Tuesday, 24 January 2017

Fanatik Shah Rukh Khan Maut

SHARE


KUALA LUMPUR 24 Jan.- Seorang peminat, Farid Khan Pathan meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terperangkap dalam satu insiden rempuhan untuk meyaksikan ketibaan raja Bollywood, Shah Rukh Khan di sebuah stesen kereta api, Vadodara malam tadi.
Dalam kejadian tersebut, Shah Rukh Khan atau lebih dikenali sebagai SRK difahamkan akan tiba di stesen tersebut dengan menaiki August Kranti Express bagi mempromosikan filem baharunya, Raees.
Farid yang merupakan peminat SRK tiba bersama isteri dan seorang anak perempuannya pengsan setelah mengalami sesak nafas akibat dirempuh oleh peminat-peminat raja Bollywood tersebut.

Mangsa seterusnya dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Mahira Khan seorang pelakon dari Pakistan
Watak dalam filem ini sebagai isteri
Shah Rukh Khan
Pihak polis juga terpaksa menggunakan cota untuk meleraikan rempuhan setelah mendapati ramai peminat yang terperangkap dan mengalami kecederaan ringan.

Malah, dalam kejadian tersebut, dua orang polis turut pengsan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Namun, kedua-duanya berada dalam keadaan selamat.
SRK difahamkan menjelajah bersama pengarah filem tersebut, Rahul Dholakia dan produser, Ritesh Sidhwani dari Mumbai ke Delhi bagi mempromosikan filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE


"Ulasan ringkas-Cerita mengenai perjalanan seorang penyelundup minuman keras yang dipegan Shah Rukh Khan.Mahira Khan seorang pelakon terkenal Pakistan berperanan sebagai isteri.
Karakter Shahrukh Khan dalam film Raees digambarkan sebagai seorang yang cerdas, cerdik, kekadang berwatak kejam dan hampir semua aksi yang dilakonkan menarik untuk ditonton"


"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers