Isnin, 13 Februari 2017

Dilanggar Ketika Melintas Jalan

SHARE
TUMPAT - Seorang warga emas maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan di hadapan rumahnya di Kilometer 1 Jalan Terbak-Pak Krai di Kampung Terbak, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi, mangsa berketurunan Siam, Mek Kiat Eh Sow, 68, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketika kejadian mangsa berjalan kaki melintas jalan mahu pulang ke rumahnya selepas upacara keagamaan di Wat Phikultong, Kampung Terbak.

Manakala penunggang motosikal, Mohd Rosdi Othman, 49, bersama anaknya, Nur Alya'Tasnim, 14, dalam perjalanan menghantar anaknya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa.

Akibat kemalangan itu, dua beranak itu mengalami kecederaan luka di badan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata,kemalangan itu berlaku ketika mangsa mahu melintas jalan.

"Siasatan awal mendapati mangsa tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan menghala ke rumahnya.

" Disebabkan jarak yang terlalu hampir, motosikal itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.-Sinar Harian
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers