Wednesday, 25 January 2017

KJ Mahu Jadi Bos FAM Atau Menteri?

SHARE
KUALA LUMPUR, 25 Jan — Khairy Jamaluddin perlu melepaskan jawatan menteri jika ingin mengetuai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saran Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Pengulas sukan terkenal itu tidak yakin menteri belia dan sukan mampu memberikan komitmen penuh dan adil jika menang jawatan presiden FAM, lapor Harian Metro.

“Sebagai menteri sudah tentu beliau boleh beri lebih sumbangan dan bantuan kepada bola sepak, manakala sukan lain akan menderita.

“Tambahan pula tugas sebagai presiden FAM menuntut komitmen tinggi, kita tidak mahu presiden yang sibuk dengan urusan lain,” kata Khoo, yang juga seorang sarjana sejarah.

“Jika Khairy benar-benar mahu menjadi presiden FAM, tumpukan sepenuhnya kepada tugas itu saja.”

Akhbar tersebut semalam melaporkan Khairy antara empat tokoh yang dicalonkan untuk merebut “kerusi panas” persatuan induk sukan tersebut, yang kini disandang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Khairy baru-baru ini menegaskan seseorang menteri dilarang memegang jawatan dalam persatuan sukan melainkan dibenarkan jemaah menteri.


"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers