Sunday, 22 January 2017

Bukan DAP,MCA Minta Dilantik Jadi PM

SHARE
SHAH ALAM - Menerusi tulisan di blognya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil memperbetulkan kenyataan berhubung dakwaan DAP meminta dilantik jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Saya dilaporkan berkata DAP telah meminta untuk dilantik jawatan timbalan perdana menteri. Saya ingin betulkan kesalahan itu, bukan DAP, sebaliknya MCA,” jelas beliau dalam blognya.

Sebagai bukti, Mahathir turut memaparkan satu laporan daripada Jabatan Penerangan Malaysia bertarikh April 2009, yang memaklumkan bahawa Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow dalam laman webnya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencerminkan 'perkongsian kuasa sebenar'.

Dalam kenyataan itu, Yuen Yow berkata, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja merealisasi konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan kerajaan beri kepentingan terhadap peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa DAP mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang PRU14.

Menurutnya, DAP tidak pernah membincangkan perkara itu dengan mana-mana pihak termasuk Mahathir dan tidak pernah membuat apa-apa tuntutan untuk jawatan berkenaan.-Sinar Harian

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers