Thursday, 26 January 2017

Khalid Samad Buat Lawak Tutup Periuk Penuh Ulat

SHARE
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad anggap perbuatan Ketua Gerakan Baju Merah Jamal Yunos yang membawa membawa katil dan membuat demo ala-ala rumah urut di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor sebagai perbuatan lucu.

Khalid siap suruh pelawak terkenal tanah air, Harith Iskander berjaga takut title pelawak terkenal di rampas Jamal Yunos.

Allo' Khalid Samad,tindakkan yang diambil Jamal itu hanya gimik untuk menyedarkan pemimpin Selangor terutamanya yang seperti anda,yang sering bercakap pasal agama sehingga kena denda sebab tak ada tauliah.

Siapa yang kuat hentam BN sebelum parti memerintah Selangor hari ini berjaya tubuh kerajaan di negeri merah kuning itu,kalau bukan Khalid Samad dan kuncu-kuncunya?

Sekarang ini pusat judi ,rumah pelacur dan segala apa yang boleh dilacurkan wujud dalam Selangor,sebab itu Jamal buat gimik macam tu,tapi Khalid Samad buat lawak nak tutup periuk nasi yang penuh dengan ulat.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers