Friday, 27 January 2017

Siapa Nak Jadi 'Cina Buta'?

SHARE

USAHA blok pembangkang ke-2 memujuk blok ke-3 belum ada kata jemu walaupun penegasan Mursidul Am parti islam itu tidak pernah berubah.

Mursyidul Am PAS yang baharu, Ustaz Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Melalui usaha kepimpinan PPBM dilihat hanya mampu mengurangkan bising PAN dan DAP
PKR sentiasa sambut baik usaha DAP untuk berbaik dan bekerjasama semula dengan PAS demi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Menurut pandangan masyarakat umum yang mengikuti perkembangan politik semasa tanah air,sambut baik PKR jika PAS dan DAP bertaut kembali ada makna tersendiri.

Sekurang-kurangnya kebimbangan pemimpin PKR berkaitan kedudukan kerusi yang dimenangi pada PRU 13 dikira lebih selamat.

Meneliti keadaan semasa politik blok ke-3 dan ke -2 yang semakin hangat diperkatakan di media atas talian dan cetak pastinya ada sesuatu yang belum pasti terutamanya kekuatan parti politik blok ke 2.

Dengan alasan yang dikira kukuh iaitu menumbangkan Barisan Nasional parti dari blok ke-3 terus dipujuk walaupun pada masa yang sama blok ke-3 di dakwa sebagai proksi Barisan Nasional.

Mencermin keadaan semasa dan penegasan kepimpinan parti dari blok ke-3,Mursyidul Am,Presiden,Pemuda tidak mungkin tautan kasih terjalin kembali setelah talak tiga dilafazkan.

Keutamaan kuasa di Selangor juga diberi keutamaan oleh parti blok ke-2 setelah menyedari ada beberapa kawasan pilihan raya yang dimenangi pada PRU 13 semakin gelap cahayanya.

Mahu atau tidak,parti dari blok ke-2 terus berusaha memujuk dan terus memujuk walaupun sedar talak tiga antara kedua parti dalam dua blok politik pembangkang telah dijatuhkan.

Soalnya siapa yang boleh jadi 'cina buta'?
-Menjaro Polimas
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers