Wednesday, 25 January 2017

Tidak Mustahil PAS akan Bekerjasama Dengan DAP

SHARE
PAS berkata tidak mustahil untuk PAS dan DAP bekerjasama semula tetapi sukar buat masa ini.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, ia tidak bermakna PAS menolak mentah-mentah idea tersebut tetapi pada masa yang sama juga ia tidak bermakna PAS bersetuju.

“Pada saya, ianya tidak mustahil PAS bekerjasama semula dengan DAP tetapi macam saya katakan tadi ia adalah sesuatu yang sukar pada waktu ini,” jawabnya ringkas ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang semalam bahawa partinya itu sedia untuk bekerjasama semula dengan PAS demi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kata Kit Siang, beliau juga sedia untuk berjumpa dan berbaik semula dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang demi tujuan ini.

Walaubagaimanapun, ada juga yang menganggap kenyataan Kit Siang ini dikeluarkan kerana ia adalah langkah terdesak DAP selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyatakan yang perbincangan antara partinya itu dengan PAS telah tamat.

Jelas Mustafa Ali pula, perbincangan antara PAS dan Bersatu masih lagi sedang berjalan sekaligus menafikan dakwaan Tun Mahathir tersebut.

“Perbincangan masih lagi sedang dijalankan. Cuma kita tak tahu lagi bila perbincangan kita seterusnya. Tak ada lagi sebarang persetujuan dicapai sebab perbincangan masih lagi diteruskan.

“Saya percaya masih ada ruang lagi untuk PAS dan Bersatu bekerjasama dalam pilihan raya akan datang,” jelasnya.–TMT
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers