Wednesday, 18 January 2017

Alasan Iskandar gambarkan exco PAS mahu lepas jawatan

SHARE
KUALA LUMPUR, 18 Jan — Kedudukan PAS di Selangor mungkin terjejas selepas Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan parti Islam itu tiada kaitan dengan DAP, kata Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen PAS itu berkata Iskandar membuat kenyataan berkenaan bagi menjawab ketiadaan pemimpin PAS semasa majlis perasmian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) minggu lalu.

“Kenyataan tersebut seolah memberi isyarat kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor bahawa tiga orang exco Selangor dari PAS tidak akan hadir mesyuarat.

“Sekaligus akan melepaskan jawatan sebagai exco disebabkan anggota exco kerajaan negeri terdapat juga wakil dari DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar merupakan exco perumahan, pengurusan bangunan dan peneroka bandar manakala dua lagi ahli dewan undangan negeri (Adun) PAS juga dilantik sebagai exco.

Mahfuz berkata kenyataan Iskandar juga menggambarkan semua ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dari PAS perlu meninggalkan jawatan mereka.

“Kenyataan Iskandar membayangkan PAS akan menamatkan atau memutuskan hubungan dengan PKR dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan PPBM.

“Ini kerana kedua-dua parti ini mempunyai hubungan kerjasama politik melalui dokumen perjanjian kerjasama (MoU),” kata ahli Parlimen Pokok Sena.

-Malay Mail
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers