Monday, 23 January 2017

Perkasa Tawar Siti Kasim Untuk Jadi Calon Bebas

SHARE
KUALA LUMPUR, 23 Jan — Akivis dan peguam Siti Kasim mendakwa Perkasa, kumpulan pendesak Melayu, menawarkan “tiket Bebas” kepadanya dalam pilihan raya umum nanti.

Presiden badan itu Datuk Ibrahim Ali membuat tawaran itu beberapa minggu lalu atas sifatnya sebagai aktivis Orang Asli walau menolak pendiriannya dalam isu-isu Islam, katanya.

“Beliau (Ibrahim) berkata saya ada peluang jika bertanding sebagai calon Bebas. Saya terkejut tetapi saya beritahunya saya tidak berminat dengan politik,” katanya.

Ibrahim, ketika dihubungi, menjelaskan beliau tidak membuat tawaran kepada Siti tetapi menggalakkan aktivis yang lantang itu menceburi politik atas usaha sendiri.- Malay Mail
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers