Wednesday, 18 January 2017

Terkejut Diminta Perlahankan Suara Azan Di Masjid

SHARE
KOTA BARU, 17 Jan — Ahli jawatankuasa sebuah masjid di sini terkejut menerima surat daripada seorang penduduk bukan Islam yang mahu laungan azan subuh diperlahankan.

“Kami terkejut kerana sejak masjid ini didirikan lebih 30 tahun lalu, tidak pernah lagi menerima sebarang surat daripada mana-mana individu atau masyarakat yang meminta supaya azan diperlahan,” kata pengerusi Masjid Aman Taman Kenangan di Jalan Hospital.

Surat bertarikh 10 Januari itu yang diterima Azmi Mahmood pada Jumaat lalu juga menggesa pembesar suara ditumpukan ke kawasan penduduk Melayu di belakang masjid, lapor Harian Metro.

Namun, ganjil pula, penduduk yang dikatakan membuat aduan itu tidak mengakui menulis surat tersebut setelah dihubungi ahli jawatankuasa masjid.

Tinjauan akhbar itu mendapati kawasan perumahan elit tersebut didiami penduduk pelbagai bangsa dan kebanyakan bukan Islam tinggal di depan masjid.

Susulan permintaan surat itu, Azmi berkata tindakan seterusnya akan dilaksanakan “dalam keadaan baik dan tidak mengguris hati mana-mana pihak” setelah ia rujuk kepada pihak berwajib.-Malay Mail
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers