Thursday, 19 January 2017

Banjir Kota Marudu 2,874 Dipindahkan

SHARE
KOTA KINABALU, 19 Jan — Jumlah mangsa banjir di Kota Marudu meningkat kepada 2,874 orang daripada 851 keluarga di 11 pusat pemindahan, malam tadi, berbanding 808 mangsa daripada 159 keluarga petang semalam.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Kol. Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata pusat pemindahan banjir turut bertambah kepada 11 berbanding enam sebelum ini.

Mangsa yang dipindahkan adalah dari 17 kampung di sekitar Kota Marudu iaitu Kampung Longob, Beliajung, Bengkongan, Talantang 1, Masalog, Magaratong, Rakit, Morion, Piso, Salimandut, Tandek, Asin-Asin, Lotong, Parong, Gorontung, Pancur dan Kampung Hatob.

Dalam kenyataan, katanya, pihaknya sentiasa memantau keadaan keselamatan mangsa yang tidak berpindah termasuk memastikan bekalan makanan mencukupi selama tiga hari sekiranya keadaan banjir berlarutan.

“Walaupun mangsa semakin bertambah, namun situasi banjir dijangka semakin pulih berikutan keadaan paras sungai menunjukkan penurunan,” katanya.

Menurutnya, bacaan paras Sungai Bongon pada jam 6 petang semalam ialah 7.35 meter berbanding lapan meter, dua jam sebelum itu, namun masih di paras waspada.

Selain itu, Sungai Bandau pula mencatat 5.2 meter berbanding 5.8 meter petang tadi iaitu di bawah paras waspada, katanya. — Bernama


"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers