Thursday, 26 January 2017

Tak Mampu Sangatkah Umno Hingga Terpaksa Seru Pas Bergabung?

SHARE
Tak mampu sangatkah UMNO sehingga ada pemimpin negeri yang ditadbir Barisan Nasional menyeru Pas agar bersatu dengan UMNO sekiranya masih belum ada kata muktamad untuk Pas menyertai pakatan lain.

Tolong fikir kedepan sikit,tak banyak pun tak apa lah,sekiranya PAS bergabung dengan UMNO sebenarnya menguntungkan pakatan harapan.Sebab apa?,kalau nak tahu buat sikit penyelidikan sambil borak dikedai kopi.

Pada masa ini kelihatan pemimpin tertinggi dalam PAS sebahagiannya tidak bermasalah kiranya berlaku gabungan antara PAS dan UMNO.

Namun ahli PAS rata-ratanya tidak boleh menerima sekiranya dua parti besar orang Melayu ini digabungkan,alasannya mereka,UMNO tidak berapa nampak bersungguh ke arah meperelokkan Islam dan sebab itu juga kebanyakan ahli PAS bawahan di Selangor tak mungkin undi selain calon PAS .ertinya,sekiranya dikawasan mereka mengundi PAS tidak bertanding ,mereka ini tidak akan mengundi.

Pemimpin PAS negeri dan kawasan kini tersempit dengan situasi politik semasa,sekiranya PAS menyertai Pakatan Harapan,ahli dan penyokongnya akan boikot tidak keluar mengundi malah ada yang sanggup keluar ahli.

Pemimpin UMNO eloknya tidak hanya duduk-duduk dengan ahli sendiri,perbanyak juga duduk dengan ahli PAS dan dengar luahan mereka.

Takdirnya terjadi gabungan PAS dan UMNO yang rugi dan susah adalah siapa juga perlu dikaji secara menyeluruh.

Desas-desus sebelum ini mengatakan PAS dan UMNO tidak akan bergabung sebelum PRU 14 sebaliknya bergabung selepas keputusan pilihan raya ke-14 sebenarnya masih jauh dan masih tersimpan dalam mimpi.

Biarlah terjadi pertandingan tiga penjuru,kalah menang soal lain,tak usahlah seru PAS bergabung dengan UMNO,kerana pemimpin PAS juga ada prinsip,rasa takut,dan risau keatas apa yang akan terjadi selepas itu.-Media Shah Alam
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers