Friday, 20 January 2017

Jersi Baharu Pasukan Bola Sepak Kelantan

SHARE
Gambar jersi Kelantan TRW 2017! Pasukan dari Pantai Timur, Kelantan atau dikenali dengan jolokan The Red Warriors (TRW) telahpun memperlihatkan jersi baru mereka yang akan digunakan pada musim 2017.
Tidak seperti tahun sebelumnya, kini jersi baru Kelantan nampak lebih kemas. Senarai nama syarikat penaja utama dipamerkan dibahagian depan. Manakala selebihnya diletakkan dibeberapa posisi yang pastinya sudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Jersi baru Kelantan 2017 terdiri daripada warna merah dan putih untuk perlawanan ditempat sendiri (Home). Warna biru dan putih pula untuk perlawanan di tempat lawan (away). Selain itu, jersi penjaga gol pula berwarna oren.
Pasukan Kelantan juga sudah mengesahkan senarai pemainnya bagi musim 2017. Kehadiran Danso dan Celin melengkapkan kuota import pemain Kelantan.





"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers