Sunday, 22 January 2017

Chong Wei Gesa Bantu Mangsa Banjir

SHARE
PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menggesa rakyat Malaysia supaya menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di Kelantan.

"Kira-kira 12,000 keluarga kehilangan tempat tinggal mereka sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. Terima kasih kepada 1Malaysia for Youth (IM4U) kerana memberi peluang kepada saya untuk menghulurkan sedikit sumbangan.

"Bagi yang lain, sila hulurkan bantuan anda sebagai rakyat Malaysia kepada mereka yang terjejas di Kelantan," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook pada Ahad.

Chong Wei berada di Kelantan bersama sukarelawan 1M4U untuk menyediakan bantuan makanan kepada mangsa.


Chong Wei Ketika melawat mangsa banjir di Sekolah Pohong Tanjong Alor Pasir,
Pasir Mas Kelantan

1M4U merupakan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan sukarelawan di kalangan belia Malaysia.

Kejadian banjir besar melanda Kelantan dan Terengganu dalam tempoh beberapa minggu yang lalu menyebabkan ribuan mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan.

Paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang kekal pada bacaan 10.11 meter kira-kira pukul 8 pagi Ahad.

Bacaan paras bahaya sungai itu adalah 9 meter.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers