Sunday, 22 January 2017

Hampir 12,000 Mangsa Banjir Kelantan Dipindahka

SHARE
KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 11,583 orang melibatkan tujuh jajahan di negeri ini berikutan hujan lebat sejak Rabu lalu.

Portal eBanjir Kerajaan Negeri Kelantan sehingga jam 10 pagi melaporkan 3,255 keluarga dipindahkan ke 70 pusat pemindahan sementara yang dibuka sejak Jumaat lalu.

Jajahan Kota Bharu masih mencatatkan jumlah mangsa teramai apabila 4,927 penduduk terdiri daripada 1,334 keluarga berada di 26 pusat pemindahan.

Di jajahan Kota Bharu, lebih kurang 28 kawasan ditenggelami banjir dan lokasi paling teruk terjejas ialah di Kampung Ketereh serta Taman SL Hutan Pasir dengan melibatkan 1,008 mangsa dihantar ke pusat pemindahan.

Paras Air Terkini-11 Pagi Hari ini
Pagi ini, jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas juga meningkat kepada 2,118 orang (672 keluarga, 34 pusat) dan tiga lagi pusat pemindahan baharu dibuka bermula jam 9 pagi iaitu di Dewan KRT Gual Sitok, Madrasah Haji Yusof dan Madrasah Kolam Tengah.

Sementara itu, paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang melepasi tahap bahaya iaitu 10.11 meter(m) (9 meter bahaya).

Manakala paras air di tiga sungai telah melepasi paras amaran iaitu Sungai Lebir di Tulang (31.9m, 31m amaran), Tangga Krai (22.70m, 22.5m amaran) dan Jambatan Guillemard (15.95 m, 14m amaran).

Manakala dua sungai melepasi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Golok di Jenob 21.88m (21.50m berjaga-jaga) dan Sungai Galas di Dabong (34.19m, 32m (berjaga-jaga).

Keadaan cuaca pagi agak baik bagaimanapun penduduk perlu berhati-hati setelah Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat sehingga 24 Januari ini.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers