Selasa, 31 Januari 2017

Palestinian Authority urges quick ICC ruling on settlements

Palestinian Authority urges quick ICC ruling on settlements

JEDDAH: The Palestinian Authority has urged the International Criminal Court (ICC) to speed up rulings on key issues including Israeli settlements, an official has told Arab News.
The authority asked ICC chief prosecutor Fatou Bensouda to expedite rulings on three Palestinian files in order to open a judicial inquiry into the Israeli government’s violations of international law, said Saeb Erekat, secretary-general of the Palestinian Liberation Organization (PLO).
This comes as Israel’s Parliament is expected to vote today on a bill retroactively legalizing about 4,000 settler homes built on privately owned Palestinian land, a measure the Israeli attorney-general has said is unconstitutional.
“Upon meeting with the International Criminal Court’s chief prosecutor Fatou Bensouda, we told her that the State of Palestine, which is a member of the ICC, has submitted three files regarding the settlements, the issue of Jerusalem and Palestinian prisoners in Israeli jails,” Erekat said, adding that this comes in light of last week’s Israeli decision to build more than 3,066 housing units in the occupied Palestinian territories.
The new bill, which is backed by Prime Minister Benjamin Netanyahu’s right-wing coalition, had been expected to pass in Monday’s evening session, but a filibuster threat from the opposition and discussions over its final wording slowed progress.
“The Israeli government has taken these racist decisions in an attempt to confer legitimacy on these illegal settlements. All settlements cannot be legal and amount to war crimes,” Erekat said.
“Therefore, we asked the ICC’s chief prosecutor and the Judicial Council of the International Tribunal to speed up issuing rulings for the Palestinian files in order to open a judicial inquiry into the Israeli government’s violations,” he added.
“This is a very serious matter. The current Israeli government wants to eliminate the two-state solution and entrenches the apartheid. The Israeli PM Netanyahu is allying with extremist right-wing parties in various countries worldwide, deluding them that the Zionist movement has joined them in their wars against terrorism,” Erekat said.
“We, as Arabs and decision makers, must stand firmly against Israeli plans, racism and authoritarianism.
“We have warned and demanded US President Donald Trump not to move the US embassy to Jerusalem, which is the capital of the Palestinian state in accordance with international legitimacy. This move would inflame the conflict in the region. However, Netanyahu’s actions indicate that he has the permission to do whatever he likes.
“In case Trump carried out his promise to move the US embassy, the PLO would recognize Israel as a single state with sovereignty over all of the Palestinian territories. Consequently, the PLO would ask Netanyahu to act as an occupying state and would also plan to ask the UN General Assembly to suspend Israel’s membership in the UN.
“The Palestinians at that moment, with no two-state solution — no possibility for a Palestinian state — they will demand equal rights, equal citizenship with Israel,” he said.
Meanwhile, Palestinian President Mahmoud Abbas warned on Monday that achieving a lasting and just peace based on a two-state solution was at risk.
Addressing the 28th summit of the African Union (AU) in Addis Ababa, Abbas said Israel does whatever possible to obstruct the creation of an independent Palestinian state with East Jerusalem as its capital through its occupation and settlement construction, which is leading to a one-state situation with an apartheid system imposed on the Palestinian people. Abbas said that any change in the status quo in Jerusalem and the Palestinian territories occupied in 1967 may undermine chances of peace and stability in the region.
“We know that you have interests and that Israel is seeking to make relations with the states of your continent,” Abbas told the African leaders. “But we urge you that this should not be done at the expense of the just cause of our Palestinian people, which still needs your help to get rid of the abhorrent Israeli occupation.”
-Arab News
Rogol Anak Tiri Dihukum 18 Tahun Penjara 5 Sebatan

Rogol Anak Tiri Dihukum 18 Tahun Penjara 5 Sebatan

KUCHING, 31 Jan: Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan kerana merogol anak tirinya yang kini berusia 17 tahun, hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah satu lagi tuduhan merogol mangsa yang sama.

Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 54, setelah penjawat awam itu mengaku bersalah atas tuduhan ketiga, iaitu merogol anak tirinya itu pada 10 pagi, 3 Jan 2017, di sebuah rumah di Batu Lintang di sini.

Bagaimanapun, tertuduh mengubah pengakuannya kepada tidak bersalah terhadap dua lagi tuduhan melakukan kesalahan sama pada 1 dan 2 Jan tahun ini di tempat yang sama.

Sebelum itu, hakim, timbalan pendakwa raya dan jurubahasa mahkamah terpaksa berulang kali bertanya dan menjelaskan kepada tertuduh mengenai tiga tuduhan yang dikenakan terhadapnya selepas tertuduh yang sebelum ini mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.

Dia memberitahu mahkamah tarikh pertuduhan pertama dan kedua iaitu 1 dan 2 Jan lepas tidak benar kerana pada masa itu dia berada di rumah bersama isteri dan anak-anaknya.

Ketika prosiding kes berkenaan sebelum ini, tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan dan hari ini ditetapkan untuk hukuman.

Dayang Ellyn Narisa kemudian menetapkan 16 Feb untuk pengurusan kes bagi dua pertuduhan berkenaan.

Dengan penambahan hukuman itu, bermakna keseluruhan tempoh hukuman penjara ke atas tertuduh adalah 78 tahun dan 35 sebatan kerana sebelum ini Mahkamah Sesyen lain menjatuhkan hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan setelah dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan merogol anak tirinya itu antara Januari dan Disember 2015 serta 4 dan 5 Jan tahun ini, di lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Adakah Umno Akan Halang Pas dan PPBM Bergabung?

Adakah Umno Akan Halang Pas dan PPBM Bergabung?

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sama ada Umno akan membenarkan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjalin hubungan kerjasama pada 2 Febuari ini.

Menurut Mahfuz, walaupun hubungan PAS dan Umno tidak dinamakan ‘kerjasama politik’ secara terang-terangan tetapi Umno dan PAS begitu selesa dengan pendekatan ta’awun yang sudah tentu kedua-dua parti mahukan pulangan keuntungan politik (political mileage) dari pendekatan ta’awun tersebut.

“Persoalannya, adakah Umno akan membiarkan rakan ta’awunnya iaitu PAS menjalinkan kerjasama politik dengan PPBM yang menjadi ancaman pada Umno untuk menghadapi PRU (Pilihan Raya Umum)-14 bagi tujuan mengalahkan Umno/BN.

“Rakyat sedang memerhati, adakah Umno akan menghalang kerjasama rakan ta’awunnya ataupun Umno akan menjadikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai beban yang bakal dipikul rakan ta’wunnya iaitu PAS dari kerjasama ini untuk memaksa PAS menolak kerjasama ini,” kata mahfuz dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya lagi, beliau berharap pada 2 Febuari nanti, PAS akan membuat keputusan untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Bersatu bagi membolehkan PAS kembali berada dalam arus perdana politik Malaysia bersama rakyat dalam ‘pakatan besar pembangkang’.

“Apakah 2 Feb 2017 nanti akan menyaksikan tandatangan persefahaman dokumen kerjasama PAS dan PPBM berserta dengan persetujuan pengagihan kerusi yang bakal ditandingi pada PRU 14 nanti?

“Tiada maknanya kerjasama PPBM dan PAS ini kepada rakyat Malaysia jika sekadar berada dalam blok ketiga dan ‘mengasingkan diri’ dari rakan parti pembangkang yang lain,” katanya.

Dilaporkan, satu mesyuarat akan diadakan PAS dan Bersatu pada 2 Febuari nanti yang mana parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan menentukan sama ada mereka akan “membentuk kerjasama yang lebih erat” dengan Bersatu ataupun tidak.

Sebelum ini pula, pemimpiin veteran DAP, Lim Kit Siang telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama semula dengan PAS demi rakyat dan menyelamatkan Malaysia dari kerajaan kleptokrasi.

Hadi Awang bagaimanapun menolak undangan Kit Siang itu tetapi mengalu-alukan kerjasama dengan parti Bersatu milik Tun Mahathir itu.
Thaipusam 2,00 Polis Kawal Batu Cave

Thaipusam 2,00 Polis Kawal Batu Cave

KUALA LANGAT, 31 Jan: Seramai 2,000 anggota polis akan bertugas mengawal keselamatan di Batu Caves dan sebuah kuil di Kuala Selangor sepanjang perayaan Thaipusam, Khamis depan.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata pihaknya memberi kawalan keselamatan tertinggi berikutan dua lokasi itu termasuk Kuil Sri Subramaniar Swamy di Kuala Selangor bakal dibanjiri penganut Hindu selain pelancong dari dalam dan luar negara.

“Polis akan beri kawalan keselamatan tertinggi dan terbaik bagi mengekang berlakunya sebarang insiden tidak diingini termasuk ancaman kumpulan militan Daesh.

“Kita juga telah mengambil kira semua faktor dalam menempatkan kekuatan anggota. Ingin saya tegaskan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai aspek keselamatan sepanjang berada di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Langat antara Supt Zailan Tasir dan Supt Azizan Tukiman, hari ini.

Zailan dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang manakala Azizan pula sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Turus Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Dalam perkembangan lain, Abdul Samah mengesahkan pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian cubaan culik seorang kanak-kanak berusia 11 tahun berhampiran rumahnya di Kampung Endah, Banting di sini, awal pagi ini.

Beliau berkata laporan polis mengenai kejadian itu dibuat bapa kanak-kanak tersebut sejurus mangsa pulang ke rumah kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

“Kita telah menerima maklumat berhubung kejadian itu awal pagi tadi dan dalam laporan tersebut kanak-kanak berkenaan mendakwa dia cuba diculik sekumpulan lelaki yang menaiki van berwarna putih.

“Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa berjaya melepaskan diri dan berlari pulang ke rumah,” katanya sambil menambah polis sedang merakam keterangan kanak-kanak itu bagi melengkapkan siasatan.

Abdul Samah berkata siasatan daripada pelbagai sudut dibuat termasuk kesahihan kejadian itu dan meminta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi sehingga selesai siasatan.

Kes berkenaan menjadi tular dalam aplikasi WhatsApp hari ini.

–Bernama
Kedudukan Annuar Musa Dalam Umno Terpulan Kepada Najib

Kedudukan Annuar Musa Dalam Umno Terpulan Kepada Najib

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO selepas penggantungannya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) terserah kepada keputusan presiden parti.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata jawatan Annuar itu adalah lantikan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jawatan beliau dalam UMNO dilantik presiden dan penggantungan Tan Sri Annuar adalah dalam agensi kerajaan.

“Tidak berbangkit jawatannya dalam UMNO, tetapi ia terpulang kepada pandangan presiden,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

MARA hari ini menggantung tugas Anggota Parlimen Ketereh sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Ahli Majlis MARA Datuk Dr Yusof Yacob di ibu pejabat agensi itu di sini.

Ia membolehkan audit dalaman MARA menyiasat beberapa perkara mengenai agensi tersebut termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW).

Tengku Adnan berkata penggantungan itu juga sebagai prosedur siasatan dan belum terbukti Annuar melakukan kesalahan.

“Sebagai Ketua Penerangan UMNO, beliau bekerja dengan kuat dan melaksanakan tugas dengan baik, tidak ada masalah,” katanya.

— Bernama
Dhaka steps up plan to relocate Rohingya

Dhaka steps up plan to relocate Rohingya

DHAKA • Bangladesh will push ahead with a controversial plan to relocate tens of thousands of Rohingya refugees who arrived from Myanmar to a remote island, according to a government website.

The government has set up a committee comprising state officials in the coastal districts, ordering the authorities to help identify and relocate undocumented Myanmar nationals to Thengar Char in the Bay of Bengal.

"The committee will assist transferring both registered and unregistered refugees from Myanmar to Thengar Char, near Hatiya island, in Noakhali district," according to an order issued by the Cabinet Division last week and posted on the website.


Hatiya island is situated on the estuary of the River Meghna and is a nine-hour journey from the camps where the Rohingya have taken shelter. Some 232,000 Rohingya Muslims - both registered and unregistered - were already living in Bangladesh before more than 65,000 stateless Rohingya fleeing violence in Myanmar's western state of Rakhine began entering the country last October.

Most of those who fled to Bangladesh live in squalid conditions in refugee camps in Cox's Bazar district, which borders Rakhine state and is home to the country's biggest tourist resort.

Bangladesh has also asked its officials in border districts to identify the Myanmar nationals who "illegally infiltrated" the country.

"It has to be assured by taking preventive measures that they (refugees) cannot spread out and mix with the locals," read the order which was dated Jan 26.

"The identified refugees should be arrested or pushed back to the camps if they try to go out beyond the assigned boundary."

Bangladesh first mooted the idea of relocating them in 2015 despite allegations that the island was still not ready for human habitation.

The island, around two hours away from the mainland by speedboat, is in an area frequently hit by cyclones, which have killed thousands of people in Hatiya and Bangladesh's southern coast in the past.

The idea sparked an outcry from Rohingya community leaders while a United Nations agency said a forced relocation would be "very complex and controversial".

AGENCE FRANCE-PRESSE
RCEP may be a better option than TPP: Philippine Daily Inquirer

RCEP may be a better option than TPP: Philippine Daily Inquirer

In its editorial on Jan 30, the paper argues that the China-led Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) may be a better option for the Philippines and other developing nations now that the United States has officially pulled out of the Trans-Pacific Partnership (TPP).

As he promised during the election campaign, United States President Donald Trump has officially removed the world's biggest economy from the Trans-Pacific Partnership (TPP), an international agreement aimed at strengthening trade and investment relations among a dozen countries that signed it, including Japan and Australia.

The Philippines is not among the 12 original signatories to the then America-led TPP, but it had been advised to sign up along with countries like Thailand and Indonesia. Advocates of joining the TPP claimed that the Philippines would benefit from increased trade particularly with the United States, and that its exclusion would mean losing export potential to other emerging markets joining the TPP, like Vietnam.


Experts have pointed to some of our neighbours as among the major losers in the impending demise of the TPP. An earlier World Bank paper, for example, estimated that the TPP could boost Vietnam's economic growth by 10 per cent and Malaysia's by eight per cent by 2030. Singapore is another country that is expected to suffer from the TPP's shelving. Analysts noted that with its heavy reliance on trade, the island-state was to benefit from an increase in services like shipping and trade financing that would have followed a stronger regional and global trade from the TPP.

Vietnam could have benefited greatly from the TPP. Studies had projected that the trade deal would have given the still relatively closed economy tax-free access for its exports of rice, seafood, textiles and other low-end manufactured goods. Malaysia was also earlier tipped to benefit from the TPP as it would give that country's huge palm oil exports access to the US market.

The shelving of the TPP will now benefit China, which can push more aggressively its alternative trade proposal called the Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP). This includes the Asean 10 (Brunei, Myanmar, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, the Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam) in addition to China, India, Japan, Korea, Australia and New Zealand-countries already with strong trade links with Asean. It excludes the United States. The RCEP seeks to facilitate trade and investments among countries that collectively account for a third of the global economy and half of the world's population. In terms of merchandise exports, the RCEP will be bigger than the TPP. China alone logs exports of more than $2 trillion (S$2.8 trillion)a year.

At this point, it no longer makes sense for the Philippines to pursue membership in the TPP. It should now focus on the China-led RCEP-a move that the head of President Duterte's economic team can spearhead. As early as last November, Finance Secretary Carlos Dominguez said he personally would like to study the RCEP more closely because it includes the 10 Asean countries; he added that the administration is more open to it than to the TPP.

With the TPP getting out of the picture, Dominguez said the RCEP appeared as the ideal and lucrative market bloc for the Philippines to sustain its economic expansion. This would be more in line with Mr. Duterte's rebalancing of Philippine foreign policy toward regional economic integration with the Asean and North Asia powerhouses China, Japan and South Korea.

Experts believe that focusing on China and the RCEP may be the better option for developing countries like the Philippines. Economists point out that developing countries are better off joining the RCEP to boost their economies through the reduction or removal of tariff and nontariff barriers to trade. This becomes more obvious given Trump's protectionist tendencies of focusing on economic interests at home and his emphasis on local jobs and businesses. These are expected to lead to renegotiations of existing foreign trade agreements, or the imminent return of trade protectionism in the world's biggest economy.

The Philippine Daily Inquirer is a member of The Straits Times media partner Asia News Network, an alliance of 22 news media entities.-straitstimes
Lebih Baik PAS Atur Strategi Daripada Sibuk Layan Parti BLOK Ke-2

Lebih Baik PAS Atur Strategi Daripada Sibuk Layan Parti BLOK Ke-2

KOTA BHARU - Tsunami politik kini dilihat makin reda apabila Pas membuat keputusan strategik dengan menghentikan kerjasama politik bersama parti pakatan.

Penganalisis Politik, Suhaimee Sahar berkata, hala tuju politik Pas dalam memastikan syiar Islam terus terpelihara dan tidak diancam melalui pakatan-pakatan sulit, licik dan halus merupakan satu strategi politik yang tepat pada masanya.

“Analisis daripada pilihan raya lepas dari segi kedudukan kerusi dan dominasi kuasa oleh parti politik pembangkang melihatkan bahawa Pas sememangnya sudah bersedia.

“Bersedia dalam konteks memastikan ideologi politik mereka kekal terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman dalaman dan pengaruh individu tertentu yang menggunakan kekuatan Pas selama ini demi kepentingan politik mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Islam memerintah selain membayangkan sasarannya iaitu empat negeri melibatkan Kedah, Selangor, Terengganu, selain terus kekal kukuh di Kelantan.

Menurutnya, kini realiti politik semakin berubah, mengikut perubahan landskap politik global dan juga serantau.

Beliau berkata, oleh sebab itu survival politik sesebuah parti tidak boleh lagi terjamin dengan kuasa dominasi, tetapi permuafakatan dan kerjasama antara politik diperlukan bagi memastikan pengundi dapat memilih.

“Pilihan itu pula melibatkan pemimpin dan parti yang benar-benar menjiwai dan memenuhi nilai-nilai politik mereka. Daripada dapatan kajian lepas, jelas menunjukkan pengundi memilih calon melalui nilai kepimpinan dan kredibiliti calon itu,” katanya.

Selain itu, Suhaimee yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu memberitahu, usaha DAP dalam memulihkan imej mereka di Pulau Pinang dan meraih semula sokongan perlu dinilai oleh masyarakat secara holistik dan telus.

“Manakala usaha-usaha yang ditunjukkan oleh Umno dan Pas sejak kebelakangan ini memberikan satu signal kepada parti pakatan bahawa gelombang politik baharu yang meletakkan agama, bangsa dan negara merupakan salah satu usaha saling melengkapi dan diterima oleh masyarakat hari ini.

“Walaupun kedengaran rasa bimbang dan khuatir, itulah merupakan strategi dari parti pembangkang untuk menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan pengundi,” katanya.

Lim Kit Siang Didakwa Tiada Pendirian

Lim Kit Siang Didakwa Tiada Pendirian

JOHOR BAHRU – Penasihat DAP, Lim Kit Siang merupakan pemimpin yang tidak mempunyai pendirian tetap, malah parti DAP juga dilihat kini semakin melupakan Pas setelah mempunyai sokongan kuat daripada banyak pihak.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, perkara itu jelas apabila sebelum ini Kit Siang ada menyatakan hasrat untuk memujuk Pas supaya kembali menyokong dan berjuang bersama Pakatan Harapan.

“Tetapi, kini dia (Kit Siang) mahu mengemukakan saman terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana menuduhnya anti-Islam. Ia menunjukkan bahawa kenyataan Penasihat DAP itu tidak konsisten serta sedang ‘kepanasan’.

“Memang benar DAP menentang Islam dan segalanya terbukti apabila parti itu tidak menyokong pelaksanaan undang-undang hudud di negara ini serta pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (RUU 355).

“Malah, DAP juga sudah semakin melupakan Pas apabila memiliki sokongan daripada pelbagai pihak dan mereka (DAP) juga yang mulai bertindak menendang Pas semasa PRU yang berlangsung di Sarawak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahfodz berkata, sekiranya Ahli Parlimen Gelang Patah itu mahu meneruskan tindakan samannya terhadap Presiden Pas, pihaknya bersedia mempertahankan.

“Sebelum ini, orang tuduh Pas makan dedak, kami juga turut ambil tindakan undang-undang serta failkannya ke mahkamah dan kes tersebut masih dalam proses, jadi jika dia (Kit Siang) mahu meneruskan hasratnya (saman) kita bersedia untuk mempertahankan,” katanya.

Menurutnya, Pas Johor akan tetap bersama dengan Pas Pusat untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan pihaknya masih selari pada agenda serta matlamat perjuangannya untuk mempertahankan agama Islam.

“Namun, Pas sentiasa mengalu-alukan perbincang dengan mana-mana parti yang mempunyai agenda perjuangan sama,” katanya.-Sinar Harian
Pengawal Keselamatan Bebas Dari Tuduhan Merogol

Pengawal Keselamatan Bebas Dari Tuduhan Merogol

KUALA LUMPUR 31 Jan: Seorang pengawal keselamatan yang didakwa merogol adik teman wanitanya, Jun tahun lepas menarik nafas lega selepas Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan itu.

Hakim Datin M. Kunasundary membuat keputusan itu terhadap Muhammad Syahir Naim Ramli, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Kunasundary berkata keterangan mangsa di mahkamah tidak konsisten dan tidak jelas dengan laporan polis yang dibuatnya.

“Mahkamah mendapati kredibiliti mangsa tidak boleh dipercayai kerana banyak percanggahan di dalam laporan polis, keterangan utama di mahkamah dan soal balas.

“Selain itu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh yang dijumpai di dalam rumah, tempat kejadian itu juga bukanlah bukti yang boleh menyabitkan tertuduh kerana di dalam rumah itu terdapat beberapa individu (lelaki) lain yang membawa masuk teman wanita mereka. Mahkamah dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh tanpa perlu membela diri,” katanya.

Muhammad Syahir Naim yang memakai baju T berkolar, jaket merah dan seluar jeans biru dilihat menangis dan memeluk bapanya yang berada di galeri awam sejurus selepas mahkamah membaca keputusan itu.

Pada 23 Jun 2016, tertuduh mengaku tidak bersalah merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di dalam bilik di sebuah rumah di Jalan 9/56, Ulu Klang di sini pada 12.30 malam, 16 Mei tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat tidak kurang 10 sebatan.

Sebelas saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula September tahun lalu.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd manakala tertuduh diwakili peguam S.S Seelan. – Bernama
Liza Abdullah Akui Rindu Bidang Nyanyian

Liza Abdullah Akui Rindu Bidang Nyanyian

KUALA LUMPUR: Dramatis Liza Abdullah mengakui rindu untuk kembali menyanyi selepas lebih 15 tahun tidak aktif secara serius dalam bidang tersebut.

Liza atau Norliza Abdullah, 53, berkata, selepas lagu duetnya bersama Ringgo (Arrow) berjudul Samarenda 1994 dahulu, fokusnya hanya tertumpu pada bidang lakonan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dalam situasi ramai pelakon bersilih ganti sekarang, nama Liza Abdullah masih ada di tempatnya sendiri sebagai seorang pelakon.

"Pun begitu, saya tidak boleh sembunyikan kerinduan untuk kembali menyanyi dan mempunyai lagu baru selepas lebih 15 tahun menyepi dari lapangan itu.

"Insya-Allah kalau tidak ada ara melintang, saya bersama seorang sahabat iaitu Syerry yang merupakan bekas anggota kumpulan Princess merancang untuk merakamkan sebuah lagi duet tidak lama lagi," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, kata pelakon yang pernah mencipta nama menerusi filem Ali Setan ini lagi, usahanya ini juga adalah untuk memberitahu kepada peminat generasi baharu yang tidak pernah tahu tentang penglibatannya di dalam bidang nyanyian.

"Ada peminat saya dari generasi baharu tidak percaya saya pernah ada lagu hit suatu ketika dulu dan apabila saya memaklumkan lagu tersebut berjudul Samarenda, ada yang tahu tetapi tidak menyangka saya adalah penyanyinya.

"Justeru, mereka meminta saya kembali merakamkan lagu dan perkara ini ibarat mengantuk disorong bantal sebab saya tidak pernah berniat nak tinggalkan kerjaya nyanyian kerana jiwa saya masih di situ," katanya.

Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/01/31/liza-abdullah-berlakon/#TlcT4HbyveyEoatX.99
Lima Maut Kemalangan di Jalan Ipoh - Lumut

Lima Maut Kemalangan di Jalan Ipoh - Lumut

BATU GAJAH: Seorang pengurus kanan sebuah syarikat minyak dan gas (O and G) adalah antara lima yang maut dalam kemalangan melibatakan dua buah kereta di KM 16, Jalan Ipoh-Lumut, di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, dua daripada mangsa dikenali sebagai Anita Zuriana Abdu Karim, 46, petugas syarikat UMW Oil and Gas Corporation Berhad dan Leong Kok Chuen, 37.

Bagaimanapun, identiti tiga lagi mangsa belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Mohd Nasri Omar berkata suami Anita Zuriana, Radzlan Mohamed, 50, dan dua anaknya Anisa Rizuana, 19, serta Azra Rhea ,13, mengalami kecederaan parah.

Katanya, siasatan awal mendapati semasa kejadian kereta jenis Mercedez Benz yang dipandu Radzlan sedang dalam perjalanan dari Ipoh ke Seri Iskandar.

"Apabila sampai di tempat kejadian sebuah kereta Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan disyaki tiba-tiba memotong sehingga memasuki laluan kereta Mercedes Benz itu sebelum bertembung," katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Nasri berkata akibat pelanggaran itu, Anita Zuriana, penumpang di hadapan kereta Mercedes dan Leong, pemandu kereta Vios itu, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-mStar

Isnin, 30 Januari 2017

RM100,000 Bantuan Untuk Mangsa Banjir Terkepung Kelantan

RM100,000 Bantuan Untuk Mangsa Banjir Terkepung Kelantan

MACHANG - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan kira-kira RM100,000 untuk membantu 1,500 keluarga mangsa banjir yang terperangkap di Machang, awal bulan ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata bantuan itu melibatkan penduduk Kampung Kuala Hau, Ladang Kuala Hau, Kampung Sungai Bedal, Kampung Bukit Besi, Kampung Lepan Peringat, Kampung Limau Nipis, Kampung Bucit dan Taman Sri Amal.

"Mereka menerima bekalan makanan bernilai kira-kira RM65 dengan sebilangan besar penerima adalah penoreh getah yang tidak dapat keluar dari kampung masing-masing berikutan jalan ditenggelami air selama empat hari," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan itu di Kampung Kuala Hau di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Mukim Kerilla Barat, Mat Adnan Deraman berkata, sepanjang tempoh itu kira-kira 300 penduduk kampung berkenaan kekurangan bekalan makanan kerana tidak dapat ke Machang dan Tanah Merah.

Selain itu, penduduk juga kehilangan mata pencarian kerana tidak boleh ke kebun dan ladang untuk menoreh getah, kata beliau. - Bernama
BN Kedah Tekad Tawan Kerusi Parlimen Dikuasai Pembangkang

BN Kedah Tekad Tawan Kerusi Parlimen Dikuasai Pembangkang

ALOR SETAR - Kemenangan Barisan Nasional (BN) Kedah pada PRU-14 terutama di lima kerusi Parlimen yang dikuasai pembangkang penting untuk merancakkan lagi pembangunanan negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ia juga bagi memudahkan penyelarasan peruntukan dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri

seterusnya melancarkan projek-projek pembangunan di kawasan yang dimenangi.

Beliau berkata, menjadi suatu kerugian bagi rakyat Kedah apabila kerusi Parlimen dikuasai parti lain kerana proses penyaluran peruntukan daripada kerajaan pusat sukar dilakukan.

Katanya, sebanyak RM30 juta diperuntukkan kerajaan pusat untuk setiap kawasan parlimen, jika lima kerusi parlimen tewas ini bermakna sebanyak RM150 juta peruntukan sukar disalurkan untuk membangunkan sebarang projek di kawasan terbabit.

"Justeru, penggundi di parlimen yang kalah akan rugi sebab mereka tidak dapat kelebihan peruntukan itu disebabkan mengundi pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu," katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2017 anjuran MCA Kedah, di sini, hari ini.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi BN Kedah meminta rakyat Kedah membuat pilihan yang bijak dengan tidak melakukan kesilapan mengundi pembangkang pada PRU-14 akan datang.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan sama ada akan berlaku perubahan kerusi antara parti-parti komponen BN di Kedah.

Pada PRU-13, BN Kedah kehilangan lima kerusi termasuk dua milik MCA iaitu Alor Setar dan Padang Serai, selain Sungai Petani, Pokok Sena dan Kuala Kedah. - Bernama

Migrant workers' residential zoning planned

Migrant workers' residential zoning planned

The Labour Ministry plans the zoning of migrant workers' residences in many provinces for health reasons, its spokesman says.
The zoning would ensure good environmental conditions and effective disease control as some diseases that had disappeared from Thailand re-emerged, spokesman Ananchai Uthaipattnacheep said on Monday. He cited cholera, elephantiasis and tuberculosis.
Labour authorities, including Labour Minister Sirichai Distakul, discussed the issue on Monday. Governors of Samut Sakhon and Ranong provinces presented their zoning plans to the meeting at the Labour Ministry.
For Samut Sakhon where there are 280,000 migrant workers, authorities would initially have employers house their 10,000 workers in the Tha Chin flat project of the National Housing Authority in Muang district. About 5,000 already settled there.
Elsewhere in the province, local authorities would require other migrant workers to stay only in five communities where they already rented rooms, Mr Ananchai said. He referred to Ban Nong Bua, Khlong Khru Nok, Khlong Jek, San Chao and Wat Noi Nang Hong communities in Muang and Krathum Baen districts.
More buildings would be constructed in the five communities to accommodate more workers, Mr Ananchai said.
For Ranong, where about 68,000 migrant workers stayed, officials were looking for suitable areas for the zoning and would propose the private sector and local administrative organisations build such residences for rents, he said.
The zoning would also happen in 11 other provinces with large numbers of migrant workers. They were Chiang Mai, Chon Buri, Nakhon Pathom, Nonthaburi, Pathum Thani, Phuket, Rayong, Samut Prakan, Songkhla, Surat Thani and Tak, Mr Ananchai said.
The Labour Ministry was drafting an executive decree to require employers of migrant workers to arrange for accommodations for their employees within their premises or state-specified zones.
Najib Wants Detailed Probe Into Capsized Catamaran Tragedy

Najib Wants Detailed Probe Into Capsized Catamaran Tragedy

KUALA LUMPUR, Jan 30 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak wants a detailed investigation to be carried out to identify the cause of the capsized catamaran tragedy in Sabah.

However, he said for now, focus should be given to the efforts to find the six other victims still missing.

"I view seriously the capsized boat tragedy in Sabah and I want a detailed investigation to be carried out to identify the cause of the incident," he said in his latest posting on Facebook and Twitter.

The prime minister also called on all quarters to adhere to the rules and guidelines set by the government to ensure safety.

The boat ferrying 31 people comprising three crew members and 28 tourists from China was reported to have capsized due to strong winds and big waves at 10 am Saturday morning, an hour after it left the Tanjung Aru jetty in the state capital.

As of yesterday, 22 people, including two of the crew members, were rescued, while three others were dead.

The search for the remaining six victims is ongoing, involving the Malaysian Maritime Enforcement Agency, Royal Malaysian Navy and Royal Malaysian Air Force, as well as the Marine Police personnel, with the cooperation from the Brunei marine authority.

-- BERNAMA
Penampatan Banjir Tenggelam Air Mangsa Pindah Lagi

Penampatan Banjir Tenggelam Air Mangsa Pindah Lagi

PEKAN, 30 Jan (Bernama) -- Lima hari lepas mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai selepas rumah dilanda banjir, hari ini mereka dipindahkan lagi apabila "rumah sementara" itu pula dinaiki air.

Sebanyak 112 mangsa dipusat pemindahan itu terpaksa dibawa keluar oleh pihak berkuasa menaiki bot bermula 9 pagi tadi selepas limpahan air Sungai Pahang menyebabkan pusat pemindahan sementara berkenaan dinaiki air setinggi tiga meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata mangsa yang merangkumi 27 keluarga itu dipindahkan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Paloh Hinai setelah jawatankuasa bencana mendapati paras air semakin meningkat.

"Sekolah ini memang dinaiki air semasa mangsa banjir dipindahkan lima hari lepas, namun ini sahaja bangunan paling tinggi di Kampung Temai menyebabkan mangsa banjir ditempatkan di tingkat satu bangunan sekolah itu.

"Bagaimanapun hari ini paras air semakin meningkat selain arus semakin kuat disebabkan air turun dari hulu Sungai Pahang yang dikhuatiri boleh membahayakan penghuni menyebabkan mereka perlu dipindahkan," katanya kepada Bernama selepas operasi menyelamat berkenaan dilakukan Isnin.


Wan Samsul Effendi berkata proses memindahkan mangsa banjir itu mengambil masa kira-kira dua jam dengan kerjasama bomba, polis, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sementara itu seorang mangsa, Mariani Musa, 50, berkata kejadian pusat pemindahan banjir ditenggelami air bukan perkara baharu bagi penduduk kampung berkenaan.

"Di kawasan lain pusat pemindahan terletak di kawasan tinggi dan tidak banjir, namun bagi kami, walaupun SK Temai ini sendiri banjir, inilah antara pusat pemindahan kami saban tahun setiap kali bencana itu melanda," katanya.

Dia yang berpindah di situ sejak lima hari lalu bersama suami Ahmad Amid, 60 dan lapan lagi anggota keluarga, berkata walaupun 'terkepung' air, perkara itu tidak menimbulkan masalah bagi mereka.

"Walaupun tidak boleh ke mana-mana, ia bukan masalah sebab pusat pemindahan ini agak selesa, barang keperluan juga mencukupi," katanya.

Bagi Hasliza Amanah, 43, pula kejadian sama pernah berlaku pada 2014 semasa kawasan itu dilanda banjir besar.

"Tiga tahun lepas keadaan sama pernah berlaku dan ketika itu saya berada di pusat pemindahan banjir selama sebulan iaitu dua minggu di SK Temai dan dua minggu lagi di IKBN Paloh Hinai.

"Namun saya berharap tahun ini banjir akan lebih cepat surut dan keadaan akan pulih seperti sedia kala, "katanya.



-- BERNAMA
Sejuta Rakyat Britain Bantah Trump

Sejuta Rakyat Britain Bantah Trump

LONDON 30 Jan. - Hampir sejuta rakyat Britain menandatangani petisyen menggesa kerajaan supaya membatalkan kunjungan rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke negara ini selain mengadakan pertemuan dengan Ratu Elizabeth pada tahun ini.
Petisyen itu dilancarkan susulan kemarahan larangan perjalanannya ke atas tujuh negara Islam.
Petisyen tersebut yang sudah ditandatangani oleh 930,000 orang menyebut lawatan Trump mencetuskan bantahan meluas susulan menyekat sementara tujuh rakyat majoriti negara Islam daripada mengunjungi AS selama 90 hari.
“Kebencian terhadap wanita dan kelantangannya tidak melayakkannya disambut Baginda Ratu Elizabeth II dan Putera Wales.
“Kehadiran beliau hanya akan memalukan Ratu Permaisuri,” tulis petisyen di laman web parlimen. -REUTERS
APM gerak 5,000 anggota bantu mangsa banjir

APM gerak 5,000 anggota bantu mangsa banjir

TEMERLOH 30 Jan. - Seramai 5,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) digerakkan bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang kini terjejas akibat musibah berkenaan.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Azmy Yahya berkata, anggota tersebut ditempatkan di pejabat operasi dan di pusat-pusat pemindahan banjir bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada mangsa.
“Anggota APM sentiasa bersiap sedia dan tampil awal di lokasi jika terdapat laporan berlaku banjir bagi memberikan bantuan segera.

“APM yang dijenamakan semula pada 1 September tahun lalu kekal sebagai agensi bantuan berwibawa dalam semua situasi termasuk bantuan banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir mengiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berkenan menyampaikan bantuan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapur Mentakab di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Perancangan Dasar dan Penyelerasan APM, Norhafifi Ismail.
Azmy berkata, anggota APM di setiap negeri dan daerah akan terus memantau dan membantu mangsa banjir termasuk selepas musibah itu pulih.

''Walaupun trend air banjir di semua negeri dan daerah semakin surut tetapi anggota yang ditugaskan bersedia turun padang membantu mangsa banjir membersihkan premis kediaman,'' katanya.

Beliau berkata, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat telah melakukan persiapan lengkap dan tersusun menghadapi banjir kali ini. - UTUSAN ONLINE

Tak Nak Bayar Tiket Zoo Seorang Dimakan Harimau

Tak Nak Bayar Tiket Zoo Seorang Dimakan Harimau

BEIJING: Seorang lelaki maut dibaham harimau di sebuah zoo di timur China pada Isnin, selepas memanjat tembok hanya kerana tidak mahu membayar tiket masuk, menurut kenyataan rasmi zoo berkenaan.
Sebuah video yang dirakamkan pada Ahad menunjukkan seekor harimau mengheret mangsa yang berlumuran darah di kandang haiwan tersebut di Zoo Ningbo Younger di wilayah Zhejiang.
Video tersebut kemudiannya menjadi tular di Internet.
Seekor harimau ditembak dan mati sementara kakitangan zoo cuba pelbagai usaha untuk menyelamatkan lelaki berkenaan.
Ini termasuk membakar mercun bagi membuatkan harimau dan rakan-rakannya beredar menjauhi mangsa.
Selepas lebih sejam, Zhang yang cedera parah diselamatkan, tetapi disahkan meninggal dunia di hospital.
Pihak zoo mengarahkan siasatan dijalankan mengenai bagaimana mangsa boleh memasuki kadang harimau sedangkan kedudukannya yang dipisahkan dengan parit dan tembok batu.
Menurut kenyataan pihak yang menguruskan zoo tersebut menerusi akaun Weibo, Zhang tidak membeli tiket masuk.
Tambah kenyataan itu, mangsa membawa isterinya dan dua anak ke zoo, tetapi ketiga-tiga mereka membayar tiket masuk.
Pada 2006, empat pengunjung turut cuba menceroboh masuk ke dalam zoo yang sama dan nyaris maut dibaham singa. – The South China Morning Post

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/01/30/elak-bayar-tiket-dibaham-harimau/#5LyuPUph1xF5l571.99
Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan

SHAH ALAM: Tiga orang termasuk sepasang suami isteri maut apabila sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda bertembung di Kilometer 38.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) menghala ke Pulau Indah, Isnin.

Menurut polis, kejadian yang dilaporkan berlaku pada kira-kira 7.30 pagi itu mengorbankan nyawa P. Maniveloo, 47, dan isteri S. Malathi, 42, yang menaiki kereta jenis Peugeot.

"Seorang lagi mangsa, pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover, Ang Chee Peng, 33, mati ketika dirawat di Hospital Banting," kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Zailan Tasir dalam kenyataan mengenai kejadian itu.

Seorang penumpang SUV itu cedera dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Banting untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Zailan.
Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2017/01/30/nahas-skve/#chK4uhWyZOMsOcbZ.99
Bot Karam: Tekong, Anak Kapal Ditahan

Bot Karam: Tekong, Anak Kapal Ditahan

KOTA KINABALU: Polis Sabah telah menahan tekong dan anak kapal bot jenis Catamaran yang karam dalam perjalanan ke Pulau Mengalum pada hari pertama Tahun Baru Cina.

Dalam satu tweet pada Isnin, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata kedua-duanya telah ditahan di bawah Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Tekong dan anak kapal itu adalah mangsa pertama yang diselamatkan berhampiran Pulau Tiga selepas terapung selama lebih dari 24 jam di Laut China Selatan.

Bot Catamaran itu, yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China, karam ketika dalam perjalanan dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum kira-kira 56 km barat laut dari Kota Kinabalu pada Sabtu.

Menurut APMM, bot Catamaran itu meninggalkan jeti pada 9 pagi.

Seramai 20 pelancong China telah diselamatkan, manakala enam orang masih hilang. Tiga orang disahkan mati.

Search continues for missing six in catamaran capsize

Search continues for missing six in catamaran capsize

KOTA KINABALU: The search and rescue operation for the six missing people who were on board the ill-fated catamaran bound for Pulau Mengalum from the Tanjung Aru jetty near here continued at 7am this morning.

The missing six were part of 31 people on board the catamaran which sank on Saturday. There were 28 tourists from China, two crew members and a skipper on the boat.

When contacted this morning for updates, Tourism, Culture and Environment minister, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun told The Borneo Post that the search and rescue mission in search of the remaining passengers have been placed on priority at present.

“At this point of time, our focus is the welfare of those who were rescued and continuing the search and rescue operation for those who are still missing,” he said.

He added that they will investigate the incident after all those missing have been accounted for.

Yesterday, it was made known that three people, one male and two females, perished in the incident.---Borneo Post
Is Zakir Naik a harbored fugitive in M’sia? Waytha questions TPM

Is Zakir Naik a harbored fugitive in M’sia? Waytha questions TPM

KUALA LUMPUR, Jan 30: Hindraf leader P. Waytha Moorthy has urged Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi to confirm if Islamic televangelist Dr Zakir Naik is a harbored fugitive in Malaysia.

“Hindraf calls on the Deputy Prime Minister and Home Minister Zahid Hamidi to:

1) Come clean and provide transparent answers as to whether Zakir has been granted a permanent resident status in Malaysia;

2) Explain the logic behind harbouring Zakir and allowing him to deliver lectures and sermons in Malaysia;

3) Confirm if the Government is committed to curb fundamentalism and extreme teachings especially when it is a known fact that Malaysians are already engaging in terrorism activities abroad.

4) Confirm If the Government has taken into account National Security interests in allowing Zakir to roam free in Malaysia.

“Hindraf is shocked as to the real motive of the Malaysian Government in harboring him and encouraging his speeches in Malaysia.

“Hindraf is shocked with news that Zakir Naik, a fugitive and wanted for terrorist links investigations in India is roaming free in Malaysia and is even accorded the privilege to conduct Friday sermon in a Masjid in Arau hosted by the Perlis Islamic Religious Affairs Department, the Perlis Islamic Affairs and Malay Customs Council, and the office of the Perlis mufti,” said Waytha in a statement today.

Last month Hindraf had questioned Zahid and demanded that the latter confirm whether it is true Zakir Naik has been granted a permanent resident status in Malaysia but to date Zahid has not confirmed nor denied the status of Zakir Naik.

Waytha said that Zakir Naik has openly promoted terrorism and denigrated and ridiculed members of other faiths, which in itself is a threat to national security and also to the harmony and peaceful co-existence to the people in Malaysia.

“Till today Zakir Naik has not condemned any form of aggression and terrorism by Islamic fundamentalist, however to the contrary there are clear evidences that he has promoted religious hatred and terrorism in his preachings.

“Last month, Dr Zakir visited a private Islamic-centric university in Shah Alam, Selangor, which is also under investigation for radical teachings after two students were arrested on suspicion of being Islamic State recruits planning a terror attack locally.

“The Indian Government has confirmed statements of some terrorists arrested in terrorist attack incidents or arrested ISIS sympathizers revealed that they were inspired by the fundamentalist statements of Dr Zakir Naik, clearly indicating the subversive nature of his preaching and speeches.

“It is also reported that India’s authorities are also mulling terror charges against Dr Zakir, reportedly based on testimonies of about 50 terror suspects and convicts recorded from various jails, with those arrested citing Zakir as their motivation and source of inspiration.

Zakir Naik’s Islamic Research Foundation (IRF) is banned in India and he is also a wanted fugitive in India.-TMT
Malaysia Tingkatkan Hubungan Ekonomi Dengan ASEAN

Malaysia Tingkatkan Hubungan Ekonomi Dengan ASEAN

KOTA BHARU 29 Jan. - Malaysia akan meningkatkan perdagangan dengan negara ASEAN dan Asia selepas pengunduran Amerika Syarikat (AS) daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada 23 Januari lepas.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, negara anggota ASEAN akan menjadi tumpuan utama perdagangan Malaysia, diikuti dengan China, Korea Selatan, Jepun serta India.
"Sepuluh negara ASEAN merupakan menjadi keutamaan kita. China dan negara-negara Timur Laut Asia seperti Jepun, Korea Selatan serta India juga penting.

"Setakat ini, China masih menjadi rakan dagangan kita yang terbesar. Ini bukan perkara baharu kerana kita selalu menjalinkan kerjasama dengan China," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan serta melawat masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Jalan Merican di sini hari ini.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebelum ini bertindak menandatangani Arahan Eksekutif penarikan diri AS daripada TPPA pada Isnin lalu dengan alasan TPPA boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan di AS serta pengaliran keluar dana ke negara-negara lain TPPA.
TPPA yang dimeterai Malaysia dan 11 negara anggota lainnya pada 4 Februari tahun lalu tidak boleh dilaksanakan tanpa penyertaan AS yang mewakili kira-kira 60 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) daripada 12 negara anggota berkenaan.
Di bawah perjanjian itu, sebanyak minimum enam negara yang menyumbang 85 peratus daripada gabungan KDNK 12 negara berkenaan, perlu melakukan proses ratifikasi atau pengesahan sebelum dokumen itu dapat dikuat kuasakan.
TPPA dianggotai 12 negara iaitu Australia, Brunei, Chile, Kanada, New Zealand, Jepun, Malaysia, Singapura, Mexico, Peru, AS dan Vietnam. - BERNAMA

NORMA BARU DARI WEF, DAVOS 2017

NORMA BARU DARI WEF, DAVOS 2017

World Economic Forum, WEF (Forum Ekonomi Dunia) telah beberapa tahun diadakan di Davos, Switzerland sehinggakan Davos itu sendiri sudah menjadi jenama terkenal sebagai forum menghimpunkan para pemimpin dunia dalam kalangan ahli politik, ekonomi dan bisnes.
Selama ini saya mengikuti forum ini dari jauh. Saya menganggap Davos Forum itu samalah sepertimana lain-lain forum dunia; WIEF, KMF, ASLI, malah APEC. Saya mengikutinya samalah sepertimana kebanyakan kita mengikuti forum-forum itu melalui pembacaan di Internet dan akhbar.
Tetapi bagi Davos 2017 ini hati saya tergerak untuk mengikutinya dengan lebih dekat, bukan maksudnya saya berkesempatan ke Davos, tetapi mengikutinya dari dekat menerusi live forum di Internet.

Terima kasih kepada kecanggihan teknologi yang membolehkan saya mengikuti forum itu menerusi video feed system di Internet.
Saya memilih beberapa siri wacana, dialog dan ucapan untuk diikuti. Saya juga membaca banyak laporan yang dihasilkan sepanjang forum itu dan memilih beberapa antaranya yang amat menarik perhatian saya.
Saya tertarik mengikuti Davos 2017 bukan sekadar agenda ekonominya. Davos 2017 memaparkan beberapa kelainan, dari segi penyertaan dan isu-isu yang dibincangkan. Saya tertarik dengan beberapa gelombang perubahan yang cuba disuntik ke dalam forum ini.
Gelombang ini, jika tidak ditangani dengan bijaksana oleh para pemimpin sesebuah negara, dalam sekelip mata ia mampu mengubah corak kepimpinan sesebuah negara itu dalam memacu kemakmuran sejagat secara lebih saksama.
Brexit contohnya, adalah hasil gelombang perubahan seperti ini, manifestasinya ialah rakyat membuat keputusan berbeza dengan apa yang pemimpin mereka percaturkan.
Donald Trump menang pemilihan Presiden di Amerika Syarikat (AS) juga kerana ia membawa perubahan seperti ini yang kononnya itulah suara hati rakyat AS. Adakah ini petanda bahawa antara pemimpin dengan rakyat di sesebuah negara itu sudah tidak sehaluan hala tujunya?
Di Davos 2017 dapat kita lihat bahawa dalam isu globalisasi, para pemimpin membuat pilihan yang rakyat mereka sendiri merasakan dipinggirkan, maka di forum ini mereka menyuarakan pilihan yang tak konsisten dengan citarasa kebanyakan pemimpin dunia.
Antara siri wacana yang menarik perhatian saya ialah Pentas Asia. Saya bangga dan kagum kerana daripada lima ahli panel yang diundang, dua adalah anak Malaysia, seorang mewakili pemimpin politik, Datuk Seri Mustapa Mohamad dan seorang lagi mewakili pemimpin bisnes (Tan Sri Tony Fernandez).
Topik utama wacana itu berkisar kepada isu globalisasi sambil menyentuh isu TPPA yang tertangguh disebabkan pengunduran AS daripada perjanjian itu dan peranan China dalam memacu agenda ekonomi global, termasuk kemungkinan wujudnya konflik perdagangan antara AS dan China.
Penampilan Jack Ma di Davos 2017 ini amat menarik sekali. Secara tiba-tiba bilionair Asia dan pemilik Alibaba.com menjadi salah satu tarikan utama di Davos 2017. Kita semua sedia maklum, sebelum ke Davos beliau ada membuat pertemuan dengan Donald Trump, sebelum secara rasminya Trump ditabalkan Presiden AS ke-45.
Di Davos, Jack Ma secara terbuka dan berani membidas AS yang sekian lama menjadi polis dunia dan menguasai ekonomi dunia tetapi gagal dimanfaatkan oleh kebanyakan rakyatnya sendiri.
Ini kerana, menurut Jack Ma, banyak daripada manfaat itu dibazirkan dalam 13 peperangan dalam masa 30 tahun lepas yang membazirkan nilai manfaat yang dikumpulnya melebihi AS$14 trillion.
Oleh sebab itu Trump tidak boleh menuding jari menyalahkan pihak lain kononnya mencuri peluang pekerjaan yang sepatutnya direbut oleh rakyat AS. Seperti kelazimannya, Davos 2017 juga berjaya menghimpunkan ramai pemimpin negara, pemimpin bisnes dan pemimpin ekonomi.
Tumpuan Davos 2017 tentunya tertumpu kepada kehadiran Presiden Xi Jinping, sebagai pemimpin China pertama tampil dan berucap di WEF Davos. Ucapan yang disampaikan oleh Presiden Jinping itu sesungguhnya mendapat sambutan amat mengalakkan daripada peserta dan media.
Banyak artikel ditulis oleh pelbagai pihak merujuk kepada ucapan beliau itu yang turut menggambarkan kemampuan dan kesediaan China untuk menerajui Asia dalam mencorakkan ekonomi dan geopolitik dunia.
Justeru, bolehlah dirumuskan bahawa Davos 2017 adalah pentas yang didominasi oleh Jack Ma dan Presiden Jinping. Penampilan mereka, keberanian Jack Ma membidas AS dan kepandaian Presiden Jinping memainkan isu globalisasi, benar-benar mencuri tumpuan.
Sekalipun ucapan disampaikan oleh Perdana Menteri Britain, Theresa May, dengan agenda Global Britain yang cuba dipromosikannya, namun ia kurang mencuri tumpuan dan tidak meyakinkan.
Ini kerana, selain Jack Ma dan Presiden Jinping, isu yang lebih menarik perhatian hadirin ialah kehadiran golongan bukan dalam kalangan ketiga-tiga kategori pemimpin yang lazimnya mendominasi Forum Davos ini.
Suara daripada kalangan anak-anak muda pelbagai latar belakang ditonjolkan Pengerusi WEF, Prof. Klaus Schwab yang lebih mencuri perhatian. Suara Shakila mewakili penggiat seni, suara Jamie Oliver sebagai selebriti chef, suara perenang Sukan Olimpik, Yusra Mardini daripada golongan pelarian (refugee), itu lebih mencuri tumpuan.
Mungkin ada benarnya petunjuk yang diberikan oleh Jack Ma, bahawa tiga trend ini akan mencorakkan masa depan kita; golongan mereka berumur sekitar 30-an, mereka yang mengurus bisnes perusahan kecil dan sederhana (IKS) dengan purata pekerja sekitar 30 orang dan ekonomi-ekonomi baru yang dipacu teknologi, dan dibangunkan dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini.
Terlanjur kita di Malaysia sedang dalam proses merancang Transformasi Nasional 2050 (TN 50), pastinya banyak ilham dan pengajaran daripada Davos 2017 ini yang amat berguna. Pasti juga ada mesej-mesej tersirat yang perlu dihayati oleh para pemimpin kita.
Memetik kata-kata Prof. Alberto Alemanno, Jean Monnet Professor of Law di HEC Paris, “dalam dunia yang dibina mengikut acuan populariti politik dan transformasi sosial serta teknologi, tidak ada keperluan yang lebih mendesak selain daripada betapa perlunya kepimpinan yang bertanggungjawab dan peka untuk respons kepada kehendak dan perubahan citarasa rakyatnya”.
Hendaknya dalam kita menghadapi ketidaktentuan ekonomi semasa, diparahkan lagi dengan beberapa kecelaruan lain, janganlah sampai kita lemas dalam gelombang melanda negara kita.
PENULIS ialah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM).
-Utusan Online
SME Bank IKP Pertama Malaysia, Asean Diterima Jadi Ahli The Montreal Group

SME Bank IKP Pertama Malaysia, Asean Diterima Jadi Ahli The Montreal Group

KUALA LUMPUR: Nilai unik model 'Melangkaui Pembiayaan' SME Bank Malaysia dalam membangunkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila menjadi Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) pertama di Malaysia dan Asean menjadi ahli The Montreal Group (TMG).
TMG ialah forum antarabangsa eksklusif bagi bank-bank pembangunan milik kerajaan yang memberi fokus dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana, kata SME Bank dalam satu kenyataan pada Khamis.
Diasaskan pada 2012 oleh tujuh anggota dengan anggaran jumlah aset yang digabungkan bernilai US$2 trilion, TMG berfungsi menggalakkan perkongsian idea dan amalan terbaik serta memupuk kesefahaman antarabangsa dalam pembangunan PKS.
Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata TMG mengiktiraf bank itu sebagai IKP utama di negara ini dan juga rantau Asean.
"Kami bukan sahaja menawarkan kemudahan pembiayaan tetapi turut memikul tanggungjawab membangunkan PKS melalui pelbagai program intervensi," katanya.
"Model perniagaan kami adalah hasil daripada usaha berterusan dalam meningkatkan perkhidmatan bank bagi memastikan kami dapat memenuhi mandat yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu PKS yang tidak atau kurang mendapat bantuan dan pada masa yang sama memastikan kelangsungan operasi kami," katanya.
Sejak penubuhannya pada 2005, SME Bank meluluskan pembiayaan berjumlah RM26 bilion dan membantu lebih 15,000 usahawan PKS.

-mStar
PROTON Dijangka Umum Rakan Niaga April Ini

PROTON Dijangka Umum Rakan Niaga April Ini

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd (Proton) berharap dapat mengumumkan rakan strategik asingnya pada April ini atau selewat-lewatnya akhir Jun depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata setakat ini, tiga syarikat sudah disenarai pendek dan sedang menjalankan proses sewajarnya membabitkan Proton.
Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan atau memberi sebarang petunjuk berhubung identiti ketiga-tiga syarikat automotif terbabit atau negara asal masing-masing.
"Ini merupakan satu transaksi sukar bagi sebuah industri kompleks yang sudah semestinya akan memakan masa.
"Malah, apabila mereka mengemukakan cadangan masing-masing pada kemudiannya, kami masih perlu melakukan pelbagai proses penilaian, penjelasan serta mungkin juga rundingan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, Khamis selepas Proton menerima akreditasi sebagai pusat sehenti program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi tujuan latihan kemahiran dalam bidang automotif.
Proton ketika ini melaksanakan proses permintaan untuk cadangan mencari rakan strategik yang boleh menyediakan aspek strategik, operasi dan budaya secara tetap dengan matlamat untuk mengembangkan perniagaan automotifnya.
Ahmad Fuaad berkata Proton dijangka menerima cadangan lengkap daripada pihak berkenaan mulai Februari ini dan akan membuat pengumuman selepas pemilihan akhir itu dilakukan.
"Mungkin juga kami perlu mengadakan rundingan lanjut sebelum membuat keputusan muktamad. Namun, adalah diharapkan majlis menandatangani (persetujuan) itu dapat dilakukan sebelum akhir separuh pertama tahun ini," katanya.
Jelasnya, urus niaga itu turut membabitkan Proton sebagai satu kumpulan, termasuk Lotus Group yang juga unit milik penuhnya.
Selain itu, mengulas program SLDN berkenaan, Ahmad Fuaad menyifatkannya sebagai pengiktirafan terhadap komitmen Proton bagi membangunkan serta melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran, sejajar matlamat kerajaan untuk mentransformasi sistem pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional negara.
"Sebagai pengeluar kereta nasional, tanggungjawab kami bukan setakat membina kereta tetapi juga menjadi antara penggerak utama pembangunan modal insan," katanya.-- Bernama


Mangsa Banjir Dipahang Meningkat

Mangsa Banjir Dipahang Meningkat

KUANTAN: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang kembali meningkat kepada 5,595 orang daripada 1,503 keluarga berbanding 5,460 orang daripada 1,454 keluarga malam Ahad.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkatadaerah Temerloh masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,202 orangdaripada 556 keluarga.

Ini diikuti Pekan dengan 1,108 mangsa daripada 292 keluarga, Maran 928 orang (270 keluarga), Bera 782 orang (184 keluarga), Jerantut 403 orang (156 keluarga), Lipis 90 orang (24 keluarga) dan Rompin 82 orang (21 keluarga).


"Sebanyak 80 pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu 25 di Temerloh, Maran (18), Pekan (17),Bera (14) manakala Jerantut, Lipis dan Rompin masing-masing dua pusat pemindahan" katanya.
-mStar
Saya Mahu Jalan Dulu Sebelum Bot Karam

Saya Mahu Jalan Dulu Sebelum Bot Karam

KOTA KINABALU: "Saya mahu jalan sudah" (saya mahu jalan dulu), itu kata-kata terakhir Absol Kassim, 26, kepada isterinya sebelum meninggalkan rumah untuk keluar bekerja.


Absol adalah antara kru bot pelancong jenis Catamaran yang karam bersama 30 yang lain termasuk 28 pelancong dari China ketika dalam perjalanan ke Pulau Mengalum, dekat sini dari jeti Tanjung Aru, di sini pada pagi Sabtu lalu.

Menurut isterinya, Amelia Samanail, 21, yang tinggal di Pulau Gaya di sini, suaminya mengucapkan kata-kata itu ketika keluar meninggalkan rumah pada pukul 7 pagi.

"Belum sampai sebulan dia bekerja dengan syarikat bot pelancong itu. Sebelum ini, suami saya bekerja sebagai penjual sayur," kata Amelia kepada Bernama ketika ditemui di jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin di sini tengah malam tadi.

Amelia berkata dia berada di pangkalan berkenaan bersama bapa, ibu dan kakak iparnya sejak pukul 8 pagi semalam selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan suaminya yang datang ke rumah.

"Saya berdoa semoga suami saya dijumpai dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat," katanya.

Menurut Amelia, dia akan terus menunggu di jeti berkenaan sehingga mengetahui secara pasti mengenai perkhabaran suaminya yang dianggapnya sebagai seorang suami yang rajin, bertanggungjawab dan penyayang.

Absol ialah antara enam individu yang masih hilang dalam tragedi bot pelancong karam itu dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan untuk mengesan mereka.

-mStar
Pelajar Pondok Berjaya Mencipta Kegemilangan

Pelajar Pondok Berjaya Mencipta Kegemilangan

DIA bukan seorang pemuda yang memiliki segulung ijazah. Dia juga bukan seorang pemuda yang memiliki segulung diploma.

Apa yang dia miliki adalah gelaran seorang bekas pelajar sekolah pondok. Mendalami ilmu agama dua tahun di Indonesia dan tiga tahun di Kedah.

Namun, status pelajar sekolah pondok tidak menghalang buat pemuda berusia 24 tahun itu menjadi insan yang berjaya pada usia yang cukup muda.

Siapa dia itu? Dia adalah, Muhammad Nur Aiman Basuni, pemilik restoran dikenali Bason yang berdiri gah di Seksyen 9, Shah Alam.

Dia yang mesra disapa Aiman menjelaskan, dia dihantar ke sekolah pondok seawal usia 14 tahun oleh keluarganya.

Ketika itu ada rakan-rakannya memandang sinis dengan beranggapan bahawa tanpa pelajaran yang tinggi, bukan lepasan universiti, seseorang itu tidak akan berjaya dalam hidup.

“Saya tercabar dengan kata-kata itu. Saya nekad untuk membuktikan bahawa kata-kata mereka silap,” katanya.

Selepas taman persekolahan pondok, pada usia 21 tahun, Aiman mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya mendapat keputusan 5A dan berhajat untuk menyambung pelajaran tetapi saya melupakan hasrat itu kerana mahu membantu keluarga mengusahakan restoran berkonsepkan makanan kampung,” katanya.

Bermula daripada situ katanya, dia berusaha mendalami sebaik mungkin ilmu perniagaan sebelum memiliki premis sendiri iaitu restoran Bason pada usia 22 tahun.

Akuinya, di awal pembukaan Bason, dia hampir tersungkur dan berputus asa dengan pelbagai dugaan yang menimpa.

“Saya tidak tahu di mana silapnya. Semuanya saya lakukan sendiri. Sampai satu tahap, saya masak dan makan sendiri. Bercakap pun sendiri-sendiri macam orang gila.

“Saya juga pernah menangis depan restoran kerana mengenangkan apa yang akan berlaku selepas ini,” katanya.

Bagaimanapun katanya, atas berkat doa yang tidak henti-henti, dia menemui cara untuk bangun semula.

“Saya belajar cara pemasaran yang betul dengan Sifu Jamal. Semuanya kembali teratur. Kuasa Facebook banyak memainkan peranan,” katanya.

Katanya melalui ilmu pemasaran FB, restorannya kembali bernyawa di mana pada ketika itu, Bason merekodkan kehadiran 1,000 pelanggan setiap hari.

Biarpun sudah boleh digelar sebagai individu yang berjaya, Aiman tetap merendah diri dan menegaskan apa yang diperolehinya itu masih belum mencukupi.

“Pada saya ini baru tiga peratus. Belum lagi boleh dibanggakan. Saya ada misi sendiri. Saya mahu Bason ini dikenali

“Dalam tempoh lima tahun, saya percaya dengan izin ALLAH, usaha saya akan tercapat,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman turut menasihati golongan muda supaya tidak tunduk dengan kegagalan kerana kegagalan itu mengajar seseorang untuk berjaya.

“Jangan takut kalau gagal. Kalau takut dengan kegagalan, anda tidak akan berjaya,” katanya.-Sinar Harian
Bangkit Dari Kesusahan Jadi Jutawan

Bangkit Dari Kesusahan Jadi Jutawan

BAGI seorang wanita, tahun 2009 boleh dikatakan sebagai zaman kejatuhannya dan tahun itu tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.

Tidak mudah untuk Ernayanee Nur Julaimi mengharungi kehidupan sedemikian.

Beliau terpaksa lari daripada keluarga. Tinggal sendirian di Bangi dek kerana hutang keliling pinggang.

Ketika itu tiada siapa mengetahui kesusahannya termasuk rakan rumah sewa yang baharu dikenalinya.

Bagi meneruskan kehidupan, Ernayanee terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk melangsaikan semua hutangnya.

“Orang tidak tahu saya susah. Saya kerja bawa bas kilang di Kuala Lumpur. Saya juga menjadi penyanyi dangdut. Tapi bukan artis. Saya nyanyi bersama kugiran di majlis perkahwinan,” katanya.

Bercerita mengapa hutangnya keliling pinggang, Ernayanee menjelaskan semuanya kerana minatnya terhadap perniagaan online.

“Saya bermula pada 2006. Saya jual pelbagai barang. Saya gunakan semua duit yang ada untuk membeli barangan.

“Bagaimanapun, kesilapan saya hanya satu. Saya tidak tahu bagaimana untuk melakukan pemasaran. Sebab itu pada tahun 2009 saya tersungkur,” katanya.

Bagaimanapun katanya, kejatuhan itu sedikitpun tidak mematahkan minat mendalamnya terhadap bidang perniagaan.

Ernayanee menjelaskan, setahun selepas itu, dia kembali bangkit dan mendalami ilmu perniagaan online daripada beberapa individu ternama seperti Sifu Jamal.

Sehinggalah pada tahun 2013, Ernayanee mengambil keputusan untuk memberi fokus terhadap perniagaan minyak wangi.

Selang dua tahun, pada Mac 2015, Ernayanee mencipta kejayaan sendiri dengan menghasilkan produk minyak wangi sendiri yang dikenali De’Xandra.

“Selama dua tahun meniaga minyak wangi, saya dapat membaca apa yang pengguna mahukan. Ada lima faktor iaitu murah, tahan lama, original, senang dibawa dan mesra solat.

“Atas faktor itu, saya mengeluarkan minyak wangi jenama sendiri, De’Xandra,” katanya yang menjelaskan syarikatnya merekodkan jualan bulanan sebanyak 400,000 botol tahun lalu.

Ernayanee berkata, pada usia 31 tahun ini, beliau bersyukur kerana apa yang diusahakan selama ini membuahkan hasil.

“Bayangkan kalau saya berputus asa. Mesti saya tidak dapat apa yang saya rasai hari ini,” katanya yang menyasarkan jualan sebanyak sejuta botol sebulan untuk tahun ini.

Sementara itu, ibu kepada seorang anak itu menjelaskan, beliau sedang berusaha untuk memasuki pasaran Indonesia, Vietnam, Singapura, Brunei, Perancis dan Jepun.

“Saya mempunyai visi tersendiri iaitu untuk menjadi yang pertama di dunia. Saya percaya ia akan tercapai kerana saya diperkuatkan dengan bantuan daripada ahli keluarga yang kini bersama-sama saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ernayanee turut menasihati kepada mana-mana individu yang mahu menjalankan perniagaan online supaya mencari ilmu secukupnya dan tidak mudah berputus asa.

“Banyak cabaran dalam dunia perniagaan online ini. Gunakan sepenuhnya manfaat FB kerana ia memberi kebaikan kepada semua. Dalam bisnes, modal tidak penting tetapi strategik lebih penting,” katanya.-Sinar
Malaysia Harap Jumlah Dagangan 1.5 Trilion

Malaysia Harap Jumlah Dagangan 1.5 Trilion

IPOH – Malaysia dijangka mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM1.5 trilion tahun ini melalui usaha kerajaan dalam menjalin hubungan dua hala dengan beberapa negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, kementeriannya sedang mengkaji menjalinkan kerjasama dengan negara seperti India dan Iran untuk meningkatkan jumlah perdagangan.

Menurutnya, sudah tiba masanya Malaysia mencari pasaran baharu selain rakan kongsi dalam Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) seperti China, Jepun, Korea, Australia dan New Zealand.

“Kini, kita (Malaysia) dalam usaha mengadakan perbincangan dengan India dan Iran bagi memastikan perdagangan berkembang,” katanya ketika ditemui media pada majlis rumah terbukanya, semalam.

Pada perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, pihaknya juga sedang mengkaji untuk membuka pasaran di negara Timur Tengah, Bangladesh, Pakistan dan Amerika Selatan.

Ka Chuan berkata, setakat ini FTA dan Kesatuan Eropah (EU) masih berunding dan sebaik sahaja perjanjian ditandatangani, secara tidak langsung memberi manfaat kepada Malaysia.

“Kita mungkin akan ketinggalan tanpa FTA dan EU, kerana perlu membayar cukai bagi sesetengah barangan yang dieksport,” katanya.

Ka Chuan memaklumkan lagi, jumlah perdagangan bagi tahun 2015 adalah sebanyak RM1.466 trilion manakala pada 2014 adalah sebanyak RM1.448 trilion.-Sinar

Polis Wanita dan Anak Maut Kereta Terbabas

Polis Wanita dan Anak Maut Kereta Terbabas

Gambar Hiasan-
MELAKA: Seorang anggota polis wanita dan anak lelakinya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 199.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini, awal pagi Ahad.
Noor Aini Hamdan, 27, dan anak lelakinya Muhammad Aisy Aryan Mohd Taufik, 1, maut di tempat kejadian manakala suaminya Mohd Taufik Rosli, 34, tidak cedera dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Pemangku Supt Mohd Sham Abdullah berkata, Noor Aini, anggota polis berpangkat Lans Koperal di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Muhammad Aisy Aryan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
"Kedua-dua mangsa menaiki kenderaan yang dipandu Mohd Taufik, yang juga anggota polis berpangkat Lans Koperal di JSJ IPD Ampang Jaya, dari arah Batu Pahat menghala ke Kuala Lumpur.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, tayar kiri bahagian belakang kereta Toyota Wald yang dipandu Mohd Taufik dipercayai tiba-tiba meletup menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal lalu melanggar pembahagi tengah jalan," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.
Akibat pelanggaran itu, Noor Aini dan Muhammad Aisy Aryan tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala kenderaan terlibat dibawa ke balai polis trafik Alor Gajah di sini untuk siasatan lanjut. - Bernama


Ashley Young Satu-Satunya Pemain Akan Tinggalkan United, Bukan Rooney - Mourinho

Ashley Young Satu-Satunya Pemain Akan Tinggalkan United, Bukan Rooney - Mourinho

PENJARING terbanyak sepanjang zaman Wayne Rooney telah dikaitkan dengan perpindahan ke China, tetapi pengurus Manchester United Jose Mourinho menegaskan bahawa hanya ada seorang pemain yang mungkin akan meninggalkan kelab itu.

Mourinho telah memberi tindak balas kepada spekulasi berhubung masa depan Rooney di United dengan mengumumkan bahawa Ashley Young mungkin meninggalkan Old Trafford sebelum tarikh akhir perpindahan, Selasa.

Rooney, selaku kapten dan penjaring gol terbanyak kelab menjadi bintang terbaharu yang dikaitkan dengan perpindahan bernilai tinggi ke Liga Super China sepanjang hujung minggu ini.

Apabila ditanya mengenai situasi Rooney selepas kemenangan 4-0 United dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA ke atas Wigan Athletic, awal pagi Isnin, Mourinho menyatakan satu-satunya pemain dalam skuadnya yang masa depannya masih di awang-awangan adalah Young.

Pemain berusia 31 tahun itu menyertai United dari Aston Villa lima setengah tahun lalu.

Mourinho menegaskan hasratnya untuk mengekalkan pemain itu, tetapi menjelaskan dia tidak menyenaraikan Young dalam skuad pada perlawanan menentang Wigan untuk mengelakkan dirinya terikat dengan Piala FA, dengan mencadangkan minat dari kelab-kelab lain dalam Liga Perdana Inggeris.

"Satu-satunya pemain yang saya sedar kemungkinan dirinya untuk meninggalkan kelab dan saya menunggu sehingga 31 (tarikh) ini untuk mengetahui apa yang sedang berlaku adalah Ashley Young," katanya.

"Saya suka untuk mengekalkannya, tetapi dia mungkin pergi, sebab itu saya tidak menurunkannya."
-mStar
Sah Kembali Ke Marseille

Sah Kembali Ke Marseille

PEMAIN antarabangsa Perancis, Dimitri Payet bersedia untuk kembali ke kelab lamanya, Marseille dan ia diumumkan secara rasmi kepada media di pusat latihan mereka pada Isnin.

Marseille telah menandatangani untuk mendapatkan Payet dari West Ham United dengan bayaran £25 juta, kelab Perancis itu mengesahkan.

Payet yang meninggalkan Marseille untuk menyertai West Ham pada tahun 2015, telah menandatangani perjanjian empat tahun setengah selepas melepasi ujian perubatan pada Ahad.

Payet menyerlah pada musim pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris dan memperoleh tempat dalam skuad Euro 2016 di mana dia menjaringkan tiga gol untuk membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir.

Secara keseluruhan, Payet telah menjaringkan 18 gol dalam 66 penampilan untuk West Ham.

Pemain tengah yang kreatif ini menjaringkan 15 gol dalam 83 perlawanan ketika musim pertamanya di Marseille.
Read more at http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2017/01/30/payet-kembali-ke-marseille/#5V1rLyZ1Re9K4AOS.99
Begovic Mengaku Terdesak Turun Bermain

Begovic Mengaku Terdesak Turun Bermain

PENJAGA gol kedua Chelsea percaya dia perlu meninggalkan kelab untuk beraksi lebih kerap di padang dan tidak takut untuk meninggalkan kelabnya itu yang berpotensi meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Asmir Begovic mengakui bahawa dia sangat 'terdesak untuk bermain', di mana Bournemouth berhasrat untuk menandatangani perjanjian untuk mendapatkannya dalam tempoh sehari sebelum tarikh akhir perpindahan.

Chelsea pula sedang mencari pengganti penjaga gol kedua mereka ini, sebelum melepaskan Begovic dan Antonio Conte telah menerima kehendak pemain antarabangsa Bosnia ini.

Begovic bercakap selepas kemenangan 4-0 pasukannya ke atas Brentford dalam Piala FA, di mana perlawanan itu disifatkannya mungkin menjadi penampilan terakhir dirinya untuk Chelsea.

Dia juga bercakap jujur ​​apabila ditanya mengenai masa depannya bersama pendahulu liga.

"Saya berasa sangat sukar apabila tidak bermain untuk tempoh masa yang lama dan ia (berpindah) adalah sesuatu yang saya mahu lakukan," kata Begovic di tepi padang di Stamford Bridge.

"Jika kelab ini membenarkan saya untuk berbuat demikian, dalam keadaan yang betul, maka itulah yang saya akan lakukan," katanya.
Dia menegaskan bahawa dia tiada sebab lain untuk meninggalkan kelab ini kecuali dengan alasan 'mahu bermain'.
-mStar
Pasukan Kedah Semakin Menggerunkan Pihak Lawan

Pasukan Kedah Semakin Menggerunkan Pihak Lawan

PENGENDALI skuad hijau kuning, Tan Cheng Hoe mendakwa Kedah mempunyai dua kekuatan yang membuatkan pasukan itu mampu bangkit walaupun ketinggalan kepada pasukan lawan dalam dua perlawanan sebelum ini.
Beliau berkata, kekuatan yang dimaskudkan ialah ketahanan mental ketika ketinggalan 2-1 ketika bertemu Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman baru-baru ini.
Menurutnya, walaupun pemain berada dalam tekanan ketika ketinggalan namun ketahanan mental yang ada berjaya memastikan mereka bangkit untuk meneruskan perjuangan.
Cheng Hoe memberitahu, sebagai jurulatih beliau telah menggunakan waktu rehat untuk mengatur semula percaturan selain menyampaikan pesanan supaya pemain menguatkan mental serta elak daripada melakukan kesilapan.
"Saya kenal mereka dan tahu keupayaan pemain-pemain. Pemain kita mempunyai kekuatan mental yang baik kerana mereka telah melalui banyak perlawanan yang memberi tekanan.
"Selain itu, kekuatan kita adalah sebanyak 90 peratus pemain telah bersama-sama berjuang sejak tiga tahun lalu dan mereka tahu apa yang diperlukan selain telah serasi untuk bangkit.
"Cuma berlaku sedikit kesilapan individu yang tak dapat dielakkan telah memaksa kita ketinggalan dua kali pada separuh masa pertama. Namun keadaan ini dapat diatasi sekaligus memberikan tiga mata berharga.
"Saya akui Sarawak telah menyukarkan pemain Kedah dengan permainan pantas sehingga memaksa mereka melakukan kesilapan. Tetapi tindakan itu bukan sesuatu yang mampu menjatuhkan moral pemain kita," katanya kepada mStar Online.
Mengulas mengenai prestasi penjaga gol muda Kedah, Farhan Abu Bakar yang dikritik penyokong, beliau berkata, pemain berkenaan tidak wajar dipersalahkan kerana menjadi mangsa tekanan dari dalam dan luar padang.
"Farhan berjaya menyelamatkan kita beberapa kali namun kita hanya nampak dua gol yang dilepaskannya, inilah nasib seorang pemain bola sepak professional.
"Apa yang penting kita perlu bersyukur kerana mendapat tiga mata daripada perlawanan tersebut. Sekarang kami perlu memberi perhatian untuk bertemu Felda, persediaan sebaik mungkin telah dibuat sebelum kita turun sebagai pelawat," jelasnya.

-mStar
PAS Serik Dengan DAP

PAS Serik Dengan DAP

SEREMBAN - “Terpulang kepada Kit Siang sekiranya mahu mengambil tindakan undang-undang. Jika munasabah tindakan itu, tidak ada masalah,” kata Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustafa Daharun.

Beliau berkata, Pas pernah menghulurkan tangan untuk bersama dengan pakatan pembangkang suatu ketika dulu.

“Pas memang akan sentiasa setia kepada sahabat apabila setiap kali adanya perjanjian sesama kita. Tetapi apabila sahabat tidak setia dengan kita dan tidak suka apa pendirian yang dibawakan Pas, itu yang menyebabkan kita keluar.

“Kita sudah serik dah untuk bersama dengan mereka walaupun Pas sejak daripada dahulu menentang BN. Biarlah kita bersendiri lebih baik," katanya di sini, semalam.-Sinar
PAS Tetap Mahu Islam Memerintah

PAS Tetap Mahu Islam Memerintah

ALOR SETAR - Pas perlu mengukuhkan kedudukan dengan mempertahankan Kelantan selain kembali memerintah Terengganu dan Kedah, termasuk menerajui Selangor serta memperoleh sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun sukar beroleh majoriti 112 kerusi namun Pas berasa bertanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah negara ini.

“Jika kita berjaya, baharulah Umno tidak angkuh atau sombong seperti dahulu, selain membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara,” katanya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, kelmarin.

Menurutnya, ketika itu Pas menjalin tahaluf siyasi bersama pembangkang hampir menumbangkan BN apabila memenangi 89 kerusi parlimen. Pas 21 kerusi, PKR (30) dan DAP (38).

Katanya, wujud keadaan tidak seimbang dalam kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan Pas melakukan muraja’ah semula terhadap tahaluf siyasi.

“Mungkin ada yang tidak menyedari kedudukan 89 kerusi pembangkang itu. Ini perlu difahami, daripada 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan 50 bukan Islam. Ada cadangan untuk lakukan undi tidak percaya untuk ubah kerajaan,” katanya.

Menurutnya, dengan menambah 30 kerusi bukan Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan sekali gus membentuk kerajaan baharu dengan kedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.

“Pas bukan bersikap perkauman namun realiti di negara ini yang harus kita akur, Islam merangkumi 65 peratus, Cina (25 peratus) dan India serta lain-lain (10 peratus), ia Siyasah Syar’iyyah yang perlu difahami,” katanya.

Abdul Hadi berkata, adakah wajar bagi kerajaan diperintah oleh Islam dengan 39 kerusi, di mana kerusi bukan Islam memiliki jumlah yang lebih besar?

“Ini tidak tepat, asas bangunan apa yang kita mahu letak di atasnya? Mereka yang tidak faham itu menubuhkan Amanah, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukannya tanpa mempedulikan Islam,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Mahathir pernah melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya semata-mata mahu menyingkirkan Pas, apabila menjadikan jumlah pengundi mencecah 120,000 dalam satu parlimen di Kedah, Terengganu, Kelantan dan utara Perak, berbanding di Johor sekitar 20,000 sahaja.

Mengenai pindaan Akta 355, Abdul Hadi berkata, pindaan pindaan adalah untuk memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Katanya, isu melibatkan kepentingan umat Islam perlu diberikan lebih masa untuk difahami semua pihak.-Sinar Harian

Google+ Followers