Wednesday, 18 January 2017

Bagaimana Lelaki Ini Masuk Bandar Berhantu Fukushima

SHARE


























Patutlah bandar ini dipanggil 'Red Zone'...Selepas 5 tahun berlalu sejak kejadian tsunami yang mengorbankan kira-kira 15,894 nyawa, inilah PUNCA SEBENAR bandar Fukushima ini ditinggalkan begitu sahaja.

Jangan TERKEJUT lihat 27 foto 'benda ngeri' yang lelaki ini ditemui dalam Rumah Kosong ini selepas berjaya menyelinap masuk di dalam bandar tersebut...Masyallah! Teruk betul bekas penduduk Jepun tu rupanya.



Gambar zon merah Fukushima yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Bila saya memasuki kawasan zon merah ini, mata terasa sedikit kepedihan dan bau bahan kimia yang halus di udara. Sebelum memasuki kawasan ini, saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa yang saya perlukan permit khas untuk melawat bandar ini. Permit itu mengambil masa 3-4 minggu untuk diluluskan.

Terlalu banyak birokrasi, jadi saya ambil keputusan untuk menyelinap masuk ke dalam hutan dan menggelak dari polis di jalan raya dan MENAKJUBKAN! Saya masih ingat lagi di mana saya hanya menggunakan GPS dan Google Maps meredah hutan pada jam 2 pagi untuk memasuki bandar Okuma, Futaba dan Namie.

Pernah terfikir bagaimana keadaan di Fukushima yang menjadi kawasan larangan sekarang? Yang mana anda juga mempunyai akses 100% ke semua kedai dan kawasan? Masa muda dulu selalu berangan dapat peluang seperti ini. Kalau saya berada di supermarket seorang diri, saya akan makan semua coklat yang ada. Hahaha!

Selepas kejadian gempa bumi yang melanda bandar ini, para penduduknya mula meninggalkan bandar setelah amaran tsunami dikeluarkan. Beberapa jam kemudian, Loji Janakuasa Daiichi, Fukushima pula meletup dan menyebabkan pencemaran radiasi.


Tahap radiasi masih tinggi di zon merah. Tidak ramai orang yang melihat bandar ini sejak lima tahun yang lalu. Ia seperti sudah hilang. Namun saya masih dapat menemui makanan, duit, emas, laptop dan beberapa barangan berharga di zon merah.

Saya kagum, meskipun telah dilanda bencana yang tidak diingini, bandar ini masih mempunyai barang berharga. Tidak seperti Chernobyl di mana seluruh kedai dan bangunannya telah dirompak licin habis. Inilah bezanya bencana Chernobyl dengan bencana Fukushima.

Tidak dinafikan juga, inilah kesan buruk dari menggunakan tenaga nuklear. Kehidupan penduduk di Fukushima tidak lagi seperti dulu. Kebocoran radiasi di zon merah oleh loji janakuasa Daiichi, Fukushima ini telah merosakkan alam sekitar dan kehidupan laut di Lautan Pasifik. Oleh itu, katakan tidak kepada penggunaan Tenaga Nuklear.

Saya pergi ke bandar-bandar ini dengan Koji Hori dan terima kasih yang tidak terhingga pada Sherena Ng di atas bantuannya. Saya tidak mungkin dapat menemui bandar- ini tanpa peta dan laluan yang diberikan olehnya.sumber
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers