Jumaat, 22 Disember 2017

PPBM SELANGOR BUAT LAPORAN POLIS, GESA SIASAT KERUGIAN BNM RM160 BILION

PPBM SELANGOR BUAT LAPORAN POLIS, GESA SIASAT KERUGIAN BNM RM160 BILION

Parti Pribumi Bersatu Selangor (PPBM) Selangor membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan berhubung dakwaan kerugian rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) antara 2013 hingga 2015 sebanyak 160 bilion seperti didakwa pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Pengerusi PPBM, Datuk Abdul Rashid Asari berkata dakwaan yang ditimbulkan Dr Mahathir berkaitan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam pengurusan rizab antarabangsa BNM perlu diberi perhatian khusus memandangkan dakwaan tersebut adalah berasas.

“Semakan yang kami lalukan di laman sesawang Bank Negara mendapati bahawa dakwaan Dr Mahathir itu ada kebenarannya dan bukan satu tuduhan yang melulu serta tidak berasas.

“Dalam semakan kami, sejak 2009, jumlah tertinggi rezab antarabangsa BNM yang pernah dicatatkan ialah pada 31 Januari 2013 iaitu RM588.8 bilion.

“Namun jumlah itu telah berkurangan dengan begitu drastik dan ketara kepada RM427.98 bilion setakat 30 November 2017. Pengurangan sebanyak RM160.86 bilion,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM Selangor di Plaza Masalam hari ini.

Tambah Rashid, kerugian rizab tersebut adalah tujuh kali ganda lebih ganda berbanding kerugian akibat urus niaga Forex semasa pentadbiran Dr Mahathir pada awal 1990-an.

Beliau turut mempersoalkan layanan kerajaan yang dianggapnya “double standard” dalam dua isu ini dengan hanya mendiamkan diri berkaitan kerugian rizab antarabangsa itu.

“Ada yang mengatakan bahawa rizab itu telah digunakan bagi mempertahankan mata wangi ringgit daripada terus merundum.

“Persoalannya jika benar BNM telah menggunakan rizab negara bagi mempertahankan mata wang ringgit ketika itu, bagaimanakah tindakan itu berbeza berbanding kerugian di dalam transaksi forex pada awal 90-an?,” katanya.

Rashid menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera secara menyeluruh dan tidak pilih kasih bagi memastikan tidak berlaku salah guna kuasa oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam pengurusan rizab itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin berkata setakat ini tujuh laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung perkara itu.

Beliau berkata akan ada lagi laporan polis dibuat dan ia juga akan dilapor ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu.

“Setakat ini kita hanya baru buat laporan polis dan mungkin akan bawa ke SPRM bagi meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini,” katanya.

Dr Mahathir yang baru-baru ini mempertikaikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang lebih mengambil berat tentang kerugian Forex berjumlah RM31.5 bilion dan berlaku kira-kira 30 tahun lepas, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kerugian rizab antarabangsa BNM berjumlah RM160 bilion dari 2013 hingga 2015.
BN SELANGOR SUKAR TUMBANGKAN KERAJAAN PH DALAM PRU, KATA PENGANALISIS

BN SELANGOR SUKAR TUMBANGKAN KERAJAAN PH DALAM PRU, KATA PENGANALISIS


Barisan Nasional (BN) dijangkakan berhadapan kesukaran untuk menumbangkan Pakatan Harapan (PH) di Selangor, seterusnya menawan kembali negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 kerana tidak mampu menampilkan pemimpin berwibawa yang mampu menandingi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata penilaian yang dilakukannya terhadap pentadbiran Mohamed Azmin menunjukkan bahawa kerajaan Selangor kini ditadbir lebih baik, selain mendapat sokongan majoriti rakyat di negeri ini.

Malah katanya, Indeks Prestasi Utama (KPI) pentadbiran Mohamed Azmin berada pada tahap cemerlang dan sukar ditandingi oleh mana-mana pemimpin BN Selangor menyebabkan parti pemerintah kerajaan persekutuan itu terpaksa menggunakan strategi menyerang Menteri Besar Selangor sebagai langkah terdesak.

“Sudah tentu sesiapa pun kalau lawan politiknya dirasakan lebih hebat daripadanya, ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan malah ketakutan yang nyata, dalam konteks ini kepada BN.

“Ini sudah terbukti daripada segala dasar dan langah yang diambil Mohamed Azmin. Dari segi prestasinya tidak dapat diragui dan dari segi tadbir urus juga sukar ditandingi.

“Dalam keadaan sedemikian, BN tak punya pilihan kecuali gunakan strategi menyerang imej pentadbiran Mohamed Azmin dan juga imej Pakatan Harapan (Harapan) secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Bagaimanapun Jeniri tidak menolak kemungkinan bahawa serangan terhadap imej Menteri Besar Selangor itu mampu mempengaruhi pemikiran sebahagian rakyat, tetapi berpandangan impak serangan tersebut secara keseluruhan amatlah kecil.

Tambahnya, rakyat Selangor dilihat mempunyai pendirian dan tanggapan positif terhadap kepimpinan Mohamed Azmin disebabkan pelbagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dijalankan oleh kerajaan Selangor.

“Apa pun, dalam keadaan sekarang saya percaya Umno/BN sukar untuk menumbangkan Harapan di Selangor dalam PRU14 nanti.

“Rakyat Selangor dapat lihat sendiri langkah dan inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri yang beri kesan positif.Dari segi itu, walau apa pun strateginya ini tak beri kesan banyak.

“Mungkin orang luar Selangor sedikit sebanyak boleh terpengaruh, namun bagi rakyat Selangor yang merasai sendiri kesannya, saya fikir dapat menilai sendiri dengan lebih baik,” katanya.

Khamis, 21 Disember 2017

TRUMP ANCAM TARIK BALIK BANTUAN NEGARA YANG MEMBANTAHNYA DI PBB

TRUMP ANCAM TARIK BALIK BANTUAN NEGARA YANG MEMBANTAHNYA DI PBB

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu mengancam untuk menarik balik bantuan kewangan dari negara yang menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menolak pengiktirafan AS dalam isu Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, lapor agensi berita China Xinhua.

"Mereka telah mengambil beratus-ratus juta dolar, bahkan berbilion dolar, dan mereka mengundi menentang kami," kata Trump kepada pemberita pada mesyuarat kabinet di Rumah Putih.

"Kami sedang memerhatikan undi-undi tersebut. Biarkan mereka mengundi menentang kami. Kami akan menjimatkan wang yang begitu banyak. Kami tidak peduli," katanya.

Kenyataan Trump dibuat selepas Duta AS ke PBB, Nikki Haley, menerusi akaun Twitter beliau menyatakan bahawa "AS akan mengambil nama" mereka yang mengkritik pilihan AS di Perhimpunan Agung PBB.

Perhimpunan Agung PBB akan mengadakan sesi mesyuarat tergempar yang jarang dilakukan bagi membincangkan status Baitulmaqdis pada Khamis selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa vetonya terhadap gesaan awal yang digubal oleh Mesir agar Washington menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Amerika Syarikat pada Isnin telah menggunakan kuasa vetonya terhadap satu draf resolusi Majlis Keselamatan berhubung status Baitulmaqdis.

Kesemua 14 anggota Majlis Keselamatan telah mengundi untuk menyokong teks draf yang digubal oleh Mesir itu.

Bagaimanapun, memandangkan Amerika Syarikat, yang merupakan anggota tetap Majlis Keselamatan, mempunyai kuasa veto, resolusi itu tidak dapat diterima pakai.

Sebelum undian, Duta Mesir ke PBB, Amr Abdellatif Aboulatta menjelaskan bahawa draf resolusi itu bertujuan memastikan bahawa sebarang percubaan untuk mengubah ciri-ciri atau komposisi demografik Kota Lama Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan, batal serta tidak sah dan hendaklah dimansuhkan.

Draf resolusi itu turut menggesa semua pihak tidak mewujudkan misi diplomatik di Baitulmaqdis, katanya.

Menurut sumber PBB, Duta Palestin Riyad Mansour berkata negaranya berharap Perhimpunan Agung tersebut akan merangka satu resolusi bagi menggesa penarikan balik langkah AS itu.

Pada 6 Disember, Trump mengisytiharkan bahawa Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel dan akan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, yang mencetuskan kemarahan besar-besaran dalam kalangan dunia Arab dan Islam. -Bernama
'KAMI TAK AKAN SAMAN CIKGU AZIZAN'

'KAMI TAK AKAN SAMAN CIKGU AZIZAN'

Bapa murid yang ditampar Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan, menafikan pihaknya akan memfailkan saman terhadap guru terbabit, susulan keputusan mahkamah semalam.

Menurut laporan Harian Metro semalam, lelaki berusia 50 tahun itu berkata ia mungkin timbul akibat salah faham antara isterinya dengan wartawan yang membuat laporan itu.

“Tindakan itu (saman) bukan sebahagian daripada apa yang kami mahu laksanakan buat masa ini. Mungkin berlaku salah faham atau kekeliruan ketika isteri ditemui wartawan itu (bukan dari kumpulan NSTP).

“Kami amat tertekan sekarang ini dan trauma. Tumpuan kami adalah mahu pulih daripada tekanan,” katanya seperti dipetik.

Mahkamah Majistret Seremban semalam melepas tanpa membebaskan guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai itu, daripada pertuduhan mencederakan muridnya ekoran masalah disiplin, pada Oktober lalu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, ibu murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mas berkata kecewa dengan keputusan mahkamah dan sedang menimbang untuk memfailkan saman sivil terhadap guru tersebut.

Beliau juga mendakwa mempunyai bahan bukti anaknya itu mengalami kecederaan serius, termasuk gambar dan laporan perubatan.

Menurut laporan Harian Metro lagi, bapa murid itu mendakwa menerima banyak tekanan daripada pihak luar ekoran itu itu dan belum sedia untuk memberikan penjelasan.

Namun, katanya lagi, pihak keluarga mungkin akan mengadakan sidang media hari ini.

Isu 'Cikgu Azizan' mula tular di laman sosial hujung minggu lalu dengan ramai pihak menyuarakan sokongan kepada Azizan.

Semalam, kira-kira 300 guru berhimpun di mahkamah sebagai tanda sokongan kepadanya.
MACAM WILAYAH MAFIA, KATA MUFTI

MACAM WILAYAH MAFIA, KATA MUFTI

"Sungguh serius dan menakutkan, macam wilayah mafia. Susah nak percaya."

Begitu reaksi segera mufti Perlis Datuk Dr Asri Zaibul Abidin di media sosial terhadap laporan eksklusif sebuah akhbar berbahasa Inggeris berkaitan kemungkinan wujud cubaan menutup kes penyeludupan orang di Wang Kelian, Perlis.

Asri menulis perkara itu di Facebook sambil berkongsi pautan berita New Straits Times (NST).

Laporan harian itu yang bertajuk Was there a cover-up in Wang Kelian? merujuk kepada penemuan kubur beramai-ramai mangsa penyeludupan manusia di kawasan sempadan Thailand pada 2015.

Laporan itu mendakwa terdapat percubaan menutup perkara itu dengan merosakkan bukti.

Laporan dan dokumen lain dalam penyiasatan juga didakwa disunting.

Pada 1 Mei 2015, pihak berkuasa Malaysia dikejutkan dengan kem-kem penyeludupan manusia dan kubur massa oleh warga Thailand.

Mereka memeriksa kawasan sempadan Malaysia dan menemui 139 kubur pada 24 Mei, bersama lebih kurang 24 kem seumpamanya, lapor NST.
Pembangkang utama kepentingan politik

Pembangkang utama kepentingan politik

KUALA LUMPUR: Tahap hipokrasi (kepura-puraan) ditonjolkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang dalam isu kerugian tukaran wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan dua pemimpin pembangkang itu lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding mencari kebenaran.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak, berkata serangan Dr Mahathir terhadap bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid, berhubung kerugian urus niaga tukaran wang asing BNM berjumlah RM31.5 billion, tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata, Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sepatutnya marah dengan tindakan Kit Siang yang menuntut penubuhan suruhanjaya siasatan bagi menyiasat kerugian tukaran wang asing BNM sejak 20 tahun lalu.

"Abdul Murad hanya memberi keterangan dalam pendengaran RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) berhubung kerugian sebenar forex yang mendedahkan jumlahnya adalah RM31.5 bilion, bukannya RM5.7 bilion.

"Sekarang, Dr Mahathir memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politik, manakala Kit Siang memerlukan Dr Mahathir untuk mendapatkan undi orang Melayu. Kedua-duanya membuat pusingan U dalam skandal forex," katanya menerusi catatan terkini dalam blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Abdul Murad, dengan mendakwa bekas penolong gabenor BNM itu mengetahui mengenai kerugian terbabit tetapi memilih berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara diketahuinya, baru-baru ini.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata, sikap Dr Mahathir dan Kit Siang dalam isu berkenaan membuktikan kepentingan politik lebih diutamakan berbanding isu lain.

"Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?" katanya.-Berita Harian

Isnin, 4 September 2017

Semakin Hari Semakin Ramai Umat Islam Myanmar Disembelih

Semakin Hari Semakin Ramai Umat Islam Myanmar Disembelih

Rakhine, Myanmar: Kekejaman berterusan terhadap orang awam Rohingya semakin memuncak menurut laporan daripada saksi-saksi yang melaporkan bahawa kanak-kanak dipenggal dan penduduk Muslim dibakar hidup-hidup.

Menurut The Telegraph, keganasan tersebut sudah berlarutan selama seminggu seiring dengan kenyataan daripada pihak kerajaan yang bersifat kebencian.

Hal ini menyebabkan duta United Kingdom membawa perkara ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menggesa ketua de facto kerajaan Myanmar, Aung San Suu Kyi untuk memperbetulkan keadaan.

Penerima anugerah Nobel Keamanan tersebut berdepan dengan bidasan pihak antarabangsa kerana dilihat gagal menyelesaikan penganiayaan yang berterusan ke atas golongan minoriti Muslim.

Selain itu, Aung San Suu Kyi juga dikecam atas kenyataan dalam talian “komiti informasinya” yang didakwa menyebabkan masyarakat umum semakin membenci dan memusuhi populasi etnik Rohingya dan pekerja bantuan di negara itu.

Jumaat lepas, kumpulan pembela hak asasi yang berpangkalan di Bangkok, Fortify Rights telah menerbitkan laporan-laporan mengerikan daripada etnik Rohingya yang berjaya menyelamatkan diri dari perkampungan Chut Pyin di Rathedaung.

Menurut saksi, lebih kurang 200 penduduk yang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dibunuh oleh anggota keselamatan Myanmar dan penduduk tempatan Rakhine.

Tentera-tentera dilaporkan telah menahan sekumpulan lelaki Rohingya dan membawa mereka masuk ke dalam pondok buluh berhampiran dan kemudiannya membakar pondok-pondok buluh berserta dengan tahanan-tahanan tersebut. Jurucakap kerajaan Myanmar tidak dapat dihubungi untuk komen semalam. Sebelum ini, jurucakap tersebut memberitahu The Telegraph bahawa komiti informasi sebenarnya mewakili pandangan kerajaan secara keseluruhan, bukan pandangan Aung San Suu Kyi semata-mata.

Dia (jurucakap) juga mengatakan bahawa kerajaan sedar akan keperluan untuk melindungi “Muslim yang tidak bersalah” sewaktu kerajaan berusaha menumpaskan pejuang kebebasan. Pengarah Burma Campaign UK, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di London, Mark Farmaner mengalu-alukan perbincangan Majlis Keselamatan namun menggesa Kerajaan British untuk pergi meningkatkan usaha dalam bantahan mereka terhadap kejadian yang berlaku di Rakhine.

“Menyokong Aung San Suu Kyi dan pembaharuan di Myanmar tidak bermaksud kerajaan British berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa apabila ratusan Muslim Rohingya disembelih oleh tentera-tentera Myanmar.”
Pilihanraya Presiden Singapura Ditetapkan Pada 23 September

Pilihanraya Presiden Singapura Ditetapkan Pada 23 September

SINGAPURA 4 September – TEPAT jam 5.00 petang tadi, Jabatan Pilihanraya Presiden (ELD) Singapura menutup permohonan bagi Sijil Kelayakan dan Sijil Komuniti bagi menghadapi pilihanraya memilih presiden republik itu.

ELD mendedahkan butiran tersebut dalam satu siaran media petang tadi.

KESEMUANYA terdapat lima permohonan yang diterima ELD dan tiga darinya memohon bagi Sijil Masyarakat Melayu.

Menurut ELD lagi, satu permohonan memohon bagi Sijil Masyarakat Cina dan satu lagi tidak menganggap diri pemohon sebagai anggota masyarakat Melayu, Cina, India atau minoriti lain.

Seorang daripadanya memohon bagi Sijil Masyarakat Cina; dan satu daripadanya mengisytiharkan bahawa beliau tidak menganggap dirinya sebagai anggota masyarakat Cina, masyarakat Melayu, ataupun daripada kaum India atau kaum minoriti lain.

Pilihanraya Presiden 2017 merupakan pilihanraya pertama memilih Presiden Singapura dari kalangan masyarakat Melayu sejak 46 tahun lalu, selepas Yusof Ishak menjadi Presiden pertama republik tersebut.

Minggu lepas ELD mengeluarkan Writ Pilihanraya Presiden bagi tahun 2017.

Pilihanraya Presiden Singapura bakal diadakan pada 23 September ini setelah tempoh perkhidmatan Presiden Tony Tan Keng Yam tamat pada 31 Ogos lalu.

Tarikh penamaan calon telah ditetapkan pada 13 September 2017 di auditorium Persatuan Rakyat, 9 King George’s Avenue, Singapura.

SEKIRANYA terdapat lebih dari seorang calon, maka tarikh 23 September 2017 akan diisytiharkan sebagai hari mengundi.

Berdasarkan kepada perkembangan mutakhir, terdapat tiga calon berpotensi yang melahirkan minat untuk bertanding, iaitu dua darinya merupakan ahli perniagaan dan seorang bekas Speaker Parlimen Halimah Yacob.

Kedua-dua ahli perniagaan tersebut adalah Mohamed Salleh Marican, Farid Khan Kaim Khan sementara Halimah Yacob pula merupakan bekas Speaker yang telah pun membentuk pasukan pilihanrayanya sendiri sejak dari awal lagi.

Ketua Eksekutif Second Chance Properties, Mohamed Salleh 67, mengemukakan permohonan bagi Sijil Kelayakan dan Sijil Komuniti di Jabatan Pilihanraya pada 23 Ogos, sementara Farid Khan 62, Pengerusi Pembekal Perkhidmatan Marin Bourbon Offshore Asia Pacific, berbuat demikian pada 24 Ogos.

Setiap calon mesti mengemukakan kertas pencalonan disertakan dengan Sijil Kelayakan; Sijil Komuniti yang mengesahkan mereka tergolong dalam masyarakat Melayu; dan sijil Derma Politik, kata jabatan itu.
Maut Elak Babi

Maut Elak Babi

PERMAISURI: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan kereta di Kilometer 12, Jalan Chalok-Telaga Papan di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu meragut nyawa, Mohamad Sulaiman Salleh, 19, yang dipercayai cuba mengelak daripada melanggar seekor babi melintas.

Mangsa dikatakan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah Perodua Axia, menyebabkannya cedera parah di kepala.

Rakannya, Muhammad Al-Qusyairi Awang Mat, 17, yang menunggang motosikal berasingan, patah tangan dan kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris, berkata siasatan awal mendapati dua motosikal dari arah Telaga Papan menghala ke Chalok dilapor memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta.

"Pertembungan menyebabkan mangsa yang menunggang seorang diri tercampak ke atas jalan raya sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkifli berkata, berdasarkan keterangan Muhammad Al-Qusyairi, mereka cuba mengelak daripada terlanggar babi yang melintas sebelum memasuki laluan bertentangan.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan.

Mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan susulan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pelantikan Mohamad Fuzi Sebagai KPN Keputusan Kerajaan Melalui SPP - TPM

Pelantikan Mohamad Fuzi Sebagai KPN Keputusan Kerajaan Melalui SPP - TPM

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, 58, adalah keputusan kerajaan yang dibuat menerusi Suruhanjaya Pasukan Polis.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata suruhanjaya itu juga bersetuju mengekalkan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

"Jawatan (Noor Rashid) bagaimanapun dinaikkan ke Turus III dan Suruhanjaya turut memutuskan Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baharu," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Mohamad Fuzi menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib hari ini.

Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Khalid adalah seorang yang "luar biasa" kerana sifat kesetiaannya yang tidak pernah luntur walau dalam apa jua situasi.

Ahmad Zahid berkata bekas Ketua Polis Negara itu juga telah berjaya menyelesaikan segala permasalahan dengan amalan profesionalisme sepanjang menjalankan tanggungjawabnya.

"Apabila saya mengarahkan Ops Cantas Khas dibuat sewaktu mula-mula saya diberi tanggungjawab sebagai Menteri Dalam Negeri, ia dijayakan tanpa persoalan oleh beliau (Khalid) sendiri."

"Saya telah arahkan tiga pasukan elit diwujudkan iaitu Pasukan Tindakan Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Pasukan Tindakan Khas Judi, Maksiat dan Gangsterisme (STAGG) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang mana arahan datang daripada saya kepada Tan Sri Khalid dan ia dilaksanakan bagi menangani semua permasalahan berbeza terus ke sasaran dan tidak melalui hierarki," katanya.

Ahmad Zahid berkata penubuhan ketiga-tiga pasukan elit itu telah menurunkan indeks kadar jenayah kepada 47 peratus secara metodologi konvensional atau 100 peratus jika menggunakan piawaian antarabangsa berdasarkan setiap 100,000 penduduk.

"Saya akan bertindak secara profesional iaitu soal dasar saya akan tentukan tetapi soal operasi saya tidak akan campur tangan dan saya beri kuasa sepenuhnya kepada Ketua Polis dan Timbalan Ketua Polis kerana ia menjadi amalan buat saya," katanya. Timbalan Perdana Menteri turut meluahkan harapan kepimpinan baharu yang diterajui Mohamad Fuzi dapat menaikkan prestasi dan kecemerlangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke tahap lebih tinggi.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksikan majlis menandatangani dokumen dan penyerahan tugas jawatan nombor satu dalam PDRM itu antara Mohamad Fuzi dan Khalid yang berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara selama empat tahun sejak 2013.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Masir Kujat.

Mohamad Fuzi menyertai pasukan beruniform itu pada 8 Jan 1984 sebagai Kadet ASP di Pulapol.

Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Penolong Pengarah Inteligen Politik E4 Cawangan Khas Bukit Aman, Penolong Pengarah Cawangan Khas (Bahagian Politik dan Risikan) yang memangku pangkat SAC I pada 2006 dan Pengarah Cawangan Khas pada Julai 2015.

Beliau juga pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama dua bulan pada 2014.

-- BERNAMA
Malaysia,Indonesia,Filipina Akan Berpakat Hapus Pengganas

Malaysia,Indonesia,Filipina Akan Berpakat Hapus Pengganas

DAVAO CITY: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, akan bertemu dengan pemimpin Malaysia dan Indonesia bagi memformalkan perincian pakatan antikeganasan, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

Dalam temu bual bersama media lewat tengah malam Ahad, Duterte berkata, beliau, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sudah bersetuju untuk bertemu di kawasan berhampiran Filipina seperti Sabah dan Jakarta.

"Kami bersetuju untuk berbincang, ketiga-tiga kami. So naghintay lang kami ng timing (Kami cuma menunggu masa yang sesuai)," katanya dalam temu bual dengan pemberita di luar sambutan hari lahir Anggota Perwakilan Davao City, Karlo Nograles.

Duterte berkata, kemungkinan besar pakatan itu membabitkan penubuhan pasukan petugas khas bersama untuk menjejaki anggota ISIS.

"Saya akan buka sempadan negara saya kepada pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia. Saya akan laksanakan... mereka akan diberi akses," katanya dipetik berkata oleh PNA.

Menurut Presiden itu, mesyuarat sudah diusahakan dan hanya perlu diformalkan.

"Kita perlu berjumpa secara berdepan dan bersetuju dengan agenda perbincangan itu.

"Saya cuma boleh berada di sana mungkin untuk sehari dua. Buat masa sekarang tidak boleh, saya tidak ada masa sekarang kerana saya perlu tangani masalah yang serius di sini," katanya.

Duterte berkata, beliau juga perlu melawat Marawi lebih kerap sehingga krisis berakhir.

Katanya beliau turut melihat situasi di bahagian lain di Mindanao seperti Buldon dan Maguindanao, yang berdepan pertempuran setiap hari.

"Saya tidak tahu bagaimana perkara ini berlaku tetapi saya mahu mengekang semua ini menjelang hujung tahun," katanya.

Semasa ulang tahun ke-11 Eastern Mindanao Command di Davao City pada Jumaat lalu, Duterte berkata, beliau menimbang untuk menarik balik undang-undang tentera.

"Tengok dulu. Jika ia dilakukan untuk kepentingan negara, saya akan tarik balik. Akan tetapi jika tidak, kita akan teruskan dengan pemerintahan tentera," katanya.

Duterte bagaimanapun memberi jaminan, beliau akan mengusahakan proses damai dengan Barisan Pembebasan Islam Moro serta Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro.

"Jika kita tidak dapat menyusun semula struktur politik yang memenuhi keperluan semua orang dan menunaikan permintaan mereka kerana ia permintaan sah, Mindanao akan berperang sepanjang masa," katanya. - BERNAMA
Pelarian Rohingya Ke Bangladesh

Pelarian Rohingya Ke Bangladesh

COX'S BAZAR: Hampir 90,000 pelarian Rohingya sudah melarikan diri ke Bangladesh sejak keganasan tercetus di Myanmar bulan lalu, sekali gus memberi tekanan kepada agensi kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan.

Insiden keganasan di Myanmar tercetus susulan serangan pada 25 Ogos lalu ke atas puluhan pusat pemeriksaan polis dan pangkalan tentera oleh militan Rohingya.

Serangan balas daripada pihak tentera menyebabkan sekurang-kurangnya 400 penduduk terbunuh.

Pihak berkuasa Myanmar menuduh militan Rohingya membakar rumah dan punca kematian orang awam, namun pemantau hak asasi dan pelarian Rohingya di Bangladesh mendakwa ia dilakukan pihak tentera dalam usaha menghalau mereka keluar dari negara itu. - Reuters
Korea Selatan 'panaskan badan'

Korea Selatan 'panaskan badan'

SEOUL: Tentera Korea Selatan mengumumkan pihaknya mengadakan latihan senjata awal pagi tadi sebagai tindak balas ujian nuklear Pyongyang semalam, dengan menyasarkan kawasan lokasi ia diadakan.

Ketua staf tentera Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata, latihan tentera itu membabitkan peluru berpandu udara jarak jauh dan peluru berpandu balistik.

"Latihan hari ini hanya membabitkan tentera Korea Selatan, namun kami bersiap sedia untuk mengadakan ujian dengan tentera Amerika Syarikat (AS)," kata kenyataan itu.

Sementara itu, AFP melaporkan tentera Korea Selatan menjalankan latihan simulasi serangan terhadap tapak pelancaran nuklear Korea Utara.

Agensi berita Yonhap yang memetik ketua staf tentera melaporkan, latihan itu adalah susulan ujian nuklear kali keenam Korea Utara dan ia membabitkan peluru berpandu balistik Hyunmoo dan jet pejuang F-15K.

Semalam, Korea Utara meletupkan bom hidrogen yang direka untuk peluru berpandu jarak jauh dan Pyongyang menyifatkan ujian itu sebagai 'satu kejayaan besar'. - Reuters/AFP
 200 keluarga di kem pelarian Syria terima daging korban

200 keluarga di kem pelarian Syria terima daging korban

KUALA LUMPUR: Lebih 700 keluarga pelarian Syria termasuk di pinggir wilayah konflik Aleppo, menerima daging korban sempena Aidiladha sempena program korban dua badan kemanusiaan (NGO) Malaysia.

Sejumlah 261 kambing dikorbankan sempena program korban agung anjuran Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) dan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) hasil sumbangan rakyat Malaysia, tidak termasuk 50 ekor kambing di Turki.

Daripada jumlah itu, 20 ekor dikorbankan dan dagingnya diagihkan untuk pelarian Syria di Gazientep, Turki.

Jurucakap MLLFS berkata, sekurang-kurangnya 200 keluarga di kem pelarian Syria di Sanliurfa, Turki, menerima daging korban itu termasuk golongan ibu tunggal, warga emas dan anak yatim.

"Ini adalah kali pertama MLLFS bekerjasama dengan TSDBJ bagi menjayakan program korban untuk pelarian Syria. Kerjasama NGO anak muda ini selepas kejayaan misi konvoi ambulans ke Syria," katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, lima sukarelawan MLLFS dan TSDBJ diketuai sukarelawan, Ubaidah Basit, berlepas dari Malaysia pada 29 Ogos lalu untuk menjayakan misi korban di Turki dan Syria.
Mereka dijangka pulang ke Malaysia pada 7 September ini.

Maklumat lanjut mengenai program itu boleh didapati dengan melayari laman Facebook Malaysian Life Line For Syria atau Tangisan Syria di Bumi Jordan.-BERITA HARIAN
Pemacing Maut Dipanah Petir

Pemacing Maut Dipanah Petir

KUALA LUMPUR, 4 Sept ― Seorang pemancing lemas selepas terjatuh akibat dipanah petir ketika memancing dalam hujan.

Amril Ramli, 25, jatuh ke Tasik Taman Metropolitan Batu Muda di sini kira-kira jam 6 petang kelmarin, lapor Kosmo!

Ketua pusat gerakan operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata rakan mangsa berusia 20-an turut cedera dipanah petir.

"Rakan mangsa bagaimanapun selamat. Kami mengambil masa lebih 20 minit untuk mengesan mangsa," kata Zamani Ismail.

Rakan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Maut Ditendang Lembu Korban

Maut Ditendang Lembu Korban

KUALA KRAI 4 Sept — Seorang lelaki warga emas maut selepas ditendang lembu korban, Jumaat lalu.

Kamarudin Mamat, 65, cedera dalaman di dada selepas ditendang ketika cuba mengikat kaki haiwan itu kira-kira jam 9 pagi, lapor Utusan Online.

Isterinya, Che Hasmah Abd. Rahman, 59, berkata Kamarudin kemudian diusung ke rumahnya di Kampung Dusun Durian, Seri Mahligai di sini.

"Ketika itu, suami saya masih sedar dan boleh bercakap. Arwah mengadu sesak nafas dan meninggal dunia ketika kami dalam perjalanan mendapatkan rawatan," katanya.

Kejadian yang menimpa Kamarudin menular melalui media sosial terutama aplikasi Whatsapp.-MALAY MAIL
Bergaduh Dengan Kekasih Akhirnya Bunuh Diri

Bergaduh Dengan Kekasih Akhirnya Bunuh Diri

KUALA LUMPUR, 4 Sept — Seorang gadis maut selepas terjun dari tingkat 17 di sebuah kondominium selepas bertengkar dengan kekasihnya.

Mangsa dikenali Mei Lan, 23, dikatakan berselisih faham dengan kekasih yang menyewa di Kondomunium 288 Residence di Kuchai Lama, lapor Kosmo!

"Mangsa maut di lokasi selepas jatuh di tingkat tiga berhampiran kolam renang dalam bangunan tersebut. Ketika kejadian, teman lelakinya cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal," kata sumber.

Ketua polis daerah Brickfields berkata tiada unsur jenayah dalam kejadian jam 2.30 petang kelmarin.

ACP Ruslan Khalid berkata kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut.-Malay Mail



Langsaikan Tugas, Khalid Bangga Beri Khidmat ‘Terbaik’

Langsaikan Tugas, Khalid Bangga Beri Khidmat ‘Terbaik’

KUALA LUMPUR, 4 Sept ― Tan Sri Khalid Abu Bakar berbangga dengan percapaiannya sepanjang 41 tahun berkhidmat dalam polis.

"Saya dah berikan yang terbaik dan tiada perkara belum selesai yang perlu saya langsaikan," kata bekas ketua polis negara dipetik Malaysiakini.

Yakin dengan kebolehan penggantinya, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun, Khalid mahu terus berbakti bersama polis dengan caranya sendiri.

Timbalan perdana menteri berkata pelantikan Fuzi adalah keputusan kerajaan melalui Suruhanjaya Pasukan Polis.

Datuk Seri Zahid Hamidi berkata keputusan sebulat suara dibuat dalam mesyuarat khas baru-baru ini, lapor Utusan Online.

"Kerajaan bersetuju untuk melantik Mohamad Fuzi sebagai ketua polis negara baru," kata menteri dalam negeri itu.

Beliau berkata Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pula kekal sebagai timbalan ketua polis negara dan dinaikkan gred Turus 3.
Mereka Memang Pengganas

Mereka Memang Pengganas

KUALA LUMPUR: Pada ambang persaraan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) masih mengambil berat tentang keselamatan negara, terutamanya ancaman keganasan.

Orang nombor satu Bukit Aman itu bekerja erat dengan pihak polis Filipina bagi memastikan Malaysia tidak dijadikan kubu persembunyian pengganas.

Dalam pada itu, beliau mengesahkan lapan suspek Kumpulan Abu Sayyaf sudah diberkas pada Rabu lalu.

"Kami sentiasa berwaspada dengan apa sahaja ancaman, dari luar negara atau domestik.

"Polis Diraja Malaysia, terutamanya Bahagian Anti Keganasan sentiasa bertindak proaktif dalam mengumpul maklumat risikan dan juga mengambil langkah sepatutnya untuk menangani keganasan.

"Keselamatan dan keamanan rakyat adalah keutamaan kami," katanya kepada The Star pada Ahad.

KPN itu berkata demikian bagi mengulas laporan eksklusif The Star tentang penahanan militan Malaysia dan Filipina di ibu negara.

Khalid dijadualkan bersara wajib pada hari ini (Isnin). Sumber berkata, semua militan itu termasuk ketuanya, Hajar Abdul Mubin ditahan dalam operasi yang diadakan di Cheras pada malam Hari Kebangsaan, 30 Ogos.


Mohamad Fuzi Harun KPN Baharu

Mohamad Fuzi Harun KPN Baharu

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (gambar) dilantik menjadi Ketua Polis Negara yang baharu.

Beliau menggalas jawatan itu daripada Tan Sri Khalid Abu Bakar yang bersara wajib pada Isnin.
Pelantikan yang dibuat ke atas Pengarah Cawangan Khas itu dan bukannya Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim telah memberikan kejutan kepada ramai pihak.

Sebelum menjadi Pengarah Cawangan Khas, Mohamad Fuzi sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Pengurusan Bukit Aman dan Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.

Majlis penyerahan jawatan itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin.


Penjenayah Jadi Model

Penjenayah Jadi Model

TAHUN lalu, seorang pemuda berusia 20 tahun, Mekhi Alante Lucky ditahan di North Carolina atas kesalahan memandu kereta curi dan melebihi had laju.

Pemuda itu langsung tidak menyangka kejadian itu bakal merubah hidupnya sepenuhnya, tetapi ke arah lebih baik.

Gambar 'mugshot' Lucky tular dan baru-baru ini dia dilamar menjadi model untuk agensi peragaan Atlanta.

Namanya sendiri yang membawa tuah, Lucky berjaya menyelamatkan diri daripada dimasukkan ke penjara pada Mei tahun lalu, tetapi kerap ditahan atas beberapa kesalahan lain selepas itu.

Antara April hingga Disember 2016, Lucky didakwa atas kesalahan mengasari wanita dan pegawai awam serta melanggari hukuman parol.

Namun, masa silam pemuda yang bermasalah itu tidak menghalang Agenci Peragaan St Claire yang berpengkalan di Atlanta untuk menandatangani Lucky sebagai modelnya sebaik mereka melihat gambar 'mugshot' Lucky tersebar di laman sosial.

Lucky patut mengucapkan terima kasih kepada pengendali akaun Twitter yang menggunakan nama 'Wake Mugshot'kerana menyebabkan dirinya kini mempunyai pekerjaan baharu iaitu bergelar model fesyen.

Wajah unik Lucky yang memiliki warna mata yang berlainan iaitu perang dan biru mencuri tumpuan netizen sehingga digelar 'Prison Bae'.

Model dengan ketinggian 1.77m itu kini semakin popular dan memiliki 22,000 pengikut di Instagram. - Oddity Central


Tetamu Kenduri Kebas Wang Ditangkap

Tetamu Kenduri Kebas Wang Ditangkap

TUMPAT: Datang sebagai 'tetamu' kenduri kahwin namun menyelinap masuk ke dalam bilik untuk mencuri wang.

Bagaimanapun taktik penyamaran seorang wanita berusia 53 tahun itu terbongkar apabila dia diberkas ahli keluarga pengantin apabila cuba melarikan diri bersama wang tunai RM113.

Kejadian  kira-kira jam 3.15 petang di Kampung Nechang petang Sabtu ketika majlis perkahwinan pasangan pengantin baru Saidatul Akma Che Seman dan suaminya, Mohd Redzuan  Abdul Wahad.

Bapa pengantin perempuan, Che Seman Mamat, 58, berkata, salah seorang anaknya menyedari kelakuan pelik wanita itu yang tiba-tiba naik ke tingkat atas ketika menyambut kedatangan pengantin lelaki.

"Anak saya mengekorinya dan selepas melihat duit di dalam beg hilang, dia terus menjerit pencuri dan akhirnya wanita itu dapat ditangkap di garaj rumah yang tergesa-gesa mahu keluar melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Nik Azlan Nik Ibrahim mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, wanita tersebut ditahan reman selama tiga hari bermula Ahad untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Menurutnya, suspek mempunyai rekod jenayah lampau sebanyak 9 kes berkaitan kes curi.

"Saya menasihati orang ramai lebih berhati-hati dan mengunci pintu bilik yang menyimpan barang berharga, wang hantaran sepanjang kenduri kahwin berlangsung," katanya. - Sinar Harian

Tipu pengantin, wanita ditahan polis

Tipu pengantin, wanita ditahan polis

SHAH ALAM, 3 Sept ― Pemilik butik perancang perkahwinan yang sebelum ini direman selama dua hari bermula Khamis lalu di Klang, ditahan semula petang Jumaat bagi membantu siasatan terhadap empat lagi laporan baharu yang dibuat ke atasnya di sini.

Ketua polis daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada kira-kira dua petang sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan reman oleh Jabatan Siasatan Jenayah IPD Shah Alam selepas pihaknya menerima empat laporan polis berhubung dakwaan menipu yang dikaitkan dengan suspek, melibatkan kerugian kira-kira RM20,000.

“Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul lapan malam hari yang sama selepas selesai siasatan, pasport antarabangsanya turut ditahan sebagai langkah mengelakkan dia melarikan diri ke luar negara,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis korban sempena Hari Raya Aidiladha di sini semalam.

Kata Shafien, siasatan awal pihaknya mendapati kebanyakan laporan polis ke atas pemilik butik perkahwinan itu dibuat oleh bakal pengantin yang telah membayar deposit kerana khuatir dengan perkhidmatan yang diberi.

Ini berikutan tularnya video yang menunjukkan pejabat butik berkenaan diserbu oleh pengantin yang tidak berpuas hati dengan khidmat yang diberi.

“Saya jangka lebih ramai pelanggan suspek akan membuat laporan polis untuk menuntut kembali deposit mereka,” katanya.

Shafien berkata pihaknya telah membuka satu kertas siasatan berhubung kes berkenaan bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pada 31 Ogos lalu, Mahkamah Majistret Klang mengeluarkan perintah reman selama dua hari sehingga Jumaat ke atas suspek bagi membantu siasatan kes penipuan pakej perkahwinan yang membabitkan kira-kira 100 pasangan dan bakal pengantin dengan kerugian dianggarkan bernilai kira-kira RM497,000. ― Bernama


Tak Bayar Saman Akan Dibawa Ke Mahkamah

Tak Bayar Saman Akan Dibawa Ke Mahkamah

TANAH MERAH, 4 Sept — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yakin dapat menyelesaikan masalah kedegilan pesalah trafik menjelaskan saman (kompaun) menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan tindakan mahkamah.

Ketua pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron berkata tindakan mahkamah itu dilakukan berikutan terdapat pesalah trafik memandang mudah terhadap saman yang dikeluarkan kepada mereka selepas sistem itu dikuatkuasakan sejak 15 April lepas.

"Kita akan meneruskan tindakan itu walaupun terdapat pertikaian daripada pelbagai pihak oleh kerana kita tahu terdapat pengguna jalan raya yang degil untuk membayar kompaun RM150 atas kesalahan yang dilakukan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup program 1Komuniti 1JPJ di sini, semalam.

Nadzri berkata tindakan mahkamah tersebut sudah mendapat arahan daripada peguam negara yang mana pesalah trafik yang gagal membayar saman dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh kompaun akan didakwa di mahkamah dan berdepan denda sehingga RM2,000.

"Sehingga kini pihak kami masih mengesan pesalah-pesalah tersebut sebelum dikenakan tindakan mahkamah," katanya.

Beliau berkata setakat ini, saman yang dikeluarkan AES merangkumi dua jenis kesalahan iaitu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah. — Bernama

Mahu Bantu Nahas Motorsikal.Kena Rempuh Pula

Mahu Bantu Nahas Motorsikal.Kena Rempuh Pula

SEREMBAN, 4 Sept ― Enam cedera termasuk empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kemalangan membabitkan ambulans milik APM dan sebuah kereta Perodua Myvi di jalan Bukit Putus, Kuala Pilah di sini, tengah hari tadi.

Timbalan pengarah APM negeri Mejar Mohd Rohaidi Halim yang mengesahkan kejadian itu berkata kemalangan berlaku pada pukul 1.45 tengah hari ketika empat anggotanya dari Seremban menuju ke jalan berkenaan bagi memberi bantuan kepada mangsa kemalangan motosikal di situ.

“Ketika sampai di lokasi, ambulans berkenaan telah berhenti untuk membuat pusingan U kerana lokasi kemalangan adalah di arah bertentangan dan ketika itu keadaan lalu lintas agak sesak dengan kenderaan.

“Ketika ambulans sedang membuat pusingan U menuju ke lokasi kes, datang sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua orang daripada arah yang sama telah memotong barisan kenderaan yang sesak dan kemudian merempuh sisi kanan ambulans.

“Ketika kejadian siren masih dihidupkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Berikutan itu, empat anggota APM masing-masing berumur 52, 31, dan dua lagi lingkungan 20 tahun telah mengalami kecederaan dengan dua daripada mereka ditempatkan di zon merah Hospital Tuanku Jaafar Seremban, seorang di zon kuning manakala seorang lagi di zon hijau.

Beliau berkata kedua-dua pemandu dan penumpang Perodua Myvi turut berada di zon merah di hospital yang sama untuk menerima rawatan. ― Bernama


Polis buru suspek ketiga samun

Polis buru suspek ketiga samun

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Polis masih memburu suspek ketiga kes cubaan samun terhadap seorang mekanik selepas dua rakannya ditahan dalam kejadian di hadapan sebuah pusat snuker di Jalan Setapak, di sini pada pagi Hari Raya Aidiladha kelmarin.


Mohd. Roy Suhaimi Sarif
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, suspek lelaki yang dikenali sebagai Udin itu dipercayai sedang bersembunyi berikutan berjaya melarikan diri selepas kejadian tersebut.


“Kita sedang giat memburu seorang lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh hasil daripada rakaman percakapan kedua-dua rakan suspek yang ditahan.

“Kedua-dua suspek kini dalam tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hari ini, media melaporkan sambutan Hari Raya Aidiladha kelmarin dicemari dengan tindakan tiga pemuda yang cuba menyamun seorang mekanik pada pukul 8.10 pagi di Jalan Setapak, di sini.

Ketika kejadian, mangsa berusia 34 tahun itu sedang berjalan bersendirian untuk pergi sarapan sebelum tiga suspek yang masing-masing menaiki motosikal dengan salah seorang daripada mereka bersenjatakan parang tiba-tiba menghampiri mangsa dan cuba merentap beg silang milik mangsa.

Mangsa cuba mempertahankan beg silang miliknya sambil bergelut dengan penjenayah terbabit sebelum kejadian itu disedari orang awam yang kemudian menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Akibat kejadian itu, dua suspek berusia 28 dan 30 tahun cedera dibelasah orang awam manakala seorang lagi rakan mereka meloloskan diri. Kedua-dua suspek kemudian diserahkan kepada anggota polis yang datang ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu.-UTUSAN MALAYSIA


Khamis, 31 Ogos 2017

PM Thailand Pertahan Malaysia Juara Sukan Sea

PM Thailand Pertahan Malaysia Juara Sukan Sea

PERDANA Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha mempertahankan Malaysia yang mengungguli kutipan pingat emas terbanyak dalam temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017), dengan menyatakan ‘ia adalah normal’ bagi negara tuan rumah berdasarkan persiapan yang lebih baik untuk menghadapi sukan terbesar di Asia Tenggara itu.

Walaupun memuji aksi atlet Gajah Putih dalam temasya dwitahunan itu, beliau berkata ‘beberapa persatuan sukan’ di negara berkenaan masih dibelenggu masalah dan mahu ia diperbaiki sebaik pulang ke Thailand.

“Adalah sesuatu yang normal bagi negara tuan rumah akan mendapat lebih banyak (pingat emas) berdasarkan persediaan yang dilakukan.

"Sama seperti kami, apabila menjadi tuan rumah, kami juga boleh menguruskan jenis sukan dan kali ini mereka (Malaysia) mempunyai persiapan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita di Rumah Kerajaan, di sini hari ini.

Walaupun menduduki tempat kedua di belakang Malaysia dalam keseluruhan pungutan pingat dan kehilangan mahkota serantau, Perdana Menteri menegaskan beliau masih berpuas hati dengan prestasi cemerlang atlet Thailand dalam temasya itu yang membabitkan pelbagai jenis sukan.

“Kami gembira kerana menduduki tempat kedua walaupun saya mahu mereka terus mengungguli carta teratas pungutan pingat,” katanya.

Komen Prayut itu dibuat susulan kritikan yang dilemparkan oleh media dan peminat Gajah Putih itu terhadap aspek penganjuran KL2017 oleh Malaysia.

Selain mengkritik negara tuan rumah mengenai perkara-perkara remeh semasa penganjuran Sukan Sea seperti kekurangan makanan dan pengangkutan atlet, mereka juga menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat kesukanan dalam misi tuan rumah untuk mengungguli pungutan pingat dan bergelar juara keseluruhan.

Akhbar berbahasa Inggeris, Bangkok Post dalam artikel bertajuk 'An ugly tradition continues in Malaysia' hari ini berkata emosi semakin tinggi dalam kalangan peminat dan wartawan Thailand yang meluahkan kemarahan mereka dengan melabelkan Sukan Sea Kuala Lumpur sebagai “SEA Kong” atau (SEA Tipu) .

Ia juga berkata ketua kontinjen Thailand dalam temasya dwitahunan itu, Thana Chaiprasit mendakwa penganjuran KL2017 adalah paling teruk berbanding penganjuran Sukan Sea yang lain serta Sukan Olimpik dan Sukan Asia.

Beliau juga mendakwa pegawai dari negara lain turut berkongsi pendapat yang sama.

Walaupun kritikan pedas dilemparkan oleh Bangkok Post, satu lagi akhbar harian berbahasa Inggeris , yang popular di sini, The Nation lebih bersifat introspektif dalam menilai prestasi Thailand pada temasya KL2017, memilih untuk menyalahkan prestasi atlet negara itu yang hambar berbanding Malaysia.

Dalam teguran keras terhadap pihak berkuasa sukan negara itu, akhbar The Nation dalam lidah pengarangnya baru-baru ini berkata negara itu gagal terutama dalam acara sukan antarabangsa pada temasya dwitahunan berprestij itu yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

“Pada temasya Kuala Lumpur 2017, Thailand telah gagal terutamanya dalam 'sukan antarabangsa'. Pendek kata sekiranya acara sukan serantau (tradisional) dikeluarkan daripada carta pingat, negara masih ketinggalan di belakang Malaysia, Singapura dan Vietnam," katanya.

Penyenaraian sukan tradisional dalam Sukan Sea, katanya, dijadikan alasan oleh negara itu jika ia kalah kepada Malaysia tetapi ia tidak boleh bergantung kepada alasan dan hujahan itu lagi kali ini.- Bernama

Rabu, 30 Ogos 2017

Operasi Tren, Bas Dilanjut Sempena Upacara Penutup Sukan SEA

Operasi Tren, Bas Dilanjut Sempena Upacara Penutup Sukan SEA

PETALING JAYA: Perkhidmatan kereta api dan bas di sekitar Lembah Klang akan dilanjutkan untuk memudahkan orang ramai yang menyaksikan upacara penutupan Sukan SEA (KL2017), Rabu malam.

Kenyataan Keretapi Tanah Melayu (KTM) memaklumkan, pihaknya akan menyediakan tambahan tren di empat laluan Komuter.

Waktu operasi untuk enam stesen iaitu KL Sentral, Kuala Lumpur, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Sungai Buloh dan Subang Jaya akan terus dibuka untuk perkhidmatan tren tambahan.

Penumpang yang menggunakan tren untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil dinasihatkan turun di stesen Bandar Tasik Selatan dan bertukar menggunakan LRT ke Bukit Jalil.
Perkhidmatan tambahan KTM Komuter adalah seperti berikut:
1. Dari Bandar Tasik Selatan di laluan Serdang-Batu Cave. Tren terakhir bertolak pada 12.37 pagi.
2. Dari Bandar Tasik Selatan di laluan Putra-Seremban. Tren terakhir berlepas pada 1.30 pagi.
3. Dari KL Sentral menggunakan laluan KL Sentral-Rawang. Tren terakhir bertolak pada 1.30 pagi.
4. Dari KL Sentral di laluan Putra-Pelabuhan Klang. Tren terakhir berlepas pada 1.44 pagi.
KTM Komuter juga mengumumkan kad Komuter Link akan diedarkan secara percuma kepada penumpang yang membeli nilai tambah RM5 bagi mengaktifkan kad berkenaan.
Ia boleh didapati di semua kaunter tiket KTM Komuter.
Sementara itu, Rapid KL juga akan melanjutkan operasi LRT, MRT, KL Monorail dan RapidKL bus pada Rabu malam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Rapid KL berkata, perkhidmatan LRT akan dilanjutkan ke jam 2 pagi di stesen Bukit Jalil dan Masjid Jamek, makala stesen Bandaraya dan KLCC kekal hingga jam 1 pagi.

"Untuk khidmat MRT, operasi stesen di Mutiara Damansara, Bukit Bintang dan Bandar Utama akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi, manakala operasi KL Monorail di stesen Hang Tuan kekal hingga jam 1 pagi.

"Penumpang dinasihatkan menggunakan kad MyRapid Touch 'n Go untuk kesenangan mereka. Bagaimanapun bagi yang menggunakan token, diingatkan supaya membeli token untuk perjalanan pulang sebelum meninggalkan stesen sama ada di Bukit Jalil, KLCC atau Dataran Merdeka," katanya.-mStar
Najib Ke AS Mimpi Ngeri Pembangkang Semakin Bertambah

Najib Ke AS Mimpi Ngeri Pembangkang Semakin Bertambah

KUALA TERENGGANU: Jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donal Trump untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Rumah Putih bulan depan, adalah igauan ngeri buat pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata usaha dilakukan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang mengeluarkan memorandum mempengaruhi Kabinet supaya tidak membenarkan Najib memenuhi undangan ke AS, membuktikan pembangkang tidak senang duduk dengan kejayaan Perdana Menteri.

"Tindakan Kit Siang membuktikan beliau cuba menukar skrip ciptaannya apabila isu kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) dibangkitkannya menuju kehancuran, selepas kerajaan memenuhi desakannya supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCL).

"Beliau hanya mahu memburukkan nama kerajaan dan Perdana Menteri yang diberi mandat sepenuhnya oleh Jemaah Menteri untuk memenuhi undangan Donald Trump membuat lawatan ke White House (Rumah Putih).

"Desakan Kit Siang supaya Kabinet menolak jemputan kerajaan AS kepada Perdana Menteri adalah tidak berasas dan menjadi igauan ngeri kepada pakatan pembangkang," katanya pada sidang media selepas perjumpaan bersama jawatankuasa UMNO negeri, di sini, tengah hari tadi.

Annuar mengulas desakan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah supaya Kabinet menolak jemputan Presiden AS kepada Najib untuk melawat White House pada 12 September ini.

Beliau berkata, kunjungan Najib yang juga Presiden Barisan Nasional (BN) ke White House mampu meningkatkan hubungan diplomatik dan ekonomi kedua-dua negara, malah jemputan Trump itu adalah satu penghormatan kepada Najib dan Malaysia.

"Lawatan Najib ke AS dijangka memberi impak besar kepada negara terutama dalam membina hubungan strategik lebih erat dan hubungan ekonomi yang lebih bermanfaat.-BERITA HARIAN
ADUN Kepayan Meninggalkan DAP

ADUN Kepayan Meninggalkan DAP

ADUN Kepayan meninggalkan DAP dengan memberikan alasan ‘perbezaan’ dengan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong sebagai punca utama.

Susulan, keputusannya itu, Dr Edwin Bosi menerusi satu kenyataan berkata beliau akan melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi DAP Sabah dan ketua whip negeri mulai esok.

“Saya membuat keputusan ini dengan berat hati tetapi demi mengekalkan keharmonian DAP Sabah, saya bersedia meninggalkan parti,” katanya.

Pada 1 Ogos lalu, Bosi yang juga bekas Setiausaha DAP negeri menafikan beliau akan keluar parti.

Sebelum ini, beliau pernah digantung jawatannya selama tiga bulan oleh jawatankuasa disiplin nasional pusat dan tempoh penggantungannya berakhir akhir bulan ini.

Berikutan itu, Bosi mengikut jejak langkah ADUN Luyang, Hiew King Cheu yang kini menyertai MCA, manakala ADUN Likas, Junz Wong bersama Parti Warisan Sabah.

Pada ketika ini, wakil tunggal DAP di DUN Sabah adalah ADUN Sri Tanjung, Chan Foong Hin.
Kit Siang Gusar Lawatan Najib Ke AS,Mengapa?

Kit Siang Gusar Lawatan Najib Ke AS,Mengapa?

Pembangkang khuatir lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) bulan depan bakal membuktikan bahawa Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu tidak pernah memburu Perdana Menteri.

Individu yang paling risau ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang selama ini mendendang cerita kononnya DoJ memburu Perdana Menteri.

Surat ahli politik veteran DAP itu kepada anggota Kabinet jelas menunjukkan beliau cuba mengalih perhatian daripada maklumat diperolehi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) yang memberi tamparan hebat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Komunikasi Dan Mutimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengulas surat terbuka Kit Siang semalam yang menggesa lawatan kerja Najib ke Washington yang dijadulakan pada 12 September dibatalkan.

“Surat terbuka kepada semua anggota Kabinet itu mungkin tidak pelik jika ia dihantar seseorang yang baharu melibatkan dalam politik, tetapi bukan daripada seseorang yang sudah berkecimpung lebih 50 tahun dalam bidang politik,” kata Salleh dalam blognya.

Tambahnya, surat terbuka itu merupakan suatu percubaan aneh Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga perbuatan yang bersifat amatur.

“Kesimpulannya, Kit Siang cuba mengatakan bahawa perdana menteri tidak sepatutnya pergi ke AS untuk bertemu Presiden Donald Trump sehinggalah beliau bebas daripada semua tuduhan berkaitan 1MDB.

“Apakah tuduhannya? AS tidak pernah membuat sebarang tuduhan terhadap Najib. Dr Mahathir yang membuat semua tuduhan itu,” kata bekas Speaker DUN Sabah itu.
PKR Retak Angkara DAP Bubarkan Pakatan Rakyat 2015

PKR Retak Angkara DAP Bubarkan Pakatan Rakyat 2015

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Anggota PKR telah meletakkan kepercayaan mereka kepada pemimpin parti, maka tiada keperluan untuk mengadakan kongres khas bagi meminta pandangan ahli-ahli samada meneruskan atau membatalkan rundingan kerjasama PAS-PKR.

Demikian dinyatakan oleh Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika menolak dakwaan Rafizi Ramli agar kerjasama PKR-PAS diputuskan oleh ahli-ahli parti itu sendiri.

Timbalan Presiden PKR itu juga menolak penjelasan Naib Presiden beliau sendiri dan menganggap ia adalah pandangan individu, selepas Rafizi berkata tindakan Azmin itu telah menyebabkan keretakan dalaman parti.

Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor, menegaskan bahawa ahli-ahli parti telah menunjukkan sokongan mereka terhadap para pemimpin PKR melalui undian sewaktu pemilihan parti.

“Bagi saya, kenyataan Rafizi adalah pendapat peribadi yang tidak perlu dibincangkan oleh parti. Setiap pemimpin organisasi mempunyai pendapat yang berbeza.

“Bagaimanapun, kepimpinan yang baik bermakna mempunyai kebijaksanaan dan disiplin untuk menguruskan pendapat ini tanpa menunjukkan apa-apa kepada media,“ kata Azmin, merujuk jelas kepada kenyataan Rafizi yang disiarkan semalam.

Azmin bercakap selepas menandatangani tiga perjanjian untuk kerja-kerja penyelenggaraan pasca penutupan selama lima tahun dengan Worldwide Holdings Berhad menguruskan tiga tempat pembuangan sampah di Selangor.

Semasa ditanya sama ada beliau telah bertemu Rafizi baru-baru ini untuk membincangkan perkara itu, Azmin berkata pemimpin parti sentiasa berinteraksi semasa mesyuarat dan acara.

“Dia adalah naib presiden saya, saya melihatnya semasa acara parti atau mesyuarat parti (hampir) setiap hari. Kami sudah mempunyai mekanisme dan kaedah untuk membincangkan (isu PKR-PAS) tetapi tidak pernah dimaklumkan pada saya,” katanya.

Semalam, Rafizi menyeru kongres khas PKR supaya ahli parti boleh memutuskan sama ada PKR perlu terus mengadakan rundingan dengan PAS, dengan mengatakan usaha Azmin untuk terus berunding dengan PAS telah menyebabkan keretakan dalaman PKR.

Ahli Parlimen Pandan itu juga mencadangkan supaya ahli-ahli akar umbi PKR dibenarkan untuk menilai sama ada kepentingan politik atau prinsip parti yang lebih utama.

Minggu lepas, Ahli Parlimen Selayang (PKR) Willam Leong meletakkan jawatan beliau dari biro politik PKR sebagai bantahan terhadap usaha berterusan Azmin berunding dengan PAS bagi menumbangkan UMNO Barisan Nasional pada PRU 14 nanti.

Azmin berpendapat bahawa PAS mesti menyetai Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan pertembungan pelbagai penjuru pada PRU 14, yang berkemungkinan besar memecah belahkan undi pembangkang, tanpa kerjasama PAS.

PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR pada awal tahun ini dengan mengemukakan tiga sebab antaranya PKR menentang RUU 355 untuk memperkasakan mahkamah syariah dan PAS secara terbuka berkonfrantasi dengan mana-mana gabungan parti-parti yang bersekutu dengan parti ultra perkauman DAP.

PAS juga mengancam bertanding menentang Azmin Ali di kubu kuatnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak, yang dimenangi Azmin pada 2013.

Sekutu rapat PKR, parti ultra perkauman DAP dan PAN senada dengan Ahli Parlimen Selayang (PKR), William Leong dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah melahirkan bantahan mengenai usaha berterusan Azmin berunding dengan PAS, tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil.

Di samping itu, ASPIRASI PERDANA sebelum ini melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Elizabeth Wong senada dengan Azmin bahawa pakatan pembangkang masih memerlukan PAS lantaran PAN dan PPBM dianggap “masih bayi” dan tidak dikenali pengundi Melayu-Islam.

Ternyata, keretakan dalaman sedang terjadi pada PKR berakibat dari kebiadapan parti ultra perkauman DAP membubarkan Pakatan Rakyat pada 2015.

Tiada mana-mana pemimpin DAP mengulas isu ini dan mereka mempunyai banyak alasan untuk menyalahkan PKR sekiranya Pakatan Harapan tewas pada PRU 14 nanti.-ASPIRASI PERDANA
KL2017: Van Huizen Pertahan Maruah Anak Buah

KL2017: Van Huizen Pertahan Maruah Anak Buah

KUALA LUMPUR: Ketika ramai yang mempersoalkan kejayaan mudah skuad hoki lelaki negara memenangi emas semalam, ketua jurulatihnya Stephen Van Huizen bingkas mempertahankan keputusan untuk menyenaraikan barisan terkuat pada temasya Sukan SEA kali ini.

Menurut jurulatih berusia 58 tahun itu, walaupun tahap hoki di temasya dwitahunan itu sedikit rendah, namun tetap menjadi impian barisan pemainnya beraksi di Sukan SEA apatah lagi dengan status Malaysia sebagai tuan rumah.

"Ini saja pasukan yang kita ada memandangkan Sukan SEA kali ini mempertandingkan empat acara hoki sekali gus memerlukan kelompok pemain yang besar.

"Lagipun ada 12 pemain daripada skuad kali ini yang tidak pernah beraksi di Sukan SEA contohnya seperti Sukri Mutalib (kapten pasukan)...adakah adil untuk dia menghabiskan karier tanpa sebarang pingat di temasya ini.

"Ia adalah bagus untuk pemain merasai pengalaman beraksi di Sukan SEA, bukannya selalu pemain mendapat peluang bermain di Sukan SEA di laman sendiri," katanya semalam.

Malaysia jelas tiada tandingan pada temasya edisi ke-29 ini apabila menjaringkan 39 gol dalam empat perlawanan liga sepusingan dan hanya bolos dua gol selepas menyenaraikan barisan sama yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 India.

Bermula dengan kemenangan 18-1 ke atas Indonesia, Malaysian Tigers terus menyusun kemenangan besar dengan membenam Thailand 6-0, Singapura 9-1 dan Myanmar 6-0 pada pusingan awal sebelum menumbangkan Myanmar 14-0 di pentas final, semalam.

Daripada keseluruhan 53 gol yang terhasil, peledak berbisa Faizal Saari muncul penyumbang terbanyak dengan 12 gol, diikuti Razie Rahim (10), Shahril Saabah (7), Fitri Saari dan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (6) serta Ramadan Rosli (5).

"Tetapi saya lihat ada pasukan yang menunjukkan peningkatan seperti Myanmar dan Thailand, malah Singapura juga kita berdepan kesukaran untuk kalahkan," kata Van Huizen yang mengakui Malaysia berada pada satu tahap berbeza di rantau ini.

Dengan kejayaan semalam, bermakna 12 pemain negara berjaya menamatkan kemarau pingat emas iaitu Sukri Mutalib, Faizal Saari, Mohd Hafizuddin Othman, Faiz Helmi Jali, Joel Van Huizen, Rashid Baharom, Meor Muhamad Azuan Hasan, Izad Hakimi Jamaluddin, Azri Hassan, Shahril Saabah, Marhan Jalil dan Fitri Saari.-BERITA HARIAN

Selasa, 29 Ogos 2017

Pemerhati Politik Jangka BN Menang Besar

Pemerhati Politik Jangka BN Menang Besar

SEKURANGNYA-KURANGNYA terdapat dua orang penganalisis dan pemerhati politik yang cenderung menjangkakan kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 14 (PRU 14) nanti.

DAN kedua-duanya memberikan alasan ‘tsunami Melayu’ di mana para pengundi Melayu dijangka akan meminggirkan Pakatan Harapan (PH), seterusnya tidak mengundi gabungan parti-parti DAP, PKR dan PPBM itu.
Kenyataan pertama dikeluarkan oleh Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN< Dr. Kamarul Zaman Hj. Yusoff, ketika mengulas kenyataan penasihat parti ultra perkauman DAP, Lim Kit Siang kebarangkalian PH memenangi PRU 14 nanti, minggu lepas.

Kamarul mempersoalkan hujah dangkal analisis Kit Siang bahawa PH akan menguasai Putrajaya tetapi dalam masa yang sama merendah-rendahkan kemampuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kedah dan Parti Amanah Negara (PAN) di Kelantan untuk menguasai kedua-dua negeri majoriti Melayu itu.

Paling melucukan adalah kenyataan Kit Siang bahawa PAS bakal kehilangan lima belas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dan di masa yang sama hanya menganggarkan sepuluh peratus sahaja undi Melayu akan memihak kepada PH.

“Sukar untuk dibayangkan oleh mana-mana penganalisis yang waras bagaimana Pas yang memenangi 15 kerusi di Selangor, 5 kerusi di Perak, 4 kerusi di Johor dan 1 kerusi di Pulau Pinang dalam PRU 13 boleh kalah di semua kerusi negeri tersebut dalam PRU 14,” jelas Kamarul.

Menurut Kamarul lagi, “Lim Kit Siang sendiri mengaku sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan berkurang kira-kira 30 peratus dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ekoran keluarnya Pas dari Pakatan, begitu juga sokongan pengundi bukan Melayu yang menurun kira-kira 10 peratus.”

Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berpendapat ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan (PH) merupakan antara faktor pengundi Melayu meminggirkan PH.

“’Tsunami Melayu’ ke atas Pakatan dijangka berlaku. Pakatan akan alami defisit undi Melayu. Sebabnya dahulu Pas bersama Pakatan dan membawa undi para penyokong dari kaum Melayu kepada Pakatan,” demikian dinyatakan Shukri kepada Sinar Online sebentar tadi.

ASPIRASI PERDANA sebelum ini melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Elizabeth Wong menganggap para pemimpin PAN seperti Hj. Mohamed Sabu dan Husam Musa sebagai tidak dikenali masyarakat Melayu-Islam untuk meraih sokongan dan undi mereka.

Ia akhirnya menjadi pendorong yang sangat kuat kepaa Timbalan Presiden parti itu, YAB Dato’ Mohamed Azmin Ali untuk terus berunding dengan PAS bagi memenangi PRU 14.

Menurut Elizabeth; “Pintu rundingan kerjasama politik dengan PAS adalah diperlukan kerana AMANAH (PAN) masih bayi dan para pemimpinnya belum dikenali di kalangan masyarakat Melayu dan kerana AMANAH memerlukan masa beberapa tahun untuk memperolehi sokongan daripada pengundi Melayu-Islam.”

Menurut Shukri lagi, para pengundi Melayu PAS sudah pasti tidak akan mengundi Pakatan Harapan (PH), justeru itu perolehan undi dari orang-orang Melayu terhadap DAP, PKR dan PPBM turut menyusut dan bakal mengalami defisit.

PAS yang kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dilihat lebih bersedia sebagai parti yang berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

PAS sebaliknya menjadi parti pembangkang yang komited di parlimen serta matang sebagai pengkritik mana-mana dasar dan program Barisan Nasional. -ASPIRASI PERDANA-

Isnin, 28 Ogos 2017

56 Cabang PKR Setuju Kongres Khas Berhubung Kerjasama Dengan PAS

56 Cabang PKR Setuju Kongres Khas Berhubung Kerjasama Dengan PAS


KUALA LUMPUR : Ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tampil meminta kepemimpinan parti itu mengadakan kongres khas bagi membuat keputusan menghentikan sepenuhnya kerjasama dengan PAS atau sebaliknya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Harapan Pakatan yang juga Ketua Cabang PKR Rembau, Yusuf Tapa, berkata mereka berhak untuk meminta kepemimpinan parti memanggil kongres terbabit.

Beliau berkata, ketika ini, ahli tertanya-tanya sama ada isu kerjasama dengan PAS dibuat dengan persetujuan ahli parti atau keputusan sesetengah pimpinan saja.

"Isyarat dari pimpinan kanan PKR bertukar-tukar terutamanya mengenai strategi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU Ke-14) yang membabitkan PAS. Isyarat bercelaru ini menyebabkan jentera parti di cabang keliru.

"Sementara kami membaca laporan berita bahawa rundingan kerusi di peringkat pakatan berjalan lancar, kami juga membaca Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus mahu berunding dengan PAS untuk membahagikan kerusi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sudah berjaya mendapatkan persetujuan 56 cabang PKR untuk memanggil kongres khas itu.

Katanya, dia yakin akan berjaya mendapatkan persetujuan 20 lagi cabang untuk mencapai angka minimum 73 cabang yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti.

"Kami akan menghubungi semua cabang PKR untuk menyelesaikan perkara ini supaya keputusan kerjasama dengan PAS dapat diputuskan sebaik-baiknya dalam tempoh sebulan ini" katanya

Beliau berkata, gesaan untuk pimpinan PKR mengadakan kongres khas ini bukan bertujuan merosakkan parti, sebaliknya mahu pimpinan mendengar suara akar umbi.BERITA HARIAN
Akhbar Thailand Mahu Kerajaan Negara Itu Rombak Sukan Antarabangsa

Akhbar Thailand Mahu Kerajaan Negara Itu Rombak Sukan Antarabangsa

BANGKOK: Sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang popular di sini menggesa rombakan dilakukan terhadap program sukan Thailand berikutan kualiti atlet negara itu yang dikatakan merudum pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Dalam teguran keras terhadap pihak berkuasa sukan negara itu, akhbar The Nation dalam lidah pengarangnya hari ini berkata, negara itu gagal terutama dalam (acara) sukan antarabangsa pada temasya dwitahunan yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

"Pada Kuala Lumpur 2017 , Thailand telah gagal terutamanya dalam 'sukan antarabangsa'. Pendek kata sekiranya acara sukan serantau (tradisional) dikeluarkan daripada carta pingat, negara masih ketinggalan di belakang Malaysia, Singapura dan Vietnam," katanya.


Penyenaraian sukan tradisional dalam Sukan SEA, katanya, dijadikan alasan oleh negara itu jika ia kalah kepada Malaysia tetapi ia tidak boleh bergantung kepada alasan dan hujahan itu lagi kali ini.

Menurut akhbar itu, Thailand yang menyasarkan 109 pingat emas pada edisi ke-29 Sukan SEA 2017 itu, sudah kehabisan alasan dan pada masa sama turut hilang cengkaman dalam sukan antarabangsa.

Sementara itu, Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA, walaupun berdepan kritikan kerana menganjurkan sukan yang dikuasainya, membuktikan bahawa atlet mereka memang tiada tandingan apabila membabitkan sukan antarabangsa, menurut akhbar itu.

Berbaki dua hari pertandingan, Malaysia jauh mendahului dalam jumlah pungutan pingat dengan 101 emas (setakat petang ini) dan bakal dinobatkan sebagai juara keseluruhan manakala Thailand di tempat kedua dengan 58 emas.

Thailand ialah juara keseluruhan Sukan SEA di Singapura, dua tahun lalu. - BERNAMA

Lebih 5,000 Kecewa Tiket Bola Habis

Lebih 5,000 Kecewa Tiket Bola Habis

SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 penyokong pasukan Malaysia pulang hampa apabila tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 habis dijual hari ini.

Tiket bagi pasukan Malaysia habis dijual di Stadium Shah Alam di sini, selaku venue perlawanan manakala tiket pasukan Thailand yang dijual di Stadium Malawati turut habis.

Difahamkan, sebanyak 45,000 tiket dijual kepada penyokong Malaysia manakala lebih 3,000 tiket diperuntukkan kepada penyokong Thailand.

Bagi Mohd Syakir Syazwan Saharudin, 15, beliau yang mula beratur seawal pukul 7 pagi berasa amat kecewa kerana tidak dapat merasai kehangatan perlawanan akhir secara langsung.

"Saya sedih sebab hanya nak beli dua tiket saja tapi tak dapat. Beratur hampir satu kilometer, saya rasa nak pengsan sebab hari cuaca panas dan sempat makan roti saja," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Stadium Shah Alam.

Mohd Kamal Mohd Nizam, 20, pula menyifatkan insiden rempuhan oleh penyokong lain semasa kaunter tiket baru dibuka sebagai sikap pentingkan diri.

Katanya, semua pembeli sepatutnya menurut arahan pihak pengurusan bagi mengelakkan pihak yang beratur lebih enam jam tidak dapat membuat pembelian.

"Rempuhan itulah menyebabkan 20 kaunter yang dibuka hanya tinggal 10 kaunter saja. Ini melambatkan proses pembelian menyebabkan kami terpaksa beratur sangat lama. Saya amat marah," katanya.

Nur Ainaa Husna Mohd Rasid, 18, pula berkata jika tiket dijual secara dalam talian, ia dapat mengelakkan orang ramai terpaksa berbaris seawal pukul 3 pagi," katanya.

Sebanyak 20 kaunter tiket di Pintu A dan B Stadium Shah Alam dibuka mulai pukul 10.30 pagi dan kesemua tiket habis dijual pada 5.40 petang.

Berlaku sedikit kekecohan gara-gara segelintir penyokong merempuh pagar penghadang namun keadaan tersebut dikawal oleh pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU). - BERNAMA
Suara Rafizi Tak Laku Dalam PKR,Azmin Pun Tolak

Suara Rafizi Tak Laku Dalam PKR,Azmin Pun Tolak

SERI KEMBANGAN: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih meletakkan kepercayaan mereka terhadap pemimpin parti untuk membuat keputusan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menolak cadangan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya parti mengadakan kongres khas bagi menyelesaikan persoalan kerjasama dengan PAS.

Katanya, Rafizi menyuarakan sentimennya sendiri dengan mengatakan tindakan beliau mahu berunding dengan PAS mengenai pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mengakibatkan perpecahan dalam PKR.

"Saya berpendapat kenyataan Rafizi ialah pendapat peribadi yang tidak dibincangkan oleh parti. Setiap organisasi akan mempunyai pendapat yang berbeza.

"Kepemimpinan yang baik bermakna kebijaksanaan dan disiplin untuk menyuarakan pendapat tanpa mendedahkannya kepada media," katanya.

Beliau berkata ketika sidang media selepas menandatangani tiga perjanjian kerja penyelenggaraan pasca penutupan lima tahun bagi menguruskan tiga tempat pembuangan sampah di Selangor dengan Worldwide Holdings Berhad di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah bertemu Rafizi untuk berbincang perkara itu, Azmin berkata, pemimpin parti sentiasa berkomunikasi ketika mesyuarat atau perjumpaan lain.

"Dia naib presiden parti. Saya bertemunya dalam mesyuarat parti hampir setiap hari.

"Kami mempunyai mekanisme dan kaedah untuk membincangkan isu PKR-PAS tetapi tidak didedahkan kepada umum," katanya.

Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menyeru ahli PKR memutuskan sama ada PKR perlu terus mengadakan rundingan dengan PAS kerana rundingan dengan PAS menyebabkan perpecahan dalam PKR.

Awal tahun ini, PAS memisahkan hubungan dengan PKR.-BERITA HARIAN
Isu Bogel:Saya Tidak Digantung Atau Dibuang Kerja

Isu Bogel:Saya Tidak Digantung Atau Dibuang Kerja

PETALING JAYA: Seorang wanita yang tular susulan kenyataannya di Twitter yang sedia berbogel sama sekali tidak menyangka akan berdepan impak cukup besar buat dirinya.
Walaupun mengakui kesilapan dan membuat permohonan maaf tetapi timbul dakwaan pihak tertentu bahawa dia telah digantung tugas malah ada yang mendakwa dia dibuang kerja daripada sebuah stesen televisyen.

"Tak sangka ini yang jadi sebab isu bogel. Saya tidak digantung atau dibuang kerja. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk bekerja.

"Mereka (syarikat) memahami kesilapan yang berlaku. Saya amat berterima kasih kerana terus diberi peluang dan kepercayaan," kata Nurul Adilla Abd Rahim kepada mStar Online.
Insiden itu juga memberi pengajaran kepada penolong penerbit yang lebih dikenali sebagai Lala tentang erti persahabatan.

"Sekarang saya baru tahu siapa kawan, siapa lawan. Di saat saya dihimpit dengan dugaan, orang yang selama ini baik dengan saya tidak membantu, malah turut mengecam,” katanya dengan nada terkilan.
Anak sulung daripada tiga beradik ini turut tidak menyangka masih ada yang prihatin terhadap dirinya, dan paling bersyukur apabila mendapat sokongan keluarga.

Biarpun dikecam hebat, ramai yang memberi nasihat dan motivasi supaya tidak mengulangi kesilapan lalu dan lebih berhati-hati selepas ini terutama di laman sosial.
"Ada kawan yang dah lama tak berjumpa pun hubungi saya dan beri kata-kata semangat. Mereka kenal diri saya yang sebenar," katanya.

Mengakui serangan buli siber merupakan sesuatu yang menakutkan, Lala bangkit semula daripada kesilapan lalu dan menjalani kehidupan seperti biasa.

"Saya akui kesilapan yang dibuat secara tidak sengaja. Semua orang pernah melakukan kesilapan dan diberi peluang kedua.

“Alhamdulillah, sekarang dah kembali reda cuma saya perlu memperjelaskan tentang dakwaan membabitkan kerjaya saya,” katanya.

Pada minggu lalu, Lala yang baru berusia 23 tahun menjadi perhatian ramai selepas kenyataannya di Twitter bahawa dia mahu berbogel tular di media sosial.

"Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial.

Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4.

Lala telah membuat permohonan maaf berhubung kesilapan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat secara bergurau tanpa berniat untuk melakukannya.

-mStar
Peminat Bola Sepak Pengsan Ketika Beratur Beli Tiket

Peminat Bola Sepak Pengsan Ketika Beratur Beli Tiket

PENGSAN! Akibat beratur terlalu lama, beberapa peminat bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) rebah hingga memerlukan bantuan sukarelawan.

Dipercayai peminat ini sudah beratur sedari awal pagi lagi tanpa makan dan minum.

Kebanyakan yang pengsan terdiri daripada kaum wanita dan beberapa kaum lelaki.

Kesemua mereka diberikan bantuan oleh para sukarelawan serta air minuman.

Keadaan stadium yang sesak sejak awal pagi berikutan orang ramai membeli tiket perlawanan akhir Bola Sepak Sukan Sea ke 29 (KL 2017) di Stadium Shah Alam.

Sebahagian peminat bola sepak merempuh pagar pengadang apabila hanya beberapa kaunter dibuka untuk penjualan tiket, pagi tadi.

Selepas penjualan dihentikan selama sejam bagi meredakan keadaan, kaunter tiket perlawanan akhir malam esok, dibuka semula.-Sinar Harian
Pesawat Terbang Pemintas Berjaya Tanpa Juruterbang Berjaya Dibangunkan Rusia

Pesawat Terbang Pemintas Berjaya Tanpa Juruterbang Berjaya Dibangunkan Rusia

GLOBAL: 27 OGOS: Rusia sedang membangunkan pesawat pemintas canggih yang mampu terbang sehingga ke angkasa serta tanpa kendalian juruterbang sejak beberapa tahun lalu dengan kelajuan sehingga 5309.64km/ jam.

Agensi Berita Rusia SPUTNIK NEWS/ RT NEWS melaporkan pembekal pesawat jenis MIG-41 bakal menggantikan pesawat pemintas jarak jauh MiG-31 yang teknologi dan versinya yang telah usang.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MiG Corporation, Ilya Tarasenko yang memberi bayangan terhadap pembangunan yang sedang dilakukan untuk pesawat tersebut berkata, pesawat pejuang baharu itu adalah pengganti MiG-31 .

“(Pembangunan ini) imej pesawat berada di peringkat akhir. Peralihan secara berperingkat dilakukan daripada MiG-31 kepada PAK DA’” kata Tarasento kepada RT pada Ekspo Ketenteraan-2017 di Kubinka di wilayah Moscow.

MIG 41Bagaimanapun, pembangunan pesawat itu bukan hanya memodenkan pesawat MiG-31, tetapi ia juga merupakan jentera baharu yang ‘berkeupayaan beroperasi di ruang angkasa.

Pesawat itu bakak dilengkapi senjata baharu, dengan kalajuan baharu dan dengan jarak operasi baharu’, kata Tarasenko kepada saluran televisyen Zvezda.

Dilaporkan pesawat itu kelak mempunyai kelajuan 4.0 mach sehingga 4.3 mach iaitu antara 4939.2km/jam sehingga 5309.64km/ jam.

“Ia adalah pesawat baharu sepenuhnya, dengan teknologi baharu untuk beroperasi di zon Artik.

“Pesawat ini akan mengawal seluruh sempadan negara kita. Kemudian, projek ini akan beroperasi tanpa menusia,” kata Tarasenko kepada agensi berita, TASS.

Pesawat itu masih lagi pada peringkat pembangunan, ia mungkin dihasilkan pada pertengahan 2020, katanya.

Jika pesawat itu mahu mencapai kelajuan tersebut, berkemungkinan besar ia bakal dilengkapi sistem kawalan canggih bagi membantu juruterbangnya menghadapi keadaan penerbangan yang ekstrem, kata pakar penerbangan, Fabrizio Poli.

“Sudah pasti ia perlu ada peralatan canggih dalam pesawat pejuang itu kerana untuk terbang pada kelajuan sedemikian, otak manusia tidak mampu berfikir dengan pantas.

“Sudah pasti terdapat banyak teknologi baharu yang perlu diletakkan dalam pesawat ini,” kata Poli kepada RT.

=EZY=

-SELANGORKINI

Google+ Followers