Monday, 23 January 2017

Tanah Runtuh Penduduk Hampir Putus Hubungan

SHARE
BINTULU: Penduduk di Belaga hampir terputus hubungan dengan dunia luar setelah Jalan Bakun- Belaga atau lebih dikenali Jalan Projek Jiwa Murni runtuh sekitar jam 4 pagi semalam.

Menurut sumber, jalan itu mulanya kelihatan mengalami mendapan dan setelah itu perlahan-lahan mulai turun sebelum runtuh.

Bagaimanapun, kenderaan masih dapat melalui sebahagian jalan yang belum runtuh tetapi terpaksa menggunakan ruang tepi demi keselamatan namun bimbang struktur jalan terbabit dikhuatiri masih mengalami runtuhan jika hujan lebat.

Mujurlah semasa kejadian tiada kenderaan menggunakan jalan itu sekali gus tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Jalan itu merupakan satu-satunya jalan penghubung penduduk di kawasan Belaga sama ada untuk pergi ke bandar Bintulu, pekan Sungai Asap atau kawasan berdekatan.

Diharapkan pihak berwajib mengambil langkah segera memperbaiki struktur jalan runtuh itu atau membina jalan alternatif sementara menunggu proses pembaikan.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers