Wednesday, 18 January 2017

Barisan Kabinet Sarawak Khamis Ini

SHARE
KUCHING: Keanggotaan kabinet negeri yang baharu dijangka diketahui Khamis ini apabila Timbalan Ketua Menteri, Menteri dan Menteri Muda mengangkat sumpah pada hari tersebut.

Ia akan menamatkan teka-teki para pemerhati politik dan rakyat Sarawak mengenai komposisi kabinet yang dibentuk Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Difahamkan majlis itu akan diadakan di Dewan Unda-ngan Negeri pada pagi.

Abang Johari yang meng-angkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada Jumaat lepas diuar-uar akan menstruktur semula kabinet susulan kekosongan beberapa jawatan.

Abang Johari sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Menteri bersama Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing dalam kabinet yang dipimpin Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Sebagai Timbalan Ketua Menteri, Abang Johari juga diamanahkan melaksana tugas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan serta Menteri Perumahan dan Urbanisasi.

Dalam amalan sebelum ini, Ketua Menteri akan memegang portfolio Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar – justeru Abang Johari dijangka akan meneruskannya.

Penganalisis Politik daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Madya Dr Jeniri Amir berkata pasukan kabinet bakal dibentuk kelak perlu meneruskan agenda Adenan.

Agenda-agenda tersebut secara amnya melaksanakan pembangunan negeri dan menitikberatkan soal kos sara hidup rakyat, jelasnya.

“Tuntutan dan harapan begitu tinggi di kalangan rakyat susulan pencapaian cemerlang Allahyarham Adenan dalam masa singkat.

“Bukan sahaja dari aspek gaya dan pemerintahan tetapi keberkesanan dalam melaksanakan program-program dan dasar kerajaan.

“Juga bukan sekadar me-neruskan agenda dan legasi Allahyarham Adenan tetapi yang tidak kurang penting ialah membentuk pasukan kabinet yang mantap dan dinamik serta berupaya mencetus idea-idea segar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Jeniri lagi, sudah pasti ada yang ‘naik pangkat’ bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Abang Johari di dua kementerian.

Beliau menjangkakan Men-teri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri – sesuai dengan kedudukannya dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai naib presiden kanan.

“Jika Awang Tengah naik jadi Timbalan Ketua Menteri sudah pasti ada anggota lain akan naik sebagai menteri penuh dan menteri muda,” jelasnya.

Sambil menaruh keyakinan dengan keupayaan Abang Johari dalam meneraju pentadbiran kerajaan negeri, beliau berkata kabinet tersebut perlu benar-benar bekerja untuk rakyat dan meletak tanggungjawab sebagai perkara utama.

“Harapan rakyat ialah kabinet yang memakmur dan mensejahterakan rakyat Sarawak dan merancakkan aktiviti ekonomi.

“Selain menarik lebih ba-nyak kemasukan pelaburan asing yang akan memakmurkan ekonomi, lantas menyediakan banyak peluang pekerjaan dan membasmi kemiskinan,” katanya.

Kabinet sekarang dibentuk selepas Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Ramai bersetuju kemena-ngan besar BN bersandarkan populariti Adenan atau Tok Nan yang telah menambat hati rakyat terutama para pengundi.

Dalam kabinet Tok Nan, beliau tidak melantik dalam kalangan pemimpin daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ke jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Justeru, Jeniri percaya Abang Johari akan mengekal-kan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian sebagai menteri, bukannya Timbalan Ketua Menteri.

“Dr Sim perlu memberi justifikasi mengapa beliau perlu dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri bukan sekadar atas desakan NGO-NGO.

“Lagipun kerusi diwakili SUPP dalam Dewan Unda-ngan Negeri tidak banyak.

“SUPP perlu fikir secara munasabah, adakah wajar mereka mendapat jawatan Timbalan Ketua Menteri.

“Tidak ada sebab mengapa kaum Cina akan kecewa (jika tidak ada jawatan Timbalan Ketua Menteri),” jelasnya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers