Friday, 20 January 2017

10 anak kapal Filipina diselamatkan daripada bot terkandas

SHARE
SANDAKAN, 20 Jan: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan 10 anak kapal bot kumpit ML Nurliana, yang berdaftar di Filipina, selepas ia terkandas berhampiran Pulau Malawali, 42 batu nautika dari Kudat, hari ini.

Pengarah APMM Wilayah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata laporan mengenai kejadian itu diterima pada 11 pagi ketika bot kumpit yang membawa makanan ringan itu dalam perjalanan dari Labuan ke Bungao Filipina.

Beliau berkata anggota dengan aset kapal KM Libaran serta dua bot iaitu Kilat 1 dan Adal 04 dihantar dari Daerah Maritim Sandakan dan Daerah Maritim Kudat untuk menjalankan operasi menyelamat.

“Anggota APMM yang menaiki bot Adal 04 berjaya merapat ke sebelah bot kumpit itu, yang terkandas di atas batu karang dan hampir tenggelam, pada 2.33 petang,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kesemua 10 anak kapal warganegara Filipina itu dalam keadaan selamat.

Mohd Zubil berkata operasi mencari dan menyelamat itu turut berdepan dengan laut bergelora dan hujan lebat selain keadaan yang berkabus.

— Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers