Selasa, 14 Februari 2017

Bas Sedang Dibaiki Terbakar

SHARE
Gombak: Dua bas yang sedang dibaik pulih di sebuah bengkel di Jalan Sungai Tua, Batu 9, Kampung Bendahara, di sini, terbakar kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.45 tengah hari dan mengerahkan empat jentera bersama 26 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan dua bas dan operasi segera dimulakan untuk mengawal api daripada merebak.

“Pasukan bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke premis bersebelahan namun dua bas itu musnah 100 peratus.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam insiden ini,” katanya.

(myMetro)
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers