Wednesday, 25 January 2017

Rompak Bank Pengawal Cedera

SHARE
SUNGAI PETANI: Tiga das tembakan dilepaskan dalam cubaan rompakan di sebuah bank di Taman Ria Jaya di Sungai Petani pada kira-kira pukul 8.30 pagi Isnin.
Menurut sumber polis, seorang lelaki yang dipercayai pengawal keselamatan bank berkenaan cedera ditembak dan dikejarkan ke hospital.
Polis menjalankan siasatan dan mengadakan kawalan di sekitar bank.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukil Md Isa mengesahkan insiden tersebut.
Beliau berkata, ia merupakan cubaan rompakan dan akan memberikan butiran lanjut kemudian.
Dipercayai sekurang-kurangnya dua suspek terlibat, tetapi tidak ketahui sama ada antara mereka telah menembak pengawal keselamatan terbabit.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers