Sabtu, 31 Disember 2016

Hasrat Satu Lawan Satu Dengan BN Tidak Tercapai

Hasrat Satu Lawan Satu Dengan BN Tidak Tercapai

Walaupun DAP,PKR PAN dan PPBM merancang bertanding satu lawan satu dengan UMNO-BN PRU 14 yang dijangka berlaku 4 atau 2 bulan sebelum berakhir 2017 ia belum menampakan kesepakatan 4 parti itu.

Jelas kelihatan 4 parti itu  memerlukan PAS sebagai pelaris bagi memperolehi undi Melayu.

PAS yang jelas kendor kearah UMNO tegang kearah parti dalam Pakatan Harapan masih kekal mahu menyertai pilihan raya dengan bertanding dikesemua kawasan yang ditandinginya pada PRU 13 dan tidak mustahil akan menambah beberapa kerusi baharu dikawasan yang dijangka menang.

Berkaitan hubungan baik dengan PKR tidak membimbangkan kedua-kedua pihak berikutan PAS dan PKR tidak bercadang untuk bertanding dikawasan yang ditandingi kedua-kedua parti itu.

Kelebihan kepada PKR
Sifir memperlihatkan kepada umum secara jelas PKR akan menerima kelebihan kirannya PAS tidak bertanding dikerusi yang ditandingi parti itu.

PKR yang menggunakan pedang dua mata akan menikmati kelebihan dengan PAS secara percuma kerana rakan-rakan parti dalam Pakatan Harapan lega apabila PKR masih lagi mampu mengaut undi Melayu terutamanya di Selangor.

Secara umumnya PKR memperolehi undi Melayu secara besar-besaran pada PRU 13 berikutan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

Dengan sebab itu DAP dan PAN tidak memaksa PKR memutuskan hubungan dengan PAS malah berharap parti presidenya Haji Hadi duduk bersama dalam Pakatan Harapan.

Aspek kekuatan PAS tidak pernah dinafikan oleh DAP malah PKR sendiri semasa pilihan raya dibantu jentera PAS.

Kesukaran bagi PKR
Melihat kesungguhan 4 parti untuk berunding dengan PAS agar dapat bersama menentang UMNO-BN memberi jawapan jelas kepada penggundi Melayu niat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN tidak mungkin tercapai pada pilihan raya ke-14.

DAP yang menguasai undi orang-orang Cina tidak bermasalah jika bertanding satu lawan satu.Namun sukar bagi PKR untuk mengekalkan kemenangan dikawasan yang dimenanginya pada PRU ke-13 berikutan PAS tidak bersama Pakatan Harapan.

Dijangka 15% Melayu ahli PAS di Selangor yang pernah undi PKR pada pilihan raya lepas akan memilih UMNO-BN berikutan kelembutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib membantu Kelantan menyelesaikan masalah air bersih serta pembinaan lebuh raya baharu jika PAS tidak bertanding lawan UMNO-BN,namun mustahil jika PAS masih belum bergabung.

Perancangan untuk membina lebih banyak PPRT di Kelantan oleh Persekutuan juga turut membuka mata banyak pihak.

PKR akan menerima  nasib malang walaupun masih bekerjasama dengan PAS berikutan rata-rata ahli PAS menolak Pakatan Harapan.

PAS tidak rugi jika tidak bertembung dengan PKR kerana PAS sudah ada Kelantan sebagai bukti kekuatan dan PKR masih lagi bergantung harap pada PAS dan DAP untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

Barisan Pakatan Harapan terutamanya PKR dan PAN sedar kekuatan PAS.Tanpa PAS sukar untuk memperolehi majoriti undi Melayu manakala DAP langsung tidak bimbang berikutan parti itu tidak popular dikalangan pengundi Melayu dan pengundi Cina masih menolak MCA dan Gerakan.

Dalam situasi Pakatan Harapan berusaha untuk satu lawan satu dengan UMNO-BN berlaku juga kebimbangan kerana PKR tersempit dan ada risiko hilang banyak kerusi yang telah dimenangi.

Bagi PAN dan PPBM yang masih mencari tunas kemenangan perlu meneliti kejayaan dan kegagalan PKR sama ada dapat meneruskan atau mengekalkan kemenangan lalu pada PRU ke-14 nanti.

Membayangi kesukaran yang telah dilalui PAN pada PRN Sarawak  PKR dan PPBM perlu beriktibar keatas kesukaran yang dilalui parti presidennya Mat Sabu.

PPBM perlu insaf
PPBM juga perlu insafi bahawa Dr Mahathir kini bukan lagi idola walaupun beliau di gelar negarawan berikutan beberapa dakwaan yang tidak diterima rakyat khasnya semua pengundi peringkat usia.

Kisah pemimpin PPBM yang memalukan juga sedikit sebanyak mengoyakkan keyakinan rakyat dan terkini kepercayaan rakyat terhadap PPBM terhakis berikutan keceluparan Dr Mahathir.

PPBM yang belum memancarkan cahaya obor dihati rakyat kini menunggu masa untuk mereput akibat wujudnya 3 puak dalam parti itu biarpun usia belum setahun jagung.

Puak Dr Mahathir,Puak Muhyiddin dan Puak Mukhriz ini masing-masing ada suis untuk letupkan kepincangan .

Dalam usaha 4 parti untuk menentang UMNO-BN satu lawan satu yang untung adalah DAP,yang tegap adalah PAS manakala UMNO-BN kekal memerintah.

PKR,DAP,PAN dan PPBM masih lagi kira untung rugi sekirany berlaku persetujuan untuk satu lawan satu berikutan PAS juga akan bertanding dengan DAP,PPBM,dan PAN.

 Bagi pengundi tidak mahu bergantung harap kepada parti yang tidak memberi laba kepada mereka berikutan kesedaran UMNO-BN yang banyak membantu.

Dalam keadaan Pakatan Harapan pening-pening lalat,UMNO-BN dan PAS terlepas dari beban keserabutan mabuk kuasa dan tidak mustahil dua parti Melayu terbesar itu akan membentuk kerjasama untuk mentadbir negara.

Dengan keadaan PPBM dan PAN tidak menentu DAP diyakini tidak banyak tergugak dan PKR akan terpadam obornya.

Oleh kerana itu,usaha untuk satu lawan satu tidak mungkin terjadi selagi PAS tidak sanggup jadi anak tangga bagi parti lain terutamanya DAP.

Sekiranya pendirian PAS kekal untuk tidak bersama Pakatan Harapan,hasrat untuk satu lawan satu seperti yang diharapkan  tidak akan tercapai.-Media Shah Alam

Khamis, 29 Disember 2016

2016: Tragedi Dalam Kesamaran Politik PAS

2016: Tragedi Dalam Kesamaran Politik PAS

DINAMIKA corak politik yang dimainkan PAS sepanjang 2016 menjadikan parti Islam itu berada pada kedudukan menang-menang, apabila ia menjadi sandaran demi survival politik pihak lain, sekali gus kekal relevan dalam politik arus perdana.

Bangkit daripada perpecahan dalaman yang berlaku pada tahun lalu, PAS menunjukkan percaturan kepimpinan ulama pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada pada tahap selesa.

Buktinya, selain parti serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (Amanah), tiga lagi parti politik yang bertunjangkan Melayu-Islam iaitu Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masing-masing cuba menumpang tuah PAS.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pada 28 November lalu mengakui bahawa hubungan tegang antara Umno-PAS kini semakin “kendur” termasuk di peringkat akar umbi.

Kata-kata Perdana Menteri itu jelas dilihat berdasarkan beberapa persefahaman yang dicapai kedua-dua musuh politik tradisi itu.

Paling ketara apabila tercipta sejarah baharu di mana buat kali pertama usul persendirian daripada wakil rakyat pembangkang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pada 24 November lalu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mencadangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355).

Rentetan itu Umno-PAS sekali lagi bergandingan apabila Najib dan Abdul Hadi berkongsi pentas buat kesekian kalinya dalam acara perhimpunan solidariti untuk Rohingya pada 4 Disember lalu.

Bagaimanapun Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff menyifatkan hubungan kedua-dua parti politik itu tidak akan berkesudahan baik dalam gelanggang pilihan raya.

Katanya, persefahaman yang dicapai Umno dan PAS adalah jelas iaitu hanya membabitkan perkara tertentu yang khusus tanpa melibatkan pegangan politik.

“Masing-masing ada penolakan dan kepentingan, tak mungkin BN atau Umno nak beri kerusi mereka kepada PAS?

“The most they can go ialah dengan bertanding sebagai blok ketiga iaitu mewujudkan saingan tiga penjuru dengan tujuan mengurangkan sokongan kepada komponen Pakatan Harapan,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Kamarul Zaman lagi selain Umno, PAS, turut diintai PPBM dan PKR sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.

“Ini adalah pencapaian terbaik PAS. Walaupun bergerak sendirian, tapi mereka sentiasa bijak meletakkan kedudukan supaya parti-parti lain sentiasa tertarik untuk mendekati PAS.

“Tapi pada masa sama, ia juga sebenarnya adalah satu tragedi dalam kesamaran yang dihadapi PAS. Kesamaran itu berlaku di peringkat akar umbi yang mungkin belum dapat membaca apa sebenarnya pendirian pemimpin atasan dalam PAS,” katanya.

Selain itu Kamarul Zaman turut meramalkan bahawa hubungan PAS dengan PKR yang selama ini dilihat 'tenang' juga mungkin tidak akan bertahan lama.

Kata beliau, usul Dewan Muslimat PAS yang diterima tanpa bahas ketika muktamar tahunan pada 1 Jun lalu bagi mengkaji tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR juga menjadi catatan penting pada 2016.

“Kita jangan lupa tragedi ini. Usul itu telah diserahkan kepada Majlis Syura Ulama untuk diperhalusi. Jadi saya jangka keputusan mengenainya bakal ditetapkan sekitar awal 2017.

“Ia pastinya bakal menjadi satu lagi game plan bagi PAS untuk berhadapan PRU-14 kerana dalam PKR sendiri wujud dua kumpulan yang salah satunya bergandingan dengan Amanah untuk menyerang PAS,” katanya.

Ujar beliau, tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ‘membelasah’ pemimpin dan ahli akar umbi PAS ketika hadir di Kota Bahru pada 24 Disember lalu boleh mengundang padah kepada parti yang diwakilinya itu.

“Ketika Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali cuba menjalin hubungan baik dengan PAS, Rafizi pula dengan lantang mengkritik PAS dan memuji-muji pimpinan Amanah.

“Keadaan ini dilihat tidak begitu baik kepada PKR sendiri untuk berhadapan PRU-14," katanya.

Apa yang pasti, tahun baharu 2017 pastinya menjanjikan senario politik yang menarik untuk dikaji terutamya ketika cakap-cakap kuat mengatakan bahawa bahang pilihan raya sudah semakin dekat.

Harus diingat, jika PAS memutuskan hubungan dengan PKR dek kerana sikap satu dua pimpinannya, maka ia secara tidak langsung lebih mendekatkan hubungan antara parti itu dengan Umno.

-mStar-Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
BR1M Tidak Harus Dieksploitasi

BR1M Tidak Harus Dieksploitasi

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak harus dieksploitasi oleh ahli politik yang tidak berpuas hati kerana akan memberi kesan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani berkata, perbuatan itu bukan sahaja menghina penerima BR1M, malah menggambarkan sifat negatif diamalkan pihak pembangkang terhadap usaha murni kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan BN tidak pilih kasih atau mengetepikan pihak tertentu apabila menjaga kebajikan rakyat.

“Semasa sidang Dewan Rakyat, ketika sesi soal jawab menteri, ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengajukan soalan dan saya telah menjelaskan bahawa daripada 7,280,340 penerima BR1M yang layak, Selangor adalah penerima BR1M tertinggi dengan jumlah 1,017,403,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata, ia sekali gus membuktikan kerajaan BN tidak melakukan diskriminasi terhadap golongan berpendapatan rendah, tidak kira di mana mereka tinggal atau siapa yang mereka undi.

Pada Ahad (25 Dis), bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.

Johari menjelaskan pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah bukanlah satu konsep asing dan telah diamalkan di banyak negara seluruh dunia.

“Malah, bantuan kewangan yang mensasar telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) sebagai salah satu kaedah utama jaringan keselamatan sosial untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata, bantuan itu menjadi sebahagian daripada sistem perlindungan sosial yang mantap bagi kebanyakan negara maju.

Pemberian makanan di Amerika Syarikat dan Dana Sosial di United Kingdom adalah beberapa contoh kejayaan program pemberian wang tunai kerajaan bagi menbantu golongan yang tidak berkemampuan, kata Johari.

“Kerajaan Thailand juga telah melaksanakan pemberian wang tunai sebagai cara untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan merangsang ekonomi negara,” katanya.

Sementara itu, Johari berkata Dr Mahathir sedia maklum bahawa bantuan kewangan untuk rakyat dalam bentuk BR1M pada asalnya dicadangkan dan dimasukkan dalam Bajet 2012 berdasarkan kesedaran kerajaan terhadap kesan kenaikan kos sara hidup rakyat terutama golongan miskin bandar.

Katanya, idea asal itu dicetuskan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz semasa taklimat Bajet 2012 sebagai idea berkesan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dalam mengatasi kesan kenaikan kos sara hidup.

Menerusi BR1M, Johari berkata golongan berpendapatan rendah mendapat kebaikan melalui peningkatan pendapatan boleh guna dan kuasa beli yang lebih tinggi terhadap barangan keperluan.

“Melalui program BR1M secara tidak langsung menggalakkan pertumbuhan penggunaan barangan industri, yang kebanyakannya adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan peningkatan penggunaan terhadap ekonomi domestik,” kata beliau.

Menurut Johari, BR1M juga perlu diteruskan untuk menampung kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi terhadap golongan berpendapatan rendah. – BERNAMA
Dihukum Mati Tembak Pengawal

Dihukum Mati Tembak Pengawal

TAIPING, 29 Dis: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman mati terhadap dua lelaki selepas mereka didapati bersalah melakukan rompakan dan menembak mati seorang pengawal keselamatan, empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan mempunyai bukti kukuh terhadap kesalahan dilakukan Mohd Hafizuddin Zainal Abidin, 29, dan Cheah Cheong Tatt, 27.

Kedua-dua tertuduh yang masing-masing memakai kemeja T berwarna merah dan putih kelihatan tenang semasa mendengar hukuman itu.

Mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan pasaraya Giant, Jalan Tekkah, Aulong, di antara 2 petang hingga 3.25 petang pada 18 Sept 2012.

Mohd Hafizuddin yang semasa kejadian bertugas sebagai pengawal keselamatan syarikat Safeguards G4S Sdn Bhd didapati melakukan kesalahan berjadual iaitu merompak wang tunai berjumlah RM1.2 juta milik majikannya dan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kematian rakan setugas Hasnul Hafis Saad, 28.

Kejadian berlaku ketika Mohd Hafizuddin dan mangsa dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Sementara Cheah didapati bersalah bertindak sebagai rakan sejenayah kepada Mohd Hafizuddin.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mangsa ditemukan mati di tempat duduk pemandu dengan empat kesan tembakan di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri dalam kejadian berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azrul Faidz Abd Razak, manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Ang Chun Pun.

— Bernama
Bagan Datoh Ditukar Kepada Bagan Datuk

Bagan Datoh Ditukar Kepada Bagan Datuk

Ipoh: Kerajaan negeri Perak menukar ejaan nama daerah Bagan Datoh kepada Bagan Datuk sejajar dengan statusnya sebagai daerah baru di Perak.

Keputusan itu dibuat dalam sidang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Perak, Bilangan 1879 pada 22 November lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan ketika dihubungi hari ini, mengesahkan pertukaran ejaan nama itu yang sejajar statusnya sebagai daerah ke-12 di Perak.

Keputusan itu turut diumumkan melalui surat pemakluman pertukaran nama berkenaan yang diedarkan kepada semua EXCO, Ahli Dewan Negeri, Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ketua Eksekutif Badan-Badan Berkanun dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan.

Surat dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 22 Disember lalu itu ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Abu Bakar Said, bagi pihak Abdul Puhat yang meminta penggunaan ejaan baru berkenaan digunapakai dalam urusan jabatan dan agensi masing-masing.

Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dijangka berkenan berangkat ke Bagan Datuk pada 9 Januari ini, bagi mengisytiharkan daerah itu sebagai daerah baru.

(myMetro)
Wang Penajaan Umrah RM14.2 Juta Masuk Akaun Anak Syarikat

Wang Penajaan Umrah RM14.2 Juta Masuk Akaun Anak Syarikat

 Datuk Rosli Ab. Rahman
KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Sejumlah RM14.2 juta wang direkodkan dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Bakti Negeri Terengganu (YBNT) berhubung kes penajaan umrah membabitkan guru-guru di negeri ini sepanjang tempoh Jun hingga Oktober lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Rosli Ab. Rahman, wang berkenaan dikesan dimasukkan ke dalam salah satu daripada tujuh anak syarikat berdaftar kepunyaan yayasan berkenaan.

“Berdasarkan jumlah itu, kita jangkakan penajaan umrah ini melibatkan lebih kurang 4,800 peserta.
“Bagaimanapun duit itu telah dikeluarkan dengan menggunakan beberapa keping cek dan secara tunai, jadi polis akan membuat siasatan lanjut di mana wang berkenaan telah dibelanjakan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Rosli dalam pada itu tidak menolak kemungkinan duit berkenaan digunakan untuk tujuan pelaburan.
Sementara itu, katanya, polis akan turut memanggil Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk membantu siasatan.

Isnin lalu, seorang pengarah dan seorang akauntan YBNT yang masing-masing berusia 28 tahun ditahan di pejabat mereka di Besut.

Polis telah mendapatkan perintah tahanan reman selama empat hari berakhir esok daripada mahkamah majistret di sini bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE
Percaturan Pembangkang Tidak Selesai Perebutan Kerusi

Percaturan Pembangkang Tidak Selesai Perebutan Kerusi

Sehari sebelum MahkamahPersekutuan menolak permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan dan hukuman kes liwat dihadapinya, Pakatan Harapan (PH) yang dibarisi PKR, DAP dan Parti Amanah Negara bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) menandatangani perjanjian bersama, kerangka kerjasama antara kedua pihak.

Perjanjian meminggirkan PAS yang dimeterai pada 13 Disember itu, dilihat antara usaha pembangkang untuk mewujudkan persepsi dalam kalangan rakyat berhubung kerjasama dan kesatuan dicapai mereka dalam usaha menyaingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, perjanjian itu memberi gambaran jelas berhubung kepentingan PAS dalam menumbangkan kerajaan BN yang memiliki mandat sehingga Jun 2018 apabila empat parti itu bersedia berunding dengan parti yang belum berada di dalam perjanjian untuk memastikan seboleh mungkin satu calon saja yang akan mewakili pembangkang.

Undang pelbagai tanggapan
Penegasan berulang kali dalam isu kerjasama dengan DAP dan Parti Amanah Negara itu mengundang pelbagai tanggapan dan pandangan rakyat sehingga wujud cubaan mengaitkan isu penyatuan dan kerjasama antara PAS dan UMNO.

Pada masa sama PPBM khususnya presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menyimpan hasrat untuk melihat PAS berada dalam gabungan pakatan pembangkang demi meraih sokongan pengundi Melayu, sekali gus menggambarkan kepentingan PAS dalam memperkukuhkan kekuatan pembangkang menghadapi PRU-14.

Pada PRU-13, pakatan pembangkang yang menggabungkan PAS,PKR dan DAP berjaya memenangj 89 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen, menafikan BN majoriti dua pertiga Parlimen yang dicatatkan pada PRU sebelumnya.

Persoalannya, mampukah PH yang ditubuhkan pada 22 September tahun lalu dengan keijasama parti serpihan UMNO mengulangi kejayaan pada PRU-14 ketika PAS berpatah arang, berkerat rotan dengan DAP dan Parti Amanah
Negara?.

Menerusi portal rasmi DAP, Roketkini.com, parti itu menyalahkan PAS yang didakwa enggan bertolak ansur dalam isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan walaupun jelas DAP mendakwa ia dimanipulasi oleh UMNO.

DAP juga mendakwa PAS beberapa kali melanggar dasar bersama sejak PRU-13 dan apabila dikritik, pimpinan PAS menuduh DAP sebagai angkuh.

Sewajarnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada Mei lalu memberi cukup pengajaran kepada pembangkang yang berdepan isu pertelagahan prinsip dan perebutan kerusi apabila hanya 10 daripada 80 kerusi yang ditandingi berjaya ditawan iaitu tiga milik PKR dan bakinya dimenangi DAP, manakala semua calon PAS dan Parti Amanah Negara tewas termasuk ada yang hilang deposit.

Gagal capai kata sepakat
Kegagalan mencapai kata sepakat dalam pengagihan kerusi di Sarawak menjadi bukti bahawa pakatan pembangkang berada dalam keadaan yang meragukan rakyat untuk diberikan kepercayaan melalui peti undi.

Bagaimanapun, kekalahan teruk itu tidak dijadikan iktibar untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar berikutan tindakan Parti Amanah Negara yang nekad memecah undi pembangkang apabila meletakkan calon di kedua-dua kerusi yang tradisinya milik PAS.Hasilnya, calon BN di dua kerusi itu berjaya meraih kemenangan besar.

Tanpa penyertaan PAS, konsep satu lawan satu yang dilaungkan pembangkang bagi menghadapi PRU-14 pastinya tidak dapat direalisasikan walaupun pada awalnya parti siasah itu turut bersetuju dengan formula penyelesaian berkenaan.

'Jatuh ditimpa tangga'
Keadaan pembangkang ketika ini boleh diibaratkan 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Anwar menyaksikan Ketua Umum PKR itu hanya boleh bertanding pada PRU selepas 2023,iaitu lima tahun selepas menjalani hukuman yang dikenakanterhadapnya.

Ini bermakna, hajat pembangkang untuk melihat Anwar memegang jawatan Perdana Menteri selepas PRU-14 tidak kesampaian sehingga timbul konflik selepas perjanjian bersama, kerangka kerjasama antara PH dan PPBM dimeterai apabila sebahagian besar penyokong kedua-dua pihak mula mempersoalkan siapa bakal Perdana Menteri jika BN berjaya ditumbangkan.

Jika penyokong PH mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri,sudah pasti penyokong PPBM mahu Muhyiddin memegang tampuk kuasa sehingga timbul cadangan daripada Penasihat DAP,Lim Kit Siang supaya Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Muhyiddin masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan jika pembangkang memenangi PRU-14.

Percaturan politik Kit Siang yang diakui dibuat tanpa konsensus PH itu membuktikan dakwaan bahawa DAP adalah ketua de facto pakatan, sekali gus meletakkan parti itu sebagai mastermind bagi penentuan jawatan dalam barisan kepemimpinan pembangkang.
Negara Bankrap Tambah Subsidi Haji RM40 Juta

Negara Bankrap Tambah Subsidi Haji RM40 Juta


Malaysia dituduh akan bankrap dibawah pimpinan Datuk Seri Najib oleh pemimpin pembangkang berkepentingan pribadi dan parti telah menambah subsidi haji RM40 juta.

Pada tahun lalu tuduhan negara bankrap bertalu-talu dipentas pembangkang tetapi kerajaan pimpinan Najib tetap juga tanggung subsidi haji RM160 juta.

Penambahan subsidi RM40 juta berikutan peningkatan kos menunaikan haji RM19,550 seorang pada tahun hadapan.
Walaupun peningkatan kadar bayaran haji berlaku saban tahun mereka yang menunaikan haji melalui tabung haji tidak perlu bayar RM19,550 pada tahun hadapan sebaliknya kekal pada kadar RM9,980 sejak 2009.

Lihat penerangan berkaitan -Tambah Subsidi Haji RM40 Juta


Subsidi jemaah Haji RM200 juta tahun depan merupakan usaha kerajaan untuk memelihara dan terus menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia.

Secara hakikinya,penambahan sebanyak RM40 juta subsidi haji untuk membantu umat Islam negara ini menunaikan rukun Islam ke lima.
Harap-harap pemimpin pembangkang yang terlebih ilmu agama tidak menuduh subsidi haji sebagai rasuah kepada rakyat.-Hot Kelate
RM40 Juta Tambah Subsidi Haji Tahun Depan

RM40 Juta Tambah Subsidi Haji Tahun Depan


Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menanggung kos subsidi jemaah haji sebanyak RM200 juta pada tahun depan berbanding RM160 juta tahun ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menyifatkan kos tanggungan itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memelihara dan terus menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia, selain membantu umat Islam menyempurnakan Rukun Islam yang kelima itu.

"Meskipun kos pengurusan haji meningkat saban tahun, sepertimana pada tahun hadapan yang meningkat kepada RMl9,550 seorang, kadar bayaran haji buat jemaah tidak berubah sejak 2009,masih kekal RM9,980 seorang.

Subsidi buat jemaah"Malah, lebih daripada itu, Tabung Haji turut memberikan subsidi
buat jemaah haji bagi membantu memudahkan lagi urusan mereka dalam menyempurnakan ibadah haji yang mabrur," katanya dalam catatan terbaru di laman blog rasmi beliau,najibrazak.com, semalam.

Menurutnya, urusan jemaah haji jugajauh lebih mudah dan ringkas melalui Tabung Haji, yang memberikan ruang buat umat Islam menyimpan wang secara beransur-ansur untuk melengkapkan perbelanjaan ke Tanah Suci.

Najib berkata, Tabung Haji turut berperanan mengatur dan menguruskan pemergian jemaah haji ke Makkah, selain memastikan keselamatan, keselesaan dan kebajikan mereka terpelihara ketika menunaikan fardu haji.

"Menunaikan haji adalah sebahagian daripada Rukun Islam dan kerajaan amat prihatin dan sedar bahawa umat Islam di Malaysia menyimpan hasrat mengunjungi tanah suci sebagai tetamu Allah SWT suatu hari nanti.

"Dahulu, umat Islam di Malaysia terpaksa menyimpan berpuluh tahun lamanya, ada yang terpaksa menjual barangan kemas, harta benda dan haiwan ternakan untuk menziarah tanah suci Makkah,"katanya.

-Bernama
Tidak Tahu Suami Maut Ditanduk Kerbau

Tidak Tahu Suami Maut Ditanduk Kerbau

ISTERI hanya mengetahuikejadian menimpa Mat Usop Che Ya, selepas dihubungi jiran, dekat sini.

Fatimah Ibrahim, 57, berkata, pagi sebelum kejadian, arwah suaminya itu hanya memaklumkan mahu mencari rumput.

Menurutnya tidak ada petanda arwah mahu mengambil kerbau berkenaan.

"Sebab itulah saya pelik masa jiran hubungi beritahu saya, arwah terjatuh di bendang.
Mereka tak beritahu saya arwah diserang kerbaunya sendiri.

Baca Bagaimana Mangsa Ditanduk Kerbau-Lelaki Maut Ditanduk Kerbau


"Tiba di tempat kejadian,saya lihat kepalanya dipenuhi darah dan lehernya berlubang hampir dua inci," katanya.

Fatimah berkata, sebelum ini dia sering menyarankan agar suaminya menjual atau menyembelih kerbau berkenaan.

Ini kerana katanya, kerbau berkenaan yang baru melahirkan anak tiga bulanlalu, sering bertindak agresif dan menyerang sesiapa sahaja yang mendekatinya.

Jelasnya, ia adalah kejadian pertama berlaku sepanjang 30 tahun suaminya menternak kerbau.

"Suami ada lebih 20 kerbau,tapi tak ada yang suka mengamuk macam kerbau betinani, sebab itulah saya selalu merungut supaya dia menjualnya.

"Tak sangka pula, kerbau itu jugalah yang menyebabkan suami saya cedera dan meninggal dunia," katanya.

Sinar Harian 29-12-2016 Ms 6
Laki-laki Maut Ditanduk Kerbau Peliharaannya

Laki-laki Maut Ditanduk Kerbau Peliharaannya

RANTAU PANJANG -Seorang warga emas maut selepas ditanduk kerbau betina peliharaannya di Kampung Kubang Pak Itam,Meranti, jam 3 petang kelmarin.

Saksi, Jusoh Lah, 65, berkata, mangsa yang juga rakannya, Mat Usop Che Ya, 65, ditanduk hampir 10 kali ketika cuba mengalihkan kerbau berkenaan ke kawasan lain.

Menurut Jusoh, disebabkan haiwan itu sering mengamuk dan cuba menyerang penduduk kampung, arwah berhajat menjualnya kepada penternak lain.

"Masa nak dekati kerbau tersebut, kami dah nampak ia nak mengamuk dan saya undur ke belakang, tapi arwah tiba-tiba menerpa ke arah kerbau. Masa itulah dia ditanduk.

"Kerbau itu terus serang Allahyarham walaupun dia rebah hingga tidak berdaya bangun lagi.

"Saya terus panjat pokok dekat situ. Saya dengar rintihan arwah, 'Pok Soh, tolong aku Pok Soh', tapi saya terlalu takut kerana kerbau tu dah tanduk arwah sampai lehernya berlubangl' katanya.

Jusoh berkata, ker-bau berkenaan menyerang Allahyarham hampir 30 minit dan dia yakin ketika itu, Mat
Usop tidak dapat diselamatkan lagi.

Menurutnya, walaupun sahabatnya itu telah meninggal dunia, haiwan berkenaan enggan berganjak daripada
mayat, menyebabkan usaha mengalihkan mayat tidak dapat dilakukan.

Bagaimanapun, selepas mendapati kerbau itu semakin tenang, dia terus menjerit kearah penduduk supaya mereka
mengalihkan pandangan haiwan berkenaan, sebelum seterusnya menjerutnya menggunakan tali.

Jusoh berkata, dengan bantuan penduduk kampung,kerbau berkenaan berjaya di tangkap dan dimasukkan kekandang.
Bagaimanapun katanya,selepas berjaya mendapatkan mayat Allahyarham, usaha membawa ke Hospital Pasir
Mas pula sukar dilakukan kerana laluan ke tempat kejadian ditutup untuk kenderaan ringan akibat limpahan banjir sedalam setengah meter.

Ini memaksa pihak polis menggunakan jalan alternatif lain yang agak jauh kerana jika menggunakan laluan biasa, mereka mungkin terpaksa menggunakan perahu.

"Pagi itu, masa ke bendang kami naik perahu kerana air agak dalam. Kalau nak guna jalan lain pula, jauh sangat.
"Masa dalam perahu, arwah tak cakap apa-apa. Sayajuga pelik, kerana sebelum inidia tidak pernah menyuarakan hasrat untuk menjual ternakannya itu," katanya.
-Sinar Harian 29-12-2016 Ms 6

Rabu, 28 Disember 2016

Polis Perketat Kawalan Sempena Visit Beautiful Terengganu 2017

Polis Perketat Kawalan Sempena Visit Beautiful Terengganu 2017

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis Kontinjen Terengganu mempertingkatkan kawalan keselamatan dan rondaan, bagi menjamin keselamatan pelancong sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 (VBT2017).

Ketua JPKK, Asisten Komisioner Redzuan Abd Hamid, berkata kawalan keselamatan itu membabitkan Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URV) dan Unit Pelancongan.

“Semua unit ini akan ditempatkan di seluruh negeri di bawah seliaan seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan 17 anggota di bawah unit URV.

“Mereka akan membuat pemantauan sepanjang masa di kawasan tumpuan pelancong dan beberapa lokasi awam lain yang sudah ditetapkan,” katanya ditemui selepas program ‘Mereka Tetap Ceria Ke Sekolah’ anjuran syarikat perkhidmatan dan percetakan, Mextec Corporation (M) Sdn Bhd (MEXTEC), di pasar raya besar Mydin, di sini, hari ini.

Seramai 30 anak yatim dan asnaf dari daerah Dungun dibawa ke pasar raya besar itu untuk membeli pakaian dan kelengkapan persekolahan, yang disumbangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), MEXTEC dan Mydin.

Redzuan berkata, kes jenayah membabitkan pelancong asing di negeri ini tidak membimbangkan dan masih terkawal.
“Tidak dinafikan ada berlaku jenayah membabitkan pelancong, tetapi kes seumpamanya tidak banyak kerana kita mempunyai unit khas yang sentiasa menjalankan pemantauan.

“Melalui unit yang akan mempertingkatkan kawalan dan pemantauan sepanjang 2017, mereka bukan saja ditugaskan untuk menjaga keamanan dan keselamatan orang awam, tetapi juga membantu memberikan maklumat kepada pelancong,” katanya.

-Berita Harian


Derma Lebuhraya Rakyat Bina Jambatan

Derma Lebuhraya Rakyat Bina Jambatan


KOTA BHARU: Orang ramai yang menyumbang bagi membina projek Lebuh Raya Rakyat (LRR) tidak perlu bimbang, derma mereka kini digunakan bagi menyiapkan pembinaan sebuah jambatan di laluan itu.

Sehingga sekarang sebanyak RM3 juta diderma pelbagai pihak untuk tabung projek LLR. Pembinaannya sepanjang 10 kilometer dari Bukit Tiu ke Kampung Berangan Mek Nab di Machang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata dana itu digunakan untuk membina sebuah jambatan.

Katanya, sekarang pembinaan LLR tersebut hampir 20 peratus siap.

“Projek berkenaan yang melibatkan kos kira-kira RM320 juta berjalan lancar di mana kerja-kerja berkaitan tanah sudah selesai dijalankan.

"Kini pembinaan sebuah jambatan di laluan berkenaan sedang dijalankan,” katanya di sini.

Pada peringkat awal kerajaan negeri merancang membina LLR dari Bukit Tiu, Machang sehingga Dusun Damar, Kuala Krai sejauh 30.5 kilometer.

Projek itu bakal disambung dengan projek lebuh raya Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok sejauh tujuh kilometer yang sedang dibina kerajaan Persekutuan.

Hanifa juga berkata projek berkenaan dimajukan syarikat Teguh Kualiti Sdn Bhd itu dijangka siap pada Mac 2018. – HARAKAHDAILY 28/12/2016
"Katak"Pertahan Mahathir

"Katak"Pertahan Mahathir

Dari Umno ke PKR,Dari PKR ke Umno,dari Umno ke PPBM adalah prinsip seorang yang berprinsip katak,tapi masih lagi mengatakan dirinya ada prinsip.

Keikhlasan Mantan Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor yang dibawa masuk kembali kedalam Umno sebelum keluar menyertai PPBM diragui banyak pihak sejak dari awal selepas kecewa dengan parti anak beranak Anwar Ibrahim.

Orang yang berprinsip dalam perjuangan sentiasa teguh dengan pegangannya tanpa rasa ragu dalam apa jua keadaan.Sekiranya lompat sana,lompat sini itu prinsip katak dan tidak hairanlah beliau digelar "Katak"yang suka lompat masuk kedalam bermacam jenis kotak.

Ezam pernah berkata,Saya konsisten dengan perjuangan membenteras rasuah,namun beliau sendiri digelar manusia yang sarat dengan masalah korupsi, tidak amanah, hipokrit dan langsung tidak boleh dipercayai,seperti kata rakan seperjuangannya semasa dalam PKR yang sama-sama ditahan di Kamunting.

Kini Ezam cuba jadi kereta kebal PPBM setelah Dr Mahathir diserang bertubi-bertubi diatas pembohongan yang layak dikategori sebagai fitnah kerana benci kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir yang semakin meroyan mendakwa BR1M merupakan satu bentuk rasuah dan dengan itu salah di sisi undang-undang atau satu jenayah telah mendapat kritikan rakyat terutamanya penerima BR1M.

Menyedari kenyataan Dr Mahatir itu tidak memberi lonjakan kepada PPBM,Ezam tampil membela mantan Perdana Menteri selama 22 tahun dengan mengambil kira ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno 2016 yang disampaikan oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan pemberian BR1M fasa tiga dan akhir diberikan melalui Umno bahagian.

Ezam melihat usaha memberi BR1M kepada penerima melalui Umno Bahagian ada elemen rasuah kerana Umno berkepentingan sebagai parti yang meraih undi.

Sebagai orang berpengalaman dalam politik pastinya Ezam tahu berapa banyak goodies telah disampaikan oleh wakil rakyat PKR,PAS,DAP pada musim pilihanraya,dan sekiranya cara itu dapat mempengaruhi undi pastinya pembangkang sudah lama dapat memerintah Malaysia.

Pemberian BR1M melalui Umno bahagian bukan bertujuan memaksa penerima memberi undi kepada Barisan Nasional sebaliknya lebih kepada mengerat hubungan sesama manusia.

Apakah setiap pemberian yang disampaikan oleh pemimpin pembangkang kepada marhaen dimasukan melalui akaun bank?
Jika benar Ezam berperinsip,dia tidak akan jaja dipentas ceramah berkaitan enam kotak dokumen rasuah yang tidak pernah wujud sehingga kehari ini.

Prinsip Ezam bukanlah prinsip yang dipegang seorang pejuang sebaliknya beliau mengamalkan prinsip katak.

Duit yang Azmin Ali bagi untuk beli komputer Ibu Pejabat Pemuda Keadilan masih ada lagi tak?
Siapa terpaksa membayar Bil Maxis lebih RM30,000 kerana bersembang dengan buah hati ketika berada di Kota London tahun 2001?

Sebagai seorang yang dilihat serba tahu,pastinya Ezam tahu siapa yang kebas duit yang Azmin Ali bagi,pasti juga tahu siapa yang terpaksa bayar bil Maxis RM30,000?.

Hakikatnya, Ezam sendiri masih rapuh untuk mempertahankan Dr Mahathir kerana beliau sendiri juga penuh dengan lendir-lendir longkang.-Hot Kelate
Jamal serang pejabat daerah dan tanah

Jamal serang pejabat daerah dan tanah

SABAK BERNAM 28 Dis. - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hadir ke Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam bagi menuntut penjelasan berhubung status tanah yang diragui di sekitar daerah ini.
Beliau tiba kira-kira pukul 10.30 pagi tadi bersama beberapa penyokongnya.
Jamal mendakwa, terdapat tapak tanah yang diduduki dan dibangunkan tanpa kebenaran dan lesen sah. - UTUSAN ONLINE

Puteri Leia Star Wars meninggal dunia

Puteri Leia Star Wars meninggal dunia

LOS ANGELES 28 Dis. - Aktres Hollywood Carrie Fisher, yang melakonkan watak Princess Leia dalam siri filem "Star Wars" dilaporkan meninggal dunia hari ini.
"Billie Lourd dengan sedih mengesahkan bahawa ibunya tercinta Carrie Fisher meninggal dunia pada 8:55 pagi ini (waktu tempatan)," kata anak perempuannya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap keluarga, Simon Halls. "Dia disayangi oleh seluruh dunia, dan dia akan dirindui."
Fisher meninggal pada usia 60 tahun.
Rakan Fisher dan bintang Star Wars Mark Hamill berkata dalam tweet: "Tiada kata #Devastated."
Fisher mengalami serangan jantung semasa dalam penerbangan dari London ke Los Angeles pada hari Jumaat lalu.
Beliau diperiksa oleh paramedik dan dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA Ronald Reagan.
- Reuters

Selasa, 27 Disember 2016

Pemandu Lori Ditahan Sebabkan Kemalangan Maut

Pemandu Lori Ditahan Sebabkan Kemalangan Maut

Johor Bahru: Seorang pemandu lori ditahan kerana mengakibatkan kematian penunggang motosikal ketika membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan di Taman Adda Heights di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Bahru Selatan Superintendan M Kumar berkata dalam kejadian 6.15 pagi itu, lori muatan ayam beku berkenaan datang dari Taman Adda Heights menghala Taman Daya, berhenti di satu simpang untuk membuat pusingan U apabila dilanggar dari belakang oleh penunggang motosikal terbabit.

“Siasatan mendapati pemandu lori berkenaan cuai kerana membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan sehingga menyebabkan kemalangan maut, penunggang motosikal berusia 16 tahun itu pula tidak mempunyai lesen yang sah,” katanya dalam di sini, hari ini.

Kumar berkata, penunggang motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sabit kesalahan boleh dipenjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 selain lesen memandu digantung.

(myMetro)
BR1M Bukan Rasuah-Khalid Samad

BR1M Bukan Rasuah-Khalid Samad

PETALING JAYA: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukanrasuah kerana ia menjadi hak rakyat yang layak untuk menerimanya.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad, berkata BR1M hanya boleh dikategorikan rasuah jika mereka berpendapat bantuan itu mewajibkan mereka mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU).

“Kalau mereka (rakyat yang terima BR1M) undi BN pada PRU kerana insentif, baru ia boleh dikategorikan sebagai rasuah.

“Pada masa sama, rakyat perlu memilih kerajaan yang ada dasar ekonomi yang lebih mampan, dapat menyelesaikan ekonomi rakyat dan negara. Jangan anggap BR1M ‘mengikat kamu’… kalau kamu (rakyat yang terimanya) ada idea itu, ia dianggap sebagai rasuah,” katanya pada sidang media ‘Rohingya’, di sini, hari ini.

Khalid mengulas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya program bantuan itu sebagai rasuah, malah bercanggah dengan undang-undang.

Sementara itu, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang turut hadir pada sidang media itu, menyifatkan usaha Malaysia bersama negara ASEAN lain untuk menghentikan penghapusan etnik Rohingya di Myanmar sebagai lebih jelas dan tegas.

“Pada masa sama, pihak terbabit perlu meningkatkan bantuan kemanusiaan, selain ditangani dengan nilai dan semangat sama.

“Segala konflik perlu dielakkan. Langkah yang mahu diambil harus mempunyai matlamat keamanan sejagat,” katanya.
-Berita Harian
DAIM, TOBLERONE GUNA BAHAN SESUAI UNTUK ORANG ISLAM

DAIM, TOBLERONE GUNA BAHAN SESUAI UNTUK ORANG ISLAM

KUALA LUMPUR: Coklat Daim dan Toblerone menggunakan bahan yang sesuai dan selamat dimakan oleh orang Islam.

Pengeluar coklat itu, Mondelez International, berkata kedua-dua produk itu memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia walaupun dihasilkan di negara yang tidak memerlukan pensijilan halal.

Katanya, syarikat itu akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pihak berkuasa lain di negara ini bagi memastikan produknya memenuhi keperluan pengguna Malaysia.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan sama ada Mondelez International akan memohon sijil halal bagi kedua-dua produk coklat terbabit.

“JAKIM juga menjelaskan produk makanan yang tidak memiliki sijil halal tidak boleh dianggap tidak halal atau haram.

“Semua maklumat mengenai bahan untuk menghasilkan coklat Toblerone dan Daim tertera pada pek bungkusan. Pengguna boleh merujuk padanya,” kata kenyataan itu, hari ini.

Jumaat lalu, Bahagian Hab Halal JAKIM mengesahkan coklat Daim dan Toblerone tidak mempunyai cop pengesahan halal daripada badan itu atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf.

-Berita Harian
Pemimpin PPBM Semakin Meroyan

Pemimpin PPBM Semakin Meroyan


Bekas Perdana Menteri itu bertambah meroyan setelah gagal menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Meroyan Dr Mahathir kini menjadi bahan lawak netizen "Parti bunga bila nak report sprm ke atas penerima BR1M? depa ambil rasuah tu."kata seorang pengguna Facebook.

Bila seorang negarawan yang juga pencetus PPBM disindir malah setiap kata-katanya dijadikan bahan jenaka oleh netizen ia satu pertunjuk jelas Dr Mahathir bukan lagi idola anak muda.

Rakyat tidak perlu melayan kenyatan separuh masak Dr Mahathir berikutan tujuan utamanya hanya untuk menjatuhkan Najib.

Dr Mahathir ibarat seorang penghibur yang tidak laku dimata peminat sehingga terpaksa mencipta perhatian bagi mencari publisiti murahan.

Sebelum ini Dr Mahathir menuduh kerajaan pimpinan Najib menjual negara ini kepada China berikutan kejayaan mendapat pelaburan bernilai RM143 bilion.Namun peratusan besar rakyat masih lagi rasional dan tidak terpengaruh dengan dakyah itu kecuali sebahagian pentaksub pembangkang.

Kebelangkangan ini Dr Mahathir kelihatan tandus idea sehingga menyerang Najib secara membuta tuli tanpa fakta malah lebih kepada auta.

Sungguh malang bagi ahli dan penyokong PPBM kerana Dr Mahathir yang diharap dapat mengulingkan Najib semakin haru biru pemikirannya.


Indeks Jenayah Ipoh Menurun

Indeks Jenayah Ipoh Menurun

IPOH 27 Dis. - Kadar indeks jenayah di daerah Ipoh bagi tempoh Januari hingga November tahun ini mencatatkan penurunan kepada 1,957 kes berbanding 2,182 bagi tempoh sama tahun lepas.
Indeks jenayah Ipoh menurun

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata, daripada semua kes itu, polis berjaya menyelesaikan kira-kira 47.52 peratus kes setakat ini.

"Jangan mudah bersikap selesa dengan pencapaian ini sebaliknya perlu menggandakan usaha untuk terus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini hari ini.

Pada majlis itu, Chang Keong turut menyampaikan surat penghargaan kepada 44 pegawai dan anggota atas komitmen yang ditunjukkan ketika menjalankan tugas membanteras jenayah di daerah ini.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pegawai dan anggota IPD Ipoh supaya tidak sesekali mencuba atau terpengaruh dengan penyalahgunaan dadah kerana ia akan membinasakan kehidupan mereka.

"Walaupun hanya segelintir anggota polis yang terlibat, namun ia perlu ditangani kerana kegiatan yang tidak sihat itu tidak boleh dianggap perkara mudah dan tidak serius," katanya.

Sehubungan iti, Chang Keong mahu ketua bahagian dan ketua polis balai termasuk penyelia memainkan peranan serta dan bertanggungjawab ke atas pegawai dan anggota di bawah seliaan masing-masing.

"Mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah perlu diambil tindakan mengikut prosedur operasi standard," katanya. - UTUSAN ONLINE
Diskaun tol 10 peratus Lebuh Raya MEX tahun baharu 2017

Diskaun tol 10 peratus Lebuh Raya MEX tahun baharu 2017

PUTRAJAYA – Diskaun tol 10 peratus diberikan di Lebuhraya Maju (MEX) bersempena sambutan Hari Tahun Baharu 2017.

Menurut pengendali lebuh raya itu, Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), pemberian diskaun tol itu bagi semua kelas kenderaan bermula pukul 12.01 pagi sehingga 11.59 malam pada hari Tahun Baharu 2017 (1 Januari).

“Dianggarkan lebih 100,000 kenderaan bakal menikmati diskaun ini,” kata syarikat itu dalam kenyataan hari ini. – Bernama
22 Tahun Mahathir Rasuah Rakyat

22 Tahun Mahathir Rasuah Rakyat

Tindakkan Dr Mahathir memfitnah pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai satu kesalahan rasuah hanyalah untuk mengelirukan rakyat semata-mata kerana dari sudut undang-undang sebarang bentuk bantuan kepada rakyat tidak boleh ditafsirkan sebagai rasuah.

Jika segala bentuk bantuan termasuk subsidi baja,pemberian bonus,kenaikan gaji penjawat awam ,bantuan BR1M ditafsir sebagai satu kesalahan rasuan dari sudut undang-undang,rasanya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tidak cukup kaki tangan untuk tahan dan soal siasat rakyat yang menerima sebarang bentuk bantuan daripada kerajaan.
Zaman Dr Mahathir memikul tanggungjawab sebagai ketua kerajaan subsidi baja cap dacing untuk penanam padi diagihkan diserata negeri.sekiranya itu ditafsirkan sebagai rasuah Dr Mahathir adalah bapa pencetus rasuah negara ini.

Segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan termasak pada zaman Dr Mahathir boleh ditafsirkan sebagai pentadbiran cekap yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang dipilih rakyat.

Dengan mengatakan BR1M adalah rasuah tidak memberi kesan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,malah mengajak rakyat untuk menilai sejauh mana kesan pemikiran dan pengaruh Dr Mahathir sebagai negarawan yang disegani seketika dahulu.

Rakyat kini melihat aliran bantuan terus dari kerajaan sebagai tindakkan tepat berikutan kesedaran sesuai dengan peredaran dan pemikiran semasa.

Bagi Dr Mahathir,mungkin masih meletakkan golongan desa setaraf zaman beliau perdana menteri.Sekiranya Dr Mahathir masih anggap orang desa belum berubah pemikiran mengikut peredaran,mengapa PPBM yang lahir dari otak Dr Mahathir tidak popular dikawasan desa?

Setiap perdana menteri mempunyai perancangan sendiri untuk mengadakan pasarana bagi kemudahan rakyat,malah tidak perlu ikut telunjuk seorang bekas pemimpin yang mahu mengukohkan kuasa ekonomi anak beranak dan kroni.

Sekiranya Dr Mahathir suka mencatat apa yang dilihat semasa beliau keluar negara,rakyat juga pandai catat setiap peristiwa semasa beliau perdana menteri.

Kerana itu,Dr Mahathir dianggap sebagai pengacau kepada pentadbiran Najib dan tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat kecuali kepada beberapa tikus yang kini menyertai PPBM.

Kiranya penafsiran BR1M adalah rasuah dari sudut politik,siapakah ketua kerajaan menduduki carta bapak rasuah selama puluhan tahun kerana bertindak membantu rakyat.
Kemaluan Putus Ketika Bersunat

Kemaluan Putus Ketika Bersunat

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat menggunakan teknik pembedahan laser di sebuah klinik di Kajang hari ini adalah benar.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan perkara berkenaan dan telah memanggil beberapa saksi untuk merakam keterangan bagi siasatan lanjut.

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi Bernama. – Bernama

Isnin, 19 Disember 2016

Bola Sepak Atau Bantu Meskin Tegar?

Bola Sepak Atau Bantu Meskin Tegar?

Kos untuk mengurus bola sepak Kelantan RM1 juta sebulan menyebabkan pasukan bola sepak negeri itu ( Red Warriors)menarik diri dari menyertai Liga M musim 2017 berikutan kekurangan dana.

Untuk mengurus skuad Kelantan dalam menghadapi saingan Liga M musim 2017 memerlukan kos RM12 setahun.

Terkini Datuk Seri Mustapa Mohamad berharap kerajaan negeri dapat mengambil alih tampuk kepimpinan Persatuan BolaSepak Kelantan(Kafa) bagi membantu persatuan itu keluar dari kemelut itu.

Pendapat Penulis

Dengan kos RM12 juta setahun untuk mengurus pasukan bola sepak bukanlah sesuatu yang boleh dianggap kecil memandangkan rakyat Kelantan masih lagi ada yang kediamannya hampir runtuh dan sebagainya.

Saban hari,saban bulan dan tahun rakyat akan membaca berita kemeskinan sebahagian rakyat Kelantan,malah ada yang merayu supaya kediaman yang hampir roboh dibaiki supaya kehidupan keluarga mereka selesa.

Jika RM12 juta itu digunakan bagi membantu rakyat meskin tegar,rasanya tidak ada lagi yang tinggal di kediaman yang hampir roboh.

Penting bola sepak

Bagi sesetengah pihak bola sepak penting kerana ia sebahagian minat rakyat negeri itu terutamanya orang muda.

Penulis juga berpendapat bola sepak penting kerana ia dapat menyatukan golongan muda.

Namun jika ketidakmampuan berlaku rasanya penyelesian patut dicari bagi merungkaikan masalah yang sedang dihadapi itu kerana Liga M merupakan acara kemuncak bola sepak.

Rasanya kerajaan negeri sudah ada pelan tindakkan bagi menyelesaikan masalah pasukan bola sepak Kelantan yang sedang diperkatan setiap peminat sukan itu.


Jumaat, 16 Disember 2016

 Kerry: Assad regime attacks in Aleppo ‘nothing short of a massacre’

Kerry: Assad regime attacks in Aleppo ‘nothing short of a massacre’

WASHINGTON/ALEPPO: US Secretary of State John Kerry accused the Syrian regime of Bashar Assad of carrying out “nothing short of a massacre” in Aleppo, where thousands were evacuated on Thursday from the last opposition bastion in a city besieged for years.

Kerry, speaking at a news briefing, said the United States was seeking an immediate, verifiable, and durable cessation of hostilities in Aleppo, and said it appeared that airstrikes and shelling had stopped and that convoys were moving out.

“There is absolutely no justification whatsoever for the indiscriminate and savage brutality against civilians shown by the regime and by its Russian and Iranian allies over the past few weeks, or indeed over the past five years,” Kerry said. “We are seeing the unleashing of a sectarian passion.”
He added: “The Assad regime is actually carrying out nothing short of a massacre.”

The evacuation began with a convoy of ambulances and buses crossing into a regime-held district in southern Aleppo around 2:30 p.m. (1230 GMT).

A regime source said that 951 evacuees, including 108 wounded, were in the convoy. Most were civilians but about 200 opposition fighters were among them, the source said.

The vehicles arrived just over an hour later in opposition territory about 5 km west of the city, and they followed by a second convoy of 15 buses, state media and a doctor at the scene said.
The evacuees spent hours gathering earlier at a staging area in Aleppo’s southern Al-Amiriyah district.

A journalist saw people piling onto the green buses, filling seats and even sitting on the floor, with some worried there would not be another chance to evacuate.

Many were in tears and some hesitated to board, afraid they would end up in the hands of regime forces. On the dusty window of one of the buses someone had written “One day we will return.”
Each bus carried a member of the Syrian Red Crescent wearing the organization’s red uniform, riding at the front next to the driver.

UN envoy for Syria Staffan de Mistura said some 50,000 people remained in east Aleppo with about 10,000, including fighters, likely to be evacuated to Idlib.

“Without a political agreement or cease-fire, Idlib will be the next Aleppo,” de Mistura said, speaking at a news conference with French Foreign Minister Jean-Marc Ayrault in Paris.

British Foreign Secretary Boris Johnson said he had summoned the ambassadors of Russia and Iran to convey his “profound disquiet” over events Aleppo.

Johnson expressed concern at reports of executions, ambulances being shot at and “disappearances” of opponents by pro-regime forces.

“Both Russia and Iran have failed to uphold their obligations under international humanitarian law, specifically by failing to facilitate the delivery of humanitarian aid to civilians during the months when eastern Aleppo was besieged,” Johnson said in a statement. “They deserve no credit for the fact that an evacuation appears to be underway today,” he added.

“Having inflicted such suffering on the people of eastern Aleppo, Iran and Russia cannot expect praise for allowing some people to escape at the final hour.”

He said the Russian and Iranian governments were prolonging the suffering of the Syrian people through their support for the Syrian regime.

The UN Security Council will meet behind closed doors on Friday to discuss the crisis. France requested the urgent consultations, set for around midday (1700 GMT), to push for international observers to be sent to the city to monitor the situation and ensure deliveries of humanitarian aid.
-Arab News
Singapura Harap Hubungan Lebih Kukuh Di Bawah Pemerintahan Sultan Muhammad V

Singapura Harap Hubungan Lebih Kukuh Di Bawah Pemerintahan Sultan Muhammad V

Kerajaan Singapura berharap dapat menjalin hubungan lebih kukuh dengan Malaysia di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.
"Saya yakin Malaysia akan menikmati kemajuan yang baik di bawah pemerintahan baginda," kata Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam surat tahniah yang diedarkan kepada media lewat Khamis.

Hsien Loong berkata, Malaysia dan Singapura berkongsi sejarah yang panjang bagi membina hubungan rakyat kedua-dua negara.

"Melihat ke hadapan, projek-projek bersama seperti Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan menjadikan hubungan rakyat Malaysia dan Singapura lebih erat.

"Saya berharap untuk mengukuhkan hubungan antara negara kita semasa di bawah pemerintahan baginda," kata Hsien Loong.

Sultan Muhammad V melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara, pada Selasa.

"Bagi pihak kerajaan Singapura, saya ingin merakamkan ucapan tahniah sempena pelantikan Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15," catat Hsien Loong dalam surat tahniah itu.

Hsien Loong turut menyampaikan penghargaan kepada Sultan Muhammad V yang memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang bekas perdana menteri pertama Singapura.

"Kami akan menghargai kehadiran Tuanku yang memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang Lee Kuan Yew pada Mac 2015.

"Isteri saya turut bersama-sama mengucapkan kejayaan bagi Tuanku," katanya.
-mStar
MRT Sungai Buloh-Kajang Mula Beroperasi

MRT Sungai Buloh-Kajang Mula Beroperasi

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang menjadi tambahan baharu kepada mod pengangkutan awam di negara ini memulakan operasinya pada pagi Jumaat.

Laluan fasa pertama yang melibatkan 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan dengan jarak sejauh 21 kilometer itu mula beroperasi pada pukul 6 pagi Jumaat.

Ia meliputi stesen Sungai Buloh; Kampung Selamat; Kwasa Damansara; Kwasa Sentral; Kota Damansara; Surian; Mutiara Damansara; Bandar Utama; Taman Tun Dr Ismail; Phileo Damansara; Pusat Bandar Damansara dan Semantan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melancarkan perkhidmatan ini pada Khamis berkata, projek ini dapat dilaksanakan dengan kos kira-kira RM21 bilion berbanding kos sasaran RM23 bilion pada peringkat awalnya.

Pada majlis pelancaran yang bersejarah itu, perdana menteri turut mengumumkan perkhidmatan MRT dan bas perantara percuma selama sebulan mulai 16 Januari 2017 sebagai hadiah kepada rakyat bersempena sambutan Tahun Baharu 2017.

"Ia bagi memberi peluang kepada rakyat untuk mencuba kemudahan pengangkutan awam yang baharu, moden dan efisien ini," katanya.

Menyifatkan projek MRT itu begitu dekat dengan hati beliau, Najib berkata, ia mempunyai segala ciri yang menjadi teras kepada pentadbiran beliau iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Katanya, sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009, beliau mendengar keluh kesah rakyat dalam menangani permasalahan kesesakan lalu lintas, khususnya di Lembah Klang.

"Saya tidak mahu slogan ini menjadi retorik politik tanpa ada pengisian...sebab itu, kerajaan ingin menjadikan pengangkutan awam sebagai prioriti tertinggi," katanya.

Najib berkata projek MRT itu juga memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung daripada kerja pembinaan, penjanaan peluang pekerjaan, peningkatan nilai hartanah, produktiviti dan penjimatan masa rakyat.

Katanya, projek berkenaan juga berjaya menganugerahkan 50 peratus daripada jumlah nilai kontrak kepada syarikat bumiputera, melebihi sasaran 43 peratus yang ditetapkan di peringkat awal.

Dalam pada itu, Najib yakin Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad sebagai pengendali perkhidmatan MRT sudah cukup bersedia memainkan peranan berdasarkan pengalaman luas dalam mengendalikan perkhidmatan LRT, Monorel dan bas-bas di Lembah Klang serta lokasi lain di negara ini.

Fasa kedua sejauh 30 kilometer membabitkan 19 stesen dari Semantan ke Kajang dijangka beroperasi sepenuhnya bermula 31 Julai 2017.
PBB Harus Bertindak Tegas Tangani Keganasan Di Aleppo - Ahmad Zahid

PBB Harus Bertindak Tegas Tangani Keganasan Di Aleppo - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mengambil tindakan drastik bagi menangani keganasan di Aleppo, Syria dan memastikan rakyatnya diberi keutamaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata masyarakat dunia juga perlu mengutuk kemusnahan di bandar itu yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, ketika beliau mempengerusikan perbahasan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC), beberapa resolusi mengenai Syria telah dikeluarkan dan beliau berharap ia tidak hanya tinggal sebagai resolusi.

"Apa yang berlaku di Aleppo di luar perikemanusiaan dan kita tidak mahu resolusi dijadikan sebagai sandaran untuk menghalalkan tindakan agresif yang dilakukan oleh kuasa-kuasa besar.

"Jika berlaku pertelagahan, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat dan kita dapat lihat bangunan-bangunan dan kemudahan yang ranap walaupun ada pihak mengatakan itu adalah kejayaan menghapuskan pemberontak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen, di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid dalam ucapannya pada Majlis Keselamatan PBB pada September lepas memberitahu masyarakat antarabangsa bahawa selepas lima tahun yang berpanjangan, kini adalah masa untuk menyelesaikan sama sekali konflik di Syria.

Sejak 2011, beliau berkata, konflik itu telah menular dengan mencetuskan krisis kemanusiaan secara besar-besaran yang menyebabkan semua pihak berusaha keras untuk menanganinya.
JANGKA 160,000 PENUMPANG MRT SEHARI

JANGKA 160,000 PENUMPANG MRT SEHARI

Kuala Lumpur: Pengangkutan Mass Rapid Transit (MRT) yang memulakan operasinya hari ini dijangka digunakan kira-kira 160,000 penumpang sehari bermula Januari depan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, jangkaan itu dibuat berikutan keadaan akan kembali sibuk apabila orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas tamat musim cuti sekolah.

“Kita sasarkan apabila orang ramai mula pulang selepas cuti sekolah, bilangan penumpang akan mencecah 160,000 orang sehari,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau membawa kumpulan media untuk membuat tinjauan hari pertama operasi MRT yang bermula 6 pagi tadi selain melihat kemudahan di Stesen MRT Sungai Buloh.

Orang ramai berpeluang menikmati tambang perkhidmatan MRT dan bas pengantara percuma selama sebulan sehingga 16 Januari depan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika perasmian, semalam..

(myMetro)
Blogger Kecantikan Maut Akibat Renjatan Elektrik

Blogger Kecantikan Maut Akibat Renjatan Elektrik

JAKARTA: Kematian blogger kecantikan, Rini Cesillia, 26, disyaki berpunca daripada renjatan elektrik dari pemanas air pancuran hujan di bilik mandinya pecah, kata polis Denpasar Selatan.

Air yang mengalir bersama arus elektrik melalui saluran paip itu telah mengakibatkan Rini terkorban.

Ketua Polis Komisioner Kanan Aris Purwanto berkata, pasukannya yang dibantu oleh pegawai-pegawai dari syarikat utiliti negeri, PLN sedang menyiasat masalah berkaitan pemanas air itu.

"Mangsa mati akibat pemanas air pecah," kata Aris yang dipetik kompas.com. pada Rabu.

PLN mendapati adanya masalah dalam pendawaian yang membekalkan elektrik kepada pemanas air itu, di mana arus elektrik mengalir bersama dengan air, yang amat berbahaya.

Rini yang berasal dari Jakarta Barat dan dikenali melalui blog beliau www.rinicesillia.com, ditemui mati sambil memegang pancuran hujan dalam bilik mandinya pada Selasa.

Dia melecur di bahagian dada. - The Jakarta Post/Asia News Network
'Mia Tiara' Buka Peluang Wanita Bertudung Ujibakat Sebagai Pelakon

'Mia Tiara' Buka Peluang Wanita Bertudung Ujibakat Sebagai Pelakon

KUALA LUMPUR: Wanita berhijab di Malaysia berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada barisan pelakon filem terbaharu yang berjudul Mia Tiara.

Pengarahnya, Norazah Sahud berkata, buat masa ini pihaknya sedang menunggu keputusan daripada pelakon Fathia Latiff untuk memegang peranan utama dan sekiranya tawaran itu ditolak maka ia akan dibuka kepada umum menerusi sesi ujibakat.

"Setakat ini Fathia sudah menyatakan persetujuan untuk memegang watak sebagai Mia Tiara namun keputusan itu belum muktamad selagi tiada persetujuan hitam putih daripada pihak Fathia.

"Sekiranya Fathia bersetuju kami amat berbesar hati tetapi jika sebaliknya berlaku kami akan membuka peluang kepada wanita-wanita bertudung di luar sana untuk hadir ke uji bakat.

"Kami akan adakan hebahan dalam misi mencari pelakon yang akan memegang watak Mia Tiara dan beberapa watak sampingan lain," katanya kepada mStar Online.

Norazah ditemui pada majlis pelancaran filem Mia Tiara bersama pihak media di Restoran Istana Bamboo, Ulu Klang, di sini pada Khamis.

Filem terbitan Tenview (M) Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh pelakon Siti Eja, Amar Asyraf, Faizal Hussein, Izzue Islam, Julia Ziegler, Hafreez Adam dan Nadia Shahab.

Sementara itu, Norazah berkata, filem itu bakal menjadi sebuah karya okonik Islamik dengan mengangkat kisah perjuangan hidup dan inspirasi seorang wanita bertudung.

"Saya percaya Mia Tiara akan menjadi satu karya yang mempunyai identiti tersendiri dan boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa, Insya-Allah.

"Ini kerana kami filem ini nanti akan menjadi antara satu-satunya karya tempatan yang 100 peratus mengangkat kisah gaya hidup wanita berhijab.

"Ia juga diharap mampu memberi inspirasi kepada penonton khususnya Muslimah pada hari ini," ujarnya yang menjangkakan kos pembikinan filem itu nanti menelan kos RM1.2 juta.

Tambahnya lagi, Mia Tiara tidak sahaja menampilkan sisi glamour dalam konteks fesyen dan peragaan tetapi turut mengungkap unsur-unsur kemanusiaan serta kasih sayang, hubungan kekeluargaan, pengorbanan dan cinta sejati.

Filem ini dijangka memulakan produksi pada April tahun hadapan dan berkemungkinan akan ke luar negara untuk penggambaran bergantung kepada bajet dan tajaan diterima.
-mStar
Pembatan Undangan Dr.Mahathir Bukan Arahan Pejabat PM

Pembatan Undangan Dr.Mahathir Bukan Arahan Pejabat PM

PUTRAJAYA 16 Dis. - Pembatalan undangan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah membuat semakan terhadap pembatalan undangan kepada bekas Perdana Menteri itu dan mendapati urusan tersebut adalah di bawah kuasa Istana Negara.
"Bahagian istiadat hanya menerima arahan, kalaupun tidak titah bagi pembatalan itu. Jangan salahkan bahagian istiadat Jabatan Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri sendiri.
"Kalau tidak berpuas hati, sila menghadap (Yang di-Pertuan Agong) untuk mendapatkan penjelasan, jangan salahkan orang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen, di sini hari ini.
Pada 7 Disember lalu, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Dr. Mahathir yang membatalkan undangan ke istiadat tersebut tersebar di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi. - BERNAMA
Dua Ditahan Berkaitan Kes Bunuh Pelajar Kolej

Dua Ditahan Berkaitan Kes Bunuh Pelajar Kolej

KOTA KINABALU: Polis menahan dua suspek utama berkaitan kes pembunuhan seorang pelajar kolej berusia 18 tahun di luar sebuah bar di Asia City di sini selepas insiden pergaduhan, pagi Khamis.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 23 dan 26 tahun ditahan di sebuah rumah di kawasan Bukit Padang, Luyang kira-kira pukul 9 pagi Khamis selepas melarikan diri daripada lokasi kejadian.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, empat individu yang bekerja di bar tersebut turut ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, dua mangsa cedera yang berusia 18 tahun, menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

Menurut laporan, hasrat lapan lelaki untuk berhibur akhirnya bertukar menjadi tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati ditikam di luar sebuah bar di Jalan Coastal di sini.

Yaacob Nasran ditemui mati dengan kesan tikaman di leher dan dahi manakala tiga yang lain cedera dalam kejadian pada pagi Khamis.

Menurut polis pergaduhan itu mungkin berpunca daripada perasaan cemburu oleh bekas suami kepada seorang pelayan yang bekerja di bar.

Siasatan awal mendapati bahawa ketika ingin meninggalkan bar, mereka terperangkap di tengah-tengah pergaduhan antara suspek dan bekas isterinya.

Beliau berkata, suspek dan seorang saudaranya kemudian secara tiba-tiba mula menyerang kumpulan berkenaan.

"Dia kemudian mengambil parang dan mengayunkannya ke arah kumpulan belia itu hingga membunuh seorang daripada mereka di tempat kejadian," kata Chandra.
-mStar
Nilai Hartanah Di Sekitar Stesen MRT Dijangka Naik

Nilai Hartanah Di Sekitar Stesen MRT Dijangka Naik

Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) bukan sahaja akan memberi nilai tambah baharu untuk rakyat dari segi pengangkutan, tetapi juga bakal menyaksikan kenaikan nilai hartanah di sekitar stesen berkenaan.

Bekas presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda ), Datuk Ng Seing Liong berkata, sambutan positif sudah dapat dilihat apabila Fasa Pertama laluan MRT SBK diumumkan.

"Apabila MRT beroperasi , kita menjangka kira-kira lima hingga 10 peratus peningkatan dalam nilai hartanah," kata Seing Liong.

Beliau juga menasihatkan mereka yang tinggal berdekatan dengan stesen untuk menggunakan sepenuhnya kemudahan MRT.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan, Chang Kim Loong berkata, harga hartanah yang mempunyai jaringan perhubungan yang baik akan menjadi lebih tinggi dan mempunyai nilai modal yang lebih baik.

"Hartanah yang terletak lebih dekat dengan laluan MRT dan stesen mampu menunjukkan peningkatan dari segi harga atau sewa," katanya.

Kim Loong menasihatkan mereka yang berhasrat untuk membeli hartanah tersebut supaya membuat kajian terhadap lokasi semua stesen MRT dan harga-harga rumah di kawasan berdekatan.

"Melakukan kajian sendiri adalah penting dalam mendapatkan rumah impian anda," katanya.

Beliau juga menggesa bakal pembeli agar memastikan mereka hanya membeli daripada pemaju yang mempunyai rekod yang baik dan kedudukan kewangan yang kukuh.
Usahawan Masyarakat India Berjaya Dengan Bnatuan Dari Kerajaan

Usahawan Masyarakat India Berjaya Dengan Bnatuan Dari Kerajaan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menzahirkan rasa gembira melihat usaha kerajaan membantu masyarakat kaum India telah menghasilkan ramai usahawan berjaya.

Beliau berkata kejayaan itu bukan sekadar angka dalam carta di atas kertas, sebaliknya, hari ini beliau sendiri berjumpa dan mendengar kisah-kisah kejayaan mereka.

“Petang tadi selepas melancarkan MRT di Damansara, saya terus menuju ke Klang untuk melakukan lawatan dan bertemu dengan usahawan-usahawan kecil dan sederhana kaum India daripada pelbagai latar belakang.

“Masing-masing dengan kisah kejayaan mengagumkan hasil usaha dan inisiatif kerajaan melalui Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India atau SEED di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya menerusi catatan terbaru di laman blog rasminya, najibrazak.com.

Perdana Menteri berkata, beliau memulakan lawatan dengan meninjau kilang pembuatan kabel Lotus Cable Industries Sdn Bhd, dan berbual dengan beberapa pekerja kilang itu.

Menurut Najib, pengusaha kilang itu yang dikenali sebagai Manivanan ialah seorang daripada penerima dana bantuan daripada Bank SME di bawah Program Pencepat Perniagaan (BAP) yang berjaya mengembangkan perniagaannya selain menyediakan banyak peluang pekerjaan.

Selain itu dalam catatannya, Perdana Menteri turut berkongsi kisah seorang wanita, Premalatha, seorang peniaga dan pembekal ikan yang dahulunya pekerja kilang sebelum mengorak langkah untuk mula berniaga di pasar malam.

Kata Najib, selepas latihan dan bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia, Premalatha kini berjaya menjadi seorang usahawan dan mampu memiliki rumah sendiri, dua buah kereta, motosikal serta mampu menghantar anaknya belajar di universiti.

“Banyak lagi kisah-kisah kejayaan yang dikongsikan mereka di sini, antaranya Jagabar Ali pengusaha restoran, A Paramesvaran pengusaha perkhidmatan pendingin hawa, Pravin pengusaha hotel, Srithren usahawan gula-gula yang kini juga pemilik francais Marrybrown.

“Kamani peniaga kacang puteh, Rajasegaran pembekal barangan perubatan, dan Patmanathan pengusaha perniagaan runcit. Semuanya berbeza namun menarik dan mengagumkan saya,” katanya.

Kata Najib, satu persamaan daripada kisah-kisah kejayaan ini adalah bagaimana mereka mendapat manfaat daripada usaha dan inisiatif SEED, melalui pelbagai program yang mereka sediakan dengan caj penyertaan cuma RM1.

Beliau menjelaskan bahawa SEED juga memainkan peranan sebagai pengantara, menunjukkan jalan dan memperkenalkan usahawan-usahawan ini dengan program dan bantuan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Bank SME, Amanah Ikhtiar Malaysia, MIDF dan banyak lagi.

Malah, katanya ada juga yang mampu menembusi pasaran lebih besar dengan memperoleh sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dalam catatannya itu, Najib turut memuat naik beberapa keping gambar ketika beliau mengadakan pertemuan dengan usahawan terbabit. – BERNAMA
Malaysia Sasar 20 Negara Teratas Di Dunia

Malaysia Sasar 20 Negara Teratas Di Dunia

Indeks inovasi dan kreativiti menjadi teras yang akan digunakan sebagai panduan menentukan sejauh mana negara dapat ditransformasi menjadi 20 negara teratas di dunia menjelang 2050, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri menjelaskan,Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang beliau tetapkan itu ada dua matlamat, satu jangka sederhana dan satu jangka panjang menjelang 2050, dengan meletakkan sasaran yang boleh difahami.

"Pada masa ini ekonomi Malaysia bernilai RM1.3 trilion dan dalam masa lapan tahun, mahu dilonjakkan kepada RM2 trilion dimana bagi matlamat jangka panjang, saya akan berusaha gigih untuk memartabatkan Malaysia berada dalam kedudukan 20 tertinggi di kalangan negara dunia.

"Inovasi dan kreativiti ini ada hubung kait antara satu sama lain.
Mana-mana negara, syarikat atau organisasi yang tidak amalkan inovasi sebagai budaya, negara itu akan dipintas dan akhirnya ketinggalan dalam dunia yang semakin mencabar.

Membudayakan inovasi "Justeru, kita sebagai negara terpaksa memantapkan sistem penyampaian kerajaan untuk kesejahteraan rakyat walaupun di bawah kekangan kewangan dan sumber yang terhad, anggap musibah seperti kejatuhan harga minyak sebagai cabaran kepada kemampuan kita membudayakan inovasi bagi atasi kekangan itu,"katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi

Perdana Menteri (AIPM) dan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2016, di sini, malam tadi.
Yang turut hadir, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Perdana Menteri turut menjadikan perkembangan telefon mudah alih sebagai contoh yang mana pada 1983 ada dua model, iaitu Motorola dan Dancall, tetapi kini kedua-duanya sudah pupus dalam pasaran, kemudian model Nokia tetapi ia juga semakin digantikan tiga model masa kini, iaitu Apple,Samsung dan Huawei, dalam erti kata lain, hanya syarikat yang mengamalkan inovasi boleh terus beroperasi.

Pemenang AIPM 2016 menerima ganjaran wang tunai RMl juta, RM300,000 untuk tempat kedua dan RM200,000 bagi tempatketiga serta piala dan sijil penghargaan.

-Berita Harian
Malaysia Kini Seiring Negara Maju Lain

Malaysia Kini Seiring Negara Maju Lain

Hari ini satu sejarah negara terlakar. Dengan mulanya operasi perkhidmatanrel Mass Rapid
Transit (MRT) bagi laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) menjadikan negara seiring dengan negara maju lain seperti Singapura dan Hong Kong yang turut mempunyai prasarana yang sama.

Projek ini adalah hasil kajian dan penyelidikan yang mengambil masa agak lama bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kesesakan lalu lintas tif ibu negara khasnya. Hari ini ia direalisasikan.

Jika dilihat kejayaan sistem pengangkutan awam di luar negara mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan raenarik minat pengguna kerana ia dianggap sebagai reliableatau 'boleh dipercayai'.

Atas beberapa faktor ia mampu menarik pengguna menggunakannya kerana ketepajan waktu, muatan yang dijanjikan, mampu memenuhi permintaan kehendak semasa waktu puncak dengan kekerapan masa tren lebih singkat yang menjadikan waktu menunggu lebih pendek.

Selain itu, keselesaan juga menyumbang kepada minat orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan awam ini.

Pengangkutan efisyen
Secara peribadi, saya berpenda pat pengangkutan awam yang efisyen dan reliable memudahkan orang ramai dan menjimatkan masa kembara, selain kos yang murah berbanding menggunakan kenderaan sendiri yang memerlukan kos minyak,tol, menyelenggara kenderaan dan tempat letak kereta.

Isu sekarang adalah membabitkan first mile iaitu tempat mula peijalanan, yakni di rumah. Jika jauh, maka pihak terbabit perlu menyediakanbas pengantara atau laluan bagi memudahkan pengguna kestesen berhampiran.

Begitu juga keadaannya dengan last mile di mana ia membabitkan destinasi tujuan atau tempat keija. Jika stesen berada dekat dengan tempat yang dituju tidak ada masalah. Namun, jika sebaliknya,bas pengantara perlu disediakan.

Saya sendiri secara peribadi dapat melihat pengurangan dari segi kenderaan di atas jalan raya semasa sistem Transit Aliran Ringan (LRT) diperkenalkan beberapa tahun lalu bagi laluan Kelana Jaya dan Ampang. Jadi, kita juga berharap dengan operasi MRT ini pengurangan kenderaan diatas jalan raya akan meningkat.

Kajian seterusnya perlu dilakukan bagi melihat peningkatan kadar pengurangan kenderaan diatas jalan yang mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Namun, jika kadar pengurangannya sedikit, kita perlu mencari jalan penyelesaiannya bagi memastikan matlamat mengurangkan kenderaan diatas jalan menjadi kenyataan.

-Berita Harian
50 Peratus Kontrak Projek MRT Diperuntuk Kepada Bumiputera

50 Peratus Kontrak Projek MRT Diperuntuk Kepada Bumiputera

Sebanyak 50 peratus daripada nilai keseluruhan kontrak projek rel Mass Rapid Transit (MRT) diserahkan kepada syarikat Bumiputera yang layak,kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, peratusan itu adalah lebih tinggi daripada sasaran awal yang ditetapkan iaitu 43 peratus.
"Kita bukan beri saja (kontrakkepada syarikat Bumiputera). Kita suruh supaya mereka bersaing dengan syarikat bukan Bumiputera.

Jadi, kita pastikan mereka ini dapat kerana layak untuk mengendalikan projek ini.
"Setakat ini, Fasa Pertama MRT(Sungai Buloh-Semantan) ini nilaikontrak kepada syarikat Bumiputera 50 peratus dan 50 peratus kepada bukan Bumiputera," katanya

berucap pada majlis pelancaran Fasa Pertama MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang di stesen MRT Kwasa Damansara di sini, semalam.

Peluang adil, saksama Najib berkata, beliau juga meminta supaya peluang yang adil dan saksama diberikan kepada usahawan yang mengendalikan kedai disemua stesen MRT.

"Seperkara lagi yang dekat dengan hati saya, usahawan yang mengendalikan kedai-kedai di sini, sebahagian daripada ruang perniagaan di stesen-stesen MRT,saya kata berilali secara adil dan saksama supaya mereka yang dapat peluang perniagaan ini mencerminkan penyertaan semua golongan rakyat di Malaysia," katanya.

Perdana Menteri berkata usahawan Bumiputera turut diberikan sebanyak 50 peratus ruangniaga di stesen MRT dan jauh melebihi sasaran awal sebanyak 30 peratus.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan sijil penyertaan kepada 14 peniaga yang mengambil bahagian dalam Program Niaga MRT.Najib berkata, projek MRT bukan'

sahaja mengenai pembinaan sistem rel bandar yang bertaraf dunia, tetapi juga perlu dilihat daripelbagai dimensi.
Katanya, banyak manfaat diperoleh daripada projek itu antaranya keija pembinaan, penjanaan peluang pekerjaan, peningkatan nilai hartanah, peningkatan produktiviti, penjimatan masa kerana dapat mengelak dari kesesakan lalu lintas dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Cuba bayangkan anak kampung, bandar yang ada kelulusan.Jika tiada projek seumpama ini, di mana mereka hendak mendapatkan pekeijaan.

"Aihamdulillah, (dengan projek MRT) bukan saja mereka dapat pekeijaan, tetapi paling berharga mendapat pengalaman bekerja melaksanakan projek yang begitu sofistikated dan menggunakan teknologi moden" katanya.

-Berita Harian

Khamis, 15 Disember 2016

Jimat 2Bilion Dalam Projek MRT

Jimat 2Bilion Dalam Projek MRT

KUALA LUMPUR - Kira-kira RM2 bilion dapat dijimatkan daripada kos sasaran awal projek Transit Aliran Massa (MRT), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata, projek berkenaan dapat dilaksanakan dengan kos kira-kira RM21 bilion berbanding kos sasaran RM23 bilion pada peringkat awalnya.

"Namun pada hari ini, di mana semua kontrak-kontrak telah dianugerahkan dan kerja-kerja sudahpun hampir siap bagi keseluruhan laluan, kos pembinaan sebenar bagi projek ini adalah lebih kurang RM21 bilion.

"Projek MRT ini ialah lebih rendah daripada bajet dan mengikut masa ditetapkan," katanya ketika berucap merasmikan fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) di stesen Kwasa Damansara dekat sini, hari ini.

Pada majlis pelancaran yang bersejarah itu, perdana menteri turut mengumumkan perkhidmatan MRT dan bas perantara percuma selama sebulan mulai esok hingga 16 Januari 2017 sebagai hadiah kepada rakyat bersempena sambutan Tahun Baharu.

"Ini bagi memberi peluang kepada rakyat untuk mencuba kemudahan pengangkutan awam yang baharu, moden dan efisien ini," katanya. Menyifatkan projek MRT itu begitu dekat dengan hati beliau, Najib berkata ia mempunyai segala ciri yang menjadi teras kepada pentadbiran beliau iaitu "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Katanya, sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2009, beliau mendengar keluh kesah rakyat dalam menangani permasalahan kesesakan lalu lintas khususnya di Lembah Klang.

"Saya tidak mahu slogan ini menjadi retorik politik tanpa ada pengisian... sebab itu, kerajaan ingin menjadikan pengangkutan awam sebagai prioriti tertinggi," katanya.

Najib berkata, projek MRT itu juga memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung daripada kerja pembinaan, penjanaan peluang pekerjaan, peningkatan nilai hartanah, produktiviti dan penjimatan masa rakyat.

Katanya, projek berkenaan juga berjaya menganugerahkan 50 peratus daripada jumlah nilai kontrak kepada syarikat Bumiputera, melebihi sasaran 43 peratus yang ditetapkan di peringkat awal.

Hadir sama pada pelancaran di stesen MRT Kwasa Damansara itu ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Setiausaha Negara yang juga Pengerusi MRT Corp Tan Sri Dr Ali Hamsa. - Bernama

Google+ Followers