gerak kerja kali ini lebih baik berbanding sebelum ini. Yang pasti kita perlu bekerja lebih keras,” katanya.

Terdahulu, Mas Ermieyati sebak sewaktu membicarakan tentang kesetiaan Zakiah di saat kemelut politik yang berlaku di Semporna.

“Biar apapun yang berlaku, Ketua Puteri Umno Bahagian Semporna terus setia dengan parti, khususnya Puteri.

“Inilah contoh Puteri terbaik kita. Inilah bukti kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti. Inilah juga salah satu kekuatan asas yang mematangkan Umno kekal dalam sejarah sehingga kini,” kata Mas Ermieyati.

Jun lalu, Naib Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti susulan penggantungan keanggotaan Shafie dan tindakan sama kononnya turut diambil Zakiah.

Bagaimanapun, Zakiah menafikan dakwaan berkenaan, sebaliknya memilih untuk terus setia dalam Umno.
-mStar
KJ AJAK ‘SERANG’ PEMBANGKANG, TUN M BERMATI-MATIAN

KJ AJAK ‘SERANG’ PEMBANGKANG, TUN M BERMATI-MATIAN

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu jentera sayap parti itu lebih agresif ‘menyerang’ gerakan pembangkang yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tegas Khairy, sentimen rasa hormat untuk mengenang jasa bekas Presiden Umno itu harus dihapuskan kerana Dr Mahathir kini menjadi pengkhianat kepada perjuangan Umno.

“Jasa Tun akan sentiasa kami kenang, tetapi pengkhianatan Tun, pembelotan Tun, akan bermati-matian kami tentang.

“Tidak boleh ada walau sekelumit rasa simpati terhadap mereka yang satu ketika pernah bersama namun kini menyanggah perjuangan kita. Kita sedang berperang. Yang menentang, kita lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Rabu.

Selain Dr Mahathir, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dilabel sebagai musuh politik yang harus ditentang.

“Mereka yang pernah menjadi pemimpin kita, rakan kita satu ketika dahulu sudah jelas menentang kita. Dalam dunia politik, kita sudah berkerat rotan, berpatah arang dengan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz.

“Yang tidak ingin bersama Umno, sila keluar sekarang. Keluar dari barisan. Jangan jadi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, api dalam sekam. Jangan jadi dayus, jangan jadi bacul. Jangan sembunyi. Kalau tak suka, lawan depan-depan,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Rembau itu, jentera Pemuda Umno juga perlu berwaspada dengan gerakan politik tiga individu berkenaan menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Jelas Khairy, beliau difahamkan kini wujud cubaan untuk melemahkan Umno dari dalam parti.

“Kita sudah dengar cerita bahawa ada arahan dari pimpinan PPBM untuk ahli Umno yang sudah berpaling tadah dan mahu berhijrah kepada mereka untuk sorokkan dahulu pertukaran, sembunyikan dahulu pembelotan dan senyapkan dahulu pengkhianatan.

“Mereka hanya akan muncul untuk mengejutkan Umno dengan serangan hendap ketika semboyan kempen sudah berbunyi. Ketika itu sudah terlewat untuk kita bertindak dan jentera pilihan raya dilumpuhkan oleh sabotaj dalaman,” katanya.

(mStar)

Google+ Followers