Wednesday, 18 January 2017

Amanah desak ibu bapa didik anak siapa ‘penjenayah 1MDB’

SHARE
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub menggesa ibu bapa supaya mendidik anak-anak mereka di rumah mengenali siapa sebenarnya penjenayah 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Salahuddin, didikan di rumah sangat penting supaya setiap ahli keluarga di Malaysia mengenali isu 1MDB yang telah merosakkan negara ini.

“Oleh kerana isu 1MDB ini berkepentingan ramai dan lebih RM40 bilion wang negara diselewengkan, maka menjadi kewajipan untuk rakyat tahu dan bertindak bagi menghukum mereka yang terlibat dengan skandal ini melalui proses perundangan atau selebihnya melalui peti undi pada PRU14 akan datang.

“Oleh itu didikan ibu bapa menjadi elemen paling berkesan untuk memastikan kesedaran lebih cepat di kalangan rakyat agar mereka dapat bertindak untuk menyelamatkan negara daripada penjenayah-penjenayah ini khususnya dalam piliharaya umum akan datang,” kata Salahuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau lagi, walaupun 1MDB merupakan satu skandal besar yang berpunca secara langsung dari Malaysia, tetapi di negara lain yang berkait 1MDB, penjenayah-penjenayah ini diburu dan diambil tindakan sedangkan di negara kita siasan kes ini ditutup.

“Dengan kesannya yang tidak sedikit kepada negara, saya menggesa supaya ibu bapa mengisi masa lapang untuk mengajar anak-anak di rumah mengenali siapa sebenarnya penjenayah 1MDB,” ujarnya.

Kes 1MDB banyak melibatkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi siasatan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pula mendapati Najib tidak terlibat dengan skandal tersebut sekaligus tidak memerlukan siasatan seterusnya.sumber

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers