Wednesday, 18 January 2017

Kota Marudu Banjir 159 Keluarga Dipindahkan

SHARE
KOTA KINABALU, 18 Jan: Sebanyak 159 keluarga dari 17 kampung di Kota Marudu dipindahkan selepas kampung mereka dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Kol Mulliadi Al Hamdi Ladin kesemua 808 mangsa itu ditempatkan di enam pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan Taritipan, Balai Raya Talantang, Dewan Kampung Morion, Balai Raya Pancur, Dewan Mosolog dan Dewan Hatop.

“Kampung yang terlibat ialah Kampung (Kg) Longob, Kg Beliajung, Kg Bengkongan, Kg Talantang 1, Kg Masalog, Kg Magaratong, Kg Rakit, Kg Morion, Kg Piso, Kg Salimandut, Kg Tandek, Kg Asin-Asin, Kg Lotong, Kg Parong, Kg Gorontung, Kg Pancur dan Kg Hatob,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hujan renyai dan lebat sejak 11.30 malam tadi menyebabkan kampung berkenaan dinaiki air ekoran dua sungai berhampiran kawasan itu iaitu Sungai Bondon dan Sungai Pandau telah melimpah.

Namun setakat pukul 2 petang tadi, Mulliadi berkata paras air sungai semakin menurun dan bacaan paras air kedua-dua sungai berkenaan menurun namun berada di paras waspada dan amaran.

“Aktiviti pemantauan sedang dijalankan di kampung yang terjejas dan kampung yang berisiko dilanda banjir,” katanya.

— Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers