Tuesday, 24 January 2017

Banjir:Tiga Kampung Hampir Putus Hubungan

SHARE
KUANTAN 24 Jan. - Tiga buah kampung di Pekan dekat sini hampir terputus hubungan selepas Tasik Mentiga ditenggelami air ekoran hujan lebat berterusan pagi ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, kampung yang terlibat ialah Pulau Bangau, Bukit Gamal dan Belukar Paya.
Bagaimanapun, katanya, penduduk boleh bergerak menggunakan motosikal sahaja ke Kampung Batu Gong menerusi Ladang LKPP.
''Setakat ini kejadian ini tidak melibatkan perpindahan penduduk,'' katanya di sini hari ini.
Sementara itu, hujan berterusan di Temerloh, dekat sini sejak semalam menyebabkan Esplanade Temerloh yang terletak berhampiran Sungai Pahang mula dinaiki air.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnuddin Hussein bagaimanapun berkata, ketika ini hanya bahagian bawah kawasan berkenaan ditenggelami air.
"Air sungai Pahang menunjukkan trend peningkatan secara berperingkat dan bahagian bawah Esplanade Temerloh mula dinaiki air malam semalam.
"Pada masa ini kita terus memantau keadaan di sini dan bersedia melakukan tindakan sewajarnya sekiranya situasi bertambah buruk," katanya. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/3-kampung-di-pekan-hampir-terputus-hubungan-esplanade-temerloh-mula-dinaiki-air-1.435835#sthash.L7PE2XvS.dpuf
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers