Sunday, 22 January 2017

Rumah Putus Dua Akibat Mendapan Tanah

SHARE
MACHANG - Sebuah rumah terputus dua pada bahagian yang menghubungkan dapur dan bilik tidur kerana mendapan tanah yang berlaku di Kampung Simpol Belubang, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya yang menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 8.16 malam sebelum bergegas kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati berlaku kejadian mendapan tanah pada sebuah rumah jenis kekal menyebabkan bahagian dapur runtuh.

"Tiada mangsa dilaporkan terperangkap kerana semasa kejadian penghuni tiada di rumah. Pemeriksaan juga turut dilakukan di sekitar rumah bagi memastikan kawasan tersebut selamat," katanya.

Menurutnya, pihak bomba mengarahkan rumah dikosongkan dengan serta merta bagi mengelakkan kejadian lain berlaku.-Sinar Harian
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers