Tuesday, 24 January 2017

152 mangsa banjir di pusat pemindahan di Sabak Bernam

SHARE
SHAH ALAM, Jan 24: Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan 152 orang daripada 45 keluarga terpaksa berpindah ke dua pusat pemindahan di Sabak Bernam kira-kira 120km dari sini, setakat 8 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Daerah Sabak Bernam berkata, 78 mangsa terdiri daripada penduduk di sekitar kawasan Pekan Sungai Besar dan 74 mangsa merupakan penduduk di sekitar kawasan Pekan Parit Baru.

Kesemua keluarga yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Sri Bernam dan Dewan Parit Baru.

“Penduduk mula dipindahkan ke pusat pemindahan sejak 7.30 malam tadi berikutan hujan lebat bermula 3.30 petang semalam dan hanya reda kira-kira 5 pagi tadi.

Hujan lebat menyebabkan paras air naik setinggi kira-kira paras lutut,” katanya ketika dihubungi. – Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers