Wednesday, 25 January 2017

Berani cuba fesyen pelik, gadis ‘miming’ kagum Hatta Dolmat

SHARE
Menginspirasikan pereka fesyen tempatan Hatta Dolmat, gadis ‘miming’ Nurul Nurizzati Mohd Raffi kagum dengan rekaannya yang unik.

Pelajar jurusan fesyen yang mesra dengan panggilan Nuriz, 19, kagum menyifatkan Hatta pereka bercitarasa tinggi.

“Saya suka Hatta, rekaannya pelik-pelik, unik tetapi nampak eksklusif. Setiap rekaannya ada jiwa dan nilai tersendiri. Beliau pun banyak menang anugerah [fesyen].

“Mungkin satu hari nanti saya dapat bekerja dengan beliau. Saya suka dengan rekaannya lebih-lebih lagi untuk Yuna.

“Saya sudah lama ikuti Instagramnya dan selalu tengok pakaian baharu yang dilancarkannya,” kata pelajar tahun akhir Kolej Vokasional ERT dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

Rekaan Hatta, 35, sering diperaga golongan artis untuk hadir ke majlis-majlis anugerah berprestij.

Tahun lalu, beliau berkerjasama dengan penyanyi Yuna menghasilkan jenama pakaian Hatta Yuna.

Tokoh Belia 2009 itu juga mempunyai butik di Shah Alam menyediakan pakaian pengantin.

Nuriz mengimpikan perjalanan kerjaya seperti Hatta dengan membuka butik sendiri selepas memasuki industri fesyen.

“Saya juga mahu capai impian buka butik sendiri tetapi apa pun saya hendak cari pengalaman bekerja dengan orang lain dahulu.

“Mungkin satu hari nanti, saya ingin bekerja di bawah Hatta,” kata Nuriz yang terkenal dengan video ‘miming’ di Instagram melalui aplikasi Musically.

Nuriz mempunyai 200,000 pengikut Instagram mahu lebih ke depan dalam fesyen dan berkongsi tips mengenainya di media sosial.

“Oleh kerana ramai pengikut di Instagram, saya tidak akan hanya guna video sahaja. Saya boleh praktikkan apa saya belajar dan kongsikan dengan mereka.

“Contohnya, jahitan, tips pemakaian, fesyen terkini dan sebagainya,” kata anak bongsu daripada empat beradik ini.

“Kita perlu berani untuk cuba penampilan baru sebab Nuriz punya keyakinan untuk cuba pakaian yang unik lain dari yang lain sangat tinggi.

“Saya tidak kisah orang mahu cakap apa. Janji bila pakaian yang kita pakai itu, kita dapat gayakan dengan yakin.

“Mesti nampak cantik. Kalau untuk rekaan yang lebih baru dan unik, Nuriz berani saja nak cuba.

“Nuriz juga akan cuba buat rekaan yang orang lain tak terfikir nak buat. Biar nampak pelik atau susah proses pembuatan tetapi hasilnya cantik,” katanya lagi.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers