Sunday, 22 January 2017

Pembangkang Seronok Agih Jawatan Rakyat Diabaikan

SHARE
KUALA LUMPUR, 21 Jan: PAS geli hati melihat gelagat parti Pakatan Harapan mengagihkan jawatan dalam kerajaan sekiranya mereka menang dalam PIlihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemimpin parti Pakatan Harapan terlalu seronok mengagihkan jawatan sehingga mereka lupa untuk memperjuangkan nasib rakyat.

“Terkadang naik seronok juga bila memikirkan beberapa parti pembangkang sibuk nak agihkan jawatan dalam kerajaan baru nanti. Siapa nak jadi PM. Siapa pula TPM. Siapa nak jadi Menteri Kewangan dan lain.

“Seronok berteori atas meja dan membahagi-bahagikan jawatan sama sendiri. Sedang rakyat yang jadi pengundi terus diabaikan.

“Jentera parti tidak dipedulikan. Cawangan tak ada. Petugas parti tidak dibina, latehan dan kursus tidak diadakan.

“Di waktu yang sama pelbagai “dedak” diumumkan oleh PM untuk terus menggengam rakyat marhaim dan Pengundi sasaran. Akhirnya….. siapa yang akan dinobat oleh rakyat ?” soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan terbaru di akaun Facebooknya hari ini.

Baru-baru ini, terdapat laporan mengatakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa DAP tidak pernah merebut jawatan perdana menteri sebaliknya mereka hanya mahukan jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang dalam PRU akan datang.

DAP bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mengesahkan yang parti itu tidak pernah membincangkan hal tersebut.

Selain itu, terdapat juga khabar angina mengatakan sekiranya pembangkang menang pilihan raya akan datang, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merebut jawatan tersebut meskipun pemimpin Pakatan Harapan tetap dengan pendirian untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers