Wednesday, 25 January 2017

Jamal Bawa Katil,Aiskrim Ke SUK Selangor

SHARE

SHAH ALAM, 25 Jan: Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos tiba di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) di sini, pagi tadi dengan sebuah motor aiskrim yang mempunyai gambar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri mohamed Azmin Ali di sebuah rumah urut dalam keadaan tidak senonoh.

Ia merupakan salah satu daripada gimik Jamal kali ini bagi menunjukkan tanda protesnya terhadap tindakan kerajaan negeri Selangor yang didakwanya hanya menutup sebelah mata dalam menyelesaikan isu rumah urut yang berleluasa di negeri ini.

Selain itu, beliau turut membawa sebanyak 12 buah katil yang seakan-akan katil di rumah urut yang bertulis “rumah urut Selangorku (D.A.P).

Kata Jamal, perkataan yang D.A.P itu tidak merujuk kepada mana-mana parti politik sebaliknya ia membawa maksud “dapat aiskrim percuma”.

“Saya nak jelaskan kat sini, saya tak rujuk DAP ini kepada mana-mana badan organisasi atau parti politik, ia bermaksud kalau kita pergi rumah urut kita ‘dapat aiskrim percuma’.

“Jangan salah tafsir maksud saya ini,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di hadapan pintu masuk SUK hari ini.

Selepas tamat sidang media tersebut, Jamal turut mengedarkan aiskrim yang dibawanya itu secara percuma kepada orang ramai, pegawai polis dan pengawal keselamatan SUK.

“Hari ini saya edar aiskrim percuma, esok lusa saya akan caj 20 sen untuk satu aiskrim. Kerajaan Selangor suruh kita bayar 20 sen kalau nak beg plastik, saya pula jual 20 sen aiskrim untuk bagi orang ramai makan,” ujarnya lagi







"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers